Bagaimanakah Anda Menentukan Batas?

2. Bagaimanakah Anda Menentukan Batas?

a. Pastikan Kasih Berada di Dalamnya

i. Alkitab beritahu kita satu perkara yang harus di tengah- tengah segala perhubungan adalah kasih. (Ingatkan mereka apa yang telah mereka lakukan di Sesi 1).

ii. Apa lagi dalam satu perhubungan di mana kita komited antara satu dengan lain sebagai teman lelaki dan perempuan.

iii. Kasih yang anda harus ada adalah kasih yang sanggup berkorban untuk orang lain. Ia harus mengutamakan kepentingan orang lain di atas kepentingan diri sendiri.

iv. Dalam perhubungan anda, fikirkan cara-cara untuk meng-

Panduan Pembimbing: Sesi 3

ekspresikan kasih dan sayang anda tanpa melibatkan aspek fizikal.Kasih harus membina dan menggalakkan satu sama lain untuk bertumbuh sebagai seorang insan.

v. Kerapkali anda terlibat secara fizikal disebabkan keghairahan yang anda terima darinya. Ia tidak melakukan apa-apa untuk membangun rakan anda melainkan membangkitkan perasaan dan nafsu untuk sentuhan fizikal.

vi. Dengan bertambahnya sentuhan, perbualan anda berkurangan. Dengan berkurangnya perbualan, anda terdorong untuk menyentuh lebih lagi. Sebab itu, setiap kali anda bersama, anda tidak sabar-sabar untuk hendak bersendirian supaya boleh menyentuh dan mengeksplorasi. Jenis kasih apakah itu ? (Biar mereka memberi respon)

vii. Tidak ada perkongsian hidup tetapi lebih tertumpu kepada keinginan kenikmatan fizikal semata-mata. Jenis perhubungan apakah ia akan menjadi? (Biar mereka memberi respon) Adakah ini menyenangkan dan memuliakan Tuhan? (Biar mereka memberi respon)

viii. Bahayanya adalah ia akan bertukar menjadi ketagihan. Mungkin nanti akan sampai satu tahap di mana anda akan tergoda melakukan lebih daripada apa yang anda dapat kawal. Inilah bagaimana ramai belia berakhir dengan melakukan seks. Sudah sampai di satu tahap di mana mereka tidak lagi dapat kawal perasaan dan nafsu mereka.

ix. Jika anda saling mengasihi, anda harus berusaha untuk mengelakkan supaya anda dan pasangan anda tidak berada dalam satu keadaan di mana anda berdua akan melakukan kesilapan besar dalam hidup anda. Sekali saja ia dilakukan, ia tidak boleh diputar balikkan.

x. Tuhan tidak dapat mengembalikan kedaraaan dan keterunaan anda walaupun Dia boleh memulihkan kemurnian bila anda bertaubat.

xi. Jadi, anda tetap boleh menikmati dan mengekspresikan kasih dan sayang anda tetapi dengan cara-cara yang dapat membangun pacar anda sebagi satu insan. Janganlah gunakan perhubungan anda untuk merebut kenikmatan untuk diri sendiri yang hanya untuk beberapa saat saja.

b. Pastikan Kemurnian Berada di Dalamnya

OBOR Belia Buku 18

Suruh mereka baca 1 Korintus 6:12-20.

i. Di sini Paulus memberi dua prinsip untuk kita pelajari. Yang pertama adalah walaupun segala sesuatu halal, bukan semuanya berguna.

ii. Oleh itu jangan kita menganggap hanya kerana sesetengah aspek fizikal perhubungan mungkin tidak berbahaya, ia tidak bermaksud bahawa mereka boleh dilakukan. Ingatlah bahawa mereka akan membawa anda untuk menginginkan yang lebih lagi.

iii. Paulus juga berkata dia tidak akan membenarkan dirinya dikawal oleh apapun, walaupun itu dibenarkan. Dia sendiri memiliki kawalan muktamad ke atas apa yang dia hendak lakukan. Oleh itu anda harus jangan membenarkan nafsu untuk kontak fizikal dalam perhubungan anda mengawal anda.

iv. Yang kedua adalah tubuh anda adalah bait Roh Kudus. Tuhan

sendiri yang tinggal di dalam anda. v. Sebab itulah adalah penting supaya anda tidak mencemar atau menajiskan tubuh anda demi Allah. Itulah sebabnya mengapa Paulus memberi amaran kepada jemaat di Korintus supaya tidak melakukan dosa seks sebab dosa-dosa seks akan menajiskan tubuh kita, iaitu bait Allah sendiri.

vi. Arahan Paulus adalah supaya kita memelihara tubuh kita agar tetap murni kerana Tuhan tinggal di dalam kita. Tubuh kita bukan milik kita sendiri tetapi milik Tuhan.

vii. Oleh sebab itulah apa sahaja yang anda ingin lakukan secara

fizikal ke atas tubuh anda atau tubuh pasangan anda, ingatlah bahawa kedua-dua tubuh tersebut adalah bait Allah. Anda perlu memelihara mereka supaya tetap murni di hadapan-Nya.

viii. Tuhan hendak anda menikmati seks kerana itu adalah

sebahagian daripada proses kreatif-Nya dalam kita. Tujuan seksualiti kita adalah supaya kita boleh mengenal kasih yang intim, yang lebih daripada sekadar kasih fizikal dan seks.

ix. Walau bagaimanapun, kita hanya dapat menikmati seks dan segala perbuatan yang terlibat secara bebas dan penuh dalam satu perhubungan perkahwinan yang ditahbiskan untuk kita oleh Tuhan. Semua kegiatan seks di luar daripada itu hanya akan memperhambakan anda dan menjadikan tubuh anda tercemar di hadapan Allah.