Dilema Keselamatan Peningkatan Kuasa Ket

DILEMA KESELAMATAN: PENINGKATAN KUASA KETENTERAAN CHINA, VIETNAM DAN FILIPINA DI LAUT CHINA SELATAN

Oleh: MOHAMAD ISKANDAR DZULKARNAEN BIN MOHD KAMAL ARIFFIN

KERTAS AKADEMIK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI

SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGIJAZAHAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN STRATEGI

(KEPUJIAN)

FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

MEI 2017

PERAKUAN HAKCIPTA

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dan atau membuat salinan mana-mana bahagian bab, ilustrasi atau isi kandungan ilmiah ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua pun sama ada eletronik, fotokopi, mekanika, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengkaji tentang konsep dilema keselamatan dalam pertikaian Laut China Selatan antara China, Vietnam dan Filipina. Kajian hanya tertumpu kepada ketiga-tiga negara ini sahaja kerana perkembangan yang berlaku dalam kuasa ketenteraan mereka antara tahun 2014 dan 2015. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti pertikaian yang berlaku antara China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan: (1) Untuk mengkaji punca- punca yang mendorong kepada konflik yang terjadi; (2) Untuk memahami faktor-faktor kebangkitan kuasa ketenteraan; dan (3) Untuk menganalisis hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan kuasa ketenteraan. Peningkatan kuasa ketenteraan dianalisa melalui Dasar Pertahanan Negara, Dasar Perbelanjaan Pertahanan Negara dan juga tindakan oleh negara-negara tersebut dalam menangani pertikaian di kawasan Laut China Selatan. Manakala hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan ketenteraan pula dianalisis antara tahun 2014 dan 2015 bagi ketiga-tiga negara ini. Hasil kajian menunjukkan pemaksimuman kuasa ketenteraan berlaku adalah berdasarkan kemandirian negara masing-masing bagi menghadapai dilema keselamatan dalam pertikaian Laut China Selatan.

ii

ABSTRACT

This research is to study the concept of security dilemma in South China Sea dispute between China, Vietnam and the Philippines. The research only focused on these three countries due to development of their military power between years 2014 and 2015. The research is to identify the ongoing dispute between China, Vietnam and the Philippines in the South China Sea: (1) To review causes that led to the conflict; (2) To understand factors for the rise of military power; and (3) To analyse a relationship between security dilemma and growth of military power. The growth of military power analysed based on National Defense Policy, National Defense Expenditure Policy as well as actions taken by these countries in addressing dispute in the South China Sea. While the relationship between the security dilemma and military growth for these three countries analysed between the years 2014 and 2015. Findings showed that maximization of military force occurred based on the survivability of the respective country for the security dilemma in the South China Sea dispute.

iii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi dengan rahmat dan kurniaNya saya berjaya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan khas terima kasih kepada penyelia projek saya, Dr Adam Leong Kok Wey, yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar, sumbangan idea dan tenaga serta perancangan yang diberikan kepada saya untuk penulisan projek ini.

Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, Mohd Kamal Ariffin dan Rozalina A.Rahman, dan keluarga saya yang selalu memberi sokongan moral. Sekalung budi kepada pensyarah-pensyarah dan staf-staf Fakulti Pengajian Strategi di atas ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepada saya selama ini.

Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan terumatanya Nur Hazira dan Mohd Rofahmi, yang sanggup bersama-sama untuk bersusah payah sepanjang pengajian saya di sini.

iv

SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT

Perbandingan Kekuatan Anggota Tentera antara China, Vietnam

54 dan Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)

Perbandingan Kekuatan Aset Tentera Darat antara China, Vietnam dan

55 Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)

Perbandingan Kekuatan Aset Tentera Laut antara China, Vietnam dan

56 Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)

Perbandingan Kekuatan Aset Tentera Udara antara China, Vietnam dan 60 Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)

Perbandingan Kekuatan Aset Marin antara China, Vietnam dan

62 Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)

Perbandingan Kekuatan Aset Separa Tentera antara China, Vietnam dan 63 Filipina Pada Tahun 2014 dan 2015 (Hackett, J., 2014 & 2015)

SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT

Kerangka Konseptual

6 Peta Laut China Selatan

17 Jumlah Anggaran Minyak Yang Belum Diterokai Pada Tahun 2012

19 Kawasan Pertikaian Di Laut China Selatan

21 Pulau Woody

26 Nelayan Tanmen Berpakaian Uniform Semasa Melapor Untuk Latihan

32 Presiden China, Xi Jinping

36 Kapal Induk Lioning China

51 Sistem Pertahanan Peluru Berpandu S-300PMU-2 Rusia

52 Kapal ‘China Coast Guard’

vi

SENARAI SINGKATAN

AAV - Amphibious Assaul Vehicle AD - Air Defence

ADIZ - Air Defence Identification Zone AEW

- Airborne Early Warning AEW&C

- Airborne Early Warning & Control AIFV

- Armoured Infantry Fighting Vehicle AMTI

- Asia Maritime Transparency Initiative APC

- Armoured Personnel Carrier ARTY

- Artillery

ARV - Armoured Recovery Vehicle AShM

- Anti-ship Missile

ASW - Anti-Submarine Warfare C2 - Command and Control

CCG - The China Coast Guard CNOOC

- Chinese National Offshore Oil Company CV - Aircraft Carrier

DDGHM - Destroyer with AShM, Hangar, SAM DDGM

- Destroyer with AShM, SAM DND

- Department of National Defense EIA

- Energy Information Administration ELINT

- Electronic Intelligent

EW

- Electronic Warfare FFG - Fire-Fighting Frigate with AShM

FFGH - Fire-Fighting Frigate with AShM, Hangar

vii

FFGHM - Fire-Fighting Frigate with AShM, Hangar, SAM FFGM

- Fire-Fighting Frigate with AShM, SAM FGA

- Fighter Ground Attack FSG - Corvette with AShM

FSGM

- Corvette with AShM & SAM

HADR - Humanitarian Assistance Disaster Relief ICBM

- Intercontinental Ballistic Missile IDMC

- The International Defence-Military Cooperation ISR

- Intelligence, Surveillance and Reconnaissance LCAC

- Landing Craft Air Cushion

LCM

- Landing Craft Medium

LCU

- Landing Craft Utility

LCVP - Landing Craft Vehicle and Personnel LHD

- Landing Principal Amphibious Ships LSM

- Landing Ship Medium

LST

- Landing Ship Tank

LPD

- Landing Platform Dock

LCAC - Landing Craft Air Cushioned MBT

- Main Battle Tank

MRCA

- Multi-Role Combat Aircraft

MRH

- Multi-Role Helicopter

MRL

- Multiple Rocket Launch MW - Mine Warfare PAF - Philippines Air Force

PADIZ - Philippines Air Defense Identification Zone PB

- Patrol Boat

viii

PBF

- Fast Patrol Boat

PBR

- Patrol Boat Riverine

PCC

- Coastal Patrol Craft with AShM

PCF

- Fast Patrol Craft

PCFG - Patrol Craft Fast Guided Missile PCFGM

- Patrol Craft Fast Guided Missile with CIWS/ SAM PCG

- The Philippine Coast Guard

PCO

- Offshore Patrol Craft

PH

- Patrol Hydrofoil

PHT

- Patrol Hydrofoil Torpedo

PLA

- People’s Liberation Army

PLAN

- People's Liberation Army Navy

PLAAF - People's Liberation Army Air Force PSO

- Peace Support Operation, offshore patrol vessel over 1,500 tonnes

PSOH - Peace Support Operation, offshore patrol vessel over 1,500 tonnes, hangar

- Surface-to-Air Missile

SAR

- Search and Rescue

SMF

- Strategic Missile Force

SSB

- Ballistic Missile Submarine

SSI

- Submarine Intelligence SSK - Attack Submarine with ASW capability

SSM

- Surface-to-Surface Missile SSN - Nuclear Powered Attack Submarine SSV - Strategic Sealift Vessel

ix

UAV

- Unmanned Aerial Vehicle

UCAC

- Unmanned Combat Air Carrier

UCAV

- Unmanned Combat Air Vehicle

UNCLOS 1982 - The United Nations Convention on the Law of the Sea 1982

USGS

- U.S Geological Survey

VLB

- Vehicle Launch Bridge

ZEE

- Zon Ekonomi Eksklusif

SENARAI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT

PERAKUAN HAKCIPTA i ABSTRAK ii ABSTRACT

iii PENGHARGAAN

iv SENARAI JADUAL

v SENARAI RAJAH

vi SENARAI SINGKATAN vii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Persoalan Kajian

1.4 Objektif Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Skop Dan Limitasi Kajian

1.6.1 Skop Kajian

1.6.2 Limitasi Kajian

1.7 Kerangka Konseptual

1.8 Kerangka Teori 8

1.9 Kajian Kesusasteraan

1.10 Kaedah Kajian

1.11 Pembahagian Bab

BAB 2 LATAR BELAKANG LAUT SELATAN

2.2 Laut China Selatan

2.3 Kepentingan Laut China Selatan

2.3.1 Sumber Hidrokarbon

2.3.2 Sumber Perikanan

2.3.3 Laluan Perkapalan

2.4 Negara-negara yang Menuntut Hak Kawasan

20 di Laut China Selatan

2.4.1 Tuntutan oleh China

2.4.2 Tuntutan oleh Vietnam

2.4.3 Tuntutan oleh Filipina

2.5 Pertikaian di Laut China Selatan

2.6 Kesimpulan Bab

BAB 3 FAKTOR PENINGKATAN KUASA KETENTERAAN CHINA, VIETNAM DAN FILIPINA DI LAUT CHINA SELATAN

3.2 Tindakan China di Laut China Selatan

3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Tindakan China

3.3.1 Dasar Pertahanan China

3.3.2 Nilai Kepimpinan China

3.3.3 Presiden China

3.4 Faktor Serta Reaksi Vietnam dan Filipina

38 Terhadap Tindakan China

3.4.1 Reaksi Vietnam

3.4.2 Reaksi Filipina

3.5 Dasar Pertahanan Vietnam dan Filipina

3.5.1 Dasar Pertahanan Vietnam

3.5.2 Dasar Pertahanan Filipina

3.6 Kesimpulan Bab

BAB 4 HUBUNGAN ANTARA DILEMA KESELAMATAN DAN PENINGKATAN KUASA KETENTERAAN ANTARA CHINA, VIETNAM DAN FILIPINA KE ARAH PERTIKAIAN LAUT CHINA SELATAN

4.2 Dilema Keselamatan dan Realisme Ofensif

Dalam Pertikaian Laut China Selatan

4.2.1 Dilema Keselamatan

4.2.2 Realisme Ofensif

4.3 Permodenan Strategi Tentera China Mencipta

49 Kebimbangan dan Ketidakpastian terhadap

Vietnam dan Filipina

4.4 Tindak Balas Vietnam dan Filipina

4.5 Peningkatan Kuasa Ketenteraan antara China,

Vietnam dan Filipina

54

4.6 Kekuatan Anggota Tentera

55

4.6.1 Aset Tentera Darat

56

4.6.2 Aset Tentera Laut

60

4.6.3 Aset Tentera Udara

62

4.6.4 Aset Marin

63

4.6.5 Aset Tentera Separa Kerahan

65

4.7 Kesimpulan Bab

BAB 5 KESIMPULAN

5.3 Cadangan untuk Kajian Masa Hadapan

BIBLIOGRAFI

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Konflik yang berlegar di sekitar Laut China Selatan sudah sekian lama wujud sejak sekitar tahun 1940-an. Ketegangan konflik ini mula terjadi pada tahun 1947, di mana negara China membuat tuntutan ke atas dua buah kepulauan di sekitar Laut China Selatan, iaitu, Kepulauan Paracel dan Kepulauan Spratly 1 .

Tuntutan terhadap kedua-dua kepulauan ini menyebabkan berlakunya pertindihan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di Laut China Selatan. Perkara ini mencetuskan sebuah konflik yang tegang di kawasan zon berkenaan kerana memberi kesan kepada negara-negara berdekatan. Konflik ini telah mewujudkan beberapa lagi konflik yang baharu, di mana Filipina turut membuat tuntutan bahawa negara itu memiliki sebanyak 33 wilayah di sekitar kawasan Kepulauan Spratly.

Tekanan yang melanda di sekitar kawasan Laut China Selatan semakin meningkat apabila tiga buah negara yang terlibat dalam kajian ini iaitu; China, Vietnam dan Filipina; masing-masing bertungkus-lumus untuk

1 BBC. (2016). Why is the South China Sea contentious?. Dilayari pada 10 Februari 2017 daripada www.bbc.com/news/world-asia-pacific-13748349 1 BBC. (2016). Why is the South China Sea contentious?. Dilayari pada 10 Februari 2017 daripada www.bbc.com/news/world-asia-pacific-13748349

1.2 Pernyataan Masalah

Kertas akademik ini akan menumpukan mengenai dilema keselamatan dan konflik yang berlaku di kawasan Laut China Selatan, di mana melibatkan pertikaian di antara tiga buah negara iaitu China, Vietnam dan Filipina. Kajian ini akan merungkaikan faktor-faktor yang mewujudkan konflik di kawasan Laut Cina antara ketiga-tiga negara ini.

Seterusnya, kajian terhadap peningkatan kuasa ketenteraan oleh ketiga-tiga negara juga akan diterokai. Kuasa ketenteraan ini akan dikaji melalui dasar- dasar penting seperti Dasar Pertahanan Negara, Dasar Perbelanjaan Pertahanan Negara dan tindakan negara dalam menentukan sesuatu peningkatan kuasa ketenteraan terhadap negara-negara yang terlibat.

