BINCANGKAN PERKEMBANGAN FALSAFAH SEJARAH perkembangan

BINCANGKAN

PERKEMBANGAN

FALSAFAH

SEJARAH

DALAM

ZAMAN

PERTENGAHAN DI EROPAH
SEJARAH AWAL EROPAH
Sejarah awal Eropah dikatakan bermula dengan wujudnya tamadun Aegean iatu tamadun
yang terawal dalam Eropah yang berkembang sekitar 2000 S.M-1200 S.M.di mana di sekitarnya
dikelilingi oleh Laut Aegean. Tamadun ini mempunyai 2 peringkat pengembangan iaitu pertama
dari 2000 S.M-1450 S.M sebagai zaman kegemilangan dan kedua pula dari 1450 S.M-1200 S.M
sebagai zaman kemerosotan. Tahap pertama tamadun ini dikenali sebagai ‘minon’ iaitu
bersempena dengan nama lagenda Crete iaitu raja Minos. Crete adalah pusat bagi tamadun
Minoan yang juga merupakan pulau terbesar Greek. Kemudian tamadun ini telah berkembang ke

Kepulauan Aegean,Troy di Asia Kecil dan Greek. Selepas 1450 S.M, tamadun ini mengalami
kemerosotan di peringkat kedua apabila pusat kuasa politik dan kebudayaan Aegean berpindah
ke Tanah Besar Greek yang dinamakan ‘Mycenaean’ yang bertempat di Mycenae.1
ZAMAN PERTENGAHAN DI EROPAH
Zaman pertengahan di Eropah boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Zaman
Pertengahan Awal yang dikatakan bermula pada (500-1050 Masihi),kedua iaitu Zaman
Kemuncak Pertengahan yang bemula dari (1050-1270 Masihi ) dan ketiga pula ialah Zaman
Pertengahan Akhir bermula (1270-1520 Masihi ).2

1 Sivachandralingam Sundara Raja. Siri Sejarah Fajar Bakti. Tamadun Eropah. FAJAR BAKTI SDN. BHD. 1996. Shah
Alam. hlm 1
2 Ibid . hlm. 97

Zaman Pertengahan secara amnya dianggap sebagai zaman yang dikuasai oleh agama Kristian
melalui institusinya iaitu gereja. Boleh dikatakan seluruh nilai kehidupan dan kandungan
keilmuan serta asas-asasnya telah dikuasai oleh agama tersebut dan juga gerejanya
Zaman Pertengahan Awal di Eropah dikatakan bermula dari tahun 500 Masihi dan
berlanjutan hingga tahun 1050 Masihi apabila orang-orang Gasar mula menyerang wilayah
Eropah Barat. Serangan ini kemudian telah mengheret Eropah ke dalam dunia kemerosotan.
Serangan orang Gasar hanya berlaku di Rom Barat, manakala Byzantium ataupun Rom Timur

masih bediri teguh dan kekal hingga 1453 Masihi.3
Pembahagian empayar Rom ini bermula sewaktu Empayar Rom berada di ambang
kemerosotan semasa pemerintahan Maharaja Rom iaitu maharaja Diocletion (284-305 T.M ).
Maharaja Diocletion membahagikan kepada dua wilayah iaitu Timur dan Barat. Wilayah Timur
dikenali sebagai Empayar Byzantium manakala Barat pula dikenali sebagai Empayar Rom
Barat.4
Serangan orang Gasar telah menyebabkan Eropah menempuh keadaan zaman gelap yang
digelar Zaman Belenggu ataupun Dark Ages. Pada zaman ini keadaan menjadi kucar-kacir
kerana berlaku peperangan, kebuluran dan penyakit yang menjadi lumrah. Hampir 500 tahun
lamanya masayarakat Eropah mengalami kemerosotan dalam perkembangan pendidikan,
kehidupan yang bercorak perbandaran, perdagangan dan pentadbiran pusat yang baik.

Semasa pemerintahan Costantine pada (323-337 Masihi) yang menjadi Maharaja Rom,
beliau memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Constantinople pada 330 Masihi. Oleh kerana
3 Ibid. hlm. 54
4 Ibid ..

empayar Rom yang begitu luas, pengganti-pengganti selepas Costantine membahagikan kepada
dua wilayah iaitu pertama yang berpusat di Rom dan satu lagi di Constantinople.
Zaman


Kemuncak

Pertengahan

juga

disifatkan

sebagai

medieval

ataupun

perkembangan satu bentuk tamadun. Zaman ini menyaksikan pergelutan yang panjang antara
empayar dan gereja, pertumbuhan kuasa diraja di Perancis dan Norman England, permusuhan
yang berkekalan antara Kristian dan Islam, perluasan Kristian Eropah ke tanah-tanah Slavic di
Timur dan ke


atas tanah-tanah Islam di Sepanyol. Sesungguhnya zaman ini menyaksikan

kehidupan riang yang diwujudkan dalam lingkungan suatu masyarakat yang diintegrasikan.
Lebih daripada ini, ia adalah zaman agung Respublica Christiana apabila semua negara Eropah
Barat membentuk sebahagian daripada Kesatuan Dunia Kristian ataupun Commonwealth of
United Christendom.5

ISTILAH FALSAFAH SEJARAH
Istilah falsafah tidak dapat diberikan takrif yang tunggal, tepat, muktamat dan mutlak.
Falsafah sejarah adalah suatu istilah yang kompleks yang dikelilingi dengan berbagai-bagai
persoalan. Barnes misalnya mengimbaskan bahawa seolah-olah falsafah sejarah dapat disamakan
dengan melakukan spekulasi tentang masa lalu ataupun berfalsafah tentang perjalanan manusia. 6
Pandangan Walsh tentang bentuk falsafah sejarah yang muncul pada akhir abad kelapan belas
dan berkembang sehingga pertengahan abad yang berikutnya adalah mirip sepeti pandangan
Barnes. Collingwood pula iaitu ahli falsafah sejarah Inggeris tahun tiga puluhan yang sangat
5 Ibid. hlm. 98
6 H. E Barnes. A Historical Writing, 2nd rev. ed. (New York: Dover Publications, Inc ,1963). hlm. 192

berpengaruh hinggalah ke saat ini , menerima hakikat adanya bentuk falsafah sejarah yang
demikian (spekulatif dan seterusnya ketakdiran sejarah atau historicism). Beliau mengatakan

bahawa bentuk yang spekulatif adalah mengkhayalkan manakala bentuk ketakdiran adalah
sesuatu yang telah tersedia dan kemungkinan berbentuk teologi.
Collingwood juga mengatakan bahawa falsafah sejarah ialah kajian terhadap pemikiran
sejarah; bukan sahaja analisis psikologi terhadap tatacaranya yang sebenar, tetapi analisis
terhadap adicita yang telah dirangkakannya. Pemikiran sejarah itu adalah antara beberapa sikap
yang diwujudkan oleh akal dalam menghadapi dunia yang objektif; ia adalah sikap yang
menganggap dunia yang objektif; ia adalah sikap yang menganggap bahawa alam fakta-fakta itu
wujud bukan hukum-hukum yang umum, tetapi fakta-fakta tersendiri. Falsafah sejarah mestilah
perbincangan tentang sikap ini, andaian dan implikasi-implikasinya iaitu suatu percubaan untuk
mengetahui kedudukannya dalam keseluruhan pengalaman manusia, hubungannya dengan
bentuk-bentuk pengalaman yang lain, asal-usul dan keabsahannya.7
Pada Zaman Pertengahan Awal menurut St. Augustina, beliau melihat sejarah sebagai
suatu takdir daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan manusia wujud dalam alam bukan untuk
mencipta sejarah tetapi untuk menjalani takdir tersebut. Keadaan ini berterusan sehinggalah kirakira awal abad kelima belas apabila muncul Zaman Pembaharuan yang telah berusaha
menimbulkan dan menggunakan semula konsep sejarah dari Zaman Klasik.8
St.Augustina telah menghasilkan karya beliau yang berjudul De Civitas Dei iaitu The
City of God antara T.M 413-426 iaitu pada saat-saat Empayar Rumawi sedang menghadapi
zaman keruntuhannya. Kejatuhan Bandar Rome menyebabkan amalan keagamaan pada zaman
7 R.G. Collingwood. Essays in the Philosophy of History. 2nd print. Edited with an Introduction by William Debbins
(Austin: University of Texas Press, 1967). hlm.44

8 R.G.Collingwood. Idea Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985, Kuala Lumpur. hlm. 59-60

pra-Kristian muncul dan berkembang semula dengan pantasnya. Mereka mengatakan bahawa
kejatuhan Bandar Rom adalah disebabkan oleh perbuatan orang Kristian yang telah
mengetepikan dan tidak menyembah dewa-dewa purba yang dianggap telah sekian lama menjaga
kesejahteraan Bandar tersebut.9 Dari sudut keamanan pula, St. Augustina adalah seorang paderi
agama Katolik Rumawi yang alim dan terkenal. Beliau memeluk agama itu sejak berumur kirakira tiga puluh dua tahun lagi. Setelah dilantik menjadi paderi di Hippo, beliau telah
menumpukan usahanya untuk mengajar dan memperkembangkan agama tersebut.10
Menurut karya beliau yang terdiri daripada 22 jilid ini, karya beliau menceritakan tentang
hal-ehwal manusia yang tinggal dalam dua bentuk kota yang bertentangan antara satu sama lain
itu yang dinamakan “kota tuhan”

yang melambangkan kelompok manusia yang taat

mengerjakan suruhan Tuhan manakala “kota syaitan adalah sebaliknya”. 11 Secara amnya,
perbezaan antara kedua-duanya ialah, yang satu iaitu “kota tuhan” terdiri daripada manusia yang
hidup dengan kerohanian, manakala yang satu lagi ialah tahap nafsu yang berbentuk kecintaan
terhadap diri, walaupun kecintaan itu akan menghina Tuhan tetapi yang satu lagi akan kekal
terbentuk kecintaan yang kekal bertakhta dengan tuhan. Sedangkan yang satu lagi menerima
seksa yang kekal bersama –sama dengan Iblis.12Begitu juga sebaliknya penghuni “kota syaitan”,

mereka adalah manusia yang ingkar teradap ajaran agamanya dan hidup dengan penuh maksiat
serta dalam kekejian.
Dalam proses pergerakan sejarah, perjuangan kosmik pula mempunyai tahap-tahap
ataupun zaman-zaman yang tertentu yang bergerak secara mendatar iaitu tidak berkitar atau
berulang-ulang, berlaku terus menerus sehinggalah ia sampai ke peringkat terakhirnya iaitu hari
9 Ferdinand Scheville. Six Historians, The University of Chicago Press. 1996. Chicago. hlm. 47
10 G. L.Keyes. Christian Faith and the Interpretation of History (Lincoln: University of Nebraska Press, 1996). hlm. 85
11 H.E. Barnes. A History of Historical Writing. hlm. 43
12 Trygve R. Tholfsen. Historical Tinking. Harper and Row Publishers. 1967. New York. hlm. 62-63

akhirat.13 Ini bermakna sejarah secara amnya adalah suatu proses yang mempunyai tahap
permulaan dan pengakhiran yang bermuktamad. Sejarah manusia menurut beliau adalah sejarah
yang menjalani proses permulaan dan seterusnya pergerakan yang mendatar menuju matlamat
terakir bagi semua sejarah iaitu alam akhirat ataupun “kerajaan Tuhan”
Sesungguhnya karya St. Augustina bukanlah

bermaksud untuk menghasilkan karya

pensejarahan yang bertujuan mencari kebenaran sejarah semata-mata. Tujuan sebenar beliau
adalah untuk kepentingan keagamaan sama ada dari sudut peribadi, masyarakat mahupun sudut

