SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat: i.
Menerangkan perkembangan kurikulum matematik sekolah rendah dan menengah sebelum perang Dunia Kedua sehingga masa kini; dan
ii. Menganalisis kurikulum matematik sekolah rendah.
1.1 PENDAHULUAN
agi melihat perkembangan kurikulum pendidikan matematik di negara kita adalah lebih bermakna jika kita meninjau sepintas lalu sejarah perkembangan kurikulum
matematik di luar negara dan juga perubahan-perubahan yang berlaku dalam
pengisian isi kandungan kurikulum matematik pada setiap peringkat persekolahan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Perubahan
kurikulum matematik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perubahan kurikulum matematik yang berlaku di United Kingdom. Pada awal tahun 6
0‟an beberapa projek dan program kurikulum matematik telah dirangka berdasarkan kepada projek-projek
kurikulum yang berjaya dilaksanakan di United Kingdom. Pada tahun 80‟an perubahan kurikulum matematik di negara kita berubah mengikut keperluan Falsafah Pendidikan
Negara pada ketika itu dan pada tahun 90‟an pula perubahan mengikut era teknologi maklumat dalam pendekatan pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendah
dan menengah.
Dalam unit ini, kita akan meneliti perubahan-perubahan kurikulum matematik mulai daripada penubuhan „Pejabat Karang Mengarang‟, Projek Khas, Program
Matematik Moden, Kurikulum Lama Sekolah Rendah dan Menengah KLSR KLSM dan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSR dan Menengah KBSM 1998,
2000, 2003 dan transformasi kurikulum 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR. Bagi melihat corak perkembangan kurikulum pendidikan matematik di negara
kita adalah lebih sesuai kita melihat perkembangan kurikulum matematik dalam dua era iaitu sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.
1.2
PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Perkembangan pendidikan matematik secara formal bermula sebelum perang dunia kedua lagi.
B
1.2.1 Matematik Sekolah Rendah Sebelum tahun 1965, tiada terdapat sukatan pelajaran matematik yang digazetkan
untuk murid sekolah rendah. Matematik diajar mengikut risalah-risalah panduan yang
dikeluarkan oleh „Pejabat Karang Mengarang, Jabatan pelajaran Persekutuan Tanah Mel
ayu, Kuala Lumpur‟, yang kemudiannya dicetak dalam bentuk buku panduan untuk guru, berjudul Kitab Hisab Bagi Murid cetakan pertama 1950. Buku panduan tersebut
dipenuhi dengan berbagai jenis latihan untuk murid dan juga panduan kepada guru tentang jenis soalan yang sesuai dan kegiatan yang boleh dijalankan. Kesimpulan
bolehlah dibuat bahawa matematik diajar pada masa itu mementingkan kemahiran asas mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi yang perlu bagi kehidupan sehari-
harian. Penekanan juga diberikan kepada kegunaan matematik dalam jual beli, timbang menimbang ukur mengukur yang perlu bagi kehidupan seharian.
1.2.2 Matematik Sekolah Menengah Sebelum perang dunia kedua, murid-murid di sekolah menengah Inggeris yang
mempelajari matematik mengikuti sukatan pelajaran Cambridge “Alternative A”. Ianya dibahagikan kepada aritmetik, aljabar dan geometri yang diajar secara berasingan.
Terdapat buku-buku berasingan bagi cabang-cabang tersebut. Pada tahun 1945 pula, Cambridge menyatukan ketiga-
tiga cabang matematik itu untuk menjadi “Alternative B”. dan Malaysia juga
mengikutinya. Dalam “Altenative B”, ini, walaupun ketiga-tiga cabang ini disatukan dalam satu mata pelajaran buku terkenal oleh C.V. Durell, cabang-
cabang itu masih dipelajari secara berasingan. Perubahan kecil yang berlaku ialah pengenalan beberapa tajuk yang bersifat amali seperti pelayaran, pelan dan pelan
tegak. 1.3
PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
erkembangan kurikulum matematik selepas perang dunia kedua berlaku amat pesat sekali di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.
1.3.1 Amerika Syarikat dan United Kingdom
Pelancaran Sputnik I oleh Rusia pada November 1957 telah membawa kesan yang besar kepada Amerika Syarikat. Kerajaan Pusat Amerika Syarikat telah bertindak
de ngan mengemukakan “National Defense Education Act of 1958”. Antara yang
dibentangkan dalam akta tersebut adalah akta pendidikan yang baru dalam program matematik, sains dan program penilaian di peringkat sekolah dan daerah Taba, 1962.
P
Antara program matematik yang dicadangkan ialah “School Mathematics Study Group SMSG”. Program ini merupakan organisasi yang pertama sekali ditubuhkan
yang bertanggungjawab menyediakan kurikulum baru bagi matematik serta melatih guru-guru untuk mengajarnya. Projek SMSG telah menghadapi banyak kritikan
berhubung isi kandungan kurikulum yang berkenaan. Ramai juga yang berpendapat bahawa bahan-bahan yang disediakan lebih banyak membawa kepada kemerosotan
mutu pengajaran matematik daripada peningkatannya. Perubahan kurikulum yang dijalankan adalah dipimpin oleh pakar matematik daripada universiti-universiti dan
mereka didapati lebih cenderung untuk cuba menghasilkan generasi baru pakar-pakar matematik, berbanding dengan menghasilkan suatu kurikulum matematik yang mesra
kepada pelajar berkebolehan sederhana. Pengkritik-pengkritik berpendapat bahawa bukan pengenalan tajuk-tajuk baru yang harus dipentingkan, tetapi sepatutnya cara dan
kaedah mengajar matematik yang harus diteliti dan diperbaiki.
Pada November 1959, satu seminar penting telah diadakan di Royalmont, yang dihadiri oleh para pendidik dan ahli matematik dari lapan buah negara. Rumusan
seminar ini membawa kesan besar kepada banyak negara lain. Projek-projek lain juga dilancarkan; antaranya yang terkenal ialah “Secondary School Mathematics Curriculum
Improvement Study SSMCIS”. Kecemasan yang dirasai dan ditunjukkan oleh Amerika Syarikat telah merebak ke Britain. Britain turut merasai desakan untuk meninggikan
mutu pendidikan matematik dan sains di sekolah-sekolahnya ke arah menandingi Rusia dan Amerika Syarikat dalam pencapaian dari segi sains dan teknologi. Beberapa projek
ditubuhkan bagi menggubal kurikulum matematik yang baru. Projek pertama iaitu
“School mathematics Project SMP ditubuhkan pada tahun 1961. projek ini merupakan satu projek kurikulum matematik yang paling berjaya di Britain.
Projek-projek di Britain berbeza dengan projek-projek di Amerika Syarikat. Kurikulum matematik di Britain mementingkan penggunaan matematik dan juga ahli-ahli
panel yang menyediakan kurikulum matematik dan buku-buku teks terdiri daripada guru-guru. Penglibatan ahli-ahli matematik di universiti sangat terhad sekali. Di samping
itu terdapat juga beberapa projek matematik yang mengikuti langkah SMP, antaranya
ialah “Scotish Mathematics Group”, Nuffield Maths and Midlands Mathematics Experiment”. Sekolah-sekolah di Britain bebas untuk memilih mana-mana satu aturcara
atau menggunakan gabungan aturcara-aturcara atau tidak mengikuti mana-mana aturcarapun. Langkah ini di ikuti oleh negara Belgium dan negara-negara Scandinavia
dalam merancang program baru matematik untuk sekolah-sekolah. 1.3.2 Perkembangan Kurikulum Di Malaysia
Segala perubahan dan perkembangan kurikulum matematik yang berlaku di Amerika Syarikat, Britain dan Eropah turut dirasai di Malaysia. Langkah-langkah yang positif
telah diatur untuk merombak semula kurikulum Matematik dan Sains di sekolah-sekolah supaya sesuai dengan keadaan semasa. Pada tahun 1964, Jawatankuasa Sains Asas
Advisory Committee on the Teaching of Basic Sciences telah ditubuhkan. Ekoran dari itu satu seminar matematik diadakan di Universiti Malaya. Rumusan seminar
mengesyorkan supaya ditubuhkan suatu jawatankuasa yang bertujuan untuk memperkenalkan guru-guru kepada konsep-konsep asas serta penggunaan Matematik
Moden dan mengkaji isi bahan- bahan baru matematik yang dihasilkan oleh “School
Mathematics Project” di Britain. Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira
mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang
usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.
