SENARAI FOTO

3.14.3 Untuk Kaedah Perlaksanaan Secara Perkhidmatan Bukan Perunding

  a)

  Perolehan Secara Sebutharga

  i.

  Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Sebutharga akan menyediakan dokumen sebutharga serta anggarannya.

  ii.

  Setelah siap anggaran dibuat, sebutharga tersebut akan dipelawa dibuka.

  iii.

  Sebutharga yang diterima akan diuruskan oleh Jawatankuasa Membuka Sebutharga.

  iv.

  Sebutharga tersebut akan dinilai Pegawai Penilai dan kemudian pembekal-pembekal akan dipilih oleh Jawatankuasa Sebutharga.

  v.

  Sekiranya bilangan pembekal melebihi daripada nilai hadnya, Lembaga Perolehan yang akan membuat pemilihan pembekal. Ketua unit yang berkenaan akan menyediakan Surat Setuju Terima dan diserahkan kepada pembekal tersebut.

  vi.

  Sekiranya tidak melebihi hadnya, Pesanan Tempatan akan disediakan dan diserahkan kepada pembekal. Pesanan ini diuruskan oleh Pengurus Tapak Projek.

  b)

  Perolehan Secara Tender

  i.

  Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Tender akan menyediakan dokumen tender serta akan disemak dan dicetak.

  ii.

  Selain itu, pegawai tersebut akan tentukan bidang bekalanbarangan perkhidmatan pentender.

  iii.

  Langkah seterusnya, Notis Iklan Tender dan dalam masa yang sama anggaran akan disediakan dan Dokumen Tender akan dijual kepada pentender oleh Pegawai Mengurus Tender.

  iv.

  Jawatankuasa mengurus tender akan menerima dan membuka tender.

  v.

  Pegawai Penilai Jawatankuasa Penilai Tender Urusetia tender akan menilai dan memperakukan tender.

  vi.

  Pada akhir prosedur, lembaga perolehan akan membuat pemilihan pembekal dan pengarah yang berkenaan ( Pengarah Cawangan Ibu pejabat JKR Malaysia, Pengarah

  JKR Negeri Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Pengarah JKR Pembangunan Persekutuan Pengarah Unit Khas JKR ) akan menyediakan Surat Setuju Terima Tender dan akan diserahkan kepada pembekal yang telah dilantik.

  c)

  Penerimaan Barangan Perkhidmatan Dan Memproses Bayaran

  i.

  pegawai pengurus perolehan akan menguruskan terima barangan dan perkhidmatan serta pesanan penghantaran perlaksanaan kerja (DO) akan disemak. Jika kualitinya tidak baik, maka barangan tersebut akan diminta ganti atau kerja tersebut akan diperbaiki. Tetapi sekiranya kualitinya baik, dari segi :

  Manual - Pegawai mengurus perolehan akan mengesahkan

  a)

  penerimaan barangan .

  b)

  E-P - Nota penerimaan barangan nota perlaksanaan

  perkhidmatan akan disediakan secara online.

  ii.

  Setelah diterima, invois akan dikeluarkan oleh pembekal untuk Pegawai Mengurus Perolehan. Invois tersebut boleh melalui sistem manual atau sistem E-P.

  iii.

  Jika invois tersebut melalui manual, invois dan pesanan tempatan surat setuju terima tender akan disemak serta pesanan penghantaran dan bayaran akan diperakukan oleh pegawai tadbir kewangan.

  iv.

  Sebaliknya, jika prosedur adalah melalui system E-P, padanan bayaran akan dibuat secara online.

3.14.4 Untuk Kaedah Perlaksanaan Perkhidmatan Secara Perunding.

  a)

  Perolehan Perkhidmatan Perunding Penyiasatan Tanah Rekabentuk Geoteknik

  i.

  Apabila memerlukan rekabentuk, HODT (Head Of Design Team) akan menyediakan skop kerja dan arahan akan dikeluarkan terus kepada KISB (Kump. Ikram Sdn Bhd)

  ii.

