TEMPOH PERJANJIAN TEMPOH JAMINAN TEMPOH PENYERAHAN PENYELENGGARAAN LAWATAN PEMERIKSAAN

18. TEMPOH PERJANJIAN

18.1 Tempoh perjanjian ini adalah untuk jangka masa seperti ditetapkan di Lampiran ‘A’. Kementerian Dalam Negeri berhak untuk menentukan tarikh permulaan dan tamat perjanjian. Draf Terma Perjanjian juga disertakan di dalam dokumen tawaran tender ini untuk rujukan. Bagaimanapun ianya tertakluk kepada persetujuan bersama sebelum perjanjian ditandatangani.

19. TEMPOH JAMINAN

19.1 Petender hendaklah menyatakan dengan tepat tempoh jaminan peralatan yang dibekalkan di dalam DOKUMEN 1. 20. LATIHAN 20.1 Petender dikehendaki menyatakan dengan jelas kos latihan di dalam DOKUMEN 1 sekiranya peralatan yang dibekalkan perlu diberikan latihan penggunaan sama ada di dalam atau luar negara. Kos latihan hendaklah diasingkan dari kos peralatan. Kos ini akan hanya diambil kira jika latihan dilaksanakan. Bidang Latihan adalah seperti dinyatakan di Lampiran ‘A’.

21. TEMPOH PENYERAHAN

21.1 Petender dikehendaki menyatakan dengan jelas tempoh penyerahan atau pembekalan dapat dilakukan kepada Kerajaan di dalam DOKUMEN 1.

22. PENYELENGGARAAN

22.1 Petender yang menawarkan peralatan yang memerlukan penyelenggaraan selepas pembekalan dibuat hendaklah menyatakan dengan jelas kos, skop kerja dan syarat penyelenggaraan tersebut secara berasingan di DOKUMEN 1. Lampiran tambahan boleh digunakan bila perlu. 22.2 Petender juga dikehendaki mengemukakan senarai harga alat ganti peralatan yang ditawarkan sekiranya ada.

23. LAWATAN PEMERIKSAAN

23.1 Bagi pembekalan yang melibatkan Lawatan Pemeriksaan Sebelum Penghantaran atau lawatan kilang di luar negara, Petender dikehendaki menyatakan dengan jelas kos yang terlibat di dalam DOKUMEN 1. Kos ini hendaklah diasingkan dari kos peralatan. Kos ini akan ditanggung oleh kerajaan jika lawatan tersebut dilakukan.

24. KEUTAMAAN KEPADA BARANG TEMPATAN