KOMUNIKASI KEMPEN ANALISIS KUALITATIF TE
KOMUNIKASI KEMPEN: ANALISIS KUALITATIF TERHADAP PERANAN MEDIA MASSA DAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM MENYALURKAN MESEJ PENJIMATAN TENAGA ELETRIK
Oleh
Wiryanta Muljono
Center of Research and Development for Informatics Applications and Public Communication, Ministry of Communication and Information Technology The Republic of
Indonesia, Jalan Merdeka Barat 9, Jakarta 10110, Indonesia Tel: 62-21-380-0418 E-mail: [email protected]
Che Su Mustaffa
Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences (AHSGS), Universiti Utara Malaysia06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia Tel: 60-04-928-5826 E-mail: [email protected]
Pengenalan
Komunikasi pembangunan yang berasaskan masyarakat menunjukkan bahawa inisiatif untuk mempromosikan perubahan perilaku pada khalayak seringkali paling berkesanketika dilakukan pada peringkat masyarakat dengan melibatkan sentuhan langsung daripada agen- agen interpersonal.Program-program yang menekankan kepada iklan media boleh berkesan dalam mencipta kesedaran dan pemahaman masyarakattentang isu-isu yang berkaitan, tetapi terbatas padakemampuannya untuk mendorong terjadinya perubahan perilaku pada khalayak (Egan & Brown, 2001).
Kepentingan kempen-kempen maklumat publik yang bertujuan untuk mempromosikan perubahan publik telah mula diketengahkan setelah berlaku kejadian krisis tenaga di Amerika Syarikat tahun 2000.Misalnya, pemerintah Negara Bahagian California menggunakan kempen maklumat publik untuk menyampaikan mesej “Flex Your Power” melalui media massa yang bertujuan agar masyarakat melakukan penjimatan tenaga . Masyarakat sepatutnya diberitahu mengenai sesuatu risiko krisis tenaga yang sedang terjadi agar turut secara aktif menanganinya (Bender et al., 2002).
Persoalan yang timbul apabila membincangkan kempen media adalah apakah maklumat kempen mengenai penjimatan tenaga berkesan terhadap masyarakat, dan ciri-ciri golongan masyarakat yang mana menjadi sasaran kempen.Bagaimana elemen maklumat penjimatan tenaga di dalam kempen media berperanan sebagai faktor dalam mencapai perilaku penjimatan tenaga dengan berkesan.Komanoff (2002); Kushler dan York (2002) menyatakan sesuatu usaha kempen media yang berjaya, tidak hanya cukup untuk diukur berdasarkan aspek-aspek kuantitatif semata-mata, tetapi elemen-elemen kualitatif juga perlu diambil kira.
Permasalahan Kajian
Di Indonesia, penjimatan tenaga elektrik belum menjadi kebiasaan masyarakat, sehingga kempen maklumat jimat tenaga elektrik bagi ahli-ahli rumah tangga menjadi idea pembaharuan. Idea pembahruan akan diterima secara cepat atau lambat oleh isi rumah, bergantung kepada atribut inovasi yang dapat dilihat dari segi kesannya. Kempen maklumat publikasasnya merupakan sebuah carayang digunakan oleh pemerintah untuk membentuk nilai-nilai, sikap, atau perilaku masyarakat sesuai program pemujukan atau polisi pemerintah.Penerapan perilaku baru yang merupakan hasil promosi gagasan yang berasaskan komuniti sosial, perlu menggunakan pelbagai saluran komunikasi untuk mendorong difusi sosial (Darley & Beniger, 1981). Keputusan ramai orang untuk menerima inovasi, iaitu kempen penjimatan tenaga elektrik adalah kerana mereka telah membuat komitmen untuk menerima amalan-amalan berasaskan maklumat kempen, melibatkan diri untuk membincangkan inovasi, menggalakkan kepada orang lain untuk melakukan hal yang serupa dengan perilakunya dan meningkatkan komitmen untuk mengekalkan perilaku berterusan (Rogers &Shoemaker, 1995).
Kempen penjimatan tenaga elektrik dapat diperkatakan sebagai idea pembahruan, kerana mempunyai sifat berikut: (1) Keuntungan relatif diperolehi oleh khalayak, iaitumengurangkan bayaran bulanan elektrik dan menjamin berlanjutannya bekalan elektrik; (2) Jimat tenaga elektrik suai dengan nilai hidup jimat bagi khalayak; (3) Program jimat elektrik mudah difahami dan dimengerti oleh khalayak; (4) Idea jimat elektrik mudah dicuba; dan (5) Idea jimat elektrik mudah digunakan dan dikomunikasikan kepada orang lain.
Isi rumah iaitu pelanggan tenaga elektrik menjadi sasaran kempen maklumat publik tentang penjimatan tenaga elektrik, kerana peranan mereka untuk mengawal penggunaan elektrik di rumah. Namun demikian, isi rumah juga mempunyai sifat demografi dan psikologi berbeza. Faktor demografi meliputi pelbagai hal seperti status sosial-ekonomi (pendidikan, pekerjaan dan pendapatan), suku, dan etnik. Faktor psikologi pula termasuklah sikap mereka terhadap penjimatan tenaga elektrik, dan komunikasi interpersonal di dalam keluarga dan sekitarnya. Perbezaan ciri rumah tangga mengakibatkan cara memberi tindak balas tehadap kempen akan berbeza. Sebahagian besar dari mereka mengaitkan maklumat penjimatan tenaga elektrik dengan keyakinan, sikap, dan nilai-nilai yang ada pada dirinya.
Aksesibiliti khalayak terhadap media juga menjadi faktor penting bagaimana maklumat media mempengaruhi khalayak (Busselle, 2001; Gibson & Zillmann, 1994; Shrum, 2002).Khalayak juga memproses bentuk kandungan maklumat yang diterimanya dari media massa(Wyer &Radvansky, 1999). Maklumat yang dihantar oleh media massa tidak selalu kukuh, namun pengaruhnyake atas khalayak hanya sederhana sahaja. Ini kerana kesan dari faktor-faktor lain seperti aksesibiliti (Busselle, 2001; Shapiro, 1991), dan juga apa yang dilakukan oleh khalayak terhadap media (Rogers, 1995). Media boleh menyediakan pelbagai maklumat dan kemudahan aksesibiliti bagi khalayak untuk menjayakan kempen, tetapi apa yang lebih penting ialah adakah maklumat itu bermakna untuk menyokong pengetahuan, kemahiran dan kecekapan untuk aktiviti penjimatan tenaga elektrik oleh khalayak.
Terhadnya maklumat menjimatkan tenaga elektrik yang dilancarkan oleh mediamassa untuk mengubah perilaku isi rumah disebabkan jenis dan liputannya.Masyarakat bersikap ragu-ragu terhadap media kerana kredibiliti dan maklumat media juga kurang meyakinkan. Keyakinan khalayak adalah lebih kukuh melalui peranan komunikasi interpersonal untuk membantu menyebarkan maklumat yang didapati melalui kempen-kempen media massa.
