MASA JUMLAH (TAN)

MASA JUMLAH (TAN)

  4.00 a.m – 4.00 a.m

  Jadual 5 b: Kerja mengekalkan beban selama 24jam.

  MASA JUMLAH (tan)

  4.00 a.m – 6.00 a.m

  6.00 a.m – 8.00 a.m

  8.00 a.m – 10.00 a.m

  10.00 a.m –12.00 a.m

  JUMLAH 40

  Jadua 5 c : Proses pengurangan beban selama 8jam.

  a)

  Bagi ujian beban di atas jumlah beban yang dikenakan adalah 90 tan

  b)

  Jadual 5a menunjukkan beban dinaikkan sebanyak 500 psi setiap satu jam sekali .kerja menambah beban dijalankan dalam masa 6 jam.

  c)

  Bacaan diambil setiap 15 minit sekali.

  d)

  Jadual 5b menunjukkan bahawa selepas beban 90 tan dikenakan, ia dikekalkan selama 24 jam.

  e)

  Jadual 5c menunjukkan beban dikurangkan berperingkat iaitu sebanyak 50 psi setiap 1 jam. Kerja pengurangan beban dijalankan selama 6 jam.

  f)

  Bacaan diambil setiap 15 minit sekali.

  g)

  Jumlah keseluruhan masa bagi kerja ujian beban ialah 38 jam.

5.15 KERJA PENGGALIAN LUBANG

  a)

  Selepas kerja ujian beban selesai dijalankan, kerja seterusnya yang akan dijalankan ialah kerja penggalian lubang.

  b)

  Lubang akan dikorek untuk melakukan kerja pemotongan cerucuk dan untuk pembinaan pilecap

  c)

  Kerja pengorekan ini dilakukan dengan bantuan jentolak (case).

  d)

  Kerja pengorekan ini mestilah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada cerucuk.

  gambarajah 5.15 (a) : Jentolak sedang menggali lubang untuk membuat pemotongan

  cerucuk.

  gambarajah 5.15 (b) : Keadaan tanah setelah dikorek.

5.16 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK

  Secara lazimnya, terdapat dua jenis cerucuk yang biasa digunakan dalam bidang pembinaan iaitu:

  a) Cerucuk spun (berbentuk bulat)

  Biasanya cerucuk spun dipotong menggunakan Diamond Cutter. Ini kerana pemotongan dengan cara ini lebih selamat dan kurang risiko jika di bandingkan dengan pemotong Hacker. Ia juga boleh mengelakkan kerosakan pada cerucuk spun yang sememangnya mudah rosak jika di salah potong.

  b) Cerucuk R.C (berbentuk segiempat)

  Cerucuk R.C biasanya dipotong dengan menggunakan Hacker. Ini kerana cerucuk R.C tidak mudah rosak.

  gambarajah 5.16(a) : Pekerja sedang memotong cerucuk.

  gambarajah 5.16 (b) : Pekerja sedang membantu untuk mengalihkan lebihan cerucuk menggunakan kren.

  gambarajah 5.16 (c) : Cerucuk yang telah dipotong.

5.17 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK

  Selepas kerja pemotongan cerucuk, kerja pembinaan yang seterusnya ialah kerja pembinaan pilecap. Pilecap dibina sebelum pembinaan rasuk tanah. Pilecap ini dibina dari konkrit bertetulang. Jenis gred konkrit yang digunakan dalam pembinaan pilecap ialah G25 nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:1½:3 dan jenis simen yang digunakan ialah Simen Portland Biasa.

  Kerja penimbusan tanah untuk menutupi pilecap dijalankan selepas

  kerja pemotongan cerucuk selesai. Kerja penimbusan tanah ini dilakukan dengan menggunakan jentolak. Kerja penimbusan ini juga dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada pilecap.

  BAB 6

  KONKRIT

6.1 PENGENALAN

  Konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada hasil gabungan simen ( cement ), batu baur halus ( fine aggregate ), batu baur kasar ( coarse aggregate ) dan air mengikut nisbah tertentu. Konkrit boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaannya. Jenis konkrit adalah seperti berikut :-

  i.

  Konkrit simen ( plain cement concrete )

  ii.

  Konkrit bertetulang ( reinforcement cement concrete )

  iii.

  Konkrit kapur ( lime concrete )

6.2 BAHAN- BAHAN KONKRIT

  Dalam kerja konkrit, bahan- bahan yang digunakan adalah seperti :-

  a)

  Simen

  Simen yang hendak digunakan dalam kerja konkrit mestilah simen Portland dari pembuat yang diluluskan. Simen Portland haruslah mematuhi kehendak- kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.13. Jenis- jenis simen Portland yang biasa digunakan ialah seperti berikut :

  i.

  Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement) – simen jenis ini mesti menepati Piawaian M.S 522. Bahan- bahan mentah yang biasa digunakan adalah kalsium karbonat, silica, alumina dan besi oksida.

  ii.

  Simen Portland Cepat Mengeras (Rapid Hardening Portland Cement) – simen jenis yang akan digunakan mesti menepati Piawaian

  Malaysia M.S 522. Ia mempunyai komposisi yang sama dengan Simen Portland Biasa akan tetapi ia dikisar dengan lebih halus supaya dapat mengeras dengan lebih cepat.

  iii.

  Simen Portland Penahan Sulfat (Sulphate Resisting Portland Cement) – simen Portland jenis ini menepati Piawaian British B.S 4027 sebelum dapat digunakan. Ia merupakan simen Portland yang mempunyai kandungan trikalsium aluminat yang rendah dan kandungan tetrakalsium aluminoferrit yang tinggi berbanding Simen Portland lain. Dengan adanya kandungan trikalsium aluminat terhidrat yang akan bertindak balas dengan sulfat, maka konkrit yang dihasil menggunakan simen tersebut akan menjadi konkrit penahan sulfat. Jadi simen amat sesuai digunakan untuk pembinaan struktur- struktur bawah tanah serta kawasan yang terdedah kepada air laut, bahan kimia dan sebagainya.

