PERUBAHAN SOSIO-EKONOMI DAN DAMPAKNYA TERHADAP AMALAN MERANTAU DI KALANGAN NELAYAN1

(1)

23 | P a g e

PERUBAHAN SOSIO-EKONOMI DAN DAMPAKNYA

TERHADAP AMALAN MERANTAU DI KALANGAN NELAYAN

1

Lucky Zamzami2

Abstract

This is study of how socio-economic change understandings are expressed and juxtaposed in the capitalist economic tourism of the fishing community. Its make impact to custom of matrilineal system, especially practice of “merantau”. This study located in Padang beach area, West Sumatra, Indonesia. In Padang beach area, fishing community just more than less 100 household because they was impact by capitalist economic tourism since 2004 and its number always become less. Based on the case study, it will be argued that there is a significant relation between socio-economic change and act of matrilineal system such us pattern of migration (merantau) in fishing community. At the present time much attention is being given to the ways in which Anthropology can be of help in dealing with this study, especially how to see socioeconomic change in fishing community, moreover was happen to pattern of migration of Minangkabau male. In this day, socio-economic change in the household fishing community was happen, its influence by economic tourism in Padang beach area. During this period of tourism since 2004, a lot of fishing people do not make a migration to other place but they want to stay and join with the capitalist economic tourism, such us they build a lot of small restaurant, mini store and selling of fish in that area. Some people fishing still do migration (merantau) to other place but its not many and if they already merantau, actually they will come back to their family not long.

Keywords: Minangkabau, Socio-Economic Change, Fishing community, Migration (Merantau), Tourism.

A. PENGENALAN

ejarah manusia adalah satu proses perubahan sosial yang panjang lagi kompleks dan masyarakat yang kontemporari adalah masyarakat yang

senantiasa berubah-ubah. Perubahan

sosial secara umumnya adalah satu fenomena multi-dimensi yang mempunyai

kesan terhadap masyarakat umum,

keluarga, industri, pekerjaan, pendidikan dan petunjuk-petunjuk perubahan yang lain

yang berkitan dengan struktur

sosioekonomi.

Perubahan sosial boleh

didefinisikan sebagai bentuk transformasi budaya dan institusi sosial yang terhasil dalam jangkamana yang berketerusan.

Proses perubahan sosial tidak semestinya berlaku pada kadar dan kepantasan yang ama atau juga dengan tenaga dan daya yang sama. Ia merupakan satu proses yang menghasilkan kedua-dua kesan positif dan negatif. Walaupun demikian, ia merupakan satu proses yang tidak dapat dielakkan, kadangkala dilakukan secara sengaja tetapi seringkali ia berlaku secara tidak terduga (Rahimah Abd Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail 2002).

Perubahan sosial merupakan

proses transformasi budaya dan institusi sosial yang terhasil dalam jangka masa yang berterusan. Proses perubahan sosial tidak semestinya berlaku pada kadar dan kepantasan yang sama atau juga dengan tenaga dan daya yang sama. Ia merupakan

S

1

Artikel ini merupakan ringkasan dari hasil penelitian Tesis S2 dalam versi bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia tahun 2009.

2

Penulis adalah dosen tetap jurusan Antropologi FISIP Universitas Andalas, Padang 3


(2)

24 | P a g e

satu proses yang menghasilkan kedua-dua kesan positif dan negatif. Walaupun demikian, ianya merupakan satu proses yang tidak dapat dielakkan; kadangkala dilakukan secara sengaja tetapi seringkali ia berlaku secara tidak diduga; ia boleh mencetuskan kontroversi dan ada juga perubahan yang dianggap lebih penting atau lebih diutamakan berbanding dengan yang lain (Wan Hasim Wan Teh 1984).

Proses perubahan yang berlaku dalam pembangunan ekonomi global yang banyak berperanan pada abad ke-20

adalah golongan kapitalis. Golongan

kapitalis berusaha untuk mengembangkan dirinya melampaui batas negara dengan mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi agar dapat menggapai

wilayah lain dan secara berterusan

mengembangkan pasaran ke seluruh

dunia. Oleh yang demikian, golongan kapitalis merupakan penggerak globalisasi ekonomi kerana wujudnya institusi-institusi khusus seperti pasaran kewangan, pasaran komoditi dan perpindahan hak milik harta

yang merangsang dan memudahkan

pertukaran ekonomi secara jarak jauh. Dengan itu, hubungan ekonomi global telah

disempurkan dengan perdagangan,

pelancongan, produksi, buruh migrasi,

kerjasama organisasi dan ekonomi

antarabangsa.

Komuniti nelayan sebagai

bahagian daripada komuniti maritim tidak terlepas daripada perubahan di atas. Pada

amnya, perubahan yang berlaku di

kalangan komuniti nelayan adalah

disebabkan oleh keadaan sosial dan ekonomi. Selama ini komuniti nelayan dianggap sebagai komuniti miskin. Dengan

berlakunya perubahan sosio-ekonomi

sekarang ini, komuniti nelayan boleh menaikkan taraf hidup dan bebas daripada belenggu kemiskinan.

B. PERMASALAHAN KAJIAN

umatera Barat diiktiraf sebagai satu propinsi di Indonesia yang dikenal dengan kumpulan etnik Minangkabau yang terletak di pantai barat pulau

Sumatera dan melakukan aktiviti

penangkapan ikan atau nelayan.

Sebahagian besar aktiviti pertanian dan perniagaan ialah kegiatan ekonomi utama

mereka. Tanah di propinsi Sumatera Barat pada amnya subur dan pertanian yang diusahakan berbagai-bagai jenis. Padi merupakan hasil pertanian yang utama. Getah, kelapa kering, kopi, gambir, kulit kayu manis dan cengkih adalah di antara hasil tanaman terpenting untuk jualan. Tanaman seperti jagung, cili, kacang tanah dan kubis juga diusahakan sekali setahun dan hasilnya dijual di sekitar Sumatera Barat. Di samping pertanian, perniagaan menjadi aktiviti utama etnik Minangkabau. Kepintaran etnik Minangkabau berniaga diketahui umum dan dipercayai mereka sebagai satu daripada sebilangan kecil kumpulan etnik Indonesia yang berupaya

bersaing dengan orang Cina dalam

perniagaan (Kato 1989).

Sistem pentadbiran adat

Minangkabau di propinsi Sumatera Barat

terbahagi kepada daerah pedalaman

(darek) dan pesisir pantai (rantau) (Kato

1982; Swift 1971). Tempat etnik

Minangkabau daerah Sumatera Barat meliputi kawasan seluas 18,000 batu persegi yang terletak memanjang dari utara ke selatan di antara lautan Hindi dengan

banjaran gunung Bukit Barisan.

Sebahagian besar pedalaman terdiri

daripada bukit-bukit yang terletak di antara beberapa kawasan tanah datar yang tinggi. Bahagian pedalaman itu biasa disebut

semarak alam Minangkabau (Luhak nan

Tigo). Sementara bahagian pesisir

pantainya yang panjang membujur

merupakan kawasan paya dan daerah lembah-lembah sungai dan anak sungai yang terletak daripada kawasan darat dan bermuara ke Selat Melaka serta Laut Cina Selatan (Kato 1989; Mansoer 1970:2-3).

Sumatera Barat yang

mengamalkan adat perpatih-matrilineal, mengesahkan kemasyhuran dua orang sebagai tokoh utama daripada asas falsafah adat Minangkabau, iaitu Datuk Katumanggungan dan Datuk Perpatiah Nan Sabatang. Daripada perbezaan pendapat kedua-dua tokoh itu akhirnya Minangkabau

ditetapkan menjadi dua ”kelarasan”.

Kelarasan Datuk Perpatih Nan Sabatang

ialah ”Bodi-Caniago” yang mengutamakan

demokrasi, tanpa membezakan kedudukan

”penghulu”. Kelarasan Datuk

Katumanggungan iaitu ”Koto- Piliang”

menerapkan sistem yang


(3)

25 | P a g e bezakan kedudukan seorang penghulu

(Swift 1971; Abdullah 1972a).

Adat matrilineal Minangkabau

merupakan satu prinsip struktur sosial yang disusun berdasarkan nasab ibu. Ahli

kepada ”payung” dan ”paruik” pula ialah

kumpulan nasab ibu yang diketuai oleh

kaum lelaki (”penghulu” dan ”tungganai”).

Corak tempat tinggal sistem matrilineal ialah matrilokal, kadangkala dwilokal, dan kuasa utama pada unit payung dan paruik

itu berada di tangan ”mamak” (Kato 2005;

Graves 2007; Naim 1979). Berdasarkan sistem itu, etnik Minangkabau ialah satu daripada masyarakat nasab ibu yang terbesar di dunia. Selain itu, etnik Minangkabau terkenal dengan amalan merantau yang masih berketerusan hingga kini.

Perbincangan dalam artikel ini

berasaskan satu kajian yang cuba

meninjau berlakunya perubahan sosio-ekonomi masyarakat yang mempengaruhi kepada keadaan sosio-ekonomi keluarga dan amalan merantau di kalangan nelayan. Kalangan nelayan ialah keluarga-keluarga yang termasuk dalam kelompok nelayan

buruh. Kajian menggunakan kaedah

kualitatif untuk mengamati proses

kehidupan seharian nelayan, baik aktiviti penangkapan ikan mahupun aktiviti ketika

di rumah. Informan dipilih daripada

kalangan yang dikenal pasti sebagai

mempunyai peranan penting dalam

perubahan sosio-ekonomi di kalangan nelayan. Pemilihan informan juga dilakukan

secara snowball. Sebanyak 25 informan

telah ditemu bual secara mendalam. Tumpuan utama kajian ini adalah melihat kehidupan sosio-ekonomi nelayan dan pola migrasi yang telah mengalami

perubahan akibat pengaruh daripada

aktiviti pelancongan. Untuk menilai

kesignifikanan kajian yang lebih luas, maka antara beberapa hal yang ditinjau termasuk

perubahan sosio-ekonomi kalangan

nelayan yang berdampak kepada amalan

adat perpatih-matrilineal Minangkabau,

khususnya amalan merantau yang sangat

penting memahami perubahan

sosio-ekonomi yang berlaku dalam kehidupan nelayan seharian.

C. SOROTAN KAJIAN LEPAS 1. Komuniti Nelayan

erbincangan antropologis tentang komuniti nelayan cenderung berbeza

daripada komuniti lain, seperti

komuniti petani, komuniti bandar atau komuniti di dataran tinggi. Prespektif antropologis ini didasarkan pada fenomena sosial bahawa komuniti nelayan memiliki pola-pola kebudayaan yang berbeza dari komuniti lain, sebagai hasil dari interaksi

mereka dengan persekitaran beserta

sumber daya yang ada di laut. Pola-pola kebudayaan itu menjadi kerangka berpikir atau referensi perilaku komuniti nelayan

dalam menjalani kehidupan seharian

(Kusnadi, 2002:4).

Berdasarkan klasifikasi Masyuri (2000: 23), sebahagian besar komuniti nelayan di pesisir pantai Indonesia bolehlah dianggap mempunyai ciri-ciri ekonomi tradisional. Peralatan penangkapan ikan yang mereka gunakan seharian masih sangat simpel, seperti pukat payang, pukat hanyut, pukat tarik, jaring, pancing dan perahu. Selain itu, dilihat dari dimensi sosial budaya, komuniti nelayan dapat

dibezakan iaitu: satu, kelompok yang

melihat sumber daya kelautan/perikanan tidak terhad, kapan saja selagi musim baik boleh dieksploitasi, dan tidak memiliki

perancangan. Dua, kelompok yang melihat

sumber daya kelautan/perikanan terhad, tapi untuk jenis tertentu sumber daya dapat dibudidayakan, dan memiliki perencanaan. Sedangkan pada dimensi pendidikan, meskipun kelompok terbesar komuniti nelayan berada pada level pendidikan dasar, tapi sebahagian mereka telah

menyelesaikan tingkat pendidikan

menengah, bahakan sudah ada yang menyelesaikan pendidikan tinggi (Elfindri, 2002; Wahyono, 2001).

Sebagai bahagian daripada sebuah komuniti, nelayan juga mesti mengalami suatu perubahan. Perubahan yang berlaku mesti melibatkan perubahan kepada nilai dan norma sosial, pola perilaku, organisasi, susunan institusi kemasyarakatan, lapisan dalam masyarakat, kuasa, dan interaksi sosial yang ada dalam komuniti itu.. Perubahan itu sendiri berlaku disebabkan keadaan utama, seperti keadaan sosial,


(4)

26 | P a g e

ekonomi, teknologi, geografi, atau biologi

yang mempengaruhi pula terjadinya

perubahan-perubahan pada aspek-aspek kehidupan lainnya.

Menurut Firth (dalam Kamaruddin M. Said 1981), perubahan yang sering berlaku dalam komuniti nelayan ialah perubahan ekonomi yang disebabkan oleh

perkembangan mekanisme dan

pemodenan sehingga ekonomi dan

organisasi nelayan telah bertukar kepada suatu industri perikanan. Kajian Firth di

Kelantan pada tahun 1970an

memperlihatkan adanya transformasi sosial yang telah dialami oleh ekonomi

dan masyarakat nelayan yang telah melahirkan suatu bentuk pengeluaran baru yang telah mengubah struktur ekonomi dan hubungan sosial pengeluaran nelayan yang asal. Oleh itu, sebagai suatu proposisi

konseptis, perubahan sosio-ekonomi

nelayan telah melahirkan mode

pengeluaran baharu yang hampir sama kepada ciri-ciri ekonomi kapitalis yang secara berangsur-angsur menggantikan mode pengeluaran tani.

Seterusnya, menurut Firth pula

(dalam Kamaruddin M. Said 1981)

mengenai Malay Fisherman:Their Peasant

Economy, bahawa walaupun dari beberapa

segi ekonomi nelayan mempunyai

persamaan dengan ekonomi pertanian, tetapi ia mempunyai beberapa ciri yang tersendiri berdasarkan perbezaan teknik pengeluaran. Selain itu, ianya menekankan bahawa ekonomi nelayan merupakan sebahagian dari ekonomi tani, dengan teknologi yang secara relatifnya mudah dan bukan mekanikal, unit-unit pengeluaran

berskala kecil serta menghasilkan

pengeluaran untuk kegunaan secukup hidup dan selebihnya untuk jualan.

Ekonomi nelayan-tani tidak

semestinya merupakan ekonomi yang tertutup ataupun ekonomi prakapitalis. Ekonomi nelayan-tani disebabkan oleh ketiga-tiga faktor, iaitu pertama, biasanya ia mempunyai perhubungan pasaran luar; kedua, terdapat pengeluaran barang-barang modal secara yang terhad dan

barang-barang ini dikuasai oleh

sekumpulan individu tertentu; dan ketiga,

terdapat amalan pinjam meminjam barang-barang modal dengan bayaran faedah dalam bentuk barangan ataupun wang. Meskipun demikian, ekonomi pula tidak

berfungsi semata-mata kerana

pergantungannya kepada pasaran luar, ianya tidak juga merupakan ekonomi yang dicirikan oleh kegiatan pembentukan modal serta yang melahirkan kelas permodal dengan jelas dan tidak pula melahirkan kelas pekerja upahan seperti dalam ekonomi kapitalis (Kamaruddin M. Said 1981).

2. Tradisi Migrasi

alam masyarakat Minangkabau,

rantau dianggap sebagai kawasan pantai, tempat berakhirnya sebatang sungai dan luar negeri (negara asing).

Merantau bermaksud keluar negeri,

meninggalkan kampung halaman, berlayar mengikut aliran sungai dan seterusnya. Dalam konteks Minangkabau, merantau selalunya dikaitkan dengan maknanya yang

kedua, iaitu meninggalkan kampung

halaman untuk mencari pendapatan sendiri (Naim 1979). Amalan merantau orang Minangkabau bukan semata-mata satu akibat proses perbandaran yang baru berlaku, malah telah berakar-umbi dalam

sejarah mereka. Mitos dan legenda

tempatan yang menceritakan

peneroka-peneroka Minangkabau pada zaman

lampau ditemui di beberapa tempat di Sumatera.

Istilah merantau bermakna

meninggalkan kampung halaman atau negeri asal. Takrif yang mudah ini tidak

sepenuhnya mencerminkan keruwetan

konsep merantau sebagai satu fenomena sosial dan sejarah (Naim 1979). Menerusi kajian lapangan yang selama bertahun-tahun dilakukan oleh Tsuyoshi Kato (1970-1980) di negeri Minangkabau telah dicapai suatu teori perkembangan merantau yang

berdasarkan kepada siapa yang

meninggalkan kampung halaman dan apa sebabnya, untuk berapa lama dan ke mana yang hendak ditujuinya.

Kato membahagikan konsep

merantau atau mobiliti geografi kepada tiga jenis dalam sejarah Minangkabau, iaitu segmentasi kampung, merantau pusingan dan merantau Cina. Jenis-jenis merantau ini dikaitkan secara kasar dengan tiga zaman sejarah: segmentasi kampung dari


(5)

27 | P a g e

zaman legenda kepada awal abad

sembilan belas, merantau pusingan dari akhir abad sembilan belas hingga 1930an dan merantau Cina dari 1950an hingga sekarang. Penting sekali diingat bahawa pembahagian sejarah ini merujuk kepada pola dominan dalam mobiliti geografi setiap satu zaman dan jenis-jenis merantau dan zaman sejarah tidak semestinya terasing. Sebagai contohnya, merantau pusingan dan segmentasi kampung masih berlaku pada masa sekarang, namun begitu

segmentasi kampung amat jarang

dilakukan.

Merantau untuk segmentasi

kampung ialah perpindahan untuk

membentuk satu penempatan baru. Pada amnya ia didorong oleh kekurangan tanah untuk bertani dan tekanan penduduk yang meningkat bilangannya. Pekerjaan yang berkait ialah pertanian. Perpindahan ini dilaksanakan oleh satu kelompok zuriat nasab ibu atau sebahagian daripada kelompok zuriat, yang dipimpin oleh ketua kelompok zuriat. Perpindahan ini adalah muktamad. Hubungan di antara kampung asal dengan penempatan yang baru dipertahankan, tetapi hal ini bukannya satu ciri penting segmentasi kampung, terutama sekali setelah lama masa berlalu.

Merantau pusingan dijalankan oleh orang lelaki sama ada yang masih bujang atau sudah berkahwin. Selain daripada kekurangan tanah (faktor tolakan), mobiliti boleh didorong oleh peluang-peluang yang ada di luar (faktor tarikan) dan oleh cita-cita individu. Merantau jenis ini tertumpu kepada bandar-bandar dan pekan yang berhampiran. Pekerjaan yang dicari ialah yang bercorak bukan tani, iaitu sebagai peniaga, pekerja dan tukang (Kato 2005).

Merantau Cina pada amnya, tetapi tidak semestinya, berkait dengan famili asas. Famili asas mungkin berhijrah sebagai satu unit. Seorang suami, setelah berhijrah mungkin kemudiannya meminta isteri dan anak-anaknya datang dari

kampung. Seorang bujang, selepas

berhijrah mungkin balik semula ke

kampung untuk berkahwin dan membawa isterinya ke tempat dia berhijrah. Dalam

kedua-dua kes ini, merantau Cina

menekankan mobiliti geografi oleh keluarga asas, yang sudah terbentuk atau yang akan dibentuk.

Dalam merantau bentuk ini,

penghijrah-penghijrah itu tidak pulang ke kampung dalam jangka masa yang lebih panjang dari merantau pusingan dan mereka jarang-jarang balik kampung untuk menziarah. Pada hakikatnya, beberapa

aspek merantau yang berbeza-beza

jenisnya ini boleh berlaku dalam kombinasi dan susunan yang berlainan. Merantau Cina mungkin melibatkan lebih daripada famili asas, misalnya ibubapa suami atau ibu bapa isteri. Merantau pusingan boleh juga melibatkan penoreh-penoreh getah

yang berpindah-pindah. Segmentasi

kampung yang berlaku boleh menghasilkan satu kampung nelayan dan bukan yang berasaskan usaha cucuk tanam (Kato 1989). Perbezaan antara ketiga-tiga jenis merantau dan kaitannya dengan zaman-zaman yang berlainan adalah penting kerana perubahan pada pola

kegiatan-kegiatan utama perantau besar

pengaruhnya kepada penerusan nazab ibu,

maka dinamisme sejarahnya ialah

merantau (Kato 2005).

Tradisi merantau kaum lelaki

Minangkabau bukanlah produk dari proses urbanisasi, tetapi lebih kepada faktor adat Minangkabau itu sendiri (Kato 1989). Mengikut Tsuyoshi Kato (1989), merantau sebagai satu fenomena sosial atas tuntutan adat di kalangan etnik Minangkabau. Merantau pula ialah satu budaya yang tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti kaum lelaki Minangkabau, kerana merantau bagi mereka ialah satu semangat yang dianggap sebagai tujuan hidup dalam memenuhi kepentingan sosial dan ekonomi mereka. Selain itu, mengikut Mochtar Naim (1979: 2-3,) merantau sebagai satu model khas migrasi kerana dukungan budaya yang mengandungi unsur-unsur utama, iaitu meninggalkan kampung halaman dengan kemahuan sendiri untuk jangka masa yang lama, yang tidak hanya bertujuan mencari penghidupan, menuntut ilmu atau mencari pengalaman.

Kajian tentang amalan migrasi masyarakat Indonesia banyak ditulis oleh para pengkaji sosial baik pengkaji tempatan mahupun luar negara. Menurut Masri

Singarimbun (dalam Naim 1979)

menyimpulkan bahawa riwayat migrasi ialah setua riwayat manusia. Aktiviti migrasinya mungkin terpaksa, diatur atau


(6)

28 | P a g e

tidak, berkumpulan atau perseorangan.

Kajian-kajian mengenai migrasi di

Indonesia termasuklah transmigrasi,

migrasi desa-bandar, migrasi pusingan, dan migrasi etnik tertentu (Djunaedi 1997).

Kajian transmigrasi dan migrasi desa-bandar telah dilakukan oleh Meyer dan Mac Andrews (1978) adalah mengenai suatu konsep berpindahnya penduduk dari satu daerah ke daerah lain. Migrasi pusingan yang dikaji oleh Mantra (1981) adalah berkaitan bentuk mobiliti penduduk yang tidak menetap di daerah tujuan.

Kajian migrasi yang cukup popular

dilakukan oleh Usman Pelly (1994)

mengenai peranan misi

budaya etnik Minangkabau dan Mandailing berkaitan adaptasi migran di tempat baru. Kajian migrasi satu etnik tertentu pula

pernah dilakukan Vredenberg (1974)

melibatkan komuniti Bawean di Pulau

Jawa, Cunningham (1958) mengenai

migrasi Batak Toba ke Sumatera Timur, dan Bruner (1972) mengenai kelangsungan sistem sosial tradisional para migran Batak Toba di Medan serta ekspresi perkauman migran Batak, Jawa dan Minangkabau di Bandung. Migrasi etnik tertentu lainnya juga ditulis oleh Mochtar Naim (1979) yang menggambarkan pola migrasi masyarakat

Minangkabau yang biasanya dikenali

sebagai merantau.

Masyarakat Minangkabau, sama ada komuniti petani ataupun nelayan,

mengamalkan tradisi merantau.

Sebahagian besar komuniti petani tinggal di wilayah Sumatera Barat yang semenjak dahulu telah menjalankan tradisi merantau. Hal ini kerana sistem matrilineal itu sendiri yang mendorong keinginan kaum lelaki untuk meninggalkan desanya. Kawalan ke atas tanah pertanian sebahagian besarnya dipegang oleh kaum perempuan dan mereka mengatur tenaga kerja keluarga dan secara langsung juga turut membantu mengerjakan sawah-ladang (Graves 2007: 40-41). Hal ini menyebabkan kaum lelaki langsung tidak memiliki peranan terhadap

hal-hal yang berhubungan dengan

kehidupan di desanya kerana

ketidaktentuan bekalan tanah pertanian untuk mereka. Masyarakat Minangkabau yang bergantung pada pertanian telah menjadikan tanah pusaka sebagai asas kehidupan ekonomi yang kuat, yang dipertahankan oleh adat Minangkabau itu

sendiri. Hal ini sebenarnya berlaku juga kepada komuniti nelayan. Bahawa komuniti

nelayan ialah sebahagian daripada

ekonomi tradisional pertanian khususnya bagi orang Minangkabau yang telah merantau ke daerah rantau (pesisir) Barat Sumatera Barat. Kerana kekuatan daripada adat-istiadat dan budaya Minangkabau itu maka tradisi merantau mesti diamalkan juga oleh nelayan walaupun dengan sumber ikan cukup banyak dan adat tidak mengawal hasil kelautan.

Kajian yang telah dijalankan oleh Tsuyoshi Kato (1982), Usman Pelly (1994) dan Mochtar Naim (1979) memaparkan bahawa dalam sejarah tradisi merantau etnik Minangkabau sama ada zaman kolonial Belanda atau Jepun, kaum lelaki Minangkabau cenderung menjalankan pola merantau dalam jangka masa yang lama. Sekarang ini, amalan merantau telah

mengalami perubahan, khususnya di

kalangan komuniti nelayan. Perubahan amalan merantau itu berkait rapat dengan

perubahan sosio-ekonomi terhadap

keluarga nelayan.

Amalan merantau di kalangan lelaki dalam komuniti nelayan sangat unik dan berbeza dengan amalan merantau yang dilakukan oleh kaum lelaki petani. Amalan merantau lelaki nelayan lebih disebabkan desakan ekonomi kerana faktor musim dan cuaca yang tidak menentu sehingga mereka tidak boleh menangkap ikan di laut hingga beberapa masa lamanya. Amalan merantau yang dilakukan nelayan bersifat merantau pusingan atau

merantau dalam jangka masa yang

pendek, berada dalam wilayah yang dekat, tanpa mengikutsertakan isteri dan kanak-kanak dan jenis pekerjaan yang ditekuni mereka iaitu peniaga, buruh dan pekerjaan informal lainnya. Saat ini, amalan merantau masih dijalankan oleh nelayan akan tetapi jumlahnya semakin berkekurangan. Ini adalah kerana berlaku perubahan sosio-ekonomi terhadap keluarga nelayan.

D. HASIL KAJIAN

ada asasnya, kelurahan Purus

merupakan sebuah kawasan

perkampungan nelayan yang cukup popular di kota Padang. Kawasan ini terletak kira-kira 1 kilometer dari kota


(7)

29 | P a g e Padang, yang merupakan ibu negeri dan

pusat pentadbiran dan perdagangan bagi seluruh daerah Sumatera Barat. Setelah terbinanya sebatang jalan raya yang lebih baik sepanjang kira-kira 10 kilometer dari kawasan ini ke kawasan Batang Kali Tarusan, penduduk kelurahan Purus dapat berulang-alik ke bandar itu secara lebih

mudah lagi dengan menggunakan

kenderaan moden, iaitu kereta, bas,

kenderaan awam dan lain-lain

(www.padang.co.id).

Malahan, sejak tahun 2004, jarak kawasan itu diperluas menjadi kira-kira 15 kilometer apabila sebatang jalan raya baru dibina melalui kawasan Tabing, Koto Tangah, Padang Sarai menuju lapangan

antarabangsa Minangkabau. Dengan

sistem jalan raya dan pengangkutan yang baik ini, hubungan penduduk kawasan ini dengan dunia luar menjadi semakin meluas dan semakin kerap, dan seterusnya mempengaruhi corak kegiatan ekonomi mereka.

Kelurahan Purus merupakan salah satu daerah dalam program pembangunan ekonomi kawasan pelancongan pantai Padang yang bermula digiatkan pada tahun 2004 oleh pemerintah propinsi Sumatera Barat. Kelurahan Purus berada di sebelah barat kota Padang, di sepanjang jalan Samudera dan merupakan bahagian pesisir Samudera Hindi. Dengan pembangunan ekonomi pelancongan dan pembuatan jalan

raya sepanjang 10 km yang

menghubungkan antara kawasan pantai Padang dengan lapangan antarabangsa

Minangkabau (BIM) telah menarik

perhatian para pelancong, baik pelancong

tempatan mahupun pelancong

antarabangsa untuk datang melancong ke sini.

Di kawasan pantai Padang itu pelancong dapat bersantai menikmati keindahan pemandangan laut, matahari terbenam, keselesaan udara laut atau bersukan. Di sepanjang pantai tersedia fasiliti seperti hotel, restauran, kerusi-kerusi

dan payung-payung menatap pantai,

tandas awam, surau atau kedai-kedai makanan yang menjual masakan Padang, penganan khas rujak, telur penyu, jagung bakar, dan pisang goreng. Di pantai ini sering diselenggarakan aktiviti seni budaya dan aktiviti lainnya. Akibat berkembangnya

pembangunan ekonomi khususnya

pembangunan pelancongan telah

mengubah diri di kalangan komuniti nelayan di kelurahan Purus ke dalam ekonomi moden. Dengan meningkatnya pendapatan keluarga, banyak keluarga nelayan terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti perdagangan dan pelancongan. Modal yang cukup akhirnya mereka membeli alat pengangkutan, seperti kereta, motosikal, dan juga membuat kedai-kedai kecil di sepanjang tepi pantai Padang untuk menjaja makanan dan barangan lainnya.

Kajian satu komuniti nelayan ini ditinjau dari segi antropologikal dengan andaian bahawa perubahan sosio-ekonomi telah mempengaruhi amalan adat

perpatih-matrilineal Minangkabau, khususnya

amalan merantau kaum lelaki yang bekerja sebagai nelayan. Di kalangan kaum lelaki nelayan di kelurahan Purus kota Padang memperlihatkan perubahan sosio-ekonomi telah memberikan dampak kepada amalan

adat perpatih-matrilineal Minangkabau,

terutama amalan merantau. Selama ini, amalan merantau yang dilakukan oleh kaum lelaki di kalangan lelaki petani dikatakan sebagai merantau Cina, iaitu merantau tanpa kembali lagi ke kampung halaman dan mereka telah menetap di perantauan. Hal itu berbeza dengan yang dijalankan oleh kaum lelaki nelayan. Perubahan amalan merantau yang berlaku adalah dalam bentuk merantau pusingan, berada dalam wilayah rantau yang dekat, tanpa mengikutsertakan isteri dan anak-anak dan pemilihan jenis pekerjaan selama di perantauan yang sesuai dengan karaktek etnik Minangkabau, iaitu sebagai peniaga, buruh dan pekerjaan informal lainnya.

Dengan demikian, melalui

pendekatan teori Kato yang menjelaskan amalan merantau kaum lelaki petani di Minangkabau disebabkan kawalan adat yang terlalu kuat terhadap tanah dan harta sehingga kaum lelaki petani tidak memiliki peranan terhadap itu semua. Hal ini tidak selari dengan proses merantau kaum lelaki nelayan. Amalan merantau kaum lelaki

nelayan mempunyai otonomi dalam

mengelola kepentingan ekonomi keluarga termasuk tanah, rumah dan hartanya. Amalan merantau mereka pun lebih disebabkan kerana faktor desakan ekonomi yang diakibatkan faktor musim badai


(8)

30 | P a g e

sehingga mereka tidak boleh pergi ke laut dalam masa yang cukup lama. Hal itu menjejaskan kepada keperluan ekonomi keluarga seharian.

Dari kajian yang telah dijalankan ini, terdapat dua paparan mengenai kaum lelaki nelayan yang melakukan amalan merantau dan kaum lelaki nelayan yang tidak pernah melakukan amalan merantau.

Dengan menggunakan teori migrasi

menekankan kepada kedua-dua faktor, iaitu bahawa faktor-faktor tolakan di tempat asal dikaitkan dengan keadaan sosio-ekonomi yang meleset, menyebabkan

tempat-tempat itu mengalami serba

kekurangan daripada segi sumber daya

alam, pekerjaan dan peluang untuk

menikmati kehidupan yang selesa. Faktor-faktor yang tarikan pula menunjukkan

keadaan-keadaan yang memberikan

kemungkinan untuk mendapatkan jaminan hidup yang lebih baik seperti adanya

pekerjaan, kemudahan yang selesa,

perumahan dan pelbagai aspek lain yang menarik.

E. RUMUSAN

ahawa satu keadaan ekonomi yang telah mengalami perubahan mampu memberikan dampak yang begitu

besar terhadap aspek amalan adat

tempatan (supra-struktur masyarakat),

khususnya amalan merantau di kalangan nelayan Minangkabau. Hal itu boleh dilihat seperti berikut: keadaan sosio-ekonomi

keluarga nelayan bersifat ekonomi

tradisional dan penggunaan alat

penangkapan ikan yang masih simpel, berlakunya perubahan sosio-ekonomi telah

menaikkan taraf hidup nelayan, iaitu

peningkatan pendapatan, gaya hidup

keluarga. Selain itu pula kepemilikan alat pengangkutan seperti motosikal, kereta,

dan pembinaan kedai-kedai ikan di

sepanjang tepi pantai.

Perubahan sosio-ekonomi telah berdampak kepada amalan adat tempatan, iaitu amalan merantau. Amalan merantau saat ini tidak lagi dijalankan dalam jangka masa yang lama, akan tetapi dalam jangka yang pendek, wilayah rantau yang dekat, tidak membawa isteri dan kanak-kanak ke perantauan. Oleh itu, perubahan

sosio-ekonomi telah memberikan otonomi

ekonomi yang kuat kepada lelaki nelayan terhadap kepentingan isteri dan kanak-kanaknya dan bebas mengurusi tanah, harta dan rumah tanpa adanya kawalan

daripada keluarga perempuan (adat

matrilineal). Kajian yang dipaparkan secara antropologikal itu memperlihatkan keadaan

sosio-ekonomi keluarga nelayan di

Kelurahan Purus yang telah mengalami

perubahan sosio-ekonomi. Proses

perubahan itu berlaku di sekitaran kawasan komuniti nelayan itu akibat pembangunan ekonomi di kota Padang. Selain itu kajian ini juga telah memperlihatkan berlakunya

perubahan sosio-ekonomi telah

memberikan dampak terhadap amalan adat

perpatih-matrilineal Minangkabau,

khususnya amalan merantau di kalangan kaum lelaki yang bekerja sebagai nelayan.

Perubahan amalan merantau berlaku

kerana nelayan mempunyai otonomi

ekonomi, mempunyai kedudukan yang

penting dalam keluarga, dan bebas

mengelola kegiatan menangkap ikan, rumah dan harta.

F. RUJUKAN

Abdullah, Taufik. 1972a. Modernization in the Minangkabau world: west sumatra in early

decades of the tweentieth century. Ithaca: Cornel University Press.

Abdul Samad Hadi. 1989. Mobiliti penduduk. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Asnan, Gusti. 2000. Trading and shipping actifities: the west coast of sumatra 1819-1906. Jakarta:Yayasan Rusli Amran.

Asnan, Gusti. 2007. Dunia maritim pantai barat Sumatera. Yogyakarta: Penerbit Ombak.

Bruner, E.M. 1972. Batak ethnic associations in three Indonesian cities dalam South-western

journal of Anthropology, Vol. 28 no. 3.

Cuningham, Clack E. 1958. The postwar migration of Toba Batak to east sumatra. Cultural Report Series. Yale University Southeat Asian Studies.

Djunaedi, Eudi. 1997. Pola merantau masyarakat Dusun Cisayong: Studi antropologi tentang faktor-faktor pendorong dan penarik merantau masyarakat Dusun Cisayong.


(9)

31 | P a g e Tesis. Program Pascasarjana Program Studi Antropologi Universitas Indonesia Jakarta.

Firth, Raymond. 1990. Nelayan Melayu: ekonomi tani mereka. Terj. Yaacob harun & Noor hasnah Moin.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Firth, Raymond. 1975. Malay fishermen their peasant economy. New York: W. W. Norton &

Company. INC.

Graves, Elizabeth E. 2007. Asal usul elite Minangkabau modern: respons terhadap kolonial

Belanda abad XIX/XX. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Ishak Shari. 1990. Ekonomi nelayan: pengumpulan modal, perubahan teknologi dan

perbezaan ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamaruddin, M. Said. 1981. Daripada nelayan-tani kepada pekerja Bot. Jurnal Antropologi

dan Sosiologi 9: 69-86.

Kato, Tsuyoshi. 1989. Nasab ibu dan merantau. Terj. Azizah Kassim. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kato, Tsuyoshi. 2005. Adat Minangkabau dan merantau dalam perspektif sejarah. Terj. Gusti

Asnan dan Akiko Iwata. Jakarta: Balai Pustaka.

Kusnadi. 2004. Akar kemiskinan nelayan. Yogyakarta: LKIS.

Kusnadi. 2002. Konflik sosial nelayan. Yogyakarta : LKIS.

Kusnadi.1997. Diversifikasi pekerjaan di kalangan nelayan dalam Prisma No 7 Tahun XXV

Juli Agustus 1997.

Lee, Everett S.1984. Suatu teori migrasi, terj., Yogyakarta: Lembaga Kependudukan UGM.

Mangalam, J.J., 1968. Human Migration: a Guide to Migration Literature in English.

Lexington: University of Kentucky

Mansoer, M.D. et al. 1970. Sedjarah Minangkabau. Jakarta: Bharatara

Mantra, Ida Bagus. 1981. Population movement in wet rice communities. A case study of two

dukuh in Yogyakarta special region. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Masyuri, Mohammad Nadjib. 2000. Pemberdayaan nelayan tertinggal; sebuah uji

penanganan kemiskinan, Jakarta: LIPI.

Meyer, P. A., MacAndrews, C. 1978. Transmigration in Indonesia: an annotated

bibliography. Yogyakarta: Population Institute, Gadjah Mada University.

Mohd. Yusof Aminuddin & Iran Herman. 2000. Kaedah penyelidikan. Bangi: Pusat Pengajian

Jarak Jauh UKM.

Mubyarto. 1984. Nelayan dan kemiskinan studi ekonomi-antropologi di dua desa pantai.

Jakarta: CV Rajawali Pers.

Naim, Mochtar. 1979. Merantau pola migrasi suku Minangkabau. Yogyakarta: UGM Press.

Pelly, Usman. 1994. Urbanisasi dan adaptasi: peranan misi budaya Minangkabau dan

Mandailing. Jakarta: LP3ES

Radjab, Muhammad. 1969. Sistem kekerabatan di Minangkabau. Padang: Center for

Minangkabau Studies.

Rahimah Abd Aziz, Mohamed Yusoff Ismail (ed). 2000. Masyarakat, Budaya dan

Perubahan. Selangor: Penerbit UKM

Scott, James C. 1981. Moral ekonomi petani pergolakan dan subsistensi di asia tenggara. Jakarta: LP3ES.

Soekanto, Soerjono. 1986. Teori sosiologi tentang perubahan sosial. Jakarta: Ghalia

Indonesia.

Vredenberg J. 1964. Bawean Migrations, Bijdragen tot de taal, land en volk enkude. 120: 109-139.

Wan Hasyim Wan Teh. 1984. Perubahan sosial: teori-teori klasik dan moden Jurnal


(1)

26 | P a g e

ekonomi, teknologi, geografi, atau biologi yang mempengaruhi pula terjadinya perubahan-perubahan pada aspek-aspek kehidupan lainnya.

Menurut Firth (dalam Kamaruddin M. Said 1981), perubahan yang sering berlaku dalam komuniti nelayan ialah perubahan ekonomi yang disebabkan oleh

perkembangan mekanisme dan

pemodenan sehingga ekonomi dan organisasi nelayan telah bertukar kepada suatu industri perikanan. Kajian Firth di

Kelantan pada tahun 1970an

memperlihatkan adanya transformasi sosial yang telah dialami oleh ekonomi

dan masyarakat nelayan yang telah melahirkan suatu bentuk pengeluaran baru yang telah mengubah struktur ekonomi dan hubungan sosial pengeluaran nelayan yang asal. Oleh itu, sebagai suatu proposisi konseptis, perubahan sosio-ekonomi nelayan telah melahirkan mode pengeluaran baharu yang hampir sama kepada ciri-ciri ekonomi kapitalis yang secara berangsur-angsur menggantikan mode pengeluaran tani.

Seterusnya, menurut Firth pula (dalam Kamaruddin M. Said 1981) mengenai Malay Fisherman: Their Peasant Economy, bahawa walaupun dari beberapa segi ekonomi nelayan mempunyai persamaan dengan ekonomi pertanian, tetapi ia mempunyai beberapa ciri yang tersendiri berdasarkan perbezaan teknik pengeluaran. Selain itu, ianya menekankan bahawa ekonomi nelayan merupakan sebahagian dari ekonomi tani, dengan teknologi yang secara relatifnya mudah dan bukan mekanikal, unit-unit pengeluaran berskala kecil serta menghasilkan pengeluaran untuk kegunaan secukup hidup dan selebihnya untuk jualan.

Ekonomi nelayan-tani tidak semestinya merupakan ekonomi yang tertutup ataupun ekonomi prakapitalis. Ekonomi nelayan-tani disebabkan oleh ketiga-tiga faktor, iaitu pertama, biasanya ia mempunyai perhubungan pasaran luar;

kedua, terdapat pengeluaran

barang-barang modal secara yang terhad dan barang-barang ini dikuasai oleh sekumpulan individu tertentu; dan ketiga, terdapat amalan pinjam meminjam barang-barang modal dengan bayaran faedah dalam bentuk barangan ataupun wang. Meskipun demikian, ekonomi pula tidak

berfungsi semata-mata kerana

pergantungannya kepada pasaran luar, ianya tidak juga merupakan ekonomi yang dicirikan oleh kegiatan pembentukan modal serta yang melahirkan kelas permodal dengan jelas dan tidak pula melahirkan kelas pekerja upahan seperti dalam ekonomi kapitalis (Kamaruddin M. Said 1981).

2. Tradisi Migrasi

alam masyarakat Minangkabau, rantau dianggap sebagai kawasan pantai, tempat berakhirnya sebatang sungai dan luar negeri (negara asing). Merantau bermaksud keluar negeri, meninggalkan kampung halaman, berlayar mengikut aliran sungai dan seterusnya. Dalam konteks Minangkabau, merantau selalunya dikaitkan dengan maknanya yang kedua, iaitu meninggalkan kampung halaman untuk mencari pendapatan sendiri (Naim 1979). Amalan merantau orang Minangkabau bukan semata-mata satu akibat proses perbandaran yang baru berlaku, malah telah berakar-umbi dalam sejarah mereka. Mitos dan legenda tempatan yang menceritakan peneroka-peneroka Minangkabau pada zaman lampau ditemui di beberapa tempat di Sumatera.

Istilah merantau bermakna meninggalkan kampung halaman atau negeri asal. Takrif yang mudah ini tidak sepenuhnya mencerminkan keruwetan konsep merantau sebagai satu fenomena sosial dan sejarah (Naim 1979). Menerusi kajian lapangan yang selama bertahun-tahun dilakukan oleh Tsuyoshi Kato (1970-1980) di negeri Minangkabau telah dicapai suatu teori perkembangan merantau yang berdasarkan kepada siapa yang meninggalkan kampung halaman dan apa sebabnya, untuk berapa lama dan ke mana yang hendak ditujuinya.

Kato membahagikan konsep merantau atau mobiliti geografi kepada tiga jenis dalam sejarah Minangkabau, iaitu segmentasi kampung, merantau pusingan dan merantau Cina. Jenis-jenis merantau ini dikaitkan secara kasar dengan tiga zaman sejarah: segmentasi kampung dari


(2)

27 | P a g e zaman legenda kepada awal abad

sembilan belas, merantau pusingan dari akhir abad sembilan belas hingga 1930an dan merantau Cina dari 1950an hingga sekarang. Penting sekali diingat bahawa pembahagian sejarah ini merujuk kepada pola dominan dalam mobiliti geografi setiap satu zaman dan jenis-jenis merantau dan zaman sejarah tidak semestinya terasing. Sebagai contohnya, merantau pusingan dan segmentasi kampung masih berlaku pada masa sekarang, namun begitu segmentasi kampung amat jarang dilakukan.

Merantau untuk segmentasi kampung ialah perpindahan untuk membentuk satu penempatan baru. Pada amnya ia didorong oleh kekurangan tanah untuk bertani dan tekanan penduduk yang meningkat bilangannya. Pekerjaan yang berkait ialah pertanian. Perpindahan ini dilaksanakan oleh satu kelompok zuriat nasab ibu atau sebahagian daripada kelompok zuriat, yang dipimpin oleh ketua kelompok zuriat. Perpindahan ini adalah muktamad. Hubungan di antara kampung asal dengan penempatan yang baru dipertahankan, tetapi hal ini bukannya satu ciri penting segmentasi kampung, terutama sekali setelah lama masa berlalu.

Merantau pusingan dijalankan oleh orang lelaki sama ada yang masih bujang atau sudah berkahwin. Selain daripada kekurangan tanah (faktor tolakan), mobiliti boleh didorong oleh peluang-peluang yang ada di luar (faktor tarikan) dan oleh cita-cita individu. Merantau jenis ini tertumpu kepada bandar-bandar dan pekan yang berhampiran. Pekerjaan yang dicari ialah yang bercorak bukan tani, iaitu sebagai peniaga, pekerja dan tukang (Kato 2005).

Merantau Cina pada amnya, tetapi tidak semestinya, berkait dengan famili asas. Famili asas mungkin berhijrah sebagai satu unit. Seorang suami, setelah berhijrah mungkin kemudiannya meminta isteri dan anak-anaknya datang dari kampung. Seorang bujang, selepas berhijrah mungkin balik semula ke kampung untuk berkahwin dan membawa isterinya ke tempat dia berhijrah. Dalam kedua-dua kes ini, merantau Cina menekankan mobiliti geografi oleh keluarga asas, yang sudah terbentuk atau yang akan dibentuk.

Dalam merantau bentuk ini, penghijrah-penghijrah itu tidak pulang ke kampung dalam jangka masa yang lebih panjang dari merantau pusingan dan mereka jarang-jarang balik kampung untuk menziarah. Pada hakikatnya, beberapa aspek merantau yang berbeza-beza jenisnya ini boleh berlaku dalam kombinasi dan susunan yang berlainan. Merantau Cina mungkin melibatkan lebih daripada famili asas, misalnya ibubapa suami atau ibu bapa isteri. Merantau pusingan boleh juga melibatkan penoreh-penoreh getah yang berpindah-pindah. Segmentasi kampung yang berlaku boleh menghasilkan satu kampung nelayan dan bukan yang berasaskan usaha cucuk tanam (Kato 1989). Perbezaan antara ketiga-tiga jenis merantau dan kaitannya dengan zaman-zaman yang berlainan adalah penting kerana perubahan pada pola kegiatan-kegiatan utama perantau besar pengaruhnya kepada penerusan nazab ibu, maka dinamisme sejarahnya ialah merantau (Kato 2005).

Tradisi merantau kaum lelaki Minangkabau bukanlah produk dari proses urbanisasi, tetapi lebih kepada faktor adat Minangkabau itu sendiri (Kato 1989). Mengikut Tsuyoshi Kato (1989), merantau sebagai satu fenomena sosial atas tuntutan adat di kalangan etnik Minangkabau. Merantau pula ialah satu budaya yang tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti kaum lelaki Minangkabau, kerana merantau bagi mereka ialah satu semangat yang dianggap sebagai tujuan hidup dalam memenuhi kepentingan sosial dan ekonomi mereka. Selain itu, mengikut Mochtar Naim (1979: 2-3,) merantau sebagai satu model khas migrasi kerana dukungan budaya yang mengandungi unsur-unsur utama, iaitu meninggalkan kampung halaman dengan kemahuan sendiri untuk jangka masa yang lama, yang tidak hanya bertujuan mencari penghidupan, menuntut ilmu atau mencari pengalaman.

Kajian tentang amalan migrasi masyarakat Indonesia banyak ditulis oleh para pengkaji sosial baik pengkaji tempatan mahupun luar negara. Menurut Masri Singarimbun (dalam Naim 1979) menyimpulkan bahawa riwayat migrasi ialah setua riwayat manusia. Aktiviti migrasinya mungkin terpaksa, diatur atau


(3)

28 | P a g e

tidak, berkumpulan atau perseorangan. Kajian-kajian mengenai migrasi di Indonesia termasuklah transmigrasi, migrasi desa-bandar, migrasi pusingan, dan migrasi etnik tertentu (Djunaedi 1997).

Kajian transmigrasi dan migrasi desa-bandar telah dilakukan oleh Meyer dan Mac Andrews (1978) adalah mengenai suatu konsep berpindahnya penduduk dari satu daerah ke daerah lain. Migrasi pusingan yang dikaji oleh Mantra (1981) adalah berkaitan bentuk mobiliti penduduk yang tidak menetap di daerah tujuan. Kajian migrasi yang cukup popular dilakukan oleh Usman Pelly (1994) mengenai peranan misi

budaya etnik Minangkabau dan Mandailing berkaitan adaptasi migran di tempat baru. Kajian migrasi satu etnik tertentu pula pernah dilakukan Vredenberg (1974) melibatkan komuniti Bawean di Pulau Jawa, Cunningham (1958) mengenai migrasi Batak Toba ke Sumatera Timur, dan Bruner (1972) mengenai kelangsungan sistem sosial tradisional para migran Batak Toba di Medan serta ekspresi perkauman migran Batak, Jawa dan Minangkabau di Bandung. Migrasi etnik tertentu lainnya juga ditulis oleh Mochtar Naim (1979) yang menggambarkan pola migrasi masyarakat Minangkabau yang biasanya dikenali sebagai merantau.

Masyarakat Minangkabau, sama ada komuniti petani ataupun nelayan, mengamalkan tradisi merantau. Sebahagian besar komuniti petani tinggal di wilayah Sumatera Barat yang semenjak dahulu telah menjalankan tradisi merantau. Hal ini kerana sistem matrilineal itu sendiri yang mendorong keinginan kaum lelaki untuk meninggalkan desanya. Kawalan ke atas tanah pertanian sebahagian besarnya dipegang oleh kaum perempuan dan mereka mengatur tenaga kerja keluarga dan secara langsung juga turut membantu mengerjakan sawah-ladang (Graves 2007: 40-41). Hal ini menyebabkan kaum lelaki langsung tidak memiliki peranan terhadap hal-hal yang berhubungan dengan

kehidupan di desanya kerana

ketidaktentuan bekalan tanah pertanian untuk mereka. Masyarakat Minangkabau yang bergantung pada pertanian telah menjadikan tanah pusaka sebagai asas kehidupan ekonomi yang kuat, yang dipertahankan oleh adat Minangkabau itu

sendiri. Hal ini sebenarnya berlaku juga kepada komuniti nelayan. Bahawa komuniti nelayan ialah sebahagian daripada ekonomi tradisional pertanian khususnya bagi orang Minangkabau yang telah merantau ke daerah rantau (pesisir) Barat Sumatera Barat. Kerana kekuatan daripada adat-istiadat dan budaya Minangkabau itu maka tradisi merantau mesti diamalkan juga oleh nelayan walaupun dengan sumber ikan cukup banyak dan adat tidak mengawal hasil kelautan.

Kajian yang telah dijalankan oleh Tsuyoshi Kato (1982), Usman Pelly (1994) dan Mochtar Naim (1979) memaparkan bahawa dalam sejarah tradisi merantau etnik Minangkabau sama ada zaman kolonial Belanda atau Jepun, kaum lelaki Minangkabau cenderung menjalankan pola merantau dalam jangka masa yang lama. Sekarang ini, amalan merantau telah mengalami perubahan, khususnya di kalangan komuniti nelayan. Perubahan amalan merantau itu berkait rapat dengan perubahan sosio-ekonomi terhadap keluarga nelayan.

Amalan merantau di kalangan lelaki dalam komuniti nelayan sangat unik dan berbeza dengan amalan merantau yang dilakukan oleh kaum lelaki petani. Amalan merantau lelaki nelayan lebih disebabkan desakan ekonomi kerana faktor musim dan cuaca yang tidak menentu sehingga mereka tidak boleh menangkap ikan di laut hingga beberapa masa lamanya. Amalan merantau yang dilakukan nelayan bersifat merantau pusingan atau merantau dalam jangka masa yang pendek, berada dalam wilayah yang dekat, tanpa mengikutsertakan isteri dan kanak-kanak dan jenis pekerjaan yang ditekuni mereka iaitu peniaga, buruh dan pekerjaan informal lainnya. Saat ini, amalan merantau masih dijalankan oleh nelayan akan tetapi jumlahnya semakin berkekurangan. Ini adalah kerana berlaku perubahan sosio-ekonomi terhadap keluarga nelayan.

D. HASIL KAJIAN

ada asasnya, kelurahan Purus merupakan sebuah kawasan perkampungan nelayan yang cukup popular di kota Padang. Kawasan ini terletak kira-kira 1 kilometer dari kota


(4)

29 | P a g e Padang, yang merupakan ibu negeri dan

pusat pentadbiran dan perdagangan bagi seluruh daerah Sumatera Barat. Setelah terbinanya sebatang jalan raya yang lebih baik sepanjang kira-kira 10 kilometer dari kawasan ini ke kawasan Batang Kali Tarusan, penduduk kelurahan Purus dapat berulang-alik ke bandar itu secara lebih mudah lagi dengan menggunakan kenderaan moden, iaitu kereta, bas, kenderaan awam dan lain-lain (www.padang.co.id).

Malahan, sejak tahun 2004, jarak kawasan itu diperluas menjadi kira-kira 15 kilometer apabila sebatang jalan raya baru dibina melalui kawasan Tabing, Koto Tangah, Padang Sarai menuju lapangan antarabangsa Minangkabau. Dengan sistem jalan raya dan pengangkutan yang baik ini, hubungan penduduk kawasan ini dengan dunia luar menjadi semakin meluas dan semakin kerap, dan seterusnya mempengaruhi corak kegiatan ekonomi mereka.

Kelurahan Purus merupakan salah satu daerah dalam program pembangunan ekonomi kawasan pelancongan pantai Padang yang bermula digiatkan pada tahun 2004 oleh pemerintah propinsi Sumatera Barat. Kelurahan Purus berada di sebelah barat kota Padang, di sepanjang jalan Samudera dan merupakan bahagian pesisir Samudera Hindi. Dengan pembangunan ekonomi pelancongan dan pembuatan jalan

raya sepanjang 10 km yang

menghubungkan antara kawasan pantai Padang dengan lapangan antarabangsa Minangkabau (BIM) telah menarik perhatian para pelancong, baik pelancong

tempatan mahupun pelancong

antarabangsa untuk datang melancong ke sini.

Di kawasan pantai Padang itu pelancong dapat bersantai menikmati keindahan pemandangan laut, matahari terbenam, keselesaan udara laut atau bersukan. Di sepanjang pantai tersedia fasiliti seperti hotel, restauran, kerusi-kerusi dan payung-payung menatap pantai, tandas awam, surau atau kedai-kedai makanan yang menjual masakan Padang, penganan khas rujak, telur penyu, jagung bakar, dan pisang goreng. Di pantai ini sering diselenggarakan aktiviti seni budaya dan aktiviti lainnya. Akibat berkembangnya

pembangunan ekonomi khususnya pembangunan pelancongan telah mengubah diri di kalangan komuniti nelayan di kelurahan Purus ke dalam ekonomi moden. Dengan meningkatnya pendapatan keluarga, banyak keluarga nelayan terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti perdagangan dan pelancongan. Modal yang cukup akhirnya mereka membeli alat pengangkutan, seperti kereta, motosikal, dan juga membuat kedai-kedai kecil di sepanjang tepi pantai Padang untuk menjaja makanan dan barangan lainnya.

Kajian satu komuniti nelayan ini ditinjau dari segi antropologikal dengan andaian bahawa perubahan sosio-ekonomi telah mempengaruhi amalan adat perpatih-matrilineal Minangkabau, khususnya amalan merantau kaum lelaki yang bekerja sebagai nelayan. Di kalangan kaum lelaki nelayan di kelurahan Purus kota Padang memperlihatkan perubahan sosio-ekonomi telah memberikan dampak kepada amalan adat perpatih-matrilineal Minangkabau, terutama amalan merantau. Selama ini, amalan merantau yang dilakukan oleh kaum lelaki di kalangan lelaki petani dikatakan sebagai merantau Cina, iaitu merantau tanpa kembali lagi ke kampung halaman dan mereka telah menetap di perantauan. Hal itu berbeza dengan yang dijalankan oleh kaum lelaki nelayan. Perubahan amalan merantau yang berlaku adalah dalam bentuk merantau pusingan, berada dalam wilayah rantau yang dekat, tanpa mengikutsertakan isteri dan anak-anak dan pemilihan jenis pekerjaan selama di perantauan yang sesuai dengan karaktek etnik Minangkabau, iaitu sebagai peniaga, buruh dan pekerjaan informal lainnya.

