Pandangan Alkitab: Bujang dan Puas Hati
C. Pandangan Alkitab: Bujang dan Puas Hati
i. Suruh mereka baca Matius 19:3-12.
ii. Tanya mereka soalan-soalan berikut: Bagaimanakah Yesus memberi respon kepada pendapat
bahawa lebih baik jangan kahwin? (Ini bukanlah untuk semua orang tetapi khusus kepada tiga golongan orang)
Apakah maksud “sida-sida” ? (Ia biasanya merujuk kepada seorang yang alat kelaminnya telah dikebirikan) Apakah tiga golongan orang yang disebut oleh Yesus? (Mereka yang dilahirkan sebagai sida-sida, mereka yang dijadikan demikian oleh orang lain serta mereka yang membuat dirinya demikian kerana kemahuannya sendiri oleh kerana Kerajaan Syurga)
Mengapakah perkahwinan itu bukan untuk dua golongan orang yang pertama? (Kerana dengan tiadanya alat kelamin, mereka tidak ada pilihan kecuali membujang. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana sida-sida berkahwin dalam sesetengah budaya)
iii. Suruh mereka terangkan apa yang Yesus maksudkan dengan golongan orang yang ketiga. iv. Kemudian suruh mereka baca dan bincang 1 Korintus 7:7-9, 25-
35 untuk mengetahui pandangan Paulus.
1. Suatu Karunia Yang Dianugerahkan
a. Yesus berkata bahawa bukan setiap orang boleh terima idea dan hakikat tidak berkahwin. Ia harus diberikan kepada mereka dari Tuhan (Matius 19:11).
b. Paulus berkata bahawa tidak berkahwin adalah karunia dari Tuhan (1 Korintus 7:7). Ia adalah karunia sama seperti karunia rohani yang lain.
c. Bukan senang untuk tidak berkahwin kerana setiap lelaki dan perempuan dicipta untuk mencari pasangan dalam satu perhubungan kahwin. Ramai orang menentang idea untuk hidup membujang , walaupun mereka tahu bahawa Tuhan tetap memimpin mereka dalam perjalanan itu.
Panduan Pembimbing: Sesi 7
d. Sebab itulah Yesus berkata bukan semua orang dapat menerima ini tetapi hanya mereka yang telah diberikan karunia tersebut oleh Tuhan. Jika Tuhan berikan anda karunia ini, maka belajarlah untuk menerimanya sebagai karunia dari Tuhan. Bersyukurlah sama seperti anda bersyukur bagi karunia-karunia yang lain dari Tuhan.
e. Jika tidak, anda akan berakhir dengan kehidupan yang sengsara. Daripada merasa puas dengan apa yang anda ada dan menggunakan segala yang anda miliki demi kebaikan Kerajaan Allah, anda akan sentiasa merungut tentang takdir dalam hidup anda.
f. Dalam segala krisis atau kesukaran hidup, Tuhan tidak selalu menjawab soalan “Mengapa” kita. Apa yang lebih penting adalah respon anda terhadap apa yang anda sedang tempuhi. Adakah anda akan percaya Tuhan dengan kehidupan anda, atau anda akan membelakangiNya dengan kepahitan dan kemarahan?
g. Alkitab mengingatkan kita berulang-kali bahawa Allah mengasihi kita dan kehendakNya adalah baik, berkenan dan sempurna (Roma 12:2). Jadi adalah baik untuk belajar menjalankan kehidupan yang beriman dan puas dalam kehendakNya (1 Timotius 6:6).
h. Pada masa yang sama, kita juga harus belajar mengambil sikap yang betul terhadap mereka yang tidak berkahwin dan tidak memandang mereka sebagai objek yang perlu dikasihani.
i. Kita harus menghormati status bujang mereka dan membantu mereka mendapatkan makna di dalamnya, dan bukannya sentiasa menggalakkan mereka supaya berkahwin.
2. Suatu Karunia Yang Diterima
a. Karunia ini diekspresikan dalam pilihan seorang untuk tidak berkahwin demi Kerajaan Allah (Matius 19:12). Walaupun ini adalah keadaan yang ideal, ramai orang bergumul untuk hidup membujang sebelum mereka menerimanya sebagai kehendak Tuhan bagi mereka.
b. Paulus berkata bahawa seorang bujang lebih mampu mendedikasikan dirinya dengan sepenuhnya untuk melayani dan menyenangkan Tuhan (1 Korintus 7:32).
c. Seorang yang berkahwin perlu menjaga hal-ehwal pasangannya dan cuba untuk menyenangkan mereka (1 Korintus 7:33-35). Oleh itu, tumpuan mereka berbelah-
OBOR Belia Buku 18
bahagi.
d. Pandangan Paulus sendiri adalah bahawa kerana waktu itu singkat, maka lebih baik membujang supaya dapat melayani Tuhan dengan lebih lagi.
e. Tuhan menganugerahkan karunia membujang untuk mem- bolehkan seseorang memberi dedikasi kepada Tuhan sepenuhnya dan untuk melayani-Nya.
f. Ia bukanlah suatu cara hidup yang “lebih mulia” tetapi suatu panggilan istimewa.
g. Bagaimana anda tahu adakah anda mempunyai karunia membujang? (Biar mereka jawab)
h. Salah satu petunjuknya adalah anda berhasrat untuk melayani Tuhan dan anda tidak keberatan samada anda melakukannya sebagai seorang bujangan atau tidak.
i. Akhirnya ia perlu diuji melalui masa. Jika Tuhan tidak membawa seorang yang istimewa ke dalam kehidupan anda, dan anda mampu hidup tanpa berkahwin dan menyerahkan status bujang anda kepada Tuhan, maka mungkin Tuhan menghendaki anda untuk tetap membujang demi-Nya.
j. Ingatlah bahawa Tuhan akan hanya memberikan karunia
tersebut kepada mereka yang boleh menerimanya. Pada masa yang sama, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk rela membenarkan Tuhan memberi anda apa yang terbaik menurut-Nya dan berpuas hati dengannya.
k. Paulus mengajar kita supaya tetap berada di tempat
yang Tuhan telah tempatkan kita sehinggalah tiba saat Dia memanggil kita keluar daripadanya.
l. Seiring dengan masa, jika Tuhan tidak memberi anda
seorang teman hidup, belajarlah untuk berdiam di dalam-Nya dan berpuas hatilah dengan keadaan anda.
Doa Galakkan mereka berdoa untuk ahli jemaat yang masih belum
berkahwin lagi.
Panduan Pembimbing: Sesi 8