ANGGARAN KEPERLUAN SPESIFIKASI TEKNIKAL CONTOH PERALATANBAHAN TAWARAN

3.1.7 Apabila diminta, Petender hendaklah menyebabkan barang- barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu. 3.1.8 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak. 3.1.9 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain- lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu. 3.1.10 Tender ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia, dan Petender bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai tender ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. ANGGARAN KEPERLUAN

4.1 Kuantiti peralatan danatau bahan yang diperlukan adalah berjumlah seperti dinyatakan di Lampiran ‘A’. Bagaimanapun Kerajaan Kementerian Dalam Negeri tidak terikat dengan apa-apa cara juga pun untuk membeli kesemua jumlah tersebut, sebaliknya Kerajaan juga boleh membeli kurang atau lebih daripada jumlah itu. Perolehan melebihi daripada anggaran tersebut hanya boleh dilakukan dengan persetujuan Kerajaan dan Petender.

5. HARGA

5.1 Harga yang ditawarkan hendaklah seperti berikut: 5.1.1 Sekiranya perkhidmatanperalatan ini diimport dari luar negara tawaran hendaklah menunjukkan harga PERCUMA ATAS KAPAL P.A.K sahaja dalam mata wang Ringgit Malaysia. Harga P.A.K. bermaksud barangan tersebut diimport dan dimuat di pelabuhanlapangan terbang negara pembuat. Barangan yang diimport dan dibekalkan dari pelabuhanlapangan terbang negara kedua tidak dibenarkan sama sekali. Kegagalan mengemukakan harga P.A.K. bagi barang-barang import boleh menyebabkan tawaran tuan tidak dipertimbangkan. Harga P.A.K yang ditawarkan hendaklah tidak termasuk duti import, cukai, insurans dan kos pengangkutan. Nama pangkalan memuat Laut Udara bekalan itu hendaklah dinyatakan di dalam Dokumen 1. -3- 5.1.2 Sekiranya perkhidmatanperalatan itu dibuat atau telah berada dalam Malaysia harga tawaran hendaklah harga bersih ke Lokasi yang telah ditetapkan. Harga tersebut hendaklah termasuk segala cukai, duti, upah memunggah, mengangkut, membungkus dan lain-lain bayaran yang terlibat. 5.1.3 Petender boleh mengemukakan tawaran harga untuk satu perkhidmatanperalatanitem atau kesemuanya. Tawaran hendaklah dikemukakan dengan jelas di dalam DOKUMEN 1. Tawaran hendaklah dibuat dalam mata wang Ringgit Malaysia. Lampiran tambahan boleh digunakan bila perlu. Penggunaan borang tawaran selain daripada DOKUMEN 1 adalah tidak dibenarkan. 5.1.4 Harga yang ditawarkan adalah termasuk kos pemasangan, tidak termasuk kos lawatan pemeriksaan sebelum penghantaran PDI danatau kos latihan serta penyelenggaraan. Kos–kos yang terlibat selain daripada harga perkhidmatanperalatan perlu dinyatakan dengan jelas secara berasingan. 5.1.5 Satu petender hanya dibenarkan memuat naik dokumen tender dan mengemukakan satu tawaran tender sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan. 5.1.6 Semua pembayaran bagi perkhidmatanpembekalan akan dibuat di dalam mata wang Ringgit Malaysia. 5.1.7 Harga tawaran petender hendaklah diisi secara atas talian on-line melalui Sistem e-Perolehan. Jadual Tawaran Harga dilampirkan seperti di Dokumen 1 hendaklah dimuat naik ke dalam Sistem e-Perolehan. Sesalinan Jadual Tawaran Harga mestilah dilampirkan bersama dokumen sokongan. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat pada jadual harga yang dikemukakan, hanya tawaran harga yang diisi melalui sistem e-Perolehan yang akan di ambil kira. 5.1.8 Kadar FiCaj Perkhidmatan bagi pembayaran yang diuruskan secara eletronik melalui sistem ePerolehan;

5.1.8.1 FiCaj Perkhidmatan sebanyak 0.8 bagi setiap nilai pesanan akan dikenakan tertakluk

kepada had maksimum RM9,600.00 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi RM1.2 juta atau lebih bagi Perolehan atau kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran one time payment -4- 5.1.8.2 FiCaj Perkhidmatan sebanyak 0.4 bagi setiap transaksi akan dikenakan tertakluk kepada had maksimum RM4,800.00 bagi setiap transaksi bayaran yang melebihi RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran multiple payment 5.2 Petender hendaklah menyatakan dengan jelas kos yang terlibat di dalam DOKUMEN 1. Petender dikehendaki mengemukakan tawaran harga tanpa mengambil kira elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan GST bagi menyertai tender ini kerana pihak Kementerian akan mengambil kira elemen tersebut sebagai tambahan kepada harga yang ditawarkan sekiranya berkaitan.

6. SPESIFIKASI TEKNIKAL

6.1 Spesifikasi Teknikal seperti di DOKUMEN 3 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan tender. 6.2 Petender dikehendaki membuat ulasankenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat. 6.3 Spesifikasi yang diberi adalah sebagai panduan asas, Petender boleh menawarkan peralatan atau kelengkapan yang setaraf dengannya.

7. CONTOH PERALATANBAHAN TAWARAN

7.1 Petender yang mengambil bahagian adalah dikehendaki menghantar peralatan danatau bahan yang ditawarkan bilamana perlu sebagai contoh seperti ditetapkan di Lampiran ‘A’. 7.2 Contoh yang dikemukakan akan digunakan untuk penilaian berdasarkan kepada Spesifikasi Teknikal yang telah ditetapkan. Kegagalan mengemukakan contoh bilamana diminta boleh menyebabkan tawaran yang dikemukakan ditolak. 7.3 Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kemusnahan ke atas contoh-contoh sewaktu penilaian dibuat. Contoh-contoh akan dikembalikan jika bersesuaian selepas segala urusan berhubung dengan tender ini selesai. 7.4 Contoh-contoh bilamana diperlukan hendaklah dihantar ke Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri, Aras 4, Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya, tidak lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan di Lampiran ‘A’. Pertimbangan tidak akan diberikan sekiranya contoh dikemukakan selepas daripada tarikh dan masa yang ditetapkan.

8. TARIKH TUTUP TENDER