Dasar Real ilmu Politik Bismarck

1.0 PENGENALAN

Dasar dalam dan polisi luar Negara merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan kerana ia saling berkaitan di antara satu sama lain. Dasar dalam Negara bermaksud rancangan dan tindakan yang dijalankan dalam Negara sahaja, manakala dasar luar Negara dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah Negara dalam usaha untuk berhubung dengan Negara lain iaitu dalam pengertian yang terhad, dasar luar Negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah Negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.

Dalam mengemudi pentadbiran Negara, seseorang pemimpin akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk melaksanakan matlamat Negara. Misalnya, Bismarck mengambil pendekatan realpolitik sebagai senjata dalam melaksanakan dasar dalam dan luar Negara semasa beliau memimpin Jerman. Pendekatan yang dipilih selalunya berkait rapat dengan peribadi seseorang pemimpin. Pendekatan realpolitik yang diambil oleh Bismarck telah diimplementasikan dalam dasar pentadbirannya apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Prussia dan Canselor.

Realpolitik berkait rapat dengan falsafah realism politic. Realpolitic merupakan suatu teori politik yang telah diilhamkan oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya The Prince. Teori politik realpolitik ini menekankan pengaruh kuasa tanpa mengambil kira tanggapan ideology, sifat moral dan premis etika. Matlamat utama dasar realpolitik yang diutarakan oleh Machiavelli ini adalah menghalalkan segala tatacara atau tindakan untuk tujuan dan kepentingan masing- masing. keuntungan yang dianggapnya boleh dihasilkan dari tindakan tanpa moral yang dikendalikan secara licin. Bagi Machiavelli matlamat utama politik ialah pencapaian dan pengekalan kuasa manakala segala yang lain adalah soal sampingan. Oleh itu, Otto Von Bismarck telah mengamalkan dasar realpolitik ini telah dalam zaman pemerintahannya.

Maka, dalam perbincangan ini, penulis akan membincangkan sedikit sebanyak mengenai dasar realpolitik, latar belakang Otto Von Bismarck serta keberkesanan dasar realpolitik yang diterapkan oleh Bismarck sebagai senjata terhadap dasar dalam dan luar Negara semasa pemerintahan beliau.

2.0 DASAR REALPOLITIK

Dasar realpolitik telah diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli iaitu seorang pemikir berbangsa Itali yang melahirkan dan mengembangkan falsafah politik ini menerusi bukunya The Prince .

Dalam karyanya dia jelas menganjurkan konsep matlamat menghalalkan cara. 1 Bagi Machiavelli matlamat utama politik ialah pencapaian dan pengekalan kuasa; segala yang lain adalah soal

sampingan. Walaupun ia sedar bahawa tindakan kejam dan jahat boleh menjejaskan kejayaan politik itu sendiri, namun aspek ini tidak ditekannya. Ia sering menonjolkan keuntungan yang dianggapnya boleh dihasilkan dari tindakan tanpa moral yang dikendalikan secara licin. Bagi Machiavelli, dia tidak mementingkan sama ada kejayaan itu adalah sesuatu yang disanjung atau tidak; yang diutamakannya ialah hasil.

Dasar realpolitik ala-Machiavelli Bismarck ini merupakan suatu reaksi kepada liberalism. Dalam tahun, semasa revolusi sedang melanda Eropah, Bismarck telah pun melahirkan sikap

politiknya yang mencemuh dasar berlemah lembut. 2 Taktik bertolak-ansur adalah asing baginya. Semasa beliau menjadi Menteri Pertama, pada tahun 1862, beliau sekali lagi telah melihat politik

liberal dengan penuh sesalan. Hal ini kerana, sebelum Bismarck mengambil alih pemerintahan Prusia, dasar liberal telah diterapkan dalam pentadbiran Prusia. Selain itu, Bismarck juga sering dikaitkan den gan dasar “ darah dan besi” kerana beliau mengkritik cara atau tindakan yang diambil oleh para pemimpin dalam memikul sesuatu tanggungjawab. Bagi Bismarck, apabila melaksanakan sesuatu dasar, ia harus dilaksanakan dengan tegas dan adil tanpa menggunakan

1 Qasim Ahmad.Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.1985.hal.155.

2 Ibid., hal.155.

da sar berlemah lembut. Hal ini menyebabkan Bismarck dikaitkan dengan dasar “ darah dan besi”. Setelah Bismarck menjawat jawatan Canselor, beliau telah digelar “Canselor besi” kerana cara dan tindakan yang diimplementasikan dalam corak pentadbiran beliau. 3

2.1 LATAR BELAKANG OTTO VON BISMARCK

Bismarck atau nama sebenarnya Otto Eduard Leopold Von Bismarck merupakan anak kedua dalam keluarganya. Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di rumah keluarganya di Schonhausen di Brandenburg iaitu kira-kira 60 km dari timur Berlin. Beliau merupakan anak kepada Junker atau golongan bangsawan yang memiliki asset ladang dan tanah yang banyak. Menurut Medlicott dalam bukunya Bismarck and Modern Germany , Bismarck mewarisi keintelektualan daripada ibunya iaitu Wilhelmine Mencken yang merupakan anak kepada

Frederick the Great. 4 Sejak dari kecil, Bismarck telah didedahkan dengan suasana pentadbiran dan ketenteraan oleh ibu bapanya. Hal ini menyebabkan Bismarck tampaknya sudah

menyesuaikan dan menceburkan diri dalam bidang pentadbiran di Prussia seawal usia yang muda.

Dalam sejarah kehidupannya, Bismarck dianggap sebagai seorang tokoh yang hebat dalam sejarah Jerman. Hal ini kerana kejayaan Bismarck menyatukan wilayah-wilayah di German. Begitu juga, dalam bidang pentadbiran, Bismarck telah dilantik menjadi Perdana Menteri Prussia pada tahun 1862 semasa Palmerston menjadi Perdana Menteri Britain dan

Abraham Lincoln menjadi Presiden Amerika. 5 Seterusnya Bismarck telah dilantik menjadi Canselor. Semasa Bismarck berkhidmat sebagai Canselor, beliau telah digelar Canselor besi

disebabkan dasar pemerintahannya. Bismarck sendiri turut mengakui bahawa dasar pemerintahannya bercorak darah dan besi dan beliau dilihat mempraktikkan dasar tersebut dalam

3 Hajo Holborn.1960. Bismarck‟s Realpolitic. Journal of The History of Ideas. Vol.21 (1): 84-98.

4 W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany.The English Universities Press.Ltd.London.1965.hal.1. 5 B.J.Ramage.1999.Prince Bismarck and The German Unity. The Sewanee Review.Vol.7:444-468 4 W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany.The English Universities Press.Ltd.London.1965.hal.1. 5 B.J.Ramage.1999.Prince Bismarck and The German Unity. The Sewanee Review.Vol.7:444-468

melakukan apa sahaja yang diimpikannya. 6

Oleh itu, bersandarkan kepada latar belakang Bismarck ini, kita dapat menganalisa bahawa secara umumnya, sejak dari kecil lagi Bismarck sememangnya didedahkan dalam bidang pentadbiran oleh ibunya. Maka, tidak hairanlah Bismarck juga menerajui Empayar Jerman suatu ketika dahulu dengan dilantik sebagai Perdana Menteri Prussia dan Canselor serta berjaya menyatukan Jerman. Sungguhpun begitu, dalam menjalankan dasar-dasar dalam pentadbirannya, Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik sebagai senjata terhadap dasar dalam dan luar Jerman semasa pemerintahan beliau kerana beliau yakin bahawa dasar realpolitik ini mampu menjadikan Jerman sebuah kuasa kuat di Eropah. Hal ini kerana, kebanyakan para liberal di Jerman agak kecewa dengan pengalaman politik mereka pada tahun 1848. Kekecewaan tersebut adalah berkaitan dengan kegagalan percubaan untuk menyatukan negeri-negeri Jerman. Setelah melihat pengalaman politik di Jerman sedemikian rupa, Bismarck mengambil langkah untuk menerapkan dasar realpolitik kerana beliau yakin dengan ideology politik Machiavelli ini.

Oleh itu, dalam subtopic yang seterusnya, penulis akan menganalisa dasar-dasar dalam Negara pada bahagian pertama manakala dasar luar yang diperkenalkan oleh Bismarck akan dianalisa pada bahagian kedua dalam bab ini serta menilai keberkesanan pendekatan realpolitik yang digunakan sebagai senjata dalam melaksanakan dasar tersebut. Kemungkinan pendekatan realpolitik yang diterapkan oleh Bismarck ini berkesan atau sebaliknya.

6 Erick Eyck.Bismarck and The German Empire.Unwin University Books.London.1968.hal.127.

3.0 PERISTIWA MEMBAWA KEPADA PEMBENTUKAN EMPAYAR JERMAN DIBAWAH PEMERINTAHAN BISMARCK- FASA 1 : 1862-1871

3.1 Penaklukan Daerah Schleswig-Holstein

Pergolakan telah berlaku di daerah Schleswig-Holstein sebagai akibat kebangkitan semangat kebangsaan ekoran daripada revolusi-revolusi 1848. Pemberontakkan telah berlaku di daerah tersebut dan menyebabkan daerah tersebut diletakkan di bawah kuasa Denmark-Jerman. Daerah Schleswig-Holstein telah ditempatkan di bawah kuasa Vienna selepas Penyelesaian Vienna l815. Peruntukan ini dibuat di bawah Perjanjian London 1852 yang telah ditandatangani oleh kuasa- kuasa besar Eropah yang terdiri daripada Russia, Austria, Perancis, Prusia, Britain, Denmark dan Sweden.

Sungguhpun begitu, semasa tahun 1863, Raja Denmark yang baru dilantik tersebut menyatakan hasrat bahawa beliau ingin meletakkan daerah Schleswig-Holstein ini di bawah pentadbirannya. Tambahan pula, rakyat Denmark turut menyuarakan pandangan mereka terhadap Raja Denmark agar daerah tersebut diletakkan di bawah Denmark. Ekoran daripada hasrat yang dinyatakan oleh Raja Denmark, ia telah mengejutkan Jerman. Hal ini kerana, dalam peruntukan Penyelesaian Vienna 1815, daerah tersebut adalah di bawah kuasa sama Denmark dan Jerman. Bagi Bismarck, isu ini amat sensitif kerana daerah tersebut mempunyai minority

bangsa Jerman yang ramai jumlahnya. 7 Pada masa yang sama, terdapat seorang pesaing kepada raja baru Denmark yang ingin merebut takhta. Bismarck pula mengambil kesempatan ini dan

memanipulasikan keadaan tersebut. Bismarck telah mengatur strateginya dengan mendapatkan persetujuan dari Diet dan Austria untuk menyerang Denmark dengan tentera berikat Prusia dan Austria. Kesannya, Denmark kalah dalam peperangan tersebut dan akhirnya termeterai Perdamaian Vienna yang ditandatangani pada bulan Oktober. Dalam perdamaian ini daerah Schleswig-Holstein ini telah diserahkan kepada Raja Prusia dan Austria.

7 Qasim Ahmad.Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.1985.hal.158.

Oleh itu, peperangan yang telah berlaku dan Perdamaian Vienna yang dianjurkan telah memansuhkan Perjanjian London 1852. Apabila peristiwa ini berlaku, perimbangan kuasa di Eropah turut berubah. Hal ini kerana, terdapat kuasa lain yang kurang setuju dengan perkembangan yang berlaku ini kerana mereka terikat dengan hal masing-masing untuk bertindakbalas secara terus. Manakala, Russia pula mengamalkan dasar berkecuali kerana pada tahun sebelumnya, Prusia telah berjanji untuk membantu Rusia kiranya bangsa Pole yang berada di bawah pemerintahan Russia akan memberontak. Rusia turut bimbang jikalau Britain dan Perancis akan membantu pemberontakan bangsa Pole di Russia. Apabila Russia mengamalkan dasar berkecuali ini, ia menunjukkan bahawa Russia mementingkan diri sendiri serta tiada kesepakatan di antara kuasa-kuasa besar Eropah. Di suatu sudut pula, Bismarck tampaknya memperjuangkan kepentingan Jerman semata-mata dan berupaya untuk memanipulasikan keadaan politik yang rapuh dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah pada masa itu.

Justeru itu, Bismarck telah menggunakan kesempatan yang ada kerana berlaku pergolakkan politik di Eropah pada ketika itu. Bismarck telah menggunakan ala pemikiran Machiavelli melalui tindak tanduk yang dilakukannya. Selagi ada kesempatan, Bismarck akan sedaya upaya peluang untuk menjaga kepentingan Jerman.

3.2 Perang Prusia-Austria

Ekoran daripada Perdamaian Vienna yang memperuntukkan daerah Schleswig-Holstein di bawah pemerintahan bersama Prusia dan Austria, berlaku ketidaksefahaman dalam urusan pemerintahan daerah tersebut. Permasalahan tersebut telah diselesaikan melalui Konvensi Gastein. Dalam kandungan Konvensi Gastein, Holstein telah diletakkan di bawah pemerintahan

Austria manakala Schleswig diserahkan kepada Prussia. 8 Namun begitu, penyelesaian tersebut tidak kekal. Bismarck turut mengambil tempat untuk mengatasi permasalahan ini dengan

8 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.1985.hal.159.

mendapatkan persetujuan Itali dan Perancis untuk membentuk satu pakatan sulit menentang Austria dan pakatan tersebut mengalami kegagalan. Kegagalan tersebut tidak membantutkan strategi Bismarck yang seterusnya.

Seterusnya, pada 28 Februari 1866, Bismarck sekali lagi mencuba nasib untuk mendapatkan sokongan dari Raja Prusia bagi mengadakan pakatan sulit dengan Itali. Bismarck turut meramalkan bahawa peperangan di antara Prusia dan Austria adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Hanya Putera Mahkota Prusia sahaja yang tidak bersetuju dengan rancangan Bismarck kerana ketua-ketua tentera telah memihak kepada Bismarck dan raja. Di samping itu, seorang wakil Itali telah datang ke Berlin pada tahun 1866 yang menyebabkan perjanjian sulit di antara Prusia dan Itali termaktub. Dalam perjanjian tersebut, Prusia tidak terikat untuk melakukan perang terhadap Austria , tetapi Itali terpaksa mengikuti jejak langkah Prusia sekiranya Prusia berperang dengan Austria. Selain itu, sekiranya Prusia tidak melancarkan peperangan dalam masa tiga bulan, syarat Itali untuk mengikuti Prusia berperang akan dimansuhkan. Pakatan sulit antara Prusia dan Itali telah menjejaskan hubungan Austria dan Prusia. Di sudut pihak Austria pula, mereka memang menduga bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku dan keadaan ini telah mencetuskan peperangan di antara Prusia dan

Austria. 9

Justeru itu, tindakan Bismarck ini sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak wajar dilakukan kerana ia telah mengakibatkan politik dan hubungan antarabangsa di Eropah menjadi tidak stabil. Bismarck tidak pernah merasakan bahawa beliau bersalah dalam segala tindakan yang dilakukannya. Tindakan yang dilakukan oleh Bismarck tersebut telah mengapi-apikan kedua-dua pihak iaitu Prusia-Itali dan Austria. Disebabkan oleh dasar realpolitik yang diterapkan dalam dasar ini, Bismarck sememangnya berusaha untuk memutarbelitkan keadaan dan mengakibatkan kedua-dua pihak bermusuhan. Bagi Bismarck, ia merupakan sesuatu yang dibanggakan olehnya kerana beliau menyebabkan kedua-dua kuasa eropah tersebut bermusuhan.

9 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.1985.hal.160.

Apa yang ditekankan oleh Bismarck adalah, kepentingan Jerman harus dijaga kerana kuasa- kuasa eropah ini merupakan kuasa yang kuat. Oleh itu, Bismarck jelas mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan politik dan hubungan antara Negara yang tidak stabil demi kepentingan nasional beliau. Keberkesanan dasar realpolitik ini dalam dasar-dasar yang dibuat oleh Bismarck sememangnya mendatangkan kebaikan kepada Jerman tetapi ia juga memberikan impak yang tragis kepada kuasa-kuasa Eropah yang lain yang turut bertelagah disebabkan tindakan Bismarck yang mengapi-apikan mereka. Kelicikan Bismarck jelas terbukti kerana beliau berjaya menyebabkan kuasa-kuasa Eropah ini bertelagah di antara satu sama lain yang pada akhirnya mengakibatkan peperangan.

3.3 Peperangan dengan Perancis

Seterusnya, dasar realpolitik Machiavelli ini telah diterapkan lagi dalam pembentukan Konfederasi Jerman Utara yang mendatangkan kekhuatiran bukan sahaja kepada pihak Empayar

Austria-Hungary tetapi juga ke pihak Perancis. 10 Kebimbangan melanda Perancis dengan perimbangan kuasa yang baru. Melihat kepada kebimbangan Perancis ini, sekali lagi Bismarck

mencelah dan menyuruh pihak Perancis mengemukakan hajatnya untuk menambahkan daerah kuasanya secara bertulis. Perancis bersetuju dengan cadangan Bismarck. Namun, apa yang berlaku adalah, Bismarck telah mendedahkan surat tersebut kepada akhbar sehingga Perancis digambarkan sebagai satu Negara yang agresif yang ingin meluaskan daerah takluknya. Hal ini telah memeranjatkan kuasa-kuasa Eropah lain. Bismarck berasa bangga kerana beliau telah mencapai matlamatnya apabila kuasa-kuasa Eropah mengetahui tindakan Perancis tersebut. Bismarck pula mahukan Perancis disisihkan oleh kuasa-kuasa Eropah ini. Di samping itu, terdapat peristiwa yang lain seperti krisis warisan takhta Sepanyol yang akhirnya tercetus peperangan di antara Perancis dan Prusia pada tahun 1870.

10 Otto Pelanze.Bismarck and The Development of Germany: The Period of Unification,1815-1871.Princeton University Press.1963.hal.373.

Jelaslah bahawa Bismarck telah merealisasikan dasar realpolitik dalam mencetuskan konflik dalam Negara Perancis. Bismarck berjaya membuatkan kuasa-kuasa Eropah lain melihat Perancis sebagai Negara yang agresif yang ingin meluaskan daerah taklukannya. Jika dianalisis, Bismarck sendiri yang mencadangkan kepada Perancis untuk meluaskan daerah taklukan. Apabila Perancis menurut cadangan Bismarck, Bismarck telah memanipulasikan keadaan tersebut dan “melabelkan” Perancis sebuah Negara yang agresif. Oleh itu, kuasa Eropah yang lain mempunyai satu pandangan di mana, mereka akan mengelakkan diri untuk menjalinkan

kerjasama dengan Perancis. Bismarck seperti “menikam belakang” Perancis kerana Perancis hanya menurut tuntutan Bismarck. Bagi Bismarck juga, tindakan ini merupakan cara yang

terbaik agar Perancis tidak berada dalam kelima-lima kuasa kuat Eropah tersebut. Ironinya, peperangan antara Prusia dan Perancis tersebut hanya disebabkan oleh sepucuk surat sahaja.

3.4 Pembentukan Empayar Jerman

Perang antara Prusia dan Perancis berlangsung dengan lama namun pada akhirnya Perancis telah kalah. Gencatan senjata telah diadakan pada 28 Januari 1871 dan Perjanjian Frankfurt

ditandatangani pada 10 Mei. 11 Perancis telah menyerah daerah Alasce dan Lorraine kepada Jerman dan membayar ganti rugi sebanyak lima billion franc. Bismarck akhirnya berjaya

menyatukan Jerman setelah beberapa siri peperangan berlaku. Bismarck menyatakan, “without me, three great wars would not had happened and 80,000 men could not have perished.” 12

Oleh itu, penyatuan Jerman ini merupakan usaha Bismarck dengan menggunakan dasar realpolitik untuk mengatur strateginya. Konfederasi Jerman yang baru telah diisytiharkan pada

18 September 1871 di Versailes. Raja Prusia iaitu William I telah dilantik sebagai Maharaja kerana khuatir bidang kuasanya di Prusia akan berkurangan. Bismarck pula menjadi Canselor

11 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.1985.hal.164.

12 Erick Eyck.Bismarck and The German Empire.Unwin University Books.London.1968.hal.174.

Reich 13 ketika itu. Kuasa di dalam Kemaharajaan Jerman, atau Reich nyata terletak pada Prusia dan kuasa di Prusia berada pada tangan Bismarck. Maka, dalam tempoh pemerintahan Bismarck,

ia dikenali sebagai zaman Bismarck dan Bismarckian.

4.0 DASAR DALAM DAN LUAR NEGERI YANG DIPERKENALKAN OLEH BISMARCK.-FASA 2: 1871-1890

Matlamat dasar dalam negeri Bismarck ialah pengukuhan empayar Jerman, maka matlamat dasar luarnya adalah sama. 14 Bagi memperkukuhkan penguasaan Bismarck, beliau telah menjadikan

monarki Prussia sebagai akar tunjang kepada dasar yang digubalnya. Sementelahan itu, kepimpinan Prussia akan menjadi tunjang belakang kepada Empayar Jerman. Seterusnya, Empayar Jerman yang kukuh akan mampu mengawal segala kegiatan diplomasi di Eropah. Dalam melaksanakan segala dasar ini Bismarck yang memegang teraju sebagai pengarah utama. Kuasa-kuasa besar Eropah pula perlu diawasi dan dikemudikan oleh pengarah utama ini ialah Rusia, Britain, Perancis dan Austria-Hungary. Namun begitu, Jerman diyakini merupakan kuasa yang lagi besar dan Bismarck menyatakan bahawa Jerman akan menjadi sebuah Negara yang digeruni. Semasa awal pemerintahan Bismarck, beliau telah mengamalkan diplomasi yang bersifat mengancam dan ini telah mengakibatkan tiga peperangan bagi tujuan untuk menyatukan Jerman. Dalam usaha tersebut, Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik dalam mencapai matlamat beliau tersebut. Namun, dalam fasa 1871-1890 pemerintahan Bismarck, beliau lebih menekankan keamanan dan ini terbukti bahawa Jerman tidak terlibat dengan peperangan dalam tempoh tersebut.

13 Reich merupakan badan parlimen yang terdapat di Prusia. Dalam parlimen tersebut, terdapat dua dewan iaitu dewan rakyat (Reighstag) manakala dewan Negara (Bundesrat).

14 E.J.Passant.Short History of Germany 1815-1945.Cambridge University Press.Britain.1969.hal.85.

4.1 DASAR DALAM NEGERI SEMASA PEMERINTAHAN BISMARCK

4.1.1 Pengukuhan Kuasa di Reich

Di bawah pemerintahan Bismarck, beliau telah melaksanakan dasar demi dasar untuk memperteguhkan lagi kedudukan Reich. Hal ini bertujuan untuk menghapuskan kekhuatiran raja Prusia yang sudah menjadi Maharaja mengenai kemorostan kuasanya apabila beliau dilantik menjadi ketua Reich. Dalam menyusun langkah kepada pentadbiran yang lebih mantap, Bismarck telah menyusun kembali pembahagian suara dan kuasa di dalam Diet . Diet mempunyai

dua dewan iaitu dewan rakyat ( 15 Reichstag) dan dewan Negara ( Bundesrat ). Dewan rakyat mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang, menolak rang undang-undang, menolak

peruntukan belanjawan tetapi ia tidak berupaya untuk mempengaruhi dasar kerajaan. Misalnya Reichstag tidak bersetuju dengan sesuatu dasar kerajaan ia hanya boleh menyekat kelulusan belanjawan Negara. Undang-undang yang digubal oleh Reichstag harus disahkan oleh

Bundesrat. 16

Seterusnya, dalam hal ehwal dalam negeri, Bismarck sedaya upaya cuba melumpuhkan tentangan terhadapnya yang datang dari pihak parti pembangkang di Reichstag yang terdiri daripada Parti Liberal Kebangsaan, Parti Tengah Katholik, Parti Progresif dan Parti Sosial Demokratik. Dalam usaha Bismarck ingin menjejaskan pengaruh parti-parti tersebut, Bismarck telah mengendalikan dasar yang sekali gus merangkumi ciri-ciri pujuk, penentangan secara terang-terangan dan pelaksanaan dasar yang boleh menyaingi atau yang lebih baik daripada parti lawan. Dalam erti kata lain, matlamat Bismarck adalah pencapaian kuasa dan cara berbagai rupa. Begitu juga, Bismarck mengenepikan kelas menengah dan bawahan Negara kerana mahu menjaga hati golongan bangsawan dan tentera di Prusia. Hal ini kerana, golongan inilah yang

15 Otto Pflanze. Bismarck and The Development of Germany : The Period of Unification,1815-1871.Princeton University Press.America.1963.hal.279.

16 Qasim Ahmad. Eropah Moden : Arus sosiopolitik dan pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.1985.hal.166.

menjadi tunjang kepada kejayaan di Prusia. Sungguhpun begitu, Bismarck sedaya upaya untuk memenuhi cita-cita golongan menengah ini agar mereka memberikan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi.

Oleh itu, dapat kita lihat bahawa Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik dalam mengukuhkan lagi kuasanya di Reich. Hal ini kerana, terdapat parti-parti yang menentangnya dan beliau sedaya upaya menangkis serangan tersebut. Begitu juga, Bismarck agak berat sebelah dalam dasar Negara ini apabila beliau mengenepikan golongan menengah dan bawahan dalam pemerintahan beliau. Seharusnya, Bismarck harus menjaga kebajikan rakyatnya tanpa mengira kedudukan dan darjat seseorang jika ingin menjadi pemerintah yang baik.

4.1.2 Undang-undang Tentera dan Kulturkampf

Bismarck telah membentangkan Rang Undang-undang tentera untuk mendapatkan kelulusan daripada Reichstag. Rang undang-undang ini bertujuan untuk menghapuskan buat selama-

lamanya pengaruh 17 Reichstag ke atas hal ehwal tentera. Dalam rang undang-undang ini, ia telah menyatakan bahawa jumlah tentera haruslah melebihi 400,000. Ia juga mencadangkan bahawa

jumlah tentera haruslah dipadankan dengan jumlah rakyat Jerman. Selain itu, Bismarck telah menggugut untuk mengadakan pilihanraya setelah jawatankuasa di Reichstag dipengaruhi oleh puak liberal berhaluan kiri menentang rang undang-undang ini. Puak liberal akhirnya bersetuju dan menerima penetapan jumlah tentera untuk tempoh masa tujuh tahun sahaja. Hal ini menyebabkan pemansuhan hak mutlak diet untuk menentukan belanjawan dan jumlah tentera kerana diet di Jerman bertukar setiap tiga tahun sekali. Semua Parti Liberal Kebangsaan bersetuju dengan rang undang-undang ini sebagai dasar kerajaan dan cuba untuk mendapatkan faedah dari Bismarck sebagai balasan.

17 E.J.Passant.Short History of Germany 1815-1945.Cambridge University Press.London.1969.hal.89.

18 Seterusnya, dasar kulturkampf telah mendapat sokongan daripada golongan Liberal Kebangsaan. Dasar ini bertujuan untuk memerangi pengaruh mazhab Katolik. Hal ini secocok

dengan tindakan Bismarck yang memansuhkan bahagian Katholik yang khusus terdapat di dalam Kementerian Hal-Ehwal Agama dan Pelajaran. 19 Bagi Bismarck, bahagian tersebut telah

digunakan oleh pihak gereja untuk mempengaruhi pentadbiran kerajaan. Pada bulan Mac 1872, pengawasan sekolah-sekolah oleh pihak gereja telah dihapuskan. Di Jerman, pentadbiran sekolah dan gereja adalah di bawah urusan negeri bukannya urusan kerajaan pusat. Bagi Bismarck, hal ini kurang menyenangkan kerana Bismarck tidak dapat mengawasi golongan agama yang tidak bersetuju dengan dasarnya. Golongan Konservatif di Jerman juga tidak bersetuju dengan dasar Bismarck yang mengambil alih pentadbiran sekolah dan gereja. Di samping itu, berlaku beberapa pertelagahan antara Bismarck dengan golongan Katholik ini dan akhirnya digubal siri undang- undang yang dikenali nama Undang-undang Mei 1873. Perkara utama dalam undang-undang tersebut adalah memindahkan kekuasaan Paus dalam soal kehakiman dan disiplin ke atas golongan Katholik kepada pihak kerajaan. Begitu juga, pada 5 Februari 1875 pihak Paus di Rom mengisytiharkan segala perundangan mengenai agama Katholik di Jerman sebagai tidak sah. Kerajaan telah menyekat segala bentuk bantuan yang disalurkan kepada gereja sehingga para biskop bersedia untuk menerima undang-undang kerajaan.

Justeru, melihat kepada dasar ketenteraan, Bismarck mahu agar jumlah tentera ditambahkan untuk menjaga keamanan Jerman daripada serangan kuasa luar. Manakala dasar kulturkampf ini, Bismarck dan puak liberal mahukan soal politik dan pentadbiran Negara bebas

dari pengaruh dan kawalan agama. 20 Pendirian mereka ini sebenarnya rentetan daripada arus sekularisme yang sudah tercetus semasa Revolusi Perancis. Bismarck menyatakan bahawa

pertikaian di antara Kerajaan dan pihak Gereja sememangnya telah lama berlaku sejak Maharaja Henry IV dan Paus Gregory VII. Bagi Bismarck, beliau lantang menyatakan dalam Reichstag bahawa mereka tidak akan mengulangi pertikaian yang berlaku antara kerajaan dan gereja.

18 Dasar kulturkampf berkaitan dengan aspek kebudayaan atau “perang budaya” yang dianjurkan untuk membebaskan soal politik dan pentadbiran Negara dari pengaruh dan kawalan agama. Hal ini kerana, pengaruh

agama begitu berpengaruh dalam politik dan pentadbiran Negara. Maka, dasar ini diperkenalkan untuk menyingkirkan pengaruh agama dalam politik dan pentadbiran Negara yang boleh membantutkan polisi kenegaraan yang dirangka.

19 Ibid,.hal.89. 20 William M.Sloane.1900.Bismarck as a Maker of Empire.Political Science Quantely. Vol.15(4) :647-666.

Bismarck juga telah menuduh Parti Tengah Katholik sebagai „bateri‟ yang menjahanamkan Negara dan menyamakan parti itu dengan Parti Demokratik Sosial. 21 Bismarck turut menyatakan

pendapat bahawa, kedua-dua parti tersebut menentang pembangunan Negara menerusi cara-cara antarabangsa dan memerangi rakyat dan Negara.

4.1.3 Tarif dan Undang-undang Anti-sosialis

Para liberal telah gagal dalam memanfaatkan kesepakatan mereka dengan Bismarck dalam kes dasar tariff bebas. Bismarck telah mengamalkan dasar ekonomi bebas sebelum tahun 1877. Namun begitu, dasar ini tidak disukai oleh golongan tuan tanah dan para industrialis yang

mengalami tekanan ekonomi sebagai akibat saingan dari Negara asing. 22 Hal ini kerana, golongan bangsawan Jerman merupakan pengeksport utama bijiran dan dasar ekonomi bebas ini

menguntungkan mereka sebelum tahun 1877. Pada tahun 1870-an, Jerman telah mengalami kekurangan bijiran untuk keperluan dalam negeri sendiri. 23 Maka, dasar ekonomi bebas telah

dimansuhkan dalam tahun 1870-an tetapi tidak menjejaskan ekonomi Jerman serta melindungi industri-industri di Jerman dari saingan barang import. Sebelum merombak dasar ekonomi bebas, Bismarck telah bertemu dengan ketua Parti Liberal Kebangsaan, Rudolf von Bennigsen dan menawarkan jawatan naib canselor dan menteri dalam kabinet Prusia. Motif Bismarck sebenarnya adalah untuk memastikan golongan sayap kanan Parti Liberal Kebangsaan akan menyokong dasar ekonomi tersebut. Bennigsen pula, mahukan dua orang lagi rakannya dari sayap kiri Parti Liberal Kebangsaan diberikan jawatan. Namun, Bismarck tidak berkenan pada akhirnya.

Dalam tahun 1878, Bismarck telah membentangkan Rang Undang-undang Anti-Sosialis di Reichstag dan ini menyebabkan Parti Liberal Kebangsaan membantah. Berdasarkan undang- undang ini, kerajaan boleh menyekat atau mengharamkan segala persatuan, perjumpaan dan

21 Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegan Paul.London.1976.hal.8. 22 Herbert L.Peacock. A History of Modern Europe:1789-1978.Heinemann Educational Books Ltd.1958.hal.192. 23 Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegan Paul.London.1976.hal.9.

penerbitan Parti Demokratik Sosial, sosialis dan komunis. Begitu juga, kerajaan boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah yang mengancam politik Bismarck. Apabila undang-undang ini dilaksanakan, ia dikatakan berjaya menghapuskan semua institusi Parti Demokratik Sosial yang mencakupi perusahaan persuratkhabaran, percetakan dan kesatuan sekerja. Kesannya, terdapat 900 orang telah disingkirkan dari rumah dan 1500 orang dipenjarakan.

Di samping itu, Parti Liberal Kebangsaan tidak bersetuju dengan dasar dan matlamat politik golongan sayap kiri serta tindakan Bismarck yang menyekat kegiatan politik dan ia sememangnya bertentangan dengan prinsip liberal. Seterusnya, dalam tahun 1878, suatu pilihanraya umum telah diadakan dan Parti Liberal Kebangsaan kehilangan 30 kerusi dan Parti Progresif 10 kerusi. Sebaliknya, Parti Konservatif dan Konservatif bebas berjaya menambahkan bilangan kerusi dari 78 ke 115 kerusi. Pihak kerajaan juga gagal mendapatkan suara majority di Reichstag kerana kerusi Parti Konservatif yang menyokongnya tidak melebihi jumlah kerusi parti lain. Kebanyakan calon Parti Liberal Kebangsaan yang menang telah berjanji kepada para pengundi mereka untuk menyokong Bismarck dalam tindakan antisosialisnya. Maka, tidak harianlah Rang Undang-undang Anti-Sosialis yang dibentangkan oleh Bismarck pada bulan September 1878 diluluskan dengan mudah. Tambahan pula, Parti-parti Konservatif pula menyokong penuh usul Bismarck dan penentangan datang dari Parti Demokratik Sosial, Parti Tengah Katholik dan Parti Progresif.

4.1.4 Soal Kebulatan Tekad

Sikap Parti Liberal Kebangsaan dan Parti Tengah Katholik serta Parti Demokratik Sosial tampaknya amat berbeza dalam soal kebulatan tekad dalam menghadapi konflik mereka dengan Bismarck. Parti Tengah Katholik telah menjadikan dasar kulturkampf sebagai sumber perangsang semangat. Hal ini kerana, dasar kulturkampf ini membolehkan Parti Tengah Katholik menjadi parti yang teratur, berdisiplin dan kukuh di Jerman sepanjang pemerintahan Bismarck. Windthorst merupakan pemimpin parti ini dan beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang Sikap Parti Liberal Kebangsaan dan Parti Tengah Katholik serta Parti Demokratik Sosial tampaknya amat berbeza dalam soal kebulatan tekad dalam menghadapi konflik mereka dengan Bismarck. Parti Tengah Katholik telah menjadikan dasar kulturkampf sebagai sumber perangsang semangat. Hal ini kerana, dasar kulturkampf ini membolehkan Parti Tengah Katholik menjadi parti yang teratur, berdisiplin dan kukuh di Jerman sepanjang pemerintahan Bismarck. Windthorst merupakan pemimpin parti ini dan beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang

tidak lagi dilaksanakan. 24

Selain itu, Parti Demokratik Sosial berjaya mempertahankan diri tatkala dilanda serangan bertubi-tubi daripada Bismarck. August Bebel berusaha untuk melawan dengan menyatakan

bahawa partinya akan terus bergerak biarpun secara haram. 25 Parti Demokratik Sosial ini telah berjaya membela nasib golongan pekerja industri. Bismarck juga telah menyediakan pembelaan

bagi pekerja ini tetapi tidak sepenuhnya kerana beliau enggan mengatasi masalah yang berlaku kepada pekerja industri. Bagi Bismarck, langkah mengatasi masalah ini hanya memakan perbelanjaan yang tinggi dan beliau hanya menyediakan sistem insurans kemalangan (1884),

sakit (1883), pekerja tua (1889) dan sebagainya. 26

Oleh itu, jelaslah bahawa Bismarck turut melaksanakan dasar realpolitik dalam dasar dalam negaranya. Bismarck terpaksa melakukan dasar berbaik-baik dengan parti-parti politik yang terdapat di Jerman pada ketika itu. Hal ini kerana, melalui parti-parti politik yang wujud, Bismarck boleh meluaskan pengaruhnya. Walaupun terdapat parti politik yang tidak disukai oleh Bismarck , tetapi pada akhirnya Bismarck terpaksa mengiktiraf keberadaan parti tersebut. Misalnya, Parti Tengah Katholik yang tidak boleh dinafikan perjuangannya dengan diketuai oleh pemimpin yang berkaliber. Bismarck pernah cuba ingin memecahbelahkan parti ini tetapi tidak berjaya. Bismarck terpaksa mengakui bahawa parti ini parti yang teratur, berdisilin dan kukuh dan beliau telah meredakan kempen anti-katholiknya. Hal ini kerana, Bismarck dan Parti Tengah Katholik ini telah mengadakan kerjasama dalam kes pemansuhan dasar ekonomi bebas

24 Erich Eyck.Bismarck and The German Empire.Unwin University Books.London.1968.hal.202. 25 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala

Lumpur.1985.hal.181. 26 D.G.O Ayerst. Europe in the Nineteenth Century. Cambridge University Press. London. 1965. Hal. 253.

Bismarck. 27 Dasar realpolitik yang cuba diterapkan oleh Bismarck dalam soal kebulatan tekad ini adalah, beliau ingin mematahkan perjuangan Parti Tengah Katholik dan Parti Demokratik Sosial

kerana ia mengancam kedudukan Parti Liberal Kebangsaan. Hal ini menunjukkan bahawa Bismarck sedaya upaya menyingkirkan entiti yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik Bismarck. Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah tindakan Bismarck yang kurang mengambil berat akan kebajikan pekerja industri walaupun beliau menyediakan kemudahan

insurans kesihatan dan sebagainya tetapi ia tidak cukup 28 . Nasib golongan pekerja industri kurang terbela sehingga Parti Demokratik Sosial yang mengambil inisiatif untuk membela nasib

golongan pekerja industri ini.

4.2 DASAR LUAR NEGARA JERMAN DI BAWAH PEMERINTAHAN BISMARCK

4.2.1 Pengasingan Perancis

Selepas tahun 1871, Bismarck telah mengadakan pakatan dengan Negara Eropah lain. Hal ini berkait rapat dengan akibat peperangan Perancis-Jerman. Perancis terpaksa menyerahkan daerah

Alasce dan Lorraine kepada Jerman. 29 Alasce dan Lorraine adalah daerah yang telah ditadbir oleh Perancis selama lebih kurang dua abad. Sebelum ini, Alasce dan Lorraine sememangnya di

bawah pemerintahan Jerman dan telah dirampas oleh Perancis suatu ketika dahulu dengan menggunakan cara kekerasan. Namun begitu, tindakan Bismarck merampas kembali Alasce dan Lorraine bukanlah untuk membangkitkan sentimen Jerman. Hal ini kerana, Bismarck tahu bahawa Alasce dan Lorraine sudah begitu sebati sekali dengan adat resam Perancis. Bismarck merampas kembali Alasce dan Lorraine adalah disebabkan soal ketenteraan dan kedua-dua daerah tersebut amat penting bagi pertahanan Jerman untuk menghadapi kemungkinan serangan

27 William M.Sloane. 1900. Bismarck as a Maker of Empire. Political Science Quartely. Vol.15 (4):647-666. 28 D.G.O Ayerst. Europe in the Nineteenth Century. Cambridge University Press. London. 1965. Hal. 253.

29 B.J.Ramage.1999.Prince Bismarck and German Unity.The Sewanee Review.Vol.799(4) : 444-468.

yang akan datang dari Perancis terutama di bahagian Barat Laut Jerman. 30 Untuk menghadapi permasalahan ini, Bismarck telah mencorakkan satu dasar untuk mengasingkan Perancis.

Perancis yakin bahawa mereka akan bersedia untuk membalas dendam terhadap Jerman apabila Jerman terlibat di dalam peperangan dengan Negara lain. Bismarck pula dengan liciknya, mengkehendaki kuasa-kuasa besar lain mengambil pendirian untuk berkecuali jika tercetusnya peperangan di antara Jerman dan Perancis. Atas dasar itu, Bismarck mula merapatkan Jerman dengan kuasa-kuasa besar Eropah yang lain yang mungkin akan menjadi sekutu Perancis. Sekiranya, Perancis menjadi sekutu Russia, maka Bismarck akan mengalami kekalahan.

Bismarck seorang yang sanggup melakukan sesuatu demi mencapai matlamat yakni ia merupakan suatu kepuasan kepada beliau sekiranya matlamat tersebut tercapai. Dasar realpolitik itu ternyata sudah menjadi prinsip dalam kehidupannya. Begitu juga dalam situasi pengasingan Perancis yang dilakukan oleh Bismarck ini di mana secara halusnya beliau menggunakan dasar realpolitik dalam apa jua sekali pun untuk mengalahkan Perancis sehinggakan daerah Alasce dan Lorraine telah dirampas kembali dan akhirnya Jerman berjaya disatukan. Oleh itu, dasar realpolitik yang diterapkan oleh Bismarck dalam dasar luar yang dilakukan oleh Bismarck terhadap Perancis ini telah mencapai matlamatnya di mana, Bismarck merampas kembali daerah Alasce dan Lorraine serta mengasingkan Perancis daripada bersekutu dengan kuasa eropah lain agar Perancis tidak menyerang Jerman kerana apa yang ditakuti oleh Bismarck adalah berperang dengan Perancis. Kesannya terhadap Jerman adalah, Jerman mampu mengekalkan keamanannya di bawah pemerintahan Bismarck dan ternyata dasar realpolitik yang diterapkan dalam tindakan

mengasingkan Perancis tersebut berjaya. 31

30 Otto Pflanze.Bismarck and The Development of Germany: The Period Of Unification,1815-1871.Princeton University Press.America.hal.477.

31 Herbert L.Peacock. A History of Modern Europe:1789-1978.Heinemann Educational Books Ltd.London. 1958.hal.193.

4.2.2 Krisis di Balkans

Bismarck sekali lagi menerapkan dasar realpolitik sebagai senjata dalam melaksanakan dasar luarnya apabila Bismarck meneruskan keazamannya untuk mengekalkan keamanan di Eropah

melalui krisis di Balkans atau Timur Dekat. 32 Semasa pemerintahan di Turki goyah, kuasa-kuasa eropah tertarik untuk mengambil alih pemerintahan di Turki. Misalnya, Russia, Austria-Hungary

dan Britain tertarik dengan ketidakstabilan yang berlaku di Balkans untuk mencari daerah taklukan. Sementara itu, Bismarck telah menjadi tuan rumah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara Russia dan Austria-Hungary. Hal ini kerana, setelah Russia dapat

menakluki Turki, Russia mendapat daerah yang lebih besar daripada Austria-Hungary. 33 Sebelum penaklukan tersebut dilakukan, Russia dan Austria-Hungary terlebih dahulu

menandatangani suatu perjanjian sulit iaitu membahagikan daerah pengaruh mereka berdua. Tetapi apa yang memeranjatkan Austria-Hungary, keadaan sedemikian tidak berlaku berdasarkan perjanjian yang dilakukan. Hal ini menyebabkan Austria-Hungary tidak berpuas hati dan membawa kes ini ke dalam Kongres Berlin. Bagi Bismarck pula, keadaan ini merupakan satu jalan untuk mengambil hati kuasa-kuasa eropah yang sedang bertelagah ini. Semasa kongres tersebut, Bismarck telah membahagikan daerah-daerah peninggalan empayar Turki tersebut sama rata kepada tiga kuasa yang hadir iaitu Russia, Austria-Hungary dan Britain tanpa memperuntukkan mana-mana daerah tersebut kepada Jerman.

Justeru, apa yang kita boleh analisa di sini adalah, Bismarck bertindak menjadi sebagai seorang penyelamat dalam menyelesaikan pertelagahan di antara Russia, Austria-Hungary dan Britain dalam soal mendapatkan daerah taklukan di Turki. Bismarck mengambil kesempatan ini untuk menjadikan dirinya dapat dilihat sebagai pemimpin yang peka terhadap permasalahan yang berlaku di antara kuasa-kuasa eropah pada ketika itu. Ia juga dilihat sebagai satu penghormatan kepada Bismarck kerana beliau berusaha untuk mengekalkan keamanan di Eropah pada ketika itu dengan menjadi orang ketiga dan berkecuali dalam krisis di Balkans. Berdasarkan

32 W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany.The English Universities Press.Ltd.London.1965.hal.139 33 Herbert L.Peacock. A History of Modern Europe:1789-1978.Heinemann Educational Books Ltd.London.

1958.hal.194.

tindakan yang dilakukan oleh Bismarck ini, beliau sebenarnya secara halus menerapkan dasar realpolitik dalam tindakan tersebut. Hal ini kerana, apabila beliau bertindak sebagai seorang pengaman dan berkecuali dalam krisis ini, secara tidak langsung Bismarck dapat mengekalkan kedaulatan dan pengaruh yang ada pada dirinya sebagai seorang pemimpin yang disegani. Walaupun Jerman tidak mendapat daerah pengaruh di Turki, namun apa yang ingin dicapai oleh Bismarck adalah hubungan yang baik di antara ketiga-tiga Negara tersebut iaitu Russia, Austria- Hungary dan Britain. Hubungan antara Negara bagi Bismarck amat penting kerana beliau ingin meletakkan Jerman sebagai salah satu kuasa Eropah yang berpengaruh. Maka, dengan menjadikan dirinya sebagai pengaman, secara tidak langsung, Negara-negara eropah ini melihat peribadi Bismarck sebagai seorang yang bertoleransi dan bertanggungjawab.

4.2.3 Ikatan Dua dan Tiga Kuasa

Ikatan dua dan tiga kuasa ini merupakan rentetan yang berlaku semasa Kongres Berlin di mana pada ketika itu Bismarck menjadi tuan rumah dalam menyelesaikan pertikaian daerah pengaruh

di antara Russia, Austria-Hungary dan Britain. 34 Setelah Kongres Berlin di adakan, Britain merasakan bahawa Jerman merupakan kuasa eropah yang tamak. Russia pula tidak berpuas hati

dengan keputusan yang dikeluarkan dalam Kongres Berlin. Maharaja Russia iaitu Alexander II telah meluahkan rasa tidak puas hati tersebut kepada Maharaja Jerman, William I. Walaupun Bismarck sememangnya ingin berbaik-baik dengan Russia dan Austria-Hungary, tetapi tampaknya Jerman sebenarnya ingin memperbaiki hubungan persahabatan dengan Austria- Hungary. Oleh itu wujud satu pakatan anti-Russia di antara Jerman dan Austria-Hungary yang kemudiannya dikenali sebagai Ikatan Dua kuasa, 1879. Namun begitu, fasal sulit anti-Russia ini akhirnya dapat dihidu oleh kuasa Eropah yang lain seterusnya boleh menyebabkan Jerman diheret ke dalam kancah konflik antarabangsa dan kemungkinan akan berhadapan dengan Russia. Dalam menghadapi permasalahan ini, Bismarck telah membuat percaturan bahawa beliau ingin menarik Britain ke dalam Ikatan Dua Kuasa tersebut.

34 W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany. The English Universities Press.Ltd.London.1965.hal.99.

Percaturan yang ingin dibuat oleh Bismarck dibatalkan kerana apabila Russia menerusi pengantaraan diplomatiknya ingin berbaik-baik dengan Jerman pada bulan September 1879. Maka, Russia, Jerman dan Austria-Hungary berganding semula dan merintis jalan kea rah

pembaharuan Liga Tiga Maharaja pada 18 Jun 1881. 35 Sementara itu, Ikatan Dua telah diiktiraf dan Itali telah menjadi ahli yang ketiga dan menjadi Ikatan Tiga Kuasa. Bagi Bismarck,

penyertaan Itali dalam Ikatan Tiga Kuasa adalah bertujuan untuk mengawasi kegiatan Itali dan menghalangnya dari cuba mencetuskan peperangan yang akan merosakkan keamanan dan kestabilan Eropah. Apa yang penting bagi Bismarck adalah, kestabilan politik di Eropah harus dikekalkan bagi kepentingan nasional Bismarck sendiri. Apabila politik di Eropah stabil, maka ia juga memberi kelebihan kepada Bismarck untuk mengadakan hubungan diplomatik yang baik di antara kuasa-kuasa Eropah yang lain. Justeru, percaturan yang dilakukan oleh Bismarck sebenarnya bertujuan untuk menjaga hubungan baiknya dengan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Melalui tindakan yang dilakukan oleh Bismarck ini, beliau berusaha akan menyingkirkan kuasa lain yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik Jerman dan membantutkan matlamat Jerman untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki olehnya. Misalnya, Bismarck telah menyingkirkan Perancis dan seterusnya cubaan untuk menyingkirkan Russia tetapi tidak berjaya menyingkirkan Russia. Oleh itu, dasar realpolitik yang diterapkan oleh Bismarck dalam melaksanakan dasar luar Negara Jerman ini mendatangkan kebaikan kestabilan politik dan hubungan luar Jerman serta ia berkesan terhadap pentadbiran Jerman. Hal ini jelas menunjukkan, Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik dalam melaksanakan dasar luar Negara Jerman.

4.2.4 Perjanjian Insurans Berlapis

Seterusnya, Bismarck masih meneruskan usaha untuk mengekalkan kestabilan politik di Eropah semasa tahun 1887. Insiden mula berlaku apabila Maharaja Russia enggan memperbaharui Liga

Tiga Maharaja yang sepatutnya diperbaharui pada tahun itu. 36 Namun, Bismarck tidak berputus asa. Liga Tiga Maharaja telah digantikan dengan Perjanjian Insurans Berlapis dan ia telah

35 Erich Eyck. Bismarck and The German Empire. Unwin University Books.London.1968.hal.188. 36 Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegal Paul.London.1976.hal.35.

ditandatangani oleh pihak Jerman dan Russia pada 18 Jun 1887. Perjanjian di antara Russia dan Jerman ini sebenarnya menghidupkan semula peruntukan yang terdapat di dalam Liga Tiga Maharaja, Cuma Austria-Hungary tidak lagi termasuk dalam perjanjian ini. Apa yang menjadi pertikaian di sini adalah, Perjanjian Insurans Berlapis ini sejajar atau tidak dengan peruntukan

yang terdapat dalam Ikatan Dua Kuasa dan Ikatan Tiga Kuasa. 37 Hal ini kerana, dalam peruntukan tersebut, Jerman sepatutnya membantu Austria-Hungary jika ia diserang oleh Russia

manakala dalam Perjanjian Insurans Berlapis Jerman terpaksa meneruskan dasar berkecuali sekiranya Austria-Hungary yang bersalah. Hal yang berlaku ini menunjukkan seolah-olah Jerman berpaling tadah dari Austria-Hungary kerana Jerman telah menandatangani Perjanjian

Insurans Berlapis bersama Russia. 38 Jika diimbas kembali, dalam Ikatan Dua Kuasa, Jerman dan Austria-Hungary telah bersekutu. Oleh itu, peruntukan yang terdapat dalam Ikatan Dua Kuasa

tersebut terhapus begitu sahaja disebabkan oleh tindakan Jerman yang berpaling tadah dari Austria-Hungary. Sekiranya Austria-Hungary tahu akan Perjanjian Insurans Berlapis ini, mereka akan berasa ditipu dan dikhianati oleh Jerman.