ms Tafsiran Quran dalam Perspektif Jari (1)

ISLAM LIBERAL, ISLAM PROGRESIF DAN PIMPINAN PROGRESIF
DEFINISI KONSEP ISLAM LIBERAL
Penggunaan istilah “Islam Liberal” adalah begitu asing dalam dunia Islam sebelum kurun
ke-21. Istilah ini mula diperkenalkan oleh Charles Kurzman (1998) dalam karyanya yang
berjudul “Liberal Islam: A Sourcebook” terbitan Oxford University Press. Begitulah
seterusnya apabila diperkenalkan, kandungan dan method “Islam Liberal” belum dikenali
secara jelas. Buku ini tidaklah membawa kerangka yang tetap mengenai istilah
penggunaan “Islam Liberal” dan hanya memuatkan artikel-artikel yang cenderung kepada
idea perubahan dalam dunia Islam. Buku ini juga memuatkan artikel yang menjadi
kontroversi iaitu “al-Islam wa usul al-Hukm” karya

Ali

c

Abdul Raziq dan

c

mengemukakan tokoh termasyhur zaman sekarang iaitu Dr Yusuf al-Qardawi. Nama
tokoh-tokoh yang Kurzman (2008) kaitkan dengan “Islam Liberal” dimuatkan dalam

laman websitenya: http://www.unc.edu/~kurzman/LiberalIslamLinks.htm.
Namun, istilah “Islam Liberal” ini dapat dimanfaatkan oleh Leonard Binder
(1998) dengan menerbitkan “Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies”
dan terus dimasyhurkan. Karya ini mendapat kerjasama dari pemikir-pemikir yang
dianggap modernis seperti Fazlur Rahman dan Nurcholish Madjid. Tujuannya penerbitan
adalah mengemukakan penyelidikan terhadap ragam pemikiran Islam masa kini.
Kemudian, pengistilahan “Islam Liberal” terus dimanfaatkan oleh golongan yang
mendakwa inginkan kemajuan dan kemodenan melalui website Jaringan Islam Liberal
(JIL). Walaupun framework pemikiran Islam Liberal masih lagi kabur, pemikiran ini
sebenarnya merujuk kepada istilah “liberal” yang bererti kebebasan yang merupakan
tunjang utama pemikiran Barat ketika ini. Pemikiran liberalisme Barat meletakkan
ketertinggian kehidupan manusia; apa yang baik bagi manusia adalah diterima dan
sebaliknya apa yang tidak baik, ditolak. Dasar Liberalisme yang mengetengahkan
kebajikan untuk semua yang turut diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Charles Kurzman adalah Profesor Sosiologi di
“University of North Carolina” di Chapel Hill merupakan specialis dalam kajian Timur Tengah
dan Pengajian Islam.

Sesudah pengenalan “Islam Liberal” yang telah dimasyhurkan, kempen

mengetengahkan idea dan kandungan Islam Liberal dilakukan dengan drastik sekali
melalui wacana-wacana dan penulisan-penulisan ilmiyyah. Malah, media massa telah
digunakan sebaik mungkin seperti surat khabar, majalah, saluran radio dan saluran
televisyen. Laman maya juga digunakan seperti website dan blog. Bahkan ijtihad-ijtihad
baru berlandaskan gaya pemikiran Islam Liberal berjaya diketengahkan melalui
penerbitan buku dari PARAMADINA iaitu “Fiqh Lintas Agama”. Penerbitan buku ini
secara tidak langsung telah menjadi sandaran oleh golongan ulama di Indonesia bagi
mempertikaikan gerakan ini secara keseluruhan sehingga fatwa pengharaman “Islam
Liberal” berjaya dikeluarkan.

Nircholish Madjid menerima pendidikan awal di pesantren,
Indonesia. Rektor Paramadina University, Jakarta sehingga akhir hanyatnya.