  Tindakan seterusnya, HODT akan menerima laporan daripada KISB dan laporan tersebut akan disemak dan ianya merangkumi laporan penyiasatan tanah dan perakuan rekabentuk geoteknik.

  iii.

  HODT akan menyediakan laporan prestasi KISB dan akan diedarkan kepada Kementerian Kerja Raya. Selepas itu, ia akan dikemukakan kepada HODT bagi syor bayaran untuk KISB.

  iv.

  HODT akan memperakukan bayaran kepada Bahagian Kewangan.

  b)

  Perolehan Perkhidmatan Perunding

  i.

  Setelah mempunyai cadangan outsource rekabentuk perlaksanaan projek, HODT Pegawai Mengurus Tender akan menyediakan permohonan dan Terma Rujukan Perkhidmatan Perunding.

  ii.

  kemudian Urusetia Cawangan Negeri akan menyemak permohonan tersebut dan menentukan pihak berkuasa meluluskan permohonan.

  iii.

  Urusetia Cawangan juga akan mendapatkan kelulusan daripada JPPPPA LP PKewN Perbendaharaan.

  iv.

  Sekiranya bayaran perunding melalui input masa, surat niat akan dikeluarkan kepada perunding tersebut. Rundingan fee akan dibuat dengan pihak perunding dan sekali lagi kelulusan akan diperolehi daripada LP Perbendaharaan PKewN. Surat lantikan perunding akan dikeluarkan dan perjanjian serta Terma Rujukan Perunding yang perlu ditanda tangani akan disediakan oleh HODT Pegawa Mengurus Tender. Kemudian HODT PMT Pegawai Mentadbir Kontrak akan memantau prestasi perunding dan laporan akan dihantar kepada Perbendaharaan melalui CPK JKR (Cawangan Pengurusan Korporat). Setelah itu, HODT PMT PMK akan menyediakan bayaran kepada peunding.

  v.

  Sekiranya bayaran perunding adalah melalui skala bayaran yang diluluskan oleh lembaga yang berkaitan, surat lantikan perunding akan terus dikeluarkan kepada perunding tanpa perlu melalui pengeluaran surat niat, rundingan fee dan kelulusan LP.

  BAB 4 :

  ACUAN KONKRIT (FORMWORK)

4.1 FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN ACUAN

  Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang dan sebagainya. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibuat itu cukup kuat.

  Antara bahagian yang digunakan untuk menghasilkan acuan ialah :

  a) Lapik papan (sheathing) terdiri daripada papan yang bertanggam lidah dan lurah.

  b) Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong berlebas pada jarak yang sama.

  c) Belabas merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya kedudukannya tidak berubah.

  d) Susur dinding (waler) ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkannya.

  e) Tupang menentukan jarak diantara kedua-dua lappik papan dalam acuan.

  f) Rembat bertujuan mengukuh dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan.

  g) Pancang pula digunakan untuk mengekalkan rembat.

  gambarajah 4.1 : Pekerja sedang memasukkan konkrit ke dalam acuan.

4.2 JANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN

  Acuan harus menetap sehingga konkrit mancapai kekuatan yang cukup untuk menanggung beban sendiri dan beban yang disokong. Jangka masa untuk menanggalkan acuan bagi bahagian-bahagian yang berlainan adalah seperti berikut :

  Bil.

