FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASYARKAT UNTUK

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASYARKAT UNTUK BEKERJA DALAM
INDUSTRI PERHOTELAN DI DAERAH LAHAD DATU

1. PENGENALAN
Bab ini menerangkan tentang faktor yang mempengaruhi masyarakat untuk bekerja dalam
Industri Perhotelan di daerah Lahad Datu. Kajian yang dijalankan ini juga adalah sebuah kajian
yang lebih mendalam dan lebih lanjut yang dijalankan oleh pengkaji. Dalam menjalankan kajian
ini juga pelbagai aspek telah diketengahkan oleh pengkaji terutamanya dari aspek faktor tolakan
dan tarikan serta kepentingan serta kepentingan industri perhotelan ini kepada masyarakat
setempat di daerah Lahad Datu. Dalam menjalankan kajian ini juga, kepentingan industri
Perhotelan pada masa kini terutamanya dalam kalangan masyarakat setempat adalah satu perkara
yang diberi fokus oleh pengkaji.
Industri Perhotelan merupakan sebuah bentuk pelaburan yang telah lama wujud di Malaysia.
Sebagaimana yang telah diketahui oleh masyarakat, negara juga telah memandang serius
terhadap industri Pelancongan yang berkait rapat dengan industri Perhotelan. Hal ini disebabkan
kerana industri pelancongan ini telah dikenalpasti sebagai satu bentuk pelaburan yang telah
banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara ini.
Industri perhotelan di dalam negeri mahupun antarabangsa juga merupakan

salah satu industri yang berkait rapat dengan industri Pelancongan dan
Perdagangan kerana industri tersebut berfungsi untuk membekalkan tempat
kediaman yang mempunyai sifat sementara kepada para pengunjung yang
datang. Disebabkan kerana negara Malaysia sentiasa menggalakkan
pembangunan industri Pelancongan dan Pelaburan daripada pelabur-pelabur
luar negara, maka industri Perhotelan ini juga sekali gus menjadi industri
yang semakin penting di negara ini hasil daripada kemajuan industri
Pelancongan dan pelaburan yang telah menjadi semakin pesat.
Selain daripada faktor tertentu dalam pemilihan kerjanya untuk bekerja dalam industri ini, sektor
tersebut juga adalah suatu corak pelaburan yang mana telah banyak mendatangkan faedah
kepada masyarakat yang bekerja dalam industri ini. Hai ini dapat dibuktikan melalui Clawson,
Kotter, Fuax dan McArthur Charles (1992) mengatakan bahawa kerja seseorang individu
mengambil masa dalam menjalankan sesuatu tugas. Faktor dalam konteks kerja dan kerjanya
adalah peluang yang diberikan oleh sesebuah organisasi. Contohnya, apabila seseorang itu
menerima sesuatu jawatan dalam organisasi, terdapat kos dan faedah daripada jawatan tersebut.

1

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806


Oleh yang demikian pembangunan kerjanya merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah
organisasi.
SKOP KAJIAN.
Dalam skop kajian yang dijalankan ini juga, pengkaji telah memilih responden yang tinggal
berdekatan hotel dan menetap di daerah kajian sahaja. Hal ini disebabkan kerana ianya juga akan
dapat memudahkan lagi hasil kajian akhir yang bakal dijalankan. Hal ini disebabkan kerana,
pengkaji menjalankan kajian terhadap masyarakat daerah Lahad Datu sahaja kerana mereka lebih
arif dan tahu jenis pekerjaan dan persaingan yang wujud dalam industri Perhotelan di daerah ini.
Dalam memilih responden ini juga, pengkaji telah memilih individu yang berumur dalam
lingkungan dewasa sahaja yang berumur dalam lingkungan 18 tahun dan keatas dan tidak
berfokus kepada kanak-kanak dan remaja untuk dijadikan responden terhadap kajian yang
dijalankan.
Skop kajian adalah merangkumi keadaan pasaran industri Perhotelan di Malaysia dengan
penumpuan kepada kawasan Lahad Datu terutamanya industri Perhotelan sahaja. Kawasan
kajian yang dipilih tidak hanya berfokus pada sebuah hotel kerana kajian yang telah dijalankan
ini juga merangkumi semua sektor Perhotelan yang wujud di daerah Lahad Datu. Skop kajian
yang dijalankan ini juga akan berfokus kepada masyarakat setempat yang tinggal di kampungkampung yang berdekatan dengan industri Perhotelan sahaja dan juga meninjau pendapat mereka
terutamanya dari segi minat dan pandangan mereka untuk bekerja di industri Perhotelan di
daerah Lahad Datu.


PERMASALAH KAJIAN
Dalam mengenalpasti permasalahan kajian ini juga adalah satu bentuk kajian yang berperanan
sebagai mengutarakan latar belakang masalah yang ingin dikaji. Permasalahan kajian ini juga
bertujuan untuk menjelaskan tentang kepentingan sesebuah masalah yang dikaji dan secara
terperinci permasalahan kajian ini adalah sebuah pernyataan masalah yang mempunyai kaitan
dengan pemboleh ubah sesuatu perkara yang berkaitan dengan kajian.
Pada era globalisasi ini, dapat dilihat segelintir dari sesetengah industri perhotelan di daerah ini
seringkali terlibat dengan aktiviti negatif seperti, pelacuran, kelab malam, pengedaran dadah dan
sebagainya. Permasalahan ini juga sememangnya menjadi titik tolak kepada pengkaji dalam
menjalankan kajian ini. Dengan melihat permasalahan masyarakat untuk bekerja di dalam
industri, kaedah kuantitatif perlu dijalankan oleh pengkaji dalam mengetahui secara langsung
masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya dalam memilih
pekerjaan terhadap industri ini. Melalui kaedah tersebut juga pengkaji sendiri akan melihat
2

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806

faktor yang tolakan masyarakat untuk bekerja di industri ini dan mencari jalan penyelesaian

untuk menjawab segala permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengenalpasti faktor tarikan yang mempengaruhi masyarakat untuk bekerja dalam
industri Perhotelan.
2) Menganalisis faktor tolakan yang mempengaruhi masyarakat untuk bekerja dalam
industri Perhotelan.
3) Meninjau kepentingan industri Perhotelan terhadap pembangunan masyarakat
setempat.

PERSOALAN KAJIAN
1) Bagaimanakah industri Perhotelan dapat menarik minat masyarakat

untuk bekerja?

2) Bagaimanakah mengukur persepsi masyarakat terhadap kewujudan industri ini di
kawasan kajian?
3) Adakah industri ini dapat membawa pelbagai kepentingan kepada masyarakat setempat?

RANGKA KERJA KAJIAN
Peringkat 1: Menyediakan kefahaman awal terhadap kajian yang dijalankan.

Peringkat 2: Penyediaan kajian kesusasteraan/sorotan kajian.
Peringkat 3: Penyataan tentang kajian lapangan dan pengumpulan maklumat kajian.
Peringkat 4: Menganalisis dapatan kajian/analisa data yang telah diperoleh daripada
kajian yang telah dijalankan.
Peringkat 5: Hasil akhir bagi kajian yang telah dijalankan.

3

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806

SOROTAN KESUSASTERAAN
Terdapat banyak kajian yang telah dihasilkan dan dijalankan serta teori yang pernah dihuraikan
bagi memberi penjelasan lagi kepada faktor yang mempengaruhi pekerjaan sesebuah masyarakat
terutamanya di dalam sesebuah industri Perhotelan. Dalam menjalankan kajian ini juga, teori dan
kajian-kajian berperanan sebagai garis panduan bagi sesebuah masyarakat dan organisasi dan
mengambil pendekatan yang dominan yang menangani faktor yang mempengaruhi masyarakat
untuk bekerja dalam sesebuah organisasi.
PENDEKATAN TEORI
Selain itu, Erwan dan Dyah (2007) juga berpendapat bahawa teori merupakan suatu konsep yang

