Fatwa tentang Burung Walet docx

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SAINS DAN
TEKNOLOGI
IJAZAH SARJANA MUDA
PENGURUSAN INDUSTRI HALAL

FATWA & UNDANG-UNDANG (ISH 2093)
“ Burung Walet”

NAMA : NUR HABIBAH BINTI AZIZAN
NO. MATRIK

: 41320XXXX

NAMA PENSYARAH : CIK MA KALTHUM BINTI ISHAK

1.0 PENGENALAN
Di tengah masyarakat muncul budaya pemakan Burung Layang-Layang (Walet) di mana
sarangnya diambil untuk dimanfaatkan dalam pelbagai kepentingan sama ada digunakan
sebagai makanan atau ubat-ubatan.
Sarang Burung Walet berasal dari cairan yang keluar bersama air liur yang telah
kering dan tidak bercampur dengan najis ataupun kotoran. Sebahagian masyarakat yang

beranggapan bahawa sarang Burung Walet berasal dari air liur yang sudah kering.
Kes seperti ini mula menjadi pertanyaan masyarakat mengenai hukum mengambil
sarang Burung Walet. Dalam firman Allah SWT yang menegaskan perintah mengambil
makanan yang halal dan thayyib, antaranya ialah

‫و‬
‫ت‬
‫عواَ ط‬
‫مططاً ت‬
‫واَ ت‬
‫س ك ططلواَ ت‬
‫ولَت وت تب ت ط‬
‫ض و‬
‫وياًأي ي و‬
‫م ت‬
‫هاًاَلتناً ط‬
‫خطططط و‬
‫حلَلَطوي يب بططاً و‬
‫فيِ اَلرر ت‬
‫شي ر و‬

‫اَل ت‬
‫ن‬
‫م و‬
‫متبي ن‬
‫و ط‬
‫ه ل وك ط ر‬
‫ن إ تن ت ط‬
‫عدط و‬
‫طاً ت‬
"Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan
janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang nyata bagimu"1
Maka, berdasarkan keterangan di atas, timbul persoalan sama ada sarang burung
haram dimakan atau sebaliknya? Dan adakah air liurnya suci atau dikira najis?

1Surah Al-Baqarah,

ayat 168

2.0 CIRI – CIRI BURUNG WALET

Burung Walit adalah sejenis burung yang banyak mempunyai pelbagai karenah.Burung walet
merupakan haiwan berdarah panas, mempunyai sayap seperti bentuk sabit dan tubuh yang
diselubungi bulu pelepah.Ia mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Walit terdiri
daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar
bawah dikenali sebagai ventrikel.2
Keunikan burung ini adalah ianya mampu terbang sejauh 50 kilometer dalam masa
sehari mempunyai daya ingatan yang kuat terutama untuk kembali ke tempat tinggal.Sebagai
burung,

Burung

Walit

membiak

dengan

cara

bertelur. Telur yang


dihasilkan

mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.Burung Walit bertelur tiga kali
setahun dan menghasilkan dua biji telur pada setiap sesi bertelur.Proses pembinaan sarang
pula, burung jantan dan burung betina saling bantu membantu untuk membina sarang.
Lazimnya akan dibuat pada waktu malam dan kedua-dua mereka mengambil giliran untuk
mengeram telur.3
Burung Walet tidak hinggap di pohon, wayar talian atau mendarat di atas tanah malah
memiliki kaki yang lembut dan kuku yang kuat maka burung ini hanya mencangkuk di manamana yang sesuai untuk mereka bercangkuk. Selain itu, Burung Walet hanya akan duduk dan
mendiami di tempat yang gelap seperti gua untuk membuat sarang dengan menggunakan air
liurnya.4

2Manusia Dan Sumber Alam, e-TERNAK:Burung Walit, 9 Ogos 2012,
http://muammarrabbitry.blogspot.com/2012/08/e-ternak-burung-walit.html, (9 Oktober 2014)

available

at:


3 Jutawan Kini, Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet, 15 oktober 2011, available at:
http://jutawan-kini.blogspot.com/2011/10/menjadi-jutawan-melalui-penternakan.html ,(6 oktober 2014)

4 Azmir Affendi, MECTTENMEDIA, Ciri-Ciri Burung Walet, 6 September 2010, available at:
http://bisneswalit.blogspot.com/2010/09/ciri-ciri-burung-walit.html (6 oktober 2014)

3.0 KEISTIMEWAAN SARANG BURUNG WALET
Islam menyuruh umatnya mengutamakan kesihatan agar dijaga dengan baik bagi meneruskan
kehidupan beribadah kerana Allah seperti mana dalam firman Allah:

‫و‬
‫شم ههروا ا ل إل يييهإ إإن ه‬
‫ما وروزقمن نوك هييمم وو ٱممك‬
‫من ط وي يب نو إ‬
‫مهنوا ا ك ههلوا ا إ‬
‫ي يونأي يوهاٱل ي إ‬
‫كنتممهييمممم إ إي ييياه ه‬
‫ت و‬
‫ن وءا و‬
‫ذي و‬

‫ن‬
‫دو و‬
‫ت وعمب ه ه‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik
yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya
kepada-Nya kamu menyembah.”5
Sehubungan dengan itu, perubatan moden atau tradisional boleh diamalkan selagi
tidak bercanggah dengan hukum syarak. Contohnya sarangnya didakwa mampu merawat
asthma, menyihatkan paru-paru, memulihkan dan pembentukan sel baru untuk kulit wanita
supaya kelihatan lebih muda, untuk ibu yang mengadung supaya pembentukan anak dalam
rahim lebih cerdas dan organ yang sihat dan lain-lain.
Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai
nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Faktor
itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan
menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia
sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan
5 Surah Al-Baqarah, ayat 172

dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.Penyelidikan saintifik

moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein
gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus
untuk semua peringkat usia.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap
penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel
dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.Sarang
burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat
jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta
fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas
melahirkan.
Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang
disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika
menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan. Namun
kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia
boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh
semua golongan. Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang
terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur
epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan
keanjalan jangka masa panjang pada wajah.6

Sarang burung walet mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk,
membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu
menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan
jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan
61
KLIK,
Khasiat
Sarang
BurungWalet,
14
November
2008,
available
at:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/312-pertanian-komersial/7795-khasiat-sarang-burungwalit.html , (6 oktober 2014)

juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik
memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.7

Sarang burung walet ini juga mampu mengubati kanser dan hepititis B. Ini kerana

sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrientnutrien dan garam mineral seperti glikoprotein,kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan
vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.8
Kajian perubatan Cina di Beijing juga telah mendapati sarang burung Walet merupakan
agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga
dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paruparu. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang
burung bermanfaat sebagai:9

1) Zat

kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan

pembuluh darah serta memperbaiki saluran pencernaan.

2) Sarang

burung walit dapat mengurangi kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga

merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

7PJNet Malaysia Forum, Kelebihan Sarang Burung WalitTerkini Dan Laris DiPasaran Dengan Harga Murah, 2

ogos 2012, available at: http://www.pjnet.my/Kelebihan-Sarang-Burung-Walit-Halal-Terkini-dan-larisDipasaran-dengan-harga-Murah , (13 september 2014)

8PJNet Malaysia Forum, Ibid, available at: http://www.pjnet.my/Kelebihan-Sarang-Burung-Walit-Halal-Terkinidan-laris-Dipasaran-dengan-harga-Murah

9En. Mahadi, Bird’s Nest, Kebaikan Sarang Burung, November 2009,
http://budibirds.blogspot.com/2009/11/kebaikan-sarang-burung.html ,(6 oktober 2014)

available

at:

3) Pengambilan sarang burung walit semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada
punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat
proses penyembuhan setelah melahirkan.

4) Untuk

wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme,

memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.


5) Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta
meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

6) Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang
ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.

7) Merupakan makanan yang baik kepada para perokok, serta mengurangkan kesan yang
ditimbulkan daripada nikotin.

4.0 HUKUM
4.1 MEMAKAN SARANG BURUNG WALET
Jika diteliti persoalan ini dari sudut fiqah, tiada sebab yang mengharamkan makan sarang
burung Walet. Ini kerana, sarang itu terhasil dan diperbuat daripada air liur burung Walet dan
air liurnya adalah suci.
Hukum air liur juga halal ataupun boleh, kerana air liur walet bukan najis, dan tidak
ada dalil yang menajiskannya, bahkan terdapat dalil yang menunjukkan kesuciannya.

