Kritik al-Attas terhadap Kesatuan Agama

Kritik al-Attas terhadap Kesatuan Agama

Faham kesatuan transenden agama-agama secara spesifik berpendapat bahwa semua agama pada tahap transenden dan esoterik adalah sama. Ia menjelma sebagai agama yang berbagai hanya pada tahap eksoterik. Syed Muhammad Naquib al-Attas mengkritik konsep kesatuan transenden agama-agama (TUR) dari pelbagai sudut yang mungkin difahami oleh para pendukungnya. Dalam bukunya yang terbaru, al-Attas membezakan antara kesatuan yang

tidak memberi arti kesamaan dan kesatuan yang bermaksud kesamaan. 46 Jika yang dimaksudkan dengan kesatuan itu bukan kesamaan maka ini bermakna setiap agama dilihat

sebagai tidak lengkap dan tidak mencapai tujuannya. Ia hanya lengkap di peringkat transenden. 47 Ini bermakna pada peringkat biasa agama tidak dapat mencapai tujuannya. Dan

ini mustahil bagi agama yang diturunkan oleh Allah.

45 Abdul Munir Mulkhan, Satu Tuhan Seribu Tafsir, (Yogyakarta: Penerbit Kanisius & IMPULSE, cet. I, 2007), 35

46 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam (Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2007), 29-30.

47 Al-Attas menggantikan perkataan transenden yang digunakan oleh Schuon dengan perkataan munazzah, iaitu peringkat luar biasa yang melampaui daya indera jasmani dan akal bashari. Ibid., 29.

Jika yang dimaksudkan dengan kesatuan adalah kesamaan, maka Tuhan bagi agama- agama tersebut dikenali sebagai rabb bukan ilah. Justeru “pengakuan yang betul di peringkat biasa di mana Dia dikenali sebagai ilah berarti menafikan sebarang sekutu, lawan dan serupa

bagiNya”. 48 Apabila peringkat ini hanya dirasakan oleh individu-individu yang mengalami pengalaman yang melampaui orang biasa maka ini bermakna ia bukan merujuk kepada

kesatuan agama tetapi kepada kesatuan pengalaman yang dirasai oleh individu-individu tersebut. “Tetapi agama dimaksudkan untuk menjadikan nyata tujuannya bagi seluruh bangsa

insani, dan bangsa insani pada keseluruhannya tiada mungkin akan dapat berada dalam keadaan martabat diri di peringkat munaz 49 zah” (transenden).

Oleh itu al-Attas memutuskan sebenarnya tidak ada garis melintang yang memisahkan esoterik dan eksoterik, zahir dan batin dalam beragama. Yang ada hanya garis menegak garis yang dikenali dengan al-Sirat al-Mustaqim (jalan yang lurus) yang apabila terpesong darinya

maka seseorang itu akan jatuh dalam lembah kesesatan. 50 Al-Attas juga mengatakan bahwa faham wujudnya banyak kebenaran sebenarnya mempunyai hubungan dengan falsafah sains

moden. Maka agama di sini cuba disejajarkan dengan perkembangan falsafah sains moden yang relatif. 51

Secara umumnya plurality (diversity) atau kepelbagaian dalam Islam diakui sebagai sunnatullah. Allah telah menciptakan manusia berbilang kaum (umat), bangsa, bahasa dll (surah al-Hujurat: 13). Namun pluraliti dalam konteks agama tidak boleh difahami bahwa Allah-lah yang telah menciptakan semua agama yang wujud di dunia ini. Pada hakikatnya agama-agama selain Islam dicipta oleh manusia dan merupakan agama budaya. Jadi agama yang sebenar adalah satu. Yang lain adalah ciptaan atau penyelewengan dari yang asal (agama yang benar). Konsep pluralisme agama beranggapan bahwa semua agama diciptakan oleh Tuhan yang sama, oleh itu semua agama tersebut benar. Akan tetapi oleh kerana kita melihat

dengan bukti yang nyata bahwa agama selain Islam pada hakikatnya bukan berasal daripada Allah atau telah diselewengkan dari yang asal maka agama-agama tersebut tidak benar di sisi Allah. Maka konsep pluralisme agama tidak boleh diterima oleh umat Islam.

Agama yang Allah SWT ciptakan atau turunkan untuk umat manusia semenjak daripada Adam sehingga akhir zaman adalah satu iaitu Islam yang bermuarakan kepada mentawhidkan Allah SWT. Semua nabi yang Allah utuskan menyeru kepada agama yang satu itu (dikenali juga dengan al-hanifiyyah, al-din al-hanif). Setelah diutusnya Rasulullah s.a.w. agama tersebut telah dilengkapkan oleh Allah dan dengan rasminya dinamakan al-Islam. Fakta inilah yang cuba dirombak (deconstruct) oleh faham pluralisme agama. Faham pluralisme dan kesatuan agama ini menolak hakikat bahwa semua nabi menyeru kepada agama yang satu sebaliknya menganggap bahawa masing-masing membawa agama yang

48 Ibid., 30. 49 Ibid., 31. 50 Ibid., 34. 51 Ibid., 31.

berbeza dari Tuhan yang sama. Lebih jauh lagi menurut faham ini semua agama, termasuk Hindu, Budha, dan Konfucius, adalah agama-agama yang datang dari Tuhan yang sama. 52