SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKA

(1)

UNIT 1

SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM

PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

UJIAN PRA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda

mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

1 2 3 4 5

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat menerangkan perkembangan

kurikulum matematik sekolah rendah dan menengah sebelum perang Dunia Kedua sehingga masa kini

2 Saya dapat menganalisis kurikulum matematik sekolah rendah.


(2)

SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM

PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat:

i. Menerangkan perkembangan kurikulum matematik sekolah rendah dan menengah sebelum perang Dunia Kedua sehingga masa kini; dan

ii. Menganalisis kurikulum matematik sekolah rendah.

1.1 PENDAHULUAN

agi melihat perkembangan kurikulum pendidikan matematik di negara kita adalah lebih bermakna jika kita meninjau sepintas lalu sejarah perkembangan kurikulum matematik di luar negara dan juga perubahan-perubahan yang berlaku dalam pengisian isi kandungan kurikulum matematik pada setiap peringkat persekolahan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Perubahan kurikulum matematik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perubahan kurikulum matematik yang berlaku di United Kingdom. Pada awal tahun 60‟an beberapa projek dan program kurikulum matematik telah dirangka berdasarkan kepada projek-projek

kurikulum yang berjaya dilaksanakan di United Kingdom. Pada tahun 80‟an perubahan

kurikulum matematik di negara kita berubah mengikut keperluan Falsafah Pendidikan

Negara (pada ketika itu) dan pada tahun 90‟an pula perubahan mengikut era teknologi

maklumat dalam pendekatan pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendah dan menengah.

Dalam unit ini, kita akan meneliti perubahan-perubahan kurikulum matematik

mulai daripada penubuhan „Pejabat Karang Mengarang‟, Projek Khas, Program

Matematik Moden, Kurikulum Lama Sekolah Rendah dan Menengah (KLSR & KLSM) dan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Menengah (KBSM) (1998, 2000, 2003) dan transformasi kurikulum 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bagi melihat corak perkembangan kurikulum pendidikan matematik di negara kita adalah lebih sesuai kita melihat perkembangan kurikulum matematik dalam dua era iaitu sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.

1.2 PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DUNIA

KEDUA

Perkembangan pendidikan matematik secara formal bermula sebelum perang dunia kedua lagi.


(3)

1.2.1 Matematik Sekolah Rendah

Sebelum tahun 1965, tiada terdapat sukatan pelajaran matematik yang digazetkan untuk murid sekolah rendah. Matematik diajar mengikut risalah-risalah panduan yang

dikeluarkan oleh „Pejabat Karang Mengarang, Jabatan pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur‟, yang kemudiannya dicetak dalam bentuk buku panduan untuk guru, berjudul Kitab Hisab Bagi Murid (cetakan pertama 1950). Buku panduan tersebut dipenuhi dengan berbagai jenis latihan untuk murid dan juga panduan kepada guru tentang jenis soalan yang sesuai dan kegiatan yang boleh dijalankan. Kesimpulan bolehlah dibuat bahawa matematik diajar pada masa itu mementingkan kemahiran asas mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi yang perlu bagi kehidupan sehari-harian. Penekanan juga diberikan kepada kegunaan matematik dalam jual beli, timbang menimbang ukur mengukur yang perlu bagi kehidupan seharian.

1.2.2 Matematik Sekolah Menengah

Sebelum perang dunia kedua, murid-murid di sekolah menengah (Inggeris) yang

mempelajari matematik mengikuti sukatan pelajaran Cambridge “Alternative A”. Ianya

dibahagikan kepada aritmetik, aljabar dan geometri yang diajar secara berasingan. Terdapat buku-buku berasingan bagi cabang-cabang tersebut. Pada tahun 1945 pula, Cambridge menyatukan ketiga-tiga cabang matematik itu untuk menjadi “Alternative B”. dan Malaysia juga mengikutinya. Dalam “Altenative B”, ini, walaupun ketiga-tiga cabang ini disatukan dalam satu mata pelajaran (buku terkenal oleh C.V. Durell), cabang-cabang itu masih dipelajari secara berasingan. Perubahan kecil yang berlaku ialah pengenalan beberapa tajuk yang bersifat amali seperti pelayaran, pelan dan pelan tegak.

