ANALISIS KESELURUHAN KEBERKESANAN DASAR REALPOLITIK BISMARCK SEBAGAI SENJATA DALAM MELAKSANAKAN DASAR DALAM DAN LUAR NEGARA JERMAN

5.0 ANALISIS KESELURUHAN KEBERKESANAN DASAR REALPOLITIK BISMARCK SEBAGAI SENJATA DALAM MELAKSANAKAN DASAR DALAM DAN LUAR NEGARA JERMAN

Dasar realpolitik telah diangkat oleh Bismarck dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara Jerman. Dasar realpolitik menekankan menghalalkan semua cara untuk mencapai matlamat demi kepentingan nasional yang merangkumi kestabilan politik, ekonomi dan keamanan di Jerman. Peribadi dan kepimpinan Bismarck sering dibincangkan oleh ramai sarjana eropah. Di antaranya adalah Simon, Erick Eyck, Medlicott, A.P.Taylor dan sebagainya. Rata-rata sarjana ini mengeluarkan pandangan yang berbeza mengenai Bismarck. Misalnya Medlicott tidak begitu berkenan dengan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Bismarck yang menganjurkan dasar

realpolitik dalam dasar dalam dan luar Negara Jerman. 42 Bagi Medlicott, Bismarck sememangnya seorang yang bijak, licik dan pandai mengatur strategi dalam memimpin Jerman

dengan menerapkan dasar realpolitik. Medlicott turut menyatakan bahawa selepas tahun 1871, dasar luar negeri Bismarck tidak membuktikan bahawa beliau seorang pencinta keamanan yang asli. Bismarck juga sedar bahawa peperangan bukanlah senjata digunakan untuk memperteguhkan kedudukan Jerman.

Menurut Eyck pula, Bismarck sememang dilihat sebagai seorang pemimpin yang kuat disebabkan dasar dalam dan luar negerinya yang sememangnya berjaya dilaksanakan. Namun disebalik kejayaan tersebut, Bismarck sebenarnya tidak mempedulikan krisis yang berlaku di Balkans tersebut berterusan atau tidak. Bismarck hanya campur tangan apabila beliau merasakan pergolakan yang terjadi boleh dimanipulasikan untuk mempertahankan Jerman.

Bagi pendapat penulis pula, dasar realpolitik yang dianjurkan oleh Bismarck sebagai senjata dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara Jerman sebenarnya mempunyai keberkesanannya tetapi terdapat sedikit kelompangan apabila kita melihat kesan yang terjadi selepas dasar-dasar tersebut dianjurkan bersandarkan dasar realpolitik Bismarck. Pendapat saya

42 W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany.The English Universities Press Ltd.London.1965.hal.169.

pertama adalah, dasar realpolitik Bismarck ini berkesan dalam pemerintahan beliau untuk memastikan dasar dalam dan luar Negara Jerman dilaksanakan. Hal ini kerana, melalui dasar realpolitik, Bismarck telah berjaya menyatukan wilayah-wilayah di Jerman. Bahkan juga, dalam sejarah Jerman, Bismarck dianggap sebagai tokoh yang berjaya mengukir kejayaan dengan menyatukan Jerman pada 28 Januari 1871 dan Perjanjian Frankfurt ditandatangani pada 10 Mei. Dalam perjanjian tersebut, Perancis telah menyerahkan daerah Alasce dan Lorraine kepada Jerman dan membayar rugi sebanyak lima billion franc. Dalam penyatuan tersebut, Bismarck telah membawa masuk negeri-negeri Jerman Selatan ke dalam konfederasinya iaitu Bavaria,

Baden, dan Wurttemberg. 43 Dalam tahun 1870, semangat liberal dan nasionalisme begitu kuat sekali sehingga negeri-negeri Jerman Selatan terheret untuk turut serta dalam peperangan

melawan Perancis. Penyatuan Jerman ini merupakan satu kebanggaan bagi Bismarck kerana sebelum ini tiada seorang tokoh yang berjaya. Kejayaan tersebut berkait rapat dengan dasar realpolitik yang diterapkan oleh Bismarck dalam usaha beliau menyatukan Jerman. Keazaman Bismarck untuk menyatukan Jerman ini adalah kerana dasar realpolitik yang diamalkan kerana dasar tersebut sememangnya menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat demi kepentingan Negara Jerman sendiri.

Di samping itu, dasar realpolitik ini dilihat mempunyai keberkesanan dalam pemerintahan Bismarck di mana, Jerman telah berjaya meletakkan dirinya bersama-sama dengan kuasa-kuasa kuat Eropah yang lain. Misalnya, dalam peristiwa pengasingan Perancis, Bismarck sememang bergiat sekali untuk mengadakan pakatan dengan Negara Eropah yang lain. Hal ini adalah merupakan rentetan daripada Peperangan Perancis-Jerman 1871. Perancis telah mengalami kekalahan dan menyerahkan wilayah daerah Alasce dan Lorraine kepada Jerman. Penyerahan kedua-dua daerah tersebut sememangnya penting bagi Bismarck untuk tujuan pertahanan Jerman. Tambahan lagi, Jerman berusaha merapatkan diri dengan kuasa-kuasa Eropah yang lain bagi menyingkirkan Perancis. Begitu juga, hal ini dapat dilihat dalam isu Perang Prusia-Perancis yang disebabkan oleh Bismarck di mana Bismarck telah mendedahkan kepada Negara lain melalui surat yang ditulis oleh Perancis bahawa Perancis adalah kuasa yang

43 Gustaf E.Kersten.1908. Bismarck. University Illinois Press.The Journal of English and Germanic Philology.Vol.7 (2) :85-101.

agresif sedangkan Bismarck yang mengarahkan Perancis untuk menulis surat tersebut. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Bismarck sememangnya ingin menyingkirkan Perancis daripada tergolong bersama kuasa-kuasa kuat eropah yang lain kerana beliau tahu kemampuan Perancis dalam peperangan. Melalui peristiwa ini Bismarck telah berjaya mengeksploitasi keadaan yang menyebabkan Perancis dipandang hina oleh Negara lain. Kesannya, Jerman berjaya menempatkan diri dalam kuasa-kuasa kuat Eropah.

Seterusnya, dasar realpolitik Bismarck ini turut berkesan kerana Jerman telah dilihat sebagai kuasa yang kuat dan digeruni oleh kuasa-kuasa eropah lain. Hal ini disebabkan oleh kepintaran Bismarck dalam mengatur strategi dalam menjalankan pentadbirannya dengan menggunakan dasar realpolitik tersebut. Jerman dilihat sebagai kuasa yang kuat di mana Bismarck berjaya mengadakan pakatan-pakatan bersama dengan kuasa-kuasa eropah yang lain seperti Austria-Hungary, Russia, Britain dan Itali. Pakatan tersebut diadakan untuk menjaga kepentingan Jerman sendiri walaupun matlamat adalah untuk memerangi peperangan dan menjaga keamanan di Negara masing-masing. Bagi Bismarck, apa yang penting adalah unsur konsisten di dalam politik Bismarck dan keselamatan empayar Jerman itu sendiri. Begitu juga, hal ini boleh dilihat melalui pakatan yang diadakan bersama Austria-Hungary di mana kedua-dua kuasa ini telah menandatangani perjanjian sulit anti-Russia. Tujuan perjanjian tersebut adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di Eropah dan mengelakkan serangan daripada Russia. Namun begitu, Russia telah berbaik dengan Jerman dan Bismarck membatalkan perjanjian tersebut. Di sini kita dapat melihat, ketidakjujuran Bismarck dalam mengadakan persahabatan dengan Negara luar. Bismarck seakan-akan seperti seorang yang takut akan kegagalan dan kejatuhan serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan keamanan di Jerman. Begitu juga, Bismarck dilihat sebagai seorang pencinta kedamaian yang tidak ikhlas kerana beliau mempunyai kepentingan tertentu dalam meneruskan keazamannya untuk mengekalkan keamanan di Eropah.

Bagi pendapat kedua, penulis berpendapat bahawa dasar realpolitik yang dianjurkan oleh Bismarck sebagai senjata dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara Jerman mempunyai Bagi pendapat kedua, penulis berpendapat bahawa dasar realpolitik yang dianjurkan oleh Bismarck sebagai senjata dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara Jerman mempunyai

dan lebih kurang 1,500 orang telah dipenjarakan. 44 Peristiwa tersebut jelas menunjukkan bahawa terdapat kekurangan dalam pemerintahan Bismarck di mana beliau kurang mengambilberat akan

kebajikan rakyatnya.

Secara keseluruhannya, dasar realpolitik yang diamalkan oleh Bismarck dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara Jerman berkesan dalam pemerintahan Bismarck. Dalam pemerintahan Bismarck, beliau telah berjaya menyatukan Jerman, berjaya menempatkan Jerman dalam kalangan kuasa-kuasa kuat Eropah, keamanan dan kestabilan di Jerman terjamin kerana semasa pemerintahan Bismarck selama 20 tahun peperangan tidak berlaku. Sungguhpun begitu, selepas Bismarck meletakkan jawatan, pentadbiran Negara Jerman berada dalam keadaan yang tidak stabil ketika pemerintahan William II seterusnya mengakibatkan Perang Dunia Pertama meletus. Hal ini jelas menunjukkan, bahawa Bismarck seorang yang bijak dan licik dalam mentadbir Jerman dengan menerapkan dasar realpolitik ke dalam pentadbiran beliau walaupun terdapat kritikan-kritikan yang kurang menyenangkan mengenai Bismarck namun beliau merupakan tokoh pemimpin Jerman yang berjaya.

44 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Aruspolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.1985.hal.183.