Kedudukan Fungsi/ Peranan Sastera dalam Kerangka Pelajar

RAJAH 1: Kedudukan Fungsi/ Peranan Sastera dalam Kerangka Pelajar

Legenda

1 Meraih markah dan gred yang tinggi

2 Hiburan

3 Dan sebagainya

Sehubungan itu kedudukan fungsi dan peranan sastera dalam kerangka pelajar yang diarahkan dapat ditunjukkan dalam RAJAH 1. Dalam hal ini motif untuk meraih gred dan markah terbaik mengatasi fungsi dan peranan hiburan, mendapat dan mendalami ilmu, mengajar dan mendidik, dakwah, warisan khazanah dan memupuk teladan serta merehat dan menenangkan minda.

Sementara kedudukan fungsi dan peranan sastera dalam kerangka seorang pengkaji boleh bermotifkan arahan, bayaran atau secara sukarela. Perkara asas yang menjadi tunggak dan penentu sikap pengkaji adalah nilai yang diberikan terhadap kajiannya. Misalnya, mungkin motif seorang pengkaji menganalisis cerpen-cerpen Melayu Pascaperpisahan Singapura kerana beliau telah terpilih untuk menyampaikan dapatan dan datanya di persidangan antarabangsa sastera. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan maklumat dan dapatan baharu untuk dibentangkan kepada khalayak persidangan. Motivasinya adalah sumber maklumat baharu dan pengembangan ilmu.

RAJAH 2: Kedudukan Fungsi/ Peranan Sastera dalam Kerangka Pengkaji

Legenda

1 Maklumat baharu dan pengembangan ilmu

2 Memperkasa tamadun dan sastera

3 Dan sebagainya

Sehubungan itu, pengkaji itu mendapati bahawa fungsi dan peranan utama karya dan hasil sastera adalah untuk meraih sumber maklumat baharu, mengembangkan ilmu, dan memperkasa tamadun dan sastera, tatkala peranan sastera sebagai alat kritikan sosial, hiburan, didaktik (mengajar dan mendidik), meraih status, dakwah, meraih gelaran, propaganda, rakaman dokumen dan rekod, meraih pangkat dan warisan khazanah mungkin bersifat sekunder sahaja seperti yang tertera dalam RAJAH 2. Dengan itu juga, fungsi dan peranan sastera sebagai wahana pencetus ekonomi, pencetus semangat, luahan hati, merehatkan minda, bahan sayembara, pemupuk contoh dan teladan, hobi, Sehubungan itu, pengkaji itu mendapati bahawa fungsi dan peranan utama karya dan hasil sastera adalah untuk meraih sumber maklumat baharu, mengembangkan ilmu, dan memperkasa tamadun dan sastera, tatkala peranan sastera sebagai alat kritikan sosial, hiburan, didaktik (mengajar dan mendidik), meraih status, dakwah, meraih gelaran, propaganda, rakaman dokumen dan rekod, meraih pangkat dan warisan khazanah mungkin bersifat sekunder sahaja seperti yang tertera dalam RAJAH 2. Dengan itu juga, fungsi dan peranan sastera sebagai wahana pencetus ekonomi, pencetus semangat, luahan hati, merehatkan minda, bahan sayembara, pemupuk contoh dan teladan, hobi,

Bagi diri seorang penulis, kedudukan fungsi dan peranan sastera dalam kerangka dirinya seyogianya berbeda-beda. Hakikatnya, ada yang menulis dan menglahirkan karya atau bahan sastera kerana hobi, minat, untuk mengkritik, menyertai sayembara, berdakwah, propaganda, mengembang sumber ilmu, merakamkan peristiwa atau mendokumentasikan kejadian, kerjaya, mencetuskan semangat, meluahkan isi hati, menuntut keadilan, merehatkan minda, meraih nama, memperkasa entiti dan identiti bangsa dan nusa, memupuk contoh dan teladan, mahu diterbitkan, menonjolkan kebolehan, persaingan, cemburu, meraih gelaran, meraih status, mencela, mengherdik, menjatuhkan maruah, menghina, menghasut, mengugut, memeras, menakut-nakutkan, membalas dendam dan sebagainya.

RAJAH 3: Kedudukan Fungsi/ Peranan Sastera dalam Kerangka Penulis

Legenda

1 Bahan sayembara

2 Meraih kemenangan, hadiah, nama, geran, status, gelaran, kedudukan dan anugerah.

3 Hobi, minat dan sebagainya.

4 Dan sebagainya.

Misalnya, mungkin motif primer seorang penulis yang menyertai sayembara seperti Golden Point Awards, Sayembara Noktah Putih, Sayembara Novel Temasek dan sebagainya adalah untuk meraih kemenangan, hadiah, nama, geran, status, gelaran, kedudukan dan anugerah seperti yang ditonjolkan dalam RAJAH 3. Dengan itu penglahiran dan penghasilan karya sasteranya adalah sebagai bahan sayembara. Namun memandangkan bahan sastera boleh merentasi pelbagai ilmu, bidang dan nilai, secara langsung dan tidak langsung pemikiran yang ditonjolkan dapat mendukung pelbagai fungsi dan peranan sampingan berdasarkan tafsiran yang dibuat oleh pembaca. Sehubungan itu, walaupun pada dasarnya karya sastera yang dilahirkan adalah bahan sayembara namun karya sastera itu dapat mendukung peranan sebagai perantis hiburan, didaktik (mengajar dan mendidik), dakwah, kritikan sosial, pengembang sumber ilmu, pencetus ekonomi, khazanah dan warisan, mencela, Misalnya, mungkin motif primer seorang penulis yang menyertai sayembara seperti Golden Point Awards, Sayembara Noktah Putih, Sayembara Novel Temasek dan sebagainya adalah untuk meraih kemenangan, hadiah, nama, geran, status, gelaran, kedudukan dan anugerah seperti yang ditonjolkan dalam RAJAH 3. Dengan itu penglahiran dan penghasilan karya sasteranya adalah sebagai bahan sayembara. Namun memandangkan bahan sastera boleh merentasi pelbagai ilmu, bidang dan nilai, secara langsung dan tidak langsung pemikiran yang ditonjolkan dapat mendukung pelbagai fungsi dan peranan sampingan berdasarkan tafsiran yang dibuat oleh pembaca. Sehubungan itu, walaupun pada dasarnya karya sastera yang dilahirkan adalah bahan sayembara namun karya sastera itu dapat mendukung peranan sebagai perantis hiburan, didaktik (mengajar dan mendidik), dakwah, kritikan sosial, pengembang sumber ilmu, pencetus ekonomi, khazanah dan warisan, mencela,

Bagi sebuah firma penerbitan, motif utama dalam menerbitkan sesebuah karya sastera adalah untuk meraih pulangan ekonomi yang setimpal, iaitu dalam bentuk laba. Hakikatnya, karya sastera adalah satu komoditi yang diperdagangkan. Sehubungan itu, penulis yang sudah mempunyai reputasi, nama, status dan popular dalam kalangan pembaca dan peminat sastera mendapat tempat utama dalam senarai firma penerbitan.

RAJAH 4: Kedudukan Fungsi/ Peranan Sastera dalam Kerangka Firma

Legenda

1 Meraih pulangan ekonomi yang setimpal seperti mendapat keuntungan, laba dan sebagainya.

2 Mendapat nama dan status.

3 Dan sebagainya

RAJAH 4 menunjukkan kedudukan fungsi dan peranan sastera dalam kerangka sesebuah firma penerbitan. Sebagai sebuah entiti perniagaan yang terpaksa bersaing sengit dan bergantung pada unsur untung-rugi untuk terus berfungsi, sebuah firma penerbitan terpaksa mengamalkan sikap selektif dalam menerbitkan karya-karya sastera. Kerancakan penjualan karya sastera bergantung pada permintaan pasarannya yang rata-rata terdiri daripada pembaca dengan pelbagai latar belakang dan tabiat. Dengan itu fungsi dan peranan sastera adalah untuk meraih pulangan ekonomi yang setimpal dengan mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi menerbitkan karya-karya sastera (jangka masa pendek) dan untuk kesinambungan firma penerbitan itu sendiri (jangka masa panjang). Secara tidak langsung penghasilan sebuah karya sastera dapat membantu firma penerbitan mengukuhkan nama, status dan kualitinya. Misalnya, penerbit-penerbit luar negara seperti Dewan Bahasa & Pustaka, Creative Sdn. Bhd., Alaf 21 Sdn. Bhd., Fajar Bakti Sdn. Bhd., Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd., Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. telah menenggelamkan penerbit-penerbit setempat seperti Pustaka Nasional, Edn Media, Muslimmedia Bookshops Dan Anuar Othman & Associates Media Enterprise kerana keagrasifan dan kekreatifan memasarkan bahan cetakan mereka.

Kedudukan fungsi dan peranan sastera dalam kerangka sesebuah entiti kerajaan atau pemerintah adalah berdasarkan motif bagaimana kerajaan atau pemerintah itu mencorak sistem pemerintahannya. Contohnya ketika Imperialis Jepun memerintah Singapura semasa Perang Dunia Kedua, bahan sastera telah digunakan sebagai perantis propaganda. Imperialis Jepun mahu masyarakat setempat mempercayai bahawa kedatangannya adalah untuk membebaskan mereka daripada cengkaman dan penjajahan Inggeris. Sehubungan itu, karya-karya yang membangkitkan semangat patriotisme dan menyanjung Jepun akan disiarkan dalam Berita Malai, Semangat Asia dan Fajar Asia seperti karya-karya yang dihasilkan oleh Masuri S.N., Pak Sako dan Samad Ismail. Ketika Revolusi Rusia dan Revolusi Bolshevik menentang Tsar, semangat masyarakat marhaen telah dibangkitkan melalui karya-karya sastera. Karya-karya sastera digunakan dengan sepenuhnya untuk membuakkan kemarahan dan kebencian, menghasut, mencela, menghina, menjatuhkan maruah dan untuk menakut-nakutkan. Bagi negara-negara yang berpaksikan fahaman komunis, sosialisme dan Marxisme, bahan sastera adalah wahana yang berkesan untuk mendoktrinkan penduduknya.

Namun berdasarkan rajah 5, bahan sastera juga dapat digunakan sebagai katalisator untuk merangsangkan iktisad negara. Hakikatnya, kini banyak negara yang telah melihat bahan sastera sebagai satu bidang industri dan komoditi yang berpotensi untuk mendatangkan pulangan ekonomi. Singapura telah mengorak langkah untuk menjadikan kota Singapura sebagai hab kesenian dan penerbitan sastera dengan pihak pemerintah telah melabur dalam sektor ini melalui National Arts Council. Singapura juga telah menggunakan bahan dan karya sastera untuk menggalakkan persefahaman dan keharmonian kaum serta menyatu dan mengintegrasikan pelbagai kaum.

RAJAH 5: Kedudukan Fungsi/ Peranan Sastera dalam Kerangka Pemerintah

Legenda

1 Propaganda untuk menguasai minda dan tindak-tanduk masyarakat.

2 Menaikkan semangat nasionalisme rakyat.

3 Menjadikan nusa pusat kesenian, penerbitan, persembahan dan penglahiran karya sastera.

4 Menggalakkan persefahaman dan keharmonian kaum, menyatu dan mengintegrasikan pelbagai kaum.

5 Dan sebagainya.

Hakikatnya selain daripada direalisasikan sebagai perantis hiburan, didaktik (mengajar dan mendidik), dakwah, kritikan sosial, pengembang sumber ilmu, rakaman dokumen dan rekod, khazanah dan warisan dan lain-lain lagi, hasil sastera dapat digerakkan sebagai pencetus iktisad nusa, wahana penyatuan dan integrasi kaum, entiti nusa dan propaganda.