Contoh Proposal Sains Sosial (1)

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dasar luar sesebuah negara merupakan perlakuan dalam hubungan sesebuah negara
diperingkat antarabangsa di mana ia termasuklah hubungan dua hala dan pelbagai hala.
Hubungan Malaysia dengan Singapura terbentuk sejak Singapura dikeluarkan dari Malaysia
pada tahun 1965. Hubungan dua hala ini boleh dibahagikan kepada 3 era sebelum pucuk
pimpinan diterajui oleh Dr. Mahathir Mohamad. Dasar luar ketika era Tun Mahathir pada tahun
berikut lebih memberi penekanan untuk bersahabat baik dengan semua negara tanpa mengira
kerajaan asalkan negara tersebut tidak mencampuri urusan dalaman Malaysia.
Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang menggunakan kaedah pendekatan dan
perbincangan terbuka dalam menyelesaikan masalah. Semasa era pemerintahan Dr. Mahathir,
kerjasama secara rasmi memberi keutamaan kepada negara-negara Asean, di ikuti dengan
Negara-negara Islam (OIC), seterusnya negara-negara berkecuali dan akhirnya negara-negara
Komanwel. Perkembangan dasar luar era Dr. Mahathir menunjukkan perbezaan ketara dengan
dasar luar sebelum pemerintahan beliau.
Hubungan Malaysia-Singapura merupakan hubungan yang unik di mana ianya sangat
sukar untuk mencari persamaan dalam kajian hubungan dua hala antara dua buah negara.
Hubungan yang wujud penuh dengan isu-isu yang sensitif yang menyebabkan hubungan dua
buah negara menjadi renggang. Walaupun hubungan ini penuh dengan konflik tetapi dalam
jangka masa yang sama ianya saling bergantungan antara satu sama lain, terutamanya dalam
aspek ekonomi. Hubungan Malaysia – Singapura adalah hubungan antara dua buah negara
yang berdaulat dan dianggap istimewa, dan saling bergantungan disebabkan faktor-faktor

seperti geografi, sejarah, ideologi, ekonomi, kebudayaan dan etnik.

1

1.2 PEMILIHAN KAJIAN
Dasar luar Era Dr. Mahathir dipilih disebabkan beliau merupakan seorang yang tegas, dan bijak
dalam menyelesasikan masalah yang wujud akibat hubungan dua hala. Selain itu, dasar luar era
Dr. Mahathir berbentuk bilateral, yang menjadikan ia unik, berbanding era pemerintah
sebelumnya. Tindakan berani

Dr. Mahathir dapat dilihat dengan memulaukan persidangan

Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1981, memulaukan mesyuarat Ketua-Ketua
Kerajaan APEC di Seattle pada tahun 1993. Selain itu, Dr. Mahathir telah mengenakan tekanan
terhadap dasar luarnya dengan British, melalui kempen Buy British Last akibat layanan buruk
British terhadap Malaysia. Seterusnya, beliau merupakan pemimpin yang berani mengkritik
sikap Kuasa-kuasa barat yang tidak telus dalam menyelesaikan isu alam sekitar, hak-hak asasi
manusia, masalah Bosnia, Isu Palestin, dan Pelarian di Afrika. Disamping itu, Dr. Mahathir, juga
mengkritik Institusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang tidak demokratik, kerana tidak
menyelesaikan masalah dengan adil.

Hubungan Malaysia dengan Singapura, merupakan hubungan yang

istimewa kerana

faktor-faktor geografi, sejarah, ekonomi, budaya dan etnik. Sejarah hubungan Malaysia Singapura menunjukkan berlaku pertelagahan secara terbuka dalam isu-isu yang berkaitan
sempadan, keselamatan, dan politik. Selain itu, tindakan Dr. Mahathir seakan-akan bersikap
menyerah kalah terhadap beberapa isu dan kritikan yang telah dilemparkan oleh Singapura.
Tindakan ini sedikit sebanyak sepatutnya menghadirkan kritikan yang selalu dilontarkan Dr.
Mahathir terhadap setiap isu, tetapi tidak berlaku. Malaysia, tidak mengambil tindakan yang
tegas dan keras terhadap perlakuan Singapura ke atas Malaysia seperti yang dilakukan
terhadap negara-negara lain. Malah, Singapura diangkat martabatnya apabila Dr. Mahathir
inginkan supaya Republik tersebut dijadikan model. Situasi, ini merupakan dasar yang
bertentangan untuk bersahabat dengan negara yang mencampuri hal ehwal dalam negeri
Malaysia.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1.3.1 Mengenalpasti isu-isu dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura.
1.3.2 Mengenalpasti Faktor penyebab wujudnya ketegangan antara Malaysia-Singapura.
1.3.3 Mengenalpasti perkara utama dalam Dasar Luar Malaysia Malaysia-Singapura.
2


