e-Security | Vol: 36-12014
© CyberSecurity Malaysia 2014 - All Rights Reserved
72
Sumber: ‘Internet Live Stats’ penghuraian data oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
ITU dan Bahagian Penduduk Bangsa-Bangsa Bersatu
Berdasarkan gambar rajah di atas, kita dapat melihat bahawa penduduk dari negara-
negara Asia merupakan peratusan pengguna Internet yang tertinggi berbanding
penduduk di negara Eropah dan Amerika. Oleh itu, angka ini perlu dikaji untuk menilai
sekiranya wujud masalah-masalah seperti ketagihan Internet di kalangan penduduk
yang menggunakan Internet.
3.0 Kajian Berkenaan Dengan Ketagihan Internet Di Kalangan
Pengguna
Seperti yang kita sedia maklum, Internet menyediakan pelbagai maklumat serta
kemudahan yang boleh diakses dengan menggunakan telefon pintar, tablet
dan juga komputer riba. Internet juga menghubungkan pengguna melalui e-mel,
blog, rangkaian sosial dan perkhidmatan pesanan ringkas, di mana pengguna boleh
berkomunikasi tentang pelbagai isu dan topik semasa tanpa perlu berada di sesuatu
lokasi secara izikal. Penyebaran penggunaan yang meluas ini memberi kesan terhadap
hubungan interpersonal antara perorangan dan intrapersonal komunikasi dengan
diri
masyarakat samada secara positif mahupun negatif. Sesetengah masyarakat
beranggapan bahawa penggunaan Internet telah mengurangkan interaksi secara
bersemuka. Lebih banyak masa dihabiskan di Internet sehingga ianya menjejaskan
kualiti waktu yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga dan rakan-rakan. Membeli
belah dalam talian pula adalah sangat mudah dan menjimatkan masa. Namun
kegunaannya juga telah menyebabkan orang ramai membeli barangan dan perkhidmatan
tanpa berinteraksi secara izikal. Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian
pula dapat melakukan perniagaan mereka dengan mudah, namun mereka seolah-olah
terkurung dari melihat dunia luar.
Menurut petikan dari laporan yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan
20132014 sempena Belanjawan 2014, jumlah bilangan pengguna Internet di
Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18
juta orang pada 2012. Ianya merangkumi peningkatan kadar penembusan jalur lebar
isi rumah kepada 66.8 peratus sehingga akhir Jun 2014. Manakala untuk kadar
penembusan telefon mudah alih, ia melebihi 100 peratus dengan kadar sebanyak 42.6
juta langganan. Laporan ini merumuskan bahawa rakyat Malaysia semakin banyak
memperuntukkan masa mereka melayari Internet berbanding rangkaian media lain
seperti radio, televisyen, suratkhabar dan sebagainya. Menurut laporan ini
lagi, sebanyak 11.8 juta rakyat Malaysia dianggarkan mempunyai akaun Facebook
dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook.
Melihat kepada cara hidup masyarakat hari ini, ianya kelihatan seolah-olah masyarakat
lebih selesa memperuntukkan sebahagian besar waktu mereka dengan melayari laman
serta aplikasi media sosial seperti ‘Facebook’,’ Instagram’, ‘Twitter’ dan sebagainya. Media
sosial adalah salah satu aplikasi Internet
e-Security | Vol: 36-12014
© CyberSecurity Malaysia 2014 - All Rights Reserved
73
telah mendedahkan bahawa peratusan tertinggi orang yang terdedah kepada
ketagihan Internet adalah terdiri dari para pelajar sekolah menengah tinggi sebanyak
9.2 peratus diikuti oleh pelajar sekolah menengah rendah sebanyak 7.6 peratus.
Melihat kepada peratusan ini, ianya cukup untuk membuatkan kita merasa bimbang
akan kesan yang bakal dihadapi di masa akan datang apabila pelajar sekolah telah
terjebak dengan ketagihan Internet ini.
Sebagaimana penagih yang bergantung kepada dadah dan alkohol, begitulah juga
dengan pengguna yang ketagihan Internet sehingga adakalanya mengganggu kesihatan
izikal dan mental. Merujuk kepada contoh- contoh yang dilaporkan di luar negara,
ianya sudah cukup untuk membuka mata dan minda kita betapa bahayanya ketagihan
Internet ini sekiranya tidak dibendung segera.
1. 1- Chris Staniforth , Julai 2011 Chris Staniforth merupakan seorang pemuda
berusia 20 tahun dari Shefield, England telah mengalami ketagihan permainan video sehingga
meninggal dunia secara tiba-tiba selepas bermain video selama 12 jam. Oleh kerana beliau
memperuntukkan masa berlebihan tanpa berehat dan melakukan senaman mengakibatkan darah
beku berpindah ke paru-paru beliau seterusnya tersumbat dan membawa maut.
2. 2- Chen Shi, September 2010 Chen Shi , remaja berusia 16 telah terbunuh di
Sekolah Beiteng di Changsha, China, di mana terkini yang mempunyai daya penarik dan
boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, kita boleh katakan
bahawa aspek teknologi Internet adalah penting untuk masyarakat digital masa kini.
Namun perlu diingat bahawa Internet juga boleh menyumbang kepada kemudaratan
seperti gejala penipuan, penggodaman, serangan virus, penyamaran, pembulian siber
dan sebagainya yang boleh menyebabkan pengguna lain menjadi mangsa. Apa yang
lebih membimbangkan adalah apabila kita turut mengalami gejala ketagihan akibat
penggunaan Internet berikutan banyak masa yang telah diluangkan sehingga
mengabaikan pelbagai perkara lain yang lebih penting dalam kehidupan seharian kita.
Sekiranya masyarakat berkelakuan begini secara berterusan, ia akan menyebabkan
kesan negatif yang lebih mendalam terhadap ekosistem interaksi dan komunikasi.
Bagaimana Seseorang Menjadi Ketagih Kepada Internet?
Ketagihan Internet telah menjadi satu masalah sosial yang sangat besar di negara-negara
seperti Korea, China, Amerika Syarikat dan sebagainya. Kecenderungan peningkatan
ketagihan Internet ini kebanyakannya didapati di kalangan remaja yang majoritinya
adalah pelajar sekolah. Kebanyakan daripada mereka adalah pengguna telefon pintar, di
mana terdapat pelbagai aplikasi yang mudah didapati selain dari penggunaan rangkaian
sosial.
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Dasar Maklumat dan Komunikasi
di Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi pada Februari 2013, seramai
2,605 orang telah mengambil bahagian dalam kajiselidik ketagihan Internet
mengikut peringkat umur, termasuk pelajar sekolah rendah dan dewasa. Analisis kajian