LAPORAN LATIHAN INDUSTRI JABATAN KERJA R

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI JABATAN KERJA RAYA HULU SELANGOR 44000 HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

  (SESI APRIL 2005 – JUN 2005)

YUSNITA BINTI RAMLI

4 SAW LAPORAN DIKEMUKAKAN KEPADA FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  Ruj. Tuan : Ruj. Kami

  : ( ) dlm.JKR.HS.11 DEKAN,

  Tarikh : 11 Jun 2005

  Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor.

  Tuan,

PER. : PENGESAHAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

  Merujuk perkara di atas, adalah dengan ini telah disahkan bahawa Cik Yusnita Binti Ramli bernombor kad pengenalan 830117-01-5170 telah menamatkan latihan industri di

  Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu. Butiran Latihan Industri :

  Tempoh

  4 April sehingga 11 Jun 2005 ( 10 minggu ).

  Bahagian : Bahagian Jalan Bidang Tugas

  - Melawat tapak projek pembinaan jejantas Kalumpang - mengawasi kerja-kerja konkrit - mengawasi ‘launching beam’ - menghadiri taklimat bancian trafik - melawat projek pembaikpulihan jambatan besi - membuat ‘surveying’ jalan - memplot dan membuat kiraan (membuka sebutharga) - menghadiri taklimat penggunaan ‘Microsoft Project’

  untuk CPM (Critical Path Method)

  2. Sepanjang menjalani latihan industri ini, Cik Yusnita Binti Ramli didapati berkebolehan dalam menjalankan bidang tugas yang diberi dan patuh pada setiap arahan yang diberikan tanpa sebarang masalah.

  Sekian, terima kasih.

  Disahkan oleh,

  (ENCIK SUHAINI BIN NORDIN) Jurutera Awam (Jalan)

  JKR Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.

PERAKUAN

  ‘Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan atau fakta-fakta yang berkaitan.’

  ............................................. Tarikh : (YUSNITA BINTI RAMLI)

  Disahkan oleh,

  .................................................. Tarikh : (EN. SUHAINI BIN NORDIN)

  Jurutera Awam (Jalan)

  JKR Hulu Selangor

PENGHARGAAN

  Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor (JKR HS) selama sepuluh minggu yang bermula daripada 4 April sehingga 12 Jun 2005 seperti yang telah diwajibkan oleh pihak fakulti bagi pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam sesi 20042005.

  Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang telah dicurahkan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di jabatan ini. Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan kepada saya akan saya pergunakan dengan sebaiknya demi masa depan saya untuk mengharungi alam pekerjaan kelak.

  Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada En. Suhaini bin Nordin selaku Jurutera Awam (Jalan) yang telah menjaga, mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya di sini. Tidak lupa juga kepada kakitangan yang lain seperti En. Zainal bin Saman (Pembantu Juruteknik), En. Suhairi bin Ahmad, Pn. Norzieana binti Roslan dan Pn. Rohaizainy binti Zainudin di atas kesudian memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugas dan membantu saya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sepanjang sesi latihan industri ini.

  Akhir sekali tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih buat ayah dan ibu serta pelajar-pelajar Politeknik yang juga membuat latihan praktikal di jabatan yang sama kerana sering menyuntik semangat dan memberikan cadangan yang bernas kepada saya.

  Sekian, terima kasih.

  ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA

  4. ISI KANDUNGAN

  V - VIII

  5. SENARAI LAMPIRAN DAN FOTO

  IX – X

6. BAB 1 – PENDAHULUAN

  1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

  1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

  1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  1–2

7. BAB 2 – LATAR BELAKANG JABATAN

  2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA

  2.2 STRUKTUR ORGANISASI

  3 – 12

8. BAB 3 – PERATURAN KONTRAK DI JKR

  3.3 BAYARAN PENDAHULUAN

  15 – 16

  3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK

  17 – 18

  3.5 BAYARAN KEMAJUAN

  18 – 19

  3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK

3.7 POTONGAN

  3.8 KERJA – KERJA PAKAR

  20 – 21

  3.9 MESYUARAT TAPAK BINA

3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP

  3.11 TUNTUTAN KONTRAK KIRA-KIRA AKHIR

  3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER

  22 – 24

  3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

  24 – 29

3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN

  PERKHIDMATAN

  29 – 34

9. BAB 4 – ACUAN KONKRIT

  4.1 FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN ACUAN

  35 – 36

  4.2 JANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN

  4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM

  PEMBINAAN ACUAN

10. BAB 5 – ASAS DAN CERUCUK

  5.2 FUNGSI-FUNGSI ASAS

5.3 KATEGORI ASAS

5.4 JENIS-JENIS ASAS

5.5 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN

  5.6 PEMILIHAN ASAS

  40 – 41

  5.7 ASAS CERUCUK

  5.8 PEKERJAAN CERUCUK PACAK

  42 – 45

  5.9 CARA MENGAMBIL SET

  5.10 KERJA CERUCUK DI TAPAK BINA

  45 – 47

  5.11 MUTU CERUCUK

  47 – 48

  5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK

  48 – 50

  5.13 UJIAN CERUCUK

  50 – 55

  5.15 KERJA PENGGALIAN LUBANG

  5.16 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK

  56 – 58

  5.17 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK

11. BAB 6 – KONKRIT

  6.1 PENGENALAN

  6.2 BAHAN-BAHAN KONKRIT

  59 – 62

  6.3 MEMBANCUH KONKRIT

  6.4 JENIS-JENIS GRED KONKRIT

  6.5 UJIAN KE ATAS BANCUHAN KONKRIT

  6.6 UJIAN KIUB

  64 – 68

  6.7 UJIAN RUNTUH

  68 – 69

  6.8 MENGANGKUT DAN MENUANG KONKRIT

  69 – 70

12. BAB 7 – KERJA-KERJA BAR DAN TETULANG

  7.1 PENGENALAN

  7.2 JENIS BAR DAN TETULANG

  7.3 PENYIMPANAN BESI DAN TETULANG

  71 – 72

  7.4 PEMBENGKOKKAN BESI DAN TETULANG

  72 – 73

  7.5 PEMASANGAN TETULANG KELULI

  73 – 74

  7.6 SEMAKAN BESI TETULANG

13. BAB 8 – PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

  8.1 PENDAHULUAN

8.2 KERJA TANAH

  8.3 PEMBERSIHAN TAPAK

  76 – 77

  8.4 SISTEM PERPARITAN

  77 – 78

  8.5 KERJA PENGGALIAN

  78 – 79

  8.6 PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT

8.6 TAKUNGAN

  8.7 KERJA MENANAM RUMPUT DAN PADANG

  8.8 KERJA SALIRAN KEKOTORAN

  81 – 83

  8.9 PENYIASATAN TAPAK

  8.12 BAHAN-BAHAN PENEBAT

8.13 KERJA PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING

8.16 KERJA PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU

  8.17 KERJA BATA

  91 – 94

14. BAB 9 – JAMBATAN

  9.1 PENGENALAN

  9.2 KOMPONEN JAMBATAN

  95 – 96

  9.3 SETTING OUT

  96 – 98

  9.4 KERJA – KERJA TANAH

  98 – 100

  9.5 KERJA - KERJA PENCERUCUKAN

  100 - 106

  9.6 ABUTMENT DAN PIER

  106 – 108

  9.7 PENYELIAAN KERJA KONKRIT

  108 – 110

  9.8 PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

  110 – 117

  9.9 EXPANSION JOINT

  118 – 119

  9.10 PERALATAN JAMBATAN

  119 – 120

  9.11 PENGENDALIAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM 120 – 124

15. BAB 10 – CERUN

  10.1 PENGENALAN

10.2 PENGARUH GEOLOGI TERHADAP KESTABILAN

  CERUN

  125 – 126

10.3 GAMBARAN TENTANG MASALAH KESTABILAN

  CERUN

  127 – 128

  10.4 PERLINDUNGAN KESTABILAN CERUN

  128 – 138

  10.5 LONGKANG CERUN

16. BAB 11 – JALANRAYA

  11.1 PENGENALAN

11.2 PENYEDIAAN SUB-GRED

11.3 BAHAN PENUTUP

  11.4 SUB – TAPAK

  140

  11.5 LAPISAN SALUT

  140 – 141

  11.6 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH LEMBUT

  141 – 142

11.7 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH BERBUKIT YANG

  SEMULAJADI

  142 – 143

  11.8 KAEDAH PENYIASATAN TAPAK

  143

17. BAB 12 – TEKNOLOGI BARU

  12.1 PENGENALAN

  144

  12.2 KENAPA POWERMESH

  144 – 145

  12.3 KELEMAHAN SISTEM SEMASA

  12.5 IMPLIKASI SISTEM SEMASA

  150 – 150

  18. KESIMPULAN

  157

19. CADANGAN 158

  20. RUJUKAN

  159

  21. LAMPIRAN

  160

SENARAI LAMPIRAN

  BIL PERKARA

  LAMPIRAN

  1. STRUKTUR ORGANISASI (PENTADBIRAN)

  2. STRUKTUR ORGANISASI (BANGUNAN)

  3. STRUKTUR ORGANISASI (JALAN)

  3.0 (a) (b)

  4. BORANG TENDER

  4.0 (a) (b)

  5. CONTOH SURAT SETUJU TERIMA TENDER

  5.0 (a),(b),(c) (d)

  6. PERJANJIAN KONTRAK

  7. - LAPORAN RINGKAS KONTRAK KERJA

  7.0 (a)

  - CATATAN MESYUARAT TAPAK

  7.0 (b)

  - CONTOH RINGKASAN LAORAN KERJA

  7.0 (c)

  8. BORANG SEBUTHARGA

  9. BUTIR-BUTIR SPESIFIKASI

10. CARTA :

  - PROSEDUR PEROLEHAN DAN BEKALAN

  10.0 (a)

  - PEROLEHAN KONTRAK PUSAT

  10.0(b)

  - PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

  10.0(c)

  - PEROLEHAN SEBUTHARGA

  10.0(d)

  - PEROLEHAN TENDER

  10.0(e)

- PENERIMAAN BARANGAN DAN

  PERKHIDMATAN

  10.0(f)

- PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

  PENYIASATAN TANAH

  10.0(g)

- PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING 10.0(h)

  11. - REKOD PENANAMAN CERUCUK

  - LAYOUT CERUCUK

  11.0(c)

  12. CONTOH LAPORAN UJIAN KIUB

  12.0 (a), (b) (c)

  13. CONTOH LAPORAN UJIAN BAR TETULANG

  14. JENIS GELINCIRAN DALAM CERUN BAKI

  15. GAMBARAJAH KESTABILAN CERUN

16. PELAN KAEDAH GABION, HYDROSEEDING, 17.0 RUBBLE PITCHING

  PELAN KAEDAH GABION

  18. GAMBARAJAH KAEDAH GABION

19. - GAMBARAJAH KAEDAH SOIL NAILS

  LONGKANG

  20.0(a) (b)

  - GAMBARAJAH SOIL NAILS HEAD

  20.0(c)

  20. PELAN SOIL NAILS HEAD

  21. GAMBARAJAH SISTEM LONGKANG

  22.0 (a) (b)

  22. PELAN JALANRAYA

  23. JADUAL KRITERIA REKABENTUK JALAN

  24. PAPAN TANDA KERJA-KERJA PEMBINAAN

  25. BARRIER JALAN

  26. SURAT TAKLIMAT BANCIAN

SENARAI FOTO

  BIL. PERKARA

  LAMPIRAN

  1. KONKRIT BEAM

  2. UJIAN BEARING PAD

  3. TURAPAN JALAN

  BAB 1 :

  PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

  Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam sebagai syarat penganugerahan ijazah. Latihan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang kerjuruteraan awam dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 20042005, latihan ini berjalan selama 10 minggu iaiatu bermula pada 4 April sehingga 12 Jun 2005.

  Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor. Di dalam jabatan ini, saya telah ditempatkan di bahagian Jalan. Sepanjang latihan ini saya diberi peluang untuk mengikuti juruteknik-juruteknik yang terlibat ke tapak-tapak projek yang berkaitan. Perisian yang saya perolehi adalah ianya dapat membantu saya memahami keperluan kerja dan meningkatkan pemahaman akademik yang lebih jelas serta meluas dalam selok-belok bidang kejuruteraan awam.

1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

  Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam Kerjuruteraan Awam dan peranannya dalam masyarakat.

1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  Di antara objektif latihan industri ini diadakan adalah untuk :

  a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar

  b) Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar

  c) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran di universiti c) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran di universiti

  

  e) Mengetahui dan dapat membiasakan diri dengan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri

  f) Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab

  g) Menanam sikap ingin sentiasa mengetahui perkara-perkara yang baru

  h) Menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk terus tingkatkan diri dalam bidang yang diceburi

  Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan rasmi selepas tamat latihan.

  BAB 2 :

  LATAR BELAKANG JABATAN

2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA

  Jabatan Kerja Raya telah ditubuhkan sejak 1872 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. Jabatan Kerja Raya Malaysia berperanan melaksanakan projek- projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti bagi memenuhi keperluan negara.

