CABARAN DALAM MEMPERTAHANKAN STATUS “THE EMERGING ECONOMY”

6.0 CABARAN DALAM MEMPERTAHANKAN STATUS “THE EMERGING ECONOMY”

Dasar monetari dan fiskal yang diperkenalkan oleh presiden terdahulu Brazil seperti Fernando Henrique Cardoso menerusi “Real Plan” dan Lula da Silva secara positifnya telah berjaya membawa Brazil ke suatu tahap ekonomi yang lebih baik bilamana Brazil berjaya meletakkan negara sebaris dengan kuasa- kuasa ekonomi yang lain seperti China dan India. Status “the emerging economy ” yang dirangkul ketika pentadbiran Lula da Silva dan pendekatan “countercyclical” dalam menghadapi krisis ekonomi global pada tahun 2008 menerusi peranan

negara sehingga menyebabkan Brazil diiktiraf sebagai antara negara yang mempunyai daya tahan yang kuat dalam menghadapi krisis telah menyediakan beberapa cabaran buat Brazil untuk terus berada dalam kelompok ekonomi terbaik dunia. Ironinya, meskipun matlamat akhir negara adalah bersangkut paut dalam hal ehwal ekonomi, namun cabaran yang perlu dihadapi oleh Brazil khususnya pasca pentadbira Lula da Silva secara keseluruhannya memerlukan penambahbaikan ataupun reformasi semula terhadap dasar yang melibatkan keselamatan insan. Cabaran yang dihadapi oleh Brazil dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu aspek ekonomi, sosial dan politik.

Dari sudut ekonomi, Brazil menghadapi dua cabaran utama. Pertama, Brazil menghadapi cabaran dari sudut bagaimana untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak pelabur asing melabur ke dalam Brazil sebagai salah satu sumber pertumbuhan GDP Brazil. Selepas Brazil berjaya memulihkan semula ekonomi pada tahun 2010, Brazil menunjukkan trend simpanan negara yang semakin menurun. Trend penurunan kadar simpanan di Brazil menurun daripada 19% daripada GDP pada tahun 2008 kepada 15% pada tahun 2012 disebabkan oleh pendekatan “countercyclical” yang digunakan oleh Brazil dalam menghadapi krisis ekoran berlakunya perbelanjaan besar-besaran negara terhadap penggunaan (consumption), suntikan dana dan peningkatan kadar upah minimum. Kesannya, ia mewujudkan isu ketidakyakinan pelabur untuk melabur di dalam Brazil. Selain itu, cabaran

12 Lula da Silva mewakili parti pembangkang Brazil iaitu Worker’s Party (Alston et al. 2016: 22).

dalam berhadapan dengan FDI turut diburukkan lagi dengan kadar faedah yang tinggi, cukai yang tinggi dan kurangnya infrastruktur yang kondusif bagi menarik perhatian pelabur di Brazil (Reis 2014: 13-14). Meskipun Brazil telah merangka pelbagai projek infrastruktur menerusi PAC, namun hakikatnya banyak projek-projek seperti jaringan pengangkutan dan fasiliti perkapalan tergendala kerana kelemahan belanjawan dan pentadbiran (Amann & Baer 2012: 415). Malah, program-program besar yang dilakukan di Brazil seperti Piala Dunia pada tahun 2014 dan Sukan Olimpik pada Oktober 2016 sudah pasti telah membantutkan lagi inisiatif kerajaan untuk menambahbaik infrastruktur untuk pelaburan.