Dengan demikian, melalui pendekatan teori Kato yang menjelaskan amalan merantau kaum lelaki petani di Minangkabau disebabkan kawalan adat yang terlalu kuat terhadap tanah dan harta sehingga kaum lelaki petani tidak memiliki peranan terhadap itu semua. Hal ini tidak selari dengan proses merantau kaum lelaki nelayan. Amalan merantau kaum lelaki nelayan mempunyai otonomi dalam mengelola kepentingan ekonomi keluarga termasuk tanah, rumah dan hartanya. Amalan merantau mereka pun lebih disebabkan kerana faktor desakan ekonomi yang diakibatkan faktor musim badai


(5)

30 | P a g e

sehingga mereka tidak boleh pergi ke laut dalam masa yang cukup lama. Hal itu menjejaskan kepada keperluan ekonomi keluarga seharian.

Dari kajian yang telah dijalankan ini, terdapat dua paparan mengenai kaum lelaki nelayan yang melakukan amalan merantau dan kaum lelaki nelayan yang tidak pernah melakukan amalan merantau. Dengan menggunakan teori migrasi menekankan kepada kedua-dua faktor, iaitu bahawa faktor-faktor tolakan di tempat asal dikaitkan dengan keadaan sosio-ekonomi yang meleset, menyebabkan tempat-tempat itu mengalami serba kekurangan daripada segi sumber daya alam, pekerjaan dan peluang untuk menikmati kehidupan yang selesa. Faktor-faktor yang tarikan pula menunjukkan keadaan-keadaan yang memberikan kemungkinan untuk mendapatkan jaminan hidup yang lebih baik seperti adanya pekerjaan, kemudahan yang selesa, perumahan dan pelbagai aspek lain yang menarik.

E. RUMUSAN

ahawa satu keadaan ekonomi yang telah mengalami perubahan mampu memberikan dampak yang begitu besar terhadap aspek amalan adat tempatan (supra-struktur masyarakat), khususnya amalan merantau di kalangan nelayan Minangkabau. Hal itu boleh dilihat seperti berikut: keadaan sosio-ekonomi keluarga nelayan bersifat ekonomi tradisional dan penggunaan alat penangkapan ikan yang masih simpel, berlakunya perubahan sosio-ekonomi telah

menaikkan taraf hidup nelayan, iaitu peningkatan pendapatan, gaya hidup keluarga. Selain itu pula kepemilikan alat pengangkutan seperti motosikal, kereta, dan pembinaan kedai-kedai ikan di sepanjang tepi pantai.

Perubahan sosio-ekonomi telah berdampak kepada amalan adat tempatan, iaitu amalan merantau. Amalan merantau saat ini tidak lagi dijalankan dalam jangka masa yang lama, akan tetapi dalam jangka yang pendek, wilayah rantau yang dekat, tidak membawa isteri dan kanak-kanak ke perantauan. Oleh itu, perubahan sosio-ekonomi telah memberikan otonomi ekonomi yang kuat kepada lelaki nelayan terhadap kepentingan isteri dan kanak-kanaknya dan bebas mengurusi tanah, harta dan rumah tanpa adanya kawalan daripada keluarga perempuan (adat matrilineal). Kajian yang dipaparkan secara antropologikal itu memperlihatkan keadaan sosio-ekonomi keluarga nelayan di Kelurahan Purus yang telah mengalami perubahan sosio-ekonomi. Proses perubahan itu berlaku di sekitaran kawasan komuniti nelayan itu akibat pembangunan ekonomi di kota Padang. Selain itu kajian ini juga telah memperlihatkan berlakunya perubahan sosio-ekonomi telah memberikan dampak terhadap amalan adat perpatih-matrilineal Minangkabau, khususnya amalan merantau di kalangan kaum lelaki yang bekerja sebagai nelayan. Perubahan amalan merantau berlaku kerana nelayan mempunyai otonomi ekonomi, mempunyai kedudukan yang penting dalam keluarga, dan bebas mengelola kegiatan menangkap ikan, rumah dan harta.

F. RUJUKAN

Abdullah, Taufik. 1972a. Modernization in the Minangkabau world: west sumatra in early decades of the tweentieth century. Ithaca: Cornel University Press.

Abdul Samad Hadi. 1989. Mobiliti penduduk. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asnan, Gusti. 2000. Trading and shipping actifities: the west coast of sumatra 1819-1906. Jakarta:Yayasan Rusli Amran.

Asnan, Gusti. 2007. Dunia maritim pantai barat Sumatera. Yogyakarta: Penerbit Ombak. Bruner, E.M. 1972. Batak ethnic associations in three Indonesian cities dalam South-western

journal of Anthropology, Vol. 28 no. 3.

Cuningham, Clack E. 1958. The postwar migration of Toba Batak to east sumatra. Cultural Report Series. Yale University Southeat Asian Studies.

Djunaedi, Eudi. 1997. Pola merantau masyarakat Dusun Cisayong: Studi antropologi tentang faktor-faktor pendorong dan penarik merantau masyarakat Dusun Cisayong.


(6)

31 | P a g e Tesis. Program Pascasarjana Program Studi Antropologi Universitas Indonesia Jakarta.

Firth, Raymond. 1990. Nelayan Melayu: ekonomi tani mereka. Terj. Yaacob harun & Noor hasnah Moin.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Firth, Raymond. 1975. Malay fishermen their peasant economy. New York: W. W. Norton & Company. INC.

Graves, Elizabeth E. 2007. Asal usul elite Minangkabau modern: respons terhadap kolonial Belanda abad XIX/XX. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Ishak Shari. 1990. Ekonomi nelayan: pengumpulan modal, perubahan teknologi dan perbezaan ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamaruddin, M. Said. 1981. Daripada nelayan-tani kepada pekerja Bot. Jurnal Antropologi dan Sosiologi 9: 69-86.

Kato, Tsuyoshi. 1989. Nasab ibu dan merantau. Terj. Azizah Kassim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kato, Tsuyoshi. 2005. Adat Minangkabau dan merantau dalam perspektif sejarah. Terj. Gusti Asnan dan Akiko Iwata. Jakarta: Balai Pustaka.

Kusnadi. 2004. Akar kemiskinan nelayan. Yogyakarta: LKIS. Kusnadi. 2002. Konflik sosial nelayan. Yogyakarta : LKIS.

Kusnadi.1997. Diversifikasi pekerjaan di kalangan nelayan dalam Prisma No 7 Tahun XXV Juli Agustus 1997.

Lee, Everett S.1984. Suatu teori migrasi, terj., Yogyakarta: Lembaga Kependudukan UGM. Mangalam, J.J., 1968. Human Migration: a Guide to Migration Literature in English.

Lexington: University of Kentucky

Mansoer, M.D. et al. 1970. Sedjarah Minangkabau. Jakarta: Bharatara

Mantra, Ida Bagus. 1981. Population movement in wet rice communities. A case study of two dukuh in Yogyakarta special region. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Masyuri, Mohammad Nadjib. 2000. Pemberdayaan nelayan tertinggal; sebuah uji penanganan kemiskinan, Jakarta: LIPI.

Meyer, P. A., MacAndrews, C. 1978. Transmigration in Indonesia: an annotated bibliography. Yogyakarta: Population Institute, Gadjah Mada University. Mohd. Yusof Aminuddin & Iran Herman. 2000. Kaedah penyelidikan. Bangi: Pusat Pengajian

Jarak Jauh UKM.

Mubyarto. 1984. Nelayan dan kemiskinan studi ekonomi-antropologi di dua desa pantai. Jakarta: CV Rajawali Pers.

Naim, Mochtar. 1979. Merantau pola migrasi suku Minangkabau. Yogyakarta: UGM Press. Pelly, Usman. 1994. Urbanisasi dan adaptasi: peranan misi budaya Minangkabau dan

Mandailing. Jakarta: LP3ES

Radjab, Muhammad. 1969. Sistem kekerabatan di Minangkabau. Padang: Center for Minangkabau Studies.

Rahimah Abd Aziz, Mohamed Yusoff Ismail (ed). 2000. Masyarakat, Budaya dan Perubahan. Selangor: Penerbit UKM

Scott, James C. 1981. Moral ekonomi petani pergolakan dan subsistensi di asia tenggara. Jakarta: LP3ES.

Soekanto, Soerjono. 1986. Teori sosiologi tentang perubahan sosial. Jakarta: Ghalia Indonesia.

Vredenberg J. 1964. Bawean Migrations, Bijdragen tot de taal, land en volk enkude. 120: 109-139.

Wan Hasyim Wan Teh. 1984. Perubahan sosial: teori-teori klasik dan moden Jurnal Antropologi dan Sosiologi Jilid 12: 39-53.