Kedudukan Hukum Islam Ketika Penjajahan.

Apabila datangnya pengaruh British undang-undang Inggeris telah dimasukkan dan diterima di negeri-negeri melayu dengan dua kaedah. Pertama dengan kaedah perundangan melalui perundangan dan Kedua Pihak berkuasa British telah menasehati Raja-raja Melayu agar membuat beberapa undang-undang bertulis dan undang itu semua mengikut contoh undang-undang Inggeris secara langsung atau tidak. 10 Dalam berbagai perjanjian yang dibuat Raja Melayu dengan pihak Inggeris, telah dinyatakan bahwa Raja-Raja Melayu berseruju menerima semua nasehat Inggeris kecuali dalam hal ihwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Walaupun peruntukan tersebut diadakan namun Inggeris pada hakikatnya sama ada secara langsung maupun tidak langsung telah campur tangan dalam hal ehwal Islam serta pentadbirannya. Inggeris Juga telah memasukkan keputusan hakim ke negeri-negeri selat, negeri-negeri melayu dan negeri-negeri borneo dan akhirnya akta undang- undang sipil 1956, memperuntukkan bahwa jika tidak ada undang-undang bertulis yang berkenaan mahkamah hendaklah memakai common law England dan kaedah-kaedah ekuiti yang ditadbirkan di England. Undang-Undang Inggeris diperkenalkan secara rasmi dalam tahun 1937, ketika kedudukan Undang-Undang Inggeris bertambah kukuh kedudukan Undang-Undang Islam pula semakin tergoyah dan terpisah kerana mahkamah- 9 Ahmad mohammed Ibrahim, h. 41 10 Ibid, h.3 mahkamah di Malaysia tidak termasuk mahkamah syariah akan menjalankan Undang-Undang Inggeris Common law and Equity. 11 Sekalipun mahkamah syariah tidak termasuk dalam menjalankan Undang-undang Inggeris tetapi mahkamah syariah telah diperuntukkan dalam melaksanakan hukuman dalam kasus jinayah, dengan maksud apa-apa yang ada dibawah mahkamah syariah adalah yang telah ditetapkan perlembagaan. Wewenang mahkamah syariah menjatuhkan hukuman adalah tertakluk kepada peruntukan akta Parlemen, yaitu Akta Mahkamah Syariah Bidangkuasa Jinayah 1965 Pindaan 1984. Akta ini telah menyekat kebebasan dan kuasa negeri berkaitan dengan bidangkuasa jinayah Mahkamah Syariah. Akta ini memperuntukkan Dewan Undangan Negeri hanya boleh menggubal kesalahan jinayah syariah yang hukumannya tidak melebihi 3 tahun penjara, denda lima ribu ringgit RM 5000 bersamaan RP 13500000, dan enam kali cambukan 12 . Dalam hal yang demikian Dewan Undangan Negeri tidak boleh menggubal hukuman yang lebih dari yang dinyatakan di atas. Akibatnya undang-undang Islam sebetulnya tidak lagi menjadi undang-undang asas di Malaysia, dan tempatnya telah diambil alih oleh undang- undang Inggeris.

C. Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan

1. Islam dalam Perlembagaan. 11 Abd monir haji ya’kub. Perkembangan perundangan Islam. H. 66 12 Pasal 2 Akta No. 355 tentang Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965 yang diamandemen tahun 1984 Sumber utama undang-undang Islam ialah Al-Quran, hadis dan selain itu rujukan juga dibuat kepada kitab-kitab fikih 13 , dan undang-undang Islam dijadikan undang-undang asas dalam undang-undang negeri di Semenanjung Malaysia. 14 Undang-undang Islam ini ditadbirkan di peringkat negeri dan setiap negeri mempunyai enakmen mengenai pentadbiran undang-undang Islam di negeri itu. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahwa Islam adalah agama Persekutuan akan tetapi lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bagian Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan mengenai Agama Islam : 15 a. Peruntukan perlembagaan tentang agama Islam merupakan satu unsur tradisi dan perkembangan sejarahnya adalah sebagian dari perkembangan sejarah konsep pemerintahan beraja. b. Perkara tiga telah mengisytiharkan Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia c. Walau bagaimanapun agama lain masih boleh diamalkan dengan aman damai dalam mana-mana bagian persekutuan. d. Penerimaan Islam sebagai agama resmi persekutuan ini membolehkan kerajaan pusat atau kerajaan negeri menubuhkan, menyelenggara, dan membantu pertubuhan-pertubuhan Islam. Berbagai bantuan disediakan 13 Ahmmad Mohammed Ibrahim. Pentadbiran Undang-Undang Di Malaysia. H. 11 14 Mahyudin Hj Yahya. Islam Dan Pembangunan Negara. Penerbit University Kebangsaan, cet.1, h. 12 15 Shamsul Hamri Sulaiman. Perlembagaan Malaysia. Terbitan Marshall Cavendish Education Malaysia SDN BHD2006, Cet. 1 h. 39