Tradisi Migrasi SOROTAN KAJIAN LEPAS 1. Komuniti Nelayan

26 | P a g e ekonomi, teknologi, geografi, atau biologi yang mempengaruhi pula terjadinya perubahan-perubahan pada aspek-aspek kehidupan lainnya. Menurut Firth dalam Kamaruddin M. Said 1981, perubahan yang sering berlaku dalam komuniti nelayan ialah perubahan ekonomi yang disebabkan oleh perkembangan mekanisme dan pemodenan sehingga ekonomi dan organisasi nelayan telah bertukar kepada suatu industri perikanan. Kajian Firth di Kelantan pada tahun 1970an memperlihatkan adanya transformasi sosial yang telah dialami oleh ekonomi dan masyarakat nelayan yang telah melahirkan suatu bentuk pengeluaran baru yang telah mengubah struktur ekonomi dan hubungan sosial pengeluaran nelayan yang asal. Oleh itu, sebagai suatu proposisi konseptis, perubahan sosio-ekonomi nelayan telah melahirkan mode pengeluaran baharu yang hampir sama kepada ciri-ciri ekonomi kapitalis yang secara berangsur-angsur menggantikan mode pengeluaran tani. Seterusnya, menurut Firth pula dalam Kamaruddin M. Said 1981 mengenai Malay Fisherman: Their Peasant Economy, bahawa walaupun dari beberapa segi ekonomi nelayan mempunyai persamaan dengan ekonomi pertanian, tetapi ia mempunyai beberapa ciri yang tersendiri berdasarkan perbezaan teknik pengeluaran. Selain itu, ianya menekankan bahawa ekonomi nelayan merupakan sebahagian dari ekonomi tani, dengan teknologi yang secara relatifnya mudah dan bukan mekanikal, unit-unit pengeluaran berskala kecil serta menghasilkan pengeluaran untuk kegunaan secukup hidup dan selebihnya untuk jualan. Ekonomi nelayan-tani tidak semestinya merupakan ekonomi yang tertutup ataupun ekonomi prakapitalis. Ekonomi nelayan-tani disebabkan oleh ketiga-tiga faktor, iaitu pertama, biasanya ia mempunyai perhubungan pasaran luar; kedua, terdapat pengeluaran barang- barang modal secara yang terhad dan barang-barang ini dikuasai oleh sekumpulan individu tertentu; dan ketiga, terdapat amalan pinjam meminjam barang- barang modal dengan bayaran faedah dalam bentuk barangan ataupun wang. Meskipun demikian, ekonomi pula tidak berfungsi semata-mata kerana pergantungannya kepada pasaran luar, ianya tidak juga merupakan ekonomi yang dicirikan oleh kegiatan pembentukan modal serta yang melahirkan kelas permodal dengan jelas dan tidak pula melahirkan kelas pekerja upahan seperti dalam ekonomi kapitalis Kamaruddin M. Said 1981.

2. Tradisi Migrasi

alam masyarakat Minangkabau, rantau dianggap sebagai kawasan pantai, tempat berakhirnya sebatang sungai dan luar negeri negara asing. Merantau bermaksud keluar negeri, meninggalkan kampung halaman, berlayar mengikut aliran sungai dan seterusnya. Dalam konteks Minangkabau, merantau selalunya dikaitkan dengan maknanya yang kedua, iaitu meninggalkan kampung halaman untuk mencari pendapatan sendiri Naim 1979. Amalan merantau orang Minangkabau bukan semata-mata satu akibat proses perbandaran yang baru berlaku, malah telah berakar-umbi dalam sejarah mereka. Mitos dan legenda tempatan yang menceritakan peneroka- peneroka Minangkabau pada zaman lampau ditemui di beberapa tempat di Sumatera. Istilah merantau bermakna meninggalkan kampung halaman atau negeri asal. Takrif yang mudah ini tidak sepenuhnya mencerminkan keruwetan konsep merantau sebagai satu fenomena sosial dan sejarah Naim 1979. Menerusi kajian lapangan yang selama bertahun- tahun dilakukan oleh Tsuyoshi Kato 1970- 1980 di negeri Minangkabau telah dicapai suatu teori perkembangan merantau yang berdasarkan kepada siapa yang meninggalkan kampung halaman dan apa sebabnya, untuk berapa lama dan ke mana yang hendak ditujuinya. Kato membahagikan konsep merantau atau mobiliti geografi kepada tiga jenis dalam sejarah Minangkabau, iaitu segmentasi kampung, merantau pusingan dan merantau Cina. Jenis-jenis merantau ini dikaitkan secara kasar dengan tiga zaman sejarah: segmentasi kampung dari D 27 | P a g e zaman legenda kepada awal abad sembilan belas, merantau