ilmu. St . Augustina juga telah menganalisa tentang pergerakan sejarah manusia menurut
pandangan serta keyakinan agama Kristian yang telah dianutinya. Hasilnya sebuah karya yang
dianggap sebagai satu percubaan untuk mengemukakan suatu bentuk falsafah sejarah agama
telah berjaya dihasilkan.14
Analisis yang dilakukan oleh St. Augustina dianggap sebagai bentuk falsafah sejarah
yang pertama bagi Eropah yang telah mewarisi agama Kristian dan pensejarahan. 15 St Augustina
sendiri juga telah dianggap sebagai tokoh yang paling terkemuka dalam bidang pensejarahan
agama malah sebagai “ahli fikir yang teragung dalam kesusasteraan Latin “satu-satunya tokoh
Rumawi yang disamakan dengan Plato”.16 Beliau berpegang teguh serta yakin terhadap
kebenarannya kerana bagi beliau falsafah sejarah adalah melambangkan kekuasaan dan
kebenaran Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Sebagai sebuah penulisan yang bertujuan mempertahankan agamanya daripada serangan
tomahan golongan bukan Kristian, sudah pasti karyanya itu menimbulkan kesan serta pengaruh

13 Hans Meyerhoff (ed). The Philosophy of History our Times,Double Day Anchor Books. 1959, New York. hlm. 3
14 Colin Brown. Philosophy and the Christian Faith. Inter-Varsity Press. 1974. London. hlm. 15
15H .E. Barnes. A History of Historical Writing. hlm. 42
16 Frederick B. Artz. The Mind of te Middle Ages. Alfred A. Knoff, 1967. New York. hlm. 84

yang meluas, khususnya di kalangan masayrakat seagamanya yang berpendidikan pada ketika

itu. Malah kesan serta pengaruhnya boleh menjangkau waktu dan khalayak masyarakatnya.
Sesunguhnya penulisan St. Augustina yang berjudul De Civitas Dei telah menggariskan falsafah
sejarah agama Kristian dan seterusnya menguasai pensejarahan masyarakat Eropah pada Zaman
Pertengahan mereka, iaitu suatu jangka waktu yang menjangkau lebih daripada seribu tahun.17
Ianya mula tercabar dengan munculnya Zaman Pembaharuan dan seterusnya dianggap
tersingkir apabila tokoh-tokoh Zaman Kesedaran atau para philosophy, berjaya memperjuangkan
dalam menyingkirkan kekuasaan dan cengkaman agama tersebut terhadap masyarakat Eropah.
Menurut Edward Gibbon pula melalui karyanya yang berjudul Sejarah Kemerosotan dan
Kejatuhan Empayar Rumawi (The History of the Decline and Fall of Roman Empire) yang telah
ditulis oleh Hans Mayerhoff dalam buku beliau yang bertajuk The Philosophy of History our
Times telah menganggap Empayar Rumawi sebagai suatu “lambang bagi peradaban yang
terpaksa mengalah kepada serangan bersama oleh kebiadaban dan agama, iaitu Kristian”.18 Tetapi
anggapan yang dilontarkan oleh St. Augustina ternyata berbeza kerana beliau mempertahankan
agamanya dan mengatakan bahawa kejatuhan empayar tersebut bukanlah disebabkan oleh
ajaran-ajaran agama, tetapi adalah kerana ditakdirkan demikian akibat tindakan dan perbuatan
mereka yang dianggapnya sebagai penghuni “kota syaitan” itu.
Tokoh-tokoh seperti Vico, Voltaire, Rousseau, Herder, Kant dan Condorcet telah
menghasilkan teori-teori pada abad
membebaskan


sejarah

dan

kelapan belas mempunyai tujuan yang sama iaitu

masyarakat

daripada

cengkaman

agama

Kristian

dan

menggantikannya dengan asas-asaas sejarah dan kehidupan yang baru. Teori mereka iaitu antara
17Hans Meyerhoff (ed). The Philosophy of History our Times. hlm. 3

18 Ibid, hlm. 4

lain telah sepenuhnya membebaskan sejarah daripada agama dan menjadikannya suatu bidang
yang sekular dan rasional.19 Dengan tersingkirnya falsafah sejarah St. Augustina, maka suatu era
baru dalam pemikiran sejarah telah muncul di Eropah. Aliran itu berbentuk sekular dimana tidak
melihat sejarah serta pergeraknnya dari sudut ketuhanan. Oleh itu manusia Eropah mencari suatu
landasan ataupun asas titik tolak yang baru bagi sejarah dan falsafah sejarahnya.
Kemunculan falsafah sejarah berlaku kerana disebabkan kurangnya keyakinan terhadap
falsafah sejarah yang sekular itu yang semata-mata bergantung kepada manusia, alam semula
jadi dan rasional pada kemanusiaan sahaja. Jika ditinjau secara amnya, karya-karya pensejarahan
yang dihasilkan pada Zaman Pertengahan kebanyakkan terdiri daripada babad-babad, sejarah
kegerejaan dan riwayat-riwayat hidup.
Paulus Orosius (1k 380-420 T.M) iaitu paderi kanan St. Augustina telah memadankan
karya sejarahnya dengan St. Augustina yang telah melihat proses pergerakan sejarah sebagai
suatu ciptaan ataupun rencana Tuhan sedangkan manusia hanya menjalaninya sahaja. Kemudian
pada abad kelapan Masihi, seorang lagi paderi yang berbangsa Inggeris iaitu Bede telah menulis
Sejarah Kegerejaan Bangsa Inggeris (Ecclesiastical History of the English Nation). Dalam karya
itu, beliau telah menulis tentang sejarah awal suku kaum Anglo-Saxon di Britain sejak akhir
abad yang terakhir sebelum Masihi hinggalah kira-kira pada akhir abad keenam selepas Masihi,
iaitu apabila wilayah Canterbury mendapat biskop besarnya yang pertama, bernama St.
Augustina.
Terdapat juga percubaan untuk menghasilkan karya yang berupa falsafah sejarah seperti
Otto dan Freisingen iaitu paderi yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga diraja
Jerman. Penulisan beliau berupa Chronican (atau Babad) dihasilkam anatara T.M. 1143-1146
19 Ibid. , hlm. 5-6

telah dikatan sebagai “satu-satunya penulisan Zaman Pertengahan yang cuba membicarakan
falsafah sejarah”.20 Percubaan beliau adalah lebih kepada kepada usaha yang memaparkan suatu
tesis tentang teologi Kristian melalui pembicaraan terhadap perkembangan sejarah. .Malahan
beliau masih berpegang teguh kepada konsep dualisme falsafah sejarah St. Augustina iaitu
konsep manusia di kota Tuhan dan kota syaitan serta pertentangan antara kerajaan manusia
dengan kerajaan Nabi Isa A.S.21
Tidak hairanlah jika ada penulis mengatakan bahawa zaman Eropah Pertengahan tidak
menghasilkan sebarang penulisan yang wajar dinamakan falsafah sejarah. Hakikat ini
mengingatkan kembali kepada Zaman Klasik bahawa keadaan yang sama dimana kedua-dua
zaman ini didapati tidak menghasilkan sebarang penulisan yang berupa falsafah sejarah
walaupun kedua-duanya memang sedikit sebanyak menyedari akan kepentingan sejarah. Walau
bagaimanapun persamaan sekadar diluar sahaja. Zaman Klasik dikatakan tidak menghasilkan
penulisan yang khusus dalam membincangkan atau melihat sejarah dari sudut pengertian yang
sama ada berupa semantik mahupun falsafah yang asli. Manakala pada Zaman Pertengahan pula
melihat dari sudut sejarah keagamaan.
Walau bagaimanapun jika ditinjau dari sudut Zaman Pertengahan dan agama Kristian,
pemikir sejarah seperti St. Augustina dan Bede merupakan bentuk falsafah sejarah yang telah
mewakili zamannya. Antara kedua-dua tokoh itu, St. Augustina dan ideanya tentang falsafah
sejarah keagamaan termuat dalam karyanya iaitu De Civitas Dei merupakan seorang tokoh yang
unggul. Beliau bukan sahaja unggul dalam bidang falsafah sejarah tetapi unggul dalam bidang
ilmu seperti psikologi, pemikiran politik dan etika.22
20 R. Flint, History of the Philosophy of History. “Introduction”. Charles Scribner’s Sons. 1894. New York”. hlm. 72
21 Ibid., hlm. 71-72
22Frederick B. Artz. The Mind of te Middle Ages. Alfred A. Knoff. 1967, New York. hlm. 85

Oleh kerana pengaruh beliau adalah kuat terutama dalam bidang falsafah sejarah dan
teologi, jika idea-ideanya dicabar ia seolah-olah mencabar agama Kristian itu sendiri. Dengan
perkataan lain, suatu falsafah sejarah baru yang ingin dikemukakan bukan sahaja terpaksa
mengambil kira kedudukan falsafah sejara St. Augustina tetapi agama Kristian itu sendiri.
Pada zaman Kemuncak Pertengahan ini juga menyaksikan perkembangan falsafah
pemikiran yang digelar Summa Theologica oleh Thomas Aquinas pada (1225-1274). Theological
ialah raja kepada sains di Zaman Pertengahan yang menerangkan tentang agama dan
menunjukkan manusia ke arah jalan keselamatan. Perkembangan falsafah ini berkait dengan
peranan pengajar-pengajar di university yang digelar Scholastic theologians.23
Hal ini menyebakan beberapa ahli teologi berminat terhadap Kitab Injil ataupun gereja
yang mempunyai autoriti utama. Perkembangan kuasa akal berpunca daripada penyingkapan
falsafah Greek yang kemudiannya berkembang berdasarkan lojik akal. Akan tetapi peringkat
falsafah awal tidak menggalakkan pemecahan masalah, hal ini demikian kerana mereka terikat
dengan ketetapan anjuran Augustine.
Thomas Aquinas berpendapat falsafah dan teori perlu diasingkan dalam menyelesaikan
konflik antara kuasa akal dan wahyu. Perkara-perkara yang ditekankan oleh Aquinas ialah kuasa
akal dan kepercayaan adalah cara yang berbeza dalam menemui kebenaran. Beliau juga
menambah iaitu konflik tidak harus ada di antara kedua-duanya kerana kebenaran semuanya
adalah datang dari tuhan.24
Falsafah yang dianjurkan oleh Aquinas ini menekankan gabungan nilai-nilai agama dan
duniawi dalam pentadbiran. Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kuasa akal tidak harus
23 Sivachandralingam Sundara Raja. Siri Sejarah Fajar Bakti. Tamadun Eropah. hlm. 108-109
24 Ibid..

mengatasi kepercayaan. Menurutnya lagi, jika hal ini berlaku akan menjejaskan perkembangan
kemajuan.
Kesimpulan daripada aspek perkembangan falsafah sejarah pada Zaman Pertengahan di
Eropah memperlihatkan pergelutan yang berlaku antara kuasa gereja yang mahu menguasai
keseluruhan aspek kehidupan manusia. Akan tetapi

kemunculan tokoh-tokoh seperti Vico,

Voltaire, Rousseau, Herder, Kant dan Condorcet telah mengubah persepsi di mana mereka semua
mahu membebaskan kehidupan masayarakat mereka daripada belenggu agama Kistian yang
boleh menyekat perkembangan tamadun mereka. Sesungguhnya perkembangan daripada Zaman
Pertengahan kepada Zaman Pembaharuan telah mengubah seluruh aspek kehidupan masayarakat
Eropah menjadi lebih menyerlah sehingga hari ini.