Giddens (1991) menyatakan khalayak berusaha mencari nasihat daripada pakar-pakar yang ditemui, di mana matlamatnya adalah mempelajari bagaimana mengelakkan risiko. Aksesibiliti isi rumah terhadap maklumat penjimatan tenaga elektrik dari media massa adalah untuk memenuhi keperluannya sendiri. Bila maklumat media dianggap belum cukup memenuhi keperluannya, khalayak akan mencari cara lain iaitu melalui komunikasi interpersonal.
Keadaan itu mengesahkan asas intermedia bahawa maklumat-maklumat media massa mempengaruhi pengetahuan, sikap, dan perilaku seseorang melalui simulasi komunikasi interpersonal tentang kandungan maklumat-maklumat di kalangan teman dan rakan sekerja melalui rangkaian-rangkaian sosial mereka (Katz & Lazarsfeld, 1955; Wanta & Elliott, 1995; Singhal et al., 1996; Valente, Pope, & Merritt, 1996; Rogers et al., 1997).
Kedudukan komunikasi interpersonal dalam masyarakat seperti Indonesia menjadi penting, kerana dapat dimanfaatkan sebagai pemangkinan kempen-kempen media massa yang boleh meningkatkan tahap penerimaan penjimatan tenaga elektrik. Komunikasi interpersonal menjadi perantaraan untuk menyebarkan maklumat media massa melaluiforum-forum perbincangan, seperti Gerakan Pemberdayaan dan Kesejahteraan Keluarga, Kelompok Pengajian (Indonesian Islamic Information and Communication Centre), ahli-ahli keluarga, jiran dan lain-lain untuk meningkatkan pengetahuan, mengubah sikap, dan perilakunya terhadap cara menjimatkan tenaga elektrik.
Berdasarkan perbincangan di atas, hasil-hasil kajian empiri jelas membuktikan bahawa penelitian-penelitian mendapati kesan media massa dalam menyalurkan maklumat tentang kempen adalah terhad. Penelitian begini banyak dilakukan di negara-negara Barat, seperti: Modernization Among Peasants: The Impact of Communication(Rogers, 1969); Diffusion of energy-conserving innovations (Darley & Benigner, 1981); Flex Your Power (Bender, et al., 2002); Public Opinion and Communication Campaign on Energy Efficiency (Egan & Brown, 2001). Aspek yang masih perlu diteliti adalah kemampuan media berperanan selaku agen dalam menyalurkan maklumat tentang penjimatan tenaga elektrik dalam kalangan masyarakat Indonesia.
Kajian lepas juga menunjukkan media massa adalah terhad dari segi meningkatkan kesedaran khalayak. Peranan media massa ini perlu dilanjutkan oleh komunikasi interpersonal untuk menghasilkan perilaku penerimaan. Sejauh manakah andaian-andaian yang diperolehi melalui penelitian di Barat ini juga dapat diterapkan dalam mengkaji perilaku penerimaan masyarakat Indonesia, khususnya di Depok dalam memberikan tindak balas terhadap kempen- kempen penjimatan tenaga elektrik.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meneliti peranan media massa dan komunikasi interpersonal dalam menyiarkan kempen-kempen berkaitan dengan penjimatan tenaga elektrik dalam kalangan isi rumah melalui pengunaan analisis kualitaitf.
Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif.Pendekatan kualitatif dalam kajian ini digunakan untuk menganalisis dinamika dan perilaku penjimatan tenaga elektrik isi rumah.Kelebihan metod kualitatif adalah membuka pada penemuan-penemuan yang tidak terduga.Disamping itu, pendekatan kualitatif diperlukan untuk mengidentifikasi mekanisme yang mendorong dan membiasakan penjimatan tenaga elektrik di rumah tangga. Dengan menggunakan metod proses penelusuran yang telah dimodifikasi (Bennett & George, 1997; Varshney, 2002), penyelidik berupaya untuk memahami tahap yang berbeza dalam penjimatan tenaga elektrik.
Justeru, kajian ini menggunakan metod perbincangan kumpulan focus (FGD) untuk memahami pewujudan sosial tentang pendedahan media massa dan komunikasi interpersonal, dalam perilaku penjimatan tenaga elektrik isi rumah. Pemilihan kes untuk kajian ini lebih mengasaskan atas pertimbangan-pertimbangan asas kriteria-kriteria, iaitu: (1) Subjek adalah isi rumah yang berlangganan tenaga elektrik; (2) Kediaman yang berada di komuniti kompleks perumahan mewah, perumahan sederhana dan perkampongan yang sama ada di lokasi penyelidikan; dan (3) Mempunyai akses maklumat dari media massa.
Metod perbincangan kumpulan fokus dijalankan terhadap kumpulan kecil yang terstruktur dengan individu yang mengambil bahagian telah dipilih terlebih dahulu dan dikendalikan oleh moderator (Litosseliti, 2003).Temu bual berlangsung secara terbuka, sehingga setiap individu yang mengambil bahagian dapat menjelaskan pendapatnya dengan bebas dan terbuka. Jumlah peserta FGD biasanya berkisar antara enam dan sepuluh peserta. Jumlah peserta boleh empat sampai dengan dua belas orang bergantung kepada tujuan penyelidikan (Litosseliti, 2003). Krueger (1988) mencadangkan jumlah peserta FGD yang ideal adalah empat hingga enam orang yang homogen, kerana kumpulan itu akan lebih akrab, lebih mudah berinteraksi dan lebih selesa.
FGD untuk kajian ini melibatkan kumpulan responden yang mewakili populasi rumah tangga. Responden terdiri dari 12 orang isi rumah yang dianggap mempunyai kesamaan status, berpendidikan untuk memenuhi unsur homogenity .
Untuk menjalankan FGD,penyelidik perlu mempunyai pengetahuan tentang kondisi tempatan, kerana ahli-ahli kumpulan berbeza latar pendidikan, gender, status ekonomi dan perkaumannya. Perbezaan demografimenyebabkan persepsi yang berbeza bagi menjimatkan tenaga elektrik. Oleh itu, penyelidik perlu mengenali ciri-ciri komuniti sama ada dan mengidentifikasikan sasaran kumpulan melalui wawancara dengan beberapa orang informan utama.
Informan utamadikenalpasti dari pemimpin masyarakat tempatan.Penyelidik bersama informanutama menghubungi ketua isi rumah atau ahli-ahli rumah dari pelbagai latar yang berbeza untuk menjadi peserta FGD. Seperti yang dicadangkan oleh Krueger (1988), penyelidik memecahkan FGD kepadatiga buah kumpulan. Jumlah peserta setiap kumpulan dalam sesi FGD adalah empat orang. Jumlah itu adalah ideal, kerana kumpulan itu akan lebih akrab. Ahli-ahli kumpulan yang terpilih berdasarkan status ekonomi kerana fakta ini dapat menentukan ukuran konsumsi tenaga elektrik, akses kepada media massa, kesempatan berinteraksi melalui komunikasi interpersonal dan sikap. Selanjutnya peserta diundang dua hari sebelum sesi FGD dijalankan, untuk menjelaskan maksud dan prosedur FGD dan memperolehi persetujuan untuk bergabung dalam FGD.
Saat sesi perbincangan kumpulan fokus berlangsung, penyelidik dibantu oleh seorang moderator. Untuk setiap sesi FGD, moderator melakukan perakaman dengan menggunakan alat perakaman. Untuk itu pada setiap sesi FGD, moderator perlu mengenalkan diri dan memohon kepada ahli-ahli kumpulan FGD untuk menggunakan alat perakaman. Setiap sesi FGD mengambil masa 90 minit. Sebelum memulai sesi ini, moderator mengusahakan agar FGD berjalan dengan penuh kekerabatan, menjelaskan maksud dan maklumat yang diperlukan dan bagaimana maklumat akan digunakan untuk mengetahui perilaku penjimatan tenaga elektrik, akses kepada media massa, komunikasi interpersonal yang dijalankan dan sikapnya. Moderator juga memberikan kesempatan bagi peserta FGD untuk mengenalkan diri mereka. Moderator juga bertugas memformulasikan pertanyaan dan mengajak seluruh ahli kumpulan untuk dapat mengekpresikan pandangan secara bebas. Setelah sesi FGD diselesaikan, moderator memohon waktu untuk menyimpulkan hasil pertemuan itu dan menyampaikan ucapan terima kasih atas penglibatan peserta dalam FGD .
Karakteristik Peserta Perbincangan Kumpulan Fokus
Perbincangan kumpulan fokus untuk penyelidikan Perilaku Penjimatan Tenaga Elektrik Isi Rumah di Depok, Indonesia dijalankan menjadi tiga kumpulan terpisah, masing-masing kumpulan terdiri empat orang peserta. Objektif FGD ini ialah untuk mengetahui :
1. Kesan daripada Program DSM bagi Pelanggan PLN.
2. Membeli barangan elektronik jimat elektrik yang dicadangkan program DSM.
3. Sikap Pelanggan PLN terhadap program DSM.
4. Persepsi terhadap kempen media massa bagi program DSM.
5. Peranan komunikasi interpersonal untuk keputusan jimat elektrik di rumah.
Projek ini adalah sebahagian daripada program pemuliharaan tenaga yang pernah ditaja oleh Pemerintah Indonesia. Perbincangan kumpulan fokus ini dijalankan dengan menggunakan bahasa Indonesia dan disarikan dengan bahasa Malaysia. Moderator luaran Projek ini adalah sebahagian daripada program pemuliharaan tenaga yang pernah ditaja oleh Pemerintah Indonesia. Perbincangan kumpulan fokus ini dijalankan dengan menggunakan bahasa Indonesia dan disarikan dengan bahasa Malaysia. Moderator luaran
Perbincangan Kumpulan Fokus untuk kumpulan pertama ini dilakukan pada 13 September 2009 yang diikuti oleh empat orang peserta (tiga lelaki dan seorang wanita) isi rumah yang menjadi pelanggan PLN dan kediamannya di Kelurahan Sukatani, Kecamatan Cimanggis, Kota Depok, iaitu:
1. Dadang Sasmita, Pegawai Negeri Sipil, warga RT 03/RW 16 Kelurahan Sukatani;
2. Sri Setiyawati, Pensyarah Perguruan Tinggi Swasta, warga RT 03/RW 16 Kelurahan Sukatani;
3. Suyadi, Pegawai Negeri Sipil, warga RT 03/RW 16 Kelurahan Sukatani;
4. Effendi seorang Pegawai Swasta dan warga RT 03/RW 16 Kelurahan Sukatani.
Perbincangan Kumpulan Fokus untuk kumpulan kedua dilakukan pada 15 September 2009 yang diikuti oleh empat orang peserta (tiga lelaki dan satu wanita) isi rumah yang menjadi pelanggan PLN dan tinggal di Kelurahan Harjamukti, Kecamatan Cimanggis, Kota Depok, iaitu:
1. Maruli Matondang, seorang Pegawai Negeri Sipil, warga RT 05/RW 12 Kelurahan Harjamukti;
2. Zita Sumardi, seorang Guru, warga RT 05/RW 12 Kelurahan Harjamukti;
3. Pantur Sinaga, Pengacara, warga RT 05/RW 12 Kelurahan Harjamukti;
4. Ngadiman, Pegawai Swasta, warga RT 05/RW 12 Kelurahan Harjamukti.
Perbincangan Kumpulan Fokus untuk kumpulan ketiga dilakukan pada 16 September 2009 yang diikuti oleh empat orang peserta (tiga lelaki dan seorang wanita) isi rumah yang menjadi pelanggan PLN dan tinggal di Kelurahan Mekarsasi, Kecamatan Cimanggis, Kota Depok, iaitu:
1. Djaali, Guru Besar (Professor) Universiti Negeri Jakarta, warga RT 04/RW 08 Kelurahan Mekarsari;
2. Ibnu Suud, seorang Karyawan Swasta, warga RT 04/RW 08 Kelurahan Mekarsari;
3. Muhanni, Pegawai Negeri Sipil, warga RT 04/RW 08 Kelurahan Mekarsari;
4. Dimyati, seorang Pedagang, warga RT 04/RW 08 Kelurahan Mekarsari.
Proses Perbincangan Kumpulan Fokus
Sesi perbincangan kumpulan fokus kumpulan pertama ini diikuti oleh empat orang peserta, iaitu: Dadang Sasmita(DS), Sri Setiyawati (SS), Suyadi (SY), dan Effendi (EF). Perbincangan tentang Perilaku Penjimatan Tenaga Elektrik Isi Rumah di Kecamatan Cimanggis, Kota Depok mengambil tujuh tema utama dari penterapan Program DSM PT. PLN (Persero).Jalannya perbincangan tersebut secara skematik dapat digambarkan sebagai berikut.
Rajah 1. Sosiogram Perbincangan Kumpulan Fokus Kumpulan Pertama
Ibu SS sangat aktif bercakap untuk menyampaikan gagasan tentang pemuliharaan tenaga, utamanya tenaga elektrik.Pemuliharaan tenaga dapat diertikan secara luas, bukan hanya perkara teknis semata-mata.Perkara pemuliharaan itu dapat diterapkan dari hulu sampai dengan hilir, bermula dari pemanfaatan sumber tenaga primer untuk menggerakkan stesen janakuasa sampai pembudayaan penjimatan tenaga elektrik.Beliau berpendapat bahawa perkhidmatan PT. PLN (Persero) telah banyak kemajuan, seperti mengganti sesalur kabel yang telah aus yang menghubungkan ke rumah pelanggan dengan kabel yang baru secara berkala, dan kaunter pembayaran bil tenaga elektrik telah tersebar di pelbagai tempat.Seterusnya, Ibu SS menyampaikan pula bahawa kempen media massa untuk menjimatkan tenaga elektrik kerap dijalankan. Dicadangkan pengemasan kandungan maklumat agar menjelaskan bahawa tenaga elektrik dihasilkan dari stesen janakuasa yang menggunakan bahan bakar tenaga primer yang dapat habis dan menimbulkan pencemaran udara. Konteks kempen penjimatan tenaga elektrik di media massa, Bapak EF menambahkan bahawa selain melalui media massa, dicadangkan pula dengan menggunakan pelbagai media lain, seperti brosur dan papan reklame.
Bapak DS cukup aktif dalam perbincangan pada kumpulan itu, dikatakannya bahawa penjimatan tenaga elektrik adalah kewajiban Pemerintah, PLN dan Pelanggan.Program penjimatan tenaga elektrik dapat menyokong pembekalan tenaga elektrik berlanjutan.Bagi layanan membayar bil elektrik, pelanggan boleh memilih tempat membayar di Bank. Bapak EF menambahkan apa yang disampaikan Bapak DS bahawa ia membayarkan bil elektrik di ATM Bank yang bekerjasama dengan PLN. Bapak SY sedikit cakap dan hanya menyokong pendapat Bapak DS bahawa membayarkan bil elektrik boleh di koperasi yang bermitra dengan PLN.
Sesi perbincangan kumpulan fokus untuk kumpulan kedua diikuti oleh empat orang peserta, iaitu: Maruli Matondang (MM), Zita Sumardi (ZS), Pantur Sinaga (PS), dan Ngadiman (NG). Perbincangan tentang Perilaku Penjimatan Tenaga Elektrik Isi Rumah di Kecamatan Cimanggis, Kota Depok mengambil beberapa tema utama dari penterapan Program DSM PT. PLN (Persero).Jalannya perbincangan tersebut secara skematik dapat digambarkan sebagai berikut.
Rajah 2. Sosiogram Perbincangan Kumpulan Fokus Kumpulan Kedua
Untuk perbincangan kumpulan fokus kedua ini, Bapak MM dan Bapak NG aktif menyampaikan pendapatnya tentang penjimatan tenaga elektrik.Bapak MM menyatakan tentang Program DSM. PT. PLN (Persero) semasa kini telah memonopoli pembekalan jasa tenaga elektrik. Sebagai syarikat milik publik, maka perlu menjaga akuntabiliti syarikat berkenaan. PT. PLN (Persero) perlu diatur dengan regulation set seperti di Amerika Syarikat punya the Truth of Lending Law . Beliau menyatakan pula bahawa program penggantian lampu pijar 40 watt dengan TL 8 watt tidak berlanjutan.Selain itu, beliau juga telah melakukan penjimatan tenaga elektrik dengan menggunakan barangan elektronik yang berlabel jimat tenaga elektrik yang dicadangkan oleh program DSM.
Seterusnya, Bapak NG memberikan komen tentang program DSM. PT. PLN (Persero) ditengok dari pelbagai segi belum efisyen, seperti penggunaan minyak bakar berlebih untuk menggerakkan stesen janakuasa, aliran eletrik sering terputus, kurangnya perawatan hos elektrik.Ianya juga menyahuti komen Bapak MM bahawa polisi ketenagaan tidak adil, sebab masih banyak rakyat yang belum menikmati tenaga elektrik.Sosialisasi kepada pelanggan tentang Polisi tarif elektrik waktu beban punca (WBP) dan luar waktu beban punca (LWBP) juga amat terhad.
Bapak PS juga menyoroti polisi subsidi tenaga elektrik seperti disampaikan Bapak NG, dikatakannya bahawa subsidi tenaga elektrik lebih menguntungkan kepada pemilik modal.Banyak industri telah menghentikan operasi generator janakuasa, dan mengalihkan Bapak PS juga menyoroti polisi subsidi tenaga elektrik seperti disampaikan Bapak NG, dikatakannya bahawa subsidi tenaga elektrik lebih menguntungkan kepada pemilik modal.Banyak industri telah menghentikan operasi generator janakuasa, dan mengalihkan
Sesi perbincangan kumpulan fokus untuk kumpulan ketiga diikuti oleh empat orang peserta, iaitu: Djaali (DJ), Ibnu Suud (IS), Muhanni (MH), dan Dimyati (DM).Kumpulan fokus ini membincangkan tentang Perilaku Penjimatan Tenaga Elektrik Isi Rumah di Kecamatan Cimanggis, Kota Depokyang mengambil tujuh tema utama dari penterapan Program DSM PT. PLN (Persero).Rajah 3 menggambarkan perbincangan fokus tersebut berlangsung.
Rajah 3. Sosiogram Perbincangan Kumpulan Fokus Kumpulan Ketiga Sepanjang perbincangan kumpulan fokus berlangsung, Bapak DJ berpendapat bahawa
cara melakukan pemuliharaan tenaga elektrik, seperti penerangan rumah. Ini bermula dari rancangan rumah tinggal, rumah yang beliau tempati semasa kini dirancang oleh pengembang.Rumah tinggal yang ditempati tidak dibuat untuk jimat tenaga elektrik. Beliau menginformasikan bahawa kapasitor yang terpasang pada barangan elektronik di rumah sesuai yang dicadangkan oleh program DSM.Bapak DJ juga mengatakan kempen penjimatan tenaga elektrik yang disampaikan oleh media massa adalah cukup baik. Beliau mencadangkan kempen penjimatan tenaga elektrik perlu berganding bahu dengan pelbagai media, seperti di kawasan pemukiman dipasang papan reklame menggambarkan seseorang menggunakan lampu TL yang jimat tenaga elektrik. Kempen maklumat melalui akhbar, radio, dan televisyen dikukuhkan dengan papan reklame atau billboard.
Pada masa yang bersamaan, mengawal penggunaan tenaga elektrik di rumah sukar untuk dilakukan.Anak-anak main game atau pembantu rumah sering nonton sinetron. Bapak DJ sendiri juga mencontohkan menyalakan lampu penerangan teras jam 18.00 atau Pada masa yang bersamaan, mengawal penggunaan tenaga elektrik di rumah sukar untuk dilakukan.Anak-anak main game atau pembantu rumah sering nonton sinetron. Bapak DJ sendiri juga mencontohkan menyalakan lampu penerangan teras jam 18.00 atau
Bapak IS mencuraikan pengalamannya manakala beberapa kali ikut sosialisasi jimat tenaga elektrik di kelurahan, pihak PLN banyak berjanji akan meningkatkan perkhidmatan, seperti pembayaran bil di pejabat pos, koperasi, bank, atau ATM. Bila untuk membayarkan bil tagihan bagus, namun untuk gangguan elektrik penanganannya sangat lambat. Lima bulan yang silam ianya mengeluhkan tegangan yang terlalu rendah.Beberapa hari terakhir ini masalah itu muncul kembali.Apakah hal ini dapat diklaim?Seharusnya proteksi di gardu diset untuk padam daripada menimbulkan kerosakan.Peristiwa itu bentuk ketidakprofesionalan injiner dan manajemen PLN Depok.