1.3 PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK SELEPAS PERANG DUNIA

KEDUA

erkembangan kurikulum matematik selepas perang dunia kedua berlaku amat pesat sekali di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

1.3.1 Amerika Syarikat dan United Kingdom

Pelancaran Sputnik I oleh Rusia pada November 1957 telah membawa kesan yang besar kepada Amerika Syarikat. Kerajaan Pusat Amerika Syarikat telah bertindak dengan mengemukakan “National Defense Education Act of 1958”. Antara yang dibentangkan dalam akta tersebut adalah akta pendidikan yang baru dalam program matematik, sains dan program penilaian di peringkat sekolah dan daerah (Taba, 1962).


(4)

Antara program matematik yang dicadangkan ialah “School Mathematics Study

Group (SMSG)”. Program ini merupakan organisasi yang pertama sekali ditubuhkan

yang bertanggungjawab menyediakan kurikulum baru bagi matematik serta melatih guru-guru untuk mengajarnya. Projek SMSG telah menghadapi banyak kritikan berhubung isi kandungan kurikulum yang berkenaan. Ramai juga yang berpendapat bahawa bahan-bahan yang disediakan lebih banyak membawa kepada kemerosotan mutu pengajaran matematik daripada peningkatannya. Perubahan kurikulum yang dijalankan adalah dipimpin oleh pakar matematik daripada universiti-universiti dan mereka didapati lebih cenderung untuk cuba menghasilkan generasi baru pakar-pakar matematik, berbanding dengan menghasilkan suatu kurikulum matematik yang mesra kepada pelajar berkebolehan sederhana. Pengkritik-pengkritik berpendapat bahawa bukan pengenalan tajuk-tajuk baru yang harus dipentingkan, tetapi sepatutnya cara dan kaedah mengajar matematik yang harus diteliti dan diperbaiki.

Pada November 1959, satu seminar penting telah diadakan di Royalmont, yang dihadiri oleh para pendidik dan ahli matematik dari lapan buah negara. Rumusan seminar ini membawa kesan besar kepada banyak negara lain. Projek-projek lain juga

dilancarkan; antaranya yang terkenal ialah “Secondary School Mathematics Curriculum Improvement Study (SSMCIS)”. Kecemasan yang dirasai dan ditunjukkan oleh Amerika

Syarikat telah merebak ke Britain. Britain turut merasai desakan untuk meninggikan mutu pendidikan matematik dan sains di sekolah-sekolahnya ke arah menandingi Rusia dan Amerika Syarikat dalam pencapaian dari segi sains dan teknologi. Beberapa projek ditubuhkan bagi menggubal kurikulum matematik yang baru. Projek pertama iaitu

“School mathematics Project (SMP) ditubuhkan pada tahun 1961. projek ini merupakan

satu projek kurikulum matematik yang paling berjaya di Britain.

Projek-projek di Britain berbeza dengan projek-projek di Amerika Syarikat. Kurikulum matematik di Britain mementingkan penggunaan matematik dan juga ahli-ahli panel yang menyediakan kurikulum matematik dan buku-buku teks terdiri daripada guru-guru. Penglibatan ahli-ahli matematik di universiti sangat terhad sekali. Di samping itu terdapat juga beberapa projek matematik yang mengikuti langkah SMP, antaranya

ialah “Scotish Mathematics Group”, Nuffield Maths and Midlands Mathematics Experiment”. Sekolah-sekolah di Britain bebas untuk memilih mana-mana satu aturcara atau menggunakan gabungan aturcara-aturcara atau tidak mengikuti mana-mana aturcarapun. Langkah ini di ikuti oleh negara Belgium dan negara-negara Scandinavia dalam merancang program baru matematik untuk sekolah-sekolah.