2 Tang, Shiping. (2009). The Security Dilemma: A Conceptual Analysis. Security Studies, 18(3), 592.

Akhir sekali, hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan kuasa ketenteraan bagi ketiga-tiga negara akan dianalisis dan dibincangkan dengan menggunakan beberapa konsep yang akan diperkenalkan dalam kajian ini. Elemen yang terdapat dalam dilema keselamatan juga akan diterangkan dengan terperinci bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang punca-punca peningkatan sesebuah kuasa ketenteraan.

1.3 Persoalan Kajian

Terdapat tiga persoalan kajian dalam kertas akademik ini. Antaranya:

1) Apakah faktor-faktor yang mewujudkan pertikaian di antara China, Vietnam dan Filipina di kawasan Laut Cina Selatan?

2) Apakah faktor-faktor perkembangan kuasa tentera oleh China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan?

3) Adakah terdapat perkaitan antara peningkatan kuasa ketenteraan

ketiga-tiga buah negara dengan dilema keselamatan?

1.4 Objektif Kajian

Kertas akademik ini mempunyai tiga objektif kajian yang ingin dicapai. Antaranya:

1) Untuk mengkaji punca-punca pertikaian di antara China, Vietnam dan Filipina di kawasan Laut China Selatan.

2) Untuk memahami faktor-faktor kebangkitan kuasa ketenteraan

China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan.

3) Untuk menganalisis hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan kuasa ketenteraan bagi ketiga-tiga buah negara yang terlibat.

1.5 Kepentingan Kajian

Kertas akademik ini mempunyai tiga kepentingan kajian antaranya:

1) Untuk memberi penerangan mendalam berkenaan punca-punca utama berlakunya pertikaian di Laut China Selatan antara China, Vietnam dan Filipina.

2) Untuk menyampaikan kefahaman berkenaan orientasi dasar pertahanan yang dimiliki oleh China, Vietnam dan Filipina.

3) Untuk menyebarkan maklumat serta ilmu pengetahuan berkenaan dilema keselamatan yang membawa kepada peningkatan kuasa ketenteraan oleh China, Vietnam dan Filipina.

1.6 Skop dan Limitasi Kajian

1.6.1 Skop Kajian

Dalam penulisan ini, terdapat tiga skop kajian yang akan dikaji dengan lebih mendalam. Skop pertama melibatkan kehadiran elemen dilema keselamatan dalam pertikaian Laut China Selatan di antara China, Vietnam dan Filipina. Kajian ini hanya tertumpu kepada ketiga-tiga negara ini sahaja kerana Dalam penulisan ini, terdapat tiga skop kajian yang akan dikaji dengan lebih mendalam. Skop pertama melibatkan kehadiran elemen dilema keselamatan dalam pertikaian Laut China Selatan di antara China, Vietnam dan Filipina. Kajian ini hanya tertumpu kepada ketiga-tiga negara ini sahaja kerana

Seterusnya, peningkatan kuasa ketenteraan oleh ketiga-tiga negara ini juga akan dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan tersebut. Antara faktor-faktornya adalah seperti Dasar Pertahanan Negara, Dasar Perbelanjaan Pertahanan Negara dan tindakan oleh negara tersebut dalam menangani pertikaian di kawasan Laut China Selatan.

Akhir sekali, hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan ketenteraan akan dianalisis antara tahun 2014 dan 2015. Dalam tempoh ini, ketiga-tiga negara ini mula pesat berkembang dalam kuasa ketenteraan mereka.

1.6.2 Limitasi Kajian

Sepanjang proses menyiapkan kertas akademik ini, terdapat beberapa had kajian yang membataskan penulisan ini. Antaranya adalah untuk mengkaji dengan lebih mendalam terhadap konflik-konflik yang terjadi pada masa kini. Perkara ini merupakan satu cabaran yang sukar disebabkan kekurangan sumber-sumber yang boleh dipercayai dan rujukan sedia ada yang masih tidak dapat menyokong sepenuhnya untuk menyiapkan kajian ini.

Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kertas kerja ini amatlah terhad, lebih-lebih lagi bagi membahagikan komitmen yang sedia ada dengan sewajarnya untuk menyiapkan kertas akademik ini dengan jayanya.

1.7 Kerangka Konseptual

Perkembangan Kuasa Tentera oleh Dilema Keselamatan dan Latar China, Vietnam dan Filipina di Belakang Konflik di Laut China Laut China Selatan sebagai Cegah Selatan Rintang

Dilema Keselamatan dan Pertumbuhan Kuasa Ketenteraan

Dilema Keselamatan

yang

Mendorong Pertumbuhan Penting Kesimpulan Kuasa Ketenteraan China, Vietnam

dan Filipina

Rajah 1: Kerangka Konseptual.

Berdasarkan Rajah 1, konsep yang akan digunakan dalam kertas akademik ini adalah konsep keselamatan. Menurut Luciani (1989), konsep keselamatan

adalah keupayaan untuk mengelakkan pencerobohan dari negara luar 3 . Perspektif keselamatan menurut Lasicova (2006) dan Danics (2007), bukan

sahaja mengenai keselamatan negara, bahkan juga melibatkan individu, kumpulan serantau, persekitaran antarabangsa dan keselamatan kumpulan

3 Luciani, G. (1989). The Economic Content of Security. Journal of Public Policy. 8(2), 151.

dalaman 4 . Bellamy (1981) turut memberi takrifan bahawa keselamatan merupakan kebebasan dari berperang yang turut digabungkan dengan harapan

yang tinggi 5 .

Konsep seterusnya pula melibatkan dilema keselamatan. Konsep ini akan menerangkan faktor-faktor tindakan China, Vietnam dan Filipina dalam perkembangan kuasa ketenteraan mereka antara tahun 2014 dan 2015 di Laut China Selatan. Salah satu faktor utama perkembangan kuasa ketenteraan adalah disebabkan kehadiran ancaman ketidakselamatan di kalangan mereka. Menurut Glaser (2010), apabila sesebuah negara meningkatkan kuasa dan keupayaan ketenteraan untuk menjadikan negara tersebut dalam keadaan selamat, keadaan ini mendorong negara-negara lain berasa terancam dalam isu keselamatan negara mereka. Oleh itu, keadaan ini dijelaskan sebagai

pengertian dilema keselamatan yang tepat 6 . Antara contoh yang dapat dilihat adalah melalui konflik di antara Sparta dan Athens. Kedua-dua negara

terperangkap ke dalam ‘Thucydides Trap’ disebabkan oleh dilema keselamatan. Peperangan tercetus apabila Sparta berasa tidak selamat di atas kebangkitan kuasa Athens lalu mencetuskan sebuah peperangan sebagai jalan penyelesaian terbaik bagi konflik yang dihadapi.

4 Ondrejcsák, R. (2014). Introduction to Security Studies. Bratislava, SK: Centre for European and North Atlantic Affairs (CENAA).