Selain itu, sistem percukaian dan peraturan ekonomi yang kompleks melibatkan pelaburan dan perniagaan turut menjadi cabaran terbesar Brazil untuk mengekalkan kelangsungan ekonomi yang berdaya saing. Sistem percukaian dan peraturan ekonomi yang kompleks dengan adanya kadar faedah dan cukai yang tinggi akhirnya membawa kepada peningkatan kos dalam menjalankan perniagaan di Brazil sehinggakan istilah “Brazil cost”

menjadi istilah popular bagi pelabur dan pengamal ekonomi di Brazil (Carrasco & Williams 2012: 112-113). Ketidakterbukaan Brazil untuk menerima pelabur daripada boleh dilihat menerusi statistik yang dikeluarkan oleh World Bank (2016f) yang mana pada tahun 2015, Brazil berada di tempat ke 121 bagi urusan menjalankan perniagaan dan seterusnya meningkat ke tangga 123 pada tahun 2016. Sementara itu, bagi tahap kemudahan untuk memulakan perniagaan pula, Brazil berada di kedudukan 174 dengan tempoh masa selama 119 hari diperlukan untuk memulakan proses perniagaan (World Bank 2016g). Justeru, sebagai sebuah negara yang sudah pastinya tidak mahu meninggalkan ekonominya mundur ke belakang, Brazil seharusnya mula merangsang pelaburan dan kebersaingan pasaran seluas-luasnya dengan mengurangkan kadar faedah dan cukai kepada suatu kadar yang releven bagi semua pihak serta menyediakan infrastruktur yang baik. Brazil seharusnya sudah mula melihat keperluan untuk menstrukturkan semula sistem percukaian dan peraturan ekonomi bagi meningkatkan pelaburan.

Kedua, cabaran yang dihadapi oleh Brazil dari sudut ekonomi turut memperlihatkan kebergantungan Brazil terhadap eksport komoditi seperti minyak mentah (crude oil), kacang soya, bijih besi dan gula dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi telah mengundang permasalahan yang begitu kritikal dalam konteks ekonomi Brazil. Dari sudut kewangan, komoditi eksport memberi tekanan kepada matawang Brazil kerana wujudnya kemasukan matawang asing melalui pelaburan dalam sektor komoditi dan wujudnya keperluan terhadap

“hard currency” dalam pembelian eksport (Carrasco & Williams 2012: 111). Di satu sudut “hard currency” dalam pembelian eksport (Carrasco & Williams 2012: 111). Di satu sudut

Menurut Casanova et al. (2015), Brazil merupakan rakan dagangan terpenting di China yang mengalami peningkatan eksport komoditi sepanjang tahun 2008 hingga tahun 2014 sebanyak 27%, menjadikan Brazil sebagai negara pengeksport kelima terbesar ke China selepas Venezuela. Justeru, situasi ini menyediakan dilema buat Brazil untuk berhadapan dengan kesan yang bakal disalurkan daripada rakan-rakan perdagangannya sehinggakan situasi yang dialami oleh Brazil wajar dilihat seb agai “...the mirage behind Brazil’s economic miracle ...” (McArdle 2014). Kebergantungan terhadap rakan perdagangan Brazil menyediakan cabaran buat Brazil dalam menilai sejauh manakah ekonomi Brazil bersikap matang dalam berhadapan dengan krisis ekonomi. Hubungan geografi Brazil yang berdekatan dengan AS sudah pasti tidak mampu menjarakkan Brazil daripada menerima kesan krisis. Bahkan, sebarang perubahan sistem mahupun peraturan yang dilaksanakan oleh AS sudah pasti akan memberi kesan kepada Brazil. Selain itu, kapasiti Brazil di dalam BRICS turut menjadi cabaran buat Brazil kerana didominasi oleh dua kuasa besar ekonomi iaitu China dan India yang sememangnya merupakan rakan kebergantungan Brazil.