Satu jawatankuasa yang berpengaruh terhadap kurikulum matematik di Malaysia ialah di sebut Laporan Razak 1956. Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya
diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan
tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.
Pada tahun 1965, satu sukatan pelajaran matematik yang telah digazetkan telah digubal. Sukatan pelajaran ini mengemukakan tiga perkara yang dianggap baru pada
masa itu iaitu: i.
Tajuk-tajuk yang belum pernah diajar sebelum 1965; ii. Perkembangan tajuk-tajuk yang cuba disusun mengikut prinsip-prinsip
psikologi kanak-kanak; iii. Arahan-arahan yang meminta guru menggunakan pendekatan atau kaedah-
kaedah yang sesuai dengan perkembangan ilmu pendidikan. Pada tahun 1968, Projek khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan
dengan tujuan meningkatkan mutu pelajaran matematik dan sains di sekolah-sekolah rendah kebangsaan. Projek ini menyediakan panduan-panduan guru yang berasaskan
sukatan pelajaran 1965 . Pada tahun 1969, Peter whyte dari projek “Scottish
Mathematics Groups” SMG, Scotland telah dijemput untuk menjadi pakar perunding kepada Kementerian Pendidikan dalam usaha membina satu kurikulum matematik baru
untuk sekolah menengah. Perubahan-perubahan dalam kurikulum matematik ini juga turut dirasai oleh sekolah-sekolah rendah di Malaysia.
Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En. Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan
matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Bahan-bahan pengajaran pembelajaran direka cipta oleh
pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun,
strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah
dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.
Program matematik moden bermula pada tahun 1970 melalui Projek Khas. Projek ini pada mulanya melibatkan hanya 25 buah sekolah menengah dan dimulakan
pada peringkat tingkatan satu di sekolah-sekolah tersebut. Pelbagai jenis perkhidmatan sokongan telah diberikan kepada guru-guru melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan,
risalah-risalah, lawatan-lawatan, modul-modul panduan guru dan alat-alat mengajar prototaip. Dalam tahun 1970 hingga 1972, tahap pertama program ini digubal
berasaskan penyesuaian bahan kurikulum projek SMG. Selepas itu, tahap kedua digubal berasaskan penyesuaian bahan kurikulum projek SMP. Kedua-dua projek SMG
dan SMP merupakan projek yang sangat berjaya di Britain. Pemilihan projek-projek tersebut adalah kerana sukatan pelajaran matematik di negara kita sentiasa dikaitkan
dengan sukatan pelajaran matematik yang diperkembangkan oleh Lembaga peperiksaan Cambridge di Britain.
Pemilihan projek SMG pada tahap pertama adalah kerana pada masa itu sukatan pelajaran Sains Panduan yang juga berasaskan satu projek Scottish telah
dilaksanakan juga di peringkat sekolah menengah rendah. Bagi lanjutan program matematik moden ke sekolah menengah atas, kurikulum matematik moden digubal
berasaskan kurikulum SMP. Pemilihan SMP ini berdasarkan kepada:
i. Sukatan pelajaran pilihan C lembaga Peperiksaan Cambridge lebih selaras
dengan skop kandungan SMP dibandingkan dengan SMG. ii. Lembaga peperiksaan Cambridge masih bekerjasama dengan Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pelajaran untuk mengendalikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat tingkatan lima.
iii. Siri buku- buku teks SMP yang digunakan oleh sekolah „comprehensive‟ di
Britain yang setaraf dengan sekolah-sekolah menegah di Malaysia dianggap paling sesuai.
Sukatan pelajaran yang berkaitan dengan program matematik moden itu adalah Sukatan Pelajaran Pilihan C. Sungguhpun sukatan pelajaran ini merupakan sukatan
peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, tetapi digunakan sebagai garis panduan untuk pengajaran di peringkat-peringkat tingkatan satu hingga tingkatan
lima iaitu sukatan pelajaran yang lengkap diedarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk-tajuk baru yang ditambah dalam
sukatan pelajaran tersebut adalah set, gambar rajah Venn, sistem nombor, bulatan, hukum-hukum aritmetik, ketaksamaan linear, nombor binari, hubungan, fungsi,
pantulan, putaran, translasi, vektor pemprograman linear, matriks dan operasi songsangan matriks, kebarangkalian, geometri penjelmaan, sifat isometri, pembesaran,
ricihan, regangan dan penjelmaan dan matriks.
Perkembangan kurikulum yang lebih maju bermula selepas laporan Jawatankuasa Kabinet di keluarkan. Satu kurikulum baru yang menjadi asas bagi
kurikulum yang digunapakai sekarang ini disebut Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR
a Kurikulum Matematik KBSR
Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar
Pendidikan Kebangsaan 1979. Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama ialah
mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I Tahun 1
– Tahun 3 mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik +, -, ÷ dan x. Aras II Tahun 4
– Tahun 6 pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian
masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta
amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai
kemahiran-kemahiran asas matematik.
i Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 1994
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah
juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah 1989 kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan
yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama
Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran
asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan
matematik yang diperoleh, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju
dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat
dan negara. Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993
ii Sukatan Matematik Sekolah Rendah 1998
Berikutan pelancaran Sekolah Bestari 1995 dan memenuhi keperluan IT Teknologi Maklumat seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan
matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 memastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat
menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada
sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi
asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf. Pengubahsuaian dan
perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaikan dan menyelesaikan kelemahan
yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.
iii. Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris PPSMI telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris
yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat.
iv. Transformasi Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah KSSR.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan
satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu
bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas
kurikulum seperti struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia.
b Kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah. Di peringkat rendah, penekanan ialah kepada kemahiran-kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira. Pengetahuan asas yang dapat menjamin perkembangan potensi secara menyeluruh; dan asas nilai-nilai murni. Kemahiran-kemahiran tersebut
diperkembangkan dan diperkukuhkan di peringkat menengah. Ilmu pengetahuan dipertingkatkan dan diperluaskan.
c Pendidikan umum untuk semua pelajar. Di kedua-kedua peringkat rendah dan menengah atas, pelajar disediakan program
pendidikan yang sama untuk memberi mereka peluang yang luas bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang. Program pendidikan yang sama
untuk semua terdiri daripada mata-mata pelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua.
d Penggunaan disiplin ilmu yang ada.
Kebanyakan mata pelajaran yang diajar dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah KLSM diteruskan dalam KBSM. Walau bagaimanapun organisasi kandungan dan
penekanan dalam KBSM berbeza dengan KLSM. Isi kandungan matematik KBSM dibahagikan kepada tiga bidang besar iaitu Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
e Kesepaduan antara unsur-unsur JERI Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek
KBSM digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan-keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Mata-mata pelajaran itu juga
dapat menjamin bahawa aspek-aspek tersebut tidak berkembang secara terpisah antara satu sama lain, malahan berkaitan dan dapat mewujudkan sahsiah pelajar yang
bersifat bersepadu. f Penekanan Nilai-nilai Murni
Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh melalui semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai-nilai merentas kurikulum. Di
samping itu, pengajaran nilai-nilai murni secara khusus terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Muslim dan mata pelajaran Pendidikan Moral
bagi pelajar bukan Muslim. Nilai-nilai yang hendak dipupuk dalam KBSM merangkumi unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.
g Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu
Penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran bahasa yang lain seperti Bahasa Inggeris. Pendekatan
ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Merentas Kurikulum. Bahasa Melayu digunakan sebagai alat untuk membincangkan soal-soal ilmu pengetahuan dengan lebih analitik
dan produktif.
h Pendidikan Seumur Hidup
Kurikulum menengah menekankan pemupukan minat terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran belajar supaya pelajar-pelajar dapat memiliki sikap yang positif terhadap
ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk mencari, menambah dan mengembangkan ilmu. Ini membolehkan mereka menghayati semangat belajar yang
berterusan di sepanjang hayat.
Apakah perbezaan matlamat pendidikan matematik antara KBSR dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR?
1.4 PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK