e-Security | Vol: 36-12014
© CyberSecurity Malaysia 2014 - All Rights Reserved
86
Rajah 3: E-mel notifikasi pembayaran bil
4.5 E-Mel Penyelenggaraan di atas Talian
E-mel yang kelihatan lebih formal membuatkan penerima e-mel
beranggapan bahawa ianya adalah e-mel yang sah daripada pihak bank.
Penggunaan perkataan seperti free, security, safe, care dan sebagainya
secara psikologi memberikan jaminan keselamatan kepada pemilik akaun. Isi
kandungan di dalam e-mel direka untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan
daripada pemilik akaun bahawa apa yang diarahkan adalah dijamin oleh pihak
bank itu sendiri.
Rajah 4: E-mel jadual penyelenggaraan di atas talian
5.0 Kesimpulan
Dengan kemajuan teknologi yang ada pada hari ini, pelbagai bentuk e-mel mahupun
kaedah phishing digunakan untuk memerangkap mangsa. Isi kandungan
di dalam e-mel phishing sentiasa diubah mengikut keadaan semasa dan mangsa
yang lalai secara tidak langsung akan menyerahkan maklumat peribadi mereka
kepada penjenayah phishing.
Justeru, pelbagai kaedah juga telah dan boleh dilakukan untuk menghindarkan
diri daripada menjadi mangsa kepada penipuan phishing. Langkah pencegahan
sentiasa berkaitan dengan tahap kesedaran dan cara pengguna Internet
berhadapan dengan penipuan phishing. Jika diperhatikan, pendedahan maklumat
berkaitan phishing terhadap pengguna Internet yang kurang berpengetahuan
dari segi keselamatan komputer adalah masih di tahap yang agak rendah. Ini
adalah kerana, mangsa penipuan phishing kurang ataupun mungkin tiada langsung
didedahkan kepada maklumat berkaitan. Dengan adanya program kesedaran yang
dilakukan dari peringkat sekolah rendah ke peringkat korporat, sedikit sebanyak
membantu meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan keselamatan komputer
secara umumnya.
■
6.0 Rujukan
i. Pusat Bantuan MyCERT
ii. h t t p : n e w s . n e t c r a f t . c o m archives20121113phishing-attacks-using-
html-attachments.html iii. h t t p s : s u p p o r t . g o o g l e . c o m m a i l
answer29436?hl=en iv. h t t p s : c o d e . g o o g l e . c o m a a p a c h e - e x t r a s .
orgpphpmailerwikiUsefulTutorial v. http:en.wikipedia.orgwikiPhpmailer
vi. h t t p s : b l o g s . r s a . c o m l a s e r - p r e c i s i o n - phishing-are-you-on-the-bouncers-list-today
e-Security | Vol: 36-12014
© CyberSecurity Malaysia 2014 - All Rights Reserved
87
Pendahuluan
Manusia tidak mempunyai daya untuk menghafal sesempurna komputer kerana
komputer mampu untuk mengingati beribu- ribu alamat nombor IP bagi mengecam atau
mengenalpasti sesuatu laman sesawang. Tetapi sekiranya nombor alamat IP itu
ditafsirkan kepada nama-nama yang mudah difahami, ia dapat memudahkan manusia
untuk mengingatinya. Dan kerana itulah, DNS dicipta. DNS atau lebih dikenali sebagai
Sistem Nama Domain merupakan satu analogi yang berfungsi sebagai buku telefon
untuk Internet dengan menterjemahkan bahasa manusia kepada alamat IP. Sebagai
contoh, nama domain www.contoh.com diterjemahkan kepada alamat 192.0.44.20.
Dengan DNS, pengguna boleh mengakses laman sesawang dengan hanya mengingati
nama laman sesawang atau alamat laman sesawang tanpa mengingati alamat IP laman
sesawang tersebut. Namun disebabkan teknologi yang semakin tinggi dan
pengetahuan yang makin meluas, telah memberi laluan kepada pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk menyalahgunakan kepakaran mereka dengan menggodam
sesuatu laman sesawang bagi bertujuan memanipulasikan sesetengah informasi
dengan hanya menggunakan DNS.
Pada 1 Julai 2013 yang lalu, samada disedari atau tidak, rakyat Malaysia di kejutkan dengan
berita serangan penggodam yang menyerang laman-laman sesawang ternama di Malaysia.
Antara laman sesawang yang terlibat adalah Google Malaysia , Microsoft Malaysia, Bing
Malaysia, YouTube Malaysia, Dell Malaysia, Skype Malaysia, Kaspersky Malaysia dan
lain-lain. Jika diperhatikan, laman sesawang yang terlibat bukanlah sebarangan dan
majoritinya dimiliki oleh syarikat-syarikat yang besar dan berpengaruh.
Untuk pengetahuan anda, serangan yang digunakan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai penggodam hackers bagi menggodam
laman-laman sesawang tersebut dikenali sebagai serangan pendayaan DNS.
Beberapa serangan dan isu keselamatan yang terjadi kepada Pelayan DNS adalah:
Serangan Protokol DNS
Serangan protokol DNS berlaku disebabkan oleh kelemahan pada protokolnya sendiri.
Terdapat tiga perkara yang diperlukan untuk serangan protokol iaitu:
Peracunan Cache DNS DNS Cache Poisoning
Peracunan cache DNS ialah sejenis serangan penggodaman komputer, di mana data
diberikan kepada pangkalan data cache bagi nama pelayan DNS yang mengakibatkan
nama pelayan tersebut memberikan alamat IP yang salah dan terus mengalihkan traik
ke komputer lain biasanya komputer si
Pendayaan Sistem Nama Domain DNS
By | Nor Safwan Amirul