KRISIS EKONOMI GLOBAL 2008 IMPAK KE ATAS

EKONOMI POLITIK (SKSJ 6043)

KRISIS EKONOMI GLOBAL 2008: IMPAK KE ATAS KESELAMATAN INSAN

BRAZIL NAMA: AMALIN SABIHA BINTI ISMAIL (P87324) PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SITY DAUD

1.0 PENGENALAN Krisis ekonomi global yang tercetus pada penghujung tahun 2007 dan memuncak pada tahun

2008 hingga tahun 2009 telah menyediakan kesan kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Jika krisis ekonomi global pada tahun 1930 dianggap sebagai “the great depression”, maka krisis

ekonomi global pada tahun 2008 dikenali sebagai “the great recession” yang mana kemelesetan ekonomi pasca perang ditandai dengan dua ciri utama. Menurut kajian yang dilakukan oleh Centre on Budget and Policy Priorities (2016), Gross Domestic Product (GDP) sesebuah negara akan menunjukkan penurunan mendadak berbanding kapasiti potensi ekonomi yang boleh dihasilkan oleh negara. Statistik membuktikan bahawa GDP global mengecil sebanyak dua peratus. Selain itu, wujudnya masalah pengangguran yang tidak dijangka bilamana pekerja sedia ada bukan sahaja diberhentikan, malah individu yang ingin memulakan kerja tidak mendapat peluang pekerjaan kerana kurangnya peluang pekerjaan. Kesannya, kadar pengangguran meningkat sehinggakan ia kekal meningkat untuk beberapa

tempoh selepas berlakunya kemelesetan ekonomi. 1 Justeru, kemelesetan ekonomi bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi negara sama ada ekonomi awam ataupun swasta, tetapi turut mempengaruhi keadaan sosio-ekonomi masyarakat yang begitu bergantung kepada ekonomi

negara. 2 Krisis ekonomi global pada tahun 2008 yang bermula di Amerika Syarikat (AS) telah

menular hampir ke seluruh dunia. Misalannya di negara Eropah seperti di Iceland, sistem kewangan negara hampir runtuh sepenuhnya sehinggakan Iceland terpaksa membuat pinjaman daripada negara-negara jiran dan International Monetary Fund (IMF) bagi menyelamatkan ekonomi negara. Begitu juga di Rusia yang mana kebanyakan pelabur asing menarik pelaburan keluar daripada Rusia hingga menyebabkan pertumbuhan ekonomi Rusia memburuk. Situasi yang sama juga berlaku di negara-negara Afrika terutamanya di Afrika Selatan yang mana pertumbuhan ekonomi mengalami kemerosotan akibat penurunan permintaan dalam sektor perlombongan dan industri. Malah, kebanyakan negara-negara di Afrika terpaksa mengurangkan bajet kesihatan terutamanya bajet untuk penyakit HIV kerana kurangnya bantuan asing yang disalurkan akibat daripada krisis (Shah 2013). Krisis ekonomi yang melanda Afrika ironinya, tidak seharusnya berlaku kerana kelemahan sedia ada integrasi Afrika dengan ekonomi global membolehkan Afrika untuk tidak menerima tempias yang begitu besar.

1 Jumlah pengangguran dunia meningkat daripada tahun 2007 sebanyak 178 juta individu kepada 205 juta individu pada tahun 2009 (United Nations 2011: iii)

2 Krisis ekonomi global telah menyebabkan anggaran seramai 47 juta hingga 84 juta individu terperangkap di dalam kemiskinan melampau (United Nations 2011: iii).

Tetapi hakikatnya, krisis ekonomi global tidak dapat tidak, pasti memberi kesan kepada semua pihak.

Selain daripada Eropah dan negara Afrika, Amerika Latin turut tidak terlepas terkesan daripada krisis ekonomi global. Sebelum berlakunya krisis, Amerika Latin dijangka sebagai negara sedang membangun yang akan mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk dari sudut pengurangan GDP dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Jangkaan ini telah dibuktikan pada peringkat awal krisis bilamana pertumbuhan ekonomi di Colombia, Mexico, Venezuela semakin perlahan manakala negara yang stabil ekonomi seperti Peru dan Brazil mula mengalami keadaan ekonomi yang sama pada penghujung tahun 2008 (Ocampo 2009: 705). Meskipun Brazil terkesan daripada krisis yang berlaku, namun Brazil yang merupakan negara ekonomi terkuat di blok Amerika Latin menjadi perhatian para penganalisis disebabkan oleh ketahanan Brazil ke atas impak krisis yang membolehkan Brazil memulihkan sepenuhnya ekonomi negara menjelang tahun 2010 berbanding AS yang hanya mula mencatatkan peningkatan GDP pada tahun 2011.

Literatur sejarah memperlihatkan bahawa kekayaan hasil tanaman Brazil iaitu tebu yang menghasilkan gula telah menarik perhatian Portugal untuk menjajah Brazil selama 322 tahun bermula dari tahun 1500 hingga tahun 1822. Kepentingan ekonomi Brazil kepada Portugal mula menunjukkan hasil pada abad ke-17 bilamana Brazil menjadi pengeksport terbesar gula di Eropah dengan menghasilkan sebanyak 9.87 juta kilogram gula setahun untuk dipasarkan kepada golongan elit di Eropah (Ebert 2008: 3). Selain daripada tanaman tebu yang menjadi kepentingan kepada Portugal, Brazil turut memiliki sumber mineral seperti emas dan permata yang mula diterokai sejak tahun 1690-an hingga 1720-an. Kejatuhan pengeluaran emas dan permata pada penghujug abad ke-18 telah menyebabkan Portugal beralih semula kepada sektor pertanian Brazil iaitu kopi, tebu dan kapas yang menjadi sumber eksport terbesar Brazil (Maddison 2001: 71-72). Kekayaan hasil bumi Brazil menjadikan Brazil sebagai antara pengeluar sektor pertanian terbesar di dunia selepas mendapat kemerdekaan pada 7 September 1822. Namun begitu, peralihan sumber ekonomi dunia pada hari ini telah menjadikan sektor pertanian sebagai sektor ketiga terbesar di Brazil dengan peratus GDP sebanyak 5.9% manakala sektor perkhidmatan mendominasi sebanyak 71.9% dan perindustrian sebanyak

22.2%. 3 Dari sudut kedudukan eksport dunia, Brazil berada di tempat ke-25 dengan jumlah eksport pada tahun 2015 sebanyak USD$190.1 bilion dengan kepentingan rakan eksport

3 Sektor industri di Brazil merangkumi industri tekstil, kimia, bijih timah, besi, pesawat dan pembuatan rangka kenderaan (Central Intelligence Agency 2016).

terbesar Brazil iaitu China (17.9%), AS (15.6%), Jerman (6.1%) dan Argentina (6%) (Central Intelligence Agency 2016).

