Di Manakah Anda Menentukan Batas?
3. Di Manakah Anda Menentukan Batas?
Di sini, anda perlu memutuskan di mana anda hendak tentukan batas untuk para peserta. Orang Kristian yang lain akan menen- tukan batas yang berbeza. Apa yang nampaknya dibenarkan bagi
Panduan Pembimbing: Sesi 3
seseorang mungkin dianggap salah oleh yang lain. Garis panduan diberikan tetapi anda perlu ubah suai dan bentangkan apa yang anda anggap dibenarkan bagi anda dan jemaat anda. Malah ada setengah Kristian yang berhenti pada atau sebelum memegang tangan!
a. Di mana jua anda memutuskan untuk menentukan batas, ia mesti dilakukan sebelum anda memasuki suatu keadaan yang menggodakan. Jika tidak, anda tidak akan mampu membuat keputusan yang bijak dan munasabah pada saat nafsu atau perasaan kuat menguasai anda.
b. Anda mesti membuat keputusan atas batas diri anda sekarang sebelum anda masuk dalam satu perhubungan dengan seseorang dari lawan jenis.
c. Jangan sekali-kali anda membenarkan pasangan anda membuat keputusan bagi diri anda. Ia adalah tubuh anda dan kehidupan anda yang anda kena bertanggungjawab di hadapan Tuhan.
d. Di manakah anda akan bermula atau di manakah anda akan berhenti?
e. Kita ambil contoh perbuatan fizikal yang pertama iaitu berpegangan tangan. Adakah memegang tangan itu OK? (Biar mereka memberi respon)
f. Adakah kebanyakan pasangan hanya berpegang tangan? Apakah perkembangan logik yang seterusnya? (Biar mereka memberi respon)
g. Sudah tentu garis yang paling selamat adalah tidak memegang tangan langsung. Anda perlu tanya diri anda soalan-soalan berikut untuk membantu anda dalam menentukan batas bagi diri anda:
Adakah saya memelihara kemurnian perhubungan saya dengan perbuatan tersebut? Adakah ia membawa kepada ketidakmurnian atau keghairahan dalam fikiran saya tentang pasangan saya bila saya melakukannya?
Adakah itu hanya untuk kenikmatan diri saya? Adakah ia membawa fikiran saya jauh daripada mengasihi pasangan saya dan mencari kebaikan dia?
Adakah ia menyenangkan hati dan memuliakan Tuhan pada jangka panjang? Adakah ia akan membawa saya kepada perbuatan fizikal yang lain?
h. Hanya ada satu garis penetap yang radikal tetapi amat berkesan: “jangan sentuh dan pakai baju!” Jika anda fikir anda boleh letakkan garis itu di tempat lain, ingatlah
OBOR Belia Buku 18
bahawa suatu hal kecil akan membawa kepada sesuatu yang lebih besar.
i. Yesus berkata jika anda hanya pandang seseorang dengan mata yang penuh keghairahan, anda telah pun berdosa di hadapan Allah.
j. Oleh itu anda perlu berterus-terang dan jujur di hadapan
Tuhan. Jika anda telah mengalami fikiran ghairah dengan cuma memandang pasangan anda, anda harus berusaha untuk tidak terlalu mendekatinya secara fizikal langsung. Satu sentuhan sahaja mungkin akan menjadikan fikiran anda gila!
k. Alkitab berkata, “Jauhilah nafsu orang muda.” (2 Timotius
2:22) Jangan main-main dengan mereka. Adalah sentiasa lebih baik jika anda lebih berhati-hati daripada memulakannya supaya anda tidak terbakar!
l. Suruh mereka baca 2 Timotius 1:7 dan I Korintus 10:13. m. Tuhan mampu memberi anda penguasaan diri untuk
menahan godaan jika anda serius hendak mematuhi-Nya dan menjaga diri anda dan pasangan anda supaya tetap murni di hadapan Allah.
n. Putuskan terlebih dahulu di mana anda akan tentukan batas
dan kemudian berdoalah kepada-Nya untuk membantu anda jika anda bergumul ketika saat-saat seperti itu datang.
Doa
Galakkan mereka untuk menyerahkan perhubungan dan tubuh mereka kepada Tuhan, supaya Dia akan menjaga mereka agar tetap kudus dan menyenangkan di mata Tuhan. Beritahu mereka untuk berdoa agar Tuhan memberikan mereka hikmat dan bijaksana untuk mengelakkan diri daripada jatuh ke keadaan yang berkompromi, supaya mereka dapat bangkit menguasai godaan.
Panduan Pembimbing: Sesi 4