1.3.2 Perkembangan Kurikulum Di Malaysia

Segala perubahan dan perkembangan kurikulum matematik yang berlaku di Amerika Syarikat, Britain dan Eropah turut dirasai di Malaysia. Langkah-langkah yang positif telah diatur untuk merombak semula kurikulum Matematik dan Sains di sekolah-sekolah supaya sesuai dengan keadaan semasa. Pada tahun 1964, Jawatankuasa Sains Asas (Advisory Committee on the Teaching of Basic Sciences) telah ditubuhkan. Ekoran dari itu satu seminar matematik diadakan di Universiti Malaya. Rumusan seminar


(5)

mengesyorkan supaya ditubuhkan suatu jawatankuasa yang bertujuan untuk memperkenalkan guru-guru kepada konsep-konsep asas serta penggunaan Matematik Moden dan mengkaji isi bahan-bahan baru matematik yang dihasilkan oleh “School

Mathematics Project” di Britain.

Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia. Satu jawatankuasa yang berpengaruh terhadap kurikulum matematik di Malaysia ialah di sebut Laporan Razak (1956). Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.

Pada tahun 1965, satu sukatan pelajaran matematik yang telah digazetkan telah digubal. Sukatan pelajaran ini mengemukakan tiga perkara yang dianggap baru pada masa itu iaitu:

i. Tajuk-tajuk yang belum pernah diajar sebelum 1965;

ii. Perkembangan tajuk-tajuk yang cuba disusun mengikut prinsip-prinsip psikologi kanak-kanak;

iii. Arahan-arahan yang meminta guru menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah yang sesuai dengan perkembangan ilmu pendidikan.

Pada tahun 1968, Projek khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan dengan tujuan meningkatkan mutu pelajaran matematik dan sains di sekolah-sekolah rendah kebangsaan. Projek ini menyediakan panduan-panduan guru yang berasaskan sukatan pelajaran 1965. Pada tahun 1969, Peter whyte dari projek “Scottish

Mathematics Groups” (SMG), Scotland telah dijemput untuk menjadi pakar perunding

kepada Kementerian Pendidikan dalam usaha membina satu kurikulum matematik baru untuk sekolah menengah. Perubahan-perubahan dalam kurikulum matematik ini juga turut dirasai oleh sekolah-sekolah rendah di Malaysia.

Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En. Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Bahan-bahan pengajaran pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.


(6)

Program matematik moden bermula pada tahun 1970 melalui Projek Khas. Projek ini pada mulanya melibatkan hanya 25 buah sekolah menengah dan dimulakan pada peringkat tingkatan satu di sekolah-sekolah tersebut. Pelbagai jenis perkhidmatan sokongan telah diberikan kepada guru-guru melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan, risalah-risalah, lawatan-lawatan, modul-modul panduan guru dan alat-alat mengajar prototaip. Dalam tahun 1970 hingga 1972, tahap pertama program ini digubal berasaskan penyesuaian bahan kurikulum projek SMG. Selepas itu, tahap kedua digubal berasaskan penyesuaian bahan kurikulum projek SMP. Kedua-dua projek SMG dan SMP merupakan projek yang sangat berjaya di Britain. Pemilihan projek-projek tersebut adalah kerana sukatan pelajaran matematik di negara kita sentiasa dikaitkan dengan sukatan pelajaran matematik yang diperkembangkan oleh Lembaga peperiksaan Cambridge di Britain.

Pemilihan projek SMG pada tahap pertama adalah kerana pada masa itu sukatan pelajaran Sains Panduan yang juga berasaskan satu projek Scottish telah dilaksanakan juga di peringkat sekolah menengah rendah. Bagi lanjutan program matematik moden ke sekolah menengah atas, kurikulum matematik moden digubal berasaskan kurikulum SMP. Pemilihan SMP ini berdasarkan kepada:

i. Sukatan pelajaran pilihan C lembaga Peperiksaan Cambridge lebih selaras dengan skop kandungan SMP dibandingkan dengan SMG.

ii. Lembaga peperiksaan Cambridge masih bekerjasama dengan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran untuk mengendalikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat tingkatan lima.

iii. Siri buku-buku teks SMP yang digunakan oleh sekolah „comprehensive‟ di Britain yang setaraf dengan sekolah-sekolah menegah di Malaysia dianggap paling sesuai.

Sukatan pelajaran yang berkaitan dengan program matematik moden itu adalah Sukatan Pelajaran Pilihan C. Sungguhpun sukatan pelajaran ini merupakan sukatan peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, tetapi digunakan sebagai garis panduan untuk pengajaran di peringkat-peringkat tingkatan satu hingga tingkatan lima iaitu sukatan pelajaran yang lengkap diedarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk-tajuk baru yang ditambah dalam sukatan pelajaran tersebut adalah set, gambar rajah Venn, sistem nombor, bulatan, hukum-hukum aritmetik, ketaksamaan linear, nombor binari, hubungan, fungsi, pantulan, putaran, translasi, vektor pemprograman linear, matriks dan operasi songsangan matriks, kebarangkalian, geometri penjelmaan, sifat isometri, pembesaran, ricihan, regangan dan penjelmaan dan matriks.

Perkembangan kurikulum yang lebih maju bermula selepas laporan Jawatankuasa Kabinet di keluarkan. Satu kurikulum baru yang menjadi asas bagi kurikulum yang digunapakai sekarang ini disebut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)


(7)

a) Kurikulum Matematik KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1

– Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, ÷ dan x). Aras II (Tahun 4 – Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik.

i) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperoleh, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993)

ii) Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)

Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 memastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada


(8)

sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf. Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaikan dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.

iii. Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

iv. Transformasi Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah (KSSR). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum seperti struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia).

b) Kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah.

Di peringkat rendah, penekanan ialah kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pengetahuan asas yang dapat menjamin perkembangan potensi secara menyeluruh; dan asas nilai-nilai murni. Kemahiran-kemahiran tersebut diperkembangkan dan diperkukuhkan di peringkat menengah. Ilmu pengetahuan dipertingkatkan dan diperluaskan.

c) Pendidikan umum untuk semua pelajar.

Di kedua-kedua peringkat rendah dan menengah atas, pelajar disediakan program pendidikan yang sama untuk memberi mereka peluang yang luas bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang. Program pendidikan yang sama untuk semua terdiri daripada mata-mata pelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua.


(9)

d) Penggunaan disiplin ilmu yang ada.

Kebanyakan mata pelajaran yang diajar dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) diteruskan dalam KBSM. Walau bagaimanapun organisasi kandungan dan penekanan dalam KBSM berbeza dengan KLSM. Isi kandungan matematik KBSM dibahagikan kepada tiga bidang besar iaitu Nombor, Bentuk dan Perkaitan.

e) Kesepaduan antara unsur-unsur JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek)

KBSM digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan-keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Mata-mata pelajaran itu juga dapat menjamin bahawa aspek-aspek tersebut tidak berkembang secara terpisah antara satu sama lain, malahan berkaitan dan dapat mewujudkan sahsiah pelajar yang bersifat bersepadu.

f) Penekanan Nilai-nilai Murni

Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh melalui semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai-nilai merentas kurikulum. Di samping itu, pengajaran nilai-nilai murni secara khusus terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Muslim dan mata pelajaran Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Muslim. Nilai-nilai yang hendak dipupuk dalam KBSM merangkumi unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

g) Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran bahasa yang lain seperti Bahasa Inggeris. Pendekatan ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Merentas Kurikulum. Bahasa Melayu digunakan sebagai alat untuk membincangkan soal-soal ilmu pengetahuan dengan lebih analitik dan produktif.

h) Pendidikan Seumur Hidup

Kurikulum menengah menekankan pemupukan minat terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran belajar supaya pelajar-pelajar dapat memiliki sikap yang positif terhadap ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk mencari, menambah dan mengembangkan ilmu. Ini membolehkan mereka menghayati semangat belajar yang berterusan di sepanjang hayat.

Apakah perbezaan matlamat pendidikan matematik antara KBSR dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?


(10)

1.4 PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Berikut adalah beberapa pertimbangan pengajaran pembelajaran matematik yang harus dihayati oleh guru-guru matematik semasa merancang pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Antaranya adalah:

i) Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandukan kepada prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri serta mengikut kadar sendiri.

ii) Pendekatan inkuari-penemuan berpusatkan pelajar dengan berbantukan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, mencabar dan berguna.

iii) Keluwesan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana guru menentukan sama ada pelajar layak mengikuti pembelajaran ke aras yang lebih tinggi dalam sesuatu tajuk atau mengikuti pembelajaran tajuk yang lain.

iv) Pelajar perlu menguasai semua hasil pembelajaran di Aras 1 dan Aras 2 pada sesuatu tahun persekolahan. Pelajar yang berkeupayaan boleh meneruskan pembelajaran sehingga Aras 3 dalam sesuatu tahun tersebut. Di peringkat ini, pelajar akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan abstrak. Pelajar yang dapat menguasai kesemua aras dalam tempoh yang singkat boleh meneruskan pembelajaran ke Bidang Pembelajaran lain dalam tahun yang sama.

v) Pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran pelajar serta dibantu dengan penggunaan bahan berteknologi menjamin bahawa hasil pembelajaran dapat dikuasai sekurang-kurangnya sehingga ke Aras 2. Bagi tujuan ini, guru perlu mengambil kira:

 sama ada penguasaan kemahiran dalam sesuatu bidang pembelajaran adalah prasyarat bagi bidang pembelajaran yang lain

 memberi keutamaan meneruskan bidang pembelajaran yang difikirkan lebih mudah berbanding dengan bidang pembelajaran yang lebih sukar. vi) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur

diagnostik kendiri supaya pelajar dapat mengenal pasti sejauh mana mereka telah memahami sesuatu konsep dan kemahiran tertentu yang telah dipelajari.


(11)

vii) Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabila merancang pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik. Penerapan nilai murni boleh dilakukan bersesuaian dengan konteks isi pelajaran dan terancang.

viii) Unsur sejarah matematik diterapkan mengikut kesesuaian tajuk untuk membolehkan pelajar menghayati matematik dan memberangsangkan lagi minat pelajar terhadap sesuatu tajuk itu. Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwa tentang ahli matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep atau simbol. ix) Penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang perlu diserapkan

dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bagi mempertingkatkan pemikiran pelajar yang analitis dan kreatif.

x) Penilaian pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berterusan dan terbina dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran dikuasai selaras dengan hasrat penekanan dan prinsip dalam kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah.

1.5 STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Setiap murid di Malaysia berpeluang melalui sekurang-kurangnya enam tahun pendidikan asas di sekolah. Ini merangkumi tiga tahun pendidikan di tahap I dan tiga tahun pendidikan di tahap II. Setelah itu, murid boleh mengikuti pendidikan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

1.5.1 Tahap Tujuan

Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap I bertujuan membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas. Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap II bertujuan membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks di kalangan murid supaya dapat digunakan dalam menangani cabaran dalam kehidupan seharian secara berkesan.

1.5.2 Objektif

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:

• Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.

• Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.


(12)

• Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.

• Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.

• Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.

• Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian.

• Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.

• Menghargai dan menghayati keindahan matematik.

• Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasikan ilmu matematik.

1.5.3 Kerangka Kurikulum Matematik

Kerangka kurikulum matematik menunjukkan program matematik yang diguna pakai di peringkat sekolah rendah. Pembelajaran matematik dirancang bermatlamatkan pembentukan murid yang memiliki fikrah matematik.

1.5.4 Fikrah Matematik

Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawa pengertian yang sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalam konteks pendidikan matematik, fikrah matematik merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matematik ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan memahami idea matematik, serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai matematik.

Murid harus membentuk dan meneroka idea matematik secara mendalam melalui peluang dan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kesedaran harus dipupuk dan dikembangkan dalam kalangan murid bahawa idea matematik saling berkait, dan matematik merupakan ilmu yang menyeluruh; bukan cebisan pengetahuan yang terasing. Dengan kesedaran dan kefahaman sedemikian, pengertian tentang idea matematik menjadi lebih bermakna, dan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan matematik.

Peluang dan pengalaman pembelajaran pelbagai yang disediakan seharusnya melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran matematik, membantu murid membentuk kefahaman mendalam tentang konsep matematik, dan membentuk pengertian yang lebih bermakna tentang idea matematik yang pelbagai. Berlandaskan kefahaman dan pengertian yang dibentuk, murid berupaya membuat perkaitan dan mengaplikasikan idea matematik, seterusnya menjadikan murid lebih yakin untuk


(13)

meneroka dan mengaplikasikan matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar, peralatan teknologi dan pelaksanaan tugasan/amali/kerja projek seharusnya dirangkum dalam pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk murid.

1.5.5 Kemahiran

Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan menganalisis (membina, mengendali dan mentafsir) data, manipulasi aritmetik, manipulasi algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alat matematik dan TMK.

a) Kemahiran Matematik

Kemahiran matematik merujuk kepada keupayaan seperti berikut:

• Menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan mantik.

• Menyatakan idea matematik secara jitu.

• Membuat, menguji dan membuktikan suatu ramalan (conjecture).

• Mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik.

• Menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.

b) Kemahiran Menganalisis

Kemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaan seperti berikut:

• Berfikir secara jelas.

• Memberi perhatian dan penelitian kepada setiap aspek.

• Memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci,

• Memahami penaakulan yang kompleks,

• Mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik.

• Mendebatkan hujahan yang tidak munasabah.

c) Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran menyelesaikan masalah merujuk kepada keupayaan seperti berikut:

• Membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isu utama permasalahan.

• Menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan mengeksplisitkan andaian yang dibuat.


(14)

1.6 KESIMPULAN

Secara umum kurikulum pendidikan matematik di Malaysia adalah merupakan suatu kurikulum yang dibina berdasarkan kehendak dan matlamat yang diinginkan oleh negara berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan berakar umbi kepada kurikulum sebelum dan selepas perang dunia kedua. Kurikulum pendidikan Matematik di Malaysia juga sedang berkembang maju berlandaskan kepada wawasan yang digariskan oleh negara, dan yang terbaru dan sedang digubal ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kurikulum ini sedang dibina, dan sekarang ini pelaksanaannya adalah masih pada Tahun Dua di sekolah rendah.

1.7 SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan perkembangan kurikulum di Malaysia, awal kemerdekaan? 2. Bincangkan tentang tahap pendidikan asas di sekolah rendah?

3. Bincangkan aspek kemahiran yang diberi penekanan dalam kurikulum sekolah rendah?

UJIAN PASCA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda

mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat menerangkan perkembangan

kurikulum matematik sekolah rendah dan menengah sebelum perang Dunia Kedua sehingga masa kini

2 Saya dapat Menganalisis kurikulum matematik sekolah rendah.


(1)

d) Penggunaan disiplin ilmu yang ada.

Kebanyakan mata pelajaran yang diajar dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) diteruskan dalam KBSM. Walau bagaimanapun organisasi kandungan dan penekanan dalam KBSM berbeza dengan KLSM. Isi kandungan matematik KBSM dibahagikan kepada tiga bidang besar iaitu Nombor, Bentuk dan Perkaitan.

e) Kesepaduan antara unsur-unsur JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek) KBSM digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan-keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Mata-mata pelajaran itu juga dapat menjamin bahawa aspek-aspek tersebut tidak berkembang secara terpisah antara satu sama lain, malahan berkaitan dan dapat mewujudkan sahsiah pelajar yang bersifat bersepadu.

f) Penekanan Nilai-nilai Murni

Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh melalui semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai-nilai merentas kurikulum. Di samping itu, pengajaran nilai-nilai murni secara khusus terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Muslim dan mata pelajaran Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Muslim. Nilai-nilai yang hendak dipupuk dalam KBSM merangkumi unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

g) Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran bahasa yang lain seperti Bahasa Inggeris. Pendekatan ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Merentas Kurikulum. Bahasa Melayu digunakan sebagai alat untuk membincangkan soal-soal ilmu pengetahuan dengan lebih analitik dan produktif.

h) Pendidikan Seumur Hidup

Kurikulum menengah menekankan pemupukan minat terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran belajar supaya pelajar-pelajar dapat memiliki sikap yang positif terhadap ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk mencari, menambah dan mengembangkan ilmu. Ini membolehkan mereka menghayati semangat belajar yang berterusan di sepanjang hayat.

Apakah perbezaan matlamat pendidikan matematik antara KBSR dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?


(2)

1.4 PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Berikut adalah beberapa pertimbangan pengajaran pembelajaran matematik yang harus dihayati oleh guru-guru matematik semasa merancang pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Antaranya adalah:

i) Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandukan kepada prinsip

pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri serta mengikut kadar sendiri.

ii) Pendekatan inkuari-penemuan berpusatkan pelajar dengan berbantukan teknologi

yang bersesuaian, tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, mencabar dan berguna.

iii) Keluwesan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana guru menentukan sama

ada pelajar layak mengikuti pembelajaran ke aras yang lebih tinggi dalam sesuatu tajuk atau mengikuti pembelajaran tajuk yang lain.

iv) Pelajar perlu menguasai semua hasil pembelajaran di Aras 1 dan Aras 2 pada

sesuatu tahun persekolahan. Pelajar yang berkeupayaan boleh meneruskan pembelajaran sehingga Aras 3 dalam sesuatu tahun tersebut. Di peringkat ini, pelajar akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan abstrak. Pelajar yang dapat menguasai kesemua aras dalam tempoh yang singkat boleh meneruskan pembelajaran ke Bidang Pembelajaran lain dalam tahun yang sama.

v) Pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran pelajar

serta dibantu dengan penggunaan bahan berteknologi menjamin bahawa hasil pembelajaran dapat dikuasai sekurang-kurangnya sehingga ke Aras 2. Bagi tujuan ini, guru perlu mengambil kira:

 sama ada penguasaan kemahiran dalam sesuatu bidang pembelajaran

adalah prasyarat bagi bidang pembelajaran yang lain

 memberi keutamaan meneruskan bidang pembelajaran yang difikirkan

lebih mudah berbanding dengan bidang pembelajaran yang lebih sukar.

vi) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur

diagnostik kendiri supaya pelajar dapat mengenal pasti sejauh mana mereka telah memahami sesuatu konsep dan kemahiran tertentu yang telah dipelajari.


(3)

vii) Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabila merancang pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik. Penerapan nilai murni boleh dilakukan bersesuaian dengan konteks isi pelajaran dan terancang.

viii) Unsur sejarah matematik diterapkan mengikut kesesuaian tajuk untuk membolehkan pelajar menghayati matematik dan memberangsangkan lagi minat pelajar terhadap sesuatu tajuk itu. Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwa tentang ahli matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep atau simbol.

ix) Penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang perlu diserapkan

dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bagi mempertingkatkan pemikiran pelajar yang analitis dan kreatif.

x) Penilaian pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berterusan dan

terbina dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran dikuasai selaras dengan hasrat penekanan dan prinsip dalam kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah.

1.5 STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Setiap murid di Malaysia berpeluang melalui sekurang-kurangnya enam tahun pendidikan asas di sekolah. Ini merangkumi tiga tahun pendidikan di tahap I dan tiga tahun pendidikan di tahap II. Setelah itu, murid boleh mengikuti pendidikan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

1.5.1 Tahap Tujuan

Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap I bertujuan membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas. Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap II bertujuan membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks di kalangan murid supaya dapat digunakan dalam menangani cabaran dalam kehidupan seharian secara berkesan.

