CIRI – CIRI LOGIK
2.7 CIRI – CIRI LOGIK
2.7.1 Zaman Klasik
Pada zaman ini, ciri-ciri logik klasik telah berkembang pada tahap yang sederhana kerana kedudukan ilmu pengetahuan yang ada pada ketika itu masih terhad. Asas logik yang dibina dan dibentuk oleh ahli falsafah lebih menekankan kapada unsur-unsur seperti berikut :
Logik berkait rapat dengan bidang teologi
Logik berkait rapat dengan bidang falsafah
Logik berkait rapat
dengan pembentukan teori
Logik berkait rapat dengan Bahasa dan
retorika
Logik sebagai dalil
penghujahan
Perkembangan idea logik didahului oleh tokoh –tokoh yang wujud pada ketika itu dan memainkan peranan mereka dalam mengembangkan idea logik. Antara tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dalam memperkembang juga mengharmonikan logik pada zaman klasik ini ialah :
Plato (428/424-347 SM) Euklid (pertengahan abad 4-3 SM)
Socrates (469-399 SM) Pythagoras (570-495 SM)
Herakleitos (535-475 SM)
Manusia yang berada di Zaman Klasik terpaksa bermula awal. Akan tetapi sekurang- kurangnya teori awal tentang pemikiran logik telah dikemukakan sehingga memberi kesan pada Zaman Moden. Kenyataan awal yang dilahirkan oleh ahli-ahli falsafah pada ketika itu banyak dijadikan rujukan penting oleh saintis-saintis terkini.
2.7.2 Zaman Islam
Selain daripada logik Zaman Klasik, wujud juga logik Zaman Islam. Logik pada Zaman Keemasan Islam telah banyak menerima pengaruh besar daripada Zaman Klasik. Hal ini kerana kebanyakan buku Greek Klasik yang berkaitan dengan logik telah diterjemahkan oleh tokoh-tokoh Islam. Maka logik pada Zaman Islam telah wujud dari abad ke-7 hengga ke-13 Masihi. Antara tokoh-tokoh besar Islam yang menterjemahkan buku logik Klasik dalam bidang ini ialah al-Farabi, al-Khindi dan sebagainya. Malah kerajaan Islam Abbasiyah pada ketika itu memberikan galakan dan peransang dalam usaha menterjemhkna karya-karya agung khususnya oleh falsafah-falsafah Greek Klasik.
Yang paling istemewa adalah proses penterjemahan yang turut dilakukan dengan usaha adaptasi. Akhirnya, logik pada Zaman Keemasan Islam telah berubah wajah baru Yang paling istemewa adalah proses penterjemahan yang turut dilakukan dengan usaha adaptasi. Akhirnya, logik pada Zaman Keemasan Islam telah berubah wajah baru
Dari sudut pandangan Islam, logik boleh digunakan asalkan ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan As-Sunah. Konsep logik ini telah membentuk asas hujah. Asas hujah boleh dibina secara logik, tetapi dalam perkara-perkara yang kecil dan bukan perkara-perkara dasar.
Menumpukan kepada pembentukan teori Logik dijadikan hujah untuk membuktikan kewujudan Allah
Logik sebagai dalil penghujahan
Logik berkiat rapat dengan teologi Logik yang berkait rapat dengan bidang bahasa dan retorika Logik yang berkait rapat dengan bidang falsafah
Antara tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dalam memperkembangkan dan mengharmionikan logik pada Zaman Islam ialah:
Imam Al-Ghazali (1058-1111M) Ibnu Rusy al-Qurtubi (520-1198 M)
Ibnu Hayyan (722-804M) Abdullah Al-Muqaffa (756M)
Ya’kub Al-Kindi (801-873M) Ibnu Sina (980-1037M)
2.7.3 Zaman Moden
Logik pada zaman ini merupakan satu prinsip pemikiran yang memang terdapat kelemahnya. Beberapa tokoh telah mencari altenatif untuk memperbaiki jalan berfikir sehinggalah Rne Descartes menjumpai sistem logik yang lebih dinamik, iaitu dikenali sebagai
‘dialektika’ pada abad ke-14. Setelah itu terbinanya sekian banyak gedung ilmu dan falsafah keilmuan maka logik lebih bersifat saintifik dan empirikal. Francis Bacon telah mempelopori
logik saintifik ini menerusi kaedah menjalankan sesuatu penyelidikan. Ciri-ciri zaman logik moden hanya mengalami perubahan kecil sahaja iaitu ia melibatkan kaedah empirikal dalam membuat sesuatu kajian. Sistem dan kaedah kajian ini dinamakan sebagai pendekatan saintifik. Ia boleh dibentuk secara kuantitatif dan kualitatif. Terdapat beberapa ciri-ciri penting logik pada zaman moden. Antaranya ialah seperti :
Pemerhatian cerapan serta uji kaji Bedasarkan deduksi (silogisme) dan induksi akal Kaedah penyelidikan ilmiah (mengandungi teori, hipotesis, statistik dan sebagainya)
Antara tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dalam memperkembangkan dan mengharmonikan logik pada zaman ini adalah seperti :
Nicolaus Copernius (1473-1543) David Hume (1711-1776)
Francis Bacon (1561-1626) Galileo Galilei (1564-1642)
Thomas Hobbes (1588-1679) John Dewey (1859-1952)
Isaac Newton (1643-1727 ) John Stewart Mill (1806-1873)
2.7.4 Umum
a. Menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan kepada jawapan yang diberi
b. Menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat yang ada,diproses,disimpulkan dan diambil berdasarkan bukti yang betul untuk diputuskan
c. Logik cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan