Persepsi and Logik dan fungsi

JOANES J. AHMAD SOFFIAN A.

GOH X. Z.

KADIR S .

PERSEPSI & LOGIK

JOANES J. AHMAD SOFFIAN A. GOH X. Z. KADIR S.

Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Skudai Johor Bahru

Johor Darul Ta’zim Malaysia

Website : http://www.utm.my/

Cetakan Pertama 2014

© Joanes J., Ahmad Soffian A., Goh X. Z. dan Kadir S. 2014

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin penulis terlebih dahulu.

Joanes J. Ahmad Soffian A. Goh X. Z. Kadir S.

Persepsi & Logik / Joanes J., Ahmd Soffian A.,

Goh X. Z., Kadir S.

Bibliografi: hlm. 79

Joanes J. jjoanes2@live.utm.my Ahmad Soffian A. ahmads@live.utm.my Goh X. Z. gohxz@live.utm.my Kadir S. kadir21@live.utm.my

KANDUNGAN

PRAKATA

BAB 1 PERSEPSI

1.1 Definisi 1

1.2 Teori Gestalt 3

1.3 Teori Persepsi 5

1.4 Proses Terbentuknya Persepsi 7

1.5 Jenis-Jenis Persepsi 11

1.6 Sifat-Sifat Persepsi 30

1.7 Peraturan Persepsi 32

1.8 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Persepsi 34

1.9 Kesilapan Persepsi 37

1.10 Organisasi Persepsi 38

1.11 Peranan Persepsi Dalam Konteks Pembelajaran 38

1.12 Cara Meningkatkan Pengamatan Dan Penanggapan 39

1.13 Mengaplikasi Pengetahuan Mengenai Persepsi 39

BAB 2 LOGIK

2.0 Definisi 42

2.1 Pengertian 43

2.3 Sejarah Logik 46

2.4 Bidang Logik 47

2.5 Prinsip Asas Logik 48

2.6 Konsep Asas Logik 49

2.7 Ciri – Ciri Logik 51

2.7.1 Zaman Klasik 51

2.7.2 Zaman Islam 53

2.7.3 Zaman Moden 56

2.7.4 Umum 59

2.8 Karya Imiah Tentang Logik 59

2.9 Jenis-Jenis Logik 62

2.10 Sifat -Sifat Logik 68

2.12 Fungsi Pemikiran Logik 69

2.13 Kelemahan Logik 71

2.13 Logik Dalam Kehidupan Seharian 74

BAB 3 Cara Mengubah Persepsi – Logik 76

79

BIBLIOGRAFI

PRAKATA

Dengan izin Tuhan dan berkat serta restunya, buku Persepsi dan Logik ini berjaya diterbitkan dengan jayanya.

Buku yang mengandungi 2 bab utama ini membincangkan pelbagai aspek mengenai persepsi dan logik. Ia diilhamkan sebagai panduan dan rujukan para mahasiswa di Intitusi

Pengajian Tinggi yang mengambil Modul Pemikiran Kreatif dan Kritis. Sebahagian besar aspek-aspek yang dibincangkan ini merangkumi kehendak

Kurikulum Ijazah Sarjana Muda dan Diploma di Malaysia. Disamping itu, sebagai rujukan kepada golongan remaja, ibu bapa yang ingin memahami persepsi dan logik.

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Dr. Haji Hamdan bin Haji Abd. Kadir, pensyarah Modul Pemikiran Kreatif dan Kritis di Universiti Teknologi Malaysia kerana bimbingan diberikannya. Kalungan penghargaan kepada sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung di dalam menerbitkan buku ini.

Hendaknya buku ini dapat dimanfaatkan oleh para mahasiswa khususnya dan mendapat kritikan yang membina daripada para sarjana umumnya.

Joanes J. Ahmad Soffian A. Goh X. Z. Kadir S.

BAB 1 PERSEPSI

1.1 Definisi

Persepsi merupakan elemen yang penting dalam proses berfikir. Hal ini disebabkan persepsi berperanan dalam membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada peringkat awal. Input dalam bentuk rangsangan deria akan disimpan dan dicetak ke filem. Prosesnya berlangsung berterusan dan nada ketik anya akan berlaku ‘copy and paste’ pada mana-mana slot. Hal ini terjadi apabila berlakunya pertembungan input lama dan input baru. Setiap kali kita melihat suatu rangsangan baru maka, ia akan dirakamkan kemudian difilemkan. Apabila kita menerima rangsangan baru, maka filem akan diputarkan, dan di sini berlaku proses pengkordinasian input baru dan lama pada mana- mana slot dan ‘scene’ yang relevan dengan yang lama. Maklumat baru akan dirakamkan dan cuba disesuaikan dengan yang lama. Jika tiada hubungan langsung, maka satu filem baru akan dirakam. Begitulah seterusnya, proses in berlaku berterusan sehingga akhir hayat.

Secara umumnya, menurut Edward de Bono (1969), berfikir ialah proses yang berlaku dalam dua fasa iaitu fasa pertama ialah persepsi dan fasa kedua ialah logik. Di dalam buku ‘Organizational Behavior’ karya McShane dan Von Glinow disebutkan ‘Perception is the process of receiving information and making sense of the world around us’.

Terdapat banyak tokoh-tokoh yang menyatakan pendapat tentang definisi persepsi:

Edward de Bono (1969)

“Persepsi adalah tahap pertama proses berfikir. Tahap kedua ialah logik. Persepsi mempengaruhi apa yang dilihat oleh logik. Ringkasnya persepsi menentukan logik. ”

Newman (1983)

“Perception is the process in which sensory experiences are organised and made meaningful .”

Chaplin J.P. (1985)

“Persepsi adalah proses seseorang mengetahui objek dan peristiwa-peristiwa yang objektif melalui kederiaan. ”

Solso (1991)

“Perception is an active cognitive process which includes the selection, organization and interpretation of stimulus- stimulus”.

Mohd. Salleh (1995)

“Persepsi merupakan sesuatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu merupakan pola- pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur ”.

Abdullah dan Ainon (1996)

“Persepsi ialah tafsiran apa yang dilihat oleh mata, atau dengan kata lain, persepsi ialah makna yang diberi kan pada apa yang mata saksikan”.

Lindzey and Aronson (1985)

“Persepsi juga mencakup konteks kehidupan sosial, sehingga dikenalkan persepsi sosial. Persepsi sosial merupakan suatu proses yang terjadi dalam diri seseorang yang bertujuan untuk mengetahui, menginterpretasi, dan menilai orang lain yang dipersepsi, baik mengenai sifatnya, kualitinya, ataupun keadaan lain yang ada dalam diri orang yang dipersepsi sehingga terbentuk gambaran mengenai orang lain sebagai objek tersebut”.

Bimo Walgito (1969)

“Persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang dimulai dengan diterimanya rangsangan, sampai rangsangan itu disedari dan difahami oleh individu sehingga individu dapat mengenal dirinya sendiri dan keadaan sekitarnya”.

1.2 Teori Gestalt

Pakar-pakar psikologi ulung yang mengkaji fenomena persepsi secara sistematik adalah daripada aliran pemikiran psikologi Gestalt. Perkataan Gestalt ialah satu perkataan Bahasa Jerman yang sememangnya bahasa lain tidak mempunyai perkataan yang sama. Pengertian yang paling dekat tentang perkataan Gestalt ialah keseluruhan, kepenuhan dan kesempurnaan. Pendekatan Gestalt ini amat mementingkan konsep bahawa persepsi kepada gabungan bahagian sesuatu yang keseluruhan tidak sama seperti mempersepsikan sesuatu itu secara keseluruhan. Hal ini disebabkan pada pendapat mereka, adalah mustahak bagi pakar- pakar psikologi memahami bagaimana manusia mengorganisasikan rangsangan ke dalam satu bentuk keseluruhan yang bermakna.

Sebagai contoh, apabila merawat penyakit jiwa, para psikologi harus tahu apakah makna kerungsingan serta masalah yang dihadapi oleh pesakit secara keseluruhan dan adakah ia berkaitan dengan situasi-situasi yang lain.

Max Werheimer (1880-1943)

Teori Gestalt diperkenalkan oleh Max Werheimer (1880-1943), Wolfgang Kohler (1887-1967) dan Kurt Koffka (1886-1941). Gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk atau konfigurasi sesuatu yang dipersepsikan. Mengikut ahli-ahli psikologi Jerman di dalam persepsi terdapat dua aspek iaitu gestalt dan latar. Apabila seseorang memerhati sesuatu bentuk kadang-kadang ia boleh bertukar menjadi latar.

Rajah 1.1

Sebagai contoh, Rajah 1.1 di atas boleh dipersepsikan sebagai pokok atau harimau betina dan orang utan. Jika pokok yang menjadi objek, kedua-dua haiwan tersebut tidak kelihatan dan sebaliknya jika haiwan menjadi objek, pokok pula tidak kelihatan. Perkara ini juga sama berlaku pada Rajah 1.2 di bawah.

Rajah 1.2

Kadangkala objek dan latar boleh bertukar-tukar atau dilihat dari beberapa sudut yang berlainan. Rangsangan seperti ini dikenali sebagai rangsangan taksa. Hal ini berlaku apabila organisasi persepsi membenarkan kedua-dua objek dan latar belakang menjadi tumpuan.

. Dalam hal ini, individu perlukan masa untuk mengorganisasikan bahagian-bahagian yang berasingan hingga dapat memberi sesuatu yang bermakna.

1.3 Teori Persepsi

Teori persepsi adalah suatu istilah untuk menggambarkan penerapan penelitian tentang neurologis dan menerima prinsip-prinsip psikologi dalam mempelajari komunikasi visual. Teori persepsi menangani bagaimana otak menerima informasi, mengolahnya, dan menggunakannya. Pada teori persepsi, pendekatan teoritisakan menambahkan informasi baru untuk mempelajari komunikasi visual dan membantu manusia tersebut tentang keefektifan dari teori komunikasi. Ia berasal dari penelitian sosial. Pada akhirnya, agar berguna, semua teori komunikasi dan semua asumsi tentang cara seorang manusia memproses gambar serta dampaknya yang mereka miliki harus kompatibel dengan penelitian neurologis. Pendekatan persepsi terhadap teori komunikasi mengakui keutamaan emosi dalam pengolahan semua komunikasi, dan khususnya target visual yang mempunyai komunikasi parallel.

Dalam proses persepsi tergantung pada primer berdasarkan emosi sistem respon. Mengingat penelitian neurologis saat ini, misalnya, manusia tidak boleh lagi menggangap bahawa respon seseorang terhadap visual sadar, atau logik. Sebaliknya, penelitian neurologi Dalam proses persepsi tergantung pada primer berdasarkan emosi sistem respon. Mengingat penelitian neurologis saat ini, misalnya, manusia tidak boleh lagi menggangap bahawa respon seseorang terhadap visual sadar, atau logik. Sebaliknya, penelitian neurologi

Oleh sebab di setiap aspek persepsi memiliki implikasi yang mendalam untuk semua bidang komunikasi, dan tidak lebih dari komunikasi visual. Pada akhirnya kunci untuk memahami tentang pemahaman semua komunikasi visual terletak pada kerja saraf otak kita. Sejarah evolusi neurologi otak adalah sebuah cerita yang juga berkembang seperti komunikasi manusia, apa yang muncul bukan dari penelitian otak adalah kesadaran bahawa meskipun pandangan mungkin memang dimulai dengan cahaya memasuki retina, visi terjadi jauh di dalam otak, dan bahawa persepsi, proses di mana kita makna dari apa yang kita lihat, adalah sebuah simfoni yang rumit dimainkan pertama dan terutama melalui alam bawah sadar emosional sistem, dengan peralatan saraf berevolusi selama jutaan tahun.

Pengalaman visual adalah modus jauh dari pembelajaran yang paling dominan, dalam hal ini membangun hubungan sinaptik di otak. Tidak ada sistem sensorik lainnya yang telah dipelajari sehingga sepenuhnya sebagai visual, dan tidak ada yang lain telah menjanjikan seperti dalam mengungkap rahasia fikiran pemahaman tentang bagaimana persepsi bekerja merupakan hal yang fundamental. Penelitian komunikasi terus menerus, terutama dalam hal efek media. Sebagai media kekerasan menjadi fokus utama kepedulian sosial banyak hari ini, misalnya, adalah penting untuk dicatat bahawa banyak dari jari menunjuk untuk menyalahkan dan mengarahkan. Oleh sebab evolusi adalah proses yang lambat, otak kita belum disesuaikan dengan pengalaman visual diperoleh melalui media dengan cara yang khusus.

Meskipun evolusi biologi cenderung lambat, revolusi teknologi telah mempercepat otak manusia dengan kecepatan yang mengagumkan. Untuk sistem perseptual pengalaman, visual dalam bentuk seni rupa, media massa, virtual kenyataan, atau bahkan video game hanyalah stimulus baru memasuki sirkuit yang sama (prewired). Dengan demikian, penelitian saraf menyediakan heuristik kaya untuk wawasan baru ke dalam semua aspek yang ada pembelajaran otak dan sistem memori diberi makan oleh pengalaman visual, dan bagaimana utama jalur dan modul bekerja baik secara independen dan dalam konser dengan satu sama lain untuk menyelesaikan proses persepsi, kita menemui kesempatan yang tidak terbatas untuk penelitian baru di visual yang belajar.

1.4 Proses Terbentuknya Persepsi

Persepsi dapat disimpulkan secara sederhana bahawa:

i. Persepsi berkait rapat dengan interpretasi dan sensasi.

ii. Persepsi dikatakan berlaku di dalam minda apabila kita memahami apa yang berlaku.

iii. Persepsi bagi setiap individu adalah berbeza-beza berdasarkan kepada beberapa faktor seperti pendidikan, pengalaman, kecenderungan, dan sebagainya. Dengan kata lain, persepsi bersifat personal.

iv. Persepsi melibatkan proses pencerapan rangsangan menerusi pancaindera (mata, lidah, telinga, kulit dan hidung).

Rajah 1.4: Proses terjadinya persepsi yang melibatkan rangsangan

Proses pembentukan persepsi dimulai dengan masuknya sumber melalui suara, penglihatan, rasa, aroma, atau sentuhan manusia, diterima oleh indera manusia (sensory receptor) sebagainya bentuk sensation. Sejumlah besar sensation yang diperoleh dari proses pertama di atas kemudian diseleksi dan diterima. Fungsi penyaringan ini dijalankan oleh faktor seperti harapan individu, motivasi, dan sikap. Proses persepsi membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran.

Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata suatu alat membantu proses penglihatan. Proses melihat berlaku dalam dua fasa iaitu fasa pertama ialah mata menghantar maklumat ke otak dan fasa kedua ialah otak memberitahu mata apa yang dilihat. Proses kognitif dalam persepsi mewujudkan pola-pola mental dalam pemikiran sesorang. Pada fasa pertama, sesorang itu menerima sesuatu rangsangan dari persekitaran melalui deria sensorinya. Apa yang kita lihat, rasa, bau, sentuh, atau hidu kemudiannya akan dikumpul dan difailkan dalam fail-fail maklumat yang sangat banyak dalam fikiran kita. Proses mengakses fail ini oleh sistem saraf pusat sangat pantas dan cekap, dan jarang sekali berlaku kesilapan.

Tamatnya fasa kedua, langsung ke fasa ketiga, di sini otak yang telah berjaya mengakses fail-fail akan mengolah jawapan dan akan memberitahu kita sesuatu yang apa yang kita lihat. Dalam fasa ketiga inilah sesuatu yang kita lihat itu akan membentuk apa yang

dikatakan sebagai ‘mental set’ dan di sinilah persepsi bermula. Justeru perubahan-perubahan dalam cara kita melihat sesuatu mestilah dirombak, dipinda dan diubahsuai dalam fasa ketiga

ini. Inilah fasa persepsi yang berperanan penting dalam pola berfikir seseorang.

Proses Persepsi FASA FASA FASA

Rangsangan deria Otak memberitahu deria apa yang

- Lihat

dilihat

- Rasa - dan failkan

Kumpulkan

- ‘Mental set’ sedia Sentuh

Bau sesuatu -

maklumat

- terima

Hidu tanggapan

FAIL 1

FAIL 2

FAIL 3

FAIL 4

Sub- subfail

Sub-

Sub-

Sub-

subfail

subfail

subfail

POLA-POLA MENTAL

PROSES KOGNITIF PERSEPSI

HIPOTESIS

PENGALAMAN

ANALISIS

(ANDAIAN)

DAN KONTEKS

MELALUI SINTESIS

-Interpretasi daripada

datasensori

(pengetahuan)

-Persepsi tidak statik

-Contoh:Kiub Necker RANGSANGAN INPUT

Menjana hipotesis dan kaitkan

skema yang berkaitan daripada memori.

TIDAK

Ada persamaan/perkaitan

(maklumat baru dan lama)

Ya

Kenalpasti rangsangan

1.5 Jenis-Jenis Persepsi

Persepsi bersinonim dengan deria, wujudnya deria maka terbentuknya sesuatu persepsi. Otak dan fikiran mampu menggerakkan deria dan persepsi serta memperluaskan atau mengecilkan skop persepsi sesorang berasaskan kemahuan dan kehendak sesorang itu. Kebanyakan orang menggangap persepsi itu hanya melibatkan perkara yang dapat dilihat dengan mata semata-mata, namun, kenyataan itu adalah tidak benar. Hal ini demikian kerana,persepsi secara keseluruhannya melibatkan kesemua pancaindera manusia itu sendiri.

Setiap manusia dianugerahkan dengan keupayaan dan kelebihan yang berbeza-beza. Ada sebilangan manusia yang sensitif kepada bunyi-bunyian dan ada di antara mereka sensitif kepada deria penglihatan dan sebagainya. Perkara yang lebih baik adalah mereka yang dapat menggunakan kesemua deria pandaindera mereka dengan sebaik-baiknya serta dapat mengaitkan kesemua antara deria dalam membuat satu kesimpulan.

Proses pemahaman terhadap rangsang atau stimulus yang diperoleh oleh indera menyebabkan persepsi terbahagi menjadi beberapa jenis. Jenis-jenis persepsi boleh dikategorikan kepada lima bahagian iaitu persepsi auditori, persepsi visual, persepsi kinestatik-tactile, persepsi sosial dan persepsi ekstra sensori. Persepsi auditori, persepsi visual, persepsi kinestatik-tactile boleh diklasifikasikan sebagai tiga jenis persepsi yang utama.

1.5.1 Persepsi Auditori

Persepsi auditori adalah melibatkan deria pendengaran iaitu telinga. Telinga mampu mengesan dan membezakan bunyi-bunyian yang dapat didengari dengan mendengar nada- nada yang dihasilkan. Persepsi auditori ialah kemampuan memproses informasi melalui saluran auditori.

1.5.1.1 Struktur Telinga Manusia

Deria pendengaran adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar. Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan apabila badan bergerak.

Rajah 1.5 : Kerantan rentas telinga manusia

Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.

1.5.1.2 Mekanisme Pendengaran Telinga

Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang(waves). Cuping telinga akan mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga. Kemudian, salur telinga mengarahkan gelomgang bunyi tersebut ke gegendang telinga dan telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi. Getaran gelombang bunyi digandakan sebanyak 22 kali oleh osikel. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

1.5.2 Persepsi Visual

Persepsi visual adalah melibatkan deria penglihatan iaitu mata. Mata merupakan elemen terpenting dalam membuat persepsi. Melalui deria mata manusia mampu mengesan dan menganalisis warna, bentuk saiz, pola, kedudukan dan sebagainya.

1.5.2.1 Struktur Mata Manusia

Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya. Mata adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia. Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull). Mata manusia berbentuk sklera dan sedikit menonjol. Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera(lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).

Rajah 1.6: Keratan rentas mata manusia

1.5.2.2 Pembentukan Imej Pada Retina

Kanta mata dalam mata manusia adalah kanta cembung yang lutsinar. Cahaya yang datang daripada objek akan melalui kanta seterusnya dibengkokkan dan difokuskan kepada retina. Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia. Otot silia bertindak untuk mengawal ketebalan kanta mata. Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk melihat objek dekat dan jauh.

Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang berbeza dikenali sebagai akomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan oleh otot silia yang mengubah ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah jarak fokusnya. Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek dari jarak 25cm hingga infiniti. Jarak 25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi penglihatan jelas.

1.5.2.3 Mekanisme Penglihatan

Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah. Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki mata. Cahaya dibengkokkan pada kornea, gelemair, kanta mata dan gelemaca. Suatu imej terbalik akan terfokus kepada retina dan seterusnya mencetuskan impuls saraf.

1.5.2.4 Pembentukan Imej

Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan. Imej ditafsirkan sebagai tegak. Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh kanta cembung, yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.

1.5.2.5 Persepsi Visual

Dalam psikologi, persepsi visual bermaksud kemampuan untuk menterjemahkan apa yang dilihat oleh mata, iaitu jatuhnya cahaya masuk ke retina mata. Hasil dari persepsi tersebut dikenal dengan istilah: penglihatan (eyesight/sight/vision).

Masalah utama dari persepsi visual ini tidak semata-mata apa yang dilihat manusia melalui retina matanya. Namun lebih kepada bagaimana untuk menjelaskan persepsi dari sudut penglihatan manusia. Pembentukan persepsi dalam fikiran manusia dipengaruhi oleh faktor-faktor lingkup referensi, latar belakang dan pengalaman mental sebelumnya. Oleh itu, persepsi bagi setiap individu boleh berbeza-beza antara satu sama lain.

Freud Sigmund (1856-1939)

Seperti dalam pandangan Freud, semua perilaku manusia baik yang nampak(gerakan otot) mahupun yang tersembunyi(pemikiran) adalah disebabkan oleh peristiwa mental sebelumnya.

Terdapat peristiwa mental yang kita sedari dan tidak kita sedari sehingga semua peristiwa mental tersebut membentuk satu pola persepsi.

1.5.2.6 Jenis - Jenis Persepsi Visual

i. Ruang hubungan (spatial relation), menunjuk pada persepsi tentang posisi pelbagai objek dalam ruang. Fungsi dimensi visual ini ialah mengimplikasikan persepsi tentang tempat suatu objek atau symbol (gambar, huruf, angka) dan ruang hubungan yang menyatukan persekitarannya.

ii. Diskriminasi visual (visual discrimination), ialah kemampuan untuk membezakan antara sesuatu objek dengan objek yang lain. Sebagai contoh, sesuatu objek boleh dikelaskan mengikut warna, bentuk pola, ukuran atau posisi.

iii. Diskriminasi bentuk dan latar belakang (figure-ground discrimination), adalah menunjuk kemampuan untuk membezakan sesuatu objek dengan latar belakang yang terdapat disekeliling objek tersebut.

iv. Visual colsure ialah kemampuan untuk mengingat dan mengidentifikasikan sesuatu objek walaupun keseluruhan objek tidak dapat dilihat dengan sepenuhnya. v. Mengenal objek(object recognition) menunjuk kemampuan untuk mengenal sifat kepelbagaian sesuatu objek dalam masa yang singkat.

Rajah 1.7

Rajah 1.8

Rajah 1.7 menunjukkan seorang penunggang kuda putih dan seorang yang sedang tidur berselimutkan kain kuning di tepi sungai. Walaubagaimanapun, dari satu sudut persepsi visual lain, kita dapat melihat wajah seorang laki tua berjanggut.

Rajah 1.8 menunjukkan dua orang manusia sedang melihat pemandangan laut namun dari sudut persepsi visual yang lain, kita dapat melihat seorang janin bayi. Oleh hal yang demikian, persepsi visual seseorang adalah berlainan melalui pemikiran mereka dalam menganalisis.

1.5.3 Persepsi Kinestetik-Tactile

Persepsi kinestetik-tactile adalah melibatkan tiga deria iaitu deria rasa, deria bau dan deria sentuhan. Persepsi kinestetik-tactile adalah sangat penting sebagai pengimbang kepada persepsi auditori dan persepsi visual.

1.5.3.1 Struktur Hidung Manusia

Deria bau adalah deria yang boleh mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam. Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung. Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium. Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria yang dikenali sebagai sel-sel penghidu. Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar. Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disebut melalui hidung.

1.5.3.2 Proses Mengesan Bau Oleh Hidung

Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung(rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria. Kemudian, sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf. Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut sebagai bau. Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga, bau busuk, bau dibakar dan aroma makanan yang diangkut melalui udara ke dalam hidung.

1.5.3.3 Faktor-faktor Kepekaan Hidung Kepada Rangsangan

a. Kekuatan bau Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.

b. Kehadiran mukus dalam hidung Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan- bahan kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.

Mukus

Rajah 1.10: Kehadiran mucus dalam hidung

1.5.3.4 Struktur Lidah Manusia

Deria rasa adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa. Lidah merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia dan bahan berperisa. Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

Rajah 1.11: Keratan rentas lidah manusia

Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis, masin, masam dan pahit. Permukaan lidah mempunyai deria atau tunas rasa. Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu. Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan. Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap satu jenis rasa tertentu sahaja. Lidah manusia mempunyai empat bahagian, yang mana masing-masing sensitif terhadap rangsangan rasa sahaja. Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

1.5.3.5 Proses Mengesan Rasa Oleh Lidah Manusia

Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair. Apabila makanan dimakan, air liur dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan. Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa untuk mencetuskan impuls. Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa. Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa.

1.5.3.6 Struktur Kulit Manusia

Deria sentuhan adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan yang dikenakan oleh objek tertentu. Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit.

Rajah 1.12: Keratan rentas kulit manusia

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luaran).

Dermis:

Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung. Kaya dengan kapilari darah untuk mengangkut nutrient, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida. Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian, kelenjar peluh dan tisu adipos. Dermis juga

mengandungi ‘hujung saraf’ untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan, dan tekanan. Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria kerana ianya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Rajah 1.13: Jenis-jenis reseptor

Epidermis:

Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan. Sel-sel mati itu mengandungi keratin. Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

1.5.3.7 Tahap Kepekaan Kulit

Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza di setiap bahagian yang berlainan pada badan. Hal ini disebabkan reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan. Tahap kepekaan kulit bergantung kepada dua faktor iaitu ketebalan epidermis (bahagian Kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan) dan bilangan reseptor (bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan).

1.5.4 Persepsi Kinestetik-Tactile

Persepsi kinestetik ialah ‘reception of body parts position and movement’. Persepsi kinestetik adalah suatu informasi tentang postur, posisi, lokasi, dan geraktubuh manusia yang

disebabkan oleh stimulasi mekanisme terhadap sendi dan otot. Menurut Sherrington (1906), kinestetik dibahagikan dari proprioseptik berdasarkan aspek keseimbangan.

Persepsi tactile adalah kepekaan kulit terhadap sentuhan, tekanan dan suhu. Persepsi tactile ini diaktifkan oleh stimulus mekanisme atau stimulus terma. Hal ini merupakan kemampuan eksteroseptif. Pada bahagian kulit, ia memiliki kepekaan paling tinggi seperti jari, tangan, mulut dan hujung lidah. Kepentingan persepsi tactile ialah kita membaca dengan kulit dan melihat dengan kulit.

1.5.4.1 Contoh-contoh Persepsi Kinestetik-Tactile

i. Stereognosia

Stereognosia adalah sesuatu kemampuan untuk mengenal bentuk benda dengan hanya meraba tanpa melihat.

ii. Topognosia (topostesia)

Topognosia adalah sesuatu kemampuan untuk mengenalpasti sesuatu lokasi tempat dengan hanya merasa melalui sentuhan.

iii. Grafestesia

Grafestesia adalah sesuatu kemampuan untuk mengenal huruf atau angka yang ditulis pada kulit dengan mata yang tertutup.

1.5.5 Persepsi Sosial

Menurut Wrigthsman and Deaux (1987), persepsi sosial adalah satu proses membuat penilaian (judgement) atau memberi kesan (impression) mengenai pelbagai perkara yang terdapat dalam lapangan penginderaan seseorang. Penilaian atau pembentukan kesan ini adalah keupayaan dalam memberi makna kepada hal-hal tersebut. Persepsi sosial adalah suatu proses memberikan makna kepada informasi sensori yang diterima seseorang.

Oleh hal yang demikian, persepsi sosial dapat dihuraikan sebagai suatu proses seseorang untuk mengetahui, menginterprestasikan dan mengevaluasi orang lain yang dipersepsikan melalui sifat-sifatnya, kualitinya dan keadaan yang mempengaruhi diri orang yang dipersepsikan lalu membentuk satu gambaran mengenai orang yang dipersepsikan tersebut. Walaupun begitu, persepsi mampu memberikan pengaruh kepada yang mempersepsi. Dengan demikian dapat dikemukakan dalam mempersepsi manusia atau seseorang adanya dua pihak yang masing-masing mempunyai kemampuan, perasaan, harapan dan pengalaman tertentu yang berbeza antara satu sama lain, yang boleh mempengaruhi dalam mempersepsi manusia atau orang tersebut.

Persepsi yang dihasilkan oleh individu sangat subjektif kerana dipengaruhi oleh perasaan, nilai-nilai dan kepercayaan yang dimiliki oleh individu. Sehingga masing-masing boleh menghasilkan persepsi yang berbeza. Maka terdapat dua aspek utama dalam usaha kita untuk mamahami orang lain. Pertama, kita hendaklah selalu berusaha untuk memahami perasaan dan emosi orang lain. Sebagai contoh, bagaimana perasaan mereka pada tempat dan waktu tertentu. Informasi tersebut sering diperoleh melalui pengamatan pada aspek-aspek non-verbal individu lain. Kedua, kita perlu berusaha untuk memahami penyebab kesan yang leih lama bagi perilaku seseorang seperti traits, motif dan intensi. Informasi seperti ini sering diperoleh melalui suatu proses yang dinamakan atribusi.

1.5.5.1 Tiga Elemen Persepsi Sosial

i. Peribadi

Proses pembentukan persepsi sosial berdasarkan penilaian peribadi, antara lainyang dilakukan dengan cepat, ketika melihat penampilan fizik seseorang. Contohnya, jantina, usia, latar belakang etnik, dan beberapa aspek demografi lain.

ii. Situasi

Konsep awal tentang mengenalpasti situasi berdasarkan pengalaman. Ketika seseorang merasa sangat akrab dengan situasi tertentu, maka peristiwa-peristiwa akan terletak tepat pada tempatnya. Hal ini bererti, semakin banyak pengalaman hidup seseorang, semakin bijak persepsi sosial yang terdapat dibentuknya melalui situasi.

iii. Perilaku

Perilaku memerlukan bukti-bukti yang dapat diamati untuk mengidentifikasikan aktiviti seseorang. Seseorang mampu menggunakan perilaku non-verbal untuk menguatkan penilaiannya, namun sering kali tidak tepat. Hal ini disebabkan terlalu banyak pemerhatian yang dilakukan pada kata-kata, ekspresi wajah, isyarat bahasa tubuh dan perubahan intonasi.

Ketika kita ingin mengetahui perasaan orang lain, orang lain tidak selalunya bersedia untuk menceritakan perasaan mereka secara mendalam kepada kita. Sebaliknya, mereka cuba untuk menyembunyikan dan berdusta tentang emosi mereka pada masa itu. Maka, kita sering berusaha untuk mendapatkan informasi secara tidak terlalu langsung dengan memperhatikan petunjuk non-verbal(non-verbal cues) yang tampil melalui ekspresi wajah, kontak mata, postur, gerak tubuh, dan pelbagai tingkah laku ekspresif lainnya.

1.5.5.2 Komunikasi Non-verbal

Komunikasi non-verbal adalah komunikasi di antara individu tanpa melibatkan isi bahasa lisan, namun menggunakan bahasa-bahasa non-lisan melalui ekspresi wajah, kontak mata, dan bahasa tubuh. Perilaku non-verbal relative kebiasaannya susah untuk dikawal. Petunjuk non-verbal yang ditampilkan oleh seseorang dapat mempengaruhi perasaan kita meskipun kita berada dalam keadaan tidak sedar memperhatikan petunjuk ini, ataupun sengaja membaca perasaannya.

Terdapat empat jenis komunikasi nonverbal iaitu:

i. Ekspresi wajah

“Wajah adalah gambaran jiwa” yang bererti perasaan dan emosi manusia seringkali dapat dibaca melalui wajah mereka dan dapat dikenali melalui pelbagai ekspresi. Terdapat enam emosi manusia yang dapat dilihat dengan jelas dan telah dipelajari sejak kecil iaitu marah, takut, bahagia, sedih, terkejut, dan jijik (Izard, 1991; Rozin, Lowery & Elbert, 1994).

ii. Hubungan Mata

“Mata adalah jendala hati” yang bererti perasaan seseorang dapat dilihat melalui tatapan mata. Hubungan mata boleh dilihat sebagai satu bentuk rasa suka atau perasaan positif.

iii. Bahasa Tubuh

Bahasa tubuh seperti gesture, postur dan gerakan, seringkali dikaitkan dengan keadaan emosional seseorang. Pola gerakan tubuh menyimpan makna tersendiri. Sementara itu, gerakan tubuh terbahagi kepada beberapa kategori, namun yang terpenting adalah emblem iaitu satu gerakan tubuh yang menyimpan makna khusus menurut budaya tertentu.

iv. Sentuhan

Sentuhan seringkali membangkitkan perasaan positif dalam diri orang yang disentuh. Sebagai contoh, berjabat tangan mengungkapkan banyak hal tentang orang lain

1.5.5.3 Atribusi

Atribusi adalah proses di mana kita mencuba untuk mencari informasi mengenai kenapa dan bagaimana seseorang membuat sesuatu perkara tersebut. Teori Kelley, “Theory Of Causal Attribution” menyifatkan perilaku seseorang kebiasaannya disebabkan oleh faktor

internal (sifat, motif, intense), faktor eksternal(aspek-aspek fizik dan sosial) mahupun kombinasi di antara kedua-duanya. Menurut teori ini, terdapat tiga sumber informasi penting untuk menjawab sebab perilaku seseorang terjadi, iaitu:

i. Consensus

Consensus ialah kesamaan reaksi orang lain terhadap stimulus atau peristiwa tertentu dengan orang yang sedang kita perhatikan. Semakin tinggi seseorang beraksi serupa, semakintinggi konsesinya.

ii. Konsistensi

Konsistensi adalah nilai kesamaan reaksi seseorang terhadap suatu stimulus atau suatu peristiwa yang sama pada waktu yang berbeza.

iii. Distingsi

Distingsi adalah nilai perbezaan reaksi seseorang terhadap pelbagai stimulus atau peristiwa yang berbeza-beza.

1.5.6 Persepsi Ekstra Sensori

Persepsi ekstra sensori adalah kemampuan persepsi seseorang di atas pancainderanya. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Sir Richard Burton 1870, dan akhirnya pada tahun 1930-an, seorang parapsychologist Amerika telah mempelajari kemampuan ini lebih spesifik melalui pengujian di laboratorium. Penelitian muktahir tentang persepsi ekstra sensori ini akhirnya sampai pada kesimpulan bahawa kemampuan ini boleh dikembangkan dan diterapkan pada setiap orang.

1.5.6.1 Jenis-jenis Persepsi Ekstra Sensori

i. Telepati

Telepati adalah kemampuan komunikasi tanpa alat, dengan kata lain, ia dikatakan ‘mind to mind communication’. Telepati adalah pancaindera pemikiran antara

seseorang dengan orang lain. Hal ini bermakna, pemikiran kita sama dengan sesorang yang akhirnya menghasilkan satu persepsi yang sama. Yakni telepati terjadi antara orang atau lebih yang memiliki hubungan yang rapat (contoh: suami isteri atau ibu dan anak). Telepati ialah faktor bawaan oleh itu, ia tidak boleh dilatih. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak (Mimo) sedang menonton bola bersama kawan- kawannya, tiba-tiba wujud satu perasaan yang gelisah dimana dia merasakan risau mengenai ibunya di rumah. Lama-kelamaan akhirnya Mimo mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Apabila sampai di rumah ibunya di dalam keadaan pengsan.

ii. Clairvoyance

Clairvoyance adalah kemampuan mengetahui keadaan atau gambaran suatu objek atau peristiwa tanpa melalui proses berfikir secara normal, ia juga adalah kemampuan membaca pemikiran seseorang dan perkara yang terjadi pada jarak jauh. Hal ini dapat diperoleh dengan cara berlatih. Sebagai contoh, seorang ahli silap mata boleh membaca fikiran seseorang walaupun dalam jarak yang jauh.

Rajah 1.14: Ahli silap mata Rajah 1.14: Ahli silap mata

Precognition adalah kemampuan mengetahui kejadian sebelum terjadi, ia adalah persepsi tentang kejadian yang akan datang. Hal ini dapat dilihat dengan melihat melalui indera yang dipersepsikan untuk kejadian yang akan datang. Suatu kajian mendalam telah dijalankan oleh Makmal Parapsikologi Universiti Duke yang kebanyakkan Precognition ini terjadi melalui mimpi. Makmal Parapsikologi telah mengumpul sebanyak 1777 berdasarkan mimpi dan 1513 daripadanya dilaporkan mengalami precognition, dimana 75% tidur dan 60% tidur berjaga-jaga. Kes kanak- kanak dilaporkan mengalami precognition sebanyak 157 kes iaitu bersamaan 52%. Negara Jerman turut mengeluarkan fakta yang sama iaitu 52% dari 1000 kes yang dikateogorikan sebagai precognition.

iv. Psychokinesis

Psychokinesis adalah kemampuan untuk mempengaruhi atau menggerakkan benda dan peristiwa melalui fikiran, dengan kata lain, ia adalah kemampuan di mana seseorang mampu untuk memindahkan sesuatu objek tanpa gangguan fizik. Kajian mengenai Psyhokinesis banyak dilakukan oleh saintis-saintis bagi membuktikan kemampuan ini akan tetapi pelbagai kritikan mengenai kewujudan kemampuan ini.

Rajah 1.15: Uri Geller; beliau terkenal di dalam demontrasi “bending spoon”

1.6 Sifat-sifat Persepsi

Menurut Ainon dan Abdullah (1996), persepsi mempunyai sekurang-kurangnya empat sifat utama. Sifat-sifat ini berkaitan rapat dengan fenomena dan sensitiviti.

i. Persepsi sering berubah-ubah bergantung kepada perubahan keadaan persekitaran

Persepsi berkadar terus dengan perubahan masa. Apa yang kita lihat sekarang sebagai canggih, namun sepuluh tahun akan datang mungkin sudah ketinggalan dan dilupakan. Contohnya, model-model kereta Mercedes Benz yang canggih pada masa ini akan hanya menjadi klasik pada seratus tahun akan datang. Namun persepsi tidak berubah dalam semua situasi. Situasi yang berkaitan dengan agama dan nilai sejagat akan terus dipertahankan walaupun masa berubah.

ii. Persepsi bersifat personal

Persepsi memang brsifat personal. Ia amat bersesuaian dengan sifat ‘kelainan ragam’ manusia itu sendiri yang mempengaruhi apa yang kita lihat. Faktor personal adalah faktor psikologi seseorang yang boleh mempengaruhi apakah hasil daripada persepsinya. Contohnya, apa yang Ali rasa tentang makanan di restaurant tersebut mungkin tidak sama dengan Salleh.

iii. Persepsi bersifat berkesinambungan

Persepsi bersifat bersambung-sambung dan mengambil tempoh yang lama. Contohnya, persepsi kita terhadap dadah itu sebagai ‘najis’ maka sampai bila-bila

pun, kita akan beranggapan bahawa dadah itu sebagai ‘najis’ yang membahayakan kesihatan.

iv. Persepsi bersifat amat selektif

Manusia itu sendiri mempunyai sifat memilih. Oleh itu, persepsi itu juga akan hanya memilih apa yang dekat dan sesuai dengan kehendak kita. Walaupun apa yang kita lihat itu merupakan entiti penting dalam sesuatu komponen tetapi jika kita merasakan ianya tidak bertepatan dengan kita maka kita akan menolaknya. Keinginan dapat mempengaruhi persepsi seseorang dalam hal membuat keputusan. Manusia cenderung menolak tawaran yang tidak sesuai dengan apa yang ia harapkan. Contohnya, Husna mendapat pekerjaan sebagai kerani di syarikat itu. Namun dia menolak tawaran tersebut kerana dia memilih pekerjaan berdasarkan kelulusannya iaitu akauntan.

1.6.1 Sifat Rangsangan Terhadap Persepsi

Sesuatu rangsangan yang diterima atau dilihat oleh seseorang bergantung kepada keperluan atau peringkat perkembangannya. Secara umum, bentuk atau sifat-sifat rangsangan yang boleh menarik perhatian orang lain ialah:

i. Objek yang berubah-ubah atau yang bergerak

Individu akan memberi lebih perhatian terhadap objek yang memberikan gerakan dalam jangkaan jarak pandangan tertentu berbanding dengan objek yang tidak bergerak.

ii. Perkara atau rangsangan yang luar biasa

Deria sensori akan cepat terangsang apabila menerima rangsangan yang luar biasa. Kita akan lebih cepat tertarik kepada benda atau perkara yang pelik dan luar biasa itu.

iii. Rangsangan yang berlawanan

Rangsangan yang berlawanan turut menjadi perhatian yang lebih kepada deria sensori kita dan sekali gus akan mengubah persepsi seseorang.

iv. Faktor dalaman dan minat

Faktor ini berkaitan dengan estim diri. Jika sesuatu yang kita suka dan minat, ia akan menjadi tumpuan serta perhatian lebih yang kita berikan kepadanya.

v. Kontras bentuk

Di antara kumpulan orang yang kurus-kurus maka seseorang itu akan cepat menjadi perhatian orang jika seseorang itu berbadan gemuk.

vi. Sesuatu yang baru (novelty)

Sesuatu perkara yang baru akan lebih menarik perhatian seseorang daripada sesuatu yang telah kita ketahui dan selalu kita perhatikan.

vii. Sesuatu yang menjadi perhatian orang

Sesuatu stimulus yang menjadi perhatian ramai akan menarik perhatian seseorang. Misalnya, jika ada sekumpulan orang yang berkerumun di sesuatu tempat, maka seseorang akan lebih tertarik untuk melihat apa yang dilihat oleh sekumpulan orang tersebut.

1.7 Peraturan Persepsi

Seperti yang sedia tahu, persepsi adalah tafsiran kita kepada sesuatu perkara. Setiap individu memberi pelbagai persepsi kepada sesuatu perkara tersebut berdasarkan maklumat yang sedia ada dalam dirinya. Persepsi juga bukan hanya kepada perkara-perkara luaran tetapi juga meliputi tafsiran perkara-perkara dalaman seperti tafsiran mengenai diri kita. Persepsi mengenai diri kita juga mempengaruhi estim diri sama ada positif atau negatif. Mengikut kajian, persepsi merupakan perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian manusia.

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi, persepsi banyak dipengaruhi oleh empat faktor atau juga dikenali sebagai Empat Peraturan Persepsi.

a. Peraturan Perkaitan (Law of Proximity)

Otak manusia juga lebih mudah menerima dan mengingati maklumat yang berdekatan atau saling berkait antar a satu sama lain. Sebagai contoh, mengabungkan antara dua atau lebih objek atau idea yang berkaitan antara satu sama lain supaya pelajar dapat membuat perbandingan serta perkaitan bagi memahami serta mengingati maklumat.

b. Peraturan Persamaan (Law of Similarity)

Otak manusia lebih cenderung menerima sesuatu yang mempunyai persamaan. Semakin banyak persamaan diterima dalam sesuatu perkara, semakin mudah maklumat itu dapat didaftar dalam otak menjadi memori, kemudia memori tersebut akan menjadi persepsi. Sebagai contoh, pelajar diajar cara mengkategorikan konsep dengan mengaitkan ciri-ciri yang ada persamaa, kemudian konsep tersebut dikaitkan dengan kehidupan seharian.

c. Peraturan Bersambungan (Law of Continuity)

Selain daripada kecenderungan otak manusia menghasilkan persepsi berdasarkan persamaan dan perkaitan, otak manusia juga mudah terpengaruh kepada maklumat yang bersambungan dengan maksud asal. Contoh, mencipta satu pandangan positif kepada pelajar supaya pandangan seterusnya juga positif.

d. Peraturan Penutupan (Law of Closure)

Otak juga dapat menghasilkan persepsi berdasarkan apa yang berlaku pada waktu akhir. Satu maksud di penghujung mempengaruhi persepsi kepada apa yang berlaku sebelumnya. Contoh, setiap proses pengajaran perlu mempunyai penutup yang bagus kerana ia membawa kepada persepsi keseluruhan. Walaupun proses sejak awal pengajaran dilakukan dengan baik tetapi apabila ditutup dengan tidak berkesan malah berlaku kesalahan fakta, maka ia dapat menjakiti persepsi semua proses pengajaran keseluruhan.

1.8 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Persepsi