Kajian Berkenaan Dengan Ketagihan Internet Di Kalangan
e-Security | Vol: 36-12014
© CyberSecurity Malaysia 2014 - All Rights Reserved
73
telah mendedahkan bahawa peratusan tertinggi orang yang terdedah kepada
ketagihan Internet adalah terdiri dari para pelajar sekolah menengah tinggi sebanyak
9.2 peratus diikuti oleh pelajar sekolah menengah rendah sebanyak 7.6 peratus.
Melihat kepada peratusan ini, ianya cukup untuk membuatkan kita merasa bimbang
akan kesan yang bakal dihadapi di masa akan datang apabila pelajar sekolah telah
terjebak dengan ketagihan Internet ini.
Sebagaimana penagih yang bergantung kepada dadah dan alkohol, begitulah juga
dengan pengguna yang ketagihan Internet sehingga adakalanya mengganggu kesihatan
izikal dan mental. Merujuk kepada contoh- contoh yang dilaporkan di luar negara,
ianya sudah cukup untuk membuka mata dan minda kita betapa bahayanya ketagihan
Internet ini sekiranya tidak dibendung segera.
1. 1- Chris Staniforth , Julai 2011 Chris Staniforth merupakan seorang pemuda
berusia 20 tahun dari Shefield, England telah mengalami ketagihan permainan video sehingga
meninggal dunia secara tiba-tiba selepas bermain video selama 12 jam. Oleh kerana beliau
memperuntukkan masa berlebihan tanpa berehat dan melakukan senaman mengakibatkan darah
beku berpindah ke paru-paru beliau seterusnya tersumbat dan membawa maut.
2. 2- Chen Shi, September 2010 Chen Shi , remaja berusia 16 telah terbunuh di
Sekolah Beiteng di Changsha, China, di mana terkini yang mempunyai daya penarik dan
boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, kita boleh katakan
bahawa aspek teknologi Internet adalah penting untuk masyarakat digital masa kini.
Namun perlu diingat bahawa Internet juga boleh menyumbang kepada kemudaratan
seperti gejala penipuan, penggodaman, serangan virus, penyamaran, pembulian siber
dan sebagainya yang boleh menyebabkan pengguna lain menjadi mangsa. Apa yang
lebih membimbangkan adalah apabila kita turut mengalami gejala ketagihan akibat
penggunaan Internet berikutan banyak masa yang telah diluangkan sehingga
mengabaikan pelbagai perkara lain yang lebih penting dalam kehidupan seharian kita.
Sekiranya masyarakat berkelakuan begini secara berterusan, ia akan menyebabkan
kesan negatif yang lebih mendalam terhadap ekosistem interaksi dan komunikasi.
Bagaimana Seseorang Menjadi Ketagih Kepada Internet?
Ketagihan Internet telah menjadi satu masalah sosial yang sangat besar di negara-negara
seperti Korea, China, Amerika Syarikat dan sebagainya. Kecenderungan peningkatan
ketagihan Internet ini kebanyakannya didapati di kalangan remaja yang majoritinya
adalah pelajar sekolah. Kebanyakan daripada mereka adalah pengguna telefon pintar, di
mana terdapat pelbagai aplikasi yang mudah didapati selain dari penggunaan rangkaian
sosial.
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Dasar Maklumat dan Komunikasi
di Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi pada Februari 2013, seramai
2,605 orang telah mengambil bahagian dalam kajiselidik ketagihan Internet
mengikut peringkat umur, termasuk pelajar sekolah rendah dan dewasa. Analisis kajian
e-Security | Vol: 36-12014
© CyberSecurity Malaysia 2014 - All Rights Reserved
74
beliau telah dihantar untuk memulihkan dirinya daripada ketagihan Internet. Malangnya beliau
telah dipukul sehingga meninggal dunia semasa mengikuti kelas pemulihan ketagihan Internet
ini.
China adalah antara salah satu daripada negara- negara yang mengalami gejala ketagihan
Internet; satu daripada setiap 10 pengguna Internet didakwa mengalami ketagihan.
3. 3- Daniel Petric, Jun 2007 Daniel Petric berumur 16 tahun telah melakukan
pembunuhan yang berniat jahat di rumah ibu bapanya di Wellington, Ohio akibat terlalu taksub
dengan permainan video. Apabila ibu bapa Petric mula merasakan bahawa permainan ganas ini
perlu dihentikan lantas Petric telah menembak kedua ibu bapanya menggunakan senjata bapa
Petric dan telah dibicarakan di mahkamah dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 23
tahun untuk jenayah itu.
4. 4- Kes Kebuluran Kanak-Kanak, Mei 2010 Sepasang suami isteri dari Korea Selatan telah
didakwa membunuh bayi perempuan mereka dengan hanya memberi makan sekali sehari
sahaja akibat leka bermain permainan video di kafe Internet. Bayi itu juga dikatakan dipukul
apabila menangis kelaparan. Kematian bayi ini adalah disebabkan nutrisi makanan yang
tidak mencukupi. Akhirnya pasangan ini telah dipenjara selama 2 tahun atas kesalahan yang
dilakukan.
Melihat pada kejadian tersebut membuatkan kita berikir sejenak akan kesan dan impak
disebalik ketagihan Internet ini sekiranya tiada alternatif yang ditawarkan untuk
mengurangkan ketagihan ini. Ketagihan Internet boleh menjejaskan juga fungsi dan
kehidupan masyarakat sekiranya dikaji dari sudut kesihatan mental dan memerlukan
rawatan yang khusus. Ketidakmampuan untuk mengawal tindakan impulsif adalah
salah satu sebab utama di sebalik ketagihan Internet ini. Mereka yang mengalami masalah
emosi di mana sering tidak berpuas hati dengan kehidupan akan lebih cenderung
menjadi seorang yang ketagihan Internet daripada seseorang yang mempunyai emosi
positif dan gembira.