5 Bellamy, I. (1981). Towards a Theory of International Security. Political Studies. 29(1), 102. 6 Glaser, C.L. 2010. Realism. Dalam. Collins. A (ed.). Contemporary Security Studies. (2). New

York: Oxford University Press.

1.8 Kerangka Teori

Dalam situasi ini, teori yang tepat adalah menggunakan teori Realisme. Teori ini memberikan kefahaman tentang bagaimana sesebuah konflik itu berlaku. Malah, teori ini senantiasa dikaitkan dengan unsur-unsur kuasa. Ketiga-tiga negara yang terlibat dalam konflik ini memperlihatkan elemen kuasa yang terdapat dalam negara masing-masing melalui keupayaan ketenteraan mereka. Dalam teori Realisme, sistem antarabangsa adalah bersifat anarki dan sistem ini tidak dimiliki oleh sesiapa atau mana-mana kuasa. Tiada pusat kawalan atau kerajaan yang mengawal aktiviti sesebuah negara. Teori ini memperlihatkan bagaimana negara-negara yang terlibat adalah sebagai pelakon kesatuan. Namun begitu, sesebuah negara yang terdiri daripada barisan pemimpin dan penduduk, tidak akan dapat berdiri dengan sendirinya tanpa adanya aktiviti- aktiviti manusia di dalam negara tersebut. Menurut Hans (1948), kepentingan dianggap sebagai kuasa dan penggunaan kuasa manusia adalah untuk menguasai manusia yang lain 7 . Beliau turut menegaskan bahawa konflik

adalah sesuatu yang wujud dan amat sukar untuk dinyahkan selagi tiadanya kewujudan sistem baki dalam sistem antarabangsa ini.

Selain teori Realisme, Struktur Realisme dan Neorealisme juga digunakan dalam membantu penulisan ini. Kedua-dua ini adalah teori Evolusi Realisme

7 Hans, J.M. (1948). Politics among Nations: The Struggle for Power and Peace. (hlm 3-16). New York: McGraw-Hill.

yang diperkenalkan oleh Kenneth Waltz. Dalam teori Neorealisme, perkara utama yang ditekankan adalah mengenai kemandirian sesebuah negara 8 . Teori

ini menerangkan tindakan sesebuah negara yang perlu membuat pilihan dalam memilih keseimbangan alam semula jadi atau menjadikan negaranya sebagai kompetitif dalam mengekalkan kemandirian negara tersebut. Melalui teori ini, kemandirian sesebuah negara boleh dicapai dengan adanya Realisme Defensif dan Realisme Ofensif. Memandangkan kajian ini menumpukan terhadap perluasan kuasa ketenteraan dan konsep dilema keselamatan, konsep Neorealisme yang akan digunakan adalah Realisme Ofensif yang dilihat sebagai paling sesuai untuk memaksimumkan kuasa dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peningkatan kuasa ketenteraan sesebuah negara 9 .

1.9 Kajian Kesusasteraan

Semasa penyediaan kertas akademik ini, beberapa bahan telah digunakan sebagai rujukan dan garis panduan. Antara bahan-bahan tersebut adalah buku, jurnal dan lain-lain bahan bacaan yang berkaitan dengan kajian ini.

Untuk mengkaji peningkatan kuasa ketenteraan oleh China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan, beberapa buah buku telah digunakan.

8 Glaser, C.L. 2010. Realism. Dalam. Collins. A (ed.). Contemporary Security Studies. (2). New York: Oxford University Press.

9 Glaser, C.L. 2010. Realism. Dalam. Collins. A (ed.). Contemporary Security Studies. (2). New York: Oxford University Press.

Antaranya adalah buku 10 ‘Disputing the South China Sea’ oleh B.A Hamzah . Buku ini merupakan kompilasi artikel tentang isu-isu geo-politik dan kuasa

besar di Laut China Selatan. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi isu-isu keselamatan di Laut China Selatan. Manakala bahagian kedua pula mengenai isu-isu geo-politik. Dalam bahan bacaan ini, penulis menerangkan bagaimana konflik di Laut China Selatan ini terjadi dan memberi kesan kepada keselamatan serantau. Buku ini juga menerangkan beberapa konflik antara negara yang pernah terjadi dan mengakibatkan pertelingkahan.

Buku seterusnya yang ditulis oleh Allan Collins bertajuk ‘Contemporary Secruty Studies’ turut digunakan dalam kajian ini. Buku ini memberi penerangan yang jelas mengenai Pengajian Keselamatan, Keselamatan Tentera

dan juga berkenaan Teori Realisme 11 . Buku ini menerangkan asas dalam memahami Pengajian Keselamatan. Buku ini juga mengupas tentang teori

Realisme yang akan membantu dalam memberi penerangan berkenaan peningkatan kuasa ketenteraan oleh China, Vietnam dan Filipina.

Buku bertajuk ‘Military Modernisation in an Era of Uncertainty’ oleh Ashley J. Tellis juga digunakan dalam penulisan kertas akademik ini 12 . Karya ini

10 B.A, Hamzah. (2014). Disputing the South China Sea. Kuala Lumpur: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

11 Collins, A. (2010). Contemporary Security Studies. (2). New York: Oxford University Press.

12 Tellis, A. J., & Michael, W. (2005). Military Modernisation in an Era of Uncertainty. (5). Michigan: National Bureau of Asian Research.

menerangkan tentang persaingan kuasa antara negara-negara di Asia Timur. Buku ini sesuai untuk dianalisis dan dijadikan sebagai garis panduan dalam mengkaji negara-negara yang terlibat dalam kajian kertas akademik ini iaitu China, Vietnam dan Filipina. Buku ini juga memberi penerangan berkenaan pertahanan tentera oleh ketiga-tiga buah negara yang terlibat.

Buku seterusnya ialah ‘The Security Dilemma: Fear, Cooperation and Trust in World Politics’ yang ditulis oleh Ken Booth dan Nicholas J. Wheeler 13 .

Buku ini membantu dalam memahami konsep dilema keselamatan. Buku ini menerangkan bagaimana sesebuah negara itu bertindak balas terhadap negara lain yang sedang membangun dari segi kekuatan ketenteraan dan juga aset- asetnya. Melalui buku ini, faktor-faktor peningkatan kuasa ketenteraan oleh China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan dapat dirungkai.

1.10 Kaedah Kajian

Dalam usaha menyiapkan kajian ini, kaedah kualitatif telah dipilih sebagai medium kajian bagi memastikan kajian ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Penggunaan data sekunder seperti kertas-kertas akademik dan buku-buku ilmiah dari Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah digunakan sebagai sumber rujukan utama. Selain itu, penggunaan data- data sahih daripada internet turut membantu dalam kajian ini.

13 Booth, K. & Wheeler, N. J. (2008). The Security Dilemma: Fear, Cooperation and Trust in World Politics. (1). (hlm 22-45). Hampshire: Palgrave Macmillan.

1.11 Pembahagian Bab

Dalam Bab 1, penjelasan mengenai kajian yang dilakukan ini telah diperkenalkan. Unsur-unsur yang terdiri dalam bab ini adalah seperti Pengenalan Kajian, Pernyataan Masalah, Persoalan Kajian, Objektif Kajian, Skop dan Had Kajian, Kerangka Konseptual, Kerangka Teori, Kajian Kesusasteraan dan Kaedah Kajian.

Pengenalan mengenai latar belakang Laut China Selatan akan dijelaskan dalam Bab 2. Bab ini akan memperincikan maklumat tentang sejarah konflik yang berlaku dan sedang berlaku di Laut China Selatan. Bab ini juga akan menjelaskan tentang bagaimana konflik pertikaian antara ketiga-tiga negara bermula dan sedikit sebanyak maklumat mengenai Sembilan Garis Putus atau dikenali sebagai ‘Nine-Dash Line’.

Dalam Bab 3, kajian mengenai peningkatan kuasa ketenteraan China, Vietnam dan Filipina akan diperlihatkan melalui faktor-faktor yang mendorong kepada pertikaian di kawasan Laut China Selatan ini.

Bab seterusnya akan menerangkan hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan kuasa ketenteraan dalam Bab 4. Bab ini akan memperincikan Bab seterusnya akan menerangkan hubungan antara dilema keselamatan dan peningkatan kuasa ketenteraan dalam Bab 4. Bab ini akan memperincikan

Bab terakhir iaitu Bab 5 akan menyimpulkan isu-isu dan masalah-masalah yang telah dibincangkan untuk mencapai sebuah kesimpulan dalam kajian yang dijalankan ini. Kepentingan serta cadangan bagi menyediakan kajian ini juga akan diterangkan dalam bab ini.

BAB 2 LATAR BELAKANG LAUT CHINA SELATAN

2.1 Pengenalan

Pertikaian di kawasan Laut China Selatan merupakan satu isu yang sangat kompleks. Banyak negara yang telah terlibat dalam pertikaian ini yang melibatkan sebanyak 3,500,000 kilometer per segi jumlah kawasan dan rekod ini adalah berdasarkan rekod sejarah kawasan tersebut.

Peranan Laut China Selatan adalah sangat penting kerana merupakan laluan perkapalan antara kawasan timur dengan barat. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pelbagai institusi, para penyelidik mendapati kawasan Laut China Selatan sangat kaya dengan sumber hidrokarbon dan perikanan. Laut China Selatan juga dijadikan sebagai pertahanan hadapan oleh negara-negara yang membuat tuntutan di kawasan Laut China Selatan. Kelebihan Laut China Selatan dengan beberapa faktor yang telah disebutkan, berjaya menarik perhatian beberapa buah negara untuk menguasai kawasan tersebut. Hal ini telah menyebabkan pelbagai krisis, konflik dan pertempuran berlaku di kawasan tersebut.

2.2 Laut China Selatan

Laut China Selatan terletak di kawasan Timur Semenanjung Malaysia. Laut ini sebahagian daripada Lautan Pasifik. Keluasan Laut China Selatan adalah sekitar 3,500,000 kilometer per segi, yang turut meliputi kawasan bermula dari

Singapura sehingga Selat Taiwan 14 . Berdasarkan Rajah 2, Laut China Selatan boleh dikenal pasti melalui beberapa buah negara yang berhampiran dengan

kawasan tersebut. Laut China Selatan terletak di :  Bahagian Selatan Tanah Besar China dan Bahagian Timur Kepulauan Taiwan,  Bahagian Timur Vietnam dan Cambodia,

 Bahagian Barat Filipina,  Bahagian Timur di Semenanjung Malaysia dan juga Sumatera,

dan  Bahagian Utara Kepulauan Borneo 15 .

Kawasan Laut China Selatan merangkumi ratusan gugusan pulau kecil, batu- batu dan terumbu yang kebanyakannya terletak di Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel. Terdapat beberapa pulau dan terumbu utama yang terdapat di kawasan tersebut seperti Kepulauan Natuna, Kepulauan Pratas dan Terumbu Scarborough.

14 . Tiquia, Ma. L. (2015, April 27). China & Global Commons. Dilayari pada 20 Februari 2017 daripada http://www.manilatimes.net/china-global-commons/

15 Daniel, J. D. (1996). The Spratly Islands Dispute: Who’s On First?. Maritime Briefing. 2(1), 3-6.

Rajah 2: Peta Laut China Selatan.

2.3 Kepentingan Laut China Selatan

Laut China Selatan merupakan kawasan yang kaya dengan sumber hidrokarbon dan sumber perikanan. Laut China Selatan berperanan sebagai laluan perkapalan yang penting di dunia. Banyak negara menggunakan kawasan Laut China Selatan sebagai pertahanan hadapan mereka dan perkara ini telah mengundang kepada peningkatan kuasa ketenteraan di kawasan tersebut.

2.3.1 Sumber Hidrokarbon

Berdasarkan kajian dalam penulisan ini, Laut China Selatan kaya dengan minyak mentah dan gas asli. Pernyataan tersebut dibuktikan melalui hasil Berdasarkan kajian dalam penulisan ini, Laut China Selatan kaya dengan minyak mentah dan gas asli. Pernyataan tersebut dibuktikan melalui hasil

dan sebanyak 500 trilion kaki padu gas asli 16 , yang masih belum diterokai lagi.

Terdapat satu lagi kajian yang telah dilakukan bagi menjangka jumlah minyak dan gas asli di Laut China Selatan. Kajian tersebut dilakukan oleh ‘Energy Information Administration ’ (EIA). Mereka menganggar jumlah minyak dan gas asli yang terdapat di dalam dasar laut itu sebanyak 11 bilion tong minyak dan 190 trilion kaki padu gas asli.

‘U.S Geological Survey’ (USGS) juga telah melancarkan ‘Petroleum Resources Assessment Project ’ yang bertujuan untuk membuat analisa

terhadap beberapa kawasan di Laut China Selatan pada tahun 2010. Hasil kajian yang USGS dapati, mereka menganggar bahawa Laut China Selatan mempunyai sebanyak 5 hingga 22 bilion minyak dan kira-kira 70 hingga 290 trilion kaki padu minyak asli yang masih belum ditemui dan diterokai seperti

16 Energy Information Administration. (2013). South China Sea: Full Report. Dilayari pada 20 Februari 2017 daripada

http://www.eia.gov/beta/international/analysis_includes/regions_of_interest/South_China _Sea/south_china_sea.pdf http://www.eia.gov/beta/international/analysis_includes/regions_of_interest/South_China _Sea/south_china_sea.pdf

Rajah 3: Jumlah Anggaran Minyak Yang Belum Diterokai Pada Tahun 2012. (U.S Energy Information Admisnistration, 2012)

2.3.2 Sumber Perikanan

Laut China Selatan mempunyai ekosistem marin yang besar dan kebanyakan negara yang berdekatan dengan perairan ini bergantung kepada sumber yang terdapat di kawasan tersebut. Habitat yang terdapat di Laut China Selatan terdiri daripada hutan bakau, rumpai laut, dan karang laut. Saiz kontur pantai Laut China Selatan adalah sedalam 50 meter. Tahap kedalaman ini Laut China Selatan mempunyai ekosistem marin yang besar dan kebanyakan negara yang berdekatan dengan perairan ini bergantung kepada sumber yang terdapat di kawasan tersebut. Habitat yang terdapat di Laut China Selatan terdiri daripada hutan bakau, rumpai laut, dan karang laut. Saiz kontur pantai Laut China Selatan adalah sedalam 50 meter. Tahap kedalaman ini

2.3.3 Laluan Perkapalan

Laut China Selatan merupakan laluan perdagangan yang sangat penting di dunia kerana laluan ini menghubungkan kawasan timur dan barat. Hampir 5.3 trilion USD jumlah nilai dagangan yang dilakukan melalui laluan ini pada

setiap tahun 17 . Hal ini menunjukkan bahawa Laut China Selatan merupakan laluan yang sangat penting dan bernilai kepada peningkatan ekonomi. Menurut

Robert D. Kaplan (2015), jumlah minyak dagangan dari Lautan India ke Asia Timur melalui Laut China Selatan adalah tiga kali ganda berbanding laluan

Terusan Suez dan 15 kali ganda berbanding laluan Terusan Canal 18 .

2.4 Negara-negara yang Menuntut Hak Kawasan di Laut China Selatan

Setiap negara yang menuntut hak kawasan di Laut China Selatan adalah berdasarkan faktor sejarah dan undang-undang negara masing-masing. Dalam bahagian ini, tuntutan kawasan Laut China Selatan oleh China, Vietnam dan Filipina adalah seperti di Rajah 4.

17 B.A Hamzah. (2014). Big Power Rivalries and Their Impact on Regional Security. Dalam B.A Hamzah (Ed.). Disputing the South China Sea. (hlm 42). Kuala Lumpur: Universiti Pertahanan

Nasional Malaysia.

18 Robert, D. K. (2015, Februari). Why the South China Sea is Crucial. Dilayari pada 20 Februari 2017 daripada

https://www.businessinsider.com.au/why-the-south-china-sea-is-so-crucial-2015-2

Rajah 4: Kawasan Pertikaian di Laut China Selatan.

2.4.1 Tuntutan China

Melalui faktor sejarah, China mula menjalankan aktiviti di perairan Laut China Selatan sejak abad ke-15 lagi. Pada tahun 1947, Republik China di bawah pemerintahan kerajaan Kuomintang telah mengemukakan garis panduan yang rasmi ke atas Laut China Selatan dengan sebelas garisan. Namun, apabila kerajaan Komunis mengambil alih, dua daripada sebelas garis telah dimansuhkan untuk membolehkan kerajaan China dan Vietnam menyelesaikan

masalah berkenaan tuntutan mereka di Teluk Tonkin 19 . China menandatangani satu undang-undang yang dinamakan sebagai ‘The United Nations Convention

on the Law of the Sea ’ (UNCLOS) 1982 pada tahun 1996. Perjanjian tersebut mengehadkan kuasa sesebuah negara ke atas perairan serantau atau dikenali

19 Asia Maritime Transparency Initiative. (2014). 18 Maps that Explain Maritime Security in Asia. Dilayari pada 20 Februari 2017 daripada https://amti.csis.org/atlas/ 19 Asia Maritime Transparency Initiative. (2014). 18 Maps that Explain Maritime Security in Asia. Dilayari pada 20 Februari 2017 daripada https://amti.csis.org/atlas/

China menamakan beberapa pulau utama mengikut panggilannya. Kepulauan Spratly, Kepulauan Paracel, Kepulauan Pratas dan Terumbu Scarborough telah dinamakan sebagai Nansha Qundao, Xisha Qundao, Dongsha Qundao dan Huangyan Dao. Pada tahun 1974, China mengambil alih Kepulauan Paracel dari Vietnam. China ingin menuntut keseluruhan kawasan Laut China Selatan yang merupakan ‘internal lake’ kepada China. Kawasan tuntutan China adalah seperti berikut:

1) Kepulauan Spratly

2) Kepulauan Paracel

3) Kepulauan Pratas

4) Kepulauan Senkaku/ Diaoyu

5) Terumbu Scarborough

6) Tebing Macclesfield

2.4.2 Tuntutan Vietnam

Vietnam ingin menuntut keseluruhan kawasan di Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel. Walau bagaimanapun, Vietnam tidak mempunyai sebarang dokumen rasmi yang dapat dijadikan sebagai bukti tuntutan tersebut.

Bagi Vietnam, Kepulauan Paracel sebahagian daripada wilayah Khanh Hao 20 . Vietnam mula memenuhi sebahagian kawasan Kepulauan Paracel pada tahun

1974, namun China bertindak merampas kesemua bahagian Kepulauan Paracel. Keadaan ini menimbulkan ketegangan antara China dan Vietnam. Kawasan tuntutan Vietnam adalah berdasarkan faktor sejarah yang merupakan kawasan warisan jajahan Vietnam iaitu:

1) Kepulauan Spratly

2) Kepulauan Paracel

3) Tebing Macclesfield

Pada tahun 1933, Perancis mula menguasai kawasan Kepulauan Paracel dan hak ke atas kepulauan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Jepun pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Jepun pada Perang Dunia kedua, pihak kerajaan Selatan Vietnam menyatakan bahawa, Kepulauan Paracel adalah miliknya dan tidak sepatutnya dikawal oleh China. Bekas presiden Vietnam, Pham Van Dong mengiktiraf tuntutan oleh China ke atas Kepulauan Paracel pada tahun 1958 dengan menghantar sebuah nota diplomatik ke Beijing sebagai tanda pengakuan deklarasi China terhadap tuntutan 12 batu nautika ke atas kepulauan

tersebut 21 .

20 Laursen. W. (2015). China, Vietnam Consider Joint Offshore Development. Dilayari pada 22 Februari

2017 daripada http://www.maritime-executive.com/article/china-vietnam- consider-joint-offshore-development

21 Daniel, J. D. (1996). The Spratly Islands Dispute: Who’s On First?. Maritime Briefing. 2(1), 47.

2.4.3 Tuntutan Filipina

Pada tanggal 15 Mei 1956, pengarah ‘Philippine Maritime Institute’, Tomas Cloma telah menuntut kesemua kawasan di Kepulauan Spratly, kira-kira 380 batu dari bahagian barat Palawan Selatan dan menamakan kawasan itu sebagai

‘Free Territory of Freedomland’ 22 . Cloma menggunakan prinsip ‘Discovery and Proximity’ 23 untuk menyatakan tuntutannya. Walau bagaimanapun,

tuntutan yang dilakukan oleh Cloma tidak disahkan oleh kerajaan Filipina. Walaupun kerajaan Filipina tidak mengiktiraf tuntutan yang dilakukan oleh Cloma, tetapi Filipina berjaya merebut tiga buah pulau di kawasan Kepulauan Spratly pada tahun 1970 dan 1971. Ketiga-tiga pulau tersebut yang berada di kawasan Kepulauan Spratly adalah merupakan tuntutan yang dilakukan oleh Cloma.

Pada 11 Jun 1978, presiden Filipina, Ferdinand Marcos telah menandatangani ‘Presidential Decree’ yang bertujuan untuk menyatakan tuntutannya dalam

kumpulan Kalayan. Tuntutan ini merupakan tuntutan yang dibuat oleh Cloma pada asalnya, tetapi berbeza dalam dua perkara. Perkara yang pertama adalah, Kepulauan Spratly tidak termasuk dalam tuntutan itu tetapi yang dituntut adalah Pulau Amboyna Cay. Perkara yang kedua, Cloma menuntut

22 Kalayaan. P. (n.d.). Historical Background. Dilayari pada 23 Februari 2017 daripada http://www.kalayaanpalawan.gov.ph/about_the_municipality/historical_background.html

23 Lai, L. T. (1999). China and the South China Sea Dialogues. (hlm 101). Westport: Praeger Publisher.

berdasarkan prinsipnya manakala tuntutan yang dibuat oleh Kalayan berdasarkan tujuan keselamatan dan ekonomi. Kawasan tuntutan yang berjaya dibuat oleh Filipina adalah seperti:

1) Kepulauan Spratly

2) Terumbu Scarborough

3) Tebing Macclesfield

2.5 Pertikaian di Laut China Selatan

Sub topik ini akan mengupas beberapa permasalahan yang menjadi punca kepada pertikaian yang melibatkan China, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan.

Sebuah peristiwa pertempuran berdarah pernah berlaku di antara China dan Vietnam pada tahun 1974. Peristiwa ini berlaku apabila China mahu menguasai Kepulauan Paracel dari Vietnam. Akibatnya, sebuah pertempuran terjadi antara kedua-dua negara apabila ‘People's Liberation Army Navy’ (PLAN) melakukan serangan terhadap kelasi Vietnam dan telah membunuh 70 orang daripada mereka.

China dan Vietnam bertempur lagi pada tahun 1988 di sekitar bahagian selatan Terumbu Johnson dan mengakibatkan kematian seramai 60 orang kelasi Vietnam. Pertempuran kali kedua ini berlaku apabila kapal-kapal frigat PLAN China dan Vietnam bertempur lagi pada tahun 1988 di sekitar bahagian selatan Terumbu Johnson dan mengakibatkan kematian seramai 60 orang kelasi Vietnam. Pertempuran kali kedua ini berlaku apabila kapal-kapal frigat PLAN

Sekitar penghujung tahun 1988, China berjaya menduduki kira-kira enam kawasan terumbu dan beberapa buah pulau di Kepulauan Spratly 25 . Sekitar Julai 2012, China secara rasminya menubuhkan bandar Sansha sebagai sebuah pusat pemerintahannya di Pulau Woody yang dikatakan adalah sebagai wilayah luar negeri China di Laut China Selatan. China juga mententerakan bandar ini untuk menjamin kedudukannya dalam tuntutan Laut China Selatan 26 .

Rajah 5: Pulau Woody. (CNTV, 2012)

24 Koo, M. G. (2009). Island Disputes and Maritime Regime Building in East Asia. (hlm 154). Dordrecht: Springer.

25 Ramzy, A. (2012). China’s Newest City Raises Threat of Conflict in South China Sea. Dilayari

pada 25 Februari 2017 daripada http://world.time.com/2012/07/24/chinas-newest-city- raises-threat-of-conflict-in-the-south-china-sea/

26 Ibid.

Pada bulan Disember 2012, bantahan anti-China diadakan di jalan-jalan Vietnam. Bantahan ini terjadi apabila sebuah kapal pedagang Cina dituduh melakukan sabotaj kepada salah sebuah kapal kajian seismik milik Vietnam. Polis Vietnam hanya membenarkan kira-kira 200 orang menyertai perarakan ini bermula dari Opera House di Hanoi untuk melakukan bantahan di sepanjang jalan itu 27 .

Sekitar awal tahun 2016, China mengerahkan pesawat pejuang miliknya iaitu pesawat JH-7 dan pesawat J-11 di Pulau Woody. 28 China juga mengerahkan

‘Surface-to-Air Missile’ (SAM) iaitu sistem HQ-9. Tindakan yang dilakukan oleh China adalah untuk meningkatkan rasa kebimbangan kepada negara- negara lain yang turut membuat tuntutan terhadap Laut China Selatan termasuk negara Amerika Syarikat.

2.5 Kesimpulan Bab

Bab ini menceritakan serba sedikit latar belakang Laut China Selatan yang menjadi kawasan pertikaian di antara China, Vietnam dan Filipina. Sumber dan kemudahan yang terdapat di kawasan ini merupakan faktor utama

27 Associated Press. (2012, Disember). Vietnam Breaks Up Anti-China Protests. Dilayari pada 2 Mac 2017 daripada http://www.theguardian.com/world/2012/dec/09/vietnam-breaks-up-

anti-china-protests 28 IHS Global. (2016, Februari). China Again Uses Woody Island for Military Posturing.

Dilayari pada 3 Mac 2017 daripada http://www.ausa.myindustrytracker.com/en/article/73825/china-again-uses-woody-island- for-military-posturing Dilayari pada 3 Mac 2017 daripada http://www.ausa.myindustrytracker.com/en/article/73825/china-again-uses-woody-island- for-military-posturing

China ingin menuntut keseluruhan kawasan Laut China Selatan yang me rupakan ‘internal lake’ kepada China. Manakala tuntutan Vietnam berdasarkan faktor sejarah di mana kawasan tersebut merupakan bekas kawasan jajahannya. Tuntutan Filipina pula lebih terdorong kepada tujuan keselamatan dan ekonomi.

BAB 3 FAKTOR PENINGKATAN KUASA KETENTERAAN CHINA, VIETNAM DAN FILIPINA DI LAUT CHINA SELATAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan memberikan penjelasan tentang tindakan yang dilakukan oleh China di Laut China Selatan sehingga membuatkan Vietnam dan Filipina berasa tergugat apabila tindakannya menjadi lebih agresif dengan memasuki kawasan perairan Vietnam dan Filipina.

Beberapa faktor yang menjadi pendorong kepada tindakan yang diambil oleh China juga dapat dilihat dalam bab ini. Pemimpin negara China berserta dasar pertahanannya turut mempengaruhi tindakan yang diambil oleh China. Bab ini juga akan memberikan penjelasan tentang faktor pencetus kepada reaksi negara Vietnam dan Filipina terhadap tindakan China.

