Masalah Perdagangan Anak di Indonesia
MASALAH PERDAGANGAN ANAK: KAJIAN KES TENTANG
PEMAHAMAN PEGAWAI KERAJAAN, MASYARAKAT DAN
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN SERTA POLA PERDAGANGAN
ANAK DI KOTA MEDAN, INDONESIA1
Adi Fahrudin, PhD2
Nurani Kusnadi, MSc
Sekolah Tinggi Kesejahteraan Sosial Bandung
Departemen Sosial Republik Indonesia
Nurolhuda Sarnon@Kusenin
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Kertas kerja ini mengupas isu child trafficking yang berkaitan dengan pola
perdagangan anak di Indonesia. Kaedah kualitatif digunakan bagi tujuan
mengetahui sejauhmana pengetahuan pegawai kerajaan dan pemahaman
tokoh masyarakat mengenai situasi masalah perdagangan anak, peranan
yang dilakukan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dalam masalah
perdagangan anak. Pola dan kronologi anak menjadi mangsa child trafficking
termasuk proses rekruitmen, pemindahtanganan, eksploitasi dan proses
melepaskan diri juga dinyatakan dalam kertas kerja ini.
PENGENALAN
Dalam banyak isu berkaitan dengan perdagangan manusia (human trafficking)
isu perdagangan anak (child trafficiking) menempati isu sentral. Hal ini kerana
anak-anak merupakan aset dan modal masa depan keluarga, masyarakat dan
negara. Namun demikian, realiti hari ini menunjukkan sebahagian masa depan
mereka telah dimusnahkan oleh pelbagai sebab, terutamanya masalah
kemiskinan. Fenomena kemiskinan telah memaksa anak-anak bekerja untuk
memenuhi keperluan hidup mereka bahkan untuk menyara keluarga bahkan
keluarga bertindak menggadaikan anak-anak mereka bagi memenuhi keperluan
hidup sehari-hari. Banyak pihak telah memberikan perhatian yang serius
mengenai isu perdagangan anak (child trafficking ) seperti Perserikatan Bangsa1 Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan “Psikologi dan Masyarakat” Anjuran Pusat
Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 4-5 Oktober 2004.
2 Pertanyaan berkenaan kertas kerja ini dapat dialamatkan ke email : [email protected]
1
Bangsa, United Nations Childrens Fund (UNICEF), Organisasi International
untuk Migran dan End Child Prostitution In Asia Tourism (ECPAT). Meskipun
begitu kajian akademik mengenai konsep trafficking itu sendiri masih diwarnai
perdebatan kerana mengandungi pengertian yang amat luas. Terdapat beberapa
konsep yang saling berkait seperti trafficking in person, migrants smuggling dan
trafficking in children Bagaimanapun dalam penulisan ini, pengertian child
trafficking atau trafficking in children merujuk kepada suatu kegiatan yang
meliputi perekrutan (recruitment), pengangkutan (transportation), pengiriman
(transfer), pemberian perlindungan (harboring) atau penerimaan (receipt)
kepada kanak-kanak atau pemberian pembayaran atau keuntungan untuk
mendapatkan agen dari orang yang memiliki kuasa atas kanak-kanak. Kanakkanak dalam pengertian ini merujuk kepada individu yang berusia dibawah 18
tahun. Perdagangan seringkali digunakan untuk tujuan eskploitasi seksual
misalnya dalam bentuk pelacuran dan paedophilia, serta bekerja pada tempattempat yang kasar yang memberikan gaji rendah seperti di bidang pertanian,
perikanan, pembantu rumah tangga, pekerja restoran, tenaga penghibur,
perkahwinan kontrak, pornografi, pengedar dadah, buruh anak, pengemis
jalanan dan pelacur. Diakui secara luas, orang yang mengalami ancaman
(critical incident) dalam kehidupannya atau pengalaman traumatik lainnya
mempunyai risiko mengalami distres psikologikal. Anak-anak yang
diperdagangkan khususnya bagi tujuan eksploitasi seksual selalu mengalami
trauma. Trauma tersebut memberi pengaruh kepada emosi, fizik, kognitif dan
kesejahteraan mental anak.
Mangsa selalu diliputi perasaan tidak percaya dengan apa yang sedang mereka
alami. Mangsa menyesal, merasa tertipu, kecewa, dan sakit hati dengan pihak
yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada itu, mangsa merasakan yang diri
mereka tidak memahami bagaimana harus memulihkan keadaan. Mangsa pada
umumnya kebingungan dan merasa masa depan yang mereka idam-idamkan
telah musnah dan tiada harapan lagi. Dalam tempoh tersebut, mangsa biasanya
memerlukan bantuan perlindungan dan penempatan sementara yang lebih
selamat (shelter) (Adi Fahrudin et al., 2003).
Meskipun secara umum reaksi mangsa trafficking adalah sama iaitu trauma,
namun reaksi tersebut sebenarnya amat berbeza, bergantung kepada bentuk
perlakuan yang dialami oleh mangsa. Mangsa trafficking yang mengalami sexual
exploitation, kekerasan dan penyeksaan sangat berbeza jika dibandingkan
mangsa yang hanya dijadikan sebagai pekerja di bidang pertanian. Finkelhor
(1984) percaya mangsa eksploitasi seksual mengalami trauma psikologikal yang
mendalam dalam bentuk kehilangan harga diri dan ketidakmampuan
mengembangkan kepercayaan dalam hubungan intim dengan orang lain. Pada
mangsa eksploitasi seksual biasanya PTSD yang dialami adalah yang bersifat
akut dan penundaan. Majoriti mangsa eksploitasi seksual mengalami trauma
dan ketidakfungsian sosial yang parah serta kegagalan menggunakan
kemampuan bertindak (coping strategy) untuk mengatasi masalah mereka
(Edward & Adi Fahrudin, 2004). Finkelhor (1984) menyatakan dalam jangka
panjang mangsa sukar memelihara relasi jangka panjang yang pada akhirnya
menyumbang kepada angka perceraian. Banyak kajian terhadap orang dewasa
yang mempunyai masalah psikologikal menunjukkan adanya korelasi dengan
sejarah ekploitasi seksual pada masa kanak-kanak (Adi Fahrudin, 2004). Kajian
2
terhadap populasi bermasalah seperti penyalahguna NAPZA, juvenile
delinquency, runaway youth dan pelacur menunjukkan tingginya kuota individuindividu tersebut menjadi mangsa eksploitasi seksual semasa kanak-kanak
(Ferrara, 2002; Finkelhor, 1984). Oleh sebab itu jika mangsa tidak ditangani
secara serius maka akan memberi akibat buruk terhadap perkembangan dan
kesejahteraan mental mangsa. Perkara yang tidak kurang penting selain
intervensi psikososial terhadap mangsa adalah bagaimana tindakan pencegahan
dapat dilakukan. Oleh sebab itu peranan pemerintah dan masyarakat dalam
masalah perdagangan anak ini amatlah penting. Dari sudut peranan pemerintah
khususnya pegawai polis atau pegawai kebajikan di lapangan, perlu memiliki
pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan kes-kes child trafficking,
begitu juga dengan organisasi bukan kerajaan yang mana mereka perlu turut
memainkan peranan aktif dalam pencegahan, intervensi dan pemulihan
psikososial mangsa. Peranan tokoh-tokoh masyarakat dalam perkara ini juga
amat penting terutama semasa peringkat pencegahan. Manakala pemahaman
mengenai pola rekruitmen, pemindahan dan bentuk eksploitasi terhadap anak
yang diperdagangangkan juga sangat penting terutama untuk mencari model
pencegahan, tindakan dan pemulihan mangsa yang sesuai. Oleh sebab itu fokus
kajian ini ialah kepada pengetahuan mengenai masalah perdagangan anak yang
melibatkan komponen pemerintah, masyarakat dan juga pola perdagangan yang
menjadikan anak sebagai mangsa.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk memperoleh data kualitatif tentang:
1. Pengetahuan pegawai kebajikan dan pegawai bahagian pemmampuan
perempuan mengenai isu perdagangan anak.
2. Pemahaman tokoh masyarakat mengenai situasi masalah dan usaha
yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah perdagangan anak.
3. Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dalam masalah
perdagangan anak.
4. Pola dan kronologi anak menjadi mangsa child trafficking termasuk
proses rekruitmen, pemindahtanganan, eksploitasi dan proses
melepaskan diri.
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kualititatif. Informan kajian terdiri dari 2
orang pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai bahagian pemmampuan
perempuan Kota Medan, 4 orang pengurus NGO yang berkaitan kanak-kanak, 8
orang tokoh masyarakat dan 1 orang pegawai polis, serta 2 orang kanak-kanak
yang telah menjadi mangsa. Pengutipan data dilakukan dengan temubual
berstruktur dan Focus Group Discussion.
3
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Pemaparan dapatan kajian dibahagikan ke dalam 4 bahagian sesuai dengan
tujuan kajian di atas. Dapatan kajian tersebut adalah sebagai berikut:
Pengetahuan Petugas Mengenai Child trafficking
Secara umum, pengetahuan petugas mengenai child trafficking sangat terbatas
terutama yang berkaitan dengan punca masalah, proses dan akibat, daripada
child trafficking itu sendiri. Bagaimanapun setelah dijelaskan pengertian dan
bentuk child trafficking, mereka baru menyedari bahawa tugas yang mereka
lakukan selama ini adalh berkaitan dengan menangani child trafficking seperti
masalah anak yang dilacurkan, anak yang berkerja di bidang perikanan, dan
anak yang bekerja dalam situasi terburuk. Tidak ada penjelasan secara
terperinci mengenai nama program dan jenis kegiatan untuk menangani
masalah child trafficking ini. Secara umum informan hanya mengatakan
kegiatan kempen tentang perlindungan kanak-kanak dijalankan di setiap
kawasan (sub district) dan daerah (district). Lembaga yang biasa bekerjasama
dalam pelaksanaan tugas mereka antara lain ialah Ruangan Pelayanan Khusus
(RPK) Bahagian Reserse dan Kriminal, Pejabat Polis Kota Medan, Pasukan
Perlindungan Anak Indonesia (PPAI), badan bukan kerajaan dan rumah singgah
(shelter) yang ada di Kota Medan. Antara bentuk kerjasama yang dijalankan
ialah kempen dan penerangan, tenaga instruktur, khidmat rujukan dan
perkhidmatan lanjutan (follow-up). Tiada penjelasan secara terperinci mengenai
hasil yang diperoleh daripada usaha menangani masalah child trafficking.
Informan hanya menyatakan bahawa mereka memperoleh pengetahuan
daripada mengendalikan kes-kes berkaitan masalah perlindungan kanak-kanak.
Rintangan yang dialami secara umum adalah masalah koordinasi, masa dan
tiada peruntukkan khusus yang diperuntukkan dalam menangani masalah
child trafficking. Usaha untuk mengatasi masalah rintangan yang dialami
adalah mesyuarat koordinasi perlindungan anak dengan jabatan berkaitan, dan
merujuk kepada NGO yang memberi perhatian khusus terhadap child trafficking
. Sehingga ke hari ini, melainkan Kitab Undang-Undang Pidana (KUHP), belum
ada lagi Undang-Undang atau Peraturan Daerah yang dijadikan dasar
menangani masalah child trafficking. Bagaimanapun, Rancangan Peraturan
Daerah (RANPERDA) berkaitan dengan masalah Perlindungan Kanak-Kanak
sudah dibahas di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Propinsi Sumatera
Utara dan tinggal menunggu pengesahan.
Pemahaman Tokoh Masyarakat Mengenai Child trafficking
Bahagian ini memaparkan hasil Focus Group Discussion yang melibatkan tokohtokoh masyarakat dan relawan sosial masyarakat (community social volunteers).
Berikut hasil-hasil FGD iaitu:
a. Masalah Child trafficking
Secara umum, Sumatera Utara merupakan antara kawasan yang tertinggi
dalam masalah child trafficking . Kesulitan yang utama yang dihadapi adalah
ketiadaan data yang terperinci mengenai child trafficking , data yang ada lebih
kepada estimasi atau perkiraan saja. Ini disebabkan kerana belum adanya
persetujuan konsep mengenai apa yang dinamakan child trafficking itu
terutama yang dinyatakan secara tegas dalam UU Anti Perdagangan Orang
4
yang dikeluarkan oleh pemerintah. Bagaimanapun beberapa kes terjadi yang
dapat diaktegorikan sebagai child trafficking seperti anak yang bekerja di bidang
perikanan di Pantai Timur Perairan Sumatera Utara. Selain itu, child
trafficking difahami peserta FGD bukan hanya sexual exploitation tetapi juga
yang berkaitan PRTA, buruh kanak-kanak, dan seumpamanya. Menurut peserta
FGD, mangsa umumnya adalah orang miskin dan rata-rata mangsa dan
keluarganya tidak tahu bahawa mereka menjadi mangsa trafficking. Banyak
daerah di Sumatera Utara yang menjadi sumber perdagangan anak seperti
daerah berasaskan pertanian dan daerah pegunungan. Terdapat juga beberapa
kes yang ditemui merupakan anak yang bertindak sebagai trafficker kepada
pihak lain. Ada juga ditemui orang dalam pihak berkuasa yang terlibat sebagai
backing kepada trafficker sehingga menyukarkan lagi situasi child trafficking
ini.
Karakteristik Sosio-Budaya Mangsa
Seluruh peserta FGD menyimpulkan bahwa faktor kemiskinan merupakan
penyebab timbulnya child trafficking. Amat sukar menarik benang merah dan
mengaitkan antara nilai, kebiasaan dan pandangan terhadap anak perempuan
khususnya dalam masyarakat di Sumatera Utara. Hal ini kerana kebanyakan
kes-kes child trafficking terjadi di Sumatera Utara dan berasal dari daerah lain
seperti dari Pulau Jawa. Fenomena kemiskinan umumnya menyebabkan ibu
bapa mengharapkan bantuan dari anak-anak mereka baik lelaki mahupun
perempuan dalam meringankan beban hidup keluarga. Para ibu bapa yang
miskin biasanya mengizinkan anak-anak mereka bekerja, diajak bekerja atau
dijanjikan pekerjaan oleh orang lain. Situasi inilah yang menyumbang
terjadinya trafficking. Bagaimanapun peserta FGD mengakui, ada fenomena
yang relatif baru namun tidak tahu adakah ini budaya atau gejala sosial biasa.
Pada sekitar tahun 2000, fenomena ini mula timbul dalam masyarakat
pinggiran Kota Medan yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur. Fenomena
ini diyakini oleh peserta FGD sebagai bentuk trafficking berupa ekploitasi
seksual di mana kanak-kanak bawah 18 tahun terlibat dalam tarian menyerupai
tarian bogel yang dikenali sebagai “Keyboard Mak Lampir” atau juga “Keyboard
Gesek”.
Pencegahan dan Mengatasi Child trafficking
Peserta FGD mengakui bahwa banyak pihak perlu terlibat dalam mencegah dan
mengatasi child trafficking. Dari segi pencegahan, mereka sepakat bahawa
perkara utama dilakukan adalah usaha menangani kemiskinan secara bijak di
kawasan yang mengalami kemiskinan seperti di Sumatera Utara. Namun
pencegahan berupa pendidikan kepada masyarakat dan penerangan mengenai
hak-hak dan perlindungan kanak-kanak telah dilakukan terutama di sekolahsekolah, oleh tokoh-tokoh masyarakat, dan keluarga terutama di daerah yang
banyakj menjadi sumber trafficking. Selain itu advokasi dasar (policy
advocation) dan peraturan perundangan daerah telah dilakukan, misalnya
Rancangan Peraturan Daerah Anti Perdagangan Orang yang masih dibahas oleh
Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Sumatera Utara. Dalam mengatasi masalah
trafficking ini, kerjasama dan kordinasi semua pihak telah dilakukan misalnya
antara pemerintah, pekerja sosial, polis dan NGO. Dalam kaitan ini juga
bantuan dan perlindungan berkaitan undang-undang diberikan kepada mangsa
5
dan keluarga. Bantuan lain juga diberikan seperti rawatan kesihatan dan
penyediaan tempat perlindungan yang aman (shelter).
Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan dalam Masalah Perdagangan Anak
Terdapat 4 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memberikan perkhidmatan sosial
kepada kanak-kanak di Medan dikaji dalam kajian ini. Masing-masing yang
merupakan pengurus pertubuhan dijadikan informan pengumpulan data child
trafficking iaitu daripada Yayasan KKSP-Pusat Pendidikan dan Informasi Hak
Anak, Yayasan Kesejahteraan Masyarakat Indonesia (YAKMI), Yayasan Pusaka
Indonesia dan Yayasan Bahtera Laju. Lima soalan utama diajukan kepada
mereka iaitu berkaitan dengan penyiasatan kes,
menangani, kerjasama,
rintangan dan data mangsa child trafficking yang mereka tangani. Berikut
dipaparkan ringkasan informasi yang diperoleh dari informan sesuai dengan
urutan pertanyaan semasa temubual.
a. Penyiasatan kes
Keempat-empat informan menyatakan bahawa penyiasatan yang dilakukan
adalah seperti pergi ke rumah ibubapa mangsa dan lingkungan tempat tinggal
mangsa, turun ke lapangan untuk menyelamatkan mangsa penyiasatan ke
lokasi untuk mengetahui fakta, latarbelakang mangsa dan keluarga, temubual
dan pendampingan (mediation) mangsa, bekerja sama dengan NGO berkaitan
kanak-kanak dan pihak polis Kota Medan.
b. Menangani child trafficking
Keempat-empat informan secara umum menyatakan dalam menangani child
antara kegiatan yang dilakukan ialah advokasi dan menekankan
trafficking
undang-undang secara langsung kepada mangsa, hak-hak mangsa, pendidikan
kepada masyarakat khususnya sumber atau punca terjadinya child trafficking,
advokasi kepada pemerintah misalnya usaha menghasilkan Undang-Undang
dan Peraturan Daerah, melindungi anak-anak yang menjadi mangsa dan
meningkatkan pembinaan psikososial mangsa dan keluarga, merujuk kepada
NGO lain jika diperlukan dan kepada pejabat Polis Medan.
c. Kerja sama Untuk Siasatan dan Menangani Child trafficking :
Keempat informan menyatakan dalam penyiasatan kes, mereka melakukan
kerja sama dengan Ruangan Pelayanan Khusus (RPK) Bahagian Reserse dan
Kriminal, Ibupejabat Polis Kota Medan dan juga dengan Yayasan Pusaka
Indonesia terutama dalam investasi ke lapangan,dan menjemput mangsa di
lokasi. Manakala dalam hal menangani pula, empat informan menyatakan
mereka bekerja sama dengan Ruangan Pelayanan Khusus (RPK) Bahagian
Reserse dan Kriminal, Ibupejabat Polis Kota Medan terutama dalam
penyelidikan kes. Hanya yayasan YAKMI selain bekerja sama dengan polis, juga
bekerja sama dengan Yayasan Pusaka Indonesia khususnya dalam hal advokasi
undang-undang dan pelaksanaannya..
d. Rintangan Penyiasatan dan Menangani Child trafficking
Informan menyatakan bahawa dalam penyiasatan, sering dihadapi masalah
akomodasi penjemputan ke lokasi terutama jika mangsa di luar jangkauan
pelayanan NGO (misalnya di Propinsi Riau), sikap apatis keluarga, dan pola
jaringan sesama NGO yang belum jelas. Dalam masalah menangani pula, sering
6
dihadapi masalah kesukaran membongkar sendikat pelaku dan jaringan
hubungan mereka, hal ini diperburuk lagi oleh tidak adanya kesamaan persepsi
antara NGO, pemerintah dan pelaksana undang-undang mengenai child
trafficking, serta masih rendahnya pemahaman tentang undang-undang yang
berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak. Hal lain turut disampaikan oleh
informan dari Yayasan Kesejahteraan Masyarakat Indonesia (YAKMI) bahawa
mentaliti mangsa dan keluarga mangsa seringkali berubah menjadi
materialistik sehingga menyukarkan proses menangani.
e. Data Mangsa Yang Diberi Perkhidmatan Oleh NGO
Keempat-empat informan menyatakan semua mangsa perempuan yang diberi
perkhidmatan terdiri daripada 23 orang Pembantu Rumah Tangga Anak (PRTA)
dan 72 orang Anak Yang Dilacurkan (AYLA). Dari segi usia pula, 23 orang yang
menjadi PRTA berusia antara 15 – 18 tahun, manakala 72 orang AYLA berusia
11 – 14 tahun dan 15 – 18 tahun. Berdasarkan tahap pendidikan, hanya 2 orang
AYLA yang diketahui tahap pendidikannya iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah
Lanjutan Tingkat Pertama, selebihnya tidak diketahui. Berdasarkan daerah
asal, hanya satu NGO iaitu Yayasan Pusaka Indonesia yang dapat melaporkan
daerah asal mangsa PRTA iaitu berasal Jawa Tengah 2 orang dan Jawa Barat 1
orang, dan AYLA berasal dari Medan sebanyak 12 orang. Faktor yang
melatarbelakangi terjadinya child trafficking adalah status ekonomi keluarga.
Umumnya mangsa berasal dari keluarga yang tidak mampu, anggota keluarga
yang banyak, ibu bapa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, keinginan
memiliki barang mewah, serta keinginan memperoleh pekerjaan. Sementara
status sosial pula, umumnya tahap pendidikan ibu bapa dan anak umumnya
maksimum hanya tamat Sekolah Lanjutan Tingkat Pertama, berasal dari
daerah pinggiran yang miskin, dan tidak mempunyai keterampilan. Meskipun
secara terperinci tidak menjelaskan bagaimana aspek budaya berkaitan dengan
child trafficking, namun informan menyatakan ibu bapa tidak mempunyai
perencanaan masa depan mengenai anak-anak mereka dan budaya materialistik
telah mempengaruhi persepsi dan nilai anak. Anak dianggap sebagai sumber
rezeki dan pertolongan untuk membantu meringankan beban keluarga.
Pola dan Kronologi Mangsa Child Trafficking
Hanya 2 orang mangsa yang dapat diwawancara. Kedua mangsa sedang
dilindungi oleh sebuah yayasan di kota Medan.
Mangsa ERN
ERN berusia 16 tahun, pendidikan terakhir Sekolah Dasar, pekerjaan ibu bapa
adalah buruh tani, berasal dari Tanjung Morawa, alamat terakhir tidak
dijelaskan namun menggunakan alamat sebuah yayasan di Medan. Kronologi
menjadi mangsa trafficking bermula dari proses rekruitmen yang melibatkan
anggota keluarganya sendiri iaitu makciknya. ERN pada mulanya dijanjikan
akan diasuh dan disekolahkan oleh makciknya. Makciknya juga telah
memberikan sejumlah wang kepada ibu bapa ERN sebagai biaya ganti untuk
membawa ERN ke Pulau Bangka.ERN tidak diasuh dan disekolahkan
sebagaimana dijanjikan melainkan dipaksa bekerja di sebuah pusat hiburan.
ERN dijadikan pelayan dan ditugaskan untuk melayani pelayan yang datang ke
pusat hiburan tersebut.
7
Pada mulanya ibu bapa ERN tidak mengetahui bahawa dia diperlakukan
sedemikian. Ibu bapanya hanya tahu ERN diasuh dan disekolahkan oleh
Makciknya di Pulau Bangka. Namun setelah operasi polis terhadap pusat-pusat
hiburan dijalankan barulah akhirnya diketahui bahawa anaknya dipaksa
bekerja di pusat hiburan. Pihak polis akhirnya bekerjasama dengan NGO yang
berkaitan di Pulau Bangka dan berhubung dengan NGO di Medan untuk
memulangkan ERN ke pangkuan keluarga.
ERN tidak mengalami proses perlindungan kerana ERN terus dibawa ke rumah
makciknya di Bangka. Selama dalam proses penempatan, ERN tidak mengalami
ekploitasi fizikal berupa penyeksaan melainkan ekploitasi fizikal berupa bekerja
sejak dari jam 9 pagi sampai jam 3 malam. Secara mental, ERN mengalami
trauma, penyesalan dan takut dijual oleh makciknya kepada lelaki tua atau
lelaki hidung belang. Secara sosial, ERN tidak ada pelwang berinteraksi dengan
dunia luar dan pergaulan ERN sengaja dibatasi oleh makciknya agar ERN tidak
menceritakan keadaan yang sebenarnya. Secara ekonomi, ERN bekerja dengan
tidak memperoleh upah kecuali makan minum, kerana menurut makciknya gaji
ERN sudah dibayarkan dengan memberikan kepada ibu bapanya. Secara
seksual, belum terjadi ekploitasi seksual, kerana ERN baru 3 bulan mengikut
makciknya. Namun menurut ERN, banyak pelanggan-pelanggan yang telah
melakukan gangguan seksual (sexual harrasment) seperti memegang tangan,
meraba, dan ucapan-ucapan yang berunsur seksual. Ketika hal ini diadukan oleh
ERN kepada makciknya, makciknya mengatakan hal itu biasa dalam
menjayakan sesuatu bisnes. Menurut ERN, dalam menghadapi situasi tersebut,
perasaannya diliputi ketakutan meskipun yang dihadapinya adalah makcik
kandungnya sendiri, rasa penyesalan dan merasa tertipu dengan pujuk rayu,
dan ERN tidak menyangka makciknya tega berbuat begitu.
Untuk melepaskan diri dari masalah ini, ERN melakukan beberapa usaha
seperti curi-curi menelefon dengan berniat untuk melarikan diri. Namun usaha
tersebut sia-sia, kerana ERN tidak tahu hendak ke mana dan untuk kembali ke
kampung asalnya, dia tidak mempunyai wang. Akhirnya ERN bertemu dengan
seorang pelanggan yang baik hati. ERN menulis pada sehelai kertas mengenai
masalah dan perasaannya dan meminta tolong agar disampaikan kepada pihak
polis. Usaha ERN ini membuahkan hasil setelah pelanggan bar tersebut
menyerahkan tulisan ERN tadi kepada pihak berkuasa polis (kawan baik
pelanggan tersebut). Kemudian pihak polis mengadakan operasi ke pusat-pusat
hiburan termasuk ke tempat makciknya ERN. Bermula dari situlah, ERN
dibebaskan oleh pihak berkuasa polis. Setelah ERN dibebaskan, pihak polis
bekerja sama dengan NGO di Pulau Bangka dalam memulangkan ERN ke
pangkuan keluarga. NGO di Pulau Bangka melakukan koordinasi dengan NGO
di Medan, dan akhirnya ERN dapat dipulangkan ke tempat asalnya di Tj
Morawa. Namun kerana keadaan ibu bapa ERN dan juga untuk keselamatan
ERN maka ERN atas persetujuan ibu bapanya bersedia dilindungi oleh sebuah
yayasan di Medan.
Kini, ERN tinggal di sebuah yayasan, masih belum bersekolah dan juga tidak
bekerja. ERN dalam proses pemulihan psikososial dan menjalani kaunseling 2
kali seminggu. Di samping itu ERN membantu tugas-tugas dari yayasan sekadar
untuk menghilangkan kebosanan. ERN berharap selepas menjalani pemulihan
8
psikososial dia dapat bersekolah kembali tmemandangkan ada yayasan yang
bersedia menanggung dan membiayai pendidikannya. Dengan bersekolah, ERN
berharap dapat bekerja dan dapat membantu kehidupan keluarganya yang
miskin kelak . Selama proses wawancara, ERN menunjukkan rasa ceria dan
memberi respon positif kepada setiap soalan yang diajukan. Menurut petugas
yayasan yang turut terlibat dalam proses wawancara tersebut, ERN telah
mengalami kemajuan jika dibandingkan saat baru dibebaskan. Pada saat itu,
ERN trauma, takut sering berteriak, dan lebih banyak diam. Ketika hal ini
ditanyakan kepada ERN, dia mengatakan bahawa dirinya telah beransur-ansur
dapat melupakan kejadian tersebut, dan dia ingin mengharungi masa depan
yang lebih baik.