  Simen yang akan digunakan harus disimpan dikawasan yang kering dan bebas daripada kelembapan. Ini mengelakkan proses pembekuan berlaku kepada simen. Simen yang didapati rosak disebabkan usianya, kerosakan pada kampit, pemnyimpanan yang tidak sempurna, isinya keras atau didapati cacat dalam apa jua bentuknya mesti dikeluarkan dari tapak binaan dengan segara.

  b)

  Batu Baur

  Antara bahan-bahan dalam konkrit, batu baur merupakan paling beraneka jenis. Oleh yang demikian, batu baur yang hendak digunakan perlu mematuhi Piawaian Malaysia iaitu M.S 74 sebelum dapat digunakan. Semua batu baur yang akan digunakan mesti dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih dan tidak berselaput kotoran serta tidak mengandungi bahan- bahan perosak yang akan membawa kesan buruk kepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan tetulang. Ia harus disimpan Antara bahan-bahan dalam konkrit, batu baur merupakan paling beraneka jenis. Oleh yang demikian, batu baur yang hendak digunakan perlu mematuhi Piawaian Malaysia iaitu M.S 74 sebelum dapat digunakan. Semua batu baur yang akan digunakan mesti dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih dan tidak berselaput kotoran serta tidak mengandungi bahan- bahan perosak yang akan membawa kesan buruk kepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan tetulang. Ia harus disimpan

  i. Batu Baur Halus – ia mesti dari pasir semulajadi yang terdapat dikawasan air tawar. Batu baur halus hendaklah tidak mengandungi selut atau bahan- bahan halus lain melebihi 3 mengikut isipadu apabila diuji mengikut Piawaian M.S 7.5. Penggunaan pasir dari pecahan batu adalah tidak dibenarkan. Manakala pasir yang didapati dari kawasan lombong dan laut harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

  ii. Batu Baur kasar – Batu baur jenis ini yang akan digunakan mestilah menepati Piawaian M.S 29. Ia mesti dari jenis yang bebas daripada segala kotoran dan boleh digolongkan kepada 3 jenis utama iaitu batu Igneus, batu mendakan, dan batu jelmaan. Saiz maksimum batu baur mestilah dalam lingkungan 19mm.

  c)

  Air

  Air yang digunakan untuk bancuhan konkrit harus mematuhi piawaian Malaysia iaitu M.S 28. Ia mesti bebas dari segala kotoran yang boleh memberi kesan kepada konkrit. Ini kerana air penting untuk proses tindak balas kimia berlaku dalam bancuhan konkrit yang dibuat. Kuantiti air yang digunakan untuk bancuhan adalah ditentukan mengikut format berikut :

  Jumlah Berat Air Dalam Konkrit

  Berat Simen Untuk bancuhan biasa nisbah bancuhan air adalah 0.4 hingga

  Bahan Tambah

  Bahan tambah (menepati piawaian M.S 922) merupakan sejenis bahan yang dicampur kedalam bancuhan konkrit semasa bancuhan dijalankan. Tujuan adalah untuk meninggikan taraf pada sifat- sifat konkrit dalam keadaan yang diperlukan. Jenis- jenis bahan tambah adalah seperti berikut :-

  i.

  Pencepat (Accelerators)

  ii.

  Pelambat (Retarders)

  iii.

  Bahan Tambah Perangkap Udara (Air entraining agent)

  iv.

  Bahan Penangkis Air (Water repelling agent)

6.3 MEMBANCUH KONKRIT

  Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara, iaitu :-

  i. Membancuh dengan menggunakan penyeduk

  ii. Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul

  iii. Bekalan daripada kilang bancuh siap

  Biasanya membancuh konkrit dengan menggunakan penyedok atau ‘concrete mixer’ adalah bagi kuantiti yang kecil sahaja. Sukatan simen perlu ditambah kira- kira 10 lagi untuk memudahkan kerja- kerja membancuh. Semasa membancuh konkrit dengan cara ini, bahan campuran akan digaul kering dahulu. Kemudian air akan dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatan Biasanya membancuh konkrit dengan menggunakan penyedok atau ‘concrete mixer’ adalah bagi kuantiti yang kecil sahaja. Sukatan simen perlu ditambah kira- kira 10 lagi untuk memudahkan kerja- kerja membancuh. Semasa membancuh konkrit dengan cara ini, bahan campuran akan digaul kering dahulu. Kemudian air akan dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatan

  Untuk projek- projek besar, jumlah konkrit yang diperlukan adalah

  banyak. Bancuhan konkrit ini biasanya adalah daripada kilang bancuhan siap. Pembancuhan konkrit ini baik di kilang atau pun di tapak bina perlulah mematuhi nisbah bancuhan yang ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang berkualiti.

6.4 JENIS- JENIS GRED KONKRIT

  Pada masa kini, jenis- jenis bancuhan konkrit lebih dispesifikasikan sebagai gred- gred konkrit yang tertentu. Bancuhan konkrit tidak lagi dikenali dengan campuran nisbah bancuhan. Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut :-

  a) G15 (1:3:6)

  b) G20 (1:2:4)

  c) G25 (1:1 ⏐:3)

  d) G30 (1:1:2)

  Gred ini didefinasikan sebagai satu nombor yang membayangkan “Characteristic Compressive Strenght”, konkrit berkenaan dalam unit Nmm².

  6.4.1 Jenis-Jenis Campuran

  a)

  Campuran 1:2:4

  1 bahagian simen : 2 bahagian pasir : 4 bahagian batu. Campuran 1:2:4 ini adalah campuran yang biasa digunakan untuk segala kerja struktur konkrit bertetulang dan juga untuk kerja konkrit tuang dulu. (Pre-cast Concrete).

  b) Campuran 1:3:6

  1 bahagian simen : 3 bahagian pasir : 6 bahagian batu. Campuran ini adalah digunakan dalam kerja konkrit yang banyak, seperti tapak dan lantai konkrit.

  c)

  Campuran 1 :9

  1 bahagian simen : 9 bahagian pasir. Ini digunakan sebagai ‘screed’ konkrit. ‘Screed’ konkrit adalah digunakan :

  1. Untuk memberikan permukaan yang lebih bersih dalam kerja umpamanya untuk membuat tetulang.

  2. Untuk menahan lubang yang baru digali dari hakisan air.

6.5 UJIAN KEATAS BANCUHAN KONKRIT

  Tujuan utama ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu konkrit. Dengan adanya ujian ini ia akan dapat menentukan samada bancuhan itu sesuai untuk kegunaan berkenaan atau pun untuk mencapai kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki dalam kerja- kerja pembinaan. Jenis- jenis ujian konkrit adalah :- a)

  Ujian Runtuh

  b)

  Ujian Kiub

  c)

  Ujian Vebe Consistometer

  d)

  Ujian Faktor Mampatan

6.6 UJIAN KIUB (CUBE TEST)

  Ujian kiub merupakan satu lagi ujian penting dalam kerja konkrit. Tujuan ujian konkrit ini adalah untuk menentukan kekuatan konkrit. Keputusan daripada ujian- ujian ini akan memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah betul dan kekal. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada konkrit yang dibuat.(Rujuk lampiran 12.0(a), (b) (c)).