2.2 STRUKTUR ORGANISASI

  Kerja Raya (Public Work) adalah bertanggungjawab di dua peringkat pentadbiran iaitu persekutuan dan negeri, oleh yang demikian terdapat JKR Persekutuan dan JKR Negeri. Walau bagaimanapun organisasi JKR Sabah dan Sarawak adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. Peringkat organisasi JKR adalah seperti berikut :

a) JKR Malaysia

  Terdiri dari Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan Pejabat- pejabat Pengarah Cawangan di peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia di Kuala Lumpur.

b) JKR Negeri, Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri dan Unit Khas JKR

  Terdiri dari Pejabat-pejabat Pengarah JKR Negeri, Pejabat-pejabat Pengarah JKR Wilayah Persekutuan, Pejabat-pejabat Pengarah JBA Negeri dan Pejabat-pejabat Pengarah Unit Khas.

c) JKR Daerah dan JBA Daerah

  Terdiri dari Pejabat-pejabat Jurutera JKR Daerah dan Jurutera Daerah.

2.2.1 Latarbelakang Organisasi

  Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor terletak di pekan Kuala Kubu Bharu. Ianya terletak di dalam kawasan bangunan kerajaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Pejabat Daerah dan Tanah serta Mahkamah Majistret, Kuala Kubu Bharu.

  JKR Hulu Selangor terbahagi kepada 3 unit. Bahagian pertama adalah unit kontrak, ukur bahan dan kewangan. Bahagian unit kedua adalah unit bangunan. Unit ini hanya diketuai oleh pembantu teknik iaitu En. Amir Zaki bin Elham selaku pemangku di bahagian bangunan. Di bahagian bangunan ini masih tidak mempunyai ketua setelah jurutera yang terdahulu telah bersara.

  Untuk unit ketiga adalah unit jalan yang diketuai oleh Jurutera Awam (Jalan) iaitu En. Suhaini bin Nordin serta dibantu oleh seorang pembantu teknik iaitu En. Zainal bin Saman.

  JKR Hulu Selangor sentiasa menjalankan segala kerja pembinaan dengan baik dan memberikan komitmen yang tinggi serta sentiasa memberi penekanan kepada masa, kos dan rekabentuk yang terbaik di samping mutu yang membanggakan.

2.2.2 Objektif dan misi JKR

  Objektif JKR Hulu Selangor adalah untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya jalan, bangunan, lapangan terbang, sekolah, pelabuhan dan pengkalan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dengan sentiasa memberi penekanan kepada : J

  –

  Jangka masa secepat mungkin

  K

  Kos yang ekonomi

  R

  Rupabentuk dan mutu yang terbaik

  Manakala misi korporat JKR adalah memberi nasihat dan perkhidmatan kepada kerajaan, kementerian dan jabatan dalam perancangan rupabentuk dan pembinaan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, yang meliputi kemudahan jalanraya, bangunan, kerajaan dan lain-lain. JKR juga mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan jalanraya, bangunan

  tertentu

  kerajaan.

2.2.3 Organisasi JKR

  JKR Hulu Selangor diketuai oleh seorang jurutera daerah iaitu Tuan Mohd Zein bin Mohd Noor. JKR Hulu Selangor terdiri daripada bahagian-bahagian seperti berikut: - Pentadbiran dan Kewangan - Bangunan - Kontrak dan Ukur Bahan - Elektrik - Jalan

  JKR Hulu Selangor juga dibantu oleh cawangan JKR Stor yang dilengkapi perkhidmatan sokongan kepada fungsi-fungsi JKR. Bahagian tersebut diketuai oleh Ketua Penyelenggara.

2.2.4 Tujuan JKR

  Merancang, membina, memperbaiki dan menyelenggara jalanraya dan jambatan, bangunan pejabat kerajaan, bangunan khas dan sekolah- sekolah untuk menentukan infrastruktur dan kemudahan awam adalah sentiasa dalam keadaan baik. Selain itu, untuk menjamin pembangunan sosio-ekonomi dan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan selaras dengan dasar ekonomi baru.

  Memberi nasihat teknik dalam bidang kejuruteraan dan menjadi agensi perlaksanaan projek-projek jabatan dan agensi kerajaan dan sentiasa memberi penekanan keapda: ƒ Jangka masa yang pendek ƒ Kos yang ekonomi ƒ Rupabentuk dan mutu yang terbaik

2.2.5 Dasar dan Matlamat Yang Strategi

  Selaras dengan dasar ekonomi baru strategi jabatan dalam mencapai objektif kerajaan adalah seperti berikut: a)

  Pembinaan lebih banyak jalan besar dan kecil untuk mukim atau kampung yang kurang maju untuk membangunkan kawasan itu dengan memudahkan pengangkutan.

  b)

  Memperbaiki serta melebarkan jalan-jalan untuk mengatasi masalah lalulintas dan menjimatkan masa perjalanan dan juga untuk menjamin keselamatan pengguna jalanraya.

  c)

  Memberi, katakan di dalam perlaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan kurang maju.

  d)

  Membina jalan baru dalam kawasan pedalaman untuk menjadi jalan keselamatan.

  e)

  Merancang dan melaksanakan infrastruktur selaras dengan cadangan-cadangan pelan struktur.

  f)

  Menjadi agensi pelaksanaan bagi projek jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

2.2.6 Piagam Pelanggan JKR Bahagian Jalan

  a)

  Komitmen kami ialah memberi perkhidmatan yang menyerluruh kepada pengguna menerusi perlaksanaan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.

  b)

  Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 3 hari setelah aduan diterima untuk memperbaiki lubang-lubang yang membahayakan lalulintas di atas turapan jalan.

  c)

  Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam untuk membersihkan pokok-pokok tumbang dipermukaan jalan atau tanah runtuh setelah aduan diterima.

  d)

  Bagi projek-projek yang menggunakan pelan piawai kami adalah komited untuk menyiapkan projek dari tarikh penerimaan surat kuasa pelaksanaan seperti berikut:

  ¾ Kos projek kurang daripada RM 1 juta-2 tahun ¾ Kos projek antara RM 1-RM 10 juta-3 tahun ¾ Kos projek antara RM 5-RM 10 juta-4 tahun

  e)

  Bagi projek-projek yang menggunakan rekabentuk baru tempoh siap kerja mengikut jadual yang dipersetujui dalam kontrak.

  f)

  Membaiki kerosakan hawa dingin di bangunan-bangunan kerajaan dalam masa 3 hari setelah aduan diterima.

2.2.7 Piagam Pelanggan Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

  a)

  Melayan semua pemborong dengan mesra, bertanggungjawab dan selengkap yang boleh.

  b)

  Pemilihan kontraktor yang berjaya akan dibuat dalam tempoh 3 minggu dari tarikh sebutharga ditutup.

  c)

  Dokumen kontrak akan disediakan dalam masa 1 minggu selepas dokumen insurans, perkeso, bon pelaksanaan dan surat setuju terima dikembalikan oleh kontraktor dengan lengkap.

  d)

  Setiap penjualan borang sebutharga dan borang tawaran tender akan dikeluarkan resit dengan serta-merta pada hari yang sama.

2.2.8 Bahagian Pembinaan Dan Penyelenggaraan Bangunan

  Bahagian ini bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina dan menyelenggara bangunan-bangunan kerajaan serta mengurus dan mentadbir kontrak-kontrak kerajaan. Untuk menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan, aktiviti ini dibahagikan kepada 3 unit. Arkitek yang bertanggungjawab atas aspek rekaan dan penyediaan lukisan serta mengawasi projek bangunan yang dilaksanakan oleh JKR Hulu Selangor.

2.2.9 Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

  Aktivitinya ialah mengendalikan dan menguruskan segala urusan kerjaraya dan kemudahan yang melibatkan jalanraya, jambatan dan bangunan-bangunan untuk kegunaan awam dan bangunan-bangunan pejabat dan rumah kerajaan diperingkat negeri.

  Merancang, mengurus dan mengawal kumpulan wang di bawah belanja mengurus dan pembangunan bagi program-program pembinaan, memperbaiki jalanraya dan jambatan serta bangunan kerajaan dan jabatan- jabataan persekutuan, mengenai pelaksanaan projek-projek di bawah naungannya.

  2.2.10 Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan a)

  Bahagian Pentadbiran

  i.

  Melayan pertanyaan aduan orang awam dan kakitangan jabatan dengan mesra serta memberi maklumat selengkapnya.

  ii.

  Menyampaikan pertanyaan aduan yang diterima kepada bahagian berkenaan (jalan, bangunan atau elektrik) pada hari yang sama.

  iii.

  Menguruskan pelbagai urusan perkhidmatan berhubung dengan jawatan untuk kakitangan dengan mesra dan secepat mungkin.

  b)

  Bahagian Kewangan

  i.

  Melayan semua pertanyaan daripada pemborong, kakitangan jabatan, pengawal-pengawal dari jabatan luar dan orang awam dengan ramah mesra serta dengan selengkap yang boleh.

  ii.

  Menghantar baucer gaji ke bendahari negeri sebelum 15 raribulan setiap bulan.

  iii.

  Menghantar baucer tuntutan elaun perjalanan kakitangan sebelum 10 haribulan setiap bulan.

  iv.

  Memasukkan pungutan hasil jabatan ke dalam bank setiap hari.

  v.

  Menyediakan baucer bayaran dan bilangan-bilangan yang diterima dari pelanggan ke bendahari dalam tempoh 4 hari.

  vi.

  Menyediakan baucer bayaran untuk projek dalam tempoh 4 hari selepas bayaran diperakukan.

  vii.

  Setiap penerimaan wang akan dikeluarkan resit dengan serta merta untuk cek resit dalam masa sebulan.

2.2.11 Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

  Objektif utama bahagian ini ialah untuk menentukan kos pembinaan projek-projek kerajaan yang dikendalikan oleh JKR adalah sepadan dengan nilai-nilai yang diperolehi dan memastikan segala perbelanjaan ke atas sesuatu projek adalah adil dan memenuhi ciri-ciri ‘public accountability’. (Rujuk lampiran 1.0) Perkhidmatan yang disediakan oleh bahagian ini ialah : a)

  Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan kos ekonomi pembinaan, menyediakan kos pelan dan menjalankan semakan kos terhadap kerja yang direkabentuk.

  b)

  Menyediakan senarai kuantiti dan dokumen-dokumen tender yang lain.

  c)

  Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tender dan pengurusan kontrak.

  d)

  Mempelawa, menilai dan membuat laporan ke atas tender-tender.

  e)

  Mengurus atau melibatkan diri dengan perundingan pra-kontrak.

  f)

  Menyedia dan mengedarkan dokumen kontrak.

  g)

  Menyediakan penilaian kemajuan kerja dan perakuan bayaran interim.

  h)

  Menyediakan dokumen tender, mempelawa, menilai dan membuat laopran tender untuk kerja bekalan bahan-bahan yang terkandung dalam kontrak sebagai Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara.

  i)

  Menyediakan penilaian kerja perubahan dan perakuan perubahan kerja dan menyelesaikan akaun.

  j)

  Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan pengeluaran perakuan-perakuan dan notis-notis yang diperlukan dalam pentadbiran kontrak seperti perakuan kelambatan dan lanjutan masa, perakuan kerja tak siap, notis-notis bagi penamatan pengambilan kerja kontraktor dan sebagainya.

  k)

  Memberikan khidmat nasihat ke atas masalah am yang berkaitan dengan pentadbiran kontrak.

  l)

  Menilai, merunding dan menyelesaikan tuntutan dan membantu di dalam kes timbang tara.

  2.2.12 Bahagian Bangunan a)

  Fungsi Bahagian Bangunan

  Bahagian bangunan menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut : i.

  Melaksanakan projek-projek pembinaan Bangunan Khas dan Rumah Kediaman Jabatan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Persekutuan.

  ii.

  Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan dalam sector sosio-ekonomi bagi pihak jabatan Menteri Besar di Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan dalam sector sosio-ekonomi bagi pihak jabatan Menteri Besar di

  iii.

  Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan agensi dan jabatan persekutuan di mana perbelanjaan dibayar melalui peruntukan persekutuan.

  iv.

  Menyelenggara bangunan-bangunan kegunaan am untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan. (Rujuk lampiran 2.0)

  b)

  Piagam Pelanggan Bahagian Bangunan

  i.

  Sedia memberi khidmat nasihat teknikal dengan cepat, tepat dan professional.

  ii.

  Merancang dan melaksana projek-projek bangunan mengikut keperluan pelanggan dengan menekankan mutu, jangkamasa yang sesuai dan kos yang berkesan.

  iii.

  Aduan kerosakan bangunan yang segera akan ditangani dalam tempoh 1 hari manakala kerosakan biasa dalam tempoh 1 minggu dari tarikh aduan diterima.

  iv.

  Aduan kerosakan sistem pendawaian elektrik akan diatasi dalam tempoh 1 hari bagi kerosakan segera dan 1 minggu bagi kerosakan biasa.

  v.

  Penyenggaraan berkala bagi rumah kediaman, pejabat, masjid dan institusi akan dirancang bagi menghasilkan keberkesanan kos dengan katakan kepada bangunan yang uzur dan penyenggaraan terakhir tidak kurang dari 5 tahun.

  vi.