pusingan dari akhir abad sembilan belas hingga 1930an dan merantau Cina dari 1950an hingga sekarang. Penting sekali diingat bahawa pembahagian sejarah ini merujuk kepada pola dominan dalam mobiliti geografi setiap satu zaman dan jenis-jenis merantau dan zaman sejarah tidak semestinya terasing. Sebagai contohnya, merantau pusingan dan segmentasi kampung masih berlaku pada masa sekarang, namun begitu segmentasi kampung amat jarang dilakukan. Merantau untuk segmentasi kampung ialah perpindahan untuk membentuk satu penempatan baru. Pada amnya ia didorong oleh kekurangan tanah untuk bertani dan tekanan penduduk yang meningkat bilangannya. Pekerjaan yang berkait ialah pertanian. Perpindahan ini dilaksanakan oleh satu kelompok zuriat nasab ibu atau sebahagian daripada kelompok zuriat, yang dipimpin oleh ketua kelompok zuriat. Perpindahan ini adalah muktamad. Hubungan di antara kampung asal dengan penempatan yang baru dipertahankan, tetapi hal ini bukannya satu ciri penting segmentasi kampung, terutama sekali setelah lama masa berlalu. Merantau pusingan dijalankan oleh orang lelaki sama ada yang masih bujang atau sudah berkahwin. Selain daripada kekurangan tanah faktor tolakan, mobiliti boleh didorong oleh peluang-peluang yang ada di luar faktor tarikan dan oleh cita-cita individu. Merantau jenis ini tertumpu kepada bandar-bandar dan pekan yang berhampiran. Pekerjaan yang dicari ialah yang bercorak bukan tani, iaitu sebagai peniaga, pekerja dan tukang Kato 2005. Merantau Cina pada amnya, tetapi tidak semestinya, berkait dengan famili asas. Famili asas mungkin berhijrah sebagai satu unit. Seorang suami, setelah berhijrah mungkin kemudiannya meminta isteri dan anak-anaknya datang dari kampung. Seorang bujang, selepas berhijrah mungkin balik semula ke kampung untuk berkahwin dan membawa isterinya ke tempat dia berhijrah. Dalam kedua-dua kes ini, merantau Cina menekankan mobiliti geografi oleh keluarga asas, yang sudah terbentuk atau yang akan dibentuk. Dalam merantau bentuk ini, penghijrah-penghijrah itu tidak pulang ke kampung dalam jangka masa yang lebih panjang dari merantau pusingan dan mereka jarang-jarang balik kampung untuk menziarah. Pada hakikatnya, beberapa aspek merantau yang berbeza-beza jenisnya ini boleh berlaku dalam kombinasi dan susunan yang berlainan. Merantau Cina mungkin melibatkan lebih daripada famili asas, misalnya ibubapa suami atau ibu bapa isteri. Merantau pusingan boleh juga melibatkan penoreh-penoreh getah yang berpindah-pindah. Segmentasi kampung yang berlaku boleh menghasilkan satu kampung nelayan dan bukan yang berasaskan usaha cucuk tanam Kato 1989. Perbezaan antara ketiga-tiga jenis merantau dan kaitannya dengan zaman- zaman yang berlainan adalah penting kerana perubahan pada pola kegiatan- kegiatan utama perantau besar pengaruhnya kepada penerusan nazab ibu, maka dinamisme sejarahnya ialah merantau Kato 2005. Tradisi merantau kaum lelaki Minangkabau bukanlah produk dari proses urbanisasi, tetapi lebih kepada faktor adat Minangkabau itu sendiri Kato 1989. Mengikut Tsuyoshi Kato 1989, merantau sebagai satu fenomena sosial atas tuntutan adat di kalangan etnik Minangkabau. Merantau pula ialah satu budaya yang tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti kaum lelaki Minangkabau, kerana merantau bagi mereka ialah satu semangat yang dianggap sebagai tujuan hidup dalam memenuhi kepentingan sosial dan ekonomi mereka. Selain itu, mengikut Mochtar Naim 1979: 2-3, merantau sebagai satu model khas migrasi kerana dukungan budaya yang mengandungi unsur-unsur utama, iaitu meninggalkan kampung halaman dengan kemahuan sendiri untuk jangka masa yang lama, yang tidak hanya bertujuan mencari penghidupan, menuntut ilmu atau mencari pengalaman. Kajian tentang amalan migrasi masyarakat Indonesia banyak ditulis oleh para pengkaji sosial baik pengkaji tempatan mahupun luar negara. Menurut Masri Singarimbun dalam Naim 1979 menyimpulkan bahawa riwayat