Pada 28 Julai 2005, Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mewartakan
pengharaman Islam Liberal melalui tiga istilah yang diharamkan dikaitkan dengan Islam
Liberal iaitu “Pluralisme”, “Sekularisme” dan “Liberalisme”. Tampaknya, Majelis Ulama
Indonesia (2010: 96-97) tidaklah mengharamkan Islam Liberal berdasarkan istilah “Islam
Liberal” tetapi lebih cenderung mengaitkan pengharamannya melalui empat istilah iaitu:
1.


Pluralisme agama adalah suatu paham yang mengajarkan bahwa semua agama
adalah sama dan karenanya kebenaran setiap agama adalah relatif; oleh sebab itu,
setiap pemeluk agama mengklaim bahwa hanya agamanya saja yang benar
sedangkan agama yang lain adalah salah. Pluralisme agama juga mengajarkan
bahwa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup berdampingan di surga.

2.

Pluralitas agama adalah sebuah kenyataan bahwa di negara atau daerah tertentu
terdapat berbagai pemeluk agama yang hidup secara berdampingan.

3.

Liberalisme agama adalah memahami nash-nas agama (Al-Quran & Sunnah)
dengan menggunakan akal pikiran yang bebas; dan hanya menerima doktrindoktrin agama yang sesuai denagn akal pikiran semata.

4.

Sekularisme agama adalah memisahkan urusan dunia dari agama; agama hanya
digunakan untuk mengatur hubungan peribadi dengan Tuhan, sedangkan

hubungan sesama manusia diatur hanya dengan berdasarkan kesepakatan sosial.
Setahun selepas fatwa pengharaman Islam Liberal ini, Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM 2009: 15-17) pula mewartakan pengharaman pemikiran liberal melalui
Muzakarah Kali Ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan bahawa gerakan pemikiran
liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah
dan syariah. Dari aspek akidah, faktor penyelewengan adalah berpegang kepada konsep
pluralisme, akal manusia merupakan wahyu dan meragui ketulenan al-Qur’an. Manakala
dari aspek syariah, faktor penyelewengan adalah mempersoalkan metodologi pentafsiran
al-Qur’an dan al-Hadith, menggesa tafsiran baru, mempertikaikan kriteria dan akhlak
kenabian, sikap terhadap ilmu-ilmu Islam dan sikap terhadap hukum.
Kesannya, pewartaan fatwa yang mengharamkan gerakan Islam Liberal ini

berjaya menjadi batu asas kepada gerakan penentangan terhadap “Islam Liberal”. Bahkan
fatwa ini dapat menjana pelbagai bentuk kajian mengenai Islam Liberal bagi pihak yang
menyokong fatwa. Sebaliknya bagi pihak menyokong Islam Liberal, wacana-wacana
mengenai pemikiran Islam Liberal walaupun tidak surut, “Islam Liberal” menjadi
perkataan jijik dan menakutkan untuk diterima pakai oleh masyarakat rumpun Melayu
meliputi Indonesia dan Malaysia. Justeru, golongan “Islam Liberal” memilih untuk
menggantikan istilah Islam Liberal kepada istilah neo-Modernis dan “Islam Progresif”

agar diberi nafas baru.

Greg Barton adalah profesor madya bagi jabatan Immunology
and Pathogenesis di University of California, Berkeley.

Figur yang bertanggungjawab memberi istilah baru “Islam Progresif” bagi proIslam Liberal ini adalah Greg Barton. Beliau pernah menulis bahawa tokoh-tokoh “Islam
Liberal” seperti Nurcholish Madjid, Abdurrahman Wahid, Djohan Effendi dan Ahmad
Wahid sebagai tokoh kunci “neo-Modernisme” yang ketika itu memisahkan politik dalam
agama (Barton 1999: 527-528). Namun, Barton mengubah strategi “Islam Liberal”
dengan penglibatan dalam ruang politik Islam yang dinamakan “Islam Progresif”. Barton
mempromosikan idea ini ketika wacana khas mengenai kelompok Islam Pasca Modenis.
Barton menjelaskan bahawa kelompok baru ini sebagai kelompok reactionary (tindak
balas) yang cenderung dengan tabir politik dan tidak sama sekali menjelaskan ciri-ciri
dan pembawakan epistemologinya (kerangka fikirnya). Walaupun epistemologi tidak
dinyatakan, idea Islam Progresif adalah sama dengan idea “Islam Liberal” yang telah