‫ة و‬
‫قاً و‬
َ‫عل وططى‬
‫ و‬:‫ل‬
‫ن و‬
‫و و‬
‫ن و‬
‫و‬
‫ج و‬
‫و ط‬
‫يِ ب ت ت‬
‫ر و‬
‫ع ر‬
‫ع ر‬
‫هطط و‬
‫من وططىَ و‬
‫خطوب ونططاً و اَلن تب تطط ي‬
‫خاً ت‬
‫م ت‬
‫رو ب ر ت‬
‫سي ر ط‬
ِ‫ي‬
‫ل و‬
‫عولىَ ك وت ت ت‬
‫وراَ ت‬
‫هاً ي و ت‬
‫حل وت ت ت‬
‫ول ط و‬
‫عاًب ط و‬
‫ه و‬
‫ف ر‬
Dari Amr bin Kharijah berkata: Nabi berkhutbah kepada kami di Mina dan beliau berada di
atas kendaraannya dan air liur kendaraannya mengalir di bahuku."10
10Hadis Riwayat Tirmidzi 2120, Ibnu Majah 2712, Ahmad 4/186

Ash-Shan’ani berkata:
“Hadits ini menunjukkan bahawa air liur haiwan yang boleh dimakan dagingnya adalah suci,
bahkan diceritakan bahawa hal itu merupakan kesepakatan ulama,."11
Kesimpulannya memelihara burung walet hukumnya boleh dan air liurnya hukumnya adalah
halal.

Maka kembali kepada kaedah asal syarak iaitu asal kepada sesuatu perkara adalah
halal kecuali ada dalil yang mengharamkannya dan kaedah yang lebih teliti adalah asal
kepada benda-benda yang bermanfaat adalah halal dan asal kepada benda yang
memudaratkan adalah haram. Berdasarkan kaedah ini juga, sarang burung Walet dihukum
halal, kerana ia adalah makanan yang terbukti tidak membawa mudarat, malahan membawa
manfaat kepada tubuh badan.
Firman Allah Taala:

‫و‬
‫ما ع ول وى و‬
‫هۥۥ إ إيل وأن ي و ه‬
‫ة‬
‫ميمت و ة‬
‫طا إ‬
‫ما هأو إ‬
‫كو و‬
‫م و‬
‫ن و‬
‫م ه‬
‫عمم ي وطمعو ه‬
‫حير ة‬
‫ي ه‬
‫جد ه إفي و‬
‫هقل يل أ إ‬
‫ي إ إل و ي‬
‫ح و‬
‫ن‬
‫و‬
‫و‬
‫زيمر‬
‫مسم ه‬
‫م إ‬
‫فو ة‬
‫حا أوم ل وحم و‬
‫ما ي‬
‫أوم د و م‬
‫خن إ‬
"Katakan: Tiada aku dapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang
diharamkan keatas orang yang mahu memakannya, kecuali makanan itu ialah bangkai,
darah yg mengalir, atau daging babi"12
11Kitab Subulus Salam 1/77 karya Imam Muhammad bin Ismail bin Shalah Al Amir Al Kahlani Ash Shan’ani

12

Oleh itu, sarang burung bukan najis. Sarang burung tidak dipandang jijik atau kotor
oleh segelintir masyarakat yang mengamalkannya, berbeza seperti ulat, serangga dan lainlain. Maka atas sebab itu, ia diharuskan makan.
Ayat-ayat al-Quran telah banyak menyentuh mengenai tuntutan memakan makanan
yang halal. Islam sama sekali tidak mengizinkan penganutnya memakan sesuatu yang boleh
membawa mudarat kepada fizikal badan mahupun spiritual. Ini kerana ada makanan yang
halal tetapi ia belum tentu baik untuk tubuh badan kita, seperti gula,MSG(Monosodium
Glutamate), lemak yang berlebihan yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit. Oleh
itu, Islam mengajak umatnya mengekalkan kesihatan badan melalui pematuhan kepada
makanan yang berkhasiat dan diet yang betul.