Pentadbiran awam yang berorientasi pelanggan, menurut Bapak IS PLN perlu kaedah- kaedah yang cekap dan efektif dengan mensosialisasikan kepada pelanggan apa tugas dan fungsi dari Front liner , iaitu UPJ dan Service point . Bapak IS melengkapkan pendapat Bapak DJ bahawa kempen jimat tenaga elektrik di media massa sama sekali tidak efektif. Diperlukan maklumat jimat tenaga elektrik yang dapat membantu untuk mengurangkan polusi udara.Ditonjolkan pula bahawa tenaga elektrik yang kita pakai itu adalah hasil dari pembangkit tenaga elektrik dengan minyak bakar yang kosnya mahal.
Dalam kumpulan ini Ibu MH satu peserta wanita cukup aktif membincangkan jimat tenaga elektrik. Ianya menuturkan bahawa tiga hari ini ada pemadaman elektrik berulangkali dari PLN. Pada tarikh 5 September 2009 tempat kami mengalami padam elektrik tiga kali dan malah saat padam yang ketiga kalinya itu mulai dari jam 15.00 dan baru menyala kembali jam
17.30. Hal ini amat mengganggu aktiviti di rumah kami, kerana mengganggu masa belajar anak-anak dan juga barangan elektronik menjadi rosak.Apakah PLN sedia bertanggung jawab atas kerugian materi yang kami alami. Bila pemadaman tiba-tiba terjadi dan kami menghubungi dinas gangguan PLN, kami diminta untuk bersabar dengan alasan ada perbaikan gardu. Tetapi bila kami selaku pelanggan ada kekurangan atau keterlambatan dalam hal pembayaran tagihan pihak PLN tidak ada dispensasi ataupun win-win solution buat masalah pelanggan.
Untuk penjimatan tenaga elektrik Ibu MH juga menyatakan “Saya juga tahu bila elektrik terputus, anak-anak marah-marah kerana kesenangan menonton TV terganggu, atau belajarnya terganggu.Kerapkali saya kasih tahu pembantu rumah, anak-anak dan juga bapaknya nonton TV ada waktunya tersendiri, bila berangkat tidur lampu yang tidak diperlukan dipadamkan. Saya ingat bila jam 12 malam stesen SCTV itu mengingatkan untuk
memadamkan lampu…”.Ibu MH mencadangkan bahawa PLN perlu membentuk satuan gugus tugas yang profesional dan berdedikasi tinggi untuk menampung keluhan-keluhan dan cadangan yang disampaikan masyarakat.Keluhan-keluhan dan cadangan tersebut dihimpun dan ditindaklanjuti dengan cepat dan tepat, serta dianalisis untuk dijadikan dasar pembuatan polisi untuk pelayanan pelanggan. Ianya juga menekankan bahawa label mencakup seluruh barangan elektronik di rumah.
Ibu MH berpendapat bahawa kempen jimat tenaga elektrik yang dilakukan masa kini, terakam penjimatan tenaga elektrik hanya normatif sahaja, yakni dengan mematikan barangan eletronik yang tidak diperlukan. Menjimat tenaga elektrik secara konvensional tentu saja benar, namun bukan satu-satunya cara. Perlu diberikan pengetahuan yang lebih komprehensif kepada masyarakat bahwa ada pelbagai langkah lain yang bisa dilakukan untuk menjimat elektrik tidak hanya teknis, misalnya memanfaatkan untuk kegiatan produktif.
Bapak DM menyahuti bahawa di rumahnya sudah berupaya jimat tenaga elektrik untuk mengurangkan bil setiap bulannya. Dikeluhkannya bahawa PLN melalui keputusan Pemerintah menaikkan tarif elektrik. Jimat tenaga elektrik tetapi tetap bayar mahal, KWh-nya lebih kecil tapi tarifnya naik. Ditanggapinya pula perkhidmatan jasa tenaga elektrik kurang baik kerana elektrik sering terputus. Sebagai informasi, elektrik saya kapasitinya 20 Watt, dipakai 10 untuk usaha kedai internet, lampu TL ada 4 buah masing-masing 20 Watt, peti sejuk 75 Watt, penghawa dingin 3/4 PK 600 Watt. Pada bulan Juni dan Julay komputer sering dipakai, ditambah kompor elektrik untuk keperluan masak, apabila digunakan bersama- sama ternyata elektrik tidak terputus. Bulan Ogos dengan kondisi sama, elektrik terputus. Apakah kerana penggunaan elektrik berlebih? Pelanggan juga diberi beban membayar penerangan jalan umum (PJU), namun lampu PJU belum ada yang dipasang di jalan umum.Bapak DMmengatakan bahawa kempen jimat tenaga elektrik melalui media massa sering dilakukan, apabila diikuti dengan penyuluhan pemanfaatan tenaga elektrik semakin cepat program DSM berjaya. Beliau juga menginformasikan bahawa pembayaran bil elektrik dilakukan setiap awal bulan di Pejabat Pos.
Penemuan Kajian
Seperti yang dijelaskan, FGD untuk penyelidikan ini dijalankan melalui tiga kumpulan yang terdiri dari sembilan orang peserta lelaki dan tiga orang peserta wanita. FGD tentang Perilaku Penjimatan Tenaga Elektrik Isi Rumah di Kecamatan Cimanggis, Kota Depok membincangkan tujuh tema utama yang diambil dari penterapan Program Demand Side Management (DSM) PT. PLN (Persero), iaitu :
1. Keuntungan program DSM bagi pelanggan;
2. Jenis program DSM khusus yang diperlukan pelanggan;
3. Perkhidmatan elektrik kepada pelanggan;
4. Barangan elektronik jimat tenaga elektrik yang dicadangkan oleh Program DSM;
5. Persepsi pelanggan terhadap kempen Program DSM dari media massa;
6. Keputusan isi rumah untuk menjimatkan tenaga elektrik;
7. Kesenangan memilih lokasi pembayaran bil tenaga elektrik. Keseluruhan peserta FGD memandangkan positif tentang Program DSM dari PT. PLN (Persero). Mereka juga merasa puas dengan proses perbincangan dengan memberikan cadangan tentang menjimatkan tenaga elektrik dari tujuh ciri, iaitu:
1) Pembekalan tenaga elektrik oleh PLN.
2) Pemuliharaan tenaga untuk mengurangkan beban bekalan tenaga elektrik.
3) Peranan kearifan lokal untuk menjimatkan tenaga elektrik.
4) Peranan Pemerintah, PLN dan pelanggan dalam penjimatan tenaga elektrik.
5) Perlunya akuntabiliti PLN sebagai penyedia jasa tenaga elektrik.
6) Kesedaran pelanggan tentang erti pentingnya tenaga elektrik.