Dari sudut sosial pula, cabaran yang dihadapi oleh Brazil tertumpu kepada bagaimana untuk mencari titik kesamarataan dalam keselamatan insan masyarakat. Isu utama yang menjadi perdebatan dunia mengenai Brazil adalah ancaman ketidaksamarataan. Konsentrasi kawasan pemisahan ketidaksamarataan tertumpu kepada kawasan utara Brazil yang mana golongan miskin dan minoriti menjadi penghuni di kawasan favelas. Isu kemiskinan menjadi isu paling kritikal dalam membincangkan ketidaksamarataan di Brazil yang berpunca daripada pembahagian pendapatan yang tidak adil. Kemiskinan bukanlah semata-mata kerana masalah pendapatan sahaja, tetapi turut merangkumi masalah akses terhadap keperluan asas seperti elektirk dan air yang bersih. Bahkan, diskriminasi masyarakat miskin turut dilihat dari sudut pembiayaan kewangan menerusi pinjaman bank dan pekerjaan bilamana penduduk di kawasan Dari sudut sosial pula, cabaran yang dihadapi oleh Brazil tertumpu kepada bagaimana untuk mencari titik kesamarataan dalam keselamatan insan masyarakat. Isu utama yang menjadi perdebatan dunia mengenai Brazil adalah ancaman ketidaksamarataan. Konsentrasi kawasan pemisahan ketidaksamarataan tertumpu kepada kawasan utara Brazil yang mana golongan miskin dan minoriti menjadi penghuni di kawasan favelas. Isu kemiskinan menjadi isu paling kritikal dalam membincangkan ketidaksamarataan di Brazil yang berpunca daripada pembahagian pendapatan yang tidak adil. Kemiskinan bukanlah semata-mata kerana masalah pendapatan sahaja, tetapi turut merangkumi masalah akses terhadap keperluan asas seperti elektirk dan air yang bersih. Bahkan, diskriminasi masyarakat miskin turut dilihat dari sudut pembiayaan kewangan menerusi pinjaman bank dan pekerjaan bilamana penduduk di kawasan

Di samping cabaran keselamatan kesihatan, penduduk di kawasan utara Brazil turut mengalami ancaman keselamatan pendidikan. Pada tahun 2010, Brazil mencatatkan peratusan tertinggi di Amerika Latin iaitu sebanyak 18.7% bagi pelajar sekolah rendah yang mengulangi tahun persekolahan (Amann & Baer 2012: 421). Sementara itu, Brazil turut berhadapan untuk dengan cabaran untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kelemahan pendapatan golongan pertengahan dan mengekalkan pertumbuhan untuk jangka masa panjang menerusi pendidikan. Bagi mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan produktiviti, maka tumpuan Brazil seharusnya terletak kepada pembangunan sekolah berasaskan vokasional ataupun teknikal, berbanding sekolah akademik. Walaupun wujud sekolah teknikal di Brazil, namun peratusan kemasukan adalah begitu rendah iaitu sebanyak 14% berbanding 36% di Chile dan 27% di Colombia (Reis 2014: 13). Oleh itu, pembangunan sekolah teknikal sebenarnya merupakan suatu inisiatif yang wajar ditekankan oleh Brazil bagi membolehkan kemahiran kendiri dibina bagi menyiapkan individu untuk berhadapan dengan pekerjaan yang diminati pada masa hadapan berbanding keterpaksaan untuk mengikuti akademik yang tidak sesuai dengan kemahiran yang dimiliki.

Isu keselamatan insan telah cuba dikurangkan oleh kerajaan menerusi beberapa program sosial seperti Bolsa Familia yang mana keluarga diberikan bantuan kewangan setiap bulan untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta program pendidikan “Science Without Borders” yang bertujuan untuk menghantar 100,000

rakyat Brazil untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang sains tulen dan kejuruteraan dengan tujuan untuk mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan rakyat Brazil untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang sains tulen dan kejuruteraan dengan tujuan untuk mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan

Selain itu, cabaran Brazil dalam mempertahankan status “the emerging economy” turut terpalit dengan persoalan sejauh manakah tindakan institusional Brazil berupaya dalam