6.6.1 Alat- Alat Yang Digunakan 6.6.1 Alat- Alat Yang Digunakan

  Di dalam semua projek, kiub akan dibuat pada setiap kali campuran konkrit ditukarkan. Ini adalah untuk ujian kekuatan pecahan pada hari ke 7 dan ke 28. Kotak acuan yang diperbuat daripada keluli dan dalam dua bahagian, yang mana diboltkan bersama. Kebiasaannya alas keluli juga dibekalkan bersama.

  gambarajah 6.6.1 (a) : Bancuhan konkrit sedang dimasukkan ke dalam kiub-kiub bersaiz 6” 150mmx150mm

  b)

  Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)

6.6.2 Cara Ujian Kiub Dijalankan

  a)

  Acuan hendaklah disapu dengan minyak pelicin (geris) untuk mengelakkan daripada konkrit melekat pada acuan.

  b)

  Acuan yang berukuran 6 inci kiu9b itu dipenuhkan konkrit dalam 3 lapisan yang hampir sama tebal.

  c)

  Tiap- tiap lapisan konkrit yang diisi perlu dipadatkan dengan rod sebanyak 35 kali.

  d)

  Selepas kiub konkrit menjadi keras, ia direndam didalam air.

  e)

  Pada peringkat pertama, ia akan direndam selama 7 hari dan peringkat kedua adalah selama 28 hari.

  f)

  Ujian pada peringkat pertama selepas 7 hari, kiub konkrit yang diuji perlu mencapai kekuatan 75. Jika kurang dari 75 ujian peringkat kedua perlu dijalankan selepas 28 hari.

  gambarajah 6.6.2 : Acuan disapu dengan minyak gris (pelincir).

6.6.3 Kiraan Ujian Kiub

  Gred yang digunakan (G25) Katakana beban yang dikenakan 500KN 500KN = 500000N

  Kiraan : Luas kiub yang dikenakan beban 150mm x 150mm = 22500 mm persegi

  = FA = 500000

  22500 = 22.22 Nmm ♠

  Jenis gred (G25) Maka peratus kekuatan konkrit ialah :

  25 Æ Gred konkrit

  Ujian lulus kerana ia melebihi 75

  Kekuatan kiub pada hari Kekuatan kiub pada hari

  Ujian awal

  Ujian kerja Ujian awal Ujian kerja

  nominal

  Nmm ♠ Nmm♠ Nmm♠ Nmm♠

  Jadual a : Jadual Kekuatan Kiub

6.7 UJIAN RUNTUH ( SLUMP TEST )

  Ujian pemendapan tidak mengukur betapa bagusnya konkrit yag dibuat tetapi ia adalah mustahak untuk menganalisa segala perubahan sekata dalam sesuatu campuran yang diberikan. Ia dilakukan sebelum kerja penuangan konkrit pada struktur bangunan dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas semua truck mixer yang masuk ke tapak.

6.7.1 Alat- Alat Yang Digunakan

  a)

  kon kejatuhan konkrit, diameter muncung atas 100mm, diameter muncung bawah 200mm dan tinggi 300mm.

  gambarajah 6.7.1 (a) : Acuan kon yang diletakkan di atas kepingan aluminium.

  b) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)

  c) Pita ukur untuk mengukur kejatuhan konkrit

6.7.2 Cara Ujian Runtuh Dijalankan

  a)

  pertama sekali, konkrit dimasukkan kedalam ‘slump cone’.

  b)

  Ia dimasukkan secara berperingkat- peringkat mengikut 3 lapisan

  c)

  Setiap lapisan perlu dipadatkan sebanyak 25 kali dengan rod.

  d)

  Selepas 4 lapisan dibuat, slump cone dikeluarkan secara perlahan- lahan dari lapisan konkrit yang dipadatkan.

  e)

  Jika tinggi konkrit yang tidak runtuh itu tidak melebihi 3 inci, maka ujian tersebut lulus dan konkrit akan dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam tapak bina.

  f)

  Jika tingginya kurang daripada 3 inci, maka ujian tersebut gagal dan konkrit tersebut perlu ditukar. •

  Designed Slump = 75mm(+-) 25mm

6.8 MENGANGKUT DAN MENUANG KONKRIT 6.8 MENGANGKUT DAN MENUANG KONKRIT

  konkrit perlu diangkut secepat yang mungkin dari alat pembancuhan.

  b)

  Cara penuangannya perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan pengasingan bahan- bahan yangsedia ada atau kehilangan bahan- bahan bancuhan.

  c)

  Konkrit hendaklah dituang sedekat yang mungkin ke tempat tuangan yang dikehendaki untuk mengelakkan tuangan semula atau pengaliran.

  d)

  Konkrit perlu dituang di tempat- tempat yang dikehendaki dengan secepat mungkin.

  e)

  Konkrit yang dituang perlu dipadatkan sepenuhnya dengan menggunakan alat penggetar berjentera.

  f)

  Konkrit perlu dipadatkan sepenuhnya sehingga ke sudut- sudut acuan dengan menggunakan papan pemadat.

  g)

  Alat getar berjentera hanya boleh digunakan untuk memadat konkrit dan bukan digunakan untuk menempatkan konkrit kebahagian- bahagian yang tertentu.

  h)

  Konkrit diantara dinding- dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis benam dan konkrit untuk papak- papak yang tidak menggunakan acuan sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis permukaan atau alat getar dari jenis rasuk atau jenis- jenis lain yang diluluskan.

  BAB 7 :

  KERJA-KERJA BAR TETULANG

7.1 PENGENALAN

  Dalam Kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi yang berbentuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang. Konkrit biasanya tidak berupaya menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan. Struktur- struktur seperti tiang, lantai, rasuk dan lain- lain bahagian sering mengalami tegasan tegangan. Oleh itu, konkrit biasa adalah tidak sesuai digunakan, maka ia diatasi denga menggunakan konkrit bertetulang (Reinforcement concrete) iaitu dengan mencantumkan besi tetulang dengan konkrit.