7) Kecekapan petugas PLN untuk melayani pelanggan tenaga elektrik. Seorang peserta (Dadang Sasmita) menyatakan bahawa PLN membekalkan tenaga elektrik harus mengambil polisi melaksanakan public hearing lebih dahulu. Dadang Sasmita menyatakan sebagai berikut: “Topik jimat elektrik menarik menjadi perbincangan, sebab kita kesehariannya amat bergantung pada tenaga ini. Perlu ada perhatian bersama, agar PLN itu tidak berjalan sendiri, tahu hak dan kewajibannya sebagai Badan Usaha Milik Negarauntuk kesejahteraan umum.Contohnya, jimat elektrik apa keuntungan bagi pelanggan, pemerintah dan PLN sehingga programnya menarik”.
Peserta lainnya (Sri Setiyawati ) menekankan bahawa: “Program pemuliharaan tenaga bila disemak mengandungi pengertian bahawa pemuliharaan tenaga dalam arti sempit. Pemuliharaan itu lebih luas dibandingkan dengan pengertian yang ada di dalam program pemerintah. Pemuliharaan adalah sebahagai satu cara untuk mengurangkan beban pembekalan tenaga elektrik dengan memanfaatkan secara maksimal”.
Seorang peserta (Maruli Matondang) menegaskan peranan yang boleh diambil kira PLN bahawa: “Topik jimat elektrik memang penting untuk dibincangkan utamanya hak-hak
pelanggan. Kita tidak dapat mengelakkan bahawa peranan PT. PLN saat ini menjadi sangat penting.Peranannya mendominasi sebagai pembekalan jasa elektrik.Dalam hal ini perlu ada pertanggungjawaban secara tegas, agar perusahaan itu tidak mencemari udara, merugikan pengairan sawah petani, dan membahayakan jiwa publik.PLN agar tidak menjadi tempat tumbuh suburnya korupsi, ini yang sebenar perlu difasilitasi untuk dibincangkan.Menjaga supaya pelanggan PLN yang berdaulat, tahu hak dan kewajibannya”.
Pese rta lainnya (Ngadiman) menyatakan bahawa: “Begini Pak, masih banyaknya masyarakat yang belum menikmati elektrik. Faktanya banyak ahli masyarakat belum peduli erti penting tenaga elektrik.Ini tercermin dari sikap membazir elektrik yang berakibat mengurangkan bekalan tenaga elektrik. Kita masih ingat peristiwa September black out tahun 2002 yang terjadi di Jawa-Bali dan berulang lagi 18 Ogos dua tahun lalu ”.
Keseluruhan peserta FGD menyampaikan cadangan tentang jenis Program DSM khusus yang diperlukannya.Cadangan tentang jenis Program DSM khas sebanyak sepuluh ciri yang disemak dari sebarang aspek, iaitu :
1) Perlunya pola hidup jimat energi (Green energy), utamanya tenaga elektrik untuk mengurangkan pencemaran karbon.
2) Perlunya pemeliharaan rangkaian elektrik dan stesen janakuasa dengan rutin.
3) Perlunya perundang-undangan ketenagaan bahawa PLN menjadi badan usaha publik daripada syarikat/korporasi pembekalan tenaga elektrik.
4) Subsidi tarif tenaga elektrik bagi pelanggan rumah tangga menengah dan miskin.
5) Perlunya polisi ketenagaan nasional.
6) Kesedaran pelanggan akan pembayaran bil tenaga elektrik setiap awal bulan akan menyokong pemerataan bekalan tenaga elektrik.
7) Perlunya kebijakan pemerintah yang berkait rapat dengan keberlanjutan keperluan tenaga primer sektor ketenagaelektrikan.
8) Perlunya PLN melakukan diversifikasi tenaga untuk mengurangkan resiko kehabisan bekalan tenaga primer bagi stesen janakuasa.
9) Perlunya kempen tenaga elektrik yang menjelaskan sistem pre paid voucher .
10) Perlunya task force yang profesional bagi PLN sebagai penyedia tenaga elektrik.
Cadangan jenis Program DSM khas yang diperlukannya, pertama kalinya disampaikan oleh Ibu Sri Setiyawati: “Begini Pak! Penterapan pemuliharaan tenaga untuk seluruh tahap
pemanfaatan, bermula dari pemanfaatan tenaga sampai kepada membudayakan pola hidup jimat tenaga atau Energi Hijau (Green Energy). Untuk pemuliharaan tenaga elektrik bagaimana cara memanfaatkan dengan bijaksana, perekayasaan perilaku pelanggan elektrik utamanya isi rumah untuk memenuhi keperluannya ”.
Sedangkan Maruli Matondang berpendapat berbeza: “Persoalannya adalah ada dua, iaitu soal etika dansoal hukum. Menurut saya, kalau etika saja tidak cukup efektif untuk membangun kedaulatan pelanggan.Etika itu lebih banyak “diawang-awang” atau tidak Sedangkan Maruli Matondang berpendapat berbeza: “Persoalannya adalah ada dua, iaitu soal etika dansoal hukum. Menurut saya, kalau etika saja tidak cukup efektif untuk membangun kedaulatan pelanggan.Etika itu lebih banyak “diawang-awang” atau tidak
Pantur Sinaga menyoroti polisi PLN berikut i ni: “Saya punya catatan sekitar 60 peratus pembekalan elektrik di Jawa dan Bali untuk industri. Penggunaan elektrik dari PLN untuk industri semakin meningkat, semula mereka menggunakan generator sendiri, banyak yang beralih menggunakan listrik PLN akibat kenaikan harga minyak bakar. Ini namanya subsidi bagi orang yang punya modal. Oleh itu, kempen jimat elektrik kepada kalangan industri menjadi penting”. Komen Bapak Ngadiman terhadap polisi PLN itu sebagai berikut: ”Saya tambahkan Pak, polisi pemerintah tentang ketenagaelektrikkan adalah tidak adil, contohnya belum meratanya penyebaran elektrik ke seluruh pelosok tanah air. Paling tidak 45 peratus penduduk Indonesia belum menikmati elektrik.Tak hanya itu, pemanfaatan elektrik terkonsentrasi di Pulau Jawa dan Bali. Data PLN sendiri mengatakan tahun 2002 konsumsi elektrik di Jawa dan Bali mencapai 80 peratus dari total konsumsi nasional”. Peserta lain (Ibnu Suud) berpendapat senada bahawa “PLN dituntut untuk menggunakan juga pelbagai jenis tenaga untuk membekalkan tenaga elektrik.Bahan bakar stesen janakuasa jangan hanya minyak bakar sahaja.Ada pilihan tenagalain, seperti tenaga air, angin, suria, panas bumi, dan biomasa”.
Ibu Muhanni menuturkan bahawa Program DSM khusus yang menyangkut pelayanan PLN sebagai berikut: “PLN harus memiliki satuan gugus tugas yang benar-benar profesional dan berdedikasi tinggi untuk menerima cadangan dari masyarakat. Cadangan itu dihimpun, diolah, dan dianalisis untuk dijadikan dasar pembuatan polisi guna meningkatkan per khidmatan”.
