E-Mel Notiikasi Pemindahan Wang

e-Security | Vol: 36-12014 © CyberSecurity Malaysia 2014 - All Rights Reserved 86 Rajah 3: E-mel notifikasi pembayaran bil

4.5 E-Mel Penyelenggaraan di atas Talian

E-mel yang kelihatan lebih formal membuatkan penerima e-mel beranggapan bahawa ianya adalah e-mel yang sah daripada pihak bank. Penggunaan perkataan seperti free, security, safe, care dan sebagainya secara psikologi memberikan jaminan keselamatan kepada pemilik akaun. Isi kandungan di dalam e-mel direka untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada pemilik akaun bahawa apa yang diarahkan adalah dijamin oleh pihak bank itu sendiri. Rajah 4: E-mel jadual penyelenggaraan di atas talian

5.0 Kesimpulan

Dengan kemajuan teknologi yang ada pada hari ini, pelbagai bentuk e-mel mahupun kaedah phishing digunakan untuk memerangkap mangsa. Isi kandungan di dalam e-mel phishing sentiasa diubah mengikut keadaan semasa dan mangsa yang lalai secara tidak langsung akan menyerahkan maklumat peribadi mereka kepada penjenayah phishing. Justeru, pelbagai kaedah juga telah dan boleh dilakukan untuk menghindarkan diri daripada menjadi mangsa kepada penipuan phishing. Langkah pencegahan sentiasa berkaitan dengan tahap kesedaran dan cara pengguna Internet berhadapan dengan penipuan phishing. Jika diperhatikan, pendedahan maklumat berkaitan phishing terhadap pengguna Internet yang kurang berpengetahuan dari segi keselamatan komputer adalah masih di tahap yang agak rendah. Ini adalah kerana, mangsa penipuan phishing kurang ataupun mungkin tiada langsung didedahkan kepada maklumat berkaitan. Dengan adanya program kesedaran yang dilakukan dari peringkat sekolah rendah ke peringkat korporat, sedikit sebanyak membantu meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan keselamatan komputer secara umumnya. ■

6.0 Rujukan

i. Pusat Bantuan MyCERT ii. h t t p : n e w s . n e t c r a f t . c o m archives20121113phishing-attacks-using- html-attachments.html iii. h t t p s : s u p p o r t . g o o g l e . c o m m a i l answer29436?hl=en iv. h t t p s : c o d e . g o o g l e . c o m a a p a c h e - e x t r a s . orgpphpmailerwikiUsefulTutorial v. http:en.wikipedia.orgwikiPhpmailer vi. h t t p s : b l o g s . r s a . c o m l a s e r - p r e c i s i o n - phishing-are-you-on-the-bouncers-list-today