PERMASALAHAN KAJIAN PERUBAHAN SOSIO-EKONOMI DAN DAMPAKNYA TERHADAP AMALAN MERANTAU DI KALANGAN NELAYAN1

24 | P a g e satu proses yang menghasilkan kedua-dua kesan positif dan negatif. Walaupun demikian, ianya merupakan satu proses yang tidak dapat dielakkan; kadangkala dilakukan secara sengaja tetapi seringkali ia berlaku secara tidak diduga; ia boleh mencetuskan kontroversi dan ada juga perubahan yang dianggap lebih penting atau lebih diutamakan berbanding dengan yang lain Wan Hasim Wan Teh 1984. Proses perubahan yang berlaku dalam pembangunan ekonomi global yang banyak berperanan pada abad ke-20 adalah golongan kapitalis. Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan dirinya melampaui batas negara dengan mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi agar dapat menggapai wilayah lain dan secara berterusan mengembangkan pasaran ke seluruh dunia. Oleh yang demikian, golongan kapitalis merupakan penggerak globalisasi ekonomi kerana wujudnya institusi-institusi khusus seperti pasaran kewangan, pasaran komoditi dan perpindahan hak milik harta yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi secara jarak jauh. Dengan itu, hubungan ekonomi global telah disempurkan dengan perdagangan, pelancongan, produksi, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa. Komuniti nelayan sebagai bahagian daripada komuniti maritim tidak terlepas daripada perubahan di atas. Pada amnya, perubahan yang berlaku di kalangan komuniti nelayan adalah disebabkan oleh keadaan sosial dan ekonomi. Selama ini komuniti nelayan dianggap sebagai komuniti miskin. Dengan berlakunya perubahan sosio-ekonomi sekarang ini, komuniti nelayan boleh menaikkan taraf hidup dan bebas daripada belenggu kemiskinan.

B. PERMASALAHAN KAJIAN

umatera Barat diiktiraf sebagai satu propinsi di Indonesia yang dikenal dengan kumpulan etnik Minangkabau yang terletak di pantai barat pulau Sumatera dan melakukan aktiviti penangkapan ikan atau nelayan. Sebahagian besar aktiviti pertanian dan perniagaan ialah kegiatan ekonomi utama mereka. Tanah di propinsi Sumatera Barat pada amnya subur dan pertanian yang diusahakan berbagai-bagai jenis. Padi merupakan hasil pertanian yang utama. Getah, kelapa kering, kopi, gambir, kulit kayu manis dan cengkih adalah di antara hasil tanaman terpenting untuk jualan. Tanaman seperti jagung, cili, kacang tanah dan kubis juga diusahakan sekali setahun dan hasilnya dijual di sekitar Sumatera Barat. Di samping pertanian, perniagaan menjadi aktiviti utama etnik Minangkabau. Kepintaran etnik Minangkabau berniaga diketahui umum dan dipercayai mereka sebagai satu daripada sebilangan kecil kumpulan etnik Indonesia yang berupaya bersaing dengan orang Cina dalam perniagaan Kato 1989. Sistem pentadbiran adat Minangkabau di propinsi Sumatera Barat terbahagi kepada daerah pedalaman darek dan pesisir pantai rantau Kato 1982; Swift 1971. Tempat etnik Minangkabau daerah Sumatera Barat meliputi kawasan seluas 18,000 batu persegi yang terletak memanjang dari utara ke selatan di antara lautan Hindi dengan banjaran gunung Bukit Barisan. Sebahagian besar pedalaman terdiri daripada bukit-bukit yang terletak di antara beberapa kawasan tanah datar yang tinggi. Bahagian pedalaman itu biasa disebut semarak alam Minangkabau Luhak nan Tigo. Sementara bahagian pesisir pantainya yang panjang membujur merupakan kawasan paya dan daerah lembah-lembah sungai dan anak sungai yang terletak daripada kawasan darat dan bermuara ke Selat Melaka serta Laut Cina Selatan Kato 1989; Mansoer 1970:2-3. Sumatera Barat yang mengamalkan adat perpatih-matrilineal, mengesahkan kemasyhuran dua orang sebagai tokoh utama daripada asas falsafah adat Minangkabau, iaitu Datuk Katumanggungan dan Datuk Perpatiah Nan Sabatang. Daripada perbezaan pendapat kedua-dua tokoh itu akhirnya Minangkabau ditetapkan menjadi dua ”kelarasan”. Kelarasan Datuk Perpatih Nan Sabatang ialah ”Bodi-Caniago” yang mengutamakan demokrasi, tanpa membezakan kedudukan ”penghulu”. Kelarasan Datuk Katumanggungan iaitu ”Koto- Piliang” menerapkan sistem yang membeza- S 25 | P a g e bezakan kedudukan seorang penghulu Swift 1971; Abdullah 1972a. Adat matrilineal Minangkabau merupakan satu prinsip struktur sosial yang disusun berdasarkan nasab ibu. Ahli kepada ”payung” dan ”paruik” pula ialah kumpulan nasab ibu yang diketuai oleh kaum lelaki ”penghulu” dan ”tungganai”. Corak tempat tinggal sistem matrilineal ialah matrilokal, kadangkala dwilokal, dan kuasa utama pada unit payung dan paruik itu berada di tangan ”mamak” Kato 2005; Graves 2007; Naim 1979. Berdasarkan sistem itu, etnik Minangkabau ialah satu daripada masyarakat nasab ibu yang terbesar di dunia. Selain itu, etnik Minangkabau terkenal dengan amalan merantau yang masih berketerusan hingga kini. Perbincangan dalam artikel ini berasaskan satu kajian yang cuba meninjau berlakunya perubahan sosio- ekonomi masyarakat yang mempengaruhi kepada keadaan sosio-ekonomi keluarga dan amalan merantau di kalangan nelayan. Kalangan nelayan ialah keluarga-keluarga yang termasuk dalam kelompok nelayan buruh. Kajian menggunakan kaedah kualitatif untuk mengamati proses kehidupan seharian nelayan, baik aktiviti penangkapan ikan mahupun aktiviti ketika di rumah. Informan dipilih daripada kalangan yang dikenal pasti sebagai mempunyai peranan penting dalam perubahan sosio-ekonomi di kalangan nelayan. Pemilihan informan juga dilakukan secara snowball. Sebanyak 25 informan telah ditemu bual secara mendalam. Tumpuan utama kajian ini adalah melihat kehidupan sosio-ekonomi nelayan dan pola migrasi yang telah mengalami perubahan akibat pengaruh daripada aktiviti pelancongan. Untuk menilai kesignifikanan kajian yang lebih luas, maka antara beberapa hal yang ditinjau termasuk perubahan sosio-ekonomi kalangan nelayan yang berdampak kepada amalan adat perpatih-matrilineal Minangkabau, khususnya amalan merantau yang sangat penting memahami perubahan sosio- ekonomi yang berlaku dalam kehidupan nelayan seharian.

C. SOROTAN KAJIAN LEPAS 1. Komuniti Nelayan