Tawar Dalam Perubatan Tradisi Melayu Raw

1

Tawar Dalam Perubatan Tradisi Melayu-Rawa di Perak: Suatu Kajian Dari
Perspektif Sejarah Sosial
Ahamad Jama’ Amin Yang1
Universiti Kebangsaan Malaysia
alperaqi1978@ yahoo.com

ABSTRAK
Sejarah perubatan tradisi masyarakat Melayu sering dihubungkan dengan nilai-nilai mistik dan
ritual Islam di dalamnya. Dalam kalangan masyarakat Melayu-Rawa, tradisi tawar atau jampi
merupakan amalan yang masih diteruskan dalam proses penyembuhan penyakit. Sehubungan itu,
kertas kerja ini akan membincangkan amalan tawar dalam kalangan masyarakat Melayu-Rawa di
Gopeng Perak dengan menggunakan pendekatan sejarah objektif-naratif berasaskan sumber lisan
sebagai asas hujah. Berdasarkan hasil kajian, pengaruh dan perkembangan amalan tawar masih
dipraktiskan sehingga kini dalam kalangan golongan tua masyarakat Melayu-Rawa. Elemen
mistik dan Islam disatukan dan dilihat semacam menjadi asas kepada perubatan Melayu tradisi
terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu-Rawa di Gopeng Perak. Melalui dapatan kajian
ini diharap dapat memperkayakan koleksi sejarah sosial yang berasaskan sumber lisan dan
menambahkan info terhadap tradisi perubatan masyarakat Melayu di Malaysia.
Kata kunci: Melayu-Rawa, Tawar, Perak, Perubatan Tradisi, Mistik

Tema: Sumber Sejarah dan Sejarah Lisan

PENGENALAN
Sejarah perubatan orang Melayu begitu unik terutamanya dari segi tradisi pengamalannya. Hal
ini kerana di dalam kebudayaan orang Melayu sendiri wujudnya kepelbagaian variasi hasil
daripada pencampuran pemikiran nilai-hidup masyarakat tempatan dan asimilasi ketamadunan
luar. Tambahan lagi interpretasi orang-orang Melayu tradisi penuh dengan welteschaung sama
ada dari sudut metafizika Islam2, Hindu, Buddha dan juga unsur animinisme.3
1 Pembentang merupakan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah
dan merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Falsafah dan Pemikiran Politik, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
2 Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, (Kuala Lumpur: Angkatan
Belia Islam Malaysia, 1990), 30-50;________________, The Myticisme of Hamzah Fansuri, (Kuala Lumpur:
Universiti Malaya Press,1970), 4; Ismail Hamid, Kesusasteraan Melayu Lama dari Warisan Peradaban Islam,
(Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,1983), 3.
3 Lihat tulisan A.G.S,Dhanraj, Mysticisme in Malaya, (Singapore: Asia Publishing,1970); R.O Winstedt,The Malay
Magician:By Shann, Shiva and Sufi, (London: Routledge, 1961), 11;________________The Malay:A Cultural
History, (London: Routledege, 1961), 22.

PERSIDANGAN SEJARAH PASCA MERDEKA

Universiti Sains Malaysia, 21 -22 Disember 2015

1

2
Dalam konteks ini, dilihat elemen falsafah orang Melayu didasari dengan satu bentuk peradaban
yang terbina melalui proses sinkretisme yang melibatkan unsur-unsur kepercayaan sama ada ia
berbentuk monotesime (konsep tauhid), politesime atau tahyul. Keadaan ini memberikan kesan
dan seterusnya menjuruskan kepada satu bentuk perubatan tradisi yang seakan bersifat perantara
seperti jampi serapah.4 Perbahasan mengenai jampi serapah ini tentu wujudnya perbezaan dari
segi prinsip, falsafah dan kepercayaan sesuatu suku kaum etnik atau cabang di dalam masyarakat
Melayu itu sendiri.
Hal ini boleh dilihat di dalam masyarakat Melayu-Rawa. Pengaruh identiti dan
perwatakannya tentu sekali berbeza dengan suku kaum masyarakat Melayu yang lain. 5 Walaupun
sukar untuk dinilai, namun pada hakikatnya masyarakat Melayu-Rawa mempunyai satu bentuk
atau corak budayanya sendiri. Dalam erti kata lain masyarakat Melayu-Rawa mempunyai
konsepsinya tersendiri. Keadaan ini boleh ditinjau melalui bahasa dialeknya, pergaulannya dan
lain-lain lagi. Malahan, sekiranya ditinjau daripada sudut sejarah, orang Melayu-Rawa adalah
antara kelompok Melayu yang sinonim dengan amalan jampi, serapah, mentera atau tawar.
Konsep tawar yang digagaskan oleh orang Melayu-Rawa mempunyai intipati yang menarik