mempunyai hubungan yang sistematik untuk menerangkan sebuah fenomena sosial. Teori juga
adalah sebuah perkara yang cukup penting yang harus difahami oleh seseorang pengkaji ketika
mereka melakukan sebarang penelitian. Hal ini kerana melalui teori dan penelitian jugalah
seorang pengkaji dapat menemukan beberapa rumusan permasalahan sosial terhadap kajian
yang mereka lakukan dan seterusnya mereka mengembangkan teori tersebut dalam bentuk
hipotesis penelitian.
DEFINISI PENGARUH
Dalam teori yang dijalankan oleh Poerwadaminto (2002) menyatakan bahawa pengaruh adalah
sesuatu daya ataupun tarikan yang wujud dari sesuatu (orang atau benda) yang dihasilkan
melalui watak , perbuatan, kepercayaan yang dihasilkan oleh seseorang individu tertentu untuk
dikongsikan kepada individu yang lain.
DEFINISI MASYARAKAT
Hal ini juga selaras dengan falsafah Koentjaraningrat (2009) yang berpendapat bahawa,
masyarakat adalah sebuah kesatuan ataupun kelompok hidup masyarakat yang berinteraksi
menurut suatu sistem adat resam dan cara hidup yang berkesinambungan menjadi identiti kepada
sesebuah masyarakat di dalam sesebuah kelompok. Kesinambungan merupakan kesatuan
masyarakat yang memiliki keempat ciri iaitu.
1) Berinteraksi bersama kelompok dan masyarakat di sekitar mereka.
2) Mengamalkan adat istiadat dan adat resam.
3) Mengekalkan kesinambungan zaman.

4) Mempunyai identiti yang mampu untuk menyatukan semua masyarakat.
4

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806

DEFINISI BEKERJA
Menurut teori daripada Notoatmodjo (2011) bekerja merupakan kegiatan ataupun perkara yang
dilaksanakan untuk mendapatkan hasil titik peluh atau pencarian seseorang individu yang sibuk
menjalankan aktiviti pekerjaan sehari-hari dan akan banyak memperoleh masa untuk
mendapatkan pelbagai pengalaman sesebuah organisasi terutamanya di dalam dunia pekerjaan.
Hal ini kerana manusia ataupun individu yang sering melakukan apa-apa pekerjaan sudah tentu
akan memperoleh banyak pengalaman di dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Hal ini secara
tidak langsung juga dapat memberi kesan yang positif kepada sesebuah organisasi sekiranya
pekerja mampu bekerja dengan lebih cemerlang.

DEFINISI INDUSTRI
Berdasarkan teori daripada Hendro (2010) berpendapat bahawa Industri
adalah suatu bentuk aktiviti kemasyarakatan yang wujud sebagai salah satu
bahagian daripada sistem ekonomi atau sistem kehidupan manusia sejagat

dan ia merupakan satu usaha yang dilakukan oleh manusia dalam
menggabung dan memproses sumber bahan alam sekitar menjadi suatu
barang yang memberi bermanfaat kepada manusia terutamanya di dalam
sesebuah organisasi.
DEFINISI PERHOTELAN
Menurut falsafah Sulastiyono (2011) berpendapat bahawa hotel adalah sebuah perusahaan yang
dijalankan oleh sesebuah organisasi yang menyediakan pelayanan makanan, minuman dan
kemudahan penginapan seperti bilik untuk beristirahat bagi mana-mana pengunjung yang datang
dari perjalanan dan mereka sanggup membayar segala kemudahan yang diberikan oleh hotel
tersebut dengan harga yang berpatutan sesuai dengan layanan yang diterima tanpa sebarang
perjanjian khusus yang di dipersetujui.
DEFINISI DAERAH

5

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806

menurut Saefulhakim, dkk (2002) berpendapat bahawa daerah adalah sebuah kesatuan dalam
bentuk geografi yang membawa maksud iaitu sesebuah daerah mempunyai hubungkan antara

satu sama lain. Dalam teori ini juga daerah ataupun wilayah ini juga berasal dari perkataan arab
iaitu “walayuwali-wilayah” yang membawa maksud iaitu saling tolong-menolong antara satu
sama lain, saling mempunyai hubungan yang harmoni dan baik terutamanya dalam kehidupan
bermasyarakat di dalam sesebuah daerah.

