CBFC1103 Kajian Liputan Media ke atas ko

SEMESTER MAY / TAHUN 2013

CBFC1103
Introduction to communication

TAJUK TUGASAN:

Fungsi Media Massa Dan Peranannya Di Dalam Isu Pencerobohan
Lahad Datu

NAMA

:

RASMAN ABDULLAH

NO. MATRIKULASI

:

750614036095001


E-MEL

:

[email protected]

0

1.0 Pengenalan
Krisis pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013 bermula apabila sekumpulan
penceroboh yang diketahui dari kumpulan pengikut kesultanan Sulu telah mendarat di
Lahad Datu. Mereka ini secara berperingkat telah memasuki Felda Sahabat 17 di
kampung Tanduo. Pencerobohan ini berlaku disebabkan oleh tindakan pewaris kesultanan
Sulu iaitu Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram yang telah mendakwa bahawa
kerajaan Sabah adalah milik Kesultanan Sulu dan beliau ingin menuntutnya kembali.
Liputan media terhadap kejadian pencerobohan ini boleh dikatakan agak
lambat dan banyak pihak telah menuduh kerajaan lambat dan terlalu berlembut dengan
pihak penceroboh. Ini disokong pula oleh laporan media yang melaporkan anggota
keselamatan negara telah diserang oleh penceroboh sehingga berlaku pertumpahan darah

dan menyebabkan beberapa anggota keselamatan kita telah terkorban. Agensi-agensi
media di seluruh dunia banyakyang telah datang ke Malaysia untuk mendapatkan berita
perkembangan semasa dan melaporkannya tetapi tidak banyak kerjasama yang diperolehi
daripada pihak keselamatan. Ini adalah kerana kerajaan telah memutuskan berdasarkan
faktor-faktor keselamatan awam agar pihak media mendapat maklumat yang terhad
daripada apa yang telah berlaku. Ini menyebabkan masyarakat telah mencari satu
alternatif lain untuk mendapatkan sumber maklumat. Dengan itu penonton akan berpaling
dari media arus perdana.
2.0 Fungsi Media
Apabila berita tentang pencerobohan Lahad Datu tersebar, pelbagai maklumat berkenaan
dengannya sampai kepada kita. Berita ini telah mencetuskan pergolakan dan menarik
perhatian semua sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Berita ini
juga telah mendapat perhatian dan liputan dalam media elektronik dan digital. Di
peringkat awal penawanan Lahad Datu yang telah menimbulkan ketegangan di kalangan
masyarakat, pihak media telah sedaya upaya mendapatkan liputan dari setiap sudut yang
mungkin bagi memberikan sebanyak mungkin maklumat kepada orang awam dan pihak
berkenaan berkenaan situasi yang sedang meruncing tersebut. Untuk mengelakkan
timbulnya kekalutan dan suasana panik di kalangan rakyat, pihak berkuasa

telah


memantau dan mengawal liputan yang dibuat oleh pihak media berkenaan dengan situasi
ini. Kawalan oleh pihak kerajaan ini dianggap perlu disebabkan keghairahan media yang
cuba mendapatkan perhatian pembaca kepada isu yang diterbitkan oleh mereka.
Sememangnya pihak media maklum bahawa untuk menarik perhatian pembaca dan
1

pendengar, mereka perlu mengetahui kewujudan sesuatu isu dan akan terpanggil untuk
mengikuti perkembangan isu tersebut. Keghairahan media ini yang cuba membuat liputan
dari setiap sudut dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dibimbangi akan
menggagalkan langkah berjaga-jaga dan keselamatan yang telah dibuat oleh pihak
kerajaan. Keadaan ini juga dibimbangi akan mendedahkan strategi pihak kerajaan dalam
usaha menangani konflik yang timbul, khususnya di Lahad Datu. Di sini dapat dilihat
betapa media dapat mempengaruhi orang awam melalui liputan terhadap sesuatu isu yang
dibuat olehnya.
Tidak dapat dinafikan bahawa kita dikelilingi oleh media dan ia memberi
pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Tidak kira apa sahaja yang kita lakukan, atau
di mana sahaja kita berada, kita akan sentiasa terdedah kepada berita-berita dan maklumat
daripada media massa. Jika diperhatikan dengan teliti, hidup kita banyak terdedah dan
bergantung kepada media yang mana ia telah membentuk cara kita berfikir, cara kita

melihat sesuatu isu dan permasalahan, dan juga mempengaruhi setiap keputusan yang
kita ambil dalam sesuatu situasi. Selain itu, media mampu mempengaruhi pemikiran,
percakapan, perbuatan, malah ideologi kita juga boleh terbentuk dengan pengaruh media.
Pengaruh media yang besar dan meluas ini sememangnya memberi kesan
dalam kehidupan kita seharian. Disebabkan pengaruh ini juga, boleh dikatakan media
mampu membentuk corak pemikiran sesebuah masyarakat. Menurut Massila dan Arfah
(2011), peranan dan fungsi media massa dalam masyarakat adalah seperti berikut:
1. Fungsi mengawasi
2. Fungsi intepretasi
3. Fungsi menghubung
4. Fungsi memujuk
5. Fungsi sosialisasi dan menyebarkan nilai
Liputan media semasa krisis Lahad Datu telah menunjukkan peranan besar yang
dimainkan pihak media dalam menyebarkan maklumat mengenai kejadian tersebut serta
rentetan-rentetannya. Di sini dapat dilihat bagaimana fungsi-fungsi media yang
dinyatakan di atas memainkan peranan dalam krisis tersebut.

2.1 Fungsi mengawasi

Massila dan Arfah (1998) menyatakan bahawa fungsi ini wujud apabila media

menyebarkan maklumat sebanyak mungkin atau menyampaikan maklumat dengan lebih
2

kerap. Fungsi ini merupakan yang terawal digunakan oleh manusia dan seterusnya media
yang mana tumpuan penuh adalah kepada sumber maklumat dan tidak mementingkan
reaksi penerima maklumat.
Menurut The Online Media pula, fungsi mengawasi ini mempunyai dua tujuan,
iaitu yang pertama adalah untuk memberi amaran tentang wujudnya ancaman atau bahaya
yang sedang atau bakal menimpa masyarakat samada dalam kumpulan kecil atau
masyarakat umumnya. Contoh yang paling lazim adalah seperti gempa bumi, banjir,
jenayah, serangan ketenteraan, dan letupan gunung berapi. Ia juga dinamakan Amaran
atau Pemberitahuan Berjaga-jaga. Semasa berlakunya konflik Lahad Datu, media telah
menunjukkan dan memainkan peranannya dalam melaksanakan fungsi memberitahu ini.
Masyarakat sentiasa dihidangkan dengan maklumat-maklumat serta perkembangan
terkini berkaitan dengan kejadian tersebut yang sedang berlaku pada masa itu.
Masyarakat juga disedarkan oleh media melalui penyebaran maklumatnya tentang
bagaimana kejadian itu boleh menggugat dan mengancam keamanan dan kestabilan
negara. Media juga mendedahkan peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam
menangani kesan daripada krisis yang berlaku itu dan sumbangan serta pengorbanan
anggota polis dalam menjaga dan mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Tujuan yang kedua fungsi ini adalah dinamakan instrumental surveillance. Ini
telah diberikan definisi oleh Baig(2012) sebagai penyebaran maklumat yang berguna dan
perlu kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya adalah seperti harga
pasaran saham semasa, filem-filem baru, berita sukan dan politik tanah air dan
sebagainya. Contoh yang paling terkini adalah Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas di
mana maklumat berkaitan calon-calon yang bertanding adalah merupakan instrumental
surveillance kerana maklumat ini membantu para pengundi membuat keputusan tentang
calon yang akan diundi. Dalam isu Lahad Datu pula, pihak media akan memberikan
maklumat tentang kedudukan kawasan pencerobohan, bilangan komuniti di kawasan
tersebut dan perkembangan pergolakkan di situ. Dengan ini masyarakat keseluruhannya
akan dapat tahu lokasi sebenar kejadian dan apa nasib yang akan menimpa penduduk
tempatan di kawasan tersebut.

2.2 Fungsi interpretasi

3

Media massa bukan sekadar menyampaikan maklumat tentang fakta dan data sahaja
tetapi juga memberikan maklumat tentang matlamat, makna dan kepentingan disebalik
sesuatu peristiwa yang berlaku.

Mengikut The online Media, fungsi interpretasi adalah penerangan kepada data
dan fakta yang menerangkan tentang apa yang berlaku. Massila dan Arfah (2011)
menyatakan fungsi interpretasi bagi media massa adalah berkait rapat dengan fungsi
pengawasan. Beliau menyatakan bahawa pengampang media akan menentukan berita
yang layak untuk disebarkan mengikut turutan kepentingan dan keutamaan. Ini bermakna
tidak semua berita yang diterima disebarkan oleh stesen-stesen televisyen dan radio. Ia
hanya akan disebarkan jika mempunyai kepentingan kepada masyarakat.
Di dalam isu Lahad Datu, pihak-pihak media banyak menghasilkan kronologi
peristiwa yang berlaku sama ada dalam bentuk media cetak mahu pun media digital.
Media-media bertindak melaporkan dimana, bila, sebab berlaku peristiwa dan juga
menjelasskan perkara-perkara yang berkaita tentang reality sebenar isu yang sedang
berlaku. Oleh kerana fungsi intepretasi ini untuk memberikan maklumat, pihak media
seharusnya mempunyai pelapor yang mempunyai kredibiliti dan pengentahuan yang luas
berkenaan dengan isu yang ditulis disamping mempunyai kemampuan untuk
menganalisa.
2.3 Fungsi menghubung
Fungsi menghubung dalam media menggabungkan elemen-elemen atau kumpulan yang
berbeza. Menurut Baig (2012), menghubung adalah menggabungkan elemen berbeza
dalam masyarakat yang terpisah. Sebagai contoh, iklan komersial menghubungkan
penjual dengan pembeli. Tanpa fungsi mengubung ini, pembeli tidak akan mendapat

maklumat berkaitan dengan produk yang dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh
pihak penjual atau penyedia perkhidmatan, malah mungkin tidak akan tahu langsung
tentang kewujudannya kerana tidak wujud penghubung di antara keduanya.
Jika dilihat daripada apa yang berlaku semasa konflik Lahad Datu, media memainkan
peranan penting yang mana segala bentuk media yang ada pada masa sekarang seperti
media cetak, elektronik, digital dan sebagainya telah menjalankan fungsi menghubung ini
dalam tindakan pihak media membina hubungan di antara kelompok-kelompok yang
sebelumnya tidak langsung mempunyai apa-apa perkaitan. Dalam hal ini, pelbagai media
telah bersama-sama mengumpulkan dana daripada orang ramai dan pelbagai sumber bagi
4

membantu mangsa krisis tersebut, yang mana tidak pernah wujud perkaitan di antara
mangsa dan pihak-pihak atau kelompok yang membantu sebelum ini. Ini jelas
menunjukkan fungsi menghubung ini yang wujud dalam media massa.
Kewujudan media digital yang menghubungkan masyarakat dari segenap
pelusuk pada masa sekarang telah membolehkan maklumat tersebar dengan lebih cepat,
meluas, dan merentas sempadan dunia. Ini selari dengan apa yang diperkatakan oleh
Massila Hamzah dan Arfah Yusof (2012) bahawa kemajuan teknologi dalam media telah
mengatasi kekangan masa dan sempadan yang wujud sebelum ini. Namun, tidak dapat
dinafikan bahawa fungsi ini juga boleh membawa keburukan apabila menghubungkan

kelompok atau individu yang salah, yang mana ini boleh membawa kepada ancaman
keselamatan terhadap individu terlibat mahupun dalam masyarakat itu sendiri. Media
sosial seperti facebook sebagai contoh, boleh menghubungkan kumpulan-kumpulan
tertentu yang tidak pernah mempunyai perkaitan sebelum ini yang mana satu kumpulan
boleh menjadi ancaman kepada kumpulan lain. Dalam facebook baru-baru ini terdapat
kumpulan murtad yang secara terang-terangan menghina agama. Media yang kita sedia
maklum mempunyai fungsi mengubung memainkan peranan dalam hal ini. Kumpulan
murtad dalam contoh ini boleh membawa ancaman kepada akidah kumpulan lain yang
mungkin tidak mempunyai pengetahuan luas tentang agama sendiri. Ini akhirnya
mungkin boleh menyebabkan berlakunya perbalahan secara fizikal yang akan menggugat
keamanan dalam masyarakat.
2.4 Fungsi memujuk
Fungsi ini menjelaskan bahawa media massa mempunyai peranan mempengaruhi dan
memujuk pembaca dan pendengar sama ada untuk menerima, bersetuju, atau
bertindakbalas terhadap sesuatu isu. Media mampu mempengaruhi orang ramai dalam
membuat sesuatu keputusan apabila ia sentiasa dijadikan rujukan oleh orang ramai untuk
mendapatkan maklumat dalam semua perkara. Pengaruh media ini boleh bersifat positif
dan negatif. Sebagai contoh, kempen yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dan disebarkan
oleh media seperti kempen taknak merokok akan memberi kesan positif apabila
masyarakat sedar tentang bahaya merokok dan cuba untuk berhenti. Sebaliknya, filemfilem yang memaparkan aksi ganas dan intim melampau mungkin menjadi ikutan remaja

khususnya yang belum dapat membezakan baik atau buruk akibat daripada sesuatu
perlakuan itu.
5

Di samping itu, media juga mampu mempengaruhi dan membentuk pandangan
peribadi atau kelompok dalam sesuatu perkara. Contohnya, apabila media memaparkan
tentang pemberian subsidi oleh kerajaan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, ini
telah mempengaruhi pemikiran dan keputusan yang dibuat oleh rakyat yang mana rakyat
lebih meyakini kesediaan kerajaan membantu rakyat dan atas sebab ini juga rakyat terus
memilih kerajaan yang sama untuk menerajui Negara.
Fungsi kebujukan yang ada pada media amat jelas dapat dilihat dalam paparan
iklan yang dibuat sedemikian rupa untuk mempengaruhi dan memujuk pengguna agar
mempercayai dan mendapatkan produk mereka. Pelbagai corak iklan dibuat dan
dipaparkan di media massa, seperti menggunakan golongan artis sebagai model dan duta
produk. Selain itu, iklan di media-media massa pada masa kini juga banyak diolah dalam
bentuk yang mampu menyentuh naluri orang ramai dan dengan ini lebih mudah
mempengaruhi ataupun memujuk orang ramai agar menerima sesuatu idea atau cara
berfikir yang ingin diterapkan dalam minda mereka.
2.5 Fungsi Sosialisasi dan menyebarkan nilai
Proses sosialisasi merupakan satu proses penyebaran dan transmisi nilai dalam

masyarakat manakala fungsinya pula merujuk kepada cara seseorang individu menerima
tingkah laku dan nilai sesebuah kumpulan.
Dalam media massa, proses sosialisasi ini adalah melalui idea-idea yang
membolehkan masyarakat mengenal pasti yang mana baik dan penting dalam
kehidupan.Ia disampaikan kepada masyarakat melalui saluran-saluran media seperti
televisyen, radio dan akhbar. Melalui televisyen, penonton dapat menilai dan belajar
tentang apa yang baik dan betul melalui segmen-segmen yang diudarakan seperti segmen
forum perdana dan segmen-segmen dokumentari tentang budaya masyarakat tempatan.
Dengan ini penonton dapat belajar dan mengenali akan kehidupan di persekitaran
mereka. Bagi isu Lahad Datu,penyebaran maklumat oleh media massa telah menjadikan
rakyat Malaysia secara keseluruhan mendapat satu nilai iaitu semagat patriotism dan
merasakan terpanggil untuk menyumbang kepada mangsa-mangsa pencerobohan itu.
3

Analisis keatas respon penonton dan maklumbalas media

6

Pertama kali berita pencerobohan Lahad Datu oleh militan kesultanan Sulu dilaporkan
oleh media terdapat berbagai-bagai reaksi dari rakyat kedua-dua Negara Malaysia dan
Filipina. Media melaporkan dari sudut yang berbeza-beza. Di tambah lagi dengan
maklumbalas yang berbeza dari individu. Cara tersebut sedikit sebanyak akan
memberikan respon yang berbeza dari penonton. Ini adalah disebabkan individu yang
memberikan maklumbalas tersebut mempunyai latar-belakang, peribadi, social dan
budaya yang berbeza.
Disebabkan perkara tersebut majlis keselamatan Negara telah mengawal segala
liputan yang di buat oleh pihak media. Banyak maklumat telah dirahsiakan dari
pengentahuan pihak media. Maklumat-maklumat tersebut hanya akan diberitahu oleh
individu yang dipertanggunjawapkan oleh pihak kerajaan sahaja dan hanya akan
disampaikan kepada rakyat melalui media-media yang yang dibenarkan oleh kerajaan. Ini
telah menyebabkan rakyat yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu mencari saluransaluran media yang baru untuk mengentahui perkara sebenar yang berlaku di sana. Pada
masa sekarang ini rakyat akan lebih tertumpu kepada media-media yang terdapat dalam
saluran siber bagi mendapatkan berita sebenar.
Berikut adalah petikan-petikan yang menunjukkan rasa ketidakpuasan rakyat
terhadap keputusan kerajaan yang menyekat laporan sebenar tentang isu di Lahad Datu.
“It is sad and shameful that in the past fortnight, Sabahans and Malaysians
have to search the Internet to read about what is happening with regard to the Lahad
Datu standoff from the Philippines media as there is a serious information blackout of
the issue in the Malaysian media – another international black-eye for Malaysia!”
(Lim Kit Siang for Malaysia, February 23, 2013)

“Ohh, yes we have TV1, TV2, TV3, NTV7, Star News, Straits Times, Bernama,
Utusan,all very good at this. If it is facts, they tell us the bad-half. If it is non-fact,
they make it sound real, they even add spice to help make us angry and ready to kill.
Fantastic News Media !”

7

(Desmond Sky, FMT.com, March 8 2013)
Secara umumnya orang ramai percaya yang media adalah sumber untuk
mereka mendapatkan maklumat. Akan tetapi jika dilihat kepada komen-komen tersebut ia
mempunyai unsur kemarahan masyarakat terhadap media. Ini berlaku kerana pihak media
telah bertindak mengikut arahan dari kerajaan sedangkan seperti yang diketahui media
adalah merupakan satu agensi bebas yang hanya akan menyampaikan maklumat yang
betul dan tepat kepada masyarakat tanpa mengira apa halangannya. Di Malaysia telah
berlaku sebaliknya apabila media harus bertindak mengikut apa yang ditetapkan oleh
kerajaan. Dengan kata lain media telah dikawal oleh kerajaan. Di zaman yang serba
moden dengan perkembangan sistem maklumat yang lebih canggih menyebabkan
masyarakat akan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber lain seperti laporan media
asing yang senang didapati iaitu melalui sistem talian.
Di lihat juga dari skop menjelang piliharaya umum ke-13 yang akan dijalankan
pada bila-bila masa dan pada masa yang sama krisis pencerobohan Lahad Datu terjadi.
Ini akan lagi memberi perpektif yang buruk kepada media. Media telah dikatakan cuba
untuk menyembunyikan fakta tentang isu pencerobohan kerana ingin melindungi
kepentingan kerajaan. Kerajaan telah dilihat pada masa itu gagal menangani krisis yang
berlaku sehingga telah menyebabkan ramai anggota keselamatan yang terkorban semasa
operasi di Lahad Datu. Ini akan memberikan peluang kepada parti-parti pembangkang
untuk menyampai ketidak berkesanan kerajaan dalam menangani krisis tersebut.
Disebabkan parti pembangkang tidak mendapat ruang di dalam media tempatan, mereka
banyak menggunakan saluran-saluran di dalam talian untuk menyampaikan mesej. Ini
akan memberikan kelebihan kepada mereka kerana masyarakat juga telah banyak beralih
kepada media di dalam talian disebabkan masyarakat sudah tidak percaya kepada media
yang sedia ada.

“NOW is the time for the nation to wake up from its slumber and get its priorities
straight. When our borders have been breached and our national sovereignty is at
stake, this is not the time for our opposing politicians to bash each other with the
hope of scoring silly points to boost their oversized egos.”
(The Borneo Post Online, March 9, 2013)
8

Penggarang itu menambahkan lagi;
“I posted this message on Facebook a few days ago. “For once, can our politicians
from both sides shut up and stop their silly, stupid and outrageous comments on Ops
Sulu and Ops Daulat? Stop criticising the work of our security forces there. This is a
time when the nation has to come together. So put aside your political differences for
once. If you are that smart and that brave, go and join our policemen and soldiers at
the front line. If not, then shut up!”
(The Borneo Post, March 9, 2013)
Petikan di atas mengatakan bahawa pengarang telah memberi maklum balas
kepada ahli-ahli politik yang terlibat dalam mengeluarkan kenyataan yang berbaur politik
terhadap isu pencerobohan Lahad Datu. Maklum balas daripada masyarakat juga banyak
yang telah menyedari betapa seriusnya krisis tersebut dan merasakan bahawa isu ini tidak
patut dipolitikkan. Ini adalah kerana masyarakat merasakan isu ini adalah isu Negara dan
melibatkan kedaulatan Negara yang patut ditangani bersama dan bukannya untuk
menyalahkan sesiapa.
4

Kesimpulan
Isu pencerobohan Lahad Datu merupakan satu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dengan keadaan dalam negara yang aman kejadian yang berlaku memang diluar
jangkaan. Masyarakat juga meratapi kehilangan para anggota keselamatan yang telah
terkorban semasa krisis itu berlaku. Jika pihak media memainkan peranan yang lebih
berkesan mungkin krisis ini dapat dikawal kerana masyarakat dan penduduk tempatan
khususnya boleh mengambil tindakan berwaspada terhadap kedatangan militan-militan
Sulu ini. Jika penduduk tempatan tahu peristiwa yang sebenarnya yang telah
menyebabkan pencerobohan itu berlaku mungkin akan lebih peka seperti melaporkan
dengan segera kepada pihak berkuasa jika didapati ada tindak tandukyang mencuriga dari
kaum Sulu yang terdapat di tempat mereka.

9

Rujukan
Marsila Hamzah & Arfah Yusof. (2011). Introduction to Communication. Selangor.Meteor
Doc. Sdn. Bhd
Author Unknown. Function of Mass Media. The Online Media. [Online]
10

http://theonlinemedia.blogspot.com/2012/06/functions-of-massmedia.html
[Jun 1,2013]
Baig, Nasir Ullah. (2012). Function of Mass Communication. [Online]
http://journalismbox.blogspot.com/2012/02/functions-of-masscommunication.html [July 1, 2013]
Kit Siang, Lim. (2013) Lahad Datu Standoff. Lim Kit Siang Online. [Online]
http://blog.limkitsiang.com/2013/02/23/lahad-datuk-stand-off-withsome-150suluintruders-getting-curioser-and-curioser-why-ishishammuddin-passing-thebuck-towisma-putra-and-not-to-thedefence-ministry/ [July 1, 2013]
Editor. (2013) Lahad Datu: Politicians who could not help should shut up.
The Borneo Post. [Online]
http://www.theborneopost.com/2013/03/09/lahad-datupoliticianswho-cannot-help-should-shut-up/ [July3, 2012]
Fernandez, Lira Dalangin, Uy, Veronica and Kwok, Abigail. (2013).
Malaysian Air
Strikes Illegal, Violate Human Rights. InterAksyon. [Online].
http://www.interaksyon.com/article/56410/malaysian-air-strikes-illegalviolatehuman-rights-says-roque-as-sultanate-pleads-for-un-aid [July
3, 2013]

11