1.5.2 Objektif

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:

• Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik dalam

pelbagai konteks.

• Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan

bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.


(4)

• Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.

• Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan

simbol dan istilah yang betul.

• Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan

membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.

• Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan

harian.

• Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan

perkaitannya.

• Menghargai dan menghayati keindahan matematik.

• Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk

membina kefahaman konsep dan mengaplikasikan ilmu matematik.

1.5.3 Kerangka Kurikulum Matematik

Kerangka kurikulum matematik menunjukkan program matematik yang diguna pakai di peringkat sekolah rendah. Pembelajaran matematik dirancang bermatlamatkan pembentukan murid yang memiliki fikrah matematik.

1.5.4 Fikrah Matematik

Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawa pengertian yang sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalam konteks pendidikan matematik, fikrah matematik merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matematik ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan memahami idea matematik, serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai matematik.

Murid harus membentuk dan meneroka idea matematik secara mendalam melalui

peluang dan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kesedaran harus dipupuk dan dikembangkan dalam kalangan murid bahawa idea matematik saling berkait, dan matematik merupakan ilmu yang menyeluruh; bukan cebisan pengetahuan yang terasing. Dengan kesedaran dan kefahaman sedemikian, pengertian tentang idea matematik menjadi lebih bermakna, dan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan matematik.

Peluang dan pengalaman pembelajaran pelbagai yang disediakan seharusnya

melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran matematik, membantu murid membentuk kefahaman mendalam tentang konsep matematik, dan membentuk pengertian yang lebih bermakna tentang idea matematik yang pelbagai. Berlandaskan kefahaman dan pengertian yang dibentuk, murid berupaya membuat perkaitan dan mengaplikasikan idea matematik, seterusnya menjadikan murid lebih yakin untuk


(5)

meneroka dan mengaplikasikan matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar, peralatan teknologi dan pelaksanaan tugasan/amali/kerja projek seharusnya dirangkum dalam pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk murid.

1.5.5 Kemahiran

Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan menganalisis (membina, mengendali dan mentafsir) data, manipulasi aritmetik, manipulasi algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alat matematik dan TMK.

a) Kemahiran Matematik

Kemahiran matematik merujuk kepada keupayaan seperti berikut:

• Menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan

penaakulan mantik.

• Menyatakan idea matematik secara jitu.

• Membuat, menguji dan membuktikan suatu ramalan (conjecture).

• Mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik.

• Menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.

b) Kemahiran Menganalisis

Kemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaan seperti berikut:

• Berfikir secara jelas.

• Memberi perhatian dan penelitian kepada setiap aspek.

• Memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci,

• Memahami penaakulan yang kompleks,

• Mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik.

• Mendebatkan hujahan yang tidak munasabah.

c) Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran menyelesaikan masalah merujuk kepada keupayaan seperti berikut:

• Membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isu utama

permasalahan.

• Menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan mengeksplisitkan andaian


(6)

1.6 KESIMPULAN

Secara umum kurikulum pendidikan matematik di Malaysia adalah merupakan suatu kurikulum yang dibina berdasarkan kehendak dan matlamat yang diinginkan oleh negara berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan berakar umbi kepada kurikulum sebelum dan selepas perang dunia kedua. Kurikulum pendidikan Matematik di Malaysia juga sedang berkembang maju berlandaskan kepada wawasan yang digariskan oleh negara, dan yang terbaru dan sedang digubal ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kurikulum ini sedang dibina, dan sekarang ini pelaksanaannya adalah masih pada Tahun Dua di sekolah rendah.

1.7 SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan perkembangan kurikulum di Malaysia, awal kemerdekaan? 2. Bincangkan tentang tahap pendidikan asas di sekolah rendah?

3. Bincangkan aspek kemahiran yang diberi penekanan dalam kurikulum sekolah rendah?

UJIAN PASCA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya dapat menerangkan perkembangan

kurikulum matematik sekolah rendah dan menengah sebelum perang Dunia Kedua sehingga masa kini

2 Saya dapat Menganalisis kurikulum matematik