FAKTOR MEMPENGARUHI MASYARAKAT UNTUK BEKERJA
(1) Minat dalam pekerjaan
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Shukor (1991) berpendapat bahawa organisasi
dan pekerja haruslah saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai objektif dalam
sesebuah organisasi. Pihak organisasi juga memerlukan tenaga, kemahiran, pemikiran dan
kepakaran yang perlu disumbangkan oleh pekerja di dalam sesebuah organisasi itu. Begitu juga
dengan pekerja yang bergantung kerja dan faedah kemudahan yang diberikan oleh pihak
organisasi di dalam sesebuah pekerjaan.
(2) Faktor Pendapatan/Gaji
Hal ini juga selaras dengan falsafah Brewer (1993) menyatakan bahawa komitmen pekerja dalam
sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam menentukan suatu kejayaan
untuk mencapai matlamat bagi sesebuah organisasi. Dalam konteks ini juga semakin tinggi daya
kemantapan sesuatu tugasan yang diberi, semakin tinggi ganjaran yang diterima.
(3) Faktor Rakan Sekerja
Pendekatan itu juga selaras dengan falsafah Farrel (2003) menyatakan bahawa pekerja yang

masih baharu yang bekerja dalam sesebuah organisasi memerlukan sokongan dan bantuan
daripada rakan sekerja mereka mula dari tahun pertama mereka menceburi diri mereka dalam
bidang kerjaya. Hal ini adalah untuk mengelakkan pekerja yang baharu berasa buntu dan tidak
tahu terhadap tugasan-tugasan yang akan diberikan oleh pihak majikan.
(4) Umur
6

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806

Jaafar Muhammad (2007). Dengan perkataan lain berpendapat bahawa semakin meningkat umur
seseorang pekerja semakin menurun komitmen kerja mereka dan hal ini juga menjadi faktor
tolakan kepada mereka dalam bekerja di sesebuah organisasi kerana kurangnya keaktifan dalam
bekerja di sesebuah organisasi.
(5) Persekitaran kerja
Menurut Azlinda Jaini (2013) menyatakan bahawa persekitaran kerja adalah sesuatu persekitaran
yang merangkumi kualiti udara yang baik, keadaan tempat kerja yang baik, masa dan maklum
balas pihak pengurusan yang sangat tepat dan bersefahaman antara matlamat dan keutamaan
kerja. Hal ini juga sememangnya menjadi faktor kepada masyarakat untuk bekerja di dalam
sesebuah organisasi.

Rajah 1: Aspek-aspek yang terkandung dalam motivasi kerja
SENTIASA
BERTANGGUNGJAWAB
MATANG DALAM
MEMBICANGKAN
PERKARA-PERKARA YANG
MECABAR
SENTIASA MENGINKAN
PRESTASI YANG LEBIH
BAIK

ASPEK-ASPEK
YANG
TERKANDUNG
DALAM
MOTIVASI
KERJA

SENTIASA MAMPU
MENGATASI MASALAH
SUKA BERSAING UNTUK
MENCAPAI HASIL YANG
OPTIMUM
SUKA BERHUJAH DENGAN
PERKARA-PERKARA YANG
SUKAR UNTUK DIATASAI
SUKA UNTUK MENERIMA
MAKLUM BALAS DARIPADA
KERJA YANG MEREKA LAKUKAN

7

MEMBUAT SESUATU
PERKARA YANG LEBIH
BAIK DARIPADA ORANG
LAIN

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806

Sumber: Rivai. (2003)
Rajah 2: Rangkaian Perilaku dan Motivasi
kemampuan

Motivasi

Usaha

Kinerja

A

A. Person’s motivation is a function of :
(a). Effort to performance expectancies.
(b). Performance to outcome expectancies.
(c). Perceived valance of outcomes.
Sumber: David .A.Nadler dan Edward.E.Lawler III (Usmara, 2003).