Dari sudut politik, kemerdekaan Brazil selama 194 tahun (1822 hingga 2016) telah menyaksikan sebanyak empat kali siri peralihan sistem kerajaan yang bermula dengan sistem monarki pada tahun 1822. Memasuki tahun 1889, sistem pentadbiran Brazil beralih kepada pemerintahan kediktatoran dan seterusnya pada tahun 1964 Brazil dikuasai oleh kerajaan tentera. Selepas 21 tahun berada dibawah pemerintahan ketenteraan, Brazil kemudiannya memegang status pentadbiran demokrasi republik berpresiden bermula pada tahun 1986. Ketika pentadbiran Presiden Getulio Vargas pada tahun 1930 hingga 1945 dan tahun 1951 hingga 1954, Vargas telah memulakan dasar ekonomi terbuka tetapi peranan negara masih menjadi keutamaan (Carrasco & Williams 2012: 93). Seterusnya, rampasan kuasa oleh tentera pada tahun 1964 menyaksikan pendekatan “developmentalisme” telah digunakan sebagai

alternatif untuk menguruskan ekonomi negara. 4 Hasil daripada dasar pergantian eksport (export substitution policy) dan perindustrian yang dipacu oleh negara, Brazil telah menikmati

pertumbuhan ekonomi yang baik sepanjang tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an. Namun begitu, disebalik pendekatan “developmentalism” yang dijalankan, kawalan kerajaan semakin ketat ke atas hak-hak masyarakar untuk berpolitik, wujudnya pelbagai ancaman penyeksaan ke atas golongan yang bertentangan dengan kerajaan dan tapisan maklumat menjadi semakin dominan (Alston et al. 2016: 20).

Ketika pemerintahan Presiden Joao Figueiredo pada tahun 1979 hingga 1985, Brazil mengalami krisis hutang yang membebankan bilamana pelaksanaan dasar developmentalis yang dilakukan oleh rejim ketenteraan telah meningkatkan jumlah hutang asing Brazil sebanyak USD$100 juta. Bebanan hutang yang tinggi menyebabkan Brazil terpaksa meminta bantuan daripada IMF pada tahun 1983 sekali gus berjaya mengimbangkan defisit akaun Brazil. Namun begitu, kadar inflasi meningkat sebanyak 200% pada tahun 1983 dan kemudiannya melonjak naik kepada 600% pada tahun 1987 ekoran kegagalan “Cruzado Plan” untuk mengatasi masalah inflasi negara (Pereira 1999: 105). “Cruzado Plan” diperkenalkan ketika Brazil memasuki fasa peralihan sistem kerajaan berketenteraan kepada kerajaan demokrasi republik berpresiden yang di tadbir oleh Presiden Jose Sarney (1985 hingga 1990) dengan tujuan untuk menyasarkan kadar inflasi kepada kosong dan meningkatkan kadar upah

4 “Developmentalism” yang diamalkan oleh Brazil menumpukan kepada perancangan teknokratik secara atas ke bawah (top to down) dan juga wujudnya pakatan kerajaan bersama dengan komuniti perniagaan di dalam Brazil

mahupun di luar Brazil (Alston et al. 2016: 20).

sebenar (real wage) sebanyak lapan peratus. 5 Namun begitu, pelaksanaan “Cruzado Plan” dilihat lemah kerana ia bukan sahaja gagal untuk membasmi inflasi, tetapi turut membawa lebih banyak ketidakstabilan di dalam ekonomi negara (Pereira 1990: 7). Pemulihan ekonomi pasca krisis bermula pada tahun 1995 menerusi “Real Plan” sehinggalah kepada pentadbiran Presiden Lula da Silva pada tahun 2003 telah berjaya menjadikan Brazil sebagai sebuah “the emerging economy ” sebaris dengan India dan China serta tergolong di dalam kumpulan BRIC. Namun begitu, disebalik status “the emerging economy” yang dipegang oleh Brazil sejak tahun

2003, krisis ekonomi global yang tercetus pada tahun 2008 secara langsung telah memberi kesan kepada ekonomi dan keselamatan insan di Brazil.

Krisis ekonomi global yang terkesan ke atas Brazil telah menyediakan beberapa persoalan berbangkit untuk ditinjau. Pertama, sejauh manakah kesan ekonomi global memberi impak ke atas keselamatan insan di Brazil? Sekiranya wujud kesan signifikan, adakah krisis ekonomi global menyediakan justifikasi bahawa isu keselamatan insan di Brazil berpunca daripada krisis ataupun krisis sekadar menjadi tempelan yang memperkuatkan lagi isu keselamatan insan sedia ada di Brazil? Ketiga, sejauh manakah peranan negara berjaya mengurangkan impak krisis sedangkan sejarah telah membuktikan peranan kerajaan ketika pelaksanaan “Cruzado Plan” telah gagal untuk mengurangkan isu krisis pada tahun 1983 walaupun pada akhirnya peranan negara menerusi “Real Plan” berjaya menyelesaikan isu inflasi Brazil? Akhir sekali, apakah bentuk cabaran yang dihadapi oleh Brazil bagi

mempertahankan status “the emerging economy” disebalik turun naiknya pertumbuhan ekonomi Brazil pasca krisis global 2008 sehinggalah ke hari ini? Justeru, bagi merungkai

kesemua persoalan ini, penulisan ini akan meninjau teori Keynesian dan konsep keselamatan insan sebagai landas perbincangan isu. Pada bahagian seterusnya, penulisan ini menganalisis faktor berlakunya krisis ekonomi global yang berpunca daripada globalisasi dan kelemahan sistem ekonomi AS. Kemudian, penulisan ini akan melihat impak krisis ekonomi global ke atas keselamatan insan Brazil dengan dimulai dengan keselamatan ekonomi dan seterusnya membawa kepada keselamatan peribadi, makanan, kesihatan dan lain-lain bentuk keselamatan yang signifikan. Seterusnya, penulisan ini akan menganalisis keberhasilan peranan negara dalam menghadapi impak krisis dengan berpandukan rangka masa sebelum krisis dan ketika serta selepas krisis. Pada bahagian seterusnya, pemerhatian akan dibuat terhadap cabaran kontemporari keselamatan insan yang perlu dihadapi oleh Brazil bagi mempertahankan status

5 Dari sudut teknikalnya, “Cruzado Plan” dicedok daripada “Austral Plan” yang dilaksanakan di Argentina (Pereira 1990: 6).

“the emerging economy”. Akhir sekali, penulisan ini akan merumuskan secara padat hasil kajian yang telah dijalankan.

2.0 LANDASAN TEORITIKAL DAN KONSEPTUAL: TEORI KEYNESIAN DAN KONSEP KESELAMATAN INSAN

Keperluan untuk melihat hubung kait krisis ekonomi global dengan peranan negara dalam menangani krisis wajar difahami dari sudut teori Keneysian yang dipelopori oleh John Maynard Keynes. Teori Keynes diangkat menjadi teori popular yang secara komprehensif telah digunakan dalam menghadapi krisi kewangan dunia pada tahun 1930 yang dikenali sebagai “the great depression”. Rentetan daripada krisis tersebut, Keynes telah menekankan betapa pentingnya peranan negara dalam mengendalikan dasar monetari dan fiskal negara bagi memandu ekonomi negara keluar daripada krisis. Menurut Keynes (2008), negara perlu menunjukkan panduan yang berpengaruh dalam kecenderungannya untuk mengenakan pelbagai bentuk ekonomi seperti percukaian dan penetapan kadar faedah agar negara mempunyai kawalan khusus terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang selama ini telah diserahkan sebulat-bulatnya kepada kapitalisme yang menjadi tangan-tangan ghaib dalam aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun, kerjasama di antara kerajaan dan swasta adalah perlu bagi memastikan sosialisasi pelaburan dapat menjana kepada tahap pekerjaan yang baik (Keynes 2008: 346).

Perbincangan yang dilakukan oleh Cunha et al. (2011) mengenai teori Keynes dalam memerihalkan krisis ekonomi global yang melanda Brazil mengutarakan bahawa peranan negara dilihat penting bagi menjalankan dasar monetari dan fiskal untuk berhadapan dengan krisis kerana secara asasnya, pengetahuan negara mengenai masyarakat dan struktur negara lebih luas berbanding pengetahuan pasaran kapitalisme. Selain itu, keperluan campur tangan negara dalam ekonomi menyediakan suatu justifikasi bahawa negara dilihat sebagai entiti sosial yang mempunyai pelbagai maklumat mengenai masyarakat. Ketidakterbatasan negara dari sudut kekayaan maklumat mengenai masyarakat membolehkan negara merancang dan melaksanakan dasar yang terbaik bagi rakyat terbanyak berbanding peranan pasaran yang hanya memberi kelebihan kepada sesetengah ahli sahaja. Tambahan pula, negara dilihat sebagai penggubal undang-undang dominan yang berkompetensi untuk melindungi institusi ekonomi, politik dan sosial tanpa mengira pelbagai bentuk evolusi perbezaan sistem sosial. Justeru, berdasarkan kepada peranan negara, maka pada akhirnya nanti koordinasi aktiviti Perbincangan yang dilakukan oleh Cunha et al. (2011) mengenai teori Keynes dalam memerihalkan krisis ekonomi global yang melanda Brazil mengutarakan bahawa peranan negara dilihat penting bagi menjalankan dasar monetari dan fiskal untuk berhadapan dengan krisis kerana secara asasnya, pengetahuan negara mengenai masyarakat dan struktur negara lebih luas berbanding pengetahuan pasaran kapitalisme. Selain itu, keperluan campur tangan negara dalam ekonomi menyediakan suatu justifikasi bahawa negara dilihat sebagai entiti sosial yang mempunyai pelbagai maklumat mengenai masyarakat. Ketidakterbatasan negara dari sudut kekayaan maklumat mengenai masyarakat membolehkan negara merancang dan melaksanakan dasar yang terbaik bagi rakyat terbanyak berbanding peranan pasaran yang hanya memberi kelebihan kepada sesetengah ahli sahaja. Tambahan pula, negara dilihat sebagai penggubal undang-undang dominan yang berkompetensi untuk melindungi institusi ekonomi, politik dan sosial tanpa mengira pelbagai bentuk evolusi perbezaan sistem sosial. Justeru, berdasarkan kepada peranan negara, maka pada akhirnya nanti koordinasi aktiviti

Idea mengenai peranan kerajaan ketika krisis turut dikembangkan di dalam teori pasca Keynesian yang berhujah bahawa bahawa teori neoklasik gagal untuk melihat perkaitan di antara kewujudan kitaran makroekonomi dengan hutang peribadi (private debt). Menurut teori

neoklasik, hutang peribadi dianggap sebagai “pure redistribution” yang mana ia seharusnya tidak memiliki kesan signifikan makroekonomi. Namun begitu, teori pasca Keynesian membuktikan bahawa perubahan yang berlaku di dalam hutang berhubung kait dengan agregat permintaan dan agregat pendapatan. Kecenderungan untuk berlakunya hutang di dalam ekonomi kapitalis tanpa adanya campur tangan kerajaan akan mewujudnya peningkatan tahap hutang di dalam GDP negara sehinggakan ia mencetuskan krisis seperti yang pada tahun 1930 dan tahun 2008 (Keen 2015: 2). Oleh itu, Keynes menganjurkan bahawa negara perlu bergerak ke hadapan dalam merangka struktur makroekonomi menerusi dasar monetari dan fiskal bagi membolehkan negara bertahan daripada krisis. Walaupun krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998 telah membuktikan campur tangan sepenuhnya kerajaan dalam ekonomi telah mengakibatkan dunia mengalami keboborokan ekonomi yang menggusarkan, namun tidak dapat tidak, campur tangan negara masih lagi relevan di dalam dunia yang semakin bergerak dalam ruang lingkup globalisasi.