digunakan oleh Nurcholish Majdid atau Cak Nur yang pernah mengkritik keintelektualan
gerakan Islam dan menyatakan penyakit Islam adalah akibat kebekuan fekah lama
(Muhammad Nazreen Jaafar 2012a: 189-190).
Pandangan Barton ini menunjukkan, perbezaan istilah “Islam Liberal” dan “neoModernisme” dengan istilah “Islam Progresif” adalah dari sudut pemikiran politik sahaja.

“Islam Progresif” melibatkan pemikiran politik dalam penjanaan pemikiran “Islam
Liberal” merupakan idea baru Barton berbanding “Islam Liberal” pada asalnya yang
tidak memasukkan unsur politik dalam menyampaikan dakyahnya seperti yang dilakukan
oleh Nacholish Madjid. Ini bermakna, “Islam Progresif” adalah pembinaan baru “Islam
Liberal” yang berpolitik memasuki arus politik Islam dan gerakan Islam.
ISLAM PROGRESIF
Tulisan ini juga menumpukan kepada politik Islam yang dicanangkan oleh Islamic
Renaissance Front (IRF) dengan penggunaan istilah Islam Progresif (Progessive Islam).
Idea-idea ini dimuatkan dalam blog beralamat www.irfront.net dan dua karya diterbitkan
IRF iaitu “Wacana Pemikiran Reformis Jilid I” dan “Wacana Pemikiran Reformis Jilid
II”. Dalam buku ini, Ahmad Farouk (2012, Kata Pengantar: 11) menyebut:
“Sub-topik ketiga membicarakan tentang pendekatan yang dinamakan progresif di
masa kini. Memandangkan masih ada di kalangan Islamis yang terperangkap
dengan silibus dan pemikiran yang mungkin tidak lagi serasi dengan peredaran
zaman yang terlalu pantas, maka membicarakan tentang agenda reformis Islam
amatlah penting sekali. Perbincangan ini juga menyediakan landskap yang wajar
bagi penerusan agenda Islam Progresif”.
Berdasarkan karya-karya IRF ini, penulis mendapati IRF lebih cenderung
pembincangan mengenai demokrasi yang bersifat sekular, peminggiran agama dan
pluralisme. IRF turut menumpukan penolakan terhadap syariat Islam dan autoriti ulama

serta turut memainkan isu diskriminasi gender.

Logo

Islamic

Renaissance

Front

yang

kedapatan dalam web rasminya http://irfront.net/.

Islamic Renaissance Front (IRF) menjadi perbincangan dan kritikan utama
bagi kajian ini kerana NGO ini adalah bertanggungjawab melebarkan idea-idea “Islam
Liberal” di Malaysia atas nama “Islam Progresif”. Untuk kepastian, hendaklah melayari
laman webnya iaitu “irfront.net” dan silalah pergi ke pejabat IRF. Pejabatnya bertempat
di Tingkat 8, Pavilion KL, 168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. IRF ini telah
diasaskan oleh Dr Ahmad Farouk Musa dan dilancarkan oleh Prof. Tariq Ramadhan pada

12 Desember 2009 di Auditorium, Securities Commission, Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Menurut IRF, NGO ini ditubuhkan sebagai gerakan intelektual bagi menyemarakkan
perbincangan intelektual mengenai demokrasi, kebebasan dan keadilan sosial. Suaranya
adalah mengetengahkan liberalisasi pemikiran Muslim dari pemikiran ortodok dan
konservatif (IRF Tth(b)).
IRF turut menunjukkan karekter sebagai gerakan “Islam Liberal” kerana IRF
bergandingan dengan Sister in Islam (SIS) dalam beberapa program secara bersama. IRF
pernah menganjurkan satu forum yang bertajuk “Forum on Future of Islamic Feminism”
yang turut dihadiri tokoh-tokoh SIS. The Malaysian Insider (TMI) pernah melaporkan
bahawa pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pernah cuba
menghalang dan menggagalkan forum ini. Pengerusi IRF iaitu Dr Ahmad Farouk Musa
melahirkan rasa kecewanya kerana JAKIM menghalang mereka daripada forum yang

menurutnya merupakan platform bagi membincangkan isu berkaitan dengan hak kaum
wanita dari sudut Islam. Program ini adalah anjuran bersama IRF dan Institut Pemikiran
dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC), UIAM. Menurut laporan TMI lagi, JAKIM
meminta pegawainya dijemput untuk menjadi aggota panel dan menolak Prof Madya Dr
Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) sebagai anggota panel. Pihak pengajur menolak
pintaan JAKIM, menggugurkan MAZA dan digantikan oleh Felo ISTAC iaitu Dr
Muhammad Uthman El Muhammady. Forum ini diteruskan juga pada 18 September 2011

di ISTAC yang dijayakan oleh Zainah Anwar (tokoh SIS), Muhammad Uthman dan Dr
Farish A. Noor sebagai ahli panel dengan Ahmad Farouk menjadi moderator. Pihak
JAKIM pula menghantar kakitangan mereka untuk merakamkan keseluruhan perjalanan
forum (Manimaran 2011).
Wartawan The News Straits Times iaitu Teo Cheng Wee bertarikh 17 November
2012 menyebut bahawa IRF berani mengemukakan idea liberal semenjak tiga tahun
ditubuhkan. Teo menyebut IRF yang merupakan kumpulan pemikir berskala kecil sangat
berani

mengemukakan

sokongan

terhadap

negara

sekular

di


Malaysia

dan

mempertahankan sambutan tahunan “Seksualiti Merdeka” yang bertempat di Genting
Highland. IRF dianggap salah satu dari dua kumpulan “Liberal Muslim” selepas SIS.
Ahmad Farouk Musa juga mengakui bahawa kumpulan liberalnya masih lagi kecil di
Malaysia iaitu seramai dua puluh (20) orang yang kebanyakannya adalah profesional
muda. Teo melaporkan bahawa Dr Ahmad menyebut tujuan IRF ditubuhkan adalah
menafsirkan semula Islam pada abad-21, menggalakkan lebih progresif, persefahaman
antara pelbagai bangsa dan agama serta menyemarakkan keadilan dan kebajikan. Dr
Ahmad menyebut lagi, perkataan liberal tampak perkataan kotor dan IRF perlu
membersihkan kekotoran ini (Teo Cheng Wee 2012).

Logo
“Seksualiti Merdeka” yang menjadi platform untuk mempertahankan amalan
lesbian, gay, bisesksual dan transeksual.
Penulis mendapati anggota-anggota IRF bertugas dan bergiat secara aktif dalam
Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) seperti Muhammad Basil Hazman Baharom,

Imran Mohd Rashid dan Marwan Bukhari yang merupakan penyampai tetap kuliah
UTAM. Laman Facebook UTAM menyebut bahawa matlamat UTAM adalah untuk
membudayakan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkaya khazanah keilmuan
dalam Bahasa Melayu, serta memperkukuh demokrasi dan peranan rakyat di Malaysia
(UTAM Tth).

Latar

belakang

Universiti

Terbuka Anak Muda (UTAM) yang menjadi salah satu platform jalinan bersama
IRF.
IRF juga membuat pertalian dengan ISTAC, UIAM seperti Profesor Hashim
Kamali dan IRF kerap kali berkerjasama dengan ISTAC dalam menjayakan forum dan
wacana. Penulis juga mendapati beberapa pimpinan PAS terlibat bersama dengan IRF
seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Saari Sungib dalam penerbitan
Wacana Pemikiran Reformis Jilid 1 dan Wacana Reformis Jilid 2. IRF (2014(a), 2014(b))
juga turut bertanggungjawab membawa tokoh liberal Turki iaitu Mustafa Akyol ke
Malaysia bagi pembentangan dan perencanaan idea bersama IRF.

Malah, IRF juga telah menganjurkan dan menjemput pimpinan Jaringan Islam
Liberal dari Indonesia iaitu Dr Ulil Abshar Abdalla bagi memberi pembentangan dalam
“Diskusi Meja-bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama di Abda Ini Bersama Dr Ulil
Abshar Abdalla”. Diskusi ini bakal dijalankan pada 18 Oktober 2014 di Global
Movement of Moederates Foundation Level 15 Menara Manulife, Bukit Damansara.
Kehadiran Ulil Abshar ini mendapat tentangan Persatua Ulama’ Malaysia (PUM) yang
meminta supaaya JAKIM dan pihak berautoriti mengambil tindakan sewajarnya agar
Islam Liberal yang telah diharamkan di Malaysia tidak disebarkan secara halus
(Harakahdaily 2014, Malaysiakini 2014).
PELANCARAN BUKU “WACANA PEMIKIRAN REFORMIS”
Buku Wacana Pemikiran Reformis Jilid I (WPR1) yang sarat dengan idea Islam Liberal
ini telah dilancarkan pada 10 Jun 2012 di Renaissance Hotel Kuala Lumpur oleh Dr
Mujahid Rawa dan Dr Farish Noor (http://www.al-ahkam.net/home/content/uraian-drmujahid-yusuf-rawa-tentang-wacana-pemikiran-reformis). Buku ini juga mendapat
pengiktirafan dari Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan penulis sisi dalam kulit buku
dan Dr Farish Noor yang menulis pada bahagian belakang kulit buku. Kedua-dua tokoh
ini memberi impak publisiti dalam penjualan buku ini secara online.

(“Wacana Pemikiran Reformis telah dilancarkan oleh Mujahid Rawa dan Farish Noor dan

dapat dibeli secara online)
Dr Mujahid dan Liberalisme
Pertuduhan terhadap Dr Mujahid Yusof Rawa adalah sebagaimana berikut:
Pertuduhan Pertama: Terlibat melancarkan buku berbaur liberal.
Buku “Wacana Pemikiran Reformis Jilid 1” (WPR1) yang sarat dengan idea Islam
Liberal ini telah dilancarkan pada 10 Jun 2012 di Renaissance Hotel Kuala Lumpur oleh
Dr Mujahid Rawa dan Dr Farish Noor (Mujahid 2012(b)). Buku ini juga mendapat
pengiktirafan dari Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan penulis sisi dalam kulit buku
dan Dr Farish Noor yang menulis pada bahagian belakang kulit buku. Kedua-dua tokoh
ini memberi impak publisiti dalam penjualan buku ini secara online.

(“Wacana Pemikiran Reformis telah dilancarkan oleh Mujahid Rawa dan Farish Noor dan
dapat dibeli secara online)
Ruang kecil yang disediakan untuk Mujahid sudah cukup menjelaskan bahawa
beliau menyokong kandungan buku ini. Beliau turut menyebut pada sisi buku:

“Begitu juga dengan konsep Tatbiq Syari’ah yang dilaungkan dengan
keperluan yang lebih utama dari segi sosio-ekonomi rakyat yang
memerlukan pembungkahan semula dari regim lama. Bagaimanakah pula
sinergi dari segi teori dan oeperasinya kepada soal-soal konstitutionalisme
yang selama ini ditolak oleh golongan Islamis kerana kerangka
sekularnya?”

(Dr Mujahid
Yusof Rawa, AJK PAS Pusat yang banyak mengemudi dialog antara agama).
Rangkap ini secara jelas menunjukkan Mujahid sedar perbahasan dan kandungan
dalam buku ini serta memberi sokongan penentangan terhadap Islamis (golongan
menghendaki konsep negara Islam) dan menyokong bahawa kerangka sekular tidak perlu
ditentang. Malah, Mujahid juga diberi ruang oleh penerbit untuk berbicara pada hari
pelancaran buku di Renaissance Hotel Kuala Lumpur untuk membicarakan kandungan
buku tersebut.
Beliau turut terlibat mempromosikan buku tersebut yang sarat dengan idea-idea

Islam Liberal kerana nama Dr Mujahdi dan Dr Farish Noor digunakan oleh IRF untuk
mempromosikan penjualan buku tersebut secara online (http://www.google.com/url?
sa=t&source=web&cd=2&ved=0CC0QFjAB&url =http%3A%2F%2Fwww.al-ahkam.net
%2Fhome%2Fcontent%2Fprakata-wacana-pemikiran-reformis-dr-dzulkeflyahmad&ei=t7z0UdzLKoTLrQfO_oHQAg&usg=
AFQjCNHI3qSlvZedEGe2SASRdGo1D5DCJA )

(Dr
digambarkan melancarkan buku oleh Dr Dzulkefly Ahmad)

Mujahid

turut

Pertuduhan Kedua: Idea liberal dalam Sistem Negara Islam
Pemikiran Mujahid adalah sama dengan kerangka dan idea-idea buku WPR1 tersebut.
Pemikiran Mujahid yang mengemukakan maqasid tanpa syarak dikupas bagi
mengukuhkan pemikiran menasionalkan PAS dan pluraliti. Beliau menyebut:
“Fiqh Maqasid ialah kefahaman terhadap tujuan utama mengapa syariah
dijadikan Allah, ia adalah pemikiran yang lebih luas dari sekadar hukum
halal dan haram kerana ia mengambil kira beberapa perkiraan apabila
yang diutamakan ialah tujuan syariat dijadikan Allah” (Mujahid 2012(a):
133).
Konsep kenegaraan IRF turut diingin oleh Mujahid iaitu negara Islam berasaskan
nilai-nilai Islam bukan berasaskan hukum-hakam Islam (Mujahid 2012(a): 182). Bahkan,
beliau berani mengkriti negara yang melaksanakan hukum Islam (Mujahid 2012(a): 136).
Tidak hairanlah, Mujahid turut terlibat memberi alasan menolak hukum hudud dengan
dua alasan iaitu ulama menghukum orang ramai dengan mengatakan hudud merupakan
hukum tuhan dan ingin memaksa orang lain. Perhatikan kalamnya:
“Dikaitkan juga, PAS akan melaksanakan hukum hudud dan sebagainya.
Negara ini akan dipimpin oleh ulama’ yang akan meletakkan hukum-hakam
yang akan menghukum sesiapa yang menolak kebenaran ilahi dan
sebagainya. Terbayang dalam kotak pemikiran rakyat bahawa kabinet dan
ahli Parlimen terdiri daripada agamawan yang akan menentukan dasardasar negara dan ‘memaksa’ orang lain menerima dasarnya” (Mujahid
2012(a): 109).
Mujahid juga mengatakan bahawa demokrasi wujud dalam al-Quran yang
merupakan idea yang kedapatan dalam WPR1. Beliau cuba menyamakan syura dengan
demokrasi adalah syura berdasarkan ayat al-Quran (42: 38) yang bermaksud, “Dan

urusan mereka (mu’minin) dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”. Pandangan
Mujahid ini adalah pentafsiran secara sewenang-wenang tanpa disiplin ilmu tafsir.
Pandangan Mujahid ini telah ditolak oleh Ustaz Fathul Bari bin Mat Jaya dalam youtube
yang bertajuk: “UFB - Demokrasi - Mujahid Yusof Rawa Seleweng Ayat Quran..??”
(http://www.youtube.com/watch?v=zmV3Bdmvqk4).
Pemikiran post-Islamisme yang wujud dalam WPR1 turut diperkatakan oleh
Mujahid dalam blognya. Mujahid mengatakan bahawa politik Islam bermula di Iran
(Mujahid 2013(c)) adalah merupakan garapan dari pemikiran Asef Bayat. Sungguh pasti
idea post-Islamisme yang dicanang oleh Dr Ahmad Farouq, pengasas IRF turut dibincang
dan mendapat sokongan Mujahid sebagaimana kedapatan dalam laman blognya iaitu
drmujahid.com (Mujahid 2013(b), 2013(c)) .
Pertuduhan Ketiga: Mujahid mendokong pluralism agama
Bukti ketiga pula adalah idea Mujahid yang menyokong pluralisme. Pandangan
pluralisme Mujahid disebut oleh wartawan The Malaysian Insider iaitu Looi Sue-Chern
yang bertajuk “Ketika Putrajaya bertegas isu Allah, pemimpin PAS terus mendampingi
gereja” menyebut pandangan jelas berbaur pluralisme:
“Mujahid berkata tidak siapa boleh mengatakan agama yang dianutinya
lebih baik daripada agama orang lain. Katanya, memadai manusia hidup
sebagai hamba Tuhan yang baik, menerima dan mengiktiraf perbezaan
dan menyerahkan kepada Tuhan dalam membuat keputusan tentangnya.
Tambahnya, seseorang itu tidak boleh mempersoalkan dewa agama lain
atau kepercayaan yang dianggap syirik oleh agamanya” (Looi Sue-Chern.
2014)
Kedapatan dalam karyanya “Berdialog dengan Gereja” pemikiran pluralisme
agama. Mujahid menyebut:

“kita tidak berdebat tentang nilai kebenaran sesuatu agama, kebenaran
sesuatu agama itu adalah sesuatu yang relatif kepada penganutnya dan
kalau adapun perdebatan tentang kebenaran sesuatu agama, perdebatan
itu akan lebih kepada persoalan tentang kepercayaan” (Mujahid 2013:
39).
“Ketahuilah bahawa keajaiban itu adalah kepelbagaian keyakinan yang
ada di hadapan kita, kepelbagaian ini adalah untuk kita terima dan akur
dengan dada yang lapang dan hanya Allah s.w.t. atau Tuhan yang
menentukan siapakah yang terbaik, bukan saya dan bukan para hadirin
sekalian” (Mujahid 2013: 43).
Tulisan Mujahid yang mengatakan kebenaran sesuatu agama adalah relatif
merupakan idea pluralism sebagaimana disebut oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI):
“Pluralisme agama adalah paham yang mengajarkan bahwa semua
agama adalah sama dan karenanya kebenaran setiap agama adalah
relatif; oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh mengklaim
bahwa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain
salah.” (Majelis Ulama Indonesia 2010: 96).
Pertuduhan Keempat: Menyokong “Sis Forum” dan Menuding MAIS
Dalam blog Mujahid sendiri memuatkan pandangan beliau yang menyalahkan Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS). Seperti dalam capaian: http://drmujahid.com/blog/fatwatentang-liberalisme-drastik-kata-mp-pas/. , beliau berkata pihak berkuasa agama
sepatutnya mengusahakan satu dialog untuk mengenalpasti maksud “pluralisme” dan
“liberalisme” terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Malah, beliau turut
menyalahkan fatwa. Begitu juga dalam pautan ini: http://drmujahid.com/blog/dont-betoo-quick-to-issue-fatwa-pas-lawmakers-tell-religious-body/,

Jenifer Gomez menyebut

bahawa Mujahid menyelar MAIS kerana tidak berdialog dengan Sister in Islam dan

menyalahkan fatwa MAIS tersebut. Hasilnya, Sultan Selangor telah murka sebagaimana
Sinar Harian laporkan dalam pautan: http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangankritik-fatwa-yang-diluluskan-1.331068.

Dengan bukti-bukti yang dikemukakan ini, tidak pelik jikalau Mujahid berani
memberi ucapan selamat pada hari perayaan agama kepada non-Muslim (25 Disember
2013) walaupun bertentangan dengan fatwa kebangsaan (Mujahid 2013(e)). Beliau juga
mempertikaikan fatwa kebangsaan mengenai isu kalimah Allah dan mempertikaikan
tindakan tegas JAIS merampas 351 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban di
Petaling Jaya Selangor (Nizam 2014.).