8

Hasil kerja

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806

LANGKAH PENGUMPULAN DATA

POPULASI

MASYARAKAT

300 RESPONDEN

INSTRUMENTASI

LAWATAN KAJIAN

LAPANGAN
TERBANG
(KUCHING,KOTA
KINABALU DAN
LAHAD DATU)
BANDAR LAHAD
DATU

BORANG SOAL
SELIDIK

DEMOGRAFI

MASYARAKAT
SETEMPAT

KESAN POSITIF
TANGGAPAN DAN
JANGKAAN
KESAN NEGATIF

MY INN AVENUE
HOTEL, SILAM
DINASTY HOTEL,
DE LEON HOTEL

9

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806
KAMPUNG SHARIF,
KAMPUNG
TABANAK,
KAMPUNG
MUHIBAH,
KESIMPULAN.
KAMPUNG

Rajah 3. Langkah Pengumpulan Data

Industri tersebut juga telah diberikan perhatian serius oleh negara kerana hasil pendapatan
ekonominya yang semakin berkembang ini juga adalah berpunca daripada hasil industri
Perhotelan yang sangat berkait rapat dengan industri Pelancongan yang semakin mendapat
permintaan daripada pengunjung yang datang dari luar ataupun dalam negara. Perkembangan
industri Perhotelan pada ketika ini juga telah semakin meluas dan mendapat permintaan
masyarakat sama ada dalam mahupun luar negara dan pada hari ini juga setiap negeri mahupun
setiap daerah-daerah di Malaysia juga telah menjalankan pembangunan ini. Kajian yang
dijalankan juga adalah ini juga adalah sesebuah kajian yang melihat sendiri faktor yang
mempengaruhi masyarakat untuk bekerja dalam industri Perhotelan di daerah Lahad Datu.
Objektif kajian dalam permasalahan kajian adalah suatu perkara yang diketengahkan dalam
menjalankan kajian ini untuk melihat sendiri keberhasilan yang ingin dicapai dalam sesebuah
kajian yang dijalankan.

RUJUKAN
Azlinda, J. (2013). A Study On The Factors That Influence Employees Job
Satisfaction At Scope International (M) Sdn. Bhd. Uitm Shah Alam:
Disertasi Sarjana.
Brewer, A. M. (1993). Managing for Employee Commitment. Melbourne: Long
Man.
Clawson James, K. J. (1992). Self-assessment and Caree Development (3th
edition). New Jersey: Prentice-hall.
Erwan, D. R. (2011). Keuangan dan Akuntasi untuk Menajer Non Keuangan.
Yogyakarta: Graha Ilmu.
Farrel, E. (2003). Patterns of leadership behaviour related to employee
grievances and turnover. Personal Psychology, 15, 43-56.

10

MOHD HERFIZAN BIN MAD JAHIL
49806

Hendro. (2010). Pengaruh Karakteristik Pemerintahan Daerah terhadap
Kinerja Keuangan Pemerintah Daerah. Daerah Kabupaten: Universitas
Sebelas Maret Surakarta.
Koentjaraningrat. (2009). Metode-Metode Penelitian Masyarkat. Jakarta:
PT.Gramedia Pustaka.
Muhammad, J. (2007). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publication
(M) Sdn.Bhd.Kuala Lumpur:Cahaya Panati Publishing (M) Sdn.Bhd.
Notaoatmodjo. (2011). Kesehatan Masyarakat. Jakarta: Rineka Cipta.
Poerwadaminto, W. (2002). Kamus Umum Bahasa Indonesia. Djakarta,
Indonesia.
Rivai. (2003). Manajemen Sumber Daya Manusia untuk Perusahaan:. Jakarta:
PT. Rajagrofindo Persada.
efulhakim, d. (2002). Study Penyusunan Wilayah Pengembangan Strategis
(Strategic). Bogor: IPB dan Bapenas.
Shukor, A. (1991). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat
Kerja. Tinjauan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Komitmen Pekerja
Terhadap Organisasi, Muka Surat 5.
Sulastiyono, A. (2011). Manajemen Penyelenggaraan Hotel. Indonesia:
Alfabeta.

11