  Bahagian Acuan

  Jangka masa

  1 Tepi rasuk, tiang dan tembok

  2 – 6 hari

  2 Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)

  7 – 14 hari

  3 Papan tepi (yang dibebankan)

  Tidak kurang 7 hari

  4 Papan bawah (yang dibebankan)

  28 hari

  Jadual 4.0: Jangka masa minimum untuk menanggalkan acuan

4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM PEMBINAAN ACUAN

  Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi dalam pembinaan acuan adalah seperti berikut :

  a) Memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina acuan mengikut peraturan. Bahan-bahan yang mempunyai kecacatan tidak boleh digunakan.

  b) Pemasangan mestilah kukuh dengan melakukan sokongan menggunakan papan pengalas dan baji pada kaki jermang. Semua jermang hendaklah dipasakkan dengan rembat atau tupang.

  c) Pemeriksaan hendaklah dibuat sebelum penempatan konkrit.

  d) Permukaan tempat acuan hendaklah disapu dengan minyak bagi memudahkan penanggalannya.

  BAB 5 :

  ASAS DAN CERUCUK

5.1 PENGENALAN

  Asas ialah sebahagian daripada struktur yag menyentuhi terus kepadaa tanah. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya dan menyebarkan ke tanah dengan selamatnya. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan perhatian khusus supaya ia cukup kukuh dan kekal. Oleh kerana paras tanah kukuh yang tersebut adalah berbeza-beza, maka asas pada umumnya dibahagi kepada 2 iaitu :

  i. Asas Cetek :

  contohnya ‘pad footing’,’strip footing’.

  ii. Asas Dalam :

  contohnya cerucuk, kaison, selinder.

  gambarajah 5.1 : Salah satu contoh asas.

5.2 FUNGSI- FUNGSI ASAS

  a)

  Memindahkan beban struktur kepada tanah dengan selamatnya.

  b)

  Untuk mengelak berlakunya enapan.

  c)

  Menyediakan permukaan yang rata untuk kerja- kerja pembinaan.

  d)

  Meninggikan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang ditanam di dalam tanah.

5.3 KATEGORI ASAS

  Terdapat dua jenis kategori asas iaitu :- a)

  Asas cetek

  b)

  Asas dalam

5.4 JENIS- JENIS ASAS

  a)

  Asas pad

  b)

  Asas jalur

  c)

  Asas rakit

  d)

  Asas cerucuk

5.5 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN

  Pemilihan asas bengunan bergantung kepada beberapa faktor seperti :- a)

  Keadaan dan kekuatan tanah.

  b)

  Jenis asas yang dipilih dengan megambil kira dari segi ekonomi asas dan struktur bangunan keseluruhannya.

  c)

  Sifat dan jenis bangunan

  d)

  Agihan beban daripada superstruktur Agihan beban daripada superstruktur

  Jumlah beban bangunan termasuk keseluruhan bahagiannya.

5.6 PEMILIHAN ASAS

  Sebelum projek bermula, pihak makmal JKR akan membuat penyelidikan tapak dengan rapinya untuk menentukan jenis tanah yang terdapat di situ, dalamnya lapisan-lapisan tanah, kedudukan tanah keras dan paras air bawah tanah dan lain-lain lagi. Setelah diambilkira saiz dan beratnya struktur yang akan dibina diatasnya serta faktor-faktor lain seperti ekonomi, maka jenis asas akan dipilih. Secara amnya, jika lapisan tanah keras terletak tidak jauh dari permukaan tanah, maka asas cetek seperti ‘pad footing’ akan dipilih. Tetapi jika sekiranya saiz asas tersebut adalah besar dan tidak ekonomik serta lapisan tanah keras berada jauh di dalam, maka asas dalam seperti asas cerucuk akan dipilih.

  5.6.1 Cerucuk

  a) Definisi

  Cerucuk adalah elemen yang berbentuk tiang yang berfungsi mengagihkan beban ‘superstruktur’ melalui strata yang kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang labih mampat dan kuat.

  b) Jenis-jenis cerucuk

  i.

  Cerucuk Tanggung Hujung (End-Bearing Pile) iaitu cerucuk ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu.

  ii.

  Cerucuk Geseran Kulit (Skin Frictional Pile) iaitu beban struktur ditanggung oleh geseran kulit diseluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah.