  Pengukuran bagi tujuan pembayaran untuk kerja pembangunan penyenggaraan akan dibuat dalam tempoh

  1 minggu dari tarikh permohonan dibuat oleh kontraktor.

  vii.

  Baucer bayaran yang segala jenis pembayaran penyenggara akan dihantar kepada agensi pembayaran dalam masa 1 minggu dari tarikh pengukuran.

2.2.13 Bahagian Pembinaan Dan Penyelengaraan Jalan Dan Jambatan

  Menyelaras pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan semua jalanraya dan jambatan Negeri dan Persekutuan untuk menentukan infrastruktur utama adalah dalam keadaan baik untuk menyenangkan pengangkutan pengeluaran pertanian dan hutan dari kawasan-kawasan pedalaman untuk meninggikan taraf sekitar luar Bandar.

  Menjalankan kerja-kerja rekabentuk jalanraya dan jambatan serta menentukan kualiti ke atas projek-projek jalan serta bahan-bahan yang digunakan dalam projek-projek ini. (Rujuk lampiran 3.0(a) (b))

  a)

  Fungsi Bahagian Jalan

  i.

  merancang sistem rangkaian jalan-jalan utama yang melibatkan jalan dibawah jagaan JKR.

  ii.

  Mengawal pembangunan tepi jalan terutama menentukan jalan keluar masuk supaya mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

  iii.

  Menyemak dan mengulas pelan-pelan pembangunan yang melibatkan pembangunan di tepi jalan bawah jagaan JKR.\

  iv.

  Melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan.

  v.

  Menyelenggara jalanraya dan jambatan sentiasa berada didalam keadaan baik dan selamat kepada pengguna- pengguna. Menjalankan ujian-ujian ke atas struktur jalan dan pengguna bahan binaan.

  b)

  Penyelenggaraan Jalan Dan Jambatan

  Penyelenggaraan jalan dan jambatan adalah juga dijalankan mengikut program-program yang ditetapkan dan juga secara ad- hoc yang merangkumi perkara-perkara berikut : i.

  Membaharui muka jalan dan menampal lopak-lopak permukaan jalan.

  ii.

  Menyelenggara bahu jalan dan pemotongan rumput.

  iii.

  Membaiki dan mengukuhkan tebing jalan.

  iv.

  Membersih, membaiki dan membina semula jambatan, pembetong dan longkang-longkang di tepi jalan.

  v.

  Membersih, membaiki dan mengganti perabot jalan.

  vi.

  Mengecat garisan jalan.

  BAB 3 :

  PERATURAN KONTRAK DI JKR

3.1 KONTRAK

3.1.1 Jenis Kontrak

  Jenis-jenis kontrak yang terdapat dalam JKR adalah seperti berikut :

  a)

  Kontrak Kerja iaitu kontrak untuk membina dan menyiapkan kerja seperti bangunan dan sebagainya.

  b)

  Kontrak Bekalan iaitu kontrak untuk membekal dan menghantar barang-barang (Kontrak Bekalan diuruskan oleh Setor Persekutuan atau Setor Negeri)

3.1.2 Borang-Borang Kontrak

  Borang-borang kontrak yang digunakan dalam JKR adalah borang piawai (Standard Forms).

3.2 TENDER

  Tender adalah tawaran yang dibuat untuk melakukan sesuatu (seperti mengadakan bekalan, membina bangunan dan sebagainya) dengan syarat-syarat dan harga yang tertentu. Mengikut Arahan Perbendaharaan 180, tender mestilah dipelawa bagi semua kerja yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM 50,000 bagi tiap-tiap satu kerja. ( Rujuk lampiran 4.0(a) (b))

3.2.1 Anggaran Awal

  Anggaran Awal disediakan daripada lukisan-lukisan awal yang disediakan oleh Arkitek untuk dikemukakan kepada JabatanKementerian Gunawan dalam bentuk borang iaitu “Preliminery Detailed Abstract”. Tujuannya ialah bagi JabatanKementerian Gunawan mendapatkan peruntukan kewangan bagi projek yang ingin dilaksanakan.

3.2.2 Jenis Tender

  Jenis tender yang biasa diamalkan oleh JKR adalah seperti berikut : a)

  Tender Terbuka (Open Tender)

  b)

  Tender Terhad (Restricted Tender)

  c)

  Tender Terpilih (Selective Tender)

3.2.3 Panggilan Tender

  Cara memanggil tender adalah melalui surat khabar tempatan. Tawaran JKR selalunya dipanggil dengan menyiarkan iklan di dalam suratkhabar tempatan. Sekurang-kurangnya satu minggu sebelum sesuatu iklan itu akan disiarkan, sepucuk surat Kenyataan Tender hendaklah dihantar kepada ‘Pengurus Suratkhabar’ memohon supaya disiarkan ‘Kenyataan Tender’ pada tarikh yang ditentukan. Semua iklan tender hanya boleh dibuat dalam suratkhabar yang dicetak dalam Bahasa Malaysia sahaja.

3.2.4 Mempamerkan Kenyataan Tender

  Tender-tender negeri dipamerkan di Pejabat Pengarah JKR Negeri atau di Pejabat Jurutera Daerah yang berkenaan. Tender-tender Persekutuan dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian Kerjaraya.

  Tender-tender Persekutuan yang dikelolakan oleh JKR Negeri dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian Kerjaraya dan juga di Pejabat Pengarah JKR Negeri yang berkenaan.

3.2.5 Peti Tender

  Peti berkunci di mana tender dimasukkan dan bertanda dengan tarikh dan masa tender dibuka. Dua kunci disediakan dan disimpan oleh dua orang Pegawai Kanan Jabatan. Peti tender, jika boleh dipindah tempat hendaklah disimpan selamat di pejabat pegawai yang bertanggungjawab.

3.2.6 Membuka Tender

  Tender hendaklah dibuka oleh ‘Ahli Jawatankuasa Membuka Tender’ atau disimpan selamat jika kelewatan tidak dapat dielakkan. Peti Tender hendaklah dikunci. Tiap-tiap tender hendaklah dibuka dan diberi nombor siri serta tandatangan ringkas oleh tiap-tiap ahli jawatankuasa membuka tender. Nama Pentender dan harga tender hendaklah dicatit dalam jadual tender. Ahli Jawatankuasa hendaklah merekod di borangjadual tender masa tender dibuka dan menandatangani borang tersebut kemudiannya.

3.2.7 Penerimaan Tender

  Penerimaan Tender dibuat dengan mengemukakan ‘Surat Setuju Terima’ kepada pentender yang berjaya dengan menyatakan, antaranya harga kontrak dan tarikh mengambil alih tapakbina. Pemborong juga dikehendaki mengemukakan gerenti perlaksanaan, polisi insurans kebakaran, polisi pampas an awam dan polisi pampasan pekerja atau

  PERKESO. Ikatan kontrak antara JKRKerajaan dan pemborong wujud sebaik sahaja ‘Surat Setuju Terima’ diposkan kepada pentender yang berjaya. Pentender ini kemudiannya digelar ‘Pemborong atau Kontraktor’. (Rujuk lampiran 5.0 (a), (b), (c) (d))

3.3 BAYARAN PENDAHULUAN

  Kelayakan bayaran pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak kerajaan telah diumumkan melalui Surat Pekeliling Pebendaharaan Bilangan 111979 dan dikuatkuasakan oleh JKR melalui Surat Pekeliling KPKR Bilangan 41979 bertarikh 16hb. Februari, 1979.

3.3.1 Amaun Wang Pendahuluan

  Syarat terdahulu sebelum memulakan sesuatu kerja haruslah mendepositkan kepada Kerajaan, yang mana terkandung dalam Kontrak; suatu Bon Perlaksanaan atau Wang Pendahuluan yang berupa wang tunai atau dalam bentuk Deposit Perbendaharaan, Draf Bank atau suatu Gerenti Bank atau Gerenti Insurans yang diluluskan bernilai sebanyak 5 dari Jumlah Harga Kontrak sebagai mematuhi perlaksanaan yang sewajar dengan kontrak ini. Kontraktor-kontraktor boleh diberi wang pendahuluan sebanyak 15 nilai kontrak tertakluk kepada had maksima sebanyak RM

  1.5 juta.

3.3.2 Nilai Kontrak

  Nilai kontrak bagi maksud sekim wang pendahuluan ini ialah jumlah penuh ‘Builder’s Work’, iaitu nilai kontrak setelah ditolak jumlah Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara.

3.3.3 Kelayakan Menerima Wang Pendahuluan

  Semua kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak kerja layak menerima wang pendahuluan. Pembekal-pembekal yang Semua kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak kerja layak menerima wang pendahuluan. Pembekal-pembekal yang

  Mengembalikan Surat Setuju Terima setelah ditandatangani.

  b)

  Bagi kontrak-kontrak kerja, kontraktor-kontraktor hendaklah mengemukakan polisi-polisi insurans serta resit-resit bayaran premium.

  c)

  Mengemukakan jaminan bank sebagai Gerenti Perlaksanaan bagi kontrak melebihi RM 25,000.

  d)

  Mengemukakan Gerenti Bank mengikut borang PWD.Q479 sebagai cagaran untuk wang pendahuluan yang dikehendaki.

3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK

  ‘Dokumen Kontrak’ adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu

  sama lain. kontraktor hendaklah mengadakan segala keperluan untuk melaksanakan Kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut jadual dan mengikut maksud sebenar Dokumen Kontrak. Sebarang ‘Percanggahan’ atau ‘Pemesongan’ antara mana-mana dua atau lebih dari apa yang terkandung dalam Dokumen Kontrak ini, hendaklah dengan kadar seberapa segera memberi kepada Pegawai Penguasa secara bertulis tentang bahagian percanggahan tersebut dan meminta Pegawai Penguasa mengeluarkan arahan-arahan berkenaan. Dengan syarat bahawa, ‘Percanggahan’ atau ‘Pemesongan’ tersebut tidak akan membatalkan kontrak ini.

3.4.1 Penyediaan Dokumen Kontrak Asal

  Dokumen Kontrak Asal hanya boleh disediakan setelah Kontraktor yang berjaya mengemukakan Gerenti Perlaksanaan, Polisi-polisi Insurans yang berkenaan dan teratur dan Nombor Kod PERKESO. Semua pindaan kepada kontrak hendaklah terlebih dahulu ditandatangani ringkas oleh Juruukur BahanJuruteraArkitek dan Kontraktor. Pegawai-pegawai JKR telah diberi kuasa oleh Menteri Kerja Raya untuk menandatangani kontrak bagi pihak kerajaan mengikut nilai satu-satu kontrak. Dokumen Kontrak Asal yang telah ditandatangani hendaklah disimpan di tempat yang selamat. (Rujuk lampiran 6.0)

3.4.2 Penyediaan Salinan Dokumen Kontrak

  Sebelum menandatangani Kontrak ini, Kontraktor hendaklah

  bersetuju dengan Pegawai Penguasa tentang kemunasabahan kadar harga atau harga-harga yang dinyatakan dalam ‘Jadual Kadar Harga’. ‘Dokumen Kontrak’ ini, hendaklah terus berada dalam jagaan Pegawai Penguasa dan hanya akan dikemukakan apabila dikehendaki oleh kontraktor sahaja. Setelah Dokumen Kontrak Asal ditandatangani, tindakan segera hendaklah diambil untuk menyediakan bilangan salinan dokumen kontrak yang mencukupi. Semua salinan dokumen kontrak hendaklah diakui sah oleh Ketua BahagianCawanganUnit yang berkenaan dan diedarkan kepada pihak-pihak yang terlibat. Pegawai Penguasa, hendaklah memberi dengan percuma kepada kontraktor : a)

  Satu salinan Dokumen-dokumen Kontrak yang diakui benar.

  b)

  Dua salinan Pelan-pelan Kontrak.

  c)

  Dua salinan Spesifikasi dan satu salinan ‘Jadual Kadar Harga’.

  d)

  Lazimnya sepuluh salinan Dokumen Kontrak hendaklah disediakan, enam salinan dengan lukisan dan empat salinan tanpa lukisan.

3.5 BAYARAN KEMAJUAN

  Penilaian di tapakbina untuk bayaran kemajuan hendaklah dibuat pada tiap-tiap bulan pada tarikh yang sama tanpa menghiraukan sama ada nilai kemajuan kerja mencukupi atau tidak untuk bayaran kemajuan diberi kepada kontraktor. Borang yang digunakan bagi penyediaan bayaran kemajuan ialah ‘Borang PWD 66’ ‘JKR 66’. (rujuk lampiran….) Penilaian kerja-kerja boleh dibahagikan kepada tiga induk iaitu : a)

  Preliminaries

  b)

  Kerja-kerja yang telah dijalankan

  c)

  Bahan-bahan di tapakbina

3.5.1 Prelimineries

  ‘Prelimineries’ bermaksud kerja-kerja awalan, bayaran ke atas preliminaries hendaklah dibuat mengikut nilai item-item yang tertentu yang telah diisi harga oleh kontraktor. Kerja mengira untuk membuat penilaian Prelimineries boleh dirujuk pada ‘Jadual Kadar Harga’ yang terkandung dalam ‘Dokumen Kontrak’ bagi projek tersebut.

3.5.2 Kerja-kerja Yang Telah Dijalankan

  Jumlah nilai kerja yang telah dijalankan sehingga tarikh penilaian itu dijalankan. Bagi kontrak berdasarkan Senarai Bahan, adalah lebih mudah dan tepat untuk mentaksirkan nilai kemajuan oleh sebab tiap-tiap butir kerja telah diisi harga dalam Senarai Bahan kontrak berdasarkan Penentuan dan Lukisan, penilaian kemajuan kerja adalah dibuat berdasarkan kepada peratusan yang berpatutan, nilai tiap-tiap satu bangunan yang tercatit dalam Ringkasan Tender. Nilai kemajuan bagi kerja-kerja kontrak kecil akan dikira berasingan dan dibayar kepada Kontraktor Kecil yang dinamakan melalui Kontraktor Induk.

3.5.3 Bahan Di Tapakbina

  Bahan-bahan binaan yang dibawa masuk ke tapakbina untuk digunakan dalam kerja-kerja itu adalah dinamakan ‘Bahan di Tapakbina’ ‘Materials On Site’. Semua bahan-bahan itu hendaklah diambilkira dan ditaksir dengan harga yang berpatutan untuk menyediakan ‘Bayaran Kemajuan’.

  Hanya 75 nilai bahan-bahan yang ada di tapakbina akan dimasukkan ke dalam ‘Sijil Bayaran Kemajuan’. ‘Sijil Bayaran Kemajuan’ hendaklah disediakan oleh Juruukur Bahan atau pegawai berkenaan yang mengawasi sesuatu projek. Sijil ini kemudiannya diperakui dan ditandatangani oleh Pegawai PenguasaPengarah NegeriCawangan.

  Penilaian terhadap kemajuan kerja-kerja elektrik dan mekanikal akan dibuat oleh Jurutera Jentera Mekanikal dan Jurutera Elektrik. Nilai- nilai ini pula dikemukakan kepada Juruukur Bahan atau pegawai berkenaan untuk dimasukkan ke dalam Sijil Pembayaran.

3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK

  Syarat perubahan harga untuk kontrak hendaklah dimasukkan ke dalam semua kontrak binaan JKR. Dalam menyediakan bayaran kemajuan bulanan, nilai perubahan harga hendaklah diambilkira. Nilai perubahan harga boleh menjadi sebagai tambahan atau kurangan mengikut keadaan.

3.7 POTONGAN

  Bagi tiap-tiap bayaran kemajuan, nilai perkara-perkara berikut hendaklah ditolak : Bagi tiap-tiap bayaran kemajuan, nilai perkara-perkara berikut hendaklah ditolak :

  Bahan-bahan yang dibekalkan oleh Kerajaan atau Agensi Kerajaan seperti Pernas Trading untuk bekalan keluli.

  b)

  Buruh yang dibekalkan oleh Jabatan.

  c)

  Bayaran yang dibuat bagi pihak Kontraktor.

  d)

  Bayaran balik wang pendahuluan.

  e)

  Bayaran denda sekiranya dikuatkuasakan.

  f)

  Semua bayaran kemajuan yang telah dibuat kepada Kontraktor sebelumnya.

3.8 KERJA-KERJA PAKAR

  Semua pakar, saudagar, tukang dan orang-orang yang melaksanakan apa- apa kerja atau perkhidmatan, atau membekalkan bahan atau barang yang akan dibayar melalui Wang Kos Prima dan terkandung dalam Dokumen Kontrak Tiap- tiap kontrak biasanya mempunyai kerja-kerja pakar yang dikehendaki dijalankan kontraktor-kontraktor lain yang pakar dalam bidang masing-masing. Contoh kerja-kerja pakar ini adalah seperti pemasangan elektrik, pemasangan Jentera Hawa Dingin, pemasangan alat pencegah kebakaran dan sebagainya. Pegawai Penguasa atau Kontraktor jika diarahkan, hendaklah secara bertulus mendapatkan tender-tender bagi kerja atau perkhidmatan yang dinamakan ‘Sub-kontraktor Dinamakan’ atau ‘Pembekal Dinamakan’ ini. Pada peringkat kerja-kerja pembinaan yang sesuai, tender-tender akan dipelawa untuk kerja-kerja pakar dengan menggunakan Borang Q4 iaitu ‘Borang Tawaran’ untuk ‘Kontraktor Kecil Yang Dinamakan’. Kontraktor Induk akan diarahkan supaya menerima kontraktor kecil itu sebagai ‘Kontraktor Kecil Yang Dinamakan’. Sebuah Kontrak Kecil, dengan menggunakan ‘Borang Kontrak PWD 203N’, akan disediakan oleh JKR untuk ditandatangani diantara ‘Kontraktor Induk’ sebagai satu pihak dan ‘Kontraktor Kecil Yang Dinamakan’ sebagai pihak yang lain. bayaran kemajuan untuk kerja-kerja kontrak kecil adalah dimasukkan dalam Sijil Bayaran Kemajuan Kontraktor Induk dan dibayarkan melaluinya kepada kontraktor kecil.

3.9 MESYUARAT TAPAK BINA

  Dalam melaksanakan projek-projek JKR, adalah menjadi kebiasaan wakil Pegawai Penguasa di tapakbina mengadakan mesyuarat tapakbina yang diadakan di pejabat tapakbina tiap-tiap bulan. Wakil-wakil pihak yang terlibat dalam JKR dan Kontraktor Induk serta semua Kontraktor-kontraktor Kecil dikehendaki hadir di mesyuuarat ini. dalam mesyuarat ini, pihak-pihak JKR akan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh pihak Jabatan dengan Kontraktor dan pihak kontraktor pula akan berpeluang menyuarakan masalah yang dihadapinya. Dimana yang sesuai, penyelesaian dapat dicapai dalam mesyuarat. (rujuk lampiran 7. (a), (b) (c)).

3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP

  Di mana Kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja-kerja dalam masa yang ditetapkan atau dalam ‘Tempoh Lanjutan Masa’ yang telah dibenarkan, pihak kontraktor akan dikehendaki memberi sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan denda. Sekiranya alasan yang diberikan tidak boleh diterima, maka ‘Sijil Mengenai Kerja-kerja Yang Tidak Siap’ akan dikeluarkan. Kontraktor dikehendaki membayar denda bagi tempoh kerja-kerja itu tidak siap. Bayaran denda ini akan dipotong dari Bayaran Kemajuan kepada Kontraktor.

3.11 TUNTUTAN KONTRAKTOR DAN KIRA-KIRA AKHIR

  Sudah menjadi kebiasaan pemborong akan membuat tuntutan kepada JKR

  mengenai semua kerja-kerja tambahan yang telah diarahkan oleh Pegawai Penguasa Projek. Oleh itu setiap tuntutan itu perlu dikaji dengan teliti kerana tidak semua tuntutan yang dibuat munasabah dan perlu dibayar oleh JKRKerajaan. Perlu diingatkan di sini, sebarang kerja yang dibuat atas kehendak pemborong sendiri atau sebagai memperbaiki kesilapan yang telah dilakukannya, tidak boleh dituntut. Tuntutan yang munasabah mestilah diselesaikan dengan mengenai semua kerja-kerja tambahan yang telah diarahkan oleh Pegawai Penguasa Projek. Oleh itu setiap tuntutan itu perlu dikaji dengan teliti kerana tidak semua tuntutan yang dibuat munasabah dan perlu dibayar oleh JKRKerajaan. Perlu diingatkan di sini, sebarang kerja yang dibuat atas kehendak pemborong sendiri atau sebagai memperbaiki kesilapan yang telah dilakukannya, tidak boleh dituntut. Tuntutan yang munasabah mestilah diselesaikan dengan

3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER

3.12.1 Hak Kerajaan Untuk Menerima Menolak Sebutharga

  Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab diatas penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.

3.12.2 Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga

  3.12.2.1 Penyediaan Sebutharga Kontraktor adalah dikehendaki mengisi segala maklumat

  berikut dengan sepenuhnya. a)

  Harga dan tandatangan Kontraktor di ringkasan Sebutharga.

  b)

  Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebutharga. (Rujuk lampiran 8.0)

  c)

  Senarai Kerja Dalam Tangan.

  d)

  Jadual Kadar Harga (jika ada).

  e)

  Butir-butir Spesifikasi (Rujuk lampiran 9.0).

  Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, Kontraktor dikehendaki menandatangani ringkas semua pembetulan.

  3.12.2.2 Penyerahan Dokumen Sebutharga 3.12.2.2 Penyerahan Dokumen Sebutharga

  Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang dicatatkan dengan bilangan Sebutharga JKRSELD....200... serta tajuk Sebutharga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebutharga.

  b)

  Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, Pentender hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan Pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan ditempat yang ditetapkan.

  c)

  Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebaranga sebab, tidak akan dipertimbangkan.

  d)

  Kegagalan Kontraktor mengembalikan Dokumen Sebutharga pada tarikh tutup Sebutharga akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan tatatertib.

  3.1.2.3 Penjelasan Lanjut

  Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi pejabat ini untuk penjelasan lanjut.

3.12.3 Perbelanjaan Penyediaan Dokumen Sebutharga

  Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh Pentadbir sendiri.

3.12.4 Tempoh Sah Sebutharga

  Sebutharga ini sah selama 60 hari dari tarikh tutup Sebutharga. Kontraktor tidak boleh menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh sah Sebutharga. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Kontraktor menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh sah Sebutharga.

3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

3.13.1 Pemeriksaan Tapakbina

  Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekiranya, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapakbina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

3.13.2 Bon Perlaksanaan Insurans

  a)

  Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak

  5 daripada jumlah Harga Kontrak dalam bentukan Jaminan Bank atau Jaminan Insurans atau memilih Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak 10 daripada setiap bayaran Interim sehingga mencapai jumlah 5 harga kontrak.

  b)

  Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil insurans seperti berikut: Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil insurans seperti berikut:

  dan atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua pekerjanya.

  ii. Insurans Liabiliti Awam dan atau Insurans Kerja

  (Sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir Ringkasan Sebutharga).

  Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimana untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden hendak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 10(d).

3.13.3 Peraturan Pelaksanaan Kerja

  Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebutharga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.

3.13.4 Kegagalan Kontraktor Memulakan Kerja

  Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden Kerja tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.

3.13.5 Sub-Sewa Dan Menyerah Hak Kerja

  Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahkan apa-apa faedah di bawah inden kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan perlindungan bertulis daripada Pegawai Inden.

3.13.6 Penolakan Bahan, Barang Dan Kerja Oleh Pegawai Inden

  Pegawai Inden atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi, Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung sendiri oleh Kontraktor.

3.13.7 Ringkasan Sebutharga

  a)

  Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.

  b)

  Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos-kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran-bayaran caj lain yang perlu bagi menyiapkan kerja dengan sempurnanya.

  c)

  Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebutharga atau dalam tempoh kerja.

  d)

  Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa- apa pelaras kemudiannya kepada harga-harga dalam

  Ringkasan Sebutharga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

  e)

  Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga menurut perenggan (iv) tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaras dn diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah pukal dalam borang Sebutharga. Amaun jumlah harga pukal dalam borang Sebutharga hendaklah tetap dan tidak berubah.

3.13.8 Percanggahan Dalam Dokumen Sebutharga

  Jika Kontraktor mendapat apa-apa percanggahan dalam dokumen Sebutharga maka dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

3.13.9 Kegagalan Kontraktor Menyiapkan Kerja Dan Penamatan Perlantikan Kontraktor

  Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden.

  a)

  Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

  b)

  Kemajuan kerja terlalu tanpa apa-apa sebab munasabah.

  c)

  Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

  d)

  Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan munasabah.

  e)

  Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

3.13.10 Kerja Perubahan

  a)

  Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebutharga ini.

  b)

  Semua kerja perubahan dan atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah digunakan.

3.13.11 Tempoh Liability Kecacatan

  Kontraktor hendaklah membaiki apa-apa kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan lain dalam tempoh Liability Kecacatan, iaitu 6 bulan tarikh penyiapan kerja.

3.13.12 Pematuhan Undang-Undang Oleh Kontraktor

  Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang- undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.

3.13.13 Peraturan Membayar Selepas Siap

  Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan mengambilkira Inden Kerja Asal.

3.13.14 Tempoh Kecacatan

  Tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja-kerja tersebut adalah selama 6 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap.

3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

3.14.1 Objektif

  Prosedur ini adalagh untuk memastikan perolehan bekalan dan perkhidmatan memenuhi peraturan yang ditetapkan supaya dapat menzahirkan produk sebagaimana dasar dan objektif kualiti.

3.14.2 Skop

  Prosedur perolehan ini digunapakai oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut telah diterima. Prosedur ini digunapakai oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut telah diterima. (Rujuk lampiran 10.0 (a)). Bekalan dan perkhidmatan diperolehi daripada pembekal yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut: Prosedur perolehan ini digunapakai oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut telah diterima. Prosedur ini digunapakai oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut telah diterima. (Rujuk lampiran 10.0 (a)). Bekalan dan perkhidmatan diperolehi daripada pembekal yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut: