TARIKH TUTUP TENDER LAWATAN TAPAKTAKLIMAT TENDER JIKA BERKENAAN PENGHANTARAN RISALAHKATALOGLUKISAN PELAN DOKUMEN TENDER PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

5.1.8.2 FiCaj Perkhidmatan sebanyak 0.4 bagi setiap transaksi akan dikenakan tertakluk kepada had maksimum RM4,800.00 bagi setiap transaksi bayaran yang melebihi RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran multiple payment 5.2 Petender hendaklah menyatakan dengan jelas kos yang terlibat di dalam DOKUMEN 1. Petender dikehendaki mengemukakan tawaran harga tanpa mengambil kira elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan GST bagi menyertai tender ini kerana pihak Kementerian akan mengambil kira elemen tersebut sebagai tambahan kepada harga yang ditawarkan sekiranya berkaitan.

6. SPESIFIKASI TEKNIKAL

6.1 Spesifikasi Teknikal seperti di DOKUMEN 3 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan tender. 6.2 Petender dikehendaki membuat ulasankenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat. 6.3 Spesifikasi yang diberi adalah sebagai panduan asas, Petender boleh menawarkan peralatan atau kelengkapan yang setaraf dengannya.

7. CONTOH PERALATANBAHAN TAWARAN

7.1 Petender yang mengambil bahagian adalah dikehendaki menghantar peralatan danatau bahan yang ditawarkan bilamana perlu sebagai contoh seperti ditetapkan di Lampiran ‘A’. 7.2 Contoh yang dikemukakan akan digunakan untuk penilaian berdasarkan kepada Spesifikasi Teknikal yang telah ditetapkan. Kegagalan mengemukakan contoh bilamana diminta boleh menyebabkan tawaran yang dikemukakan ditolak. 7.3 Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kemusnahan ke atas contoh-contoh sewaktu penilaian dibuat. Contoh-contoh akan dikembalikan jika bersesuaian selepas segala urusan berhubung dengan tender ini selesai. 7.4 Contoh-contoh bilamana diperlukan hendaklah dihantar ke Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri, Aras 4, Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya, tidak lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan di Lampiran ‘A’. Pertimbangan tidak akan diberikan sekiranya contoh dikemukakan selepas daripada tarikh dan masa yang ditetapkan.

8. TARIKH TUTUP TENDER

-5- 8.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tender ini adalah seperti dinyatakan di Lampiran ‘A’. Tawaran dan contoh-contoh sebagaimana diminta yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diberi pertimbangan.

9. LAWATAN TAPAKTAKLIMAT TENDER JIKA BERKENAAN

9.1 Petender adalah digalakkan supaya melawat lokasi pembekalan untuk meninjau dan mengenal pasti keperluan yang perlu dipatuhi berkaitan dengan tawaran yang akan dibuat bagi membantu Petender membuat tawaran yang sewajarnya. Bagaimanapun, jika Petender disyaratkan hadir ke tapak seperti mana yang dinyatakan di Lampiran ‘A’, ia adalah wajib dipatuhi. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran ditolak. 9.2 Taklimat Tender bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai syarat- syarat tender apabila didapati perlu akan diadakan pada ketentuan seperti dinyatakan di Lampiran ‘A’. Kehadiran adalah diwajibkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran ditolak.

10. PENGHANTARAN RISALAHKATALOGLUKISAN PELAN

10.1 Petender dikehendaki mengemukakan risalahkatalog asal

mengenai peralatan danatau bahan yang ditawarkan. Petender tidak dibenarkan menulis nama syarikat atau tanda perniagaan di atas risalahkatalog tersebut. 10.2 Petender dikehendaki membuat tanda dengan jelas peralatan danatau bahan yang ditawarkan jika risalah tersebut menunjukkan banyak jenis peralatan danatau bahan.

11. DOKUMEN TENDER

11.1 Petender-Petender dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir- butir di dalam dokumen berikut:-

11.1.1 DOKUMEN 1 -

Jadual Harga Tawaran 11.1.2 DOKUMEN 2 - Butir-Butir Petender

11.1.3 DOKUMEN 3 -

Spesifikasi Teknikal 11.1.4 DOKUMEN 4 - Butir-Butir Barangan Import

12. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

12.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Petender dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan. -6- Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Petender dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat. 12.2 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Kementerian ini:

12.2.1 DOKUMEN 1 -

Jadual Harga Tawaran Sila sertakan di dalam Sampul A

12.2.2 DOKUMEN 2 -

Butir-Butir Petender Sila sertakan di dalam Sampul A

12.2.3 DOKUMEN 3 -

Spesifikasi Teknikal Sila sertakan di dalam Sampul B

12.2.4 DOKUMEN 4 -

Butir-butir Barangan Import Sila sertakan di dalam Sampul A

12.2.5 Dokumen 5 - Surat Akuan Pembida Untuk Melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia

Sila sertakan di dalam Sampul A

12.2.6 Risalah Katalog Asal tawaran yang dibuat. Sila sertakan di dalam Sampul B

12.2.7 Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat bagi tiga 3 bulan terakhir.

Sila sertakan di dalam Sampul A 12.2.8 Salinan Penyata Kewangan Syarikat yang diaudit oleh juruaudit bertauliah bagi dua 2 tahun terakhir. Sila sertakan di dalam Sampul A

12.2.9 Surat Pelantikan Wakil atau Agen Pengeluar.

Sila sertakan di dalam Sampul B 12.3 Petender tidak dibenarkan mencatat nama petender dan harga dalam Dokumen 3 Spesifikasi Teknikal dan di sebarang dokumenlampiran tambahan yang dikemukakan kecuali pada Surat Pelantikan Wakil atau Agen Pengeluar. Petender yang tidak mengikut arahan ini akan menyebabkan tawaran tender tidak layak dipertimbangkan. Sila rujuk Perkara 8iii b 2 iii PK 22013 1 Pekeliling Perbendaharaan 1PP – Kaedah Perolehan Kerajaan. 12.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran ‘A’. Sampul surat hendaklah dialamatkan kepada: KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI -7- BAHAGIAN PEROLEHAN ARAS 4, BLOK D1, KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62546 PUTRAJAYA 12.5 Sampul surat berlakri tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti ditetapkan di Lampiran ‘A’ yang terletak di Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Perolehan, Aras 4, Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya, Wilayah Persekutuan. 12.6 Tender juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tender-tender yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

13. PENYERAHAN BORANG TAWARAN