  Oleh kerana banyak faktor-faktor yang disebut ini seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relative, maka kebanyakan Oleh kerana banyak faktor-faktor yang disebut ini seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relative, maka kebanyakan

  Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti berikut :

  i.

  Cerucuk Bakau, Saiz 3” atau 5” bulat, Beban yang dibenarkan ½ - 1tan mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.

  ii.

  Cerucuk Kayu Berubat (Tanalised Timber Pile) Saiz 5”x5”, 6”x6”, Jenis kayu; kempas,keruing.

  Beban yang dibenarkan 8-15 tan.

  iii.

  Cerucuk Konkrit Bertetulang (R.C Pile) Saiz 12”x12”, 14”x14”, 15”x15”, Beban yang dibenarkan 42-65

  iv.

  Cerucuk Konkrit Tegas Dahulu Saiz 10”x10”, 12”x12”, 14”x14”, 16”x16”, Beban yang dibenarkan 45-110 tan.

  v.

  Cerucuk Keluli ‘H’ Saiz 8”x8”, 10”x10”, 12”x12”, Beban yang dibenarkan 50-150 tan.

  vi.

  Cerucuk Gerek Tuang Dimampat Cerucuk Gerek Tuang Dimampat

5.7 ASAS CERUCUK

5.7.1 Definisi

  Asas cerucuk merupakan satu anggota struktur yang memindahkan beban- beban yang dipikul ke lapisan yang keras, beban- beban ini dipindah melalui geseran, tanggung hujung atau gabungan kedua- duanya. Jika beban ditahan oleh geseran kulit disepanjang permukaan cerucuk, cerucuk itu dinamakan cerucuk geseran (Frictional pile), dan jika cerucuk- cerucuk itu ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu, ia dinamakan cerucuk tanggung hujung (end bearing pile).

5.7.2 Jenis- jenis cerucuk

  Pada umumnya jenis cerucuk- cerucuk berikut digunakan untuk pembinaan JKR.

  a) Cerucuk kayu terubat bakau

  b) Cerucuk konkrit tuang dahulu

  c) Cerucuk keluli

  d) Cerucuk gerek tuang di tempat

5.8 PEKERJAAN CERUCUK PACAK (Cerucuk konkrit tuang dulu)

  Sebelum pekerjaan cerucuk selanjutnya, ada beberapa perkara penting perlu diambil perhatian oleh pegawai penyelia projek.

  a)

  cerucuk yang dibuat dengan menggunakan Ordinary Portland Cement hendaklah berada dalam keadaan lembab sekurang- kurangnya 10 hari selepas ianya dibuat.

  b)

  Selepas 21 hari cerucuk boleh diangkat dan dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai tetapi ia belum boleh dipacakkan sehingga umurnya 4 minggu.

  c)

  Setiap cerucuk hendaklah ditulis dengan jelas bilagan rujukan, panjang dan tarikh ia dibuat dan ia hendaklah diangkat dengan cara yang betul, melalui lubang- lubang yang telah disediakan dan kemudian diletakkan dengan susunan yang betul.

5.8.1 Peralatan Untuk Cerucuk Pacak

  a)

  Terdiri daripada kerangka cerucuk (piling frame) dan penukul (hammer). Kerangka cerucuk ada yang besar dan ada yang kecil bergantung kepada pada kegunaannya.

  b)

  Penukul cerucuk (piling hammer) yang paling sederhana sekali adalah penukul terjun (drop hammer). Berat penukul adalah antara

  2 – 4 tan dan tinggi terjun tidak lebih dari 5 – 6 kaki. CP 2004 mengesyorkan untuk mendapatkan kecekapan tukul pelantak dengan menggunakan penukul terjun ini, maka berat penukul hendaklah tidak lebih kurang dari setengah berat cerucuk (berat penukul ½ berat cerucuk)

  c)

  Penukul cerucuk yang lain adalah penukul diesel (diesel hammer). Jenis yang biasa digunakan adalah Kobe series K13 (1.3 tonne ram weight) K25 dan K35 dengan terjun tinggi maksimum adlah 3 meter.