Mangsa NLL
NLL berusia 16 tahun, pendidikan terakhir Sekolah Rendah, pekerjaan ibu bapa
adalah petani, berasal dari Deli Serdang, alamat terakhir tidak dijelaskan
namun menggunakan alamat sebuah yayasan di Medan. Kronologi menjadi
mangsa trafficking bermula dari proses rekruitmen yang melibatkan seorang
wanita yang bernama samaran “BSR” dikenali oleh keluarganya. NLL bersama
adik-beradiknya diajak oleh wanita tersebut untuk membantunya berniaga di
pasar malam di Kota Medan, namun mereka sebenarnya telah diambil oleh agen
lain untuk dibawa ke Pekan Baru (Riau) dan dari Pekan Baru dibawa lagi oleh
agen lain ke Batam untuk dipaksa bekerja di sebuah pusat hiburan.
NLL akhirnya sampai di Batam dan bekerja di pusat hiburan karoke. NLL
dijadikan pelayan dan ditugaskan untuk melayani tetamu yang datang ke pusat
karaoke. Pada mulanya ibu bapa mangsa hanya tahu anaknya bekerja dengan
BSR membantu berniaga di pasar malam dan tidak mengetahui bahawa
anaknya NLL sudah berada di Batam. Begitu juga jiran mangsa yang tidak
mengetahui taktik BSR dalam merekruit kanak-kanak dibawah umur untuk
dipaksa bekerja di Batam.
Selama dalam proses perlindungan, NLL tidak mengalami eksploitasi fizikal.
Secara mental, NLL mengalami ketakutan, trauma, penyesalan. Secara sosial,
NLL dikurung dan tidak ada peluang berinteraksi dengan dunia luar dan
pergaulan sengaja dibatasi oleh agen agar NLL dan teman-temannya tidak
menceritakan kaedaan yang sebenarnya. Secara ekonomi, NLL belum bekerja
namun diberi wang sebagai sutau pujukan yang mereka akan menerima upah
yang lebih besar jika sampai di Batam meskipun tidak dijelaskan apa jenis
pekerjaannya. Secara seksual, belum terjadi eksploitasi seksual, kerana
nampaknya agen tersebut sangat berhati-hati dalam melindungi mangsa.
Selama dalam proses penempatan mereka di Batam, NLL mengatakan tidak
ada eskploitasi fizikal. Secara mental, NLL merasa ketakutan dengan ancaman
akan dibuang ke tengah laut oleh bodyguard dan agen jika mereka melawan. Ini
kerana NLL dan mangsa yang lain harus mengganti segala biaya perjalanan dan
wang yang telah diberikan kepada ibu bapa mangsa melalui BSR. Secara sosial,
selama di penempatan di Batam, NLL tidak diberi kesempatan berinteraksi
dengan pihak luar, NLL dan teman-temannya dijaga ketat dan tidak dibenarkan
meninggalkan tempat tersebut. Secara ekonomi, NLL tidak diberi wang dengan
alasan gaji mereka akan ditahan sehingga tiga bulan. NLL dan teman-temannya
9
menerima pelayan bonafid yang datang dari Singapura pada hujung minggu.
Secara seksual, NLL mengatakan telah mengalami ekploitasi seksual kerana
dipaksa melayani tetamu di pusat karaoke.
Menurut NLL, dalam menghadapi situasi ketika itu, perasaannya diliputi
ketakutan yang mendalam, bingung dengan apa yang terjadi, menyesal dan
tidak menyangka akan diperdagangkan ke Batam, dan berharap ada pihak lain
yang menyelamatkan mereka.Untuk melepaskan diri dari masalah ini, NLL
melarikan diri dari tempat tersebut (mess). Akhirnya NLL dibantu oleh seorang
pemandu teksi. NLL melaporkan kepada pihak berkuasa polis di Sekupang
Batam dan daripada situlah pihak polis bertindak membebaskan teman-teman
NLL dan wanita lain yang disekap di mess tersebut. Pihak berkuasa polis dan
juga NGO di Batam bekerjasama dalam penyiasatan dan operasi pembebasan
mangsa trafficking dan bekoordinasi dengan NGO di Medan untuk
memulangkan mangsa ke tempat asal mereka.