Krisis ekonomi global tidak boleh tidak, pasti memberi impak berpanjangan kepada keselamatan insan sesebuah negara. Tanpa tidak mengabaikan bahawa isu keselamatan insan bukanlah berlaku setelah tercetusnya krisis, tetapi ia menjadi isu yang semakin memburuk tatkala krisis melanda. Secara tradisionalnya, menurut Buzan (1991), keselamatan merupakan suatu konsep samar yang menarik perhatian dunia terhadap tindakan-tindakan ketenteraan yang bersifat tidak wajar. Keselamatan dilihat sebagai suatu bentuk kebebasan daripada ancaman dan keupayaan negara untuk mengekalkan identiti kewilayahan dan fungsi integriti negara daripada sebarang tekanan perubahan yang dianggap sebagai antagonistik. Istilah mempertahankan “kepentingan nasional” menjadi konotasi penting dalam memperjelaskan dan menjalankan sebarang bentuk pembuatan dasar khususnya ketika zaman perang dingin yang berlaku pada tahun 1947 hingga 1991. Bagi pendukung teori realis, kepentingan nasional sesebuah negara perlu digerakkan menerusi kuasa negara yang lazim diterjemahkan dalam bentuk ketenteraan (Shepherd 2013: 3). Namun begitu, pasca perang dingin memperlihatkan komuniti global memasuki fasa baru apabila mula membincangkan mengenai keselamatan yang bukan bersifat ketenteraan. Oleh itu, keselamatan insan dilihat mencabar idea Krisis ekonomi global tidak boleh tidak, pasti memberi impak berpanjangan kepada keselamatan insan sesebuah negara. Tanpa tidak mengabaikan bahawa isu keselamatan insan bukanlah berlaku setelah tercetusnya krisis, tetapi ia menjadi isu yang semakin memburuk tatkala krisis melanda. Secara tradisionalnya, menurut Buzan (1991), keselamatan merupakan suatu konsep samar yang menarik perhatian dunia terhadap tindakan-tindakan ketenteraan yang bersifat tidak wajar. Keselamatan dilihat sebagai suatu bentuk kebebasan daripada ancaman dan keupayaan negara untuk mengekalkan identiti kewilayahan dan fungsi integriti negara daripada sebarang tekanan perubahan yang dianggap sebagai antagonistik. Istilah mempertahankan “kepentingan nasional” menjadi konotasi penting dalam memperjelaskan dan menjalankan sebarang bentuk pembuatan dasar khususnya ketika zaman perang dingin yang berlaku pada tahun 1947 hingga 1991. Bagi pendukung teori realis, kepentingan nasional sesebuah negara perlu digerakkan menerusi kuasa negara yang lazim diterjemahkan dalam bentuk ketenteraan (Shepherd 2013: 3). Namun begitu, pasca perang dingin memperlihatkan komuniti global memasuki fasa baru apabila mula membincangkan mengenai keselamatan yang bukan bersifat ketenteraan. Oleh itu, keselamatan insan dilihat mencabar idea

keselamatan individu dapat menjadi langkah terbaik dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh komuniti antarabangsa daripada tekanan globalisasi?

Menurut United Nations Development Programme (1994), keselamatan insan terdiri daripada tujuh komponen penting iaitu keselamatan ekonomi, keselamatan makanan, keselamatan kesihatan, keselamatan persekitaran, keselamatan peribadi, keselamatan komuniti

dan keselamatan politik. 7 Kesemua skop keselamatan ini tidak hanya releven kepada golongan miskin sahaja tetapi turut merangkumi masyarakat atasan yang mana ia merupakan isu sebenar

yang semakin membimbangkan (United Nations Development Programme 1994: 3). Sementara itu, menurut Sity dan Zarina (2005), keselamatan insan lebih tertumpu pada untuk siapa keselamatan diwujudkan, hak-hak asasi manusia dan keadilan serta kebebasan. Kesemua aspek penting keselamatan insan membawa kepada kepelbagaian faktor ancaman seperti kebuluran, konflik etnik, pencemaran, perdagangan dadah, pendatang haram, situasi politik tidak stabil dan sebagainya. Memandangkan keselamatan insan bersifat rentas sempadan, maka ia turut diklasifikasikan sebagai isu yang bersifat sejagat di mana ia mempunyai dampak bukan sahaja kepada sesebuah negara tetapi di beberapa buah negara-negara lain (Sity & Zarina 2005: 189-190) sehinggakan sukar bagi negara-negara yang menerima kesan ancaman bagi tiap-tiap keselamatan insan untuk mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan ancaman secara bersama. Isu-isu keselamatan insan menjadi indikator amaran awal terhadap negara bagi membolehkan isu tersebut ditangani dengan sewajarnya sehinggakan keselamatan insan sebenarnya dilihat sebagai suatu tuntutan ke arah pembentukan dasar untuk integrasi sosial (Shinoda 2004: 11).

6 Isu mengenai keselamatan insan menjadi lebih menonjol selepas berakhirnya perang dingin kerana dua sebab. Pertama, wujudnya peningkatan perang sivil dan konflik dalaman negara yang melibatkan jumlah kematian yang

tinggi, penghapusan etnik, pembuangan individu di sempadan-sempadan negara dan penularan wabak-wabak penyakit. Sebab kedua dianggap sebagai paling signifikan yang mana komuniti global mula menyebarkan pendemokrasian yang menekankan kepada hak-hak asasi manusia dan campur tangan kemanusiaan terhadap konflik-konflik kemanusiaan berbangkit (Acharya 2007: 493-494).

7 Keselamatan ekonomi bertujuan untuk memastikan wujudnya pendapatan asas individu manakala keselamatan makanan memastikan akses ekonomi dan fizikal terhadap makanan asas. Keselamatan kesihatan berusaha untuk

menjamin perlindungan minimum daripada penyakit dan gaya hidup tidak sihat, sementara itu keselamatan persekitaran bertujuan melindungi masyarakat ancaman semula jadi buatan manusia. Keselamatan peribadi berperanan melindungi masyarakat daripada kekerasan fizikal, kekerasan individu dan pencabulan domestik manakala keselamatan komuniti melindungi masyarakat daripada terhakisnya nilai dan hubungan tradisional dan kekerasan etnik serta akhir sekali adalah keselamatan politik bertujuan memastikan individu hidup dalam masyarakat yang terjamin hak asasinya, kebebasan individu dan kumpulan daripada kawalan kerajaan (United Nations Development Programme 1994: 25-33).

Memasuki fasa globalisasi pada abad ke-21, fokus keselamatan insan bukan lagi tertakluk semata-mata kepada tujuh konsep yang diutarakan oleh Human Development Report pada tahun 1994. Tetapi hakikatnya cabaran yang lebih besar dihadapi pada hari ini bersandarkan kepada keselamatan siber yang meletakkan kebolehan untuk mengawal maklumat, idea dan kepercayaan menerusi jaringan komunikasi, pengkalan data serta sumber- sumber maklumat sebagai suatu alternatif kepada keselamatan yang terjamin (Collins 2016: 9). Namun begitu, pandangan yang diberikan oleh Masys (2016) menyediakan suatu kebimbangan terhadap keselamatan siber bilamana laman jaringan sosial (social network site) menjadi alternatif komunikasi yang membolehkan terorisme, radikalisme dan ekstrimisme keganasan berlaku dengan mudah kerana penyaluran maklumat yang luas tanpa sempadan.

