Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan aw

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Anak
PERMATA Negara
Fauziah Hanim Jalal1, Fairuz ‘Ain Harun2, Noraini Ismail3, Nazariah Abd Samad4.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Volume 3, No. 1, 2014, Pages 36 to 61)
Times cited: 0

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu disokong oleh pelbagai pihak khususnya pendidik, ibu bapa
dan komuniti. Sokongan ini merupakan satu konsep complimentary learning bagi membantu pencapaian segala keperluan
dan kejayaan kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis aktiviti yang disertai dan persepsi penglibatan
dan halangan dalam penglibatan ibu bapa di Pusat Anak Permata Negara (PAPN). Empat buah pusat (luar bandar=2,
pinggir bandar=1, bandar=1) dari dua buah negeri dan seramai 102 ibu bapa (Bapa =22, Ibu =76, Penjaga = 4) telah diplih
menggunakan persampelan berstrata. Kaedah kajian adalah berbentuk tinjauan. Data di analisis menggunakan kaedah
deskriptif bagi mendapatkan min, kekerapan, dan peratusan. Kajian mendapati pusat telah mengadakan banyak aktiviti
yang sesuai mengikut keperluan ibu bapa. Namun majoriti ibu bapa terlibat dalam dua aktiviti di pusat iaitu hadir dalam
mesyuarat bulanan dan aktiviti dua jam setiap minggu. Persepsi ibu bapa terhadap penglibatan di pusat adalah positif dalam
kesemua empat aspek penglibatan iaitu komunikasi (min=4.43), penerimaan (min=4.38), empowerment (min=4.27) dan
persekitaran (min=4.13). Penglibatan ibu bapa masih di tahap sederhana kerana halangan besar mereka ialah kesuntukan
masa kerana bekerja. Keputusan mengenai penglibatan ibu bapa memberi implikasi kepada pihak pusat untuk
meningkatkan lagi kerjasama dengan pihak ibu bapa agar keperluan mereka difahami.

Perkembangan bahasa dan perubahan tingkah laku sosial kanak-kanak

prasekolah
Zamri Mahamod1, Awang Salleh Awang Wahap2.
Jurnal Bahasa (Volume 8, No. 1, 2008, Pages 160 to 203)
Times cited: 0

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perkembangan bahasa Melayu (BM) kanak-kanak prasekolah dan
kesannya terhadap perubahan tingkah laku sosial kanak-kanak prasekolah tersebut. Kajian kes menggunakan reka bentuk
gabungan eksplanatori ini dijalankan di sebuah prasekolah Annex di Sarawak. Seramai 48 orang kanak-kanak prasekolah
mewakili etnik Melayu, Iban dan Bidayuh dijadikan peserta kajian. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik skala kadar
guru dan pemerhatian kekerapan. Sebanyak 30 item perkembangan bahasa dibina berdasarkan hasil pembelajaran dalam
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pemerhatian dilakukan terhadap dua jenis tingkah laku sosial, iaitu tingkah laku
prososial (konstruk membantu, berkongsi dan memujuk) dan tingkah laku antisosial (konstruk agresif, disruptif dan
menyisih). Kajian mendapati kanak-kanak menunjukkan tahap kekerapan tingkah laku prososial yang lebih tinggi
berbanding tingkah laku antisosial. Kajian ini menyokong prinsip-prinsip utama dalam Teori Perkembangan Vygotsky.

http://www.academia.edu/19268532/KEPENTINGAN_PENGLIBATAN_IBU_BAPA_DI_TADIKA
https://generasiglobal.wordpress.com/2011/12/29/penglibatan-ibu-bapa-dalam-pendidikan-awal-anak/
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tahap-penglibatan-ibu-bapa-di-sekolah-perlu-dipertingkatmahdzir-khalid-1.387116