7.2 JENIS BAR TETULANG

  I. Keluli lembut hot rolled mild steel

  II. Bar berbunga deformed bar

  III.

  Tetulang anyaman BRC steel fabric

  IV. Dawai keluli tegangan tinggi high tensile wire

7.3 PENYIMPANAN BESI TETULANG

  Bagi kegunaan di tapak, besi tetulang dihantar ke tapak. Apabila ia sampai ke tapak ia perlu diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabia besi tetulang telah sampai ke tapak bina, periksa keadaan bar tetulang itu dan perhatikan kadar karatnya dan kebengkokkannya. Jika sekiranya kadar karatnya terlampau teruk, ia hendaklah digantikan kerana kemungkinan ia akan merosakkan struktur bangunan. Bar- bar tetulang hendaklah diletakkan diatas lapik mengikut pembahagian supaya ia tidak berkarat dan mudah diambil untuk penggunaan. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan sentiasa jauh dari kotoran minyak, tanah, karat, dan lain- lain bahan.

  gambarajah 7.3 : Besi tetulang yang baru sampai di tapak dan telah diikat.

7.4 PEMBENGKOKAN BESI TETULANG

  Lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan memainkan peranan pada bahagian ini. Kerja pembengkokkan bar tetulang dilakukan mengikutnya. Mesin pembengkok dapat dilihat dalam gambar yag disertakan di muka surat sebelah. Pembengkokan ‘bender’ atau ‘hooker’ berguna dalam membengkok bar tetulang yang saiznya kurang daripada 25mm. Bagi bar Lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan memainkan peranan pada bahagian ini. Kerja pembengkokkan bar tetulang dilakukan mengikutnya. Mesin pembengkok dapat dilihat dalam gambar yag disertakan di muka surat sebelah. Pembengkokan ‘bender’ atau ‘hooker’ berguna dalam membengkok bar tetulang yang saiznya kurang daripada 25mm. Bagi bar

  Bar tetulang utama hendaklah dibentukkan cangkuk atau tambatan pada hujungnya. Selepas ia dibengkokkan ia dihantar ke tapak dan dipasang ke dalam acuan. Bagi kerja pemasangan ia diikat dengan mengunakan dawai halus yang berdiameter 1.63mm.

  gambarajah 7.4(a) : alat untuk pembengkokkan besi tetulang.

  gambarajah 7.4(b) : Besi tetulang yang telah dibengkokkan.

7.5 PEMASANGAN TETULANG KELULI

  Tetulang keluli yang dipasang pada struktur tiang dan rasuk adalah perlu diikatkan dahulu dengan link. Kerja pengikatan link adalah dilakukan dikawasan bawah. Kerja- kerja pengikatan link adalah seperti berikut :-

  a) Tetulang keluli yan hendak dipasang adalah diletakkan diatas dua peranca.

  b) Link akan dimasukkan kedalam sekeliling tetulang serta dijarakkan 150mm atau 200mm pusat ke pusat megikut bentuk.

  c) Seterusnya link diikat pada tetulang dengan dawai dengan cangkuk pengikatnya.

  gambarajah 7.4 : tetulang keluli bagi tiang yang diikat dengan dawai halus.

7.6 SEMAKAN BESI TETULANG

  Wakil P.P harus menjalankan satu tugas yang penting dalam kerja pengkonkritan iaitu pemeriksaan tetulang. Semakan- semakan harus dibuat untuk memastikan tetulang disediakan mengikut kehendak- kehendak lukisan. Kontraktor dikehendaki mengemukakan permohonan untuk meneruskan kerja- kerja pengkonkritan dengan menggunakan borang permohonan. (Rujuk lampiran 13.0).

  BAB 8 :

  PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

8.1 PENDAHULUAN

  i)

  Pengurusan projek bangunan bukan sahaja tertumpu kepada struktur dan substruktur bangunan, malah ia merangkumi bidang yang lebih luas termasuk kerja perkhidmatan dan infrastruktur.

  ii)

  Infrastruktur adalah komponen yang penting dalam projek bangunan. Jika mutunya tidak diberi penekanan yang sewajarnya, kemungkinan kecacatannya akan menjadi sangat nyata dan memberi gambaran yang negatif terhadap hasil projek dan juga kewibawaan pegawai perancang dan juga kakitangan pengawasan.

  iii)

  Infrastruktur projek bangunan merangkumi kerja-kerja saliran tanah, sistem perparitan, penanaman rumput, jalan, saliran kekotoran dan retikulasi air.

8.2 KERJA TANAH

  Kerja tanah perlulah dirancang, dilaksanakan dan diawasi dengan sempurna kerana kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kos yang tinggi apabila kejadian yang tidak diingini berlaku seperti tanah runtuh dan Kerja tanah perlulah dirancang, dilaksanakan dan diawasi dengan sempurna kerana kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kos yang tinggi apabila kejadian yang tidak diingini berlaku seperti tanah runtuh dan

8.3 PEMBERSIHAN TAPAK

  a)

  Kawasan yang hendak dibersihkan (Rajah 8.1) perlulah ditanda, supaya kerja pembersihan ini tidak memasuki kawasan sempadan.

  b)

  Kadangkala terdapat pokok-pokok, kawasan berumput dan lain-lain yang perlu disimpan atau dijaga dalam keadaan sedia ada. Pokok-pokok ini hendaklah ditandakan dan kawasan-kawasan berumput pula diadakan papan tanda penghadang supaya tidak diganggu oleh aktiviti-aktiviti pembinaan.

  c)

  Jika projek berada dalam wilayah yang telah dibangunkan, arah jajaran paip air, sesalur bawah tanah dan lain-lain perkhidmatan perlu ditentukan supaya perhatian khas diberikan apabila kerja-kerja memotong atau menggali dibuat berhampiran dengan jajaran tersebut.

  d)

  Adalah sangat mustahak akar-akar pokok perlu dibongkar keluar, lebih- lebih lagi di tapak bangunan. Jika akar pokok ditinggalkan dalam tanah, lama kelamaan ia akan reput dan mengakibatkan pemendapan tanah.

  e)

  Lapisan tanah asal sedalam 150mm boleh digunakan semula untuk kerja penanaman rumput. Kawasan untuk menyimpan tanah atas ini hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti pembinaan yang lain tidak Lapisan tanah asal sedalam 150mm boleh digunakan semula untuk kerja penanaman rumput. Kawasan untuk menyimpan tanah atas ini hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti pembinaan yang lain tidak

  gambarajah 8.3 : Kerja-kerja pembersihan tapak

8.4 SISTEM PERPARITAN

  a) Parit Tanah :-

  Ini merupakan saliran sementara dan memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Kos pembinaan adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis yang lain.