3.2 Tindakan China di Laut China Selatan

Tindakan tegas yang diambil oleh ‘People's Liberation Army’ (PLA) China ke atas tuntutannya terhadap Laut China Selatan telah mendorong negara-negara lain yang turut membuat tuntutan ke arah dilema. Perkara ini dibuktikan Tindakan tegas yang diambil oleh ‘People's Liberation Army’ (PLA) China ke atas tuntutannya terhadap Laut China Selatan telah mendorong negara-negara lain yang turut membuat tuntutan ke arah dilema. Perkara ini dibuktikan

Semasa ‘Shangri-La Diologue’ pada 31 Mei 2015, Laksamana Sun Jianguo memberi ucapannya dan berkata kepada para tetamu bahawa China akan

melancarkan satu lagi ‘Air Defence Identification Zone’ (ADIZ) seperti mana yang pernah dilancarkan di Laut China Timur sekiranya terdapat ancaman di Laut China Selatan 29 . Setiap kapal udara yang memasuki kawasan tersebut

perlu memperkenalkan diri. Sekiranya gagal berbuat demikian, China mempunyai hak untuk mencantas dan memusnahkan kapal tersebut. ADIZ sangat penting bagi China dalam melindungi kedaulatannya terhadap tuntutan di Laut China Selatan. Menurut Feng Zhang (2015), China tidak akan melakukan perkara yang sedemikian kerana, hal ini untuk menjaga hubungan baik antara negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, beliau turut menjangka bahawa, China tetap akan mengambil tindakan sekiranya keadaan menjadi lebih tegang 30 .

Pada bulan April 2016, pihak media membuat laporan berkenaan China yang sedang melatih ‘Fishing Militia’. Pengertian ‘Fishing Militia’adalah di mana para nelayan akan dilatih dengan latihan ketenteraan oleh China. Merujuk

29 Feng, Z. (2015, April). Should Beijing Establish an Air Defence Identification Zone Over the South

2017 daripada http://foreignpolicy.com/2015/06/04/should-beijing-establish-an-air-defense- identification-zone-over-the-south-china-sea/

China Sea?.

Dilayari

pada

5 Mac

30 Ibid.

kepada Rajah 6, para nelayan tersebut diberi latihan ketenteraan yang sepenuhnya mengenai kegiatan di laut semasa membuat penangkapan di kawasan Laut China Selatan 31 . Para nelayan tersebut juga perlu memberi

maklumat mengenai kapal asing seperti syarikat perkapalan luar yang memasuki kawasan Laut China Selatan 32 .

Rajah 6: Nelayan Tanmen Berpakaian Uniform Semasa Melapor Untuk Latihan. (National Defense, 2013)

Pada bulan Mac 2017, Vietnam mendakwa bahawa China telah mencabuli kedaulatan Vietnam apabila sebuah kapal persiaran China telah memasuki kawasan Vietnam iaitu Kepulauan Paracel dan perairan kawasan antarabangsa

serta berharap pihak China dapat menghormati kedaulatan Vietnam 33 .

31 Conor M. K. & Andrew S. E. (2016, May 17). China's Uniformed, Navy-Trained Fishing "Militia".

http://www.maritime- executive.com/editorials/chinas-uniformed-navy-trained-maritime-militia

Dilayari pada

32 Ibid. 33 Pham, M. (2017, Mac 13). Vietnam Demands China Stop Cruises In South China Sea. Dilayari

pada 18 Mac 2017

http://www.reuters.com/article/us-vietnam-china- southchinasea-idUSKBN16K0CD

daripada

3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Tindakan China

Tindakan yang dilakukan oleh China dipengaruhi oleh faktor-faktor dasar pertahanan negara China serta pengaruh daripada pemimpinnya sendiri.

3.3.1 Dasar Pertahanan China

Tujuan utama dasar pertahanan China adalah untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kawasan negara daripada sebarang ancaman yang

boleh menggugat kepentingan negara 34 . Berdasarkan ‘White Paper 2015’, termaktub bahawa orientasi pertahanan negara China adalah pertahanan yang

aktif 35 . Konsep pertahanan aktif boleh difahami menerusi ayat yang terkandung dalamnya, “We will not attack unless we are attacked, but we will

s 36 urely counterattack if attacked” . Ayat tersebut memberi maksud bahawa, “Serangan tidak akan dilakukan melainkan kami diserang dan sudah tentu

akan berlaku serang balas oleh kami ”. Pertahanan aktif bukanlah pertahanan semata-mata, tetapi memberi tindak balas sekiranya pertahanan digugat oleh musuh.

34 Ministry of National Defense of the People's Republic of China. (n.d.). Defense Policy. Dilayari

2017 daripada http://eng.mod.gov.cn/Database/DefensePolicy/index.htm

pada

18 Mac

35 Zhaohui, D. (2015). III. Strategic Guideline of Active Defense. Dilayari pada 18 Mac 2017 daripada

http://eng.mod.gov.cn/Database/WhitePapers/2015- 05/26/content_4586711.htm 36 Ibid.

‘Nine Principle’ 37 telah digariskan dalam pertahanan aktif oleh negara China berdasarkan situasi yang sedang berlaku. Antaranya:

1) Untuk membantu kerajaan dalam mencapai matlamat strategi negara, mengaplikasikan keselamatan negara, mengukuhkan kekuatan ‘Preparation of Military Struggle’, mencegah krisis, membuat ‘deterrence’ dan memenangi perang,

2) Untuk mempromosikan orientasi strategi yang sejajar dengan pembangunan keamanan China dan dasar pertahanan negara yang bertujuan sebagai pertahanan, kerjasama yang rapat antara politik, ketenteraan, ekonomi dan diplomatik serta sentiasa bersiap siaga dalam memberi tindak balas terhadap ancaman,

3) Membuat perancangan dalam memastikan kedaulatan wilayah, hak maritim dan kepentingan selamat,

4) Membuat perancangan secara proaktif bagi tentera dalam semua aspek dan inisiatif strategi,

5) Untuk mengadaptasi strategi dan taktik yang menekankan fleksibiliti dan mobiliti,

6) Untuk membuat persediaan supaya dapat mengadaptasi situasi yang rumit,

7) Untuk membuat hubungan baik antara kerajaan dan tentera supaya dapat meningkatkan moral para pegawai serta orang bawahan,

37 Zhaohui, D. (2015). III. Strategic Guideline of Active Defense. Dilayari pada 18 Mac 2017 daripada http://eng.mod.gov.cn/Database/WhitePapers/2015-

05/26/content_4586711.htm

8) Untuk menggalak rakyat China dalam mengadaptasi konsep peperangan serta fokus dalam mobilisasi peperangan melalui sumber manusia, sains dan teknologi, dan

9) Untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan serta keselamatan antara negara jiran, serantau dan negara yang membangun.

Kertas Putih menekankan pembangunan PLA dalam bentuk cegah rintang supaya boleh mengatasi segala bentuk konflik yang muncul 38 . Dasar ini telah