1.4 LIMITASI KAJIAN
1.4.1 Dasar Luar Era Dr. Mahathir
Dasar luar Dr. Mahathir serta hubungan Malaysia dan Singapura telah dipilih sebagai salah satu
bahan kajian atas beberapa sebab. Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr. Mahathir telah
melancarkan Dasar Pandang ke Timur, di mana kerajaan berpaling kepada negara-negara
Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan,
pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Selain itu, tajuk ini dipilih
kerana keberkesanan peranan beliau melalui idea-ideanya.
Perkara ini dapat dibuktikan melalui pelaksanaan kempen Bersih, Cekap, Amanah yang
mana bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arah
kecemerlangan. Menyusul selepas itu, sumbangan Dr. Mahathir yang paling signifikan ialah idea
dan inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada
yang berasaskan industri. Berikutan langkah berani dalam percubaan menyaingi negara-negara
maju semenjak penubuhan HICOM dan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga
pada 1985, Dr. Mahathir memperkenalkan pula Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mana
membawa Malaysia ke taraf negara maju menjelang 2020.
Dalam buku Karminder Singh Dhillon, iaitu Malaysian Foreign Policy in the Mahathir Era ,
ada menerangkan tentang pengaruh Mahathir dari aspek politik, ekonomi dan masyarakat serta
budaya. Keadaan tersebut turut mempengaruhi dan menyumbang kepada dasar luar Malaysia.
Dalam tempoh masa 1983, peranan Dr. Mahathir telah dilihat dalam dasar penswastaan.

Objektif dasar ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan kerajaan, meninggikan
kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan
negara serta mempercepat pencapaian matlamat dasar ekonomi baru.
1.4.2 Tahun 1981-1995 ( Hubungan Malaysia-Singapura)
Kajian mengenai hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura dipilih semasa tahun 19811995 kerana tempoh masa tersebut merupakan tempoh masa yang dominan semasa era Dr.
Mahathir.
Seterusnya, hanya hubungan antara Malaysia - Singapura dipilih sebagai skop kajian
berbanding hubungan dengan Indonesia kerana hubungan dua hala tersebut telah berlaku
3

semenjak tahun 1957 lagi. Antara contoh hubungan tersebut adalah mengenai Perjanjian
Bekalan Air Johor - Singapura. Kedudukan Singapura dianggap sebagai " water-stressed

country" kerana mengalami kekurangan sumber bekalan air yang mana Singapura amat
bergantung kepada Johor bagi mendapatkan bekalan air tambahan untuk menampung
keperluan negara tersebut dan bagi menampung peningkatan populasi.
Singapura bergantung kepada Malaysia terhadap import bekalan air mentah menerusi
dua treati air, salah satunya telah tamat pada tahun 2011 dan yang kedua pada tahun 2060.
Jelasnya, kajian ini mengaitkan hubungan Malaysia dengan Singapura semasa pemerintahan Dr.
Mahathir mengikut tempoh masa antara 1981 sehingga 1995. Peranan beliau dilihat dalam

pelbagai aspek menangani konflik oleh Singapura termasuklah dasar luar yang telah
dilaksanakan
1.5 Kepentingan Kajian
Pertamanya, kepentingan kajian untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pembaca
faktor-faktor penyebab ketegangan yang menyebabkan timbulnya pelbagai isu yang rumit
dalam hubungan dua negara. Selain itu, ialah untuk melihat peranan pemimpin dalam
menyelesaikan masalah yang wujud dalam mewujudkan kesefahaman.
Kedua, untuk melihat perkembangan dalam pelaksanaan dan strategi dasar luar
Malaysia dalam hubungan Malaysia – Singapura yang dilihat berbeza dengan dasar luarnya
terhadap negara lain. Pada awalnya Dr. Mahathir menghadapi masalah The Malay Dilema,
kemudian pendirian Dr. Mahathir berubah kepada hubungan ke arah yang lebih liberal.
Perubahan ini sebenarnya telah menyumbangkan kepada dasar domestik yang lebih normal.
Terakhir, sebagai panduan atau rujukan yang boleh digunakan dalam menghadapi
terhadap isu-isu dan masalah politik dan keselamatan yang telah dan yang sedang berlaku.
Disamping itu, setiap perkara yang berlaku boleh dijadikan pengajaran terhadap kedua-dua
pihak.

4

1.6 Metodologi kajian

Metodologi merupakan penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul
dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu
rumusan. Metodologi kajian ialah analisis terhadap sumber sekunder yang terbuka termasuklah
buku, media cetak dan elektronik. Kajian Reka Bentuk Sejarah Mengkaji rekod dan penulisan
lampau secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan sintesiskan fakta untuk
menghubungkait dengan perisitiwa kini atau akan datang
1.7 Hipotesis
Hipotesis merupakan kesimpulan awal yang perlu dikaji untuk mengaitkan dengan teori.
Hipotesis yang ingin dikaji berkaitan dengan sejauh manakah tindakan Singapura yang mula
mengkritik Malaysia, akan diselesaikan dengan kerjasama atau melalui peperangan melalui
perspektif liberalisme. Seterusnya, ingin melihat, peranan negara dari perspektif realism,
melihat sejauh manakah peranan negara dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Disamping
itu, ingin melihat sejauh manakah kebergantungan negara Malaysia dan Singapura dari sudut
pandang pendokong Dependency teori. Terakhir, ingin melihat sejauh mana aktor yang terlibat
mula mempersoalkan faedah yang diperolehi, melalui perspektif kontruktivisme.
1.8 Pendekatan teori
1.8.1 Teori Liberalisme
Pendekatan

Liberalisme


menekankan

aspek

kerjasama

sebagai

jalan

penyelesaian.

Dalam situasi, hubungan dua hala Malaysia-Singapura lebih melihat Malaysia dalam
mengaplikasikan teori tersebut. Dasar tidak campur tangan berkaitan krisis dalam negeri
sesebuah negara tersebut mencerminkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap
sederhana tidak berhasrat untuk bersaing, mengancam dan mencetuskan kedinginan hubungan
diplomatik dengan mana-mana negara.
Konsep kemakmuran jiran dan menghormati kedaulatan negara lain adalah prinsip yang
menjadi tunjang pembentukan dasar luar negara. Justeru, seharusnya pendirian dan prinsip

Malaysia yang disemai semenjak 1957 perlu menjadi sandaran kepada pemimpin Singapura
5

khususnya Kuan Yew dalam memperkatakan hubungan sebenar Malaysia - Singapura. Malaysia
tidak mengambil tindakan terhadap Singapura seperti tindakan terhadap negara lain seperti
mengkritik dasar Aparteid, malah lebih mengambil sikap mengalah bagi mengekalkan
keharmonian sebagai negara yang pernah duduk dalam pentadbiran yang sama.

1.8.2 Teori Realisme
Realisme merupakan teori yang menekankan peranan negara lebih penting berbanding peranan
aktor seperti NGO. Disamping itu, golongan realisme menekankan kepentingan kuasa dalam
menjamin keselamatan dengan meningkatkan ketenteraan. Golongan realisme melihat
peperangan sebagai jalan akhir, dan tidak mempercayai kerjasama seperti yang diperjuangkan
oleh golongan liberalism.
Dalam isu hubungan Malaysia-Singapura, elemen realisme lebih dilihat kepada pihak
Singapura. Tindakan Kuan Yew ketika menjawat jawatan Menteri Kanan Singapura mengalualukan serangan dari negara serantau pada 7 Oktober 2000 setelah berjaya membuat
pembelian 100 unit perluru berpandu permukaan ke udara Surface to Air Missile (SAM) jenis
AIM-120C daripada Amerika Syarikat (AS) menimbulkan ketidakselesaan rakan-rakan serantau.
Kenyataan seumpama itu tidak dinafikan mampu menjejaskan kestabilan dan kekukuhan
hubungan dua hala Malaysia - Singapura.