  d)

  Sewaktu melantak cerucuk samada kayu, konkrit mahupun keluli, kepala cerucuk hendaklah disarungkan dengan topi cerucuk

  (helmet) bersama- sama dengan lapisan kusyen kayu untuk menahan hentaman, dan diatas topi cerucuk yang akan menerima penukul adalah lapik (dolly) yag terdiri daripada kepingan besi dan kayu keras.

  gambarajah 5.8.1 (a) : Kren sedang mengangkat cerucuk untuk didirikan pada titk yang

  hendak dilantak.

  gambarajah 5.8.2 (b) : Cerucuk sedang dilantak.

5.8.2 Data Pelantak Cerucuk 5.8.2 Data Pelantak Cerucuk

  Sebelum cerucuk di angkat ke kerangka cerucuk, cerucuk hendaklah ditandakan dengan ukuran kaki meter.

  b)

  Setelah cerucuk diangkat ke kerangka cerucuk, pastikan cerucuk barada pada kedudukan yang betul sebelum dipacu.

  c)

  Apabila cerucuk sudah siap untuk dipukul, jumlah pukulan untuk setiap kaki hendaklah dicatit di dalam borang data yang disediakan.

  d)

  Pukulan hendaklah diberhentikan apabila jumlah pukulan kaki sedah sampai kepada anggaran yang dibuat oleh jurutera Projek dan bersedia mengambil ‘set’.

5.9 CARA MENGAMBIL ‘SET’

  ‘Set’ adalah jarak terakhir penetrasi cerucuk kedalam tanah bagi setiap pukulan penukul, biasanya diambil 10 pukulan terakhir. Tujuan ‘set’ diambil adalah untuk menentukan keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing capacity) cerucuk. Perlu diambil perhatian jenis cerucuk yang diambil ‘set’ adalah jenis cerucuk tanggung hujung saja dan tidak perlu pada cerucuk geseran. a)

  ‘Set’ diambil dengan meletakkan kertas graf pada cerucuk dan pensel diletakkan secara melintang pada kayu lurus dan rata yang disokong oleh dua penahan.

  b)

  Setiap pukulan pada cerucuk, pensel dialihkan dan digesekkan dari kiri ke kanan sehingga 10 pukulan.

  c)

  Ukuran set terakhir bagi setiap cerucuk hendaklah direkod samada pada kadar ketelusan dalam unit mm bagi setiap 10 hentakan yang diperlukan umtuk menghasilkan ketelusan setakat 25mm.

5.10 KERJA CERUCUK DI TAPAKBINA

  Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali

  di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas

  Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan cerucuk yang perlu

  ditanam disesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti. Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan di tapakbina sebelum, sewaktu dan sesudah penanaman perlu diperkemaskan.

  5.10.1 Kawalan Mutu Cerucuk

  a)

  Cerucuk Konkrit Bertetulang

  Pastikan bagaimana cerucuk diacu. Jika di tapakbina, kawalan mutu konkrit perlu dibuat seperti biasa. Pemborong hanya boleh mengacu cerucuk ditempat lain jika kawasan tapakbina terlalu sempit dan perkara ini mendapat persetujuan Pegawai Penguasa.

  gambarajah 5.10.1 : Cerucuk konkrit bertetulang

  b)

  Cerucuk Pendahuluan

  Cerucuk pendahuluan adalah cerucuk yang dibenam sebelum menjalankan kerja cerucuk keseluruhannya, untuk Cerucuk pendahuluan adalah cerucuk yang dibenam sebelum menjalankan kerja cerucuk keseluruhannya, untuk

  c)

  Cerucuk Acu Siap

  Jika pemborong bercadang menggunakan cerucuk yang sudah siap, pastikan yang sebabnya boleh diterima. Ini adalah kerana bagi cerucuk ini pihak JKR tidak dapat mengawal mutu dengan sepenuhnya. Oleh itu adalah digalakkan membuat lawatan ke pembekal-pembekal yang berkenaan. Perlu juga dipastikan yang sifat dan keupayaan cerucuk tersebut adalah tidak kurang daripada yang dikehendaki dan juga bayaran lebih tidak akan dibuat oleh pemborong.