  b) Longkang Konkrit Tuang Dulu:-

  Longkang jenis ini digunakan dengan meluasnya. Kos pembinaannya adalah sederhana dan ianya hanya memerlukan penyelenggaraan yang minima, jika direkabentuk dengan sempurna.

  c) Longkang Konkrit Tuang Disitu:-

  Jenis ini biasanya digunakan di mana pemendapan yang tidak setara dijangka akan berlaku seperti longkang di atas cerun tambun.

  d) Longkang Batu Rubble:-

  Longkang ini dibina dari blok – blok batu dan juga berfungsi sebagai dinding penahan.

  e) Longkang Bertingkat:-

  Longkang ini dibina di mana cerun tanah adalah agak curam. Pehatian khas hendaklah diberikan kepada sambungan dan tapak longkang ini. Kuasa hakisan air adalah sangat kuat dan tidak harus di pandang mudah.

  f) Pembentung Kekotak dan Pembentung Paip:-

  Pembentung-pembentung ini dibina jika sekiranya sistem perparitan terpaksa merentasi jalan. Kelas pembentung yang sesuai haruslah digunakan berdasarkan beban dan keadaan setempat. Pembentung ini dikelaskan seperti berikut :-

  g) Pemilihan kelas pembentung biasanya dibuat oleh Jurutera berdasarkan faktor- faktor berikut :-

  - Tinggi tambunan - Jenis alas - Bebas kenderaan - Jenis tanah - Garis pusat dan lain-lain.

8.5 KERJA PENGGALIAN 8.5 KERJA PENGGALIAN

  Perparitan perlulah digali mengikut saiz, aras dan cerun.

  b)

  Perparitan hendaklah dielakkan dari terlebih gali, kerana ini akan mengakibatkan pemendapan tidak setara apabila bahan kambus yang tidak sesuai digunakan.

  c)

  Mengikut amalan biasa, peparit digali 150mm kurang dari yang dikehendaki. Bakinya akan digali sebelum kedap dibina.

8.6 PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT

  a)

  Mutu longkang yang hendak dipasang mestilah mengikut jenis, saiz dan dimensi yang telah ditentukan.

  b)

  Pengalas konkrit atau lapis kedap perlulah dibina dengan sempurna mengikut cerun yang telah ditetapkan.

  c)

  Cerun pengalas konkrit ini perlu disemak untuk memastikan aliran ‘songsang’ dan ‘ponding’ tidak terjadi.

  d)

  Sambungan-sambungan perlulah dibuat lurus dan selari supaya pengaliran air tidak terganggu atau tersekat.

  e)

  Ruang-ruang di celah longkang perlulah dimampat dengan sempurna supaya hakisan dan pemendapan tanah dapat dikurangkan.

8.6 TAKUNGAN

  a)

  Takungan-takungan diperlukan di mana arah aliran air cerun saliran bertukar.

  b)

  Jenis dan saiz takungan bergantng kepada rekabentuk dan juga kegunaannya.

  c)

  Aras invert untuk takungan biasanya 150mm lebih rendah dari invert longkang keluar. Ini adalah supaya takungan dapat berfungsi untuk menghalang kelajuan air dan seterusnya mengelakkan hakisan.

8.7 KERJA MENANAM RUMPUT DAN PADANG

a) Padang

  i)

  Semasa kerja tanah, permukaan haruslah dibentuk supaya ia mempunyai kamber atau cerun yang menghala ke saliran yang berhampiran. Cerun untuk padang adalah dalam lingkungan 1:60 – 1:200.

  ii)

  Untuk memastikan cerun ini diperolehi, aras titik hendaklah diambil ataupun papan kamber digunakan untuk mengukur kamber.

  iii)

  Jika keadaan padang adalah luas dan rata, penggunaan saliran bawah tanah mungkin digunakan.

  iv)

  Tanah hitam atau lapisan atas disimpan semasa kerja tanah boleh digunakan untuk lapisan atas padang.

b) Kepingan Rumput

  i)

  Saiz kepingan rumput dalam spesifikasi JKR ialah 200mm persegi dan tebalnya ialah 50mm.

  ii)

  Jenis rumput dan spesifikasinya perlulah ditentukan terutama sekali jika teknik ‘hydro seeding’ digunakan. Rumput-rumput hendaklah bebas dari lalang.

  iii)

  Kepingan rumput perlulah disimpan dalam keadaan lembap supaya kesegarannya terjaga.

  iv)

c) Penanaman Rumput c) Penanaman Rumput

  Penanaman rumput di cerun atau tebing perlulah dilaksanakan sebaik sahaja cerun atau tebing itu disiapkan. Ini adalah untuk mengurangkan risiko hakisan tanah.

  vi)

  Rumput ditanam secara ‘tanam-rapat’, ruang di antara rumput tidak seharusnya kelihatan sementara jarak antara kepingan rumput ‘tanam- tompok’ ialah 450mm pusat ke pusat.

8.8 KERJA SALIRAN KEKOTORAN

a) Penggaliran saliran kotoran

  i)

  Peparit yang digali haruslah selanjar antara salur lurang keluar dengan salur lurang masuk dan aras invertnya pula perlulah dikawal supaya kejadian pengaliran sonsang tidak berlaku.

  ii)

  Peparit perlu dibina dengan stabil dan jika terdapat tanah lembik atau tanah lembut, tanah ini perlu diganti dengan tanah bermutu atau pasir yang terpilih.

b) Jenis Paip

  Terdapat beberapa jenis paip saliran kekotoran yang biasa digunakan iaitu :

  i)

  Paip tembikar bergilap yang memenuhi piawaian BS65 atau BS539.

  ii)

  Paip besi tuangan yang digunakan apabila saliran kekotoran terdedah atau melintas jalan.

  iii)

  Paip klorida polivinal tak plastik (UPVC).

  iv)

  Paip V.C.p (extra strength).

c) Pemasangan Paip

  i)

  Peparit yang telah digali perlulah diperiksa sebelum memasang paip saliran kekotoran (Rajah 8.2) Peparit yang telah digali perlulah diperiksa sebelum memasang paip saliran kekotoran (Rajah 8.2)

  Paip tidak sepatutnya digolek atau dicampak ke dalam peparit.

  iii)

  Bahagian luar dan dalam sambungan paip perlulah dibersihkan sebelum kerja penyambungan dilakukan.

  iv)

  Bahagian hujung paip yang tidak dikerjakan perlulah ditutup untuk mengelakkan dari dimasuki tanah.

  v)

  Paip yang bersoket seharusnya diatur dengan soketnya menyongsang hala pengaliran untuk memudahkan kerja pemasangan paip.

  vi)

  Jarak antara lurang ke lurang hendaklah dihadkan kepada

  45 meter sahaja untuk memudahkan kerja penyelenggaraan.

d) Lurang-lurang untuk saliran kekotoran.

  i)

  Lurang-lurang ini diperlukan untuk kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan. Dalamnya lurang- lurang ini bergantung kepada aras invert dan juga cerun saliran.

  ii)

  Di mana lurang dibina di atas tanah lembut, asas cerucuk bakau biasanya diadakan.

  iii)

  Segala sudut di bahagian dalam hendaklah dibuat dalam bentuk membulat.

  iv)

  Bahagian dalam lurang dan bahagian luar yang terdedah mestilah dilepa dengan simen mortar.

  v)

  Penutup lurang yang dibuat dari besi tuangan tegas sederhana hendaklah disediakan.

  vi)

  Untuk lurang yang melebihi 1 meter dalam, anak-anak tangga besi tempa perlulah diadakan.

  vii)

  Ujian ke atas paip saliran kekotoran perlulah dijalankan dari lurang ke lurang sebelum peparit dikambus. Ujian yang dijalankan ialah ujian air di mana kelajuan air diukur dalam tempoh 30 minit.

  viii) Jika sekiranya ujian air lulus, peparit bolehlah dikambus

  dengan menggunakan tanah yang bebas dari batu besar.

  ix)

  Kambusan perlulah dibuat secara lapisan dan setiap lapisan tidak melebihi 300mm tebal dan dimampatkan.

e) Sistem Kumbahan.

  i)

  Terdapat berbagai-bagai jenis sistem kumbahan yang digunakan di dalam bidang pembinaan. Pemilihan sesuatu sistem itu bergantung kepada faktor-faktor keluasan tanah, jenis penggunaan, bilangan pengguna dan lain-lain lagi.

  ii)

  Antara sistem kumbahan yang biasa digunakan ialah :

  a. Tangki najis (septic tank).

  b. Tangki najis dengan peparit penapis.

  c. Tangki najis dengan penghampar penapis.

  d. Tangki imhof.

  e. Tangki pengoksidaan sistem pembentungan pusat.

  f. Sistem RBC,Biofilter dan lain-lain.

  iii)

  Sistem kumbahan ini memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Keberkesanan sesuatu sistem kumbahan itu boleh dinilai dari mutu air buangan dengan kiraan B.O.D ( Biological Oxygen Demand ).

8.9 PENYIASATAN TAPAK

  Di dalam melaksanakan sesuatu projek binaan sama ada bangunan ataupun jalan, pihak Jurutera perlu mengetahui keadaan tanah yang sebenar sebelum meneruskan kerja rekabentuk asasnya, dengan melakukan analisa Di dalam melaksanakan sesuatu projek binaan sama ada bangunan ataupun jalan, pihak Jurutera perlu mengetahui keadaan tanah yang sebenar sebelum meneruskan kerja rekabentuk asasnya, dengan melakukan analisa

8.9.1 Pentingnya Penyiasatan Tapak

  a)

  Sebagai satu langkah berjaga-jaga di dalam sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

  b)

  Untuk mendapatkan sifat-sifat fizikal dan juga lain-lain meklumat yang bersangkutan.

  c)

  Membolehkan perekabentuk memilih jenis-jenis asas serta melakukan rekabentuk asas yang baik, selamat dan berekonomi.

  d)

  Dapat memberi gambaran tentang kemungkinan masalah-masalah yang akan dialami ketika pembinaan.

  e)

  Mengetahui dan mengambilkira tentang sesuatu keanehan atau pun perbezaan–perbezaan yang mungkin timbul di suatu tapak.

  f)

  Untuk mengenalpasti perubahan-perubahan yang mungkin berlaku disebabkan oleh perubahan keadaan asal dan juga mengkaji kemungkinan apa yang akan berlaku disebabkan perubahan itu.

8.9.2 Objektif Penyiasatan Tapak

  Diantaranya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ‘British Standard Code of Practice (CP 2001)’ adalah seperti berikut : a)

  Mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan keadaan tanah diperbagai lokasi dan kedalaman.

  b)

  Mengira atau mendapatkan lokasi, susunan ketebalan dan kekuatan setiap strata tanah termsuklah tentang jenis-jenis tanah itu sendiri, ketegasan strukturnya dan kelapisannya.

  c)

  Mendapatkan jenis serta dalamnya batu asas di sesuatu tempat seterusnya dari segi lokasi, susunan, ketebalan keluasan dan Mendapatkan jenis serta dalamnya batu asas di sesuatu tempat seterusnya dari segi lokasi, susunan, ketebalan keluasan dan

  d)

  Mendapatkan paras air serta tekanan-tekanan air tertentu disesuatu kawasan.

  e)

  Mendapatkan sifat-sifat tanah dengan satu cara ataupun gabungan cara-cara yang terdapat dari pengujian.

8.9.3 Cara Penyiasatan Tanah Peringkat Awal

  a)

  ‘Proba JKR’

  JKR telah memperkenalkan alat ini dan ia merupakan alat yang sering digunakan untuk kajian awal dan sebagai tambahan kepada kajian terperinci yang akan dijalankan kemudian. ‘Proba JKR’ telah diasaskan mengikut prinsip ‘Hvorslev(1949)’ berdasarkan syor ‘European Group Subcommittee’.

  b)

  Peralatan ‘Proba JKR’

  Ianya mempunyai ‘cased hardened steel pointer’, bergaris pusat 25mm dan mempunyai kun bersaiz 60 darjah. ‘Pointer’ tersebut berskru di bahagian bawah di hujung batang besi. Batang-batang besi yang digunakan ialah bergaris pusat 12mm dari jenis HY 55C dan mempunyai kepanjangan 1.2m panjang. Batang-batang besi ini boleh disambungkan diantara satu sama lain.

  c)

  Cara Kerja Menggunakan ‘Proba JKR’ Cara Kerja Menggunakan ‘Proba JKR’

  Dengan menjatuhkan tukul seberat 5kg dengan kadar ketinggian 280mm, kun tersebut akan tertekan masuk ke dalam tanah.

  ii.

