Muhammad Jailani Bin Abu Talib

Guru sebagai Mpu Gandring masyarakat

Mpu Gandring telah bermohon kepada Ken Arok agar beliau diberikan jangka masa setahun untuk menyiapkan keris tempahannya. Walau bagaimanapun, atas sikap gopoh Ken Arok beliau telah berjumpa dengan Mpu Gandring lima bulan selepas tarikh pertemuan asal mereka bagi mendapatkan keris tersebut.

Keris Taming Sari pada waktu itu, sudah siap secara zahirnya. Walau bagaimanapun, isi keris tersebut masih kurang sempurna. Mpu Gandring pernah memohon agar Ken Arok memberikannya sedikit masa lagi untuk memperkuatkan isi keris tersebut bagi mengelakkan sebarang malapetaka. Malangnya, Ken Arok dengan sikap egoisnya telah membunuh Mpu Gandring.

Dalam konteks hari ini, Mpu Gandring masyarakat Melayu terdiri daripada barisan guru-guru yang berbangsa Melayu. Biarpun keris tersebut telah siap secara zahirnya sewaktu pertemuannya dengan Ken Arok, beliau tetap meminta agar beliau diberikan kelonggaran waktu bagi menyempurnakan keris tersebut. Sikap sabar dan tekunnya dalam membentuk hasil karya yang baik merupakan sikap yang harus dipuji. Guru-guru Melayu dapat mengambil iktibar daripada sikap Mpu Gandring yang mementingkan kualiti. Hasil sikapnya, keris yang dikaryakan untuk Ken Arok menjadikan antara keris yang terpenting dalam sejarah. Walhal keris tersebut dikatakan belum sempurna.

Guru turut berupaya menjadi Mpu Gandring masyarakat Melayu. Biarpun keris yang diusahakan belum sempurna di matanya sendiri, Ken Arok mempunyai tanggapan yang berbeza.

7 Rujuk versi Shahizan

Sikap ketabahan guru dalam membentuk akhlak serta memupuk kedahagaan ilmu pada murid-murid mereka berupaya untuk menjadikan murid mereka antara yang cemerlang. Guru berupaya memberikan impak mendalam terhadap hidup lapisan muda masyarakat.

Antara faktor yang membuat Mpu Gandring seorang empu yang termasyhur pada suatu masa dahulu adalah kepandaiannya tentang perihal dunia besi dan perkerisan. Dia masih tetap berusaha untuk menyempurnakan hasil karyanya sekalipun keris tersebut telah siap secara zahirnya. Mpu Gandring lazimnya mencelupkan keris-keris yang dihasilkan, dalam keadaan panas, ke dalam bisa ular. Hasilnya, terdapat proses kimia yang membuat sebahagian daripada bisa ular tersebut menempel di permukaan keris sedangkan sebahagian lagi daripada bisa tersebut dibiarkan meresap ke dalam

bilah keris. Menurut Arief Yudhanto 8 : “Bisa dibayangkan jika keris itu disentuh atau ditancapkan ke tubuh: bisa ular segera menempel dan masuk ke dalam darah, lalu bagian tubuh akan lumpuh dan

manusia bisa mati. Pada jaman itu, hanya sedikit orang yang mengetahui proses pembuatan keris secara "ilmiah"; salah satunya adalah Mpu Gandring.“

Tanggungjawab utama seorang guru bukanlah sekadar menghasilkan pelajar cemerlang dalam pelajarannya. Tugas utama seorang guru menghasilkan pelajar yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakatnya. Para guru harus bijak “mencelupkan” anak murid mereka dengan nilai- nilai baik dan berguna. Nilai-nilai tersebut seharusnya dapat memupuk jiwa kemasyarakatan dalam diri anak murid mereka.

Di samping itu, seorang empu keris lazimnya membuat sebilah keris bersesuaian dengan perawakan, keperibadian dan keperluan pengguna keris tersebut. Atas dasar ini, keris mengambil masa panjang untuk ditempah. Mpu Gandring berniat menggunakan baki masa yang pada mulanya diperuntukkan buatnya, yakni setahun, untuk mengisi keris tersebut dengan khadam yang dapat membantu Ken Arok dengan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, hasratnya untuk menghasilkan keris yang sempurna dan sesuai bagi Ken Arok tersekat apabila Ken Arok membunuhnya. Natijahnya, guru harus bijak menyukat mata pelajaran yang diajarkan bersesuaian dengan kebolehan murid-murid. Perihal tersebut turut disentuh Cruickshank, D. R. et. al. (2003:329): “Most people would agree that good teachers are caring, supportive, concerned about the welfare of students, knowledgeable about their subject matter, able to get along with parents…and genuinely excited about the work that they do...Effective teachers are able to help students learn”

Seorang guru yang baik adalah seorang guru yang berupaya membantu murid-murid mencapai matlamat hidup mereka. Perihal tersebut turut diperhatikan dalam keris Taming Sari. Menurut sumpahan keris tersebut, ia berupaya membantu pemilik keris tersebut menjadi berpengaruh di mata masyarakatnya. Hakikatnya, siapalah Hang Tuah tanpa keris Taming Sari? Tanpa keris tersebut dalam simpanannya, nescaya dia merupakan seorang pahlawan biasa.

Kekuatan Hang Tuah terletak pada kerisnya. Sekiranya dia menggunakan keris-kerisnya yang lain dalam pertarungan dengan Hang Jebat, mungkinkah dia yang tewas dibunuh? Penulis percaya bahawa keadaan tersebut mungkin berbeza tanpa keris Taming Sari. Keris tersebut menjadi sumber kekuatan Hang Tuah. Senada dengan isu yang dibentangkan, ilmu yang diajarkan kepada murid-murid lewat seorang guru bakal menjadi senjata utama mereka dalam mengharungi cabaran hidup pada hari muka. Daya kekebalan yang dapat diberikan keris Taming Sari kepada pemiliknya merupakan keperluan bagi zaman tersebut. Zaman kini bagaimanapun berbeza dengan keadaan dahulu. Masyarakat sudah tidak memerlukan Hang Tuah yang dapat berhadapan dengan serangan pihak luar

Lihat Mpu Gandring: Professor Metalurgi?. Dipetik daripada lelaman http://www.halamansatu.net/ index.php?option=com_content pada Mac 28, 2009.

yang mengancam keselamatan negara dengan lian 9 silatnya. Masyarakat hari ini memerlukan seorang panglima yang dapat membawa kejayaan kepada masyarakatnya melalui ilmu inteleknya.

Tujuh nilai Taming Sari

Pengkaji menggariskan tujuh nilai penting yang dapat diperolehi daripada Taming Sari. Ketujuh-tujuh nilai tersebut diubah suai daripada dua belas nilai yang dikenal pasti oleh Susan Thompson, John G.

Greer, dan Bonnie B. Greer 10 . Antara nilai yang telah dikenal pasti pengkaji adalah nilai kesaksamaan, nilai minda positif, nilai persiapan diri, nilai penyesuaian, nilai kreativiti, nilai saling hormat-

menghormati dan nilai kebaikan. Ketujuh-tujuh nilai tersebut amat penting dan dapat diterapkan ke dalam pendekatan guru-guru kepada murid. Nilai-nilai tersebut dapat dihuraikan seperti berikut:

1. Nilai Kesaksamaan

Keris Taming Sari tidak pernah berat sebelah dalam penganugerahan daya kekebalan kepada pemegang keris tersebut. Sehubungan ini, para guru tidak seharusnya bersikap berat sebelah dalam mencurahkan ilmu kepada anak murid mereka. Guru seharusnya bersikap saksama dan memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi terhadap keperluan anak didik mereka.

2. Nilai Minda Positif

Pemilik keris Taming Sari tidak perlu gusar akan kekalahan sekalipun berhadapan dengan ajal maut dalam medan peperangan. Sehubungan itu, para guru harus mempunyai sikap positif dan kepercayaan diri terhadap ilmu yang diajarkan mereka. Para guru harus percaya akan kebolehan anak didik mereka mencapai kecemerlangan hidup.

3. Nilai Persiapan Diri

Biarpun kekuatan Hang Tuah terletak pada keris Taming Sari, perkara tersebut tidak beerti bahawa Hang Tuah merupakan seorang pahlawan yang kurang hebat. Kehebatan Hang Tuah dalam bidang persilatan diakui ramai pihak termasuk rakan-rakan terdekatnya. Sehubungan itu, para guru harus sentiasa mempersiapkan diri berhadapan dengan cabaran seterusnya.

4. Nilai Penyesuaian

Setiap keris dibuat khas untuk pemiliknya. Atas dasar itu, para penggemar keris percaya akan konsep “keris mencari tuannya” dan bukan “tuan mencari kerisnya”. Para guru harus bijak

menyesuaikan pendekatan mereka dalam pengajaran dengan tahap kebolehan anak didik mereka.

5. Nilai Kreativiti

Mpu Gandring dalam penghasilan keris menggunakan pendekatan yang kreatif bagi menambah bisa kepada keris buatannya. Para guru harus bersikap kreatif dan sentiasa mencari jalan baharu mendekati para pelajar.

9 Gerak langkah silat. Turut dirujuk sebagai bunga dalam seseparuh perguruan silat. 10 Lihat Highly Qualified for Successful Teaching: Characteristics Every Teacher Should Possess. Susan Thompson, John G. Greer, dan Bonnie B. Greer. Diperolehi daripada www.usca.edu/essays/vol102004/thompson.pdf pada Mac 29, 2009 pada jam 5.00 pagi.

6. Nilai Saling Hormat-Menghormati

Lazimnya, dalam membincangkan tentang keris, terdapat fahaman akan nilai saling hormat- menghormati antara keris dan tuannya. Nilai tersebut memastikan kesejahteraan kepada pemakainya. Sehubungan itu, para guru harus bijak melahirkan suasana tersebut di dalam bilik darjah bagi memastikan keharmonian.

7. Nilai Ehsan

Keris Taming Sari tidak pernah digunakan Hang Tuah bagi melakukan kejahatan. Guru harus mendidik anak murid mereka dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya Melayu. Penekanan terhadap sifat ehsan terhadap masyarakat sekeliling akan memupuk nilai kemanusiaan dalam diri anak didik mereka.

Rumusan

Keris Taming Sari memberikan kesan besar terhadap tata perkembangan tamadun Melayu. Bahkan, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa sejarah Melayu mungkin mengambil jalan laluan yang berbeza sama sekali dengan ketiadaan keris tersebut. Lantaranu, kertas kajian ini menghuraikan keistimewaan keris tersebut dan mengkaji nilai-nilai penting yang dapat diperolehi daripada keris tersebut.

Sejarah mengajarkan umat manusia akan peri pentingnya mengenal diri sendiri bagi mengelakkan daripada mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama. Pengahayatan sejarah penting bagi mengelakkan daripada pisang berbuah dua kali. Masyarakat moden walau bagaimanapun, dalam usaha memodenkan diri sering membelakangkan sejarah. Ketidakpedulian Melayu kepada sejarahnya bukan atas dasar kekurangan ilmu, tetapi kerana sifat kelewaan bangsa tersebut akan pencarian jati dirinya. Walhal, sejarah bangsa tersebut sarat dengan nilai-nilai pengajaran yang dapat diambil sebagai iktibar.

Taming Sari sebagai contoh menggambarkan nilai-nilai yang dapat digunakan oleh golongan guru, sebagai pembentuk masyarakat, dalam kerjaya mereka. Ternyata, guru merupakan empu masyarakat Melayu pada hari muka. Persoalan yang wajar dijawab oleh para guru Melayu pada hari ini, mampukah mereka melahirkan keris yang utuh dan dapat dijadikan pendamping utama masyarakat yang amat memerlukannya. Penulis yakin, ketujuh-tujuh nilai yang tertera di atas dapat membantu golongan guru mengharungi cabaran dan tanggungjawab mereka.

Bibliografi

Aliman Hassan. (2007). Sanggan Budaya. Singapura : Angkatan Sasterawan‟ 50 Cruickshank, D. R., Jenkins, D. B., & Metcalf, K. K. (2003). The act of teaching. New York, NY:

McGraw-Hill Dharsono Sony Kartika. (2007). Estetika, Kebudayaan dari Pandangan Masyarakat. Indonesia : Penerbit Rekayasa Sains Dermot Moran. (2001). Introduction to Phenomenology. London and New York : Taylor and Francis Group Ltd Hans-Georg Gadamer. (1993). The relevance of the beautiful, Art as play, symbol and festival. Britain : Cambridge University Press Hashim Bin Haji Musa. (2001). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam, Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga. Malaysia : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

H. M. Jamil, MA. (2007). Cakrawala Tasawuf, Sejarah, Pemikiran dan Kontekstualitas. Indonesia :

Gaung Persada Press Jakarta Kassim Ahmad. (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lupur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mahdini. (2003). Budaya Melayu; Masa Lalu, Kini, Dan Akan Datang. Dlm. Elmustian Rahman, Tien Marni & Zulkarnain (Ed.) Alam Melayu : Sejumlah Gagasan Menjemput Keagungan (hlm 93-104).

Riau : Unri Press Mohamed Latiff Mohamed. (2002). Bagiku Sepilah Sudah. Singapura : Pustaka Nasional Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (2001). Melayu Singapura dalam Kritikan.

Singapura : Angkatan Sasterawan „50 Muhammad Jailani Bin Abu Talib. Budaya Melayu dalam Era Sarwajagat dlm majalah Dewan

Budaya. Februari 2009 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Noresah Bte. Baharom et. at. (2007). Kamus Dewan, edisi keempat. Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka Oliver Leaman. (2000). Eastern Philosophy, Key readings. London and New York : Taylor and Francis Group Ltd R.M. Mangkudimedja. (1979). Serat Pararaton Jilid 2. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Sharkawi Haji Amit. (2000). Tarian Zapin di Sarawak. Dlm. Mohd. Anis. Mohd. Nor (Ed.), Zapin Melayu di Nusantara (hlm 161-180). Johor Bahru : Yayasan Warisan Johor Suwardi MS. (2003). Budaya Melayu dalam Citra Tamaddun Bahari. Dlm. Elmustian Rahman, Tien Marni & Zulkarnain (Ed.) Alam Melayu : Sejumlah Gagasan Menjemput Keagungan (hlm 45-57). Riau : Unri Press

Tenas Effendy. (2008). Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta : Balai Kajian Dan Pengembangan Budaya Melayu Worawit Baru@Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu, Tradisi dan Kesinambungan. Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka Yusmar Yusur. (2006). Melayu Juwita, Renjis Riau sebingkai perisa. Indonesia : Wedatama Widya Sastra Zainal Kling. Erti Jati Diri Melayu dlm majalah BERITA@ASAS ‟50. Isu ketiga / Oktober 2006 terbitan Angkatan Sasterawan ‟50, Singapura Arief Yudhanto. 06 Disember (2006). Mpu Gandring : Professor Metalurgi?. Diperolehi (Mac 29, 2009) daripada Muhammad Hazani Bin Sukri. (2008). Kupasan Falsafah dalam Hikayat Hang Tuah. Diperolehi (Feb 20, 2009), daripada http://www.scribd.com/doc/5357494/hikayat-hang-tuah

http://www.halamansatu.net/index.php?option=com_content&task=view&id=190&Itemid=51