PERUBAHAN NILAI YANG MERUGIKAN TAMADUN
Perubahan Nilai Yang Merugikan Tamadun Melayu
Oleh
Mohd. Affandi Hassan
Ketika menulis latihan ilmiahnya yang bertajuk “Pengarang‑pengarang
Melayu di Saingapura Selepas Perang Dunia II (1946‑1958)” (Bahasa, no. 7,
akhir 1965; hal. 3‑55), Ismail Hussein (kini Tan Sri Prof. Emeritus)
menunjukkan istilah “kesusasteraan” dan “sasterawan” tidak
terkenal/popular sehingga pertengahan (?) tahun 1950‑an. Beliau
menggunakan istilah “pengarang” untuk judul latihan ilmiahnya dan dalam
analisisnya. Apa yang disebut golongan tua yang menulis novel, cerita
pendek dan lain‑lain, tidak memanggil diri mereka “sasterawan”, tetapi
pengarang. Hanya penulis‑penulis muda seperti Keris Mas, A. Samad Ismail,
Usman Awang, Hamzah, MAS (Mohammed Ariff Singapura), dan lain‑lain
yang mendapat dan menerima pengaruh dari Indonesia, yang menganggap
diri mereka maju atau progresif, dengan bangga menggelar diri mereka
sebagai “sasterawan”, sebagai tanda terputusnya mereka dengan “golongan
tua” yang mereka anggap sudah ketinggalan zaman, bukan golongan
progresif. Maksud progresif itu ialah kecenderungan kepada faham sosialis,
atau golongan kiri, dalam politik dan kebudayaan, sedangkan golongan tua
lebih dekat kepada Islam. Maka apabila mereka menubuhkan Angkatan
Sasterawan 50 (seterusnya Asas 50), mereka dengan lantang meneriakkan
slogan “sastera untuk masyarakat”. Selepas Tanah Melayu merdeka 1957,
apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (yang ditubuhkan 1956 di Johor Bahru)
dipindahkan ke Kuala Lumpur, para sasterawan Asas 50 memainkan peranan
penting dalam perkembangan kesusasteraan Melayu baru. Mereka juga rapat
dengan ahli‑ahli politik UMNO, dan berjaya mempengaruhi ahli politik itu
untuk memberi hadiah “Pejuang Sastera” kepada sasterawan golongan kiri
dari kumpulan Asas 50. Dalam tahun 1981, Keris Mas, tokoh Asas 50 yang
terkenal sebagai penulis cerita pendek dan penulis esei sastera, dinobatkan
oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai Sasterawan Negara pertama. Selepas
itu berturut‑turut sasterawan Asas 50 atau yang bersimpati dengan mereka
diberi anugerah yang sama; terakhir ialah Anwar Ridhwan yang banyak
membantu dan membela golongan ini dalam tulisan‑tulisannya dan dalam
kuliah sasteranya di Jepun. Dengan terlantiknya Anwar Ridhwan sebagai
Sasterawan Negara ke‑10, maka berakhirlah pengaruh Asas 50. Bolehkah kita
membuat kesimpulan bahawa dengan kehadiran 10 orang Sasterawan
Negara ini istilah “kesusasteraan” dan “sasterawan” yang dipopularkan oleh
Asas 50 dan diterima untuk dirasmikan oleh Kerajaan Barisan Nasional akan
kekal dan tidak boleh dicabar lagi? Perkara ini akan dibincangkan kemudian.
1
Kemunculan istilah “kesusasteraan” dan “sasterawan” menandakan
berakhirnya tradisi persuratan yang kaya dalam tamadun Melayu. Malah
istilah “persuratan” itu sendiri tidak disukai dan dimomokkan sebagai
mencerminkan kemunduran, sedangkan “kesusasteraan” itu mencerminkan
kemajuan, sifat progresif para “sasterawan”. Bagi Asas 50, usaha mereka
yang pertama ialah menghapuskan tulisan Jawi, meskipun terdapat di antara
mereka yang menjadi editor akhbar dan majalah yang bertulisan Jawi.
Akhbar Warta (Bil. 58, bertarikh 6 April 1954) menggunakan tajuk berita yang
besar dan panjang untuk menarik perhatian orang Melayu tentang matlamat
sebenar Asas 50 dalam perjuangannya. Inilah tajuk berita itu: “Memorandum
Asas 50: Sebabnya Pertubuhan Mereka Menyokong KGMS (Kesatuan Guru‑
guru Melayu Singapura) Mencadangkan Rumi Menjadi Tulisan Rasmi
Melayu. Tulisan Jawi tidak ada hubungannya sama sekali dengan Agama
Islam. Bahasa Melayu Tidak Perlukan Tulisan Jawi. Orang Turki Telah
Menyingkirkan Tulisan Arab.” Menurut pandangan Asas 50, hanya dengan
tulisan Rumi saja “kesusasteraan” Melayu baru dapat dimajukan. Pada ketika
itu, pendirian Asas 50 amat mengejutkan orang Melayu, dengan itu akhbar
Warta menyiarkan sepenuhnya Memorandum Asas 50 untuk diteliti oleh
orang Melayu. Walaupun pendirian Asas 50 tentang bahasa Melayu dan
tulisan Jawi itu karut, bertentangan dengan fakta sejarah perkembangan
bahasa Melayu sendiri, namun dengan pendirian itu mereka telah
membuktikan kebenaran kesimpulan Prof. Syed Muhammad Naquib al‑Attas
dalam syarahan pengukuhannya di Universiti Kebangsaan Malaysia 1972
yang mengatakan, “Golongan pujangga dan penulis yang mensifatkan
dirinya mewakili sesuatu yang ‘baru’ dalam kesusasteraan Melayu‑Indonesia
sebenarnya terdiri dari orang‑orang yang tiada benar‑benar mendalami
kefahaman mengenai sifat‑sifat asasi kebudayaan Barat dan sifat‑sifat asasi
kebudayaannya sendiri; orang‑orang yang dari segi kebudayaan mewakili
masyarakat perpinggiran atau marginal society, yang kedudukannya dalam
kebudayaan itu tiada jelas, tiada mendalam. Penganut‑penganut golongan ini
pun mereka yang terkeliru, yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat
bandar, yang sungguh pun terpelajar sedikit cara Barat tetapi tiada benar‑
benar menyerapi kebudayaan Barat itu, mahupun kebudayaan sendiri, dan
dari itu nilai‑nilai kebudayaan yang terbayang dalam kesusasteraan ‘baru’ ini
sebenarnya nilai‑nilai yang dinilai oleh mereka yang keliru yang tiada dapat
membezakan yang benar dengan yang palsu”.