5.11 MUTU CERUCUK

  Simen yang digunakan mestilah Ordinary Portland Cement (OPC). Pengacuan mestilah dibuat di dalam satu proses sahaja. Ujian-ujian penurunan, factor mampatan dan juga ujian kiub perlu dibuat seperti biasa. Cerucuk boleh dikeluarkan dari kotak acuan selepas 3 hari. Pengacuan boleh diteruskan sehingga

  10 hari dan selepas 14 hari, cerucuk bolehlah diangkat dengan menggunakan ‘liftingholes’ atau ‘togglees’ yang disediakan dan disusun dengan cara betul agar cerucuk tidak mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan ke tapakbina. Cerucuk hanya boleh ditanam selepas sebulan dengan tujuan untuk menjaga kematangannya.

5.11.1 Saiz dan Geometri.

  Pastikan yang saiz dan geometri adalah baik. Cerucuk mestilah tegak dan segala potongan mestilah tepat 90 darjah.

5.11.2 Pancangan Tanda

  Pancangan Tanda hendaklah dijalankan dari garis grid utama struktur yang dicadangakan. Sejurus sebelum memacak cerucuk, kedudukan cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan pin, pancang-pancang atau penanda-penanda yang boleh dikesan.

5.11.3 Kedudukan

  Bagi cerucuk yang bahagian atasnya dipotong paras tanah atau lebih tinggi daripada paras tanah, penyimpangan maksimum yang dibenarkan diantara pusat cerucuk dengan titik pusat sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan yang dilampirkan dan hendaklah tidak melebihi 75mm dalam semua arah.

5.11.4 Kepugakan

  Penyimpangan maksimum yang dibenarkan dari garis pugak bagi cerucuk yang telah siap ialah mengikut nisbah 1 dalam 75. Cerucuk yang sudah sendeng dengan berlebihan tidak seharusnya ditegakkan dengan paksaan kerana ini hanya akan merosakkannya.

5.11.5 Kecondongan

  Jejunjung cerucuk hendaklah dipasang dan disenggarakan untuk mengekalkan kecondongan yang diperlukan. Penyimpangan maksimum yang dibenarkan bagi cerucuk yang telah siap dari kecondongan yang telah ditentukan atau kecondongan yang ditunjukkan dalam pelan-pelan hendaklah mengikut nisbah 1:25.

5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK

5.12.1 Carta Program Kerja Penanaman

  Pemborong mestilah menyebabkan program sebelum memulakan kerja terutama sekali jika skopnya besar dan terdapat beberapa jenis cerucuk digunakan. Ini adalah penting supaya Pegawai Penguasa boleh merancang tenaga penyeliaannya memandangkan kerja ini adalah intensif. Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan hendaklah dikemukakan 7 hari sebelum kerja tersebut dimulakan. Selain dari itu, kontraktor hendaklah memberitahu Pegawai Penguasa, program kerja cerucuk untuk hari berikutnya dan memberi secukupnya notis mengenai cadangannya untuk bekerja diluar waktu pejabat.

5.12.2 Rekod Penanaman

  Setiap butir mestilah dimasukkan ke dalam rekod penanaman supaya ianya boleh digunakan oleh Pegawai Penguasa dan pihak Ukur Bahan untuk proses ‘Arahan Pinda Kerja’. Setiap cerucuk yang dipasang hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa dua salinan rekod- rekod yang telah ditandatangani tidak lewat dari tengahari hari berikutnya, selepas cerucuk dibenam. Rekod yang ditandatangan akan menjadi sebahagian dari rekod kerja. (Rujuk lampiran (a), (b) (c)).

