BAHAGIAN PERTAMA : PENGENALAN - PENTINGNYA MEMPERKEMAS DAN MEMPERKASA PENGURUSAN ORGANISASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS
Sektor Pemerkasaan Organisasi
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
www.khairulfaizi.net
khairul.faizi1
khairulfaizi73
+60132565530

BAHAGIAN PERTAMA : PENGENALAN - PENTINGNYA MEMPERKEMAS DAN
MEMPERKASA PENGURUSAN ORGANISASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA
(PAS)
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Aspek yang penting dalam sesebuah organisasi adalah pengurusan. Kepentingan di
dalam menguruskan organisasi bagi mencapai sesuatu kejayaan telah dibuktikan dalam
sejarah Islam sejak dari awal lagi tanpa menafikan bahawa faktor pertolongan daripada
Allah S.W.T. Tanpa pengurusan yang teratur, cekap dan berstrategik akan menyebabkan
sesuatu perancangan itu sukar untuk dicapai kerana Allah lebih menyukai mereka yang
berjuang dengan bersistematik, bertepatan dengan FirmanNya dalam Surah As-Saff ;
“Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang pada jalanNya dalam Saff yang
tersusun seperti sebuah bangunan yang kukuh”

Islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber primer atau sumber utama
rujukan dalam aspek pengurusan Islam. Al-Quran merupakan kitab Allah yang
mengandungi ajaran yang syumul untuk kemashlahatan seluruh umat manusia.
Terdapat ayat-ayat dan peraturan yang berkaitan dengan tatacara kehidupan
bermasyarakat yang meliputi pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial dan
pendidikan termasuklah pengurusan.
Begitu juga dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang bukan sahaja model akhlak yang
terbaik bagi umat seluruh alam malah Baginda juga merupakan contoh arkitek,
pentadbir, pemimpin dan ahli strategis yang cukup unggul kerana kerana sikap, sifat
atau tingkah lakunya yang berakhlak mulia yang harus dicontohi serta mempunyai hati
yang suci murni.
Sejarah Islam telah membuktikan bahawa Islam mempunyai contoh pengurusan yang
berkesan sepanjang zaman pemerintahannya sejak dari awal lagi yang bermula sejak
zaman Khalifah Ar-Rasyidin selama 29 tahun dengan penuh perubahan serta kemajuan
kepada wilayah-wilayah Islam dibawah pimpinan mereka seperti kejayaan Saidina Abu
Bakar mengirim tentera ke Qudha‘ah dan Abna di Syria serta pengurusan
mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.
Begitu juga dengan Saidina Umar Al-Khattab effisien dan dianggap mendahului
zamannya. Di antaranya, Saidina Umar telah mewujudkan baru untuk golongan Dzimmi
iaitu dengan mengadakan cukai tanah dan jizyah. Begitu juga dengan polisi pentadbiran

Umar yang telah menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera.
Saidina Umar juga telah menyusun semula pentadbiran Majlis Syura, mengitiharkan
kalender mengikut tahun dan menubuhkan jabatan bagi melicinkan pentadbiran Negara
seperti Diwan al-Jund dan Diwan al-Kharaj.

Pada zaman Saidina Uthman bin Affan selama 12 tahun, beliau banyak melakukan
perluasan kuasa dan berjaya menakluki Cyprus, Afghanistan, Samarqand, Libya, Algeria,
Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Pada zaman ini jugalah, Al-Quran telah
dibukukan.
Khulafa ar-Rasyidin yang terakhir ialah Saidina Ali bin Abi Talib. Antara kepimpinan
beliau ialah menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki. Ciri pengurusan kepimpinan
khulafa ar-Rasyidin amatlah sesuai dijadikan sebagai aras panduan dan contoh
kepimpinan kita.
Terdapat banyak kitab yang ditulis oleh ilmuan Islam berkaitan dengan ilmu pentadbiran
dan kepimpinan. Antaranya ialah Ibnu Khaldun dengan kitabnya Muqadimmah
menjelaskan perihal mendalam tentang falsafah sejarah, sains sosial dalam sosiologi,
demografi dan ekonomi. Abu Yusuf membicarakan tentang pemikiran ekonomi Islam
dalam Kitab al-Kharaj dan Al-Mawardi telah menulis kitab Al-Ahkam as-Sultaniyyah
berkaitan dengan proses kerja kerajaan Islam dan teori keberkesanan sistem
pengurusan kerajaan Islam.

Kerana itu, PAS wajar memberikan perhatian terhadap pengurusan di semua peringkat
tanpa ada yang terkecuali. Bertepatan dengan peringatan Tuan Guru Presiden PAS,
Datuk Seri Haji Abdul Hadi bin Awang di dalam Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS
yang ke 59 di Shah Alam yang mana Presiden PAS telah menggariskan 10 ARAHAN untuk
tindakan bersama dan terdapat duanya berkaitan dengan PENGURUSAN. Arahan Presiden
PAS Kepada Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan
agar perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan
dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam
masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu
atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Keduanya, penentuan petunjuk
prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Ketiganya, perlu
kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan
Seterusnya, Tuan Guru Presiden mengarahkan agar PAS di peringkat Kawasan dan
PAS Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh
pimpinan negeri dan mesyuarat mesti bersistem dan berkala.
Maklumat berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran perlu disampaikan secara
berterusan kepada pimpinan PAS di semua peringkat khususnya yang terlibat dengan
pentadbiran dan pengurusan. Sektor Pengurusan Organisasi PAS Pusat sedang menyedia
dan menyiapkan Manual Pengurusan dan Pentadbiran PAS dalam masa terdekat dan
dijangka akan dilancarkan pada bukan Mei yang akan datang ini.

Berusahalah untuk mewujudkan suasana harmoni dalam melaksanakan tugas kita ini
untuk mentauhidkan Allah S.W.T dan mewujudkan sikap bekerjasama dalam
menjalankan amanah yang telah diberikan. Kerjasama hendaklah diberikan oleh keduadua pihak, pihak yang memimpin dan pihak yang dipimpin.
Wassalam
Disediakan oleh :
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS
Sektor Pengurusan Organisasi