KELEMAHAN LOGIK

2.12 KELEMAHAN LOGIK

Logik bersumberkan alam, pengalaman, dan pemikiran manusia semata-mata. Oleh yang demikian, ia sudah tentu mengandungi banyak kesilapan. Semua kesilapan yang berlaku ini melibatkan keseluruhan dariapa daya akal dan daya tindakan manusia itu sendiri. Oleh yang demikian, kesilapan-kesilapan logik boleh berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Menurut Ainon dan Abdullah (1997), Antara beberapa kelemahan logik merupakan seperti di bawah :

Perulangan

Kesempurnaan dan

Kokongan Perpepsi Keekstreman

Berat Sebelah Pengalaman Peribadi

TIdak Seimbang

2.12.1 Perulangan

Perulangan menguasai minda dan mempengaruhi cara bagaimana minda kita memproses apa yang dicerap daripada persekitaran. Hal atau perkara yang berlaku secara berulang-ulang akan termantap dalam minda kita. Kita secara tidak langsung akan menganggap apa jua yang berkaitan dengan hal dan perkara yang sama akan melalui proses yang sama ahaja. Perulangan akan menyebabkan kita taksub dan benar-benar yakin dengan sesuatu perkara dan peristiwa itu. Misalnya dikatakan orang bahawa tempat A itu berpuaka dan dalam masa yang sama kita banyak mendengar peristiwa misteri tempat itu. Pada suatu hari, rakan kita ditimpa sakit gara-gara melintasi itu (walaupun asas penyakit bukanlah berkaitan dengan tempat itu) maka secara tidak langsung.

2.12.2 Kokongan Persepsi

Logik sering kali dikongkong oleh apa yang dilihat, didengar, dirasa, dihidu , disentuh (perpepsi-sensori). Hal ini memang tidak dinafikan kerana hamper tujuh puluh peratus daripada maklumat yang kita perolehi dicerap menerusi deria sensori. Sebagai contoh, sejak kebelakangan ini didapati rakan kita melarikan diri daripada kita tanpa ketahui alasan yang sebenarnya. Mungkin kerana kitak bertegur sapa dengannya lantas kita mengandaikan bahawa kawan kita itu menyimpan perasaan dendam dan tidak puas hati terhadap kita. Bukan hal ini sahaja malah banyak episode yang berlaku dan fenomena yang berlaku kepada kita adalah berpunca daripada kokongan persepsi sendiri.

2.12.3 Pengalaman Peribadi

Dalam hal ini, apa yang kita alami adalah lebih benar daripada pengalaman orang lain. Hal ini menyebabkan ada falsafah mengatakan bahwa “pengalaman adalah university sebenar di dunia”. Apa yang berlakau ke atas diri kita itu lebih diberi tumpuan dan perhatian berbanding

apa yang dialami oleh orang lain. Perpepsi kita lebih mudah terdorong untuk membuat keputusan yang berkaitan secara langsung dengan pengalaman yang kita alami sendiri. Walaupun ternyata pengalaman kita tidak cukup untuk memberikan keutamaan kepadanaya. Hal ini menyebabkan kita mengambarkan diri kita berada di ‘zon seles’. Bagi kita , kita

hanya tahu bahwa diri kita sudah lebih memadai selagi kita berpegang kepada pengalaman

2.12.4 Berat Sebelah

Logik biasanya lebih condong dan cenderung kepada niat dan kepentingan peribadi. Idea-idea dan maklumat yang diterima oleh minda dipengaruhi oleh idea, niat dan kepentingan peribadi. Dengan kata lain, ia dinamakan bias peribadi. Apa jua yang ada kaitan dengan diri kita dengan sendirinya perpepsi kita akan terdorong untuk menyatakan semuanya yang baik dan positif. Maka, pada hemat kita dalam keadaan, tempat dan masa yang berbeza juga, berat sebelah itu boleh dinilai.

2.12.5 Tidak Seimbang

Sekali ‘kepentingan ‘ itu tercipta ia akan kekal dalam minda. Inilah kekurangan logik walai dalam keadaan mana pun daya taakulan kita ada kalanya sangat lemah dan tidak seimbang. Kita tidak minat dengan mata pelajaran matematik sejak dua tahun yang lalu disebabkan guru yang mengajar terlalu garang dan agresif. Keadaan ini menyebabkan kita trauma terhadap matematik dan guru yang mengajarnya. Lantas kita beranggapan bahawa matapelajaran matematik adalah tidak menarik kerana siapa pun guru yang mengajarnya bersifat garang dan agresif.

2.12.6 Kesempurnaan dan Keekstreman

Logik membuat pengadilan terhadap Sesutu fenomena yang sempurna dan ekstrem dan tidak ada jalan tengah Antara keduanya. Inilah dua keekstreman logik. Persepsi cepat memberi justifikasi dalam dua keadaan ini. Dalam kehidupan ini kita sering kali mendengar dua ungkapan yang saling bertentangan iaitu Berjaya dan gagal, menang dan kalah, cantik dan hodoh dan sebagainya.