meminjam dan membaca buku. Ada murid didapati langsung tidak memasuki PSS. Tambahan pula, pencapaian peperiksaan dalaman juga tidak
memberansangkan dari segi kualiti dan kauntiti di Ujian Siri 1, Peperiksaan Penggal Pertama dan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun 2014 Rujuk Lampiran:
Pencapaian murid. Daripada analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2014 didapati bahawa gred purata sekolah GPS adalah cuma 2.77 iaitu kebanyakan gred
terkumpul di bahagian C iaitu 2270. Sekolah mendapati, ini merupakan masalah utama yang perlu ditangani segera berdasarkan kepada sumbangsaran dengan
guru-guru dan post-mortem keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2014. Memandangkan keadaan fizikal PSS juga menyumbangkan kepada wujudnya
masalah ini, maka sekolah perlu berusaha untuk mengubahsuaikan keadaan fizikal PSS kepada satu suasana yang ceria dan kondusif dahulu agar menarik perhatian
murid supaya memasuki PSS.
2.1 JUSTIFIKASI
Untuk menarik minat pelajar, maka semua masalah yang berbincang di atas perlu diatasi dengan segera. Hasil dari pemantauan pihak pengurusan, laporan guru
bertugas dan aduan murid serta perbincangan pihak pengurusan, guru besar telah membuat keputusan untuk mengatasi masalah pusat sumber sekolah yang tidak
kondusi dan efektif sebagai keutamaan kerana faktor-faktor berikut :
Budaya membaca bermula di PSS kerana ini merupakan tempat meminjam dan membaca buku-buku.
Guru dan murid kurang mendapat bahan untuk keperluan kurikulum dan
ko-kurikulum.
Kurang mendapat bahan dan alatan yang diperlukan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran serta menyediakan kemudahan
untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
Tidak menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
2
Setelah dikenalpasti punca-punca masalah melalui kaedah Ishikawa, satu analisis telah dibuat bagi menentukan punca yang mana perlu dipilih untuk dilaksanakan.
Beberapa punca masalah telah dikenal pasti daripada analisis ini iaitu : 1. Didapati keadaan fizikal PSS tidak menarik perhatian murid untuk
memasuki. 2. Ketiadaan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk murid mengambil bahagian
dan menggunakan PSS. 3. Kaedah pengurusan PSS yang tidak sesuai dengan Sekolah jenis SKM.
4. Persekitaran PSS ynag kurang bersih dan kurang ceria. 5. Peralatan dan bahan-bahan PSS tidak tersusun rapi dan kurang diselenggara.
Hasil daripada analisis, punca masalah yang dipilih untuk diselesaikan adalah sistem pengurusan PSS yang tidak sesuai dengan SKM. Oleh itu keputusan telah
dibuat untuk memilih sistem pengurusan PSS yang tidak sesuai dengan SKM sebagai punca masalah.
2.2 MATLAMAT PROJEK JB
“Projek Jom Belajar” JB bermatlamat untuk menghasilkan PSS yang kondusif dan efektif serta mempunyai ciri-ciri yang kreatif untuk menarik minat membaca
murid.
2.3 OBJEKTIF PROJEK JB
Setelah projek ini dilaksanakan diharap perkara-perkara berikut akan tercapai : I.
PSS berada dalam keadaan kondusif dan efektif iaitu bersih, berlangsir, peralatan tersusun rapi dan suasana yang ceria.
II. Memupuk pelajar untuk membaca dan meningkatkan kosa kata.
III. Segala aktiviti PSS berlangsung dengan sistamatik dan membantu
pengajaran dan pembelajaran. IV.
Meningkatkan pembelajaran kendiri murid.
V. Meningkatkan peratus pencapaian dalam peperiksaan penggal
kedua kepada 83.33 iaitu bil lulus ialah 10 orang murid.
3
2.4 PEMILIHAN AKTIVITI PROJEK JB