1.8.3 Dependent Teori
Pada asasnya, teori lebih menekankan berkaitan kepergantungan negara sedang membangun
kepada negara maju. Tetapi, teori ini lebih melihat Malaysia sebagai negara yang mempunyai
kelebihan dalam kekayaan sumber air, dan Singapura ditafsirkan sebagai negara yang sedang
membangun disebabkan Singapura bergantung berkaitan dengan bantuan air. Selain itu, dalam
aspek ekonomi dan keselamatan, kedua-dua negara saling bergantungan kepada negara maju
seperti Amerika dan Rusia.
1.8.4 Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme sosial juga menekankan bahawa aktor sosial bukan sahaja bertindak menurut
kepentingan mereka sendiri seperti yang ditafsirkan oleh realisme, tetapi juga sebagai tindak
balas kepada nilai-nilai dan norma yang dikongsi bersama. Oleh itu, aktor sosial bukan sahaja
6

bertanya apakah faedah yang boleh diperoleh daripada tindak tanduk mereka atau orientasi
kepentingan mereka, tetapi juga mengharapkan apa yang boleh diperolehi berasaskan ideal,
nilai dan norma masyarakat itu.
Oleh itu, Konstuktivisme sosial menekankan bahawa pembentukan institusi atau
organisasi sosial secara umumnya dan organisasi serantau secara khususnya. Sebagai contoh,
Singapura mula menyuarakan perasaan tidak berpuas hati, apabila Malaysia menaikkan harga
air, sedangkan hakikatnya, Singapura memiliki kelebihan dalam mengambil keuntungan

terhadap perjanjian tersebut.
1.9 Sorotan Literatur
R.s Milne dan Diane k. Mauzy dalam bukunya Malaysian Politics under Mahathir menyatakan
bahawa

Hubungan Malaysia-Singapura menyamai hubungan Malaysia-British disebakan dua

negara tersebut mempunyai hubung kait di bawah pemerintahan British. Hubungan dua hala
wujud disebabkan faktor keselamatan dan demi kepentingan ekonomi sama ada bilateral atau
menerusi ASEAN. Penulis melihat hubungan tersebut bersifat Zero Sum game walaupun wujud
kerjasama dalam meneylesaikan beberapa isu yang wujud. Wujud pelbagai isu antaranya
kritikan Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuen Yuew terhadap masalah jenayah di Johor
Bahru, Perebutan Pulau, dan masalah air.
Rusdi Omar dalam bukunya hubungan Malaysia-Singapura Era Mahathir menyatakan
hubungan dua hala yang wujud adalah bersifat unik. Pelbagai isu-isu yang menjurus kepada
konflik telah menggugat hubungan antara kedua-dua negara. Penulis telah mengupas isu-isu
utama dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura, antaranya ialah Isu Pulau Batu Putih, Isu
Tanah Milik KTM Berhad, Isu Penempatan CIQ di Tanjong Pagar. Disamping itu, aspek sejarah
hubungan Malaysia-Singapura cukup ditekankan dalam kajian beliau. Analisis pendekatan dasar
luar Malaysia dengan melihat faktor penyebab ketegangan dan faktor dasar luar Malaysia

terhadap Singapura.
Bilveer Singh dalam bukunya Singapore: Foreign Policy Imperatives of a small states
menyatakan elemen kaum menjadi faktor terpenting yang menjadi punca ketegangan antara
Malaysia dan Singapura. Majoriti kaum di Singapura ialah kaum Cina, dan situasi ini telah
menyebabkan pemerintah Singapura berasa terancam dengan Malaysia yang majoritinya ialah
kaum Melayu. Faktor perkauman menjadi faktor dominan pada tahun 1985-1987 akibat dasar
7

dalam negeri Singapura itu sendiri, iaitu kempen bercakap Mandarin dan penekanan terhadap
ajaran Konfusius.
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (1990) dalam menganalisis hubungan MalaysiaSingapura menyatakan ia amat bergantung kepada cara Malaysia mengurus hubungan
tersebut. Ini kerana hubungan ini berpontesi untuk memberi beban dan pada masa yang sama
ia juga boleh membawa kepada kesenangan kepada kedua-dua negara. Beliau menegaskan
bahawa hubungan dua hala Malaysia-Singapura harus kekal baik dan erat dan sebarang
tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak harus mengambil kira sensitiiti pihak yang satu
lagi.