mengekang masalah jenayah rentas sempadan yang melibatkan dadah dan senjata api? Isu TOC bukanlah semata-mata berpunca daripada kemiskinan, tetapi hakikat yang harus diterima adalah ia merupakan isu alami (natural issue) yang sejak sekian lama berlaku kerana walaupun tiada kemiskinan sekali pun, keperluan individu terhadap dadah dan senjata api tetap wujud. Bahkan, TOC di Amerika Latin bukan sahaja melibatkan dadah dan senjata api sahaja, tetapi cakupan jenayah yang lain seperti penggubahan wang haram, pemerdagangan hamba seks dan jenayah siber turut menjadi polemik terbesar di Brazil dan Amerika Latin. Secara keseluruhannya pada tahun 2012, Brazil mencatatkan pendapatan “underground market” untuk aktiviti TOC sebanyak USD$350 juta yang mana ia merupakan pendapatan terbesar Brazil di Amerika Latin (Muggah & Diniz 2013: 4). Pendekatan Brazil dalam menangani TOC menerusi dasar “South American first” untuk berhadapan dengan isu penyeludupan dadah dan senjata api, penggubahan wang haram dan jenayah siber sebenarnya dilihat membebankan Brazil. Dari sudut geografi, Brazil dikelilingi sebanyak 10 buah negara jiran yang merangkumi lebih daripada 15,000 kilometer sempadan fizikal dan 7,000 kilometer persisiran pantai. Justeru, keluasan geografi Brazil membataskan kawalan dan pemantauan terhadap pergerakan individu di kawasan sempadan yang kompleks (Finlay & Forman 2014: 20).

Selain itu, sebagai sebuah kuasa ekonomi di Amerika Latin, Brazil berhadapan dengan dilema untuk menangani isu jenayah rentas sempadan secara komprehensif dan pada masa yang sama, Brazil perlu menjaga prospek pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Oleh sebab itu, Brazil sebenarnya masih lagi kekurangan struktur kerjasama keselamatan yang padu dalam konteks menguruskan keselamatan dan pertahanan secara kolektif meskipun Brazil telah menandatangani sebanyak 25 perjanjian bilateral dengan negara jiran, Eropah, Afrika dan Amerika Tengah serta Amerika Utara setakat tahun 2013 (Muggah & Diniz 2013: 19). Walaupun wujud kerjasama keselamatan antara negara, namun adakah setiap negara benar- benar komited terhadap usaha yang dijalankan? Sudah pasti wujud perbezaan usaha dan inisiatif oleh negara-negara terlibat dan hasil daripada kerjasama keselamatan turut menyediakan kesan yang tidak mungkin mampu mencapai tahap yang ditentukan atas faktor perbezaan kapasiti setiap negara dalam menangani isu TOC. Tambahan pula, penurunan perbelanjaan pertahanan Brazil semenjak tahun 2010 hingga tahun 2015 yang berada dalam lingkungan 1.35% daripada GDP setiap tahun (World Bank 2016h) menunjukkan isu TOC

masih lagi bukan keutamaan. 13 Pada masa yang sama, Brazil turut memiliki cabaran untuk berhadapan dengan AS dari sudut keyakinan AS terhadap Brazil sebagai pemimpin yang

berkebolehan untuk memerangi TOC kerana Brazil tidaklah dianggap sebagai “key centre of influcence ” berbanding China, India mahupun Rusia. Oleh itu, isu jenayah rentas sempadan

menjadi cabaran terbesar buat Brazil dalam mengekalkan status “the emerging economy” dan pengekalan keselamatan insan kerana ia berkait rapat dengan ekonomi dan kepentingan nasional negara.

Akhir sekali, cabaran politik yang dialami oleh Brazil lebih terjurus kepada bagaimana Brazil menangani isu rasuah dalam memacu pentadbiran negara agar dapat membawa ekonomi Brazil setapak lebih maju ke hadapan? Isu ketirisan merupakan isu yang paling berat di Brazil yang berlaku semenjak pemerintahan kediktatoran ketenteraan di Brazil sehinggalah ke hari ini. Meskipun Brazil sudah memasuki fasa pendemokrasian, namun kerencaman sistem politik kepartian menyediakan polemik dalam memerangi ketirisan di Brazil. Brazil mempunyai lebih daripada 20 parti politik yang bersaing sesama sendiri untuk melaksanakan kepentingan parti mahupun individu yang mana rasuah menjadi langkah “terbaik” dalam mencapai sesuatu matlamat. Namun begitu, disebalik pelbagai matlamat yang ingin dicapai, ekonomi Brazil begitu terkesan tindakan ketirisan yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan. Sebagai contoh, skandal rasuah yang melibatkan firma minyak yang dimiliki oleh kerajaan iaitu Petrobras dengan syarikat-syarikat pembinaan terbesar di Brazil telah menyebabkan berlakunya penurunan FDI di Brazil khususnya yang melibatkan industri gas dan minyak.

13 Rentetan bebanan kos pembinaan stadium Olimpik dan pengurusan acara Sukan Olimpik di Rio De Janeiro pada Ogos 2016, maka kerajaan telah mengurangkan bajet keselamatan pada tahun 2016 sebanyak USD$550 juta

(Healy 2016).

Kesannya, GDP Brazil mengecut sebanyak 3.8% pada tahun 2015, menjadikan ia sebagai penurunan terbesar sejak tahun 1990 (Kiernan & Jelmayer 2016). Walaupun skandal rasuah Petrobras bukanlah faktor tunggal pengecutan GDP Brazil pada tahun 2015, namun dapat ia menjadi justifikasi penting dalam merencanakan kesan rasuah ke atas ekonomi.

Selain itu, kes pendakwaan rasuah terbaru di Brazil yang melibatkan Dilma Rousseff kerana telah memanipulasi akaun kerajaan sehinggakan Rousseff dipecat daripada jawatan Presiden Brazil pada 1 September 2016 (BBC News 2016) memperlihatkan ketirisan dalam kalangan pemimpin masih lagi menjadi dilema buat Brazil dalam berhadapan dengan krisis rasuah. Bahkan, isu ketirisan dalam pembinaan pusat-pusat sukan Olimpik di Brazil sehingga

ke hari ini masih lagi menjadi permasalahan kompleks yang perlu ditangani oleh Brazil. 14 Justeru, rasuah menjadi polemik yang mungkin sukar untuk ditangani oleh Brazil meskipun

pelbagai usaha reformasi institusi dan pentadbiran yang telah dijalankan, dan Brazil perlu menekankan cabaran rasuah sebagai keutamaan dalam mencari penyelesaian yang baik bagi mempertahankan status “the emerging economy”.

7.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, krisis ekonomi global tahun 2008 telah memberian kesan sederhana

kepada keselamatan insan di Brazil. Meskipun wujudnya impak, perlu ditegaskan kembali bahawa krisis bukanlah faktor mutlak berlakunya “human insecurity” di Brazil kerana hakikatnya, tanpa adanya krisis, “human insecurity” tetap akan wujud. Pengaruh globalisasi yang begitu kuat sehingga aktiviti ekonomi global tidak lagi memerlukan peranan negara untuk turut serta dalam hal ehwal ekonomi telah menjadikan krisis ekonomi global 2008 sebagai krisis terburuk dalam sejarah dunia berbanding “the great depression” pada tahun 1930 dan krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998. Selain itu, disebabkan ketiadaan peranan negara sebagai pemain ekonomi yang te rbaik jugalah, maka krisis yang dicetuskan oleh isu “sub- prime ” di AS telah meletus menjadi krisis ekonomi global. Bertitik tolak daripada situasi tersebut, maka Brazil turut terkesan dalam menerima impak krisis. Bermula daripada kesan ke atas ekonomi negara, krisis kemudiannya semakin merebak kepada isu keselamatan insan yang melibatkan pekerjaan dan buruh (pekerja). Ekoran berlakunya peningkatan kadar pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan, maka Brazil terpalit dalam isu alami (natural issue) yang sejak sekian lama membelenggu Brazil iaitu kemiskinan. Walau

14 Carlos Lima iaitu pendakwa raya bagi skandal rasuah berkenaan dengan pembinaan pusat-pusat sukan Olimpik mendedahkan bahawa terdapat banyak projek Olimpik yang terlibat dalam rasuah telah pun menjadi siasatan

utama pihak pendakwa raya semenjak tahun 2014 (Stauffer 2016).

bagaimanapun, krisis ekonomi bukanlah faktor mutlak berlakunya masalah kemiskinan di Brazil, tetapi ia sebagai katalis kepada masalah kemiskinan sedia ada. Wajar dikatakan bahawa pengamalan budaya ketidaksamarataan dari sudut upah, pekerjaan, pemilikan, pendidikan, warna kulit dan status menjadi pendorong utama kepada masalah kemiskinan. Justeru, isu kemiskinan tidak hanya bergerak secara tunggal kerana sudah pasti wujud polemik berkesinambungan iaitu isu kesihatan, pendidikan, jenayah rentas sempadan dan bahkan isu politik.

Meskipun terpalit dengan pelbagai isu tabu, krisis ekonomi global tahun 2008 sebenarnya telah menonjolkan kekuatan Brazil sebagai salah satu ekonomi terkuat dunia bilamana Brazil berjaya membuktikan sifat daya tahan ekonomi ke atas krisis. Sifat daya tahan tersebut sudah semestinya meletakkan peranan negara sebagai sumber kekuatan ekonomi. Menerusi pengaplikasian teori Keynes, maka pentadbiran Lula da Silva dilihat telah menggerakkan dasar struktural makroekonomi dengan menekankan pendekatan monetari dan fiskal secara “countercyclical” bagi menghadapi krisis. Tinjauan ke atas peranan negara dalam menghadapi krisis mendapati selain daripada pelaksanaan dasar monetari, Brazil sebenarnya amat menekankan dasar kebajikan sosial yang berusaha untuk mengeluarkan masyarakat daripada terhimpit dengan kemiskinan, kelaparan, kekurangan infrastruktur, isu pendidikan, kesihatan, masalah TOC yang melibatkan dadah, senjata api, pemerdagangan hamba seks dan jenayah siber. Kesannya, pertumbuhan ekonomi Brazil kembali pulih seawal tahun 2010 berbanding ekonomi AS yang hanya pulih sepenuhnya pada tahun 2011 dengan impak krisis dapat dirasai sehingga ke hari ini apabila AS masih lagi bertarung untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Pengaplikasian dasar monetari dan fiskal yang dipandu oleh negara telah membuktikan bahawa walau sebanyak mana pun campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi, ia sebenarnya tidaklah menjadikan situasi negara bertambah buruk. Bahkan, dalam pelbagai keadaan sekali pun, peranan negara masih lagi relevan, pada hakikatnya.

Walau bagaimanapun, setiap hal yang dilakukan oleh negara, pasti memiliki “kesan pasca” yang tersendiri. Pada hari ini, Brazil menghadapi penurunan pertumbuhan GDP disebabkan oleh beberapa isu yang signifikan misalnya seperti krisis hutang negara akibat pembinaan pusat-pusat sukan bagi tujuan Sukan Olimpik yang telah diadakan pada Ogos 2016 yang lepas, krisis ketirisan dalam dalam sektor kerajaan dan swasta terutamanya melibatkan pemimpin tertinggi iaitu Dilma Rousseff, wabak penyakit virus Zika, isu TOC yang semakin membimbangkan dan pelbagai lagi isu yang penting. Malah, disebabkan oleh dasar

“countercyclical” yang diamalkan oleh Brazil ketika krisis yang mana Brazil telah membelanjakan berbilion-bilion dana untuk tujuan pelaburan sosial dan pemulihan ekonomi, maka ia telah menyebabkan simpanan negara semakin berkurangan. Justeru, permasalahan inilah menjadi cabaran Brazil pada hari ini untuk terus membawa negara ke peringkat yang

lebih baik demi mengekalkan status “the emerging economy”. Dalam menghadapi cabaran- cabaran tersebut, negara tidak seharusnya dipersalahkan sepanjang masa sekiranya tidak mencapai tahap yang diinginkan kerana hakikatnya “...government knowlegde to be superior to that of the market place ...”.