Perkara ini termasuklah persoalan memakan makanan yang belum pernah dimakan
sebelum ini. Contohnya memakan sarang burung Walet bukan suatu kebiasaan masyarakat
Malaysia, tetapi selepas mendapati sarang burung ini dimakan oleh segelintir kecil
masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran dengan gua, mulalah dikaji kelebihan dan
khasiatnya sehinggalah hari ini sarang burung walet ini berjaya menembusi pasaran global.
Sarang burung walet ini menjadi tersohor apabila kajian dijalan ke atasnya dilakukan
dan mendapati ia sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

‫و‬
‫شي ر و‬
‫واَتتاًل ت‬
‫عواَ ط‬
‫ماً ت‬
‫فياًلرر ت‬
‫سك ططلواَ ت‬
‫ولَت وت تب ت ط‬
‫ض و‬
‫هاًاَلتناً ط‬
‫وياًأي ي و‬
‫م ت‬
‫خط ط و‬
‫حلَلَطوي يبباً و‬
‫طاًن تإ ت‬
‫ن‬
‫م و‬
‫نت ط‬
‫متبي ن‬
‫و ط‬
‫هل وك ط ر‬
‫عدط و‬

Surah Al-An’aam, ayat 145

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan
janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh
yang terang nyata bagi kamu13.
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:

‫و‬
‫شم ههروا ا ل إل يييهإ إإن ه‬
‫ما وروزقمن نوك هييمم وو ٱممك‬
‫من ط وي يب نو إ‬
‫مهنوا ا ك ههلوا ا إ‬
‫ي يونأي يوهاٱل ي إ‬
‫كنتممهييمممم إ إي ييياه ه‬
‫ت و‬
‫ن وءا و‬
‫ذي و‬
‫ن‬
‫دو و‬
‫ت وعمب ه ه‬
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang
telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya
beribadat kepadanya.14

4.2 HUKUM MEMELIHARA DAN JUALAN BURUNG
Hukum memelihara burung dan jualan burung boleh dengan syarat keperluan
makanannya dipenuhi dan burung tersebut bukanlah tergolong burung yang akan mati jika
dikurung. Terdapat beberapa burung yang jika dikurung akan mati. Burung seperti ini tidak
boleh dipelihara. Namun, ada juga burung yang boleh hidup walaupun dikurung dengan
syarat burung tersebut diberi makan. Dalilnya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh

13
Surah Al-Baqarah, ayat 168
14
Surah Al-Baqarah, ayat 172

Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah mengenai perempuan yang masuk neraka gara-gara
seekor kucing. Beliau bersabda,

‫ ولَ تركتهططاً تأكططل مططن خشططاًش‬،ً‫فلَ هيِ حبستهاً فأطعمتهططا‬
‫اَلرض‬
"Dia tidak memberi makanan untuk kucing tersebut dia ingin mengurungnya. Tidak pula dia
biarkan kucing tersebut sehingga dia mampu mencari makan sendiri."
Sejumlah ulama mengatakan bahawa hadith di atas menunjukkan bolehnya
mengurung haiwan asalkan keperluan makanannya dipenuhi. Sehingga jika ada yang
memelihara dan mengurung kambing, kucing, atau burung dan keperluan makanannya
dipenuhi dan diperhatikan maka hukumnya adalah diperbolehkan.
Dalil yang lain adalah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas
yang menceritakan bahawa Nabi menemui seorang anak kecil yang bermain-main dengan
seekor burung kecil. Setelah itu Nabi kembali menemuinya lagi, tetapi beliau menjumpai
anak kecil tersebut menangis. Nabi berkata kepadanya,15

‫يا أبا عمير؛ ما فعل النغير؟‬
"Wahai Abu Umair, apa yang dilakukan oleh burungmu?"

Dalam hadith di atas Nabi membiarkan anak tersebut memelihara dan bermain dengan
burung yang dia pelihara.Nabi pun tidak memerintahkan keluarganya agar melepas burung
tersebut. Hadith ini mengandungi banyak pelajaran.Ibnu Hajar dalam Fathul Bari mengatakan
bolehnya mengurung burung.