  Jumlah bentakan untuk kemasukan kun sedalam 300mm (1kaki) akan dicatatkan dan ianya digunakan sebagai petanda kekentalan tanah pada tanah jelikat dan system penyusunan tanah ‘Granular’. Jika keadaan tanah baik ‘Proba JKR’ boleh digunakan sehingga kedalaman 15m.

8.10 SILING

  Siling dibina untuk melindungi kayu- kayu jeriau, jermang bumbung dan sebagainya daripada penglihatan mata kasar. Selain itu, ia juga dapat menahan sedikit sebanyak haba yang dapat menembusi bumbung. Siling yang dimaksudkan ini ialah untuk bangunan- bangunan yang berbumbung curam.

  Kerja Pemasangan Siling Terus Menerus a)

  Satu pengikat dipasangkan terus kepada alang atau kasau bumbung.

  b)

  Kemudian siling bumbung diasang secara terus menerus pada kasau atau jeriau bumbung. Siling yang digunakan ialah papan simen berukuran 970mm x 600mm x 6 tebal.

  c)

  Papan simen dipasang dengan memakunya pada kasau atau jeriau.

  d)

  Jalur atau ruang yang terbentuk diantara papan- papan simen dikemaskan dengan jalur penutup siling yang bersaiz 3.8mm x 13kk.

8.11 BUMBUNG

8.11.1 Pengenalan

  Bumbung merupakan bahagian bangunan yang paling atas sekali pada sesuatu bangunan. Ia melindungi penghuni dan bahgian- bahagian bangunan daripada dedahan hujan, terik matahari, angin dan sebagainya.

8.11.2 Jenis Bumbung

  Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahgikan kepada dua kumpulan iaitu :-

  1. bumbung rata : mempunyai kecerunan kurang daripada 10. Kasaunya merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4 meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung.

  2. bumbung curam : mempunyai kecerunan melebihi 10 dari garisan ufuk. Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-

  i.

  Bumbung Tebang Layar

  ii. Bumbung Limas

  iii. Bumbung Gambriel iv. Bumbung Layang v. Bumbung Mansard

8.11.3 Pemilihan Bumbung

  Pemilihan bumbung adlah bergantug kepada factor- factor berikut :

  i.

  Jenis bangunan

  ii. Ketahanlasakan

  iii. Rintangan kepada haba iv. Perlindungan cahaya v. Kecantikan vi. Ekonomi vii. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

8.11.4 Kerangka Bumbung

  Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa

  bahagian kayu berlainan seperti kasau betina, kasau limas, kasau lurah dan sebagainya. Struktur kerangka bumbung boleh dibahagikan kepada kategori berikut :-

  i.

  Bumbung Selapis Bumbung Selapis

  iii. Bumbung Pisang Sesikat iv. Bumbung Gadung v. Bumbung Beralang vi. Bumbung Kekuda

8.11.5 Kekuda Bumbung

  Kekuda kayu berbentuk segitiga gabungan anggota bumbung

  seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya. Kekuda merentang antara dinding luar dan berjarak kira- kira 1.8m antara satu sama lain. Saiz kayu yang digunakan berubah- ubah berdasrkan panjang rentang. Untuk rentang yang lebih panjang, saiz kayu bagi anggota kekuda adalah lebih besar.

  Kekuda dapat direka dalam pelbagai bentuk. Salah satu bentuk

  kekuda yang digunakan dalam pembinaan adalah seperti berikut :-

8.11.6 Penutup Bumbung

  Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang

  kalis air. Bahan- bahan yang digunakan adlah jenis bumbung dan kecerunan bumbung, bahan- bahan yang digunakan untuk membuat ………………-penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

  i.

  Genting Konkrit Saling Mengikat Genting konkrit saling mengikat hendaklah dari jenis dan warna yang diluluskan dan bebas dari segala kecacatan. Genting ini dipasang keatas kayu beroti sederhana keras berukuran 50mm x 30mm untuk bumbung dan dipasang pada jarak 300mm untuk genting biasa dan pada jarak 275mm untuk genting cerun landai. Penyumbat genting terdiri daripada mortar simen (1 : 3 ) digunakan.

  Genting untuk sisi atap, perabung limas dan lurah hendaklah disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan penutup bumbung

  ii. Genting Tanah Liat Genting tanah liat hendaklah berbentuk ‘Marsseiles’ berukuran 400mm hingga 425mm panjang dan 225mm hingga 263 lebar dan bebas dari sebarang keretakan, serpihan dan meleding. Genting tanah liat ini hendaklah dipasang dengan kukuh keatas kayu beroti berukuran 50mm x 25mm pada jarak lebih kurang 275mm dengan lurah hendaklah diadakan bersepadan dengan keseluruhan bumbung dan dipasang dengan menggunakan simen mortar (1 : 3 ) yang menyerupai warna bumbung.

8.12 BAHAN- BAHAN PENEBAT

  Biasanya bahan- bahan penebat digunakan bersama- sama penutup bumbung. Dengan penggunaan bahan- bahan penebat ini dapat menghalang haba panas dari luar menembusi bumbung dan juga menghalang hawa dingin yang terdapat didalam bangunan keluar. Lapisan penebat yang biasanya digunakan pada penutup bumbung ialah jejaring dawai ayam ( galvanized hexagon wire netting ), kertas keranjang aluminium ( aluminium foil ) dan gentian kaca.

8.12.1 Galvanised Hexagon Wire Netting

  Jejaring dawai ini akan digunakan untuk melapik kertas kerajang aluminium supaya ia kelihatan kemas, rata dan licin dari bahagian dalam bangunan.

8.12.2 Aluminium Foil

  Kertas kerajang aluminium ialah sejenis kertas yang diselaput

  dengan aluminium pada kedua- dua permukaan untuk digunakan sebagai bahan penebat haba dan cahaya.

8.12.3 Kaca Gentian

  Kaca gentian digunakan sebagai penebat haba untuk

  mengekalkan suhu dalam bangunan dan juga untuk mengurangkan bunyi titik hujan semasa hari hujan.

