Dilema Keselamatan dan Realisme Ofensif Dalam Pertikaian Laut China Selatan
4.2 Dilema Keselamatan dan Realisme Ofensif Dalam Pertikaian Laut China Selatan
4.2.1 Dilema Keselamatan
Konsep dilema keselamatan oleh Herz adalah berdasarkan kebimbangan. Herz memberikan pendapat bahawa ketidakpastian yang meningkat terhadap niat orang lain akan menyebabkan asas dilema keselamatan berlaku dan
menjadikan 57 ‘Homo Homini Lupus’ . Apabila rakyat berasa takut, akan terdapat sekumpulan individu tertentu yang akan berusaha untuk menjaga
keselamatan di antara satu sama lain 58 . Sekitar lewat tahun 1950-an, Herz menyatakan bahawa matlamat politik adalah sebagai sebuah motif yang boleh
dianalisis melalui daripada kata-kata dan tindakan mereka 59 .
Senjata juga menambahkan ketidakpercayaan terhadap niat negara-negara lain kerana pengertian yang samar-samar di sebalik senjata mereka. Dilema keselamatan memberikan pengaruh terhadap penilaian kerajaan bagi
membezakan pergerakan tentera sama ada menyerang atau bertahan 60 . Herz juga menjelaskan enam ciri-ciri dilema keselamatan:
1) Sumber muktamad bagi dilema keselamatan adalah anarki,
2) Penyebab serta merta dalam dilema keselamatan adalah
57 ‘Homo Homini Lupus’ bermaksud "manusia adalah serigala kepada seorang manusia" atau dalam erti kata lain, ia membawa kepada kepercayaan bahawa manusia secara semula
bersifat agresif terhadap dirinya sendiri. 58 Booth, K. & Wheeler, N. J. (2008). The Security Dilemma: Fear, Cooperation and Trust in
World Politics. ( 1).(hlm 22-45). Hampshire: Palgrave Macmillan. 59 Ibid., 39.
60 Ibid., 45.
ketidakpastian negara-negara dan kebimbangan negara-negara tentang niat masing-masing untuk membahayakan di bawah anarki,
3) Cara negara-negara cuba membantu negara sendiri untu melarikan diri daripada dilema keselamatan adalah dengan mengumpul lebih banyak kuasa bagi menjana kitaran persaingan kuasa,
4) Percubaan negara-negara untuk melarikan diri daripada dilema keselamatan dengan mengumpulkan lebih banyak kuasa mungkin tidak akan meningkatkan tahap keselamatan mereka sama sekali, malah akan merugikan negara sendiri dan lebih tragis,
5) Dilema keselamatan boleh menyebabkan peperangan, tetapi tidak menjadi punca kepada semua peperangan, dan
6) Dinamik dalam dilema keselamatan adalah pengukuhan negara sendiri 61 .
Jervis juga turut menekankan aspek dilema keselamatan tetapi berbeza daripada aspek oleh Herz. Jervis berpendapat, perkara utama dilema keselamatan bukanlah peningkatan dalam keselamatan negara lain yang dapat membuatkan negara lain berasa kurang selamat, bukan kerana salah tanggapan tetapi adalah kerana anarki dalam hubungan antarabangsa. Jervis menekankan tujuh aspek dilema keselamatan:
61 Tang, Shiping. (2009). The Security Dilemma: A Conceptual Analysis. Security Studies, 18(3), 591.
1) Dilema keselamatan adalah struktur asal,
2) Ketidakpastian dan kebimbangan negara tentang niat pada kini dan masa depan masing-masing adalah penting untuk membentuk dan mengekalkan dilema keselamatan,
3) Ia adalah disebabkan oleh tindakan pertahanan dengan itu ia tidak disengajakan,
4) Ia cenderung untuk menghasilkan keputusan yang tidak
diingini dan merugikan negara sendiri iaitu penurunan dalam keselamatan negara sendiri,
5) Ia cenderung untuk menghasilkan keputusan yang tidak diingini dan tragis iaitu, perang,
6) Dilema keselamatan boleh menyebabkan peperangan, tetapi bukanlah punca kepada semua peperangan, dan
7) Dinamik dalam dilema keselamatan adalah pengukuhan negara diri dan menyerupai sebuah lingkaran 62 .
4.2.2 Realisme Ofensif
Berdasarkan para realis, kemandirian sesebuah negara adalah merupakan faktor utama. John Mearsheimer dalam hujahnya berpendapat dalam Realisme Ofensif, sesebuah negara akan memberikan tumpuan kepada keupayaan negara-negara lain untuk persaingan kuasa dan akan cuba meningkatkan kuasa tersebut.
Berdasarkan penyataan beliau,
62 Booth, K. & Wheeler, N. J. (2008). The Security Dilemma: Fear, Cooperation and Trust in World Politics. (1).(hlm 592). Hampshire: Palgrave Macmillan.
“Ketidakpastian tentang niat negara-negara lain memang tidak dapat dielakkan, di mana negara tidak dapat memastikan sama ada negara-negara lain tidak mempunyai niat serangan yang disertakan dengan keupayaan
serangan merek 63 a” . Beliau juga menekankan bahawa sistem antarabangsa adalah anarki 64 . Berdasarkan pernyataan itu, setiap negara akan
memaksimumkan kekuasaan untuk mempertahankan negara daripada serangan. Walau bagaimanapun, Waltz menentang teori-teori ini kerana pemaksimuman kuasa tidak akan berjaya dan cara yang terbaik adalah dengan mengimbangi gabungan. Namun, untuk mencapai gabungan itu, mungkin akan mengambil masa atau mungkin tidak efektif disebabkan beberapa perkara. Walaupun kuasa bukannya satu-satunya cara yang ada, sesebuah negara akan cuba untuk memaksimumkan kuasa kerana ia adalah merupakan cara yang terbaik untuk kemandirian negara tersebut.