Kini, NLL tinggal di sebuah yayasan, sedangkan teman-temannya yang lain
tidak mahu tinggal di yayasan dan memilih untuk tinggal bersama ibu bapa
mereka di kampung (namun menurut petugas Yayasan, teman-teman NLL tidak
berada di kampung, dan bekerja di Kota Medan tanpa diketahui tempat
tinggalnya). NLL sudah mengikuti pendidikan formal yang dikelola oleh
yayasan. NLL berharap dapat menamatkan persekolahan dan melanjutkan
pendidikan yang lebih tinggi. NLL berharap kelak dia dapat bekerja untuk
membantu keluarga. Selama proses wawancara, NLL nampak ceria,
bersemangat, dan cerdas memberi respon kepada setiap soalan yang diajukan.
Menurut NLL, keputusan peperiksaan akademiknya sangatbaik, dia mendapat
nombor 2 di dalam kelasnya (dan ini dibenarkan oleh petugas yayasan yang
mendampingi wawancara).
RUMUSAN
Isu perdagangan manusia khususnya perdagangan anak perlu mendapat
perhatian serius oleh semua pihak. Pemerintah harus mengetahui faktor
penyebab dan juga impak yang timbul dari fenomena child trafficking dengan
mengurangkan masalah kemiskinan di kawasan tertentu. Agensi/institusi
kerajaan yang mempunyai tanggungjawab dalam perlindungan kanak-kanak
haruslah melaksanakan tugas dan fungsinya secara maksimum. Oleh sebab itu
pegawai-pegawai berkaitan perlu diberikan pendidikan dan latihan mengenai
masalah child trafficking. Selain itu, semua lapisan masyarakat harus
memberikan kerjasama dalam pencegahan terjadinya perdagangan anak.
Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga amat penting terutama dalam
membantu penyiasatan kes (searching), advokasi, kerjasama, dan mediasi dalam
menangani masalah child trafficking. Dalam konteks pencegahan perdagangan
anak, perlu kiranya semua pihak memahami pola dan kronologi yang dialami
oleh dua orang kanak-kanak mangsa perdagangan anak yang dijadikan
informan kajian ini. Pola tersebut bermula dari proses rekruitmen,
pemindahtanganan, eksploitasi dan proses melepaskan diri.
10
BIBLIOGRAFI
Adi Fahrudin. (2004). Masalah dan Rehabilitasi Psikososial Anak Yang
Diperdagangkan. Makalah dipresentasikan dalam Seminar Nasional
“Mencari Model Menangani Child Trafficking ” anjuran Universitas Islam
Negeri Jakarta dan Departemen Sosial Republik Indonesia, Jakarta, 12
Juni 2004.
Adi Fahrudin, Meity Subardhini, Dayne Trikora Wardhani & Yeane EM Tungga.
(2003). Psychosocial reaction, coping behavior and traumatic stress
following natural disaster: case study in West Java. Laporan Hasil
Penelitian. Bandung: Sekolah Tinggi Kesejahteraan Sosial
Adi Fahrudin. (2002). Street Childrens: Kajian kes di kalangan anak-anak
pendatang asing di Kota Kinabalu, Sabah. Laporan Kajian Persendirian.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Edward, D. & Adi Fahrudin. (2004). Trauma, coping behavior and social
functioning of the child sexual assault victims. Paper presented at 31st
International Council on Social Welfare (ICSW) International Conference,
Kuala Lumpur, 16-20 August 2004.
Ferrara, F. F. (2002). Childhood sexual abuse: Developmental effects across the
lifespan. Brooks/Cole: Pacific Grove, CA.
Finkelhor, D. (1984). Child sexual abuse: New theory and research. New York:
Free Press.
Fredy, J.R. & Donkervoet, J.C. (1995). Traumatic stress: An overview of the field.
Dalam J. R. Freedy & S. Hobfoll (Eds.), Traumatic stress from theory to
practice (pp. 3-28). New York: Plenum Press.
Caplan, G. (1968). Crisis intervention: an approach to community mental health.
New York: Grunne Statton.
Koompraphant, S. et al. (2002). Case management guidelines for child protection
and care services. Paper presented at the ILO-IPEC South Asian
Technical Seminar on Psychosocial Rehabilitation and Occupational
Integration of Child Survivors of Trafficking, Kathmandu, Nepal.
Koopman, C., Classen, C., Cardena, E., & Spiegel, D. (1995). When Disaster
strikes, acute stress disorder may follow. Journal of Traumatic Stress, 8,
29-46.
Van der Kolk, B.A. (1996). Trauma and memory. Dalam B. Van der Kolk, A.C.
McFarlane & Weisaeth, L. (Eds.), Traumatic stress: The effects of
overwhelming experience on mind, body and society (pp.279-302). New
York: Guildford Press.
Vonk, M. E. & Yegidis, B. L. (1998). Post-traumatic stress disorder. Dalam B. A.
Thyer & J. S. Wodarski. (1998). Handbook of empirical social work
practice. Vol 1. New York: John Wiley & Sons. Inc.
11