untuk dipaparkan dan dikaji.6 Di negeri Perak, penempatan komuniti Melayu-Rawa banyak
terdapat di sekitar Gopeng, Kampar, Tanjung Malim dan juga di Tanjung Piandang. Oleh itu,
dalam kertas kerja ringkas ini pengkaji lebih menumpukan kajian di sekitar kawasan GopengBatu Gajah, Perak.
MASYARAKAT MELAYU-RAWA DI GOPENG-BATU GAJAH7
Masyarakat Melayu-Rawa dikatakan berasal daripada wilayah Sumatera Barat.8 Dikatakan orang
Melayu-Rawa merupakan cabang kepada masyarakat Melayu Minangkabau. 9 Teori ini
berasaskan kepada pandangan bahawa budaya dan tutur kata orang Melayu-Rawa mirip ke arah
Melayu-Minangkabau. Menurut Joginder Singh Jessy, “Dalam waktu-waktu itu kebanyakan
jawatan tinggi dalam pemerintahan negeri Perak di pegang oleh kerabat diraja Kedah dan
pahlawan-pahlawan Minangkabau”.10 Tegas Joginder Singh Jessy lagi, “Minangkabau itu adalah

4

Haron Daud, Pensejarahan Masyarakat Melayu dalam Aspek Kepercayaan dan Pemikiran, Jurnal Pengajian
Melayu (4), 3, 1992.
5 Harun Mat Piah, Satu Bunyi Dialek Rawa yang diaturkan dalam Daerah Gopeng Perak, Latihan Ilmiah, (Kuala
Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu,Universiti Malaya, 1970), 25-30.
6 Dalam masyarakat Melayu penggunaan diksi Tawar dikatakan lebih sesuai dan ‘lembut’ maknanya berbanding
jampi atau mentera. Hajah Amnah Bte Raja Yeop Mat Lazim, Temubual oleh Ahamad Jama’ Amin , Batu
Gajah, 10 Februari 2002. Beliau merupakan pengamal perubatan tradisional dan bidan kampung berketurunan

Melayu-Rawa dan cukup dikenali sekitar daerah Kinta.
76 Perbincangan di dalam sub-topik ini lebih menumpukan ulasan umum mengenai masyarakat Melayu-Rawa.
Rujukan mengenai Melayu-Rawa masih terbatas seperti tulisan Harun Mat Piah yang membincangkan serba
sedikit peradaban Melayu-Rawa terutamnya dari aspek bahasa komunikasi. Keterangan lanjut mengenainya, sila
lihat Harun Mat Piah, Satu Bunyi Dialek Rawa, 17-22.
8 Ibid,, 19.
9 Ibid., 20.
10 Joginder Singh Jessy, History of Malaya(1400-1950), (Pulau Pinang: Panisula Publishers,1961), 65.

PERSIDANGAN SEJARAH PASCA MERDEKA
Universiti Sains Malaysia, 21 -22 Disember 2015

2

3
meliputi orang-orang yang datang dari Sumatera termasuk juga orang-orang Rawa ini. Apalagi
banyak persamaan antara Minangkabau dan Rawa...”.11
Di samping itu, merujuk sumber yang lain mengatakan masyarakat Melayu-Rawa adalah
suku kaum masyarakat Mendailing.12 Hujahnya, bahawa orang Melayu-Rawa adalah sebahagian
suku kaum masyarakat Mendailing. Pandangan ini berasaskan kepada suku kaum masyarakat

Mendailing yang terbahagi kepada dua dan salah satunya adalah Melayu-Roburan. 13 Masyarakat
Melayu-Roburan menetap di Tapanuli Selatan wilayah Sumatera Barat. 14 Berdasarkan hujah
tersebut, mereka mengatakan orang Melayu-Rawa dan Melayu-Roburan adalah daripada asal
suku yang sama.Walaupun tidak ada bukti yang jelas mengenai perkara tersebut, namun
kemungkinannya tetap ada khususnya perkataan Raw dan Rob hampir sama. Malahan, orang
Melayu-Rawa ada kemungkinan adalah suku kaum Melayu yang telah diasimilasikan daripada
Melayu-Minangkabau dan Melayu-Mendailing. Perkara ini tidak mustahil kerana jarak antara
kedua-kedua wilayah suku kaum Melayu terbesar tersebut adalah bersempadan (Tapanuli Selatan
dengan Padang-Minangkabau). Bagaimanapun, kesemua pandangan tersebut dinafikan oleh
masyarakat Melayu-Rawa sendiri. Dalam satu seminar tentang Melayu-Rawa yang dianjurkan
Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2009 merumuskan, suku kaum Melayu ini telah
lama wujud seperti mana Minangkabau dan Mendailing. Namun begitu, tafsiran berbeza-beza ini
berlaku akibat daripada dominasi suku kaum Minangkabau dalam pemerintahan kerajaan Pagar
Ruyung, sehinggalah kerajaan tersebut runtuh kesan daripada Perang Padri.15
Sejarah kedatangan masyarakat Melayu-Rawa ke Semenanjung Tanah Melayu dikatakan
bermula pada abad ke-18 Masihi. Menurut Harun Mat Piah:
“Orang-orang Rawa telah datang ke Semenanjung sejak 300 tahun dahulu dan tempat
yang mula-mula diduduki adalah Pahang iaitu Raub....ada juga menjadi askar atau orangorang perang (tentera upahan) oleh pemerintah Pahang dan kebanyakannya dihantar ke
Perak bagi membantu menghadapi peperangan saudara dan ancaman Bugis (17001730)”.16
Selepas peperangan tersebut sebahagian besar orang Melayu-Rawa tidak kembali ke

tanah air masing-masing tetapi telah menetap di Selama di Utara Perak. Kemudiannya ada di
antara mereka yang merantau ke daerah-daerah lain di Perak terutamanya di kawasan pedalaman
seperti Tanjung Malim, Slim River, Kampar dan Gopeng. Malahan ada yang membuka
petempatan baru seperti di sekitar Batu Gajah dan Gunung Mesah, Gopeng.17 Selain itu,
kedatangan orang Melayu-Rawa ke Semenanjung Tanah Melayu khususnya di Gopeng-Batu
11 Ibid., 66.
12 Tuan Haji Lan, Temubual oleh Ahamad Jama’ Amin, Batu Gajah, 10 Januari 2002. Pengamal Perubatan-antara
penduduk tertua di Kg Sindu berusia 88 tahun yang berketurunan Melayu Rawa Beliau mendapat pendidikan
agama di Indonesia dan merupakan pengamal perubatan tradisional.
13 Abd Riyardh Hussein, Temubual oleh Ahamad Jama’ Amin, Bangi, 11 Disember 2001. Pelajar Indonesia yang
sedang menuntut di peringkat Sarjana Pengajian Islam UKM pada waktu itu.
14 Ibid., 20.
15 John Miksic, From Megalithis to Tombstones: The Transitions from pre-historyto early Islamic period in
highland West Sumatera, Indonesia and Malay World (32) 2004, 93.
16 Harun Mat Piah, Sistem Bunyi Dialek Perak, 12.
17 Ibid., 11-14.

PERSIDANGAN SEJARAH PASCA MERDEKA
Universiti Sains Malaysia, 21 -22 Disember 2015


3

4
Gajah Perak juga melalui perpindahan (migrasi) ataupun tradisi merantau. 18 Dalam hal ini,
terdapat empat faktor teras merantau tersebut. Pertama, merantau berasaskan ekonomi (konsep
mencari rezeki); kedua,ilmu; ketiga. perdagangan (perniagaan) dan keempat, sebagai askar
upahan.19
Kebanyakan masyarakat Melayu-Rawa terutamanya golongan-golongan elit seperti
ilmuan, saudagar dan ulama menggunakan satu gelaran khas antaranya Al-Rawa dan perkataan
Rawa di hujung nama-nama mereka. Sebagai contoh seperti Ustaz Yussuf Rawa (bekas Presiden
PAS). Ia bertujuan untuk menunjukkan unsur-unsur kebanggaan dilahirkan di dalam kelompok
masyarakat Melayu-Rawa. Walaupun begitu, dalam konteks kontemporari kini, budaya
masyarakat Melayu-Rawa banyak diasimilasikan dengan budaya-budaya tempatan yang lain
melalui proses perkahwinan, asimilasi budaya dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung, ia
menyebabkan kebudayaan masyarakat Melayu-Rawa di kawasan kajian mulai hilang
ketulenannya. Namun begitu, masih ada lagi tempat-tempat tertentu yang masih lagi kukuh nilainilai ’Rawanya’ terutamanya kelompok berusia seperti di Sindu, Pengkalan Baru,Sg Itik dan
Gunung Mesah sekitar tahun 1990-an.
AMALAN TAWAR DALAM MASYARAKAT MELAYU-RAWA20
Perkataan mentera adalah berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘mantra’, ‘manir’ dan ‘matar’
yang merujuk kepada:

That part of each Veda which comprises the hymns (as distinguished from Brahmanas,or
theological partners); a passage of the Vedas, a holy text, a formula secret to any
particular deity; a mystical verse, a magical formula; a inentiation, a charm, spell,
philter secret consultation, spritual instruction.21
Soedjijono, Imam Hanapi dan Kesuma Ali Wiryono pula mendefinasilkan mentera dari segi
konsepsi agama Hindu seperti berikut:
Mentera dalam agama Hindu dianggap sebagai wahyu kerana itu isi mentera tidak boleh
diubah dan mentera tidak boleh diajar kepada orang belum berhak kerana
penyalahgunaannya dipercayai akan mendatangkan kesan yang buruk.22
18 Sila Khazin B Mohd Tamrin, Orang Jawa di Selangor:Penghijrahan dan Penempatan 1880-1941, (Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984), lihat bab III.
19 Ketiga-tiga elemen tersebut bolehlah dikonatasikan dengan pendapat Bogardes, “cuba untuk lari dari
sesuatu...(dan),cuba untuk mendapatkan sesuatu dalam situasi baru”, E.S Bogardes, Imigrations and Race
Attitude, (Boston: D.C Healths and Co, 1928), 3.
20 Dalam perbincangan penulis mengkhususkan perbahasan yang mengenai masyarakat Melayu Rawa di Gopeng
Perak meliputi tiga buah kampung iaitu Kg Seri Jaya,Pengkalan Baru dan Kg Batu Lima.
21 John T.Pletters, A Dictionary Of Urdu,Classical Hindi and English, (London: Oxford University Press,1960),
171.
22 Soedjijono,Imam Hanapi dan Kesuma Adi Wiryono, Struktur dan Isi Mantra Bahasa Jawa di Jawa Timur,
(Jakarta:Department Pendidikan dan Kebudayaan, 1987), 2.


PERSIDANGAN SEJARAH PASCA MERDEKA
Universiti Sains Malaysia, 21 -22 Disember 2015

4

5
Dalam masyarakat Melayu-Rawa, pengertian mentera, jampi dan serapah dianggap tidak
sesuai untuk diguna pakai oleh mereka. Sebab itu dilihat masyarakat Melayu-Rawa lebih
sinonim dengan menggunakan istilah tawar. Pelbagai interpretasi yang dilontarkan sama ada
pengamal perubatan mahupun individu dalam kalangan masyarakat Melayu-Rawa terhadap
terminologi ini. Misalnya Tuan Haji Lan, pengamal perubatan tradisional Melayu-Rawa memberi
satu pandangan yang berbeza mengenai pemakaian istilah tawar dalam perubatan tradisional.
Beliau menyifatkan:
“Tawar adalah sungguh berbeza dengan jampi serapah atau mentera. Ini kerana tawar
bukan hanya melibatkan si pemakai tetapi nilai kebergantungannya ditentukan oleh Allah
SWT. Dalam hal tawar ini lebih kepada satu doa kepada (mohon) penciptaNya agar
dipulihkan sesuatu bencana atau penyakit”.23
Oleh itu, konsep tawar dalam masyarakat Melayu-Rawa lebih menitik beratkan elemen
ketauhidan dan keyakinan kepada qada’ dan qadar. Situasi ini, seolah-olah menyanggah

gambaran yang diberikan oleh penulis Barat terhadap institusi perubatan tradisi Melayu lebih
cenderung kepada dualisme theology. Dalam tulisan Mohd Taib Osman, beliau membahagikan
empat konsep tawar (jampi serapah mengikut sesetengah pandangan sarjana):
1.
2.
3.
4.

Declaration of intent of purpose of the ritual
the name of supernatural being invoked placated or exarcized
the invocations of the origin of the sprit being
formulative expressions like ‘om’ and ‘kun’ and speak language of the pawang or
bomoh.24

Konsep yang digariskan oleh Mohd Taib Osman seakan mempunyai persamaan dengan
tradisi perubatan masyarakat Melayu-Rawa, terutamanya isi kandungan tawar yang berunsurkan
nilai-nilai animinisme dari sudut bahasa dan sebutannya. Namun dari sudut pandangan
pengamalnya ianya tidak sama jika diamati dari segi sebutan, ciri-ciri, kaedah dan keyakinan
tawar tersebut terhadap Allah SWT.25 Untuk itu dipaparkan beberapa amalan tawar yang di
amalkan oleh masyarakat Melayu-Rawa Gopeng untuk di nilai:

1.Membela Perut
Aku pijak tanah piarus, aku memakai ilmu Allah, bagi keliling beri tembaga, besi melilit
urat aku,urat aku yang kendur menjadi tegang, sendi aku renggang menjadi rapat,daging
aku yang luak menjadi penuh, Hei Diwai Di mani manikam pulang pulihlah engkau seperti
terbit daripada perut ibu kamu.Berkat kata lailahaillallah……….
Pudar Allah pudar Muhammad, asal jasad asal kipit rerawan sunti nama tubuh badanku.
Berkat kata laillahallallah….
Sumber: Hjh Amnah bte Raja Yeop Mat Lazim
23 Tuan Haji Lan, Temuramah oleh Ahamad Jama’ Amin, Batu Gajah, 10 Januari 2002.
24 Mohd Taib Osman, Malay Folk Beliefs:An Intergrations Disparate Elements, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,1989), 442-443.
25 Hajah Amnah bte Raja Yeop Mat Lazim, Temuramah oleh Ahamad Jama’ Amin, Batu Gajah, 20 Februari 2002.

PERSIDANGAN SEJARAH PASCA MERDEKA
Universiti Sains Malaysia, 21 -22 Disember 2015

5

6
.
2. Memulih
Nyor Jeliat pinang jeliah tanah pir pala,roh pulih semangat pulih sediakala,hu.....roh insan
semangat maya,pulang pulihlah engkau seperti sediakala.Pulih urat pulih sendi pulang
pulih sediakala,pulang pulihlah sengkau urat 199.Berkat kata kalimah laillahaillallah....
Sumber: Hajah Amnah Bte Raja Yeop Mat Lazim
3.Urat pinggang/sembelit
Hei sembelit (2x) aku tahu asal usul kamu dari besi yang tua, daging jadi besi, besi jadi
tulang, baliklah engkau ke tempat asal engkau,besi yang tua asal kau,berkat kata kalimah
laillahaillah....
Sumber: Hajah Amnah Bte Raja Yeop Mat Lazim
4. Doa Gemuruh
Hei bali darah bali hinggap ranting mati, aku buang darah gemuruh bawah pusat ku
naikkan di Allah taala darah berani ke muka aku sampaikan hajat...........
Mengucap dua kalimah syahadah................
Sumber: Rozamun Bte Abd Majid
5.Limau Budak
Assalamualaikum hei Nabi Allah Khidil Aku nak mintak air seguluk aku nak mandikan si
anu 4,4,44 aku nak meliau si anu.Ali mandikan fatimah 44 kali.Asssalamualaikum hei
Nabi Allah Nuh aku nak mintak limau-aku, berkat kata kalimah laillahaillah.....
Sumber:Rozamun bte Abdul Majid
5.Limau Mak
Assalamualaikum hei Nabi Allah Nuh, nak mintak limau aku nak mandikan si_______
sebut nama 4,4,44. Ali mandikan Fatimah seri sentuk, ikut engkau air yang lalui mandi nur
mandi dalam kandi Allah berkat kata laillahaillah......
Sumber:Rozamun bte Abdul Majid
Merujuk daripada tawar di atas tentunya timbul persoalan sama ada ia melanggari akidah
ataupun tidak. Dalam konteks ini, pelbagai andaian di buat dalam memastikan sesuatu tawar
dibenarkan syara’ diguna pakaikan. Misalnya timbulnya pertikaian disini adalah penggunaan kata
dalam tawar tersebut. Sebagai contoh tawar ‘melimau mak’ yang menggunakan nama nabi
PERSIDANGAN SEJARAH PASCA MERDEKA
Universiti Sains Malaysia, 21 -22 Disember 2015

6

7
seperti Nabi Nuh a.s dan juga Saidina Ali dan Fatimah. Dalam persoalan ini, menurut pengamal
terbabit, sebenarnya pengucapan tersebut merupakan simbolik atau perlambangan kepada
kekudusan Allah S.W.T. Menurut Tuan Haji Lan, “kekuatan doa atau tawar bukanlah bergantung
kepada isi atau makna tawar itu sendiri. Sebenarnya kelebihan tawar tersebut terletak kepada niat
dan kekeuatan niat demi mencapai keredhaan Allah pastinya akan mengukuhkan tawar tersebut.
Dengan demikian insyaallah tawar akan dimakbulkan”.26 Justeru, konsep tawar yang diterapkan
oleh masyarakat Melayu-Rawa menurutnya (Tuan Haji Lan) adalah berasaskan etika dan moral
Islam. Ia boleh dilihatkan melalui langkah-langkah ataupun ciri-ciri pengamal tawar tersebut.
Antara langkah-langkah tersebut adalah penggunaan ayat-ayat al-Quran sebelum upacara tawar
dimulakan. Penggunaan ayat-ayat al-Quran amat penting dalam menjaminkan bahawa tidak ada
unsur-unsur luar seperti jin dan makluk-makluk halus yang lain menyerap masuk ketika upacara
tawar dimulakan. Antara-antara ayat-ayat al-Quran yang digunakan adalah seperti surah alIkhlas, al-Falaq dan an-Nas.27 Ketiga-tiga surah ini mesti disisipkan bersama-sama surah alfatihah sebelum tawar dilakukan.
Di samping itu, seseorang pengamal tawar dalam masyarakat Melayu-Rawa wajib sentiasa
mengikuti segala perintah atau amalan yang ditetapkan kepadanya oleh agama Islam. Hal ini
penting bagi menjaminkan pengamal perubatan tradisional tersebut sentiasa suci tanpa adanya
unsur-unsur maksiat kepada Allah SWT. Justeru, dalam konteks ini konsep tawar di dalam
masyarakat Melayu-Rawa ini sebenarnya lebih berkait rapat dengan proses pendidikan manusia.
Hal ini kerana ia merupakan satu cara untuk membentuk kembali nilai peradaban Melayu-Islam
berasaskan perubatan tradisi. Malahan sekiranya diteliti dengan mendalam konsep tawar yang
dipertekankan oleh masyarakat Melayu- Rawa ini adalah selari dengan konsep doa dalam Islam
yang menyarankan umatnya berusaha dan bertawakal dalam menghadapi sesuatu musibah.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, amalan tawar di dalam masyarakat Melayu Rawa merupakan
kesinambungan kepada gabungan tradisi perubatan Islam dan Melayu. Namun begitu, secara
khususnya di lihat bahawa amalan tawar ini (Gopeng) semakin pupus akibat tiadanya pewaris
ataupun mereka yng berminat tentang perubatan tradisi terutamanya dalam kalangan gologan
muda. Keadaan ini kerana proses pembelajaran mengambil masa yang lama khususnya dalam
memahami sesuatu tawar tersebut. Malahan pandangan negatif dalam kalangan golongan muda
Melayu-Rawa terhadap perubatan tradisi tawar ini juga dilihat menyumbang kepada pupusnya
amalan tersebut terutama dari sudut kepercayaan, kesedaran beragama yang semakin tinggi dan
kebergantungan kepada perubatan moden. Keadaan ini yang menyumbang kepada terhakisnya
tradisi tersebut. Sehubungan itu, pihak-pihak tertentu perlu memainkan peranan dalam
menyedarkan generasi muda akan kepentingan tradisi ini khususnya ilmu perubatan tradisi untuk
direkodkan dan merupakan sebahagian daripada intipati pembinaan tamadun Melayu.
26 Tuan Haji Lan, Temubual oleh Ahamad Jama’ Amin, Batu Gajah , 10 Januari 2002.
27 Ibid.; Mohd Taib Osman , Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1983), 44;Haron Daud,“Etos Masyarakat”, Kajian berdasarkan Mentera, Laporan Penyelidikan, (Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia, 1992).

PERSIDANGAN SEJARAH PASCA MERDEKA
Universiti Sains Malaysia, 21 -22 Disember 2015

7

8

RUJUKAN
Sumber Buku
Al-Attas, S.M. N, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Angkatan
Belia Islam Malaysia, 1990.
______________, The Myticisme of Hamzah Fansuri, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press,
1970.
Bogardes E.S, Imigrations and Race Attitude, Bostan:D.C Healths and Co, 1928.
Ismail Hamid, Kesusasteraan Melayu Lama dari Warisan Peradaban Islam, Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1983.
Dhanraj, A.G.S, Mysticime in Malaya, Singapore: Asia Publishing, 1970.
Winstedt, R.O, The Malay Magician:By Shann, Shiva and Sufi, London: Routledge, 1961.
___________ , The Malay:A Cultural History, London:Routledege, 1961.
Haron Daud, Pensejarahan Masyarakat Melayu dalam Aspek Kepercayaan dan
Pemikiran, dalam Jurnal Pengajian Melayu (4), 1992.
Haron Daud, Etos Masyarakat:Kajian Berdasarkan Mentera, Laporan Penyelidikan. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1992.
Harun Mat Piah, Satu Bunyi Dialek Rawa yang dituturkan dalam Daerah Gopeng Perak, Latihan
Ilmiah, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu.Universiti Malaya, 1970.
Joginder Singh Jessy, History of Malaya (1400-1950), Pulau Pinang: Peninsula Publishers,
1961.
Khazin B.Mohd Tamrin, Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan dan Penempatan
1880-1941, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.
Miksic, John, From Megalithis to Tombstones: The transition from pre-history to early Islamic
period in hinglands West Sumatera, Indonesia and Malay World, 32 (93), 2004.
Mohd Taib Osman, Malay Folk Beliefs: An Integrations Elements, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
PERSIDANGAN SEJARAH PASCA MERDEKA
Universiti Sains Malaysia, 21 -22 Disember 2015

8

9
_______________, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1983.
Soedjijono,Imam Hanapi dan Resuma Adi Wiryono, Struktur dan Isi Mantra Bahasa
Jawa di Jawa Timur, Jakarta: Department Pendidikan dan Kebudayaan, 1987.
Pletters, J.T, A Dictionary of Urdu,Classical Hindi and English, Oxford: Oxford
University Press, 1960.
.
Sumber Lisan
Abd Riyard bin Hussein, 2001, Bangi, Temubual, 11 Disember 2001.
Hajah Amnah bte Raja Yeop Mat Lazim, Batu Gajah. Temubual, 20 Februari 2002.
Rozamun bte Abdul Majid, Batu Gajah, Temubual, 1 Mac 2002.
Tuan Haji Lan. 2002, Batu Gajah, Temubual, 10 Januari 2002.

PERSIDANGAN SEJARAH PASCA MERDEKA
Universiti Sains Malaysia, 21 -22 Disember 2015

9