The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew (1998) merupakan karya yang
menceritakan Sikap Kuan Yew yang suka mencetuskan ketegangan dan kedinginan apabila
beliau secara terang-terangan menyatakan ketidakpuasan hatinya ketika Singapura berada di
bawah Malaysia (1963-1965) dan menentang dasar-dasar Perdana Menteri Malaysia Tuanku
Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kuan Yew turut menyimpulkan hubungan
Singapura-Malaysia ketika era kedua-dua pemimpin ini merupakan hubungan yang tidak
menentu (unsteady) berbanding hubungan Singapura dengan negara-negara ASEAN lain.

From Third World to First World, The Singapore Story: 1965-2000 telah mengguris hati
Malaysia dengan menyatakan Singapura merupakan negara paling maju dan kaya berbanding
negara dunia ketiga lain. Malah dalam karya itu beliau turut menyatakan persepsi keraguan
pemimpin Singapura terhadap para pemimpin Malaysia. Beliau turut menjelaskan isu-isu yang
melibatkan hubungan dua hala Malaysia-Singapura sebagai masalah besar kepada Singapura
dan mampu mencetuskan konflik bersenjata (arms conflict) antara kedua-dua negara.

8

1.10 Kesimpulan
Kesimpulannya, hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura perlu diberi perhatian dengan
teliti agar hubungan itu akan terus mantap. Semangat kerjasama, keikhlasan dan perasaan
muhibbah harus wujud terutamanya di peringkat pemimpin yang menerajui kedua-dua negara.
Dasar luar Malaysia pada era Dr. Mahathir adalah berbaik-baik dengan semua negara
terutamanya negara-negara jiran tanpa wujud perasaan curiga antara satu sama lain.
Pergantungan kedua-dua negara adalah seimbang sama ada melihat dari segi faktor
sejarah, ekonomi, politik maupun sosial. Situasi loose-loose akan berlaku jika kedua-dua negara
berhasrat untuk melancarkan peperangan. Kedua-dua saling bergantung dalam aspek ekonomi.
Nilai dan keluaran perdagangan kedua-dua negara dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara.
Sebarang gangguan terhadap perdagangan ini kan memberi kesan kepada perdagangan
serantau.
Isu-isu utama dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura melibatkan isu air yang
hakikatnya hanya mewujudkan situasi Malaysia kalah dan Singapura menang. Kedua, isu Pulau
Batu Putih, walaupun kedudukannya berada di perairan Johor, namun Mahkamah Keadilan
dunia telah memberi hak kemenangan kepada Singapura. Isu tambakan laut merupakan isu
yang cukup tegang, disebabkan keluasan tanah milik Singapura yang terhad. Seterusnya, isu
Tanah Milik KTM berhad, apabila Singapura mempunyai niat serta muslihat untuk mengambil
semula tanah milik KTM Berhad di negara tersebut yang dipajakkan selama 999 tahun mulai
tahun 1918
Faktor penyebab wujudnya ketegangan antara Malaysia-Singapura ialah peranan media
massa kedua-dua negara. Hal ini demikian kerana, terdapat media massa yang telah
mengembar-gemburkan isu-isu sensitif tanpa merujuk kepada sumber-sumber yang boleh
dipercayai sama ada berita yang disiarkan itu benar atau salah. Disamping itu, terdapat
golongan yang mensalah tafsiran isu yang sekaligus boleh menjejaskan proses perundingan
antara kedua-dua negara.
Perkara utama dalam Dasar Luar Malaysia Malaysia-Singapura melibatkan elemen
ekonomi, real-politic dan pengaruh personaliti pemimpin. Maka pada realitinya adalah sangat
9

sukar bagi menentukan bentuk pendekatan yang telah dan bakal diambil oleh negara yang
terlibat dalam menyelesaikan isu-isu pertelingkahan yang wujud.
RUJUKAN
Bilveer, S. 1988. Singapore: Foreign Policy Imperatives of a small states . Singapore: Heinemann
Publisher Asia pte. Ltd.
Kuan Yew Lee. The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew . 1998. Singapore: Singapore
Press Holdings.
Kuan Yew Lee. 2000. From Third World to First: The Singapore Story: 1965-2000.
Singapore: HarperCollins.
Kenneth N. Waltz. 2010. Theory of International Politics. United States: Waveland Press
R.s Milne, Diane k. Mauzy. 1999. Malaysian Politics under Mahathir. London: Routledge.
Rusdi Omar, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Mas Juliana Maukhtaruddin. 2005.
Hubungan

Malaysia-Singapura

Era

Mahathir.

Sintok:

Penerbit

Universiti

Utara

Malaysia.

10