Peserta FGD telah menyampaikan pandangan tentang perkhidmatan tenaga elektrik kepada pelanggan, dengan menghasilkan cadangan sebanyak lapan cadangan, iaitu:
1) Perlunya mengurangkan kekerapan pemadaman elektrik
2) Pelayanan penggantian rangkaian kabel PLN perlu keberlanjutan
3) Telah sedia banyak tempat bayaran elektrik
4) Perlunya konsistensi program penggantian lampu jimat elektrik
5) Perlunya sosialisasi tarif untuk WBP dan LWBP
6) Perlunya sosialisasi pelayanan daripada Front linear
7) Perlunya sosialisasi label peralatan elektrik
8) Perlunya koordinasi pemda dan PLN mengenai PJU Dalam menanggapi perkhidmatan tenaga elektrik kepada pelanggan, Dadang Sasmita menyatakan bahawa “Bulan-bulan ini sering terjadi pemadaman elektrik oleh PLN. Kami sedar bekalan elektrik semasa kini terhad. Pembayaran bil elektrik lebih murah dan elektrik tidak sering terputus, hal ini yang diminta oleh pelanggan ”. Peserta lain, Ibu Sri Setiyawati menanggapi berbez a “Perkhidmatan PLN cukup baik, tiga bulan yang lalu ada penggantian kabel baru keseluruh sesalur elektrik di rumah pelanggan”. Bapak Maruli Matondang menanggapi bahawa “Program penggantian lampu pijar 40 Watt dengan lampu TL 8 Watt tidak berlanjutan, lamp u ada masa hidup”.
Sedangkan peserta lain (Ngadiman) berpendapat bahawa: “Penentuan tarif, apa itu Waktu Beban Punca (WBP) dan Luar Waktu Beban Punca (LWBP) perbezaan harganya
nggak pernah tahu”. Ibu Muhanni menekankan bahawa: “Label barangan elektronik rumah perlu ada bagi lampu, peti sejuk, penghawa dingin, seterika, pesawat televisyen, mesin cuci, kipas angin, paip air. Pihak PLN perlu memberi tahu kepada masyarakat melalui brosur atau leaflet”. Bapak Dimyati menyoroti tentang persoalan Penerangan Jalan Umum (PJU), iaitu “Koordinasi dengan baik kepada pemerintah daerah untuk mengurusi PJU, selama ini tiada kejelasan ”.
Peserta FGD memberikan pendapatnya tentang barangan elektronik jimat tenaga elektrik yang dicadangkan oleh Program DSM sebanyak dua cadangan, iaitu:
1) Perlunya ukuran barangan elektronik yang jimat tenaga elektrik.
2) Perlunya ukuran harga dan penunjukkan kedai yang menjual barangan elektronik yang jimat tenaga elektrik. Pendapat para peserta FGD tentang barangan elektronik jimat tenaga elektrik yang dicadangkan oleh Program DSM, dinyatakan oleh Bapak Maruli Matondang berikut “Saya saat akan membeli barangan elektronik, membandingkan harga, brand , wattnya dan label jimat elektrik resmi disahkan oleh pemerintah. Biar ada jaminan adalah betul-betul jimat elektrik”. Hal itu ditambahkan pula oleh Ibu Zita Sumardi berikut ini “Saya menggunakan lampu TL yang jimat elektrik yang diberikan oleh PLN semasa membayar bil elektrik di koperasi yang bekerjasama dengan PLN untuk menerima bayaran elektrik. Apabila membayar di Bank atau ATM tidak bisa membeli lampu. Sebaiknya PLN juga sedia permintaan lampu TL bersubsidi untuk kedai yang ditunjuk menjual lampu dengan harga murah tersebut. Lampu-lampu bersubsidi tersebut diberi label khas agar tidak dijual dengan harga tinggi oleh kedai elektronik tersebut ”.
Bapak Ngadiman meminta polisi barangan elektronik yang dicadangkan tersebut dibuat buku manual agar mudah dipahami oleh pengguna. “Selama ini pengguna barangan elektronik seperti lampu penerangan, penghawa dingin, peti sejuk, pesawat televisyen dan sebagainya kurang memahami petunjuk-petunjuk cara menggunaakan barangan tersebut. Buku manual yang diterbitkan oleh kilang barangan elektronik sukar difahami oleh pengguna, kerana ditulis dengan bahasa asing dan dalam bahasa Indonesia yang terhada. Jaminan purna jual barangan elektronik tidak ditunjukkan dengan jelas”. Pantur Sinaga pula meminta jaminan sesuai yang tertera pada label: “Jaminan jimat elektrik apakah sesuai yang tertera di label?Lembaga mana yang mengkawal, apakah Kementerian ESDM, PLN, Kementerian Perindustrian atau Kementerian Perdagangan.Pemerintah perlu membuat aturan dan mekanismauntuk melindungi konsumen dari barangan elektronik palsu”.
Peserta FGD menanggapi kempen media massa tentang program DSM sebanyak lima cadangan, iaitu:
1) Kempen penjimatan tenaga elektrik sebaiknya dapat menggugah kesedaran pelanggan tentang erti pentingnya tenaga elektrik dan bukan hanya teknis semata.
2) Perlunya media kempen yang pelbagai jenis.
3) Perlu kandungan penjimatan tenaga elektrik yang muatannya menjelaskan tahap-tahap pelaksanaan.
4) Kandungan kempen media juga menjelaskan bahaya kebakaran dan tindakan kejahatan pencurian tenaga elektrik. Effendi menanggapi kempen media massa tentang program DSM berikut ini “Selain di media massa, kempen jimat elektrik dengan brosur, papan reklame untuk memujuk 4) Kandungan kempen media juga menjelaskan bahaya kebakaran dan tindakan kejahatan pencurian tenaga elektrik. Effendi menanggapi kempen media massa tentang program DSM berikut ini “Selain di media massa, kempen jimat elektrik dengan brosur, papan reklame untuk memujuk
Ngadiman mencadangkan sisi kempen media bukan hanya persoalan teknis berikut ini “Sebaiknya ada pemujukan bahawa menjimatkan elektrik dapat mengelakkan pencemaran.Ditunjukkan pula bahawa tenaga elektrik yang digunakan adalah hasil dari stesen janakuasa yang berbahan bakar minyak, sehingga kita memahami tenaga elektrik adalah mahal atau semahal harga minyak bakar. Dengan itu, diharapkan Bapak-bapak dan Ibu-ibu dapat menyampaikan persoalan tersebut kepada isi rumah atau jiran.Saya berharap pada suatu masa orang akan sedar k endiri”. Hal yang sama dicadangkan pula oleh Ibnu Suud “Selama ini saya melihat kempen di media massa kurang efektif. Penglibatan masyarakat untuk menjimatkan tenaga elektrik adalah perlu untuk mengelakkan resiko pencemaran. Saya berharap masyarakat sedar tentang resiko tersebut ”.
