BAB 1
PENGANTAR : FITRAH DAN SEKS BEBAS
Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda: Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan
amalannya. Maka dua perkara iaitu keluarga dan harta akan kembali dan yang kekal tinggal hanyalah
amalannya sahaja Riwayat Hadis Bukhari  Muslim
1.1        Pengenalan
B
icara penulis adalah bicara yang berkaitan dengan aspek psikologikal bagi memikirkan dan mencari strategi yang sesuai bagi menangani permasalahan tingkah laku seksual bukannya
berdasarkan aspek medical perubatan atau yang seumpama dengannya.
Selama   8  tahun   berkecimpung   dalam   bidang   tingkah   laku   pencegahan   seksualiti   remaja, penulis   memberi   gambaran   bahawa   masalah   tingkah   laku   seksualiti   merupakan   suatu
penyakit   social   yang   hampir   sama   polanya   dengan   masalah-masalah   social   lain   seperti homoseksual,   lesbian,   transgander,   pelacuran,   sumbang   mahram,   penyalah   gunaan   bahan
seperti dadah, heroin, gam, syabu, ais, Mat Rempit dan pelbagai masalah sosial yang lain. Puncanya ialah berbalik kepada tiadanya penghayatan dan amalan kerohanian dalam diri.
Pada bab awal ini, penulis enggan mengupas panjang mengapa isu dan permasalahan ini tejadi, dan isu ini akan dikupas lebih mendalam pada bab-bab seterusnya.
____________________________________________ Bab ini merupakan sebahagian karya asli buku penyelidikan Dr Roslee Bin Ahmad 2016
Kaunseling Tingkah laku Seks Manusia diterbitkan Penerbit UTM, Skudai. ISBN: 978-983- 52-1146. Pembaca boleh mendapatkan karya ini dari Penerbit UTM, Skudai.
1
Gaya Hidup Gay                          Masalah Dadah merupakan suatu penyakit sosial
Pada   pengamatan   dan   penyelidikan   yang   pernah   dijalankan,   terjadinya   isu   dan   masalah seksualiti   ini   adalah   dikaitkan   dengan   gaya   hidup   life   style.   Di   sini,   penulis   suka
melaporkan bahawa mereka yang terjebak ke dalam kancah penyelewengan tingkah laku seksualiti ini memiliki abnormal life sytle. Life sytle abnormal yang bertentangan dengan
budaya sesuatu masyarakat dan fitrah kejadian manusia.
Gaya Hidup Gay Melanggar Fitrah Kejadian Manusia
2
Penulis   juga   berpandangan   bahawa   masalah   tabiat   seksualiti   merupakan   masalah   bersama sejagat. Masalah ini bukan masalah yang dihadapi oleh seseorang individu, ibu bapa, keluarga
mahupun komuniti, sebaliknya ia masalah bersama yang melibatkan seluruh masyarakat supaya mempunyai keinginan yang sama dan bersama memikirkan untuk mencegah, menangani dan
melawan   penyakit   social   tersebut.   Justeru   itu,   Islam   menyatakan   penyakit   social   merupakan masalah sesuatu kaum atau maslahah ummah yang perlu dihadapi bersama.
Maka disini sukalah penulis memberi analogi bahawa masalah social ini boleh dikatakan sama seperti   masalah   atau   isu   yang   dihadapi   dalam   alam   sekitar.   Ia   perlu   difahami   dan   dihayati
bersama, dan bukannya bersifat individualistic.
1.2        Falsafah Mengapa Tingkah laku Seksual Terjadi?