Kita lihat nanti bagaimana para pengasas Asas 50 membuktikan sekali lagi
kebenaran kesimpulan Prof. Syed Muhammad Naquib al‑Attas itu, dalam
tahun 1981, apabila mereka mewujudkan Sekretariat Anugerah Sastera
Negara, dengan Keris Mas muncul sebagai penerima gelaran “sasterawan
negara” yang pertama. Dengan tertubuhnya sekretariat itu dan terpilihnya
sasterawan negara dari kalangan mereka, maka kesusasteraan dan
2
sasterawan diberi kedudukan istimewa, dengan itu tidak saja meminggirkan
tulisan Jawi, tetapi juga meminggir dan mengetepikan persuratan Melayu
yang telah berjasa besar dalam membina dan mengembangkan bahasa
Melayu itu. Yang muncul dengan megah dan bergaya sekarang ialah para
sasterawan dan karya mereka yang diberi sanjungan tinggi, walaupun pada
hakikatnya mereka adalah dari kumpulan orang yang “keliru” seperti yang
ditegaskan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al‑Attas dalam syarahan
pengukuhannya. Adakah perubahan dari persuratan kepada kesusasteraan
memberi keuntungan kepada orang Melayu?
Dalam makalahnya, Prof. Madya Dr. Rahmah Ahmad Othman menjelaskan
bagaimana konsep al‑adab dalam persuratan Arab berubah makna, sehingga
disempitkan menjadi “kesusasteraan” dalam zaman moden. Persis inilah
yang terjadi dalam persuratan Melayu sendiri. Sekitar tahun 1920‑an hingga
1940‑an, majalah yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, terutama di
Kelantan, menggunakan istilah “al‑adib” untuk memperkenalkan seseorang
penulis, atau istilah pengarang yang sama maksudnya. Penggunaan istilah
“al‑adib” memperlihatkan kepekaan para editor majalah dan akhbar ketika
itu kepada tradisi penulisan dalam Islam yang berasaskan al‑adab itu.
Sebaliknya, ketika Asas 50 ditubuhkan, para pendukung pertubuhan itu tidak
lagi mengenal istilah itu, oleh itu dalam tulisan‑tulisan mereka tidak wujud
sama sekali kesedaran kepada wujudnya tradisi penulisan dalam Islam. Asas
50 mengambil contoh dan teladan dari Barat sepenuhnya, dengan itu
memutuskan sama sekali apa juga ikatan dengan warisan persuratan Melayu
yang berasaskan ilmu dan nilai‑nilai Islam. Apabila mereka memperkenalkan
sajak dan cerita pendek dalam karya‑karya mereka, mereka membebaskan
diri mereka daripada apa juga pengaruh Islam. Demikianlah akhirnya sebuah
novel Salina yang pada mulanya ditolak oleh juri peraduan kerana dianggap
bertentangan dengan nilai‑nilai Islam, menjadi karya besar setelah diiktiraf
oleh seorang sarjana Belanda sebagai sebuah karya bertaraf antarabangsa.
Maksudnya, sebagai sebuah karya yang tidak lagi bercorak Islam yang
dianggap mundur dan menghalang kemajuan itu. Kini nilai‑nilai Islam yang
menjadi panduan dalam penilaian para juri itu disisihkan sepenuhnya,
dengan itu Salina muncul sebagai karya besar sastera Melayu moden dan
diletakkan sebagai sebuah karya unggul sehingga memungkinkan penulisnya
dilantik menjadi sasterawan negara. Demikian cepatnya perubahan nilai
berlaku dalam masyarakat Melayu: sesuatu yang mereka tolak pada
mulanya, mereka terima dengan bangga setelah diiktiraf oleh sarjana Barat,
dan mereka dengan itu tidak lagi berasa janggal memisahkan diri mereka
dengan tradisi persuratan Melayu yang berasaskan nilai‑nilai Islam itu.
Dalam penilaian mereka terhadap karya itu, mereka memakai nilai‑nilai
sastera Barat sepenuhnya, seperti yang ditunjukkan oleh Panel Anugerah
Sastera Negara dalam Laporan 1985.
3