15
Komunitas Pengusaha Muslim, Hukum Memelihara Dan Jualan Burung, 21 Jun 2012, available at:
http://pengusahamuslim.com/hukum-jualan-burung-1587/ ,(10 oktober 2014)

Jika boleh memelihara burung, bermakna burung adalah sesuatu yang bernilai sehingga
dibolehkan juga menjual atau membelinya secara banyak untuk digunakan. Kesimpulannya,
memperdagangkan burung hukumnya boleh16

5.0 KESIMPULAN
Budaya masyarakat yang mengamalkan sarang burung walet sebagai amalan pemakanan atau
ubat-ubatan kerana mendapati sarang burung ini mengandungi banyak khasiat yang
bermanfaat untuk tubuh badan dan sebagainya.
16
Komunitas Pengusaha Muslim, Ibid, available at: http://pengusahamuslim.com/hukum-jualan-burung-1587/

Sebagaimana Allah pernah berfirman:
"wahai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi,
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang nyata bagimu”17
Sarang burung walet yang dibuat daripada air liur adalah halal dan bukan najis. Hal
ini kerana, air liur bukanlah salah satu kategori daripada najis yang kotor dan jijik dan tidak
ada dalil yang mengatakan bahawa air liur haiwan adalah najis. Malah, dalil yang
membicarakan soal air liur menunjukkan kesuciannya.
Maka, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia telah bersidang pada 6 hingga 8 september 2007 bagi membincangkan
tentang permasalahan masyarakat berkenaan Hukum Memakan Sarang Burung LayangLayang kali ke-79. Jawatankuasa akhirnya dengan sebulat suara memutuskan bahawa hukum
memakan sarang burung laying-layang adalah harus dan dibolehkan.

6.0 LAMPIRAN

17
Surah al-baqarah ayat 168

7.0 RUJUKAN

1.

Manusia Dan Sumber Alam, e-TERNAK:Burung Walit, 9 Ogos 2012, available at:
http://muammarrabbitry.blogspot.com/2012/08.e-ternah-burung-walit.html,

2.

Jutawan Kini, Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet, 15 oktober 2011, available at:
http://jutawan-kini.blogspot.com/2011/10/menjadi-jutawan-melalui-penternakan.html

3.

Azmir Affendi, MECTTENMEDIA, Ciri-Ciri Burung Walet, 6 September 2010, available at:
http://bisneswalit.blogspot.com/2010/09/ciri-ciri-burung-walit.html

4.

1

KLIK,

Khasiat

Sarang

BurungWalet,

14

November

2008,

available

at:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/312-pertanian-komersial/7795-khasiatsarang-burung-walit.html

5.

PJNet Malaysia Forum, Kelebihan Sarang Burung WalitTerkini Dan Laris DiPasaran Dengan
Harga Murah, 2 ogos 2012, available at: http://www.pjnet.my/Kelebihan-SarangBurung-Walit-Halal-Terkini-dan-laris-Dipasaran-dengan-harga-Murah

6.

En. Mahadi, Bird’s Nest, Kebaikan Sarang Burung, November 2009, available at:
http://budibirds.blogspot.com/2009/11/kebaikan-sarang-burung.html

7.

Komunitas Pengusaha Muslim, Hukum Memelihara Dan Jualan Burung, 21 Jun 2012,
available at: http://pengusahamuslim.com/hukum-jualan-burung-1587/

Dokumen yang terkait

PERBANDINGAN BUDIDAYA "AIR LIUR" SARANG BURUNG WALET ANTARA TEKNIK MODERN DAN TEKNIK KONVENSIONAL (Studi Pada Sarang Burung Burung Walet di Daerah Sidayu Kabupaten Gresik)

6 108 9

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Konstruksi Media tentang Kontroversi Penerimaan Siswa Baru di Kota Malang (Analisis Framing pada Surat Kabar Radar Malang Periode 30 Juni – 3 Juli 2012)

0 72 56

HUBUNGAN ANTARA KUALITAS PELAYANAN KESEHATAN DENGAN PEMBENTUKAN CITRA POSITIF RUMAH SAKIT Studi pada Keluarga Pasien Rawat Jalan RSUD Dr. Saiful Anwar Malang tentang Pelayanan Poliklinik

2 56 65

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Makna Kekerasan Pada Film Jagal (The Act Of Killing) (Analisis Semiotika Roland Barthes pada Film Dokumenter "Jagal (The Act of Killing)" tentang Pembunuhan Anti-PKI pada Tahun 1965-1966, Karya Joshua Oppenheimer)

17 109 98

Rancangan media informasi tentang makanan tradisional Peyeum Bandung

5 77 1

makalah Geografi tentang Bintang

0 8 4

Politik Hukum Pembaharuan Undang-Undang Nomor 40 Tahun 2007 tentang Perseroan Terbatas (Kajian Pasal 74 beserta Penjelasannya)

0 1 22