BAHAGIAN KELIMA : MENANGANI KONFLIK DAN KRISIS DALAM BEROGANISASI

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS
Sektor Pemerkasaan Organisasi
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
www.khairulfaizi.net
khairul.faizi1
khairulfaizi73
+60132565530

BAHAGIAN KELIMA : MENANGANI KONFLIK DAN KRISIS DALAM BEROGANISASI
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Apabila kita berorganisasi maka perkara yang tidak dapat kita elakkan adalah
berhadapan dengan konflik yang mana kadang-kadang konflik ini membawa kepada
krisis dalaman sehingga akhirnya mewujudkan ‘perang saudara’ yang tercetus apabila
sesuatu konflik itu tidak dapat ditangani dengan sebaiknya.
Janggal juga jika ada yang mengakui bahawa organisasi yang dipimpinnya tidak
mengalami sebarang konflik, sentiasa tenang dan harmoni. Andai ada mana-mana
organisasi yang menyatakan seperti itu maka dapat diandaikan bahawa tiada progres
dalam menjalankan aktiviti ataupun ia sememangnya selesa dengan pencapaiannya.
Biasanya apabila kita mendapat tahu berlakunya konflik dalam organisasi, bayangan
awal yang terlintas di minda adalah seakan satu pertembungan yang bakal meruntuhkan

organisasi yang sedang dipimpin. Terbayang juga pertembungan dua atau lebih
kumpulan yang ingin merebut tahta kepimpinan dan kekuasaan. Namun ia tidaklah
seperti mana yang sering dibayangkan kerana konflik dalam organisasi jika diuruskan
dengan baik akan mendatangkan kebaikan.
Kerana itu, penggerak organisasi wajar untuk memahami apa makna sebenarnya konflik
dan krisis serta perlu mengambil tahu bagaimana untuk mengatasinya.
Perbezaan Konflik dan Krisis
Perlu memahami terlebih dahulu bahawa konflik dan krisis adalah dua situasi yang
berbeza. Ia tidak akan berlaku serentak kerana krisis terjadi selepas sesuatu konflik itu
tidak dapat diselesaikan. Ada juga keadaan tertentu, krisis meletus secara tiba-tiba
tanpa dijangka namun ia tidak akan berlaku serentak dengan konflik.
Dalam ilmu Pengurusan, konflik ditakrifkan sebagai ketidak setujuan (disagreement) di
antara dua pihak atau kumpulan mengenai sesuatu perkara yang mempunyai
kepentingan bersama di kedua-dua belah pihak (issue of mutual interest). Konflik juga
adalah sesuatu yang normal dan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan
(inescapable part of life).
Manakala, krisis ditakrifkan sebagai keadaan tegang dalam organisasi, pertubuhan atau
pihak yang membawa kepada keadaan genting kerana kekurangan sesuatu yang
akhirnya menyebabkan persengketaan pendapat atau prinsip dalam pengurusan
organisasi.

Takrifan ringkas ini menunjukkan bahawa konflik adalah sesuatu yang normal berlaku di
dalam organisasi dan ianya mampu untuk diatasi melalui kebiaksanaan pengurusan yang
mengendalikannya. Ia adalah sesuatu fitrah di dalam kehidupan manusia.

Kerana itu, setiap organisasi mestilah memberikan perhatian agar tidak berlaku konflik
yang tidak dapat diselesaikan kerana ia akan membawa kepada krisis yang lebih
memburukkan keadaan.
Kenapa berlakunya Konflik dalam berorganisasi?
PAS telah melalui proses pengembangan dengan pesat khususnya selepas berlakunya
reformasi tahun 1998 sehingga telah mempunyai hampir sejuta keahliannya maka sudah
pasti berhadapan dengan pelbagai konflik yang mendatang sama ada di peringkat Pusat
sehinggalah ke peringkat PAS cawangan. Ia ditambah lagi dengan keanggotaan ahli
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang telah melebihi dua puluh ribu
keanggotaannya. Kepelbagaian latar belakang akademi, pekerjaan, budaya malah
persekitaran memungkinkan berlakunya konflik dalam organisasi sehingga ia akan
membawa kepada perpecahan sekiranya konflik yang berlaku tidak diberikan perhatian
dan ditangani dengan sebaiknya.
Sesetengah daripada kita beranggapan bahawa individu lain akan sama dengan kita.
Cara mereka berfikir dan cara mereka bertindak akan sama dengan cara kita, itu andaian
kita. Namun sebenarnya, itulah di antara punca yang memutikkan konflik dalam

organisasi.
Sebagai contohnya, sebuah PAS cawangan menitikberatkan tentang program mendekati
rakyat dengan aktiviti kebajikan dan ianya dilihat sangat sesuai dengan seluruh
cawangan tersebut namun ia tidak bermakna kesemua ahli PAS di cawangan tersebut
cenderong untuk melaksanakan pendekatan yang sama. Mungkin ada di antara ahli
cawangan yang lebih cenderong dengan pendekatan penerangan atau pun aktiviti
kemasyarakatan.
Ramai yang terlibat dalam konflik merasa betul tetapi mereka tidak mengetahui bahawa
sikap konflik hanya melayan ego dan memuaskan keinginan sendiri semata-mata. Bagi
individu yang bersikap optimis dalam berkonflik ada juga merasakan kekalahan
berkonflik membawa keuntungan kerana berani menghadapi segala cabaran dan dugaan
dalam perjalanan proses menyelesaikan masalah.
Oleh itu, dapat dikatakan di sini bahawa konflik dalam organisasi akan tercetus daripada
sikap tidak mahu memahami dan tiada sikap bertolak ansur yang berpunca daripada
kematangan emosi yang rendah.
Apabila sesuatu konflik itu tidak disegerakan penyelesaiannya maka konflik akan
berpanjangan dan memberikan kesan negatif terhadap pelbagai perkara termasuklah
perhubungan di antara sesama ahli jawatan kuasa, program akan kurang berkesan,
pertumbuhan organisasi akan perlahan malah boleh membawa kepada kemusnahan
organisasi jika ia tidak dibendung.

Krisis Membawa Kepada Perpecahan Organisasi
Krisis adalah satu masalah besar yang muncul secara tiba-tiba dan sekiranya konflik
yang berlaku tidak dapat ditangani dengan sebaiknya. Manakala krisis yang tidak
ditangani pula akan memberi kesan terhadap kesahihan organisasi, boleh mengubah misi
strategik organisasi dan menjejaskan persepsi atau pandangan orang ramai terhadap
prestasi organisasi. Di dalam sains politik, krisis yang tidak menemui jalan penyelesaian
akan membawa kepada peperangan.
Seorang sarjana dalam bidang teori komunikasi dan pengurusan, Dr Otto Lerbinger
memberikan takrifan bahawa krisis adalah sebagai kejadian yang membawa, atau
berpotensi
menjejaskan
reputasi
organisasi
serta
mengancam
keuntungan,

perkembangan dan kewujudan organisasi. Manakala Steven Fink menyatakan bahawa
krisis adalah keadaan atau masa yang tidak stabil di mana keputusan untuk berubah
amat diperlukan sama ada memberi hasil yang positif yang diharapkan atau memberi

kesan negatif kepada organisasi.
Bagi menangani krisis dengan berkesan, penggerak organisasi mestilah didedahkan
dengan ilmu pengurusan krisis (Crisis Management). Pengurusan krisis adalah
merupakan satu kaedah yang sistematik dan tersusun untuk mengenalpasti dan
menangani kejadian kecemasan yang berlaku atau mungkin akan berlaku dalam sesuatu
krisis. Pengurusan krisis yang cekap dan berwibawa mampu untuk mengurangkan
kerosakan pada imej organisasi dan mampu memulihkan keadaan balik ke asal dalam
tempoh masa yang singkat.
Konflik Yang Positif
Walaupun takrifan terhadap konflik memberi makna yang negatif, namun begitu terdapat
juga konflik yang membawa nilai positif iaitu konflik yang menyokong matlamat
organisasi dan memperbaiki tahap pencapaian organisasi. Ia menjadi sumber perubahan
yang progresif kepada organisasi.
Seorang pakar pengurusan, Alan C. Filley melalui bukunya Interpersonal Conflict
Resolution telah menggariskan bahawa sekiranya berlakunya konflik maka ia akan
memberikan beberapa kesan positif iaitu :i.
ii.
iii.
iv.


Mengurangkan terjadinya konflik yang lebih serius
Menggalakkan pencarian kepada fakta-fakta baru atau jalan penyelesaian
Meningkatkan kerjasama bersepadu dalam kumpulan
Menilai kuasa atau keupayaan individu atau kumpulan

Kesimpulan
Setiap organisasi tidak dapat untuk mengelakkan daripada menghadapi konflik dalam
urusan seharian sama ada ia besar atau pun kecil. Konflik adalah lumrah kepada
sesebuah organisasi namun kelekaan menanganinya akan membawa padah kepada
keseluruhan organisasi. Justeru dicadangkan agar setiap organisasi PAS mengambil sikap
:1. Terbuka dengan apa yang berlaku kerana kita sebenarnya membuka ruang kepada
penyelesaian yang lebih baik dan memuaskan kedua belah pihak berselisih. Keterbukaan
sikap membantu untuk meredakan ketegangan dan membantu untuk mempositifkan
sesuatu konflik.
2. Bersikap bertolak ansur dalam percanggahan idea dan pandangan kerana ia adalah
pilihan yang terbaik apabila proses menyelesaikan konflik itu berada dalam keadaan
statik. Namun ada juga perkara yang perlu kita bertolak ansur tetapi ada juga yang kita
tidak perlu berbuat demikian, bergantung kepada konflik yang berlaku. Unsur tolak ansur
merupakan prinsip utama yang diguna pakai untuk mendukung hak-hak kemanusiaan.
3. Individu yang terlibat dalam organisasi perlu perbanyak bersabar dalam setiap

tindakan. Islam mengajar kita supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan kerana
ia adalah pengukur darjat keimanan seseorang.
4. Penggerak organisasi perlu didedahkan dengan strategi menangani konflik dan krisis.
Mereka perlu tahu bagaimana dan cara mana yang perlu dilakukan apabila sesuatu
konflik dan krisis berlaku. Jika tidak maka konflik yang melanda organisasi walaupun
kecil namun ia akan cepat merebak dan merosakkan sehingga menimbulkan krisis yang
lebih sukar untuk diatasi.

Sekian, wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS,
Sektor Pemerkasaan Organisasi.