PENUTUP
Konsep politik Islam versi Islam Progresif mempunyai tiga tunjang utama iaitu
sekularisme, pluralisme dan peminggiran agama atau penolakan syariat Islam. Kaedah
yang digunakan masih lagi bersekitar kebebasan (liberalisme), konsep-konsep umum
dalam tujuan syarak (maqasid syar’iyyah) dan penafsiran semula agama. Manakala isuisu yang dibangkitkan adalah demokrasi, hak asasi, autoriti agama, peranan ulama,
keharmonian kaum, hak-hak minoriti dan wanita. Kesemua prinsip-prinsip ini iaitu

tunjang pemikiran, kaedah dan isu adalah adaptasi dari prinsip-prinsip liberalisme dan
Islam Liberal. Kesemua idea-idea ini yang kedapatan dalam karya-karya IRF turut
kedapatan dalam “Islam Liberal”. Konsepnya berubah tetapi kandungannya masih sama
walaupun Barton tidak menyatakan secara jelas kandungan “Islam Progresif” yang
diperkenalkan.

Manakala mengenai Mujahid telah dikenalpasti sumbernya yang dapat
menjelaskan aliran Islam Liberal dalam pemikiran Mujahid. Beliau terlibat secara
langsung dalam penerbitan buku “Wacana Pemikiran Reformis Jilid 1” (WPR1) yang
sarat dengan idea Islam Liberal. Pemikiran Mujahid bermasalah dalam sistem kenegaraan
Islam khususnya menolak penentangan terhadap sistem Sekular, maqasid tanpa syariat,
penerimaan total terhadap demokrasi, post Islamisme dan menyokong konsep pluralisme
agama. Idea pluralisme agama adalah idea yang telah dinyatakan sesat oleh Majelis
Ulama Indonesia (MUI).

RUJUKAN

Looi Sue-Chern. 2014. Ketika Putrajaya Bertegas Isu Allah, Pemimpin PAS Terus
Dampingi Gereja. Diambil. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/
article/ketika-putrajaya-bertegas-isu-allah-pemimpin-pas-terus-dampingigereja#sthash.hCagjkNC.dpuf [22 September 2012].

Majelis Ulama Indonesia. 2010. Himpunan Fatwa Majelis Ulama Indonesia. Jakarta:
Sakretariat Majelis Ulama Indonesia.

Mujahid Yusof Rawa. 2012(a). Rejuvenasi PAS: Idea, Realiti, Aplikasi ke Arah Massa.
Shah Alam: Ilham Centre.

Mujahid Yusof Rawa. 2012(b). Uraian Dr Mujahid Yusuf Rawa tentang Wacana
Pemikiran Reformis. Diambil. http://www.al-ahkam.net/home/content/uraian-drmujahid-yusuf-rawa-tentang-wacana-pemikiran-reformis [22 September 2014]

Mujahid Yusof Rawa. 2013(a). Berdialog dengan Gereja: Sebuah Travelog Keamanan.
Shah Alam: Ilham Centre.

Mujahid Yusof Rawa. 2013(b). Mesir: Doktrin Islam Politik Dicabar. Diambil.
http://drmujahid.com/blog/mesir-doktrin-islam-politik-dicabar/ [22 September
2014].

Mujahid Yusof Rawa. 2013(c). Pemikiran Politik Islam Moden. Diambil.
http://drmujahid.com/blog/pemikiran-politik-islam-moden/ [22 September 2014].

Mujahid Yusof Rawa. 2013(d). Pengajaran dari Politik Islam Tunisia. Diambil.
http://drmujahid.com/blog/pengajaran-dari-politik-islam-tunisia/[22
September
2014].

Mujahid Yusof Rawa. 2013(e). Selamat Hari Natal: My Message of Peace. Diambil.
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/mujahid-yusof-rawa/article
/selamat-hari-natal-my-message-of-peace [22 September 2014].

Nizam

Zain. 2014. Isu rampas Bible: Jais Perlu 'hikmah'. Diambil.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-rampas-bible-jais-perlu-hikmah1.237791 [22 September 2014].

Shazwan. 2010. Khir Toyo Says in Mourning Over Allah. Diambil. http://nationalexpress-malaysia.blogspot.com/2010/01/khir-toyo-says-in-mourning-overallah.html. [31 Ogos 2014].