Kempen maklumat media perlu pembungkusan yang memberi semangat dan kesedaran kepada khalayak, ini dinyatakan oleh Ibu Muhanni bahawa ”Kempen jimat elektrik yang ada terakam adalah hanya cara menggunakan barangan eletronik yang sebenar agar jimat elektrik. Penjimatan tenaga elektrik dengan cara itu tentu saja benar, namun bukan satu- satunya. Masyarakat perlu diberi penjelasan bahawa menjimatkan elektrik bukan sahaja persoalan teknis semata-mata, tetapi dapat juga untuk melakukan kegiatan produktif.”
Dimyati menyatakan pula tentang kesedaran masyarakat, sebagai berikut ”Kegiatan kempen berperanan penting untuk memberi motivasi agar masyarakat sedar untuk menjimatkan tenaga elektrik. Kempen selama ini telah banyak dilakukan, namun perlu dijelaskan kepada masyarakat tentang faedah berjimat eletrik agar pelaksanaan gerakan jimat elektrik nasional memperolehi hasil yang memuaskan.”
Peserta FGD memberikan pendapatnya tentang siapa dan bagaimana membuat keputusan menjimatkan tenaga elektrik dirumah tangga, sebagai berikut :
1) Isteri memberikan pesan kepada pembantu rumah tangga untuk memanfaatkan tenaga elektrik sesuai keperluan seperti mengurangkan untuk menonton televisyen.
2) Suami dan isteri mencontohkan ahli keluarga perlunya lampu jimat elektrik.
3) Isteri teliti untuk membeli barangan elektronik jimat tenaga elektrik.
Ibu Sri Setiyawati peserta FGD memberikan tanggapan tentang siapa dan bagaimana mengambil polisi menjimatkan tenaga elektrik di rumah sebagai berikut “Sebelum berangkat
kerja saya berpesan kepada pembantu rumah agar menyeterika pakaian sesuai aturan jenis kainnya, dan menonton TV tidak terlalu l ama”. Pantur Sinaga menekankan bahawa ”Isteri saya teliti dalam membeli barangan elektronik, ia meneliti seberapa besar watt barangan elektronik tersebut ”. Sementara Bapak Djaali memberi contoh berjimat tenaga elektrik berikut ini: “Saya menyalakan lampu teras menjelang maghrib dan memadamkan selepas sholat subuh, mengisi penampungan air ja m 10 malam.”
Peserta FGD menanggapi tentang cara membayar bil elektrik berikut :
1. Membayar bil elektrik dengan rutin pada awal setiap bulan di bank terdekat.
2. Kebiasaan membayar lewat ATM Bank yang ditunjuk PLN.
3. Membayar elektrik secara kolektif, anak-anak Karang Taruna yang membayarkan bil elektrik setiap bulan ke koperasi.
4. Membayar bil elektrik dengan rutin setiap awal bulan di Balai Pos terdekat.
Dadang Sasmita menanggapi cara membayarkan bil elektrik bahawa “Oo… nggak! Bayaran bil elektrik rutin setiap awal bulan di Bank terdekat, biar tidak antri”. Dinyatakan pula peserta lainnya (Effendi) bahawa : “termasuk pelanggan yang membayar di atas tanggal
15 setiap bulannya. Kebiasaan saya membayar melalui ATM Bank yang ditunjuk PLN. Semula saya lihat spanduk bertuliskan PRAQTIS dengan huruf Q berwarna merah dan huruf
lainnya biru maron.Ada pajangan tulisan “Pembayaran Rekening Listrik Fleksibel dan Automatik‟.Ada maskot PRAQTIS berupa gambar bulatan wajah berwarna kuning lengkap bertopi dengan kaki dan tangan merah serta jari-jari biru terpampang di pojok kiri.Disebarkan pula brosur tentang membayar bil elekktrik di 13 bank.Maklumatnya lengkap, ada onlinepayment point, meliputi persiapan updating data base pelanggan, software aplikasi, hardware hingga infrastruktur telekomunikasi.Produk PRAQTIS memang memberikan kemudahan bagi pelanggan PT PLN dalam membayar bil elektrik.Pelanggan bebas menentukan lokasi pembayaran bil elektrik. Pembayaran bil dapat pula melalui ATM, tersedia waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu.” Sementara Suyadi mengatakan “Isteri saya mengatur bayaran elektrik secara kolektif, Karang Taruna yang membayarkan bil elektrik ke koperasi setiap bulan ”. Dinyatakan pula oleh Dimyati bahawa : “Bil elektrik dibayarkan untuk setiap awal bulan di Pejabat Pos ”.
Perbincangan dan Simpulan
Keputusan kajian ini telah menunjukkan bahawa kredibiliti maklumat dan media secara empirikal pada kempen penjimatan tenaga elektrik adalah kayu ukur utama bagi pendedahan media massa. Kempen maklumat publik yang menjadi acuan bagi kajian ini telah diwujudkan sejak 10 Julai 2005 melalui polisi publik yang dikeluarkan oleh Pemerintah Indonesia berupa Instruksi Presiden Republik Indonesia Nomor 10 Tahun 2005 Tentang Penjimatan Energi. Maklumat kempen yang disebarkan media massa telah dirancang untuk menyedarkan pentingnya jimat tenaga elektrik, mengaitkan barangan elektronik yang jimat tenaga elektrik berterusan untuk jangka masa tertentu. Contohnya tayangan di televisyen dengan slogan “Hemat listrik hemat biaya”.
Berkait dengan kredibiliti maklumat media, keputusan yang diperolehi dari perbincangan kumpulan fokus mengukuhkan lagi tentang peranan media seperti dikatakan
oleh Suyadi “Kempen jimat elektrik di media massa saya usul tidak hanya menggunakan lampu TL jimat elektrik, mengurangkan pemakaian barangan elektronik dari jam 5 petang sampai jam 10 malam sahaja. ” Sri Setiyawati juga menyatakan “Perlu memujuk agar menjimatkan elektrik untuk mengurangkan resiko pemanasan global ..... “Tunjukkan dalam kempen bahawa tenaga yang kita pakai daripada stesen janakuasa yang bahan bakarnya adalah minyak bakar, batu arang, bila dapat dikurangkan akan mampu menurunkan
pencemaran udara.”Ngadiman berkata pula “Sebaiknya pemujukkan melalui media dapat menunjukkan jimat elektrik dapat mengurangkan pencemaran atau pemanasan global memulakan banyak orang berasa akibat daripada tidak menentunya musim hujan.... .”.
Keupayaan meningkatkan kredibiliti maklumat dan media sesuai dengan pandangan Well et al. (1989); Bovee dan Arens (1986) bahawa untuk mempengaruhi kuasa mengingati khalayak ialah dengan mengaitkan produk terhadap atribut atau kata-kata tertentu.Caranya dengan mengaitkan idea jimat tenaga elektrik dengan atribut itu agar akrab dan sebagai perbendaharaan kata bagi khalayak. Media yang mempunyai kuasa pemikat, maka kandungannya akan berkesan diterima khalayak (Manchanda, Dubé, Goh & Chintagunta, 2006).