5.12.3 Gangguan dan Kerosakan

  Bunyi bising dan gangguan hendaklah diambil kira oleh kontraktor dan langkah-langkah dilakukan bagi mengurangkan bunyi bising dan gangguan semasa melantak dapat diatasi.

5.12.4 Kerosakan

  Kontraktor hendaklah mengambil perhatian kepada ‘Kerosakan Kepada Harta Benda’ dalam syarat-syarat kontrak. Kontraktor adalah disifatkan telah mengetahui sendiri risiko-risiko yang akan dialami oleh struktur yang bersebelahan dan sesuatu kemudahan akibat dari cara kerja- kerja cerucuk yang dicadangkan.

  Sebelum menjalankan sebarang kerja cerucuk, Kontraktor hendaklah membuat pemeriksaan tapak bersama Pegawai Penguasa untuk menentukan sebarang keadaan yang boleh menunjukkan terdapatnya sesalur utama dan sesalur bekalan bawah tanah di tapak binaan atau sekelilingnya. Jika semasa menjalankan kerja, kerosakana berkemungkinan berlaku terhadap sesalur utama, sesalur bekalan atau struktur-struktur bersebelahan, Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa cadangannya untuk membaiki atau mengelakkan kerosakan tersebut.

5.12.5 Kerosakan kepada Cerucuk

  Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja dengan sebegitu cara yang boleh mengurangkan kerosakan kepada cerucuk. Semua cerucuk yang rosak semasa kendalian sama ada semasa pengangkutan, penegakan, pemacakan, pelantakan atau pada bila-bila masa yang lain hendaklah digantikan oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri.

5.12.6 Langkah Keselamatan

  Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan di sepanjang perlaksanaan kerja cerucuk mengikut kehendak-kehendak undang-undang dan undang-undang kecil yang berkenaan.

5.13 UJIAN CERUCUK

5.13.1 Tujuan :

  a)

  Memeriksa keupayaan tanggung muktamad cerucuk (ultimate bearing capacity of pile).

  b)

  Memeriksa ciri-ciri lengkungan ‘Load – Settlement’ cerucuk pada beban kerja (working load).

  c)

  Memeriksa ketahanan struktur asas, umpamanya kecekapan sambungan cerucuk.

  Adalah disyorkan bahawa : a)

  Untuk jenis tanah liat lembut, ujian cerucuk hendaklah dilaksanakan selepas 4 minggu cerucuk dipacak.

  b)

  Untuk tanah liat dari kukuh ke keras (stiff to hard clay) ujian cerucuk hendaklah dilaksanakan selepas 2 minggu dipacak.

  c)

  Untuk tanah pasir, ujian beban dilaksanakan selepas 1 minggu dipacak.

5.13.2 Kaedah

  Ada dua cara ujian yang biasa dilaksanakan :

  a)

  Maintained Load (biasa dilaksanakan JKR)

  Ujian beban ini merupakan salah satu ujian yang terpenting dalam bidang pembinaan. Ia menggunakan ‘jack’ untuk mendapatkan reaksi dari beban lawan (knetledge) yang lebih berat dari beban ujian yang diperlukan. Beban lawan diletak atas platform dan disokong oleh beberapa blok konkrti. Pihak kontraktor yang perlu menjalankan kerja-kerja ujian beban ini dan pihak JKR bertanggungjawab mengawasi dan memastikan bahawa kerja ujian beban dijalankan dengan betul dan mematuhi spesifikasi yang ditentukan oleh JKR.

  b)

  Alatan untuk ujian beban

  a) Jek Hidraulik

  b) Tolok Dial (Dial Gauge)

  c) Tentu ukur

5.13.3 Langkah- langkah Ujian Beban Tetap

  Ada beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian : a)

  Sewaktu ujian beban, permukaan kepala cerucuk hendaklah diratakan.

  b)

  Penyokong (support) kepada beban lawan hendaklah berada jauh sedikit daripada cerucuk yang hendak diuji.

  c)

  Beban lawan hendaklah disusun supaya pusat gravitinya sama dengan paksi cerucuk. Berat beban lawan hendaklah lebih tinggi sebanyak 10 - 20 dari ujian maksima.

  d)

  Jangka tolok (pressure gauge) dan jek hendaklah dikaliberasikan terlebih dahulu. Keupayaan jangka tolok mestilah lebih tinggi sebanyak 10 – 20 dari ujian maksima.

  e)

  Misalnya 500 tonne jek dengan 500 tonne gauge yang dikaliberasikan dengan ketepatannya hampir kepada 10 tonne adalah tidak sesuai untuk menguji cerucuk 300mm x 300mm yang hanya boleh memikul 80 tonne sahaja. Tolok yang sesuai adalah mempunyai keupayaan 100 – 150 tonne dengan ketepatan 1- 2 tonne.

  f)

  Dial gauge yang dipasang kepada rasuk dari cerucuk yang diuji untuk mengukur penurunan mestilah berada diatas penyokong yang kukuh. Penyokong itu hendaklah berada sekurang- kurangnya

  6 kaki atau 3 kaki garis pusat cerucuk dari cerucuk yang diuji.

  g)

  Mengikut penentuan JKR, penurunan 2 kali beban kerja tidak lebih dari 1.5 inci, ini bererti satu pusingan jarum dial gauge mestilah berjumlah penurunan 2 inci. Sebarang dial gauge yang mempunyai satu pusingan kurang dari 2 inci yang tidak akan diterima.

  h)

  Dial gauge hendaklah mempunyai ketepatan 0.004” (0.1mm). Biasanya dial gauge yang mempunyai ketepatan 0.001” atau 0.002” boleh diterima. Walaubagaimanapun cara mengambil data akan ditentukan oleh Jurutera Projek.

5.13.4 Prosedur Ujian

  a)

  Beban hendaklah ditambah secara berperingkat- peringkat dengan kenaikan sebanyak 25 daripada beban kerja sehingga mencapai beban maksima sebanyak 2 kali beban.

  b)

  Setiap penambahan beban hendaklah dilakukan dengan cermat dan berperingkat- peringkat selama 16 jam.

  c)

  Bacaan penurunan dan waktu hendaklah dicatit sebelum dan selepas setiap penambahan beban mengikut banjaran (intervel) waktu yang ditentukan.

  d)

  Proses ini diulang sehingga beban mencapai beban maksima.

  e)

  Apabila sudah mencapai beban maksima, ia hendaklah dibiarkan sekurang- kurangnya 24jam.

  f)

  Kemudian beban dikurangkan secara berperingkat- peringkat (misalnya dalam 4 peringkat selama 8 jam)

  g)

  Lengkungan “time settlement” dan “load settlement” hendaklah dibuat.

5.13.5 Rekod Ujian Dan Keputusan

  Segala rekod ujian dan keputusan perlu diisi dalam beorang rekod ujian. Ianya diperlukan untuk menyediakan dua graf yang penting :

  a) graf beban – pemendapan

  b) graf masa – pemendapan

5.13.6 Kegagalan ujian cerucuk

  Kegagalan ujian cerucuk boleh dikesan melalui graf- graf yang digunakan untuk penafsiran status ujian. Ujian dikira gagal sekiranya :

  a) Baki mendapan 6.50mm selepas ujian diturunkan

  b) Jumlah mendapan melebihi 12.50mm dibawah beban rekabentuk.

  c) Jumlah mendapan melebihi 38.0mm dibawah dua kali ganda beban rekabentuk.

5.13.7 Berikut ialah kerja pengiraan ujian beban

  Jumlah beban yang akan diuji dalam kes ini ialah 40 tan

  Jadual dibawah menunjukkan proses penambahan beban secara berperingkat- peringkat selama 8 jam