Analisis Data Phishing BlackBerry

e-Security | Vol: 36-12014 © CyberSecurity Malaysia 2014 - All Rights Reserved 83 mendapatkan maklumat domain, IP dan jenis jenama yang unik. Januari Februari Mac Domain Unik 27 47 53 IP Unik 28 45 47 Jenama Unik 7 8 4 Jadual 1: Data phishing Keseluruhan URL laman phishing yang menghoskan jenama bank tempatan yang telah dilaporkan adalah sebanyak 212. Domain unik yang tertinggi yang dilaporkan adalah pada bulan Mac iaitu sebanyak 53. Jumlah tersebut adalah yang tertinggi yang mana berkemungkinan domain yang telah dikompromi untuk menghoskan laman phishing telah dibaiki dan diperkukuhkan, menyebabkan pelaku jenayah phishing beralih mencari domain yang mempunyai keselamatan aplikasi yang ampuh. Statistik ini juga menunjukkan jumlah tertinggi bagi IP unik yang menghoskan laman phishing adalah pada bulan Mac, iaitu sebanyak 47 IP dan ianya selari dengan peningkatan domain unik yang dilaporkan.

3.0 Teknik Phishing

Penjenayah phishing sentiasa menggunakan kepelbagaian teknik untuk memerangkap pengguna Internet sehingga mereka menjadi mangsa penipuan phishing. Secara teknikalnya, penjenayah phishing ini menggunakan kaedah pengkodan untuk mengeksploit kelemahan pada aplikasi sesuatu sistem, terutamanya dari segi keselamatan. Kebiasaannya, kod akan diletakkan pada pelayan web yang mempunyai kerentanan. Kaedah ini bertujuan mengelakkan penjenayah phishing daripada dikesan.

3.1 PHPMAILER

Kepala e-mel mempunyai pelbagai maklumat berkaitan dengan alamat e-mel penerima dan penghantar, tarikh dan masa, subjek dan sebagainya. Maklumat- maklumat tersebut direkod oleh pelayan mel apabila e-mel tersebut dihantar dari satu pelayan ke pelayan yang lain sehingga sampai kepada penerima e-mel tersebut. Kepala e-mel dianalisis untuk mengesan daripada mana e-mel tersebut dihantar, rekod laluan pelayan ketika penghantaran e-mel berkenaan dan memastikan sama ada e-mel tersebut adalah e-mel penyamaran ataupun tidak. PHPMailer ialah pengkodan untuk menghantar e-mail dengan lebih mudah dan menggunakan pengkodan PHP di pelayan web, lalu membenarkan penghantaran e-mel melalui laman web. Penggunaan PHPMailer lebih mudah untuk menghantar e-mel, antaranya boleh memasukkan lebih daripada satu penerima e-mel, penggunaan CC dan BCC; dan menyertakan lampiran. Penggunaan fungsi-fungsi tersebut adalah lebih fleksi iaitu boleh diubahsuai mengikut kehendak si penghantar e-mel. Dalam contoh kepala e-mel yang diperolehi, X-PHP-Script merekodkan e-mel yang dihantar menggunakan PHPMailer. Rajah 1: Contoh kepala e-mel e-Security | Vol: 36-12014 © CyberSecurity Malaysia 2014 - All Rights Reserved 84 Sekiranya pautan di atas dibuka menggunakan pelayar sesawang, antara mukanya akan kelihatan seperti gambar rajah di bawah. Laman sesawang tersebut menunjukkan ianya telah dikompromi dan PHPMailer digunakan. Laman sesawang tersebut berfungsi sebagai satu proksi mel menggunakan skrip sesawang yang dieksploitasi untuk menghantar e-mel phishing mahupun e-mel spam. Rajah 2: Antara muka PHPMailer

3.2 Bouncer List

Bouncer list’ phishing merupakan teknik yang digunakan untuk menyasarkan phishing pada mangsa yang ditentukan, iaitu dengan membuat satu senarai ID. Mangsa yang menerima e-mel phishing akan cuba untuk mengakses ke laman phishing tersebut, IDnya akan disahkan terlebih dahulu sama ada ianya termasuk di dalam senarai sasaran ataupun tidak. Sekiranya ID mangsa tersenarai, mangsa akan dapat melihat laman phishing tersebut melalui pelayar sesawang. Jika mangsa memasukkan maklumat peribadi perbankan ke laman phishing tersebut, maklumat-maklumat peribadi tersebut akan dihantar kepada penjenayah phishing. Sebaliknya yang terjadi sekiranya ID mangsa tidak termasuk di dalam senarai bouncer. Sekiranya mangsa tersebut cuba membuka laman sesawang phishing, pelayar sesawang mangsa akan dialihkan kepada laman 404 Page not found atau 403 Forbidden secara automatik.

4.0 Jenis Isi Kandungan E-mel Phising

Penyebaran jenayah phishing melalui e-mel adalah antara cara termudah bagi memerangkap mangsa. E-mel phishing kebanyakannya menggunakan teknik penyebaran e-mel ‘blast’, selain menghantar e-mel phishing kepada pengguna yang disasarkan. Isi kandungan e-mel phishing hampir kesemuanya mempunyai mesej yang berunsurkan amaran kepada pemilik akaun dan menjadikan ianya sebagai platform yang menghalakan penerima e-mel untuk melayari laman phishing. Seterusnya, ia akan mendorong mangsa memasukkan katanama dan katalaluan di laman sesawang yang kelihatan seolah-olah laman sesawang yang sah.

4.1 E-Mel Dengan Lampiran HTML

E-mel phishing yang dihantar memberi perintah kepada penerima e-mel supaya memuat turun lampiran yang disertakan. Apabila penerima e-mel membuka lampiran tersebut yang berbentuk borang, beberapa butiran peribadi yang berkaitan dengan maklumat perbankan perlu diisi. Setelah selesai mengisi borang dan bagi melengkapkan proses tersebut, butang submit ditekan lalu tanpa disedari mangsa, maklumat- maklumat peribadi tersebut dihantar