Faktor Yang Mempengaruhi Tindakan China

3.3.2 Nilai Kepimpinan China

Pengubalan dasar dan polisi oleh sesebuah negara dipengaruhi oleh pemimpin negara tersebut. Perubahan terhadap dasar adalah bertujuan membawa negara ke arah yang lebih maju. Oleh itu, pemimpin harus bijak dalam membuat keputusan berkenaan pengubalan dasar. Seperti China, dasar pertahanannya adalah untuk pertikaian di Laut China Selatan.

3.3.3 Presiden China

38 Dennis J. B. (2015). The 2015 Chinese Defense White Paper on Strategy in Perspective: Maritime Missions Require a Change in the PLA Mindset. China Brief. 15(12), 5.

Xi Jinping merupakan presiden negara China. Beliau dilahirkan pada tahun 1953 dan bapa beliau merupakan pengasas kepada Parti Komunis. Bapa Jinping telah diusir daripada parti tersebut semasa ‘Cultural Revolution’ pada

tahun 1962 39 . Jinping merupakan seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan kimia di Univerisiti Tsinghua, Beijing.

Rajah 7: Presiden China, Xi Jinping.

Pada tahun 1974, beliau mula menyertai Parti Komunis China dan menjadi Setiausaha Agung pada tahun 2012 sehingga sekarang. Tidak lama sebelum itu, beliau telah dicalonkan sebagai Presiden China pada tahun 2013 40 . Jinping

merupakan seorang yang sangat bermotivasi dan juga seorang yang berkeyakinan tinggi terhadap cita-citanya berkenaan ‘Chinese Dream’.

39 BBC. (2013, Jun). Profile: Xi Jinping. Dilayari pada 20 Mac 2017 daripada http://www.bbc.com/news/world-asia-pacific-11551399

40 BBC. (2013, Jun). Profile: Xi Jinping. Dilayari pada 20 Mac 2017 daripada http://www.bbc.com/news/world-asia-pacific-11551399

Beliau mengimpikan sebuah negara kuat yang berlandaskan cara hidup orang Cina, semangat Cina serta berkekuatan Cina 41 . Rancangan yang diimpikan

oleh Jinping merupakan rancangan kepada transformasi China. Terdapat tujuh kategori 42 yang terkandung dalam ‘Chinese Dream’:

1) China yang kuat (‘Strong China’),

2) China yang stabil (‘Stable China’),

3) China yang kaya (‘Bountiful China’),

4) China yang harmoni (‘Harmonious China’),

5) China yang bertemadun (‘Civilized China’),

6) China yang cantik (‘Beautiful China’), dan