Penerimaan negara terhadap globalisasi telah mendorong kepada berlakunya hubungan pelbagai hala negara dan pasaran tanpa sempadan sehinggakan perbincangan mengenai pembangunan lazim merujuk kepada pertumbuhan ekonomi tanpa melihat kepada pembangunan insan. Pembangunan insan memberi fokus kepada pembentukan keupayaan individu untuk berhadapan dan menangani masalah kemiskinan, buta huruf, penyakit, diskriminasi, halangan terhadap kebebasan berpolitik dan ancaman terhadap konflik keganasan (Acharya 2007: 492). Kesemua isu-isu tersebut ironinya merupakan hasil daripada faktor penjajahan akibat kapitalisme dan perlumbaan pasaran untuk mencapai pertumbuhan ekonomi. Keperluan untuk menilai pembangunan insan sebagai “vital core” dalam keselamatan insan telah menyebabkan wujudnya Human Development Index (HDI) yang menjadi indikator dalam mengukur tahap-tahap pembangunan insan di sesebuah negara. HDI bukan sahaja mengukur tahap kesihatan, pendidikan dan pendapatan, tetapi turut memberi fokus kepada kebebasan dan pilihan individu. Dalam erti kata lain, pembangunan insan adalah suatu proses untuk meluaskan pilihan-pilihan individu melalui pelebaran keupayaan dan fungsi manusia dalam memenuhi kesemua elemen keselamatan insan (Alkire 2003: 35). Pada hari ini, individu, komuniti, negara dan wilayah dilihat semakin terperangkap di dalam jaringan keselamatan insan yang memiliki pelbagai kontradiksi yang tidak berkesudahan. Tanpa tidak menafikan pengaruh globalisasi, perbahasan mengenai keselamatan tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada isu keselamatan nasional, tetapi perlu mengambil kira nilai, norma dan jangkaan yang sepatutnya bagi mempengaruhi pilihan dan hasil keselamatan insan.

3.0 KRISIS EKONOMI GLOBAL 2008: ANALISIS FAKTOR Pemerihalan mengenai faktor krisis ekonomi global yang berlaku pada tahun 2008, tidak dapat

tidak, pasti menjurus kepada perbincangan globalisasi. Sebelum berlakunya kemuncak krisis pada tahun 2008, data yang dikeluarkan oleh World Bank (2016) menunjukkan bahawa pertumbuhan tahunan GDP dunia pada tahun 2002 hingga tahun 2007 adalah di antara 3.8% hinga 4.5% yang mana ia merupakan antara pertumbuhan ekonomi yang baik selepas Krisis Ekonomi Global yang berlaku pada tahun 1999 hingga 2001. Sementara itu, kadar inflasi dunia menunjukkan peratusan positif di antara 3.4% hingga 5.6% sepanjang tahun 2002 hingga 2007 (World Bank 2016b). Pertumbuhan positif yang dicatatkan sebelum berlakunya krisis memberi pemahaman bahawa dunia sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang mapan, kadar inflasi yang rendah dan sistem monetari yang stabil dengan adanya globalisasi. Kestabilan ekonomi dunia digerakkan oleh faktor globalisasi yang tidak memiliki campur tangan negara dalam mengaturcarakan aktiviti ekonomi. Kewujudan globalisasi dan integrasi ekonomi antarabangsa dalam hubungan kewangan dan perdagangan global telah membuka kepada ruang ekonomi yang lebih besar sehingga ia merancakkan perdagangan negara miskin dan sederhana serta menggalakkan pertumbuhan produktiviti bagi membantu meningkatkan pendapatan dan perbelanjaan negara. Oleh itu, para pembuat dasar beranggapan bahawa tiada lagi keperluan untuk membuat sebarang dasar industri, pelaburan ataupun teknologi kerana wujud kecenderungan terhadap liberalisasi perdagangan, kewangan, penswastaan dan deregulasi (United Nations 2011: 17).

Akibat daripada pergantungan terhadap globalisasi menerusi peranan tangan-tangan ghaib yang sekali gus meminggirkan peranan negara, maka dunia mengalami kebobrokan ekonomi bilamana wujudnya krisis ekonomi global disebabkan oleh faktor kegagalan dasar ekonomi dan kewangan di AS. Faktor globalisasi dalam pasaran kewangan menyebabkan modal dan hutang tidak lagi berada dalam pemerhatian institusi perundangan negara, bahkan, undang-undang sedia ada turut tidak berupaya melindungi risiko yang bakal dihadapi oleh pengamal aktiviti ekonomi. Krisis kewangan di AS tercetus bilamana institusi kewangan di AS mula memberikan akses kredit yang mudah kepada isi rumah sehinggakan hutang peribadi meningkat sebanyak 100%. Pemberian kredit diburukkan lagi apabila pihak bank membenarkan pinjaman diberikan kepada golongan “sub-prime” dalam urusan jual beli harta tanah seperti rumah tanpa melihat sejarah kredit “sub-prime” (Helleiner 2011: 70). Pada masa yang sama, bagi menggalakkan pembelian rumah untuk golongan “sub-prime” terutamanya selepas peristiwa terorisme pada 11 September 2001, maka institusi kewangan telah mula Akibat daripada pergantungan terhadap globalisasi menerusi peranan tangan-tangan ghaib yang sekali gus meminggirkan peranan negara, maka dunia mengalami kebobrokan ekonomi bilamana wujudnya krisis ekonomi global disebabkan oleh faktor kegagalan dasar ekonomi dan kewangan di AS. Faktor globalisasi dalam pasaran kewangan menyebabkan modal dan hutang tidak lagi berada dalam pemerhatian institusi perundangan negara, bahkan, undang-undang sedia ada turut tidak berupaya melindungi risiko yang bakal dihadapi oleh pengamal aktiviti ekonomi. Krisis kewangan di AS tercetus bilamana institusi kewangan di AS mula memberikan akses kredit yang mudah kepada isi rumah sehinggakan hutang peribadi meningkat sebanyak 100%. Pemberian kredit diburukkan lagi apabila pihak bank membenarkan pinjaman diberikan kepada golongan “sub-prime” dalam urusan jual beli harta tanah seperti rumah tanpa melihat sejarah kredit “sub-prime” (Helleiner 2011: 70). Pada masa yang sama, bagi menggalakkan pembelian rumah untuk golongan “sub-prime” terutamanya selepas peristiwa terorisme pada 11 September 2001, maka institusi kewangan telah mula

Situasi “house bubble” ini akhirnya membawa kepada krisis kewangan di AS sehinggakan pasaran saham AS jatuh menjunam dan beberapa syarikat gergasi diisytiharkan

bankrap. Misalnya, pada 15 September 2008, Lehman Brothers Bank diisytiharkan muflis kerana gagal untuk meminjam atau menjual aset toksinnya. Seterusnya firma insurans antarabangsa iaitu AIG turut mengalami impak krisis apabila terpaksa mengnasionalisasikan firma kepada kerajaan. Pada masa yang sama, saham syarikat Dow Jones Industrial Average jatuh mendadak daripada 14,165 mata pada Oktober 2007 kepada 6,547 mata pada Mac 2009 (Grusky et al. 2011: 5). Sementara itu, impak ke atas keselamatan insan AS juga jelas kelihatan bilamana sebanyak 138.1 juta pekerjaan gagal untuk diisi bermula pada Disember 2007 manakala sebanyak 129.6 juta pekerjaan tidak diisi setakat Februari 2010. Tambahan pula, kadar pengangguran meningkat daripada lima peratus kepada 10.4 peratus bagi tempoh yang sama (Grusky et al. 2011: 12).

Selain daripada fenomena krisis kewangan yang berlaku di AS, faktor lain yang mendorong berlakunya penyebaran krisis adalah disebabkan oleh wujudnya kejutan harga makanan dan minyak pada tahun 2007 sehingga menyebabkan gangguan ke atas dasar fiskal negara sedang membangun sehingga memaksa berjuta-juta rakyat tergolong dalam kemiskinan. Pada masa yang sama, kejutan harga makanan dan minyak turut berpunca daripada lonjakan permintaan daripada China dan India sehingga menyebabkan berlakunya inflasi yang tinggi (Verick & Islam 2010: 11). Cetusan faktor krisis yang berlaku telah menyebabkan krisis disalirkan kepada negara-negara lain menerusi dua cara. Menurut Gurtner (2010), krisis disalirkan menerusi aliran kewangan bilamana berlakunya keruntuhan tukaran saham (stock exchange) di pusat-pusat kewangan dunia misalnya di negara-negara BRICS. Selain itu, kekurangan dana akibat krisis menyebabkan bank global sukar memberi pinjaman kepada negara sedang membangun sekali gus memberi kesan buruk kepada negara untuk menghadapi krisis. Pada masa yang sama, negara-negara yang bergantung kepada aliran “remmittances” turut mengalami konflik seperti di Amerika Tengah antaranya Costa Rica, Panama, dan Guatemala serta di India bilamana aliran “remmittances” tidak berkembang kerana “host countries ” bertindak menghentikan pengambilan buruh asing, mengehadkan kuota pengambilan buruh asing dan menghantar pulang buruh sedia ada. Kedua, krisis disalirkan menerusi ruang perdagangan bilamana wujudnya kejatuhan permintaan produk dan Selain daripada fenomena krisis kewangan yang berlaku di AS, faktor lain yang mendorong berlakunya penyebaran krisis adalah disebabkan oleh wujudnya kejutan harga makanan dan minyak pada tahun 2007 sehingga menyebabkan gangguan ke atas dasar fiskal negara sedang membangun sehingga memaksa berjuta-juta rakyat tergolong dalam kemiskinan. Pada masa yang sama, kejutan harga makanan dan minyak turut berpunca daripada lonjakan permintaan daripada China dan India sehingga menyebabkan berlakunya inflasi yang tinggi (Verick & Islam 2010: 11). Cetusan faktor krisis yang berlaku telah menyebabkan krisis disalirkan kepada negara-negara lain menerusi dua cara. Menurut Gurtner (2010), krisis disalirkan menerusi aliran kewangan bilamana berlakunya keruntuhan tukaran saham (stock exchange) di pusat-pusat kewangan dunia misalnya di negara-negara BRICS. Selain itu, kekurangan dana akibat krisis menyebabkan bank global sukar memberi pinjaman kepada negara sedang membangun sekali gus memberi kesan buruk kepada negara untuk menghadapi krisis. Pada masa yang sama, negara-negara yang bergantung kepada aliran “remmittances” turut mengalami konflik seperti di Amerika Tengah antaranya Costa Rica, Panama, dan Guatemala serta di India bilamana aliran “remmittances” tidak berkembang kerana “host countries ” bertindak menghentikan pengambilan buruh asing, mengehadkan kuota pengambilan buruh asing dan menghantar pulang buruh sedia ada. Kedua, krisis disalirkan menerusi ruang perdagangan bilamana wujudnya kejatuhan permintaan produk dan

4.0 IMPAK KRISIS EKONOMI KEWANGAN 2008 KE ATAS KESELAMATAN INSAN BRAZIL

Tinjauan terhadap impak krisis ke atas keselamatan insan Brazil menunjukkan bahawa wujud kesan minima ke atas keselamatan insan di Brazil berikutan campur tangan kerajaan sebelum, ketika dan selepas menghadapi krisis. Walaupun wujud kesan minima, rentetan persejarahan membuktikan bahawa Brazil sudah lama berhadapan dengan isu keselamatan insan yang serius seperti kemiskinan, pendidikan, kesihatan, isu jenayah rentas sempadan yang melibatkan penyeludupan dadah serta senjata api. Namun begitu, penulisan ini berusaha untuk menjelaskan bahawa walaupun krisis ekonomi bukanlah faktor signifikan berlakunya isu keselamatan insan di Brazil, tetapi secara harfiahnya krisis ekonomi global mempunyai kaitan dengan keselamatan insan di Brazil bilamana berlakunya peningkatan kadar kemiskinan yang akhirnya menjejaskan tahap pendidikan dan kesihatan masyarakat. Tercetusnya krisis ekonomi global di AS telah memberi kesan kepada ekonomi Brazil sejak penghujung tahun 2008. Catatan daripada World Bank (2016c) menunjukkan bahawa Brazil mengalami dua kali penurunan kadar pertumbuhan GDP daripada 6.072% pada tahun 2007 kepada 5.094% pada tahun 2008 dan kemudiannya turutn kepada -0.13% pada tahun 2009. Menurut Filho (2011), penurunan GDP Brazil disebabkan berlakunya pengeluaran modal portfolio dan pelaburan langsung asing (FDI) oleh para pelabur daripada Brazil. Selain daripada pengeluaran FDI, wujud peningkatan “profit repatriarion” oleh para pelabur khususnya daripada Multi-National Companies (MNCs) dan Trans-National Companies (TNCs) yang mana pelabur membawa pulang keuntungan syarikat ke negara asal. Keadaan ini merugikan Brazil kerana hakikatnya, negara lebih banyak memerlukan sumber kewangan bagi menyuntik dana kepada sektor-sektor berkepentingan ketika berlakunya krisis.

Pada masa yang sama, kelemahan Brazil dalam menepis krisis ekonomi global adalah disebabkan wujudnya pergantungan yang begitu mendalam terhadap eksport komoditi. Data daripada World Bank (2016d) membuktikan bahawa eksport barangan dan perkhidmatan

Brazil berkurangan daripada tahun 2008 sebanyak 13.534% kepada 10.851% pada tahun 2009. Justeru, kejatuhan harga komoditi seperti minyak dan sumber bahan mentah seperti bijih besi, kacang soya dan gula akibat kurangnya permintaan khususnya daripada China dan India ketika krisis telah menyebabkan kurangnya pendapatan eksport Brazil (Kingston 2012). Pada masa yang sama, eksport terhadap negara maju seperti AS turut mengalami penurunan yang signifikan. Bahkan, kadar tukaran juga semakin tidak menentu kesan daripada kejatuhan kadar tukaran di AS. Selain itu, kejutan harga komoditi pada ketika krisis telah menyebabkan berlakunya peningkatan kadar inflasi (Filho 2011). Statistik daripada Trading Economics (2016) menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kadar inflasi daripada lima peratus pada tahun 2008 kepada enam peratus pada tahun 2009. Secara dasarnya, kesan krisis ke atas ekonomi Brazil tidaklah terlalu mendalam jika ingin dibandingkan dengan negara Amerika Latin yang lain khususnya Mexico meskipun dari sudut geografinya, Brazil terletak berhampiran dengan AS. Hal ini kerana, ketidakterbukaan dan hubungan yang sederhana dengan ekonomi AS menjadi penampan kepada impak krisis (Grosh et al. 2014: 50).

Rentetan daripada keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika krisis, maka ia telah menyediakan impak ke atas keselamatan insan di Brazil. Impak yang paling jelas terkesan kepada rakyat Brazil adalah dari sudut keselamatan ekonomi. Memandangkan Brazil bergantung sepenuhnya kepada eksport komoditi, maka penurunan eksport komoditi Brazil akibatnya kurangnya permintaan daripada luar telah menyebabkan wujudnya penurunan peluang pekerjaan sebanyak 755,000 berbanding 8.5 juta pekerjaan yang telah disediakan semenjak tahun 2003 (Yun-Lin et al. 2013: 11). Penurunan pekerjaan sebanyak 755,000 dilihat sebagai suatu penurunan yang kritikal kerana ia telah menyebabkan kadar pengangguran meningkat kepada 8.3% pada tahun 2009 jika dibandingkan sebanyak 7.1% pada tahun 2008 (The Global Economy 2016). Malah, disebabkan oleh penurunan eksport komoditi dan dirangsang oleh penurunan FDI di Brazil akibat daripada penarikan modal dan keuntungan TNC dan MNC daripada Brazil, maka sebanyak 400% pekerja tidak mahir telah dikurangkan. Pengurangan pekerja tidak mahir turut memberi kesan kepada peratusan pekerja mahir memandangkan sebanyak 100% pekerjaan telah dikurangkan. Keadaan ini menjadikan Brazil mengalami penurunan sebanyak 500% bagi keseluruhan pekerjaan mahir dan tidak mahir (Grosh et al. 2014: 172).

Peningkatan kadar penggangguran ketika krisis telah memberi kesan kepada tahap kemiskinan masyarakat Brazil yang sememangnya sudah sekian lama terperangkap di dalam isu kemiskinan khususnya di kawasan luar bandar. Catatan daripada World Bank (2016e)

menunjukkan bahawa trend kemiskinan di Brazil yang diukur mengikut standard nasional pada tahun 2008 hingga tahun 2009 adalah seramai 27 juta hingga 26 juta. Meskipun berlaku penurunan trend kemiskinan semenjak daripada tahun 2003, tetapi isu ketidaksamarataan masih lagi menjadi isu penting dalam hal ehwal keselamatan insan di Brazil bilamana penerimaan pembahagian pendapatan masih lagi didomonasi oleh golongan kaya sebanyak 58.9% pada tahun 2008 hingga 2009 berbanding golongan miskin dan sederhana yang hanya menerima sebanyak 41.7% pembahagian pendapatan (World Bank 2016e). Malah, ketika krisis melanda, Brazil mencatatkan peningkatan ketidaksamarataan pendapatan untuk golongan termiskin sebanyak 3.2% pada tahun 2009 (World Bank 2016e). Tumpuan kemiskinan masih lagi tertumpu di kawasan utara Brazil yang didiami oleh masyarakat Brazil berkulit hitam berbanding di kawasan selatan Brazil yang didominasi oleh masyarakat kulit putih. Kajian yang dijalankan oleh Gradin (2010) menunjukkan bahawa pendapatan purata yang diterima oleh orang kulit hitam Brazil adalah sebanyak $R5,535 berbanding sebanyak $R9,120 yang diterima oleh orang kulit putih. Jurang pembahagian pendapatan mengikut warna kulit dianggap sebagai diskriminasi kritikal yang dihadapi oleh Brazil walaupun trend kemiskinan mencatatkan penurunan.

Kemiskinan yang berlaku telah menyebabkan krisis kelaparan dan pendidikan turut menjadi polemik terbesar buat Brazil walaupun krisis ekonomi tidak semestinya menjadi pencetus kepada masalah keselamatan insan di Brazil. Kemiskinan yang dihadapi menyebabkan golongan kelas D dan E yang tertumpu di kawasan favelas di uatara Brazil tidak berkemampuan untuk mendapatkan akses makanan yang berkhasiat sehinggakan wujud masalah kesihatan yang meruncing akibat daripada malnutration. Rentetan daripada isu kemiskinan yang berbangkit khususnya daripada diskriminasi warna kulit di utara dan selatan Brazil, situasi ini telah mempamerkan perkembangan tidak positif terhadap keselamatan kesihatan di Brazil. Menurut Tellas (2013), perkhidmatan kesihatan awam di Brazil menunjukkan ketidaksamarataan terhadap akses kesihatan bilamana wujudnya diskriminsi terhadap orang kulit hitam, golongan minoriti dan golongan berpendapatan rendah. Malah, pekerjaan bidang profesional perubatan hanya tertumpu di kawasan selatan Brazil yang memiliki infrastruktur yang lebih baik dan kondusif telah menyebabkan darjah ketersampaian akses terhadap kesihatan oleh orang kulit hitam menjadi terhad. Oleh itu, masalah kelaparan dan kesihatan yang berbangkit daripada kemiskinan telah menyediakan suatu impak kepada krisis pendidikan. Menurut Sandoval (2012), kebanyakan pelajar di kawasan favelas tidak pernah menamatkan tahun persekolahan disebabkan oleh masalah kelaparan. Pada masa yang Kemiskinan yang berlaku telah menyebabkan krisis kelaparan dan pendidikan turut menjadi polemik terbesar buat Brazil walaupun krisis ekonomi tidak semestinya menjadi pencetus kepada masalah keselamatan insan di Brazil. Kemiskinan yang dihadapi menyebabkan golongan kelas D dan E yang tertumpu di kawasan favelas di uatara Brazil tidak berkemampuan untuk mendapatkan akses makanan yang berkhasiat sehinggakan wujud masalah kesihatan yang meruncing akibat daripada malnutration. Rentetan daripada isu kemiskinan yang berbangkit khususnya daripada diskriminasi warna kulit di utara dan selatan Brazil, situasi ini telah mempamerkan perkembangan tidak positif terhadap keselamatan kesihatan di Brazil. Menurut Tellas (2013), perkhidmatan kesihatan awam di Brazil menunjukkan ketidaksamarataan terhadap akses kesihatan bilamana wujudnya diskriminsi terhadap orang kulit hitam, golongan minoriti dan golongan berpendapatan rendah. Malah, pekerjaan bidang profesional perubatan hanya tertumpu di kawasan selatan Brazil yang memiliki infrastruktur yang lebih baik dan kondusif telah menyebabkan darjah ketersampaian akses terhadap kesihatan oleh orang kulit hitam menjadi terhad. Oleh itu, masalah kelaparan dan kesihatan yang berbangkit daripada kemiskinan telah menyediakan suatu impak kepada krisis pendidikan. Menurut Sandoval (2012), kebanyakan pelajar di kawasan favelas tidak pernah menamatkan tahun persekolahan disebabkan oleh masalah kelaparan. Pada masa yang

Pada masa yang sama, faktor kemiskinan turut mendorong kepada berlakunya suatu bentuk ketidakselamatan persekitaran, peribadi dan komuniti bilamana wujudnya aktiviti jenayah rentas sempadan yang sehingga ke hari ini masih menjadi cabaran bagi Brazil dalam menghadapi isu-isu keselamatan yang melibatkan dadah, geng dan senjata api. Ironinya, walaupun Brazil bukanlah negara miskin dan telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik di antara tahun 2003 hingga tahun 2007 serta disulami dengan peningkatan jumlah infrastruktur dan peluang pekerjaan ya ng banyak kerana status “the emerging economy”, namun masalah ketidaksamarataan dari sudut pendapatan dan isu diskriminasi yang dihadapi di kawasan favelas dilihat tidak selari dengan status Brazil sebagai sebuah negara ekonomi yang sedang meningkat naik. Miraglia (2016) membahaskan bahawa ketidaksamarataan yang berlaku di Brazil telah menyebabkan isu Transnational Organized Crime (TOC) semakin memburuk bilamana wujud penglibatan daripada masyarakat di kawasan favelas ke dalam TOC bagi mendapat akses kewangan. TOC di Brazil memperlihatkan bahawa pada tahun 2008, Brazil menjadi pusat transit penyeludupan dadah jenis kokain yang paling penting untuk dibawa ke Eropah melalui Afrika Barat dan Afrika Tengah bilamana sempadan Brazil telah didedahkan dengan sumber pengeluaran kokain terbesar di dunia iaitu Colombia, Peru dan Bolivia (United Nations Office on Drugs and Crime 2010: 98).

TOC dijalankan oleh tiga organisasi dadah terbesar dan berpengaruh di Brazil iaitu Primeiro Comando da Capital, Comando Vermelho dan Amigos dos Amigos yang sehingga ke hari ini masih lagi bergiat aktif. Selain daripada memberi impak keselamatan kepada negara, TOC turut terkesan ke atas keselamatan peribadi masyarakat bilamana organisasi terancang ini mengenakan kawalan ke atas wilayah yang dikuasai menerusi sistem perundangan tidak formal sehinggakan wujudnya pelbagai kes jenayah berat seperti pembunuhan dan rogol ke atas individu (Miraglia 2016: 6). Malah, pasaran gelap dadah dan senjata yang diuruskan oleh TOC telah mendorong kepada berlakunya masalah jenayah berat. Catatan daripada United Nations Office on Drugs and Crime (2010) pada tahun 2008 menunjukkan bahawa Brazil merupakan negara keenam terbesar di dunia yang memiliki penggunaan senjata api oleh individu iaitu seramai 15 juta pengguna. Aktiviti besar-besaran yang melibatkan dadah dan senjata api TOC dijalankan oleh tiga organisasi dadah terbesar dan berpengaruh di Brazil iaitu Primeiro Comando da Capital, Comando Vermelho dan Amigos dos Amigos yang sehingga ke hari ini masih lagi bergiat aktif. Selain daripada memberi impak keselamatan kepada negara, TOC turut terkesan ke atas keselamatan peribadi masyarakat bilamana organisasi terancang ini mengenakan kawalan ke atas wilayah yang dikuasai menerusi sistem perundangan tidak formal sehinggakan wujudnya pelbagai kes jenayah berat seperti pembunuhan dan rogol ke atas individu (Miraglia 2016: 6). Malah, pasaran gelap dadah dan senjata yang diuruskan oleh TOC telah mendorong kepada berlakunya masalah jenayah berat. Catatan daripada United Nations Office on Drugs and Crime (2010) pada tahun 2008 menunjukkan bahawa Brazil merupakan negara keenam terbesar di dunia yang memiliki penggunaan senjata api oleh individu iaitu seramai 15 juta pengguna. Aktiviti besar-besaran yang melibatkan dadah dan senjata api

5.0 ANALISIS PERANAN NEGARA DALAM MENGHADAPI KRISIS EKONOMI GLOBAL

Pengaplikasian teori Keynes yang menekankan kepada peranan negara dalam berhadapan dengan krisis menerusi dasar monetari dan fiskal dapat dilihat menerusi peranan Lula da Silva yang begitu komited menggerakkan kerajaan agar dapat menjadi penampan kepada krisis yang dihadapi. Disebalik keadaan ekonomi dunia lumpuh dan mengalami kesan negatif yang berpanjangan akibat krisis ekonomi global pada tahun 2008, Brazil dilihat bergerak berlawanan dengan norma krisis. Statistik daripada World Bank (2016c) membuktikan bahawa terdapat peningkatan GDP sebanyak 7.5% pada tahun 2010. Pemulihan ekonomi yang luar biasa selepas krisis memberikan justifikasi bahawa ekonomi Brazil mempunyai daya tahan yang kuat. Terdapat beberap faktor yang mendorong kepada daya tahan Brazil terhadap krisis. Pertama, Brazil bertindak dengan bijak untuk tidak menerima bantuan daripada IMF sejurus selepas terkesan daripada krisis sekali gus membolehkan Brazil mengolah dasar ekonominya sendiri untuk berhadapan dengan krisis (Cunha et al. 2011: 701).