migrasi ialah setua riwayat manusia. Aktiviti migrasinya mungkin terpaksa, diatur atau 28 | P a g e tidak, berkumpulan atau perseorangan. Kajian-kajian mengenai migrasi di Indonesia termasuklah transmigrasi, migrasi desa-bandar, migrasi pusingan, dan migrasi etnik tertentu Djunaedi 1997. Kajian transmigrasi dan migrasi desa-bandar telah dilakukan oleh Meyer dan Mac Andrews 1978 adalah mengenai suatu konsep berpindahnya penduduk dari satu daerah ke daerah lain. Migrasi pusingan yang dikaji oleh Mantra 1981 adalah berkaitan bentuk mobiliti penduduk yang tidak menetap di daerah tujuan. Kajian migrasi yang cukup popular dilakukan oleh Usman Pelly 1994 mengenai peranan misi budaya etnik Minangkabau dan Mandailing berkaitan adaptasi migran di tempat baru. Kajian migrasi satu etnik tertentu pula pernah dilakukan Vredenberg 1974 melibatkan komuniti Bawean di Pulau Jawa, Cunningham 1958 mengenai migrasi Batak Toba ke Sumatera Timur, dan Bruner 1972 mengenai kelangsungan sistem sosial tradisional para migran Batak Toba di Medan serta ekspresi perkauman migran Batak, Jawa dan Minangkabau di Bandung. Migrasi etnik tertentu lainnya juga ditulis oleh Mochtar Naim 1979 yang menggambarkan pola migrasi masyarakat Minangkabau yang biasanya dikenali sebagai merantau. Masyarakat Minangkabau, sama ada komuniti petani ataupun nelayan, mengamalkan tradisi merantau. Sebahagian besar komuniti petani tinggal di wilayah Sumatera Barat yang semenjak dahulu telah menjalankan tradisi merantau. Hal ini kerana sistem matrilineal itu sendiri yang mendorong keinginan kaum lelaki untuk meninggalkan desanya. Kawalan ke atas tanah pertanian sebahagian besarnya dipegang oleh kaum perempuan dan mereka mengatur tenaga kerja keluarga dan secara langsung juga turut membantu mengerjakan sawah-ladang Graves 2007: 40-41. Hal ini menyebabkan kaum lelaki langsung tidak memiliki peranan terhadap hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan di desanya kerana ketidaktentuan bekalan tanah pertanian untuk mereka. Masyarakat Minangkabau yang bergantung pada pertanian telah menjadikan tanah pusaka sebagai asas kehidupan ekonomi yang kuat, yang dipertahankan oleh adat Minangkabau itu sendiri. Hal ini sebenarnya berlaku juga kepada komuniti nelayan. Bahawa komuniti nelayan ialah sebahagian daripada ekonomi tradisional pertanian khususnya bagi orang Minangkabau yang telah merantau ke daerah rantau pesisir Barat Sumatera Barat. Kerana kekuatan daripada adat-istiadat dan budaya Minangkabau itu maka tradisi merantau mesti diamalkan juga oleh nelayan walaupun dengan sumber ikan cukup banyak dan adat tidak mengawal hasil kelautan. Kajian yang telah dijalankan oleh Tsuyoshi Kato 1982, Usman Pelly 1994 dan Mochtar Naim 1979 memaparkan bahawa dalam sejarah tradisi merantau etnik Minangkabau sama ada zaman kolonial Belanda atau Jepun, kaum lelaki Minangkabau cenderung menjalankan pola merantau dalam jangka masa yang lama. Sekarang ini, amalan merantau telah mengalami perubahan, khususnya di kalangan komuniti nelayan. Perubahan amalan merantau itu berkait rapat dengan perubahan sosio-ekonomi terhadap keluarga nelayan. Amalan merantau di kalangan lelaki dalam komuniti nelayan sangat unik dan berbeza dengan amalan merantau yang dilakukan oleh kaum lelaki petani. Amalan merantau lelaki nelayan lebih disebabkan desakan ekonomi kerana faktor musim dan cuaca yang tidak menentu sehingga mereka tidak boleh menangkap ikan di laut hingga beberapa masa lamanya. Amalan merantau yang dilakukan nelayan bersifat merantau pusingan atau merantau dalam jangka masa yang pendek, berada dalam wilayah yang dekat, tanpa mengikutsertakan isteri dan kanak- kanak dan jenis pekerjaan yang ditekuni mereka iaitu peniaga, buruh dan pekerjaan informal lainnya. Saat ini, amalan merantau masih dijalankan oleh nelayan akan tetapi jumlahnya semakin berkekurangan. Ini adalah kerana berlaku perubahan sosio- ekonomi terhadap keluarga nelayan.

D. HASIL KAJIAN