8.13 KERJA PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING MENGIRAT

  1. Sebelum pemasangan genting, lapisan kalis lembab dihamparkan merentangi kasau bumbung. Kemudian be;oti diletakkan diatasnya dan dipaku. Selepas itu, kerja pemasangan genting dimulakan.

  2. Genting biasanya dipasang berlapis kembar untuk mengelakkan aliran hujan dari masuk kedalam bumbung.

  3. Genting digantungkan supaya sisi- sisinya ditumpu bersama dan sambungan ini terikat hingga keatas curam bumbung.

  4. Pada setiap lapisan keempat, genting dipaku pada beloti.

  5. Semasa meletakkan genting, bahagian genting atas hendaklah sekurang- kurangnya setengah daripada panjang genting bawah.

8.14 TINGKAP

  8.14.1 Pengenalan

  Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding untuk membolehkan cahaya matahari masuk menerusinya. Tingkap ini dikemaskan dengan bahan lutsinar atau lut cahaya yang dipasangkan kepadanya. Disamping membenarkan cahaya menembusinya, bahan- bahan itu bertindak sebagai penghalang angin dan hujan. Dengan adanya tingkap, udara silih berganti didalam bengunan dan pandangan ke luar.

  Pintu ialah satu bukaan di dinding atau penyekat bagi membolehkan lalu lalang. Daun pintu pula ialah satu perintang pejal pada Pintu ialah satu bukaan di dinding atau penyekat bagi membolehkan lalu lalang. Daun pintu pula ialah satu perintang pejal pada

  8.14.2 Jenis- Jenis Tingkap

  i.

  Tingkap berengsel

  ii.

  Tingkap gelangsar

  iii.

  Tingkap majmuk

  iv.

  Tingkap gantungan sisi ( berbingkai )

8.15 PINTU

  8.15.1 JENIS- JENIS PINTU

  i. Pintu rata

  ii. Pintu berpanel

  iii. Pintu kayu beloti

8.16 KERJA PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU

  a) Kerja pemasangan rangka pintu dan tingkap perlu dilakukan dengan teliti.

  b) Ia perlu dipasang sebelum kerja pemasangan batu- bata dilakukan

  c) Rangka tingkap dan pintu haruslah berada dalam keadaan baik. Jenis kayu mestilah mematuhi piawaian JKR.

  d) Semasa kerja pemasangan dilakukan, ia haruslah dipastikan supaya berada dalam keadaan yang pugak.

  e) Kepugakkanya boleh ditentukan dengan menggunakan pelambab.

  f) Setelah itu, rangka tingkap dan pintu itu ditupang pada bahagian tengah, atas dan bawah.

  g) Diatas kepala jenang rangka pintu dan tingkap diletakkan ambang konkrit yang mempunyai ketebalan bata semasa kerja mengikat batu- bata dijalankan.

8.17 KERJA BATA

8.17.1 Pengenalan

  Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu antaranya :

  1. Simen – simen hendaklah daripada jenis simen Portland biasa.

  2. Pasir - pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang selaput atau kotoran lain.

  3. Motar – motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir dan dicampur dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah digunakan mengikut piawai yang ditetapkan. Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera.

8.17.2 Prinsip Utama Ikatan Bata

  Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

  1. Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus baik di permukaan mahupun di dalamtembok.

  2. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan, kekuatan dan kestabilannyaadalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata.

8.17.3 Jenis Ikatan Bata

  Dalam kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

8.17.4 Ikatan Bata Sisi

  Ikatan jenis ini digunakan pada tembok yang tebalnya ½ bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata kepada kepalanya. Lekapan ialah ½ bata. Pembinaan bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembik sekatan, tembok tandas, bilik dan sebagainya.

8.17.5 Kerja-Kerja Pembinaan Ikatan Bata

  1. Benang dan pelambab digunakan untuk menandakan kawasan ikatan bata.

  2. Benang akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan ditarik benang tadi ke atas mengikut ukuran yang ditetapkan dengan disertakan paku sebagai pengukuhan.

  3. Permulaan kerja ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen secara memanjang mengikut tempat ikatan bata nanti dibina.

  4. Lapisan kalis lembab dipotong dan diletakkan di atas bitumen tadi.

  5. Dengan menggunakan sudip tangan, bancuhan mortar akan diturap di atas lapisan kalis lembap.

  6. Bata disusun memanjang bermula dari atas mortar tadi. Sambungan antara bata dengan bata ditempelkan sedikit mortar sebagai pengikat bata itu.

  7. Kegunaan benang sebagai bantuan untuk mendapatkan penghasilan tembok yang benar-benar lurus secara melintang atau menegak.

  8. Jaring keluli ‘Exment’ dipasang setiap 4 lapisan bata yang berfungsi sebagai menguat dan mengukuhkan ikatan bata itu sendiri.

8.17.6 Kerja-Kerja Melepa Dinding Bata

  Kerja melepa (plastering) akan dilakukan apabila kerja-kerja ikatan bata siap dikerjakan. Berikut adalah langkah-langkah permulaan plastering :

  1. Simen yang digunakan adalah jenis Portland biasa yang mematuhi piawai British BS 12.

  2. Bahan pemudah adun dicampurkan bersama-sama bancuhan mortar.

  Jambatan adalah merupakan sebahagian dari rangkaian infrasturktur asas yang memainkan peranan penting untuk pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Ianya adalah struktur yang dibina untuk menyambungkan laluan jalanraya dikala menemui halangan umpamanya sungai, tasik, lembah, jalanraya keretapi dan sebagainya tanpa menyebabkan sebarang gangguan. Sepanjang saya di jabatan ini, saya berpeluang melihat projek jejantas dijalankan. Jejantas juga membawa konsep yang sama di dalam pembinaannya.

9.2 KOMPONEN JAMBATAN

  Bahagian-bahagian utama sesebuah jambatan adalah seperti berikut :

  a) Rasuk dan geladak

  b) Alas tanggung (bearing)

  c) Abutment dan pier

  d) Asas (foundation)

  e) Bridge furniture (handrail, guardrail dsgnya)

  f) Services

  g) River protection work (rubble pitching, gabion dsbnya)

  gambarajah 9.2(a): Perabot jejantas iaitu handrail untuk bahagian atas bumbung gambarajah 9.2(a): Perabot jejantas iaitu handrail untuk bahagian atas bumbung

  Bahagian-bahagian disebelah atas dari alas tanggung adalah dinamakan ‘superstruktur’ sementara disebelah bawahnya dinamakan ‘substruktur’.