Bagaimana menghapuskan Rasa Cinta pertama yang menghantui diri

Bagaimana menghapuskan Rasa Cinta pertama yang
menghantui diri?
Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.
Apatah lagi cinta pertama. Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha
mengatasinya. Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui
mimpi-mimpi.
Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?
Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa,
bahkan berasa mahu membunuh diri?
Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.
Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.
Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan
mengganggu aktiviti harian?
Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.
Abdullah bin Mas’ud menasihatkan, “Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau
lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”
Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya. Ini adalah
nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu
sehingga menjadi permainan syaitan.
Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga
menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.

Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan
keadaan sekeliling.
Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya.
Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.
.

Tidak lagi mahu diganggu bayangan wajahnya
Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada
kekurangannya.

Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu. Tidak perlu
disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.
Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya
supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu
yang menggunakan nama cinta.
Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan
jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.
Tuliskan diatas sehelai kertas..
Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas. Koyak
kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.

Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam. Kita melakukan begitu
supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan
supaya kita dapat segera melupakannya.
Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap
mimpi, dan mengganggu setiap langkah.
Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?

Melupakan Kebaikan si dia..
Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak
berterima kasih. Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.
Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh
bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya
untuk kita.
Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok
bandingnya.
Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya,
kita mengalami kekecewaan yang luar biasa. Seolah-olah hilang semuanya.
Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita. Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat
baik kepada kita.
Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang

sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.
Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa
daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.
Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar
melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.
Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini
mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.
Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah
hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang
tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit. Apa yang ada
hanya bayangan wajahnya.
Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya
daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita. Sudah
tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.
Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.
Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia
lakukan. Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan
kearah itu.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita
simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.
Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.
.

Jangan membatasi diri pada satu nama
Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita
cintai.
Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh
terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curicuri pandang.
Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu. Tetapi yang pasti, semua
ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau
tidak.
Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan. Semuanya perlu
dipersiapkan, termasuk persiapan mental.
Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu
menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang
terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih
untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.
Allah tidak pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.
Antaranya:


Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha
untuk bersikap wajar dan seimbang.



Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin?
Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri,
bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?
Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?
Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang

yang lemah lembut?
Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.
Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak
berharga di hadapan dia.
Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.
Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya. Ada
pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah
diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.
Jadikan masa silam sebagai kenangan. Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya.
Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.
Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan
mengoptimumkan potensi yang kita miliki.
Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.
Keeps your head up

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan
jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!
Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia,
pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.
Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)

Wanita muslimah jatuh Cinta?
Tiada
yang
pelik,
mereka
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

juga

adalah

manusia.

Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa
hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada.
Namun sebaliknya.
Ketika wanita muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar
akan cinta yang tidak lagi suci
Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan

hati yang mulai sakit.
Ketika wanita muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan,
tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.
Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati
yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal
baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi
memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha
mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka
itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika wanita muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan.
Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya.
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia.
Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata
penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu
tetap terarah hanya padaNya.
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian
ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi

ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya,
maka tidak akan boleh kalian bersatu.
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baikbaik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
Walaupun telah ramai yang wanita muslimah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut
dan rosak dalam cinta dunia.. :(