1.0 PENGENALAN
Bidang kesenian terutamanya tarian mempunyai nilai estetika yang tinggi. Ianya mampu memberikan satu saluran kepada para pelajar untuk merehatkan minda
secara sihat. Lenggang lenggok gemalai tarinya yang semakin dilupakan perlu diberi kesedaran kepada murid-murid prasekolah untuk kembali mengenali dan
mendalami bidang ini terutama tarian Zapin, Inang, Joget dan Asli agar tidak hanyut dengan aliran budaya barat. Ini merupakan satu usaha untuk memupuk nilai
warisan tarian tradisional agar terus berkembang.
2.0 MATLAMAT
Bertindak sebagai pemantapan dalam memulihara kesenian tarian warisan budaya. Fokus utama bagi mengadakan bengkel ini adalah bertujuan bagi memberi
kemudahan serta pengisian latihan kepada semua guru-guru prasekolah. Meningkatkan tentang nilai kesenian bangsa sebagai teras membentuk masyarakat
yang berbudaya.
3.0 OBJEKTIF.
3.1 Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak- kanak. Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial
3.2 Melahirkan murid-murid prasekolah yang berbakat dalam seni tari secara meluas dan terperinci sekaligus melahirkan murid-murid yang kreatif serta mencintai
budaya bangsa Melayu. 3.3 Memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani,
bertanggungjawab dan berketerampilan
4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN TARIAN RAMPAI TRADISIONAL
4.1 PESERTA
4.1.1 Penyertaaan terbuka kepada semua murid prasekolah KPM yang tidak melebihi umur 6 tahun.
4.1.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai oleh 8 orang 4.1.3 Peserta boleh terdiri samada lelaki sahaja, perempuan sahaja atau campuran
lelaki dan perempuan. 4.1.4 setiap peserta tarian tidak dibenarkan memakai pakaian yang berlainan
jantina. Seperti kanak-kanak perempuan memakai pakaian lelaki 2
4.2 PERSEMBAHAN
4.2.1 Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan sebuah tarian rampai tradisional.
4.2.2 Setiap persembahan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya
kombinasi 2 rentak berlainan secara berterusan contoh: zapin dan joget. 4.2.3 Persembahan pembukaan tarianovercher seperti silat di awal tarian tidak
dibenarkan dalam pertandingan ini
4.2.4 Setiap persembahan hendaklah diiringi oleh muzik instrumental tradisional vokal atau tanpa vokal dan digalak menggunakan
kepelbagaian bunga tarianragam dalam persembahan. 4.2.5 Muzik iringan yang digunakan hendaklah mengekalkan bunyi alatan
tradisional yang sebenar Contohnya seperti bunyi gong menggunakan bunyi dari
gong yang sebenar bukannya bunyi gong dari keyboard
4.3 MUZIK IRINGAN
4.3.1 Setiap persembahan hendaklah diiringi oleh muzik iringan, bersuara atau tanpa suara.
4.3.2 Muzik hendaklah disediakan dalam bentuk 2 salinan CDUSB dan salinan CDUSB tersebut hendaklah diserahkan kepada urusetia berkenaan bersama
borang pendaftaran semasa pendaftaran. 4.3.3 Peralatan muzik tambahan kompang, tamborin, dan gong tidak dibenarkan.
4.3 MASA
4.3.1 Tempoh masa persembahan adalah antara 6-8 minit. 4.3.2 Markah akan ditolak jika terkurang atau terlebih masa.
4.3.3 Masa hanya dikira sebaik sahaja peserta telah bersedia untuk membuat persembahan. muzik dimainkan
4.4. CORAK PERTANDINGAN
4.4.1 Berkonsepkan tarian rampai tradisional Asli, Inang, Joget dan zapin. 4.4.2 Keaslian seni tarian rampai tradisional mestilah tidak berbentuk kreasi ciptaan
sendiri dan kontemporari.diubah suai
3
